keselamatan bengkel kemahiran hidup

Upload: muhdrazman

Post on 09-Oct-2015

113 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa di bengkel kemahiran hidup.

TRANSCRIPT

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    1/90

    PENGURUSAN MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP MELALUI

    PENDEKATAN KOLABORATIF: SATU TINJAUAN DI

    BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH

    JOHOR BAHRU.

    ZANAL BIN BAHRAN

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    2/90

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    3/90

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    4/90

    PENGURUSAN MAKMAL KEMAHIRAN HIDUP MELALUI

    PENDEKATAN KOLABORATIF : SATU TINJAUAN DI BEBERAPA

    SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR.

    ZANAL BIN BAHRAN

    760612-01-7009

    Laporan projek ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

    (Kemahiran Hidup)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL , 2008

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    5/90

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    6/90

    PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah Yang maha Pemurah dan Maha Penyayang, selawat dan

    salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. Alhamdulillah, setinggi-

    tinggi kesyukuran dipanjangkan ke hadrat Ilahi kerana kerana dengan kekuatan dan

    keizinan yang diberikanNya dapatlah saya menyempurnakan kajian penulisan ini

    mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

    Dikesempatan ini saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan

    terima kasih kepada En.Mohd Abdillah selaku pensyarah yang banyak memberi

    bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjayakan penulisan ini. Saya juga mengucapkan

    terima kasih kepada isteri tersayang dan rakan-rakan yang banyak memberi

    dorongan serta perangsang untuk terus menghasilkan kajian penulisan ini..

    Akhir kata kepada semua yang terlibat, sumbangan yang telah diberikan tidak

    akan lupa dari ingatan kami. Mudah-mudahan mendapat keberkatan dan Allah

    jugalah yang akan membalasnya.

    Terima kasih semua.

    SEKIAN WASSALAM

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    7/90

    DEDIKASI

    Untuk isteri dan keluarga tersayang

    dan sahabat handai yang disanjungi,

    Pengorbanan kalian menjadi sumber inspirasi ku

    Jasamu takkan ku lupa selamanya.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    8/90

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti setakat manakah

    keberkesanan amalan pengurusan makmal Kemahiran Hidup mengikut pendekatan

    kolaboratif. Aspek yang ditekankan disini ialah konsep kerjasama antara guru-guru,

    guru kanan dan pihak pentadbiran, kekerapan mengadakan mesyuarat, pemantauan

    dari pihak-pihak tertentu dan rekod-rekod penyelenggaraan makmal. Instrumen

    kajian yang digunakan ialah dari satu set Soal Selidik yang menggunakan skala

    Likert lima mata. Data yang diperolehi daripada responden dianalisis menggunakan

    kaedah (SPSS) versi 10.5" . Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 responden

    dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti dan Sekolah Menengah

    Kebangsaan Tasik Utara bagi melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik.

    Hasilnya nilai alpha cronbach yang diperoleh ialah 0.72. Dapatan kajian

    menunjukkan bahawa guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) mempunyai

    tahap amalan kerjasama yang tinggi (4.46), kekerapan bermesyuarat bagi

    menyelesaikan masalah pengurusan yang sederhana (3.36), membuat pemantauan

    dari pihak tertentu yang tinggi (3.81) dan keupayaan menyedia dan mengemaskini

    buku-buku rekod yang tinggi (4.34). Ini menunjukkan tahap pengurusan Makmal

    KHB secara kolaborasi di Sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru adalah pada

    tahap baik.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    9/90

    ABSTRACT

    This research has been carried out in order to find the effectiveness of system

    practiced in the management of the living skill laboratory which used the

    collaborative method. The important aspects emphasized are the cooperation among

    teachers, senior assistant and administrative staff, how often meeting are held,

    supervision by related official and whether record of maintenance are well kept. The

    instrument process used a set of questionnaire which applied 5 point likert scale. The

    raw data from respondents were analysis using the SPSS Version 10.5. the pre

    research has been carried out towards 10 respondents within Sekolah Menengah

    Kebangsaan Taman Universiti and Tasek Utara in order to identify the realibility of

    questionaire in these items. The result, cronbach alpha value is 0.72 which showed

    that the teachers of Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) are highly cooperate among

    them (4.46), in fact, the frequency of holding meeting is average (3.36), supervision

    by related official is high (3.81) and the ability of preparing and updating is highly

    recorded (4.34). These results showed that living skill laboratory through

    collaborative method within secondary schools in Johor Bahru are in good level.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    10/90

