amali 2

18
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR LAPORAN AMALI 2 BILAKAH DI KATAKAN SATU SPESIS? TAKSONOMI DAN PENGEKALAN ALIRAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI. NAMA : SIVANESAN A/L VELAVAN NO.KAD PENGENALAN : 950524-05-5037 BILANGAN AMALI : 2 KUMPULAN : 3 PISMP

Upload: sivanesan-velavan

Post on 11-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

IPG students opsyen sains

TRANSCRIPT

Page 1: amali 2

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

LAPORAN AMALI 2

BILAKAH DI KATAKAN SATU SPESIS? TAKSONOMI DAN

PENGEKALAN ALIRAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI.

NAMA : SIVANESAN A/L VELAVAN

NO.KAD PENGENALAN : 950524-05-5037

BILANGAN AMALI : 2

KUMPULAN : 3 PISMP

OPSYEN : SAINS

TARIKH : 20 OGOS 2015

Page 2: amali 2

PENSYARAH : EN. KOK KEAN HIN

Tajuk : Bila dikatakan satu spesies? Taxonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi.

Objektif/Tujuan : Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri yang sama dan

berbeza antara satu sama lain.

Pengenalan :

Biokepelbagaian merupakan kepelbagaian benda hidup di muka bumi sama ada flora

atau fauna. Ia merangkumi semua hidupan dalam ekosistem atau seluruh bumi termasuk

hidupan laut. Biokepelbagaian selalu digunakan untuk mengukur keadaan sistem biologi yang

sihat. Kepelbagaian hidupan di bumi hari ini terdiri daripada berjuta-juta spesies biologi yang

tersendiri ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Dianggarkan

melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan,dan mikroorganisma yang wujud.

Kepelbgaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesies baru dihasilkan atau ekosistem

baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesies organism menjadi pupus atau sesuatu sistem

kompleks dimusnahkan. Biokepelbagaian ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu

kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem.

Spesies atau jenis merupakan suatu takson yang terdapat dalam taksonomi(digunakan

dalam biologi) untuk menunjukkan perbezaan pada satu atau beberapa kumpulan yang sama

dan juga berbeza. Ia juga merujuk kepada populasi organism yang sejenis atau serupa dalam

beberapa hal yang penting. Biasanya organism-organisma tersebut boleh membiak bersama.

Dalam pengelasan saintifik, satu spesies diberikan tatanama binomial dalam bentuk

namagenus dan diikuti satu nama unik dan ditulis dalam keadaan condong. Contohnya, Homo

sapiens,Panthera tigris dan Hibiscus rosa-sinensis.

Suatu spesies boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu

spesies biologi, di mana individu-individu yang Berjaya membiak bersama-sama dianggap

sebagai spesies yang sama, dan yang kedua ialah spesies morfologi di mana individu yang

kelihatan sama (secara fizikal) dianggap sebagai spesies yang sama. Kaedah yang kedua

sering digunakan apabila kita tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang cara pembiakan

sesuatu organism. Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan

mengumpul spesies. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk

membezakan antara spesies atau kekeliruan mengenai nama-nama spesies.

Page 3: amali 2

Pengelasan ialah pembahagian kepelbagaian ini kepada kumpulan yang lebih kecil dan

lebih mudah diuruskan. Suatu cirri yang penting ialah nama yang diberikan kepada kumpulan

tumbuhan dan haiwan dalam pengelasan prasaintifik. Pengkelompokan tidak didasarkan secara

menyeluruh pada morfologi, walaupun rupa tumbuhan telah digunakan dalam pengenalan,

tetapi didasarkan juga pada bau, rasa dan nilai pemakanan. Nama diperlukan sebagai titik

rujukan pada waktu yang sama disebalik nama terdapat suatu siri andaian yang banyak

bahawa terdapat suatu kumpulan individu yang berkongsi beberapa cirri tertentu yang sama

sehingga satu tumbuhan ditentukan sebagai tergolong dalam spesies yang tersebut makan

kemungkinan besar ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan individu dalam spesies itu.

