langkah keselamatan di bengkel kh

25
RBT 3117 Pensyarah: Pn Hjh. Rasidah Bt Samat En. Zamri Bin Baba AHLI KUMPULAN 1. Nisah Bt Mustapha 2. Che Eshah Bt Ibrahim 3. Rasidah Bt Bakar 4. Fuziati Bt Misbah 5. Asmara Bt Mahmud

Upload: ilavarsi

Post on 16-Nov-2015

333 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Langkah Keselamatan Di Bengkel Kh

TRANSCRIPT

  • RBT 3117Pensyarah: Pn Hjh. Rasidah Bt Samat En. Zamri Bin Baba

    AHLI KUMPULAN

    Nisah Bt MustaphaChe Eshah Bt IbrahimRasidah Bt BakarFuziati Bt MisbahAsmara Bt Mahmud

  • BENGKEL KEMAHIRAN HIDUPPERATURAN DAN KESELAMATAN

  • Peraturan dan KeselamatanPeraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.

  • Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:-

    (i) Keselamatan umum (ii) Keselamatan diri dan rakan (iii) Keselamatan alatan dan bahan

  • Keselamatan AmPeraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.

    Rambut mestilah pendek dan kemas.

    Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas.

    Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya.

  • Keadaan persekitaran bengkel

    perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.

    Sentiasa mematuhi arahan guru

    dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel.

    Kawasan tempat kerja perlu

    dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH.

    Semua suis elektrik perlu

    dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

  • Keselamatan Diri dan RakanJadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel, Pakai apron dan kasut getah yang bertutup. Bagi murid yang memakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika bekerja.

  • Bagi murid-murid perempuan,rambut

    yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tudung dipakai dengan kemas.

    Jangan bermain atau bergurau-

    senda semasa berada di bengkel KH.

    Amalan sentiasa bekerjasama dan

    bantu-membantu sesama ahli kumpulan.

    Tangan perlu dibasuh dengan betul

    setelah selesai kerja di bengkel KH.

  • Contoh pakaian yang sesuai di dalam bengkelTudung dimasukkan ke dalam apron dan rambut hendaklah diikat kemas.Tali leher ditanggalkan atau dimasukkan ke dalam apron.Lengan baju panjang hendaklah dilipat.

  • Keselamatan Alatan dan BahanPenggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.

  • Alatan perlu dibersihkan

    dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya.

    Penyimpanan bahan mudah

    terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh guru.

    Sentiasa berhati-hati

    sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.

  • Organisasi Bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawal permulaan sesi mengajar guru bagi memastikan bengkel dapat diuruskan dengan lebih lancar dan teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadual secara teratur dan lebih sistematik. Rutin Bengkel Kemahiran Hidup

  • Aspek kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bengkel KH. Melalui organisasi bengkel murid berpeluang mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan amalan kerja yang teratur serta selamat.

  • Pelupusan Sisa Buangan Dari Bengkel KHBahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja murid seperti kayu, plastik, kertas, kaca dan sisa logam perlu diuruskan dengan baik.

    Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.

    Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang berasingan untuk jenis bahan sisa buangan mengikut kategori masing-masing seperti kayu, kaca dan plastik.

    Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa berkaitan untuk urusan pelupusan ataupun projek kitar semula bahan.

    Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa buangan.

  • Langkah Keselamatan(Amalan 4M)1. Membersih

    Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat.

    Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.

    Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan

    mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.

    Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan

    iaitu:

    Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah). Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering. Manakala jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair.

    Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi

  • 2. Menyusun Atur

    Guna alat mengikut kegunaannya. Simpan alat di tempat yang betul. Menilai Diri dan Tempat Kerja. Pencahayaan yang cukup. Peredaran udara yang baik. Lantai kering dan tak berminyak. Mendisiplin. Mematuhi peraturan keselamatan bengkel,

    alatan dan keselamatan diri.

  • 3. Menilai Diri dan Tempat Kerja

    Pencahayaan yang cukup. Peredaran udara yang baik. Lantai kering dan tidak

    berminyak.

  • 4. Mendisiplin

    Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

  • Etika dan budaya kerjaEtika kerja bermaksud disiplin dan sikap terhadap kerja.Etika kerja termasuk

    - menepati masa - bertanggungjawab - amanah - patuh

  • Menepati masaMurid perlu menghadiri kelas dan menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan.

  • Bertanggungjawab

    Murid melaksanakan tugasan yang disediakan untuk keselamatan dan kebersihan.

  • Amanah

    Bersikap amanah dalam menjaga harta benda di bengkel.

  • PatuhMurid perlu mengikut peraturan bengkel dan arahan guru.

  • Budaya kerja Bermaksud peradaban yang

    menjadi amalan semua pekerja dalam sesuatu organisasi. Budaya kerja dapat memupuk sikap

    bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid-murid.

  • Sekian, terima kasih.