    KANDUNGAN

    JUDUL i

    PENGAKUAN ii

    PENGHARGAAN iv

    DEDIKASI v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI JADUAL x

    SENARAI SINGKATAN xi

    BAB PEKARA MUKASURAT

    1 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar belakang masalah 3

    1.3 Penyataan masalah 5

    1.4 Persoalan kajian 6

    1.5 Tujuan dan objektif kajian 7

    1.6 Kepentingan kajian 7

    1.7 Batasan kajian 9

    1.8 Definisi termenologi 9

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    11/90

    II SOROTAN KAJIAN

    2.1 Penghaduluan 12

    2.2 Kepimpinan 12

    2.3 Mata pelajaran Kemahiran Hidup 15

    2.3.1 Bahagian teras 16

    2.3.2 Bahagian elektif 16

    2.4 Peranan guru di makmal Kemahiran Hidup 17

    2.5 Penguruan dan organisasi 18

    2.5.1 Senarai tugas panel KHB 20

    2.6 Keselamatan 23

    2.7 Penutup 25

    III METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan 26

    3.2 Rekabentuk kajian 26

    3.3 Sampel kajian 27

    3.4 Instrumen kajian 28

    3.5 Kajian rintis 29

    3.6 Prosedur kajian 30

    3.7 Analisa data 30

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    12/90

    IV ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan 33

    4.2 Bahagian A 33

    4.3 Bahagian B 37

    4.4 Kesimpulan 50

    V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan 51

    5.2 Perbincangan 52

    5.3 Rumusan 57

    5.4 Cadangan 59

    5.5 Cadangan Kajian akan Datang 61

    5.6 Penutup 63

    LAMPIRAN

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    13/90

    SENARAI RAJAH

    1. Jadual 2.1 - Carta Organisasi Panitia KHB

    2 Jadual 3.1 - Nama Sekolah dan Bilangan Guru Kemahiran Hidup

    3. Jadual 3.2 - Skor dan Penyataan yang diberi.

    4. Jadual 3.3 - Pengelasan likert lima mata kepada tida mata dan

    Tahap

    Min

    5. Jadual 3.4 - Penentuan Jadual Skala Min

    6. Jadual 4.1 - Taburan Responden Mengikut Jantina

    7. Jadual 4.2 - Taburan Responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas

    8. Jadual 4.3 - Taburan Responden mengikut Umur

    9. Jadual 4.4 - Taburan Responden mengikut Pangalaman Mengajar

    10. Jadual 4.5 - Taburan Responden Mengikut Jawatan

    11. Jadual 4.6 - Taburan Responden Mengikut yang pernah Menghadiri

    Kursus Pengurusan Makmal KH atau Tidak.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    14/90

    12. Jadual 4.7 - Pendapat Responden Tentang amalan kerjasama

    antara Guru-guru Kemahiran Hidup, pihak pentadbiran

    dan ketua panatia semasa menjalankan kerja-kerja

    pengurusan makmal Kemahiran Hidup.

    13. Jadual 4.8 - Pendapat responden terhadap kekerapan mengadakan

    mesyuarat bagi membincangkan masalah-masalah

    yang dihadapi oleh guru.

    14. Jadual 4.9 - Pemantauan terhadap makmal-makmal Kemahiran

    Hidup

    yang lain dari masa ke semasa.

    15. Jadual 4.10 - Kekerapan guru menyediakan dan menemaskini buku-

    buku

    rekod penyelenggaraan makmal Kemahiran Hidup.

    16. Jadual 4.11 - Peratus dan Tahap Min Keseluruhan Objektif Kajian.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    15/90

    SENARAI SINGKATAN

    1.

    KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

    2.

    KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

    3. KH - Kemahiran Hidup

    4. KT - Kemahiran Teknikal

    5. ERT - Ekonomi Rumah Tangga

    6.

    PTN - Pertanian

    7. JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

    8. JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

    9.

    FPN - Falsafah Pendidikan Negara

    10.

    PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

    11.