Semua organism di dunia dikelaskan kepada lima kumpulan besar yang dinamakan alam. Lima

alam ini ialah Monera, protista, Fungi, Plantae dan Animalia.

Hipotesisi : Spesies boleh dikelaskan dengan berbagai kaedah. Pengelasan boleh

dilakukan merujuk kepada maklumat yang diperolehi sama lengkap atau tidak.

Bahan dan radas :

Gunting

Kertas Mahjong

4 kumpulan MoonMorphs

Gum

Page 4: amali 2

Prosedur :

Rajah 1 Rajah 2

Rajah 3 Rajah 4

Pertamanya, MoonMorphs telah dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut nombor agar

mudah dibahagikan. Kemudian moonmorphs telah digunting berdasarkan catatan nombor dan

ciri-ciri sepunya yang terdapat pada mereka. Seterusnya, nombor moonmorphs telah dicatat

dan dibahagikan kepada beberapa spesies mengikut ciri-ciri mereka. Semuanya diandaikan

dewasa dan tidak mempunyai perbezaan kelihatan antara jantan dan betina. Tiada maklumat

tentang habitat dan perlakuan mereka, hanya ciri-ciri morfologi sahaja digunakan bagi

membahagikan moonmorphs mengikut spesies-spesies sendirinya.

Page 5: amali 2

Keputusan :

Kumpulan Ciri-ciri umum MoonMorphs

A

memiliki abdomen yang besar

mempunyai mata, kepala, tangan

dan ekor

tubuhnya berbintik- bintik

1, 16, 17, 24 dan 27

B

memiliki abdomen badanyang

bercorak yakni berbintik dan

bertompok

mempunyai mata, kepala, tangan,

berkuku, abdomen dan kaki

2, 3, 4, 5, 12, 22, 18 dan

23

C

memiliki tangan yang bercorak

abdomen yang leper

mempunyai mata, kepala,abdomen,

tangan dan berekor

6, 9, 10, 11 dan 21

D

memiliki abdomen yang panjang

mempunyai kepala dan sesungut 4 19, 20, 26 dan 29

E

mempunyai kepala yang leper

abdomen yang pendek

mempunyai kepala, abdomen dan

ekor

7, 8, 13, 14, 15, 25 dan

28

Jadual 1.0

Page 6: amali 2

MoonMorphs Gambar Spesies yang sama

A

B

Page 7: amali 2

C

D

Page 8: amali 2

E

Jadual 2.0

Page 9: amali 2

Perbincangan :

Dalam eksperimen ini, Moon Morph dikategorikan sebagai morphospesies kerana spesies ini

adalah mengikut ciri-ciri fizikal yang terdapat pada moon morph tersebut. Ciri-ciri fizikal yang

sama menyebabkan moon morph itu dikategorikan sebagai satu spesies namun terdapat variasi

dalam spesies tertentu.Bagi menyelesaikan amali 2 ini, kami perlu menggunting setiap

moonmorph dan membahagikan spesies-spesies tersebut kepada beberapa bahagian.

1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa moonmorphs dalam

kumpulan yang sama? Mengapa anda memilih ciri-ciri tersebut? Kenapa tidak pilih yang

lain-lain?

Ciri-ciri yang dikenalpasti sewaktu pengelasan haiwan dibuat dalam kumpulan saya

ialah menekankan lima ciri-ciri yang boleh dibezakan dengan jelas iaitu ciri yang terdapat pada

badan kumpulan MoonMorphs tersebut. Ciri-cirinya ialah spesies yang mempunyai abdomen

badan iaitu kumpulan A mempuyai abdomen yang besar, kumpulan B mempunyai abdomen

yang bercorak iaitu berbintik dan bertompk di badan, kumpulan C mempunyai abdomen leper,

kumpulan D, abdomen panjang, dan kumpulan E pula abdomen pendek. Lima ciri ini telah

dipilih untuk pengelasan haiwan dilakukan kerana ciri ini dapat dilihat dengan mudah dan ciri

yang paling ketara untuk mengelaskan kumpulan tersebut.

