amali 1

9
Ekosistem Tanah-Biota Tanah dan Jaringan Makanan Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversity) dan faktor-faktor abiotik yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga, nutrient dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrient balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi-fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah. TAJUK PENDAHULUAN AMALI 1

Upload: shangkaran-manickam

Post on 09-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

good luck

TRANSCRIPT

AMALI 1

TAJUK

Ekosistem Tanah-Biota Tanah dan Jaringan Makanan

PENDAHULUAN

Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversity) dan faktor-faktor abiotik yang bekerja bersama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga, nutrient dan air. Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan atau lemak dan protin dalam haiwan selepas haiwan memakan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrient balik ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Kebanyakan organisma dalam ekosistem ini menghasilkan fungsi-fungsi ekosistem dan menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Tanah menyediakan satu contoh kajian ekosistem yang mudah.

Jadual 1KEPUTUSAN

CIRI-CIRI LOKASILOKASI 1LOKASI 2

Kawasan O HorizonKawasan A Horizon Kawasan O HorizonKawasan A Horizon

Jenis tanaman PokokPokokLamanLaman

Tahap naunganDi bawah pokokDi bawah pokokKawasan terbukaKawasan terbuka

Kelembapan / Kekeringan TaKeringKeringKeringKering

pH tanahAsid (pH 5)Asid (pH 5)Asid (pH 5)Asid (pH 5)

Kemampatan tanahLonggar MampatLonggarLonggar

Tekstur tanah (pasir, liat dll)PasirKebunKebunKebun

Jadual 2(Makrofauna terbesar)

ORDER ATAU KUMPULAN MAKROFAUNA BILANGAN @ LOKASI 1 ISIPADU TANAH=_____BILANGAN @ LOKASI 2 ISIPADU TANAH=_____

Semut kecil23

Mikroorganisma putih21

Jadual 3(Makrofauna terkecil)

ORDER ATAU KUMPULAN MAKROFAUNA BILANGAN @ LOKASI 1 ISIPADU TANAH=_____BILANGAN @ LOKASI 2 ISIPADU TANAH=_____

Lebah besar11

Semut kecil23

Mikroorganisma putih-1

Kumbang hitam2-

Jadual 4

MAKROFAUNALOKASI 1LOKASI 2

Semut kecil46

Mikroorganisma putih22

JUMLAH68

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan-perbezaan tersebut?

Pada mulanya kumpulan kami telah menjalankan amali ini di dua lokasi yang amat berbeza dari segi fizikalnya contohnya di tanah kebun dan tanah pasir. Kami telah mengumpulkan sampel tanah dari bawah liputan daun luruh yang dikenali sebagai kawasan O Horizon dan tanah atas pula dikenali sebagai kawasan A Horizon dari lokasi 1 dan lokasi 2. Jika memerhatikan keputusan jadual yang telah dilampirkan, kita mendapati bahawa sampel tanah dari Lokasi 2 mengandungi jumlah makrofauna yang banyak berbanding dengan sampel tanah dari Lokasi 1. Semasa menjalankan amali ini kami dapat mengetahui bahawa sampel tanah dari Lokasi 1 mempunyai 4 semut kecil dan 2 mikroorganisma putih dan jumlahnya adalah 6 makrofauna. Manakala bagi lokasi yang ke-2, kami dapat mengumpulkan maklumat bahawa sampel tanah dari Lokasi 2 mempunyai 6 semut kecil dan 2 mikroorganisma putih dan jumlahnya adalah 8 makrofauna. Jika membandingkan kedua-dua keputusan kita dapat menyimpulkan bahawa makrofauna dari tanah lokasi 2 adalah 8 dan jumlah makrofauna dari lokasi 1 adalah 6. Antara sebab wujudnya perbezaan antara kedua-dua lokasi adalah jenis tanah yang telah dipilih. Kedua-duanya mempunyai struktur tanah atau jenis yang berbeza. Sampel tanah Lokasi 2 diambil dari kawasan terbuka yang kelembapannya kering dan kemampatan tanahnya adalah longgar. Bukan itu sahaja, kumpulan kami juga telah menggunakan parameter yang berlainan untuk menerangkan perbezaan antara lokasi 1 dan lokasi 2. Antaranya ialah jenis tanaman, tahap naungan, kelembapan/kekeringan tanah, kemampatan tanah dan tekstur tanah.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.Makrofauna tanah merupakan sebahagian daripada biodiversiti tanah yang berperanan penting dalam memperbaiki sifat fizikal, kimia dan biologi tanah dengan fungsinya yang tertentu. Salah satu peranan makrofauna adalah untuk memperbaiki, mempercepatkan dan mengekalkan kesuburan tanah. Ini dapat diterangkan melalui proses dikomposisi. Proses dekomposisi dalam tanah tidak dapat berjalan dengan lancar apabila ianya tidak dibantu oleh kegiatan makrofauna tanah. Makrofauna tanah mempunyai peranan penting dalam dikomposisi bahan organik tanah dalam penyediaan nutrisi. Makrofauna akan meremah-remahkan bahan-bahan atau organisma yang telah mati, kemudian bahan tersebut akan dikeluarkan dalam bentuk kotoran. Di samping itu, makrofauna juga digunakan sebagai cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis seperti makrofauna alga. Makrofauna tanah yang terdiri daripada pelbagai jenis fauna dan mendapan organik membantu mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta mengekalkan kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut. Bukan itu sahaja, salah satu makrofauna yang menyumbang kepada ekosistem adalah cacing tanah. Secara umumnya, cacing tanah akan menggali seluruh tanah dan membuat terowong. Pembukaan ini melonggarkan struktur tanah dan menyediakan ruang di mana organisma lain boleh bergerak dan dapat berpindah ke kawasan yang lain. Pada masa yang sama, air juga dapat memenuhi ruang ini dan menambahkan penyerapan air serta meningkatkan kelembapan tanah tersebut. Cacing ini juga mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contohnya, fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan).Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati?Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