    KP - Ketua Panatia

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    16/90

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Makmal Kemahiran Hidup adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran

    subjek berkenaan. Walau apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, programpengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup tetap berjalan. Impak serta produk

    yang dihasilkan daripada perlaksanaan aktiviti-aktiviti di tempat-tempat yang

    tertentu itu merupakan refleksi suasana makmal yang dibina. Penyusunan,

    penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah-langkah mengelak

    kemalangan yang dijalankan dengan teratur melahirkan produk yang positif.

    Pendekatan Kolaboratif bermaksud pemaufakatan, kekitaan dan kerjasama

    yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat. Pengurusan Makmal KHB

    secara kolaboratif ini bermakna semua guru-guru Kemahiran Hidup hendaklah

    berkejasama dalam menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dan setiap guru

    sentiasa faham tentang konsep pengurusan dan pengendalian setiap makmal (KPM

    1996). Sebagai contoh guru yang sering mengajar di makmal kerjakayu hendaklah

    faham bagaimana menguruskan bahan dan alatan yang hendak digunakan sebelum

    pengajaran dan selepas pengajaran. Begitu juga bila berada di makmal masakan,

    jahitan ,kerja elektrik dan elektronik, enjin dan kerja paip.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    17/90

    Setiap pelajar yang mempelajari subjek Kemahiran Hidup dikehendaki

    mempratikkan Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan serta Reka

    cipta yang menjadi komponen teras dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Untuk

    berinteraksi dan berekreasi di dalam subjek-subjek tersebut, pelajar-pelajar

    memerlukan bilik yang konduksif disamping memerlukan kelengkapan alat dan

    bahan-bahan yang bersesuaian. Secara fizikal bilik-bilik dan makmal Kemahiran

    Manipulatif, Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian telah yang wujud di sekolah pada

    masa ini berjauhan dan berasingan antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan

    pelajar-pelajar sentiasa bergerak mengikut kesesuaian, bahkan kerap berlaku

    peralatan dan juga bahan-bahan terpaksa beralih daripada satu makmal ke satu

    makmal yang lain.(Laporan PPK 2005).

    Dengan ini pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknik dan

    Vokasional telah menyarankan agar guru-guru Kemahiran Hidup dapat

    mengamalkan pengurusan makmal KHB ini melalui pendekatan kolaboratif. Ini bagi

    mempastikan agar pengurusan makmal Kemahiran Hidup dapat dilakukan dengan

    lebih sistematik agar pengajaran dan pembelajaran subjek ini menghasilkan impak

    yang optimum. (PPK 2005).

    1.2

    Latar Belakang Masalah

    Pada tahun1991, mata pelajaran teknikal di sekolah menengah rendah yang

    terdiri daripada pilihan mata pelajaran Seni Perusahaan, Sain Rumah Tangga , Sain

    Pertanian dan Perdagangan telah diganti selaras dengan perubahan Kurikulum Baru

    Sekolah Menengah (KBSM) iaitu Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Mata

    pelajaran ini lebih menekankan aspek kemahiran dalam kehidupan seharian.

    Berbanding dengan mata pelajaran yang terdahulu Kemahiran Hidup Bersepadu

    berkonsepkan penyatuan dalam semua mata pelajaran teknikal gabungan keempat-

    empat pilihan, iaitu Kemahiran Teknologi, Perdagangan dan Keusahawan, Pertanian

    dan Ekonomi Rumah Tangga (KPM,1991)

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    18/90

    Kemahiran Hidup adalah satu matapelajaran yang ditawarkan di sekolah

    menengah tingkatan 1-3 berhasrat memupuk celik teknologi, kesedaran ekonomi dan

    pengurusan diri (PPK 1992). Kemahiran yang dibekalkan merupakan aktiviti yang

    berguna dalam kehidupan seharian seperti membuka, memasang, menyelenggara,

    membaiki kerosakan kecil, mengurusniaga barang, menanam, menternak, memasak

    dan menjahit. Hasil kerja tangan yang di lakukan oleh tangan dan kemahiran diri

    mampu membentuk produk yang boleh digunakan oleh orang ramai.

    Oleh yang demikian guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran

    Hidup tidak lagi terbatas menggunakan makmal-makmal yang terdapat di sekolah

    seperti makmal kerja kayu, elektrik dan elektronik, pertanian, masakan, jahitan, enjin

    dan bilik lukisan teknik. Guru-guru yang menggunakan makmal-makmal ini

    dikhendaki menguruskan peralatan dan bahan dengan sempurna agar tidak berlaku

    masalah penyelenggaran terutama terhadap guru-guru yang lain.

