amalan muafakat_petikan cerita

Upload: rozana-raspin

Post on 04-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

petikan Bahasa Malaysia

TRANSCRIPT

Amalan MuafakatPada suatu hari, sekumpulan anai-anai berkumpul di bawah pohon saga. Mereka berbincang mengenai tempat dan saiz yang sesuai untuk membuat sarang.Tidak lama kemudian, semut merah dan semut hitam pun datang. Mereka juga hendak membina sarang di kawasan tersebut. Anai-anai pun memberi kebenaran membina rumah dengan syarat semut merah dan semut hitam mengamalkan sikap bertolak ansur supaya mereka boleh hidup dengan harmoni.Mereka bersetuju lalu mengorek lubang dan menimbunkan tanah sehingga menjadi busut semut merah lebih besar. Semut hitam memuji kediaman semut merah kerana kediaman mereka besar.Semut hitam tidak berpuas hati kerana kawasan busut mereka ada batu besar dan menyukarkan mereka untuk memperluaskan kawasan busut mereka. Pertengkaran mula berlaku antara semut merah dan semut hitam. Masing-masing ingin membina busut yang lebih besar. Anai-anai meredahkan pertengkaran dengan meminta semut merah memberikan seddikit kawasan sarangnya kepada semut hitam. Anai-anai juga memberikan sedikit kawasannya kepada semut hitam.Anai-anai meminta jirannya saling membantu untuk membina sarang yang kukuh supaya air hujan tidak masuk ke dalam sarang mereka.Akhirnya, mereka berjaya mambina sarang yang kukuh. Mereka dapat hidup dengan lebih selesa kerana air hujan tidak masuk ke dalam sarang. Kini mereka sedar bahawa amalan muafakat amat penting dalam hidup berjiran.

1