Selain itu, badan adalah bahagian yang paling mudah dikenal pasti pada kumpulan itu

kerana ada beberapa bahagian seperti kaki, tangan, mata dan sesungut tidak dapat dipastikan

dengan mudah kerana terdapat beberapa kekeliruaan. Jika saya mengelaskan haiwan tersebut

mengikut ciri- ciri yang terdapat kekeliruan pada awalnya, ia akan memberikan masalah untuk

melakukan pengelasan yang seterusnya. Sebagai contoh terdapat dua ciri pada satu haiwan

tersebut. Maka, saya dapati bentuk badan haiwan tersebut adalah ciri yang paling sesuai untuk

digunakan semsa pengelasan.

2. Adakah semua individu dalam satu spesies mesti serupa keseluruhannya? Berapa

banyak variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesies?

Tidak semua individu dalam satu spesis mesti serupa keseluruhannya kerana menurut laman

web http://ms.wikipedia.org/wiki/Spesies, spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan

dalam biologi untuk menunjuk pada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam

beberapa hal yang penting Biasanya, organisma-organisma tersebut boleh membiak bersama.

Page 10: amali 2

Sesuatu spesis itu hanya sama pada sebahagian bentuk luaran sahaja, contohnya

moonmorphs yang mempunyai bintik-bintik di bahagian abdomen, walaupun spesies berbintik

tetapi setiap individu itu mempunyai bintik yang berbeza-beza bilangan bintiknya. Sebenarnya,

sebahagian variasi ini adalah bersifat keturunan, dalam satu spesies variasi antara individu

yang boleh diterima mungkin 2 ataulebih bergantung kepada ciri-ciri sepunya sesuatu spesis

itu.

3. Apakah akan terjadi kepada spesies yang anda pilih jika anda menerima tahap variasi

individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika anda menerima tahap variasi yang

terlalu rendah?

Variasi ini wujud hasil daripada interaksi sesuatu organisma terhadap persekitaran. Hal ini

menjelaskan fenotip sesuatu organisma yang disebabkan oleh interaksi antara faktor

persekitaran dengan faktor genetik. Punca ini dipengaruhi oleh faktor genetik, faktor

persekitaran dan faktor genetic berinteraksi antara faktor persekitaran. Jika sesuatu spesis itu

menerima tahap variasi individu yang tertinggi maka untuk satu spesis itu hanya seekor akan

mewakilinya tetapi sekiranya spesis itu menerima variasi yang terlalu rendah maka satu spesis

itu akan mempunyai bilangan haiwan yang banyak mewakilinya. Ini mungkin berkaitan dengan

sifat variasi itu sendiri yang di perolehi daripada keturunannya.

4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies kepada

dua atau lebih spesies baru.

Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesis dalam sesuatu kumpulan

dikenali sebagai taksonomis. Taksonomis sangat penting dalam pemuliharaan biodiversiti,

tetapi tidak cukup berupaya untuk membezakan antara spesis atau keliru dalam memberi

nama-nama spesis. Taksonomis ini sebenarnya hanyalah pemudah cara, yang membolehkan

kita mengelaskan semua spesis yang berbeza.Taksonomis dapat membahagikan sesuatu

spesis kepada dua atau lebih spesis baru adalah berdasarkan kepada sifat biologi dan sifat

morphologi. Kaedah-kaedah ini sering digunakan untuk menentukan spesis individu apabila

tidak ada sebarang maklumat tentang pembiakan individu tersebut.

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu sepsis

terjadi?

Page 11: amali 2

Variasi ialah perbezaan yang terdapat di kalangan individu daripada satu spesies yang sama.

Variasi di kalangan individu ini disebabkan oleh saling tindakan antara faktor genetik dan faktor

persekitaran. Variasi yang disebabkan oleh persekitaran tidak boleh diperturunkan. Variasi

akibat faktor genetik melibatkan proses-proses pindah silang dan penggabungan semula

semasa meiosis, penggabungan rawak gamet dalam pembiakan seks dan mutasi. Variasi juga

terbahagi kepada dua iaitu variasi selanjar dan tak selanjar. Jika terdapat keperluan dan

peluang yang wujud, variasi membolehkan sesetengah individu mengeksploitasikan sumber

yang ada di habitat yang baru. Variasi yang dipengaruhi oleh faktor genetik boleh diwarisi dari

satu generasi ke generasi yang lain manakala variasi yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran

pula tidak boleh di kawal.