Rajah menunjukkan satu jaringan makanan. Jaringan makanan adalah suatu peristiwa makan dan dimakan antara makhluk hidup dengan urutan-urutan tertentu. Dalam rantai makanan terdapat makhluk hidup yang berperanan sebagai produsen, konsumen, dan sebagai dekomposer (pengurai). Maksud janringan makanan yang lainnya adalah perpindahan tenaga makanan dari sumber utama kepada konsumen yang lain. Jaringan makanan juga merupakan satu interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai makanan. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Dalam gambar rajah tersebut tumbuhan merupakan sumber utama dimana ianya akan menggunakan sumber cahaya daripada matahari untuk menghasilkan makanannya dengan sendiri. Tumbuhan mempunyai pigmen klorofil pada bahagian daunnya dimana ianya berupaya untuk memerangkap cahaya matahari dan membuat makanannya sendiri. Proses ini dipanggil sebagai fotosistesis. Seterusnya, makanan yang dihasilkan oleh tumbuhan tersebut akan digunakan untuk terus hidup dan juga dapat membekalkan makanan kepada organisma lain apabila organisma itu memakan tumbuhan tersebut seperti cacing, bakteria, fungi dan lain-lain lagi. Jika memerhatikan rajah tersebut ianya merupakan kombinasi daripada jaringan makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa. Melalui ini wujudnya penguraian makanan yang berperingkat-peringkat dan satu kitaran zat makanan. Pada peringkat pertama, sumber tenaga dialirkan daripada tumbuhan kepada pengurai. Nematod iaitu cacing tanah memakan akar tumbuhan kerana tumbuhan merupakan bahan organik dalam kitaran tersebut. Bahan organik yang terhasil daripada haiwan atau tumbuhan yang telah mati pula direputkan oleh bakteria atau fungi. Pada peringkat kedua pula, tenaga dipindahkan dari pengurai kepada arthropoda dan arthropoda pemangsa iaitu kumbang kecil dan kumbang besar. Pada peringkat terakhir, tenaga dipindahkan dari arthropod seperti kumbang kepada haiwan besar seperti burung dan tikus. Tambahan pula, pemindahan tenaga di dalam ekosistem boleh dikesan dari satu tahap kepada tahap yang lain. Tenaga yang dipindahkan boleh hilang di setiap peringkat dalam bentuk haba yang tidak boleh diketahui. Namun begitu tenaga yang hilang dapat kita peroleh semula secara semula jadi iaitu daripada matahari.

RUJUKAN

1. Joy Bryson. E. (2006). Soil Organisms. Diperoleh daripada: http://www.sas.upenn.edu/~jbryson/soilcollege.html2. Dr. Hamdan Mohd. Nor., Wahida Abdullah., & Choo Yan Tong. (2008). Focus Super Hot STPM Biology. Bangi, Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.