amali 1

26
IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR LAPORAN AMALI 1 EKOSISTEM TANAH NAMA : SIVANESAN A/L VELAVAN NO.KAD PENGENALAN : 950524-05-5037 BILANGAN AMALI : 1 KUMPULAN : 3 PISMP

Upload: sivanesan-velavan

Post on 11-Jan-2016

262 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

IPG opsyen sains

TRANSCRIPT

Page 1: amali 1

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

LAPORAN AMALI 1

EKOSISTEM TANAH

NAMA : SIVANESAN A/L VELAVAN

NO.KAD PENGENALAN : 950524-05-5037

BILANGAN AMALI : 1

KUMPULAN : 3 PISMP

OPSYEN : SAINS

TARIKH : 30 JUN 2015

Page 2: amali 1

PENSYARAH : EN. KOK KEAN HIN

Tajuk : Ekosistem Tanah

Objektif/Tujuan : Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui dalam

jenis tanah yang berbeza yang dikumpulkan dari dua tempat yang berbeza.

Pengenalan :

Ekosistem merupakan saling kebergantungan antara satu kehidupan terhadap

kehidupan alam yang lain. Tidak ada organisma yang hidup sendiri, terpisah dan terasing dari

kehidupan lain, termasuk manusia. Untuk hidup kita perlukan makanan dan tempat hidup yang

selesa, maka kita memerlukan bantuan kehidupan alam yang lain sebagai penyedia makanan

dan tempat untuk melakukan aktiviti sehariann. Perkara ini menyebabkan berlakunya

hubungan, saling berkaitan dan interaksi antara satu kehidupan alam terhadap kehidupan alam

yang lain. Hubungan saling bergantung mempengaruhi hubungan antara dua kehidupan yang

berbeza.

Ekosistem tanah mengandungi faktor abiotik dan faktor biotik yang mana mempengaruhi

dan saling berinteraksi untuk membentuk sebuah ekosistem semula jadi yang seimbang dan

stabil. Ekosistem dikenali sebagai satu sistem ekologi yang terbentuk melalui hubungan saling

bergantung antara hidupan dengan persekitarannya. Ekosistem juga merupakan satu interaksi

dan saling bergantungan yang utuh antara benda, samada benda hidup atau benda bukan

hidup yang mempengaruhi antara satu sama yang lain.

Dalam sesebuah ekosistem terdapat beberapa komponen yang terlibat. Pertamanya

adalah, Komponen biotik yang melibatkan komponen hidupan yang terdiri daripada pengeluar,

pengguna (konsumer) dan pengurai. Kedua, komponen abiotik yang melibatkan komponen

bukan hidupan yang terdiri daripada cahaya, suhu, udara, kelembapan, air dan nilai pH. Sebuah

ekosistem dibentuk daripada tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang saling berperanan

dalam menyimpan, mengumpul dan menghasilkan tenaga. Contohnya tumbuhan (pengeluar)

mengumpul tenaga hasil dari proses fotosintesis dan menyimpan tenaga dalam bentuk

karbohidrat.

Haiwan herbivor (pengguna primer) pula memperoleh tenaganya dari memakan

tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan karnivor (pengguna tertier) juga

dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga dengan memakan pengguna primer. Keadaan ini

Page 3: amali 1

menyebabkan aras pertukaran tenaga semakin berkurang apabila menaiki tangga rantaian

makanan.

Hipotesisi : Tanah yang diperoleh dari Lokasi 1 iaitu tanah di bawah pokok manga mempunyai

makrofauna yang lebih banyak berbanding kepada lokasi 2

Pemboleh ubah :

Dimanipulasi – Jenis tanah

Bergerak balas – Bilangan dan jenis makrofauna

Dimalarkan – Suhu persekitaran dan teknik mengumpul makrofauna

Bahan dan radas :

Sampel tanah

Larutan formalin

Corong tulgren

Kaki retort

Bikar

Lampu

Corong turas

Kain kasa

Piring petri

Forseps

Kanta pembesar

Page 4: amali 1

Prosedur :

Rajah 1 Rajah 2

1. Dua sampel tanah iaitu Horizon O dan Horizon A daripada dua kawasan yang berlainan

telah diambil.

2. Tanah itu telah diambil di kawasan berumput, kawasan yang mempunyai tumbuh-tumbuhan

asli dan spesis pokok-pokok yang berbeza.

Page 5: amali 1

Rajah 3

3. Sampel yang diambil telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan di ikat. Beg plastik itu di

label dengan maklumat tempat tanah itu diambil. Jenis tanah dan ciri-ciri tempat

pengambilan tanah di rekodkan di dalam Jadual 1.