6.Bagaimana spesis “MoonMorphs” ini dipanggil “ morphospecies”?

Spesis “MoonMorphs” ini dipanggil “morphospecies” adalah di mana individu-individu pada

kelihatannya samapada morfologinya atau binaan biokimianya. Morfologi merupakan cabang

biosains yang berkenaan kajian bentuk dan struktur badan organisma dan ciri-ciri binaan

tertentu. Ini termasuk aspek-aspek rupa luaran seperti bentuk, struktur, warna, corak dan juga

bentuk dan struktur anggota-anggota dalaman seperti tulang dan organ. Ini berbeza dengan

fisiologi yang menekankan fungsi anggota. Moonmorphs juga dikenali sebagai morphospesis

disebabkan spesis tersebutboleh dikelaskan berdasarkan kepada ciri-ciri sepunya yang boleh

diperhatikan dalam sesuatu spesis. Kaedah morfologi sebanarnya agak terbatas kerana

maklumat yang digunakan untuk mengelaskan spesis adalah terhad dan perlu kepada

perbezaan yang jelas daripada spesis-spesis lain.

7. Huraikan bagaimana spesis yang anda pilih tidak dari kalangan spesis biologi.

Spesis biologi adalah spesis dimana individu-individu berupaya membiak bersama dengan

jayanya. Pengelasan biologi merupakan kaedah taksonomi saintifik yang digunakan untuk

pengumpulan dan pengelasan organisma dalam kategori organisma seperti genus atau spesis.

Pengelompokan ini telah disemak kembali untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang

sama (common descent) yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular, yang

menggunakan urutan DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian

semula taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular cuma merupakan pelengkap

atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia digunakan

dalam pengelasan saintifik. Spesis tersebut merupakan bukan spesis biological kerana tidak

ada sebarang maklumat yang berkaitan pembiakan seperti jantina, DNA, genetik juga habitat

Page 12: amali 2

spesis tersebut. Spesis MoonMorphs ini dikelaskan secara morfologi adalah kerana ciri-ciri

yang hanya boleh dilihat secara luaran dan sepunya sahaja. Spesis ini di kelaskan secara

melihat kepada sifat-sifat fizikalnya seperti bentuk abdomen, bentuk kepala, mata, sesungut

dan ekor spesis itu sendiri.

Langkah-langkah Keselamatan :

Berhati-hati ketika menggunakan gunting

Berhati-hati sewaktu meneliti dan mengendalikan spesis moonmorphs.

Kesimpulan :

Spesies boleh dikelaskan dengan berbagai kaedah. Pengelasan boleh dilakukan

merujuk kepada maklumat yang diperolehi sama lengkap atau tidak. Jika lengkap seperti

DNA atau jantina spesies yang dikelaskan boleh dikategorikan sebagai spesies

biologikal. Jika tidak spesies itu boleh dikelaskan berdasarkan cara yang mudah iaitu melalui

ciri fizikal sepunya yang dimilikinya

Page 13: amali 2

Rujukan

Pollock.S. (1997. Ekologi.Selangor :Sasbadi Sdn Bhd

G.W. Yeat. (2007). Biology SPM. Selangor: Oxfard Fajar Sdn Bhd

Peter H.Raven. (2005). Biology for Matriculation, Malaysia: The McGraw-Hill

Companies.

Diakses pada 11 Ogos 2015 daripada http://www.sjgarchive.org/library/harvard_course/New_Lab4.pdf

Diakses pada 11 Ogos 2015 daripada https://en.wikipedia.org/wiki/Species

Diakses pada 11 Ogos 2015

daripada http://www.sycd.co.uk/who_am_i/pdf/race/racepupils.pdf

Page 14: amali 2

Lampiran