4. Spesimen hidup di atas tanah turut di perhatikan dan di catat di dalam Jadual 2.

5. Tanah daripada lokasi yang sama dicampur bersama sepenuhnya.

Rajah 4

6. Tanah di masukkan ke dalam saluran Tulgren seperti gambar Rajah 1. Tanah tersebut telah

di biarkan selama dua hari. ‘

Page 6: amali 1

Rajah 5

7. Bikar yang mengandungi etanol telah di keluarkan dan makrofauna yang terperangkap

diambil dan ciri-cirinya direkodkan dalam Jadual 3.

Rajah 6

8. Tanah telah di masukkan ke dalam Saluran Baermann seperti dalam Rajah 2 dan dibiarkan

selama dua hari.

9. Sebuah bikar yang mengandungi air di letakkan di bawah saluran tersebut.

10. Selepas dua hari, saluran Baermann di bersihkan menggunakan jarum dan makrofauna

kecil yang terperangkap di dalam bikar air diperhatikan dengan menggunakan kanta

pembesar.

11. Pemerhatian telah di rekodkan.

12. Daripada beg plastik, sampel tanah horizon O dan horizon A yang diukur jumlahnya telah di

perhatikan di bawah mikroskop atau kanta pembesar.

13. Fauna yang dapat dijumpa telah diasingkan ke dalam piring petri yang bersih untuk di

kenalpasti.

14. Organisma tersebut dikumpulkan mengikut kriteria tersendiri. Pemerhatian direkodkan.

15. Keputusan daripada jadual tersebut digunakan untuk mengira kumpulan per liter tanah dan

leaf litter serta bilangan individu daripada setiap kumpulan leaf litters.

Page 7: amali 1

Keputusan :

Jenis Lokasi

Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Lokasi 2

Jenis tanaman Pokok manga Tanaman bunga

Warna tanah Coklat kehitaman Coklat

Page 8: amali 1

Tahap naungan 50% - sederhana 20% - rendah

Kemampatan tanah Kepadatan sederhana Lebih padat berbanding

kepada lokasi 1

Kekeringan/Kelembapan Lembab berpasir Lembab

pH tanah 5 6

Tekstur tanah Pasir kasar Pasir halus

Jadual 1

Page 9: amali 1

Makrofauna Besar (isipadu tanah 50g)

Kumpulan Makrofauna Lokasi 1 (Bilangan) Lokasi 2 (Bilangan)

Belalang

- -

Kumbang

- -

Page 10: amali 1

Cacing

1 -

Labah-labah

- -

Lipan

1 -

Jadual 2

Makrofauna Kecil (isipadu tanah 50g)

Page 11: amali 1

Kumpulan Makrofauna Lokasi 1 (Bilangan) Lokasi 2 (Bilangan)

Semut

2 1

Kutu tanah

3 1

Jadual 3

Bilangan kumpulan seliter tanah

Makrofauna Lokasi 1 Lokasi 2

Bilangan cacing seliter

tanah/litupan

150g

×1000 g=200

Bilangan lipan seliter

tanah/litupan

150g

×1000 g=200

Bilangan semut seliter

tanah/litupan

250g

×1000 g=401

50g×1000 g=20

Bilangan kutu tanah seliter

tanah/litupan

350g

×1000 g=601

50g×1000 g=20

Bilangan belalang seliter

Page 12: amali 1

tanah/litupan 0 0

Bilangan kumbang seliter

tanah/litupan 0 0

Bilangan labah-labah

seliter tanah/litupan 0 0

Jadual 4

Rajah 7

Keputusan yang diperoleh selepas

dicampur dengan alkohol bagi lokasi

pertama

Keputusan yang diperoleh selepas

dicampur dengan alkohol bagi lokasi

kedua

Page 13: amali 1

Jadual 5

Perbincangan :

Page 14: amali 1

1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu) makrofauna

tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan

antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk

menerangkan perbezaan-perbezaan tersebut ?

Hasil keputusan yang diperolehi, sampel tanah dari Lokasi 1 mengandungi lebih

makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah Lokasi 2. Tanah Lokasi 1 diambil dari

kawasan bawah akar rumput di bawah pokok mangga yang sedikit lembap dan berpasir

manakala tanah Lokasi 2 diambil di bawah pohon bunga. Kepelbagaian dalam situasi ini adalah

bilangan kumpulan dan individu yang berbeza dimana Lokasi 1 mempunyai bilangan kumpulan

dan individu lebih tinggi berbanding Lokasi 2.

Perbezaan ini berlaku kerana dalam ekosistem Lokasi 1, lantai tanah ditutupi dengan

dedaun rumput, pokok-pokok mati dan ranting-ranting kecil yang membuatkan permukaan

tanah di kawasan ini lembut dan subur. Pokok-pokok di sini hidup dengan subur, begitu juga

dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini yang memperolehi banyak makanan di atas

tanah. Populasi biodiversiti, bahan organik, suhu dan kelembapan yang digunakan sebagai

parameter tanah.

2. Terangkan peranan makrofauna di dalam tanah.

Makrofauna menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan

mempercepatkan proses penguraian bahan organik kepada cebisan-cebisan kecil supaya

mudah untuk diuraikan. Kedua, makrofauna berperanan dalam meningkatkan struktur tanah.

Ketiga makrofauna juga terlibat dalam kitaran nutrien.

Jenis organisma

Ciri dan peranan organisma kepada tanah

Bakteria Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik

Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen,

fosforus dan sulfur di dalam tanah.

Aktinomisit

Penting dalam proses pereputan sisa organik.

Page 15: amali 1

Kulat

Penting dalam pereputan bahan organik : bersimbiosis

dengan akar tumbuhan

CacingTanah

Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah.

Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain.

Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang

yang digalinya.

Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.

Nematod

Membantu pereputan bahan organik

Alga

Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan

fotosintesis

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biotaBerdasarkan

rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (contoh : kulat,nematode), apa

yang mereka lakukan (pemangsa,pemakan daun dan lain-lain) dan huraikan bagaimana

arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan

Page 16: amali 1

dimanakah ianya berakhir. Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrient apabila

organisma pada puncak rantai makanan mati?

Berdasarkan rajah jaringan makanan di atas, tumbuhan merupakan pengeluar pertama.

Tumbuhan memerangkap tenaga daripada cahaya matahari dan menggunakannya untuk

proses fotosintesis. Hanya 1% hingga 5% tenaga solar ditukarkan kepada biomas dalam proses

penghasilan bagi tujuan tersebut.

Konsumer merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar dalam

memperoleh tenaga. Ia termasuklah haiwan, pengurai dan detritivores. Dalam rajah rantaian

makanan di atas, ianya merupakan kombinasi daripada jaringan makanan parasitik dan jaringan

makanan pemangsa.

Pada peringkat pertama, tenaga dialirkan daripada tumbuhan kepada pengurai.

Tumbuhan merupakan bahan organik dimana akar tumbuhan akan dimakan oleh nematod

seperti cacing tanah. Bahan organik yang terhasil dari tumbuhan dan haiwan yang telah mati

pula dihuraikan oleh fungi dan bakteria. Pada peringkat kedua tenaga dipindahkan dari

pengurai kepada arthropod dan arthropod pemangsa. Pada peringkat terakhir tenaga,

dipindahkan dari arthropods kepada binatang pemangsa seperti burung dan tikus.

Page 17: amali 1

Apabila organisma yang berada pada bahagian atas mati seperti burung dan tikus,

nutrien dan tenaga tidak akan hilang begitu sahaja tetapi ia akan kembali semula ke tanah

sebagai sumber nutrien tanah. Dalam keadaan ini, cacing memainkan peranan sebagai

pengurai semula jadi. Organisma seperti cacing memainkan peranan sebagai pengurai

semulajadi mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang telah mati tadi. Sepanjang

proses pemindahan tenaga dari satu tahap ke tahap yang lain 90% daripadanya terbebas ke

persekitaran dalam bentuk haba.

4. Apakah kumpulan organism yang membentuk mesofauna? Apakah fungsi utama

kedua-dua kumpulan ini?

Mikrofauna adalah haiwan kecil dan organisma uniselular yang hanya boleh dilihat

melalui mikroskop. Kebiasaanya mikrofauna berukuran lebih kecil daripada 0.1mm, manakala

mesofauna pula berukuran diantara 0.1mm dan 2mm. Mikrofauna boleh ditemui di seluruh duni,

begitu juga dengan mesofauna seperti cacing tanah, arthropods dan nematode yang besar.

Kebanyakkan mikrofauna dipanggil ‘cryptozoa’, haiwan yang tidak dapat digambarkan oleh

sains. Fungsi utama kedua-dua organisma ini adalah untuk mengurai kebanyakkan benda

hidup secara semula jadi.

Kumpulan organisma yang membentuk mesofauna terdiri daripada haiwan kecil yang

berukuran diantara 0.1mm dan 2mm. Contoh haiwan dalam kumpulan ini adalah seperti cacing

tanah, arthropods dan nematode yang besar. Ia boleh didapati di pelbagai jenis tanah di serata

tempat. Walaupun saiznya kecil dan ada yang sukar dilihat, namun ia masih dapat dilihat oleh

mata kasar ataupun dengan bantuan kanta pembesar. Kumpulan organisma yang membentuk

mikrofauna pula terdiri daripada haiwan halus dan organisma uniselular yang berukuran kurang

daripada 0.1mm. Kita dapat melihat organisma unicelular ini dengan menggunakan bantuan

mikroskop. Kebanyakkan organisma dalam kumpulan ini juga dipanggil ‘cryptozoa’.

Fungsi utama kedua-dua kumpulan ini adalah pengurai. Ia dapat menguraikan daun-

daun serta ranting-ranting reput dan juga bahan organik yang dihasilkan melalui penghadaman

bahan oleh tumbuhan. Organisma dalam kumpulan ini juga memakan najis organisma lain dan

mereka sendiri untuk membentuk nutrien dan bahan lain untuk penerusan hidup mereka.

Page 18: amali 1

5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerencaman biologi dan kesihatan tanah.

Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah anda dapat dikekalkan sihat.

Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan kerumitan

biologi. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam ladang secara

semulajadi adalah melalui kawalan biologi. Kawalan biologi merujuk kepada penggunaan

sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang

mendatangkan kerosakkan.

Beberapa cara pengurusan tanah yang dapat mengekalkan kesihatan tanah.

Antaranya, pertama dengan menggunakan kawalan biologi (organisma lain) untuk

mengurangkan bilangan organisma perosak dalam ladang secara semulajadi. Kedua,

menggunakan bahan-bahan organik seperti baja untuk menambah dan mengekalkan

kesuburan tanah. Ketiga, menitikberatkan aspek kimia, biologi dan fizikal tanah untuk

meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah. Dan yang keempat, membina sistem

peparitan yang sesuai dengan keperluan tanah.

Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan kerumitan

biologi. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam ladang secara

semulajadi adalah melalui kawalan biologi. Kawalan biologi merujuk kepada penggunaan

sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang

mendatangkan kerosakkan.

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbangkan ke arah ekosistem tanah yang

berfungsi. Apakah perkhidmatan ekosistem yang boleh disediakan oleh biota tanah?

Biota tanah menyumbang kepada kesihatan tanah. Tanah yang mengandungi

kandungan oksigen yang tinggi adalah yang terbaik untuk proses pertanian.

Biota tanah ini memainkan peranan utama di semua peringkat dalam makanan mikro

web di mana tenaga dipindahkan dari satu organisma yang lain dan sebagai nutrien akibat

dikitar semula melalui persekitaran tanah.

Biota tanah adalah sekumpulan hidupan yang menjadikan tanah sebagai lingkungan

ekologi tempat untuknya hidup. Biota tanah mengekalkan proses-proses penting seperti

penyimpanan karbon, kitaran nutrient dan diversiti spesis tumbuhan. Biota tanah juga

memainkan peranan dalam menambah kesuburan tanah, pemulihan tanah dan penyerapan

Page 19: amali 1

nutrien oleh tumbuhan dan proses biodegrasi, pengurangan sisa merbahaya dan juga sebagai

pengawal haiwan perosak melalui kaedah kawalan biologi secara semula jadi.

Selain itu, biota tanah juga meningkatkan produktiviti dan penghasilan tanaman melalui

proses kitar semula nutrient asas yang diperlukan oleh keseluruhan ekosistem. Biota tanah juga

meningkatkan ketirisan tanah dan mengalakkan penyusupan air yang seterusnya akan

mengurangkan pengaliran air di permukaan serta mengurangkan hakisan.

Kawalan ekosistem yang dapat dilakukan supaya tidak berlaku kehilangan biota tanah

ialah dengan mengharamkan penggunaan bahan kimia dalam bidang pertanian. Kedua,

menggunakan pemangsa semulajadi seperti burung hantu untuk mengawal haiwan perosak.

Ketiga, Menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui supaya tidak berlaku pencemaran alam

sekitar.

Langkah-langkah Keselamatan :

Berhati-hati ketika menggunakan alkohol bagi mengenalpasti makrofauna

Berhati-hati sewaktu meneliti dan mengendalikan organisma yang terdapat dalam tanah

yang diperoleh.

Berhati-hati semasa memasang saluran Tulgren agar dapat menjalankan eksperimen

tanpa kekangan.

Menggunakan kanta pembesar dengan betul agar dapat meneliti makrfauna secara

jelas.

Kesimpulan :

Makrofauna lebih banyak terdapat dalam tanah di Lokasi 1 yang terdedah kepada cahaya

matahari berbanding di Lokasi 2 yang terlindung daripada cahaya matahari kerana terdapat

banyak bahan organik di Lokasi 1.

Page 20: amali 1

Rujukan

Pengertian-Definisi Blogspot (2012). Definisi dan Pengertian Tanah,Diakses pada

11 Julai 2015 daripada  http://pengertian-definisi.blogspot.com/2011/11/   definisi-

dan-pengertian-tanah.html

Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Ekosistem, Diakses pada 11 Julai 2015

daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Ekosistem

Yatnanta Padma Devia.(2010) Ekosistem Tanah, Diakses pada 11 Juali 2015

daripada  http://www.scribd.com/doc/50704668/4-Ekosistem-Tanah  

Page 21: amali 1

Lampiran