    Situasi tempat pelajar melakukan aktiviti ini haruslah sentiasa berkeadaan

    baik supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin, berkesan dan

    mencapai matlamat. Satu kajian Pusat Perkembangan Kurikulum (2005), 96.8%

    responden bersetuju bahwa bengkel harus diselenggara dengan kemas dan tersusun.

    Perlaksanaan matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu memberi kesan kepada

    keadaan di makmal dan tugas guru. Beban tugas guru bertambah dimana tahap

    pengurusan harus ditingkatkan dan tidak boleh ditahap lama. Menutut PPK lagi

    pelbagai masalah timbul apabila 66.7% alatan tidak mencukupi, 61.9% menyatakan

    alatan tak mencukupi menyebabkan kerja amali tidak dapat dijalankan mengikut

    jadual. 88.9% waktu mengajar terlalu banyak dan 93.6% menyatakan kemudahan

    dan penyesuaian makmal perlu dikemaskini.

    Perbezaan latarbelakang guru juga mempengaruhi mutu pengurusan makmal

    Kemahiran Hidup. Menurut Suhaimi (1995) Guru yang telah lama berkhidmat

    mempunyai kepakaran dalam pengurusan makmal Kemahiran Hidup berbanding

    guru yang baru berkhidmat.

    Masalah makmal yang berlaku berkaitan dengan pengurusan makmal

    merupakan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran Hidup. Setiap guru

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    19/90

    Kemahiran Hidup mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan

    dengan baik. Ketua Panitia haruslah melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran

    Hidup dengan penuh rasa tanggungjawab dengan sentiasa membantu guru-guru yang

    kurang berkemahiran ini dengan sentiasa peka dan mencari jalan penyelesaian bagi

    menangani masalah pengurusan makmal Kemahiran Hidup.

    Menurut Ramlah Hamzah (1993) dalam jurnal tulisannya, keadaan ini telah

    menimbulkan masalah terutama bagi guru-guru yang kurang arif terhadap makmal-

    makmal yang lain. Guru-guru saling bertelagah dan menuduh antara satu sama lain.

    Guru KH yang lain tidak menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dengan

    sempurna selepas mereka gunakan. Persoalan ini menyebabkan Jabatan Pendidikan

    Teknik perlu merancang satu program pengurusan makmal Kemahiran Hidup supaya

    guru-guru tidak lagi bersengketa dan sering bermasam muka iaitu Pengurusan

    Makmal Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif.

    1.3 Penyataan Masalaah

    Pendekatan pengurusan makmal KH yang digunakan sebelum ini merupakan

    kaedah yang kurang praktik dan tidak sesuai kerana guru hanya melakukan

    pengurusan pada makmal tertentu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya

    pertembungan penggunaan makmal KH dengan sistem pengurusan yang tidak

    teratur. Maka satu sistem pengurusan makmal KH pendekatan kolaboratif telah

    diperkenalkan bagi mengatasi segala permasalahan yang berlaku dalam pengurusan

    makmal KH. Pendekatan kolaboratif ini mengutamakan ciri-ciri permuafakatan,

    kekitaan serta kerjasama yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat

    secara langsung atau tidak. Sistem ini mengutamakan pengurusan srok barang/bahan,

    serta prosedur menggunakan makmal KH dengan lebih teratur dan berkesan.

    Pengurusan Makmal Kemahiran Bersepadu Pendekatan Kolaboratif ini mula

    dilaksanakan pada tahun 1996, sebahagian besar guru telah diberi pendedahan

    melalui kursus dan seminar samada diperingkat negeri , daerah ataupun sekolah.

    Namun demikian pelaksanaanya masih menjadi tandatanya samada guru

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    20/90

    melaksanakanya ataupun tidak. Kebanyaknya guru-guru masih kurang faham tentang

    bagaimana untuk melaksanakan dan mendapat kerjasama penuh dengan guru-guru

    yang lain.

    Oleh itu satu kajian berkaitan dengan Pengurusan Makmal Kemahiran Hidup

    Melalui Pendekatan Kolaboratif Di Sekolahperlu dilaksanakan dengan kajian akan

    menyentuh aspek-aspek kerjasama antara guru-guru KH, kekerapan mengadakan

    mesyuarat oleh Panatia KH, pemantauan oleh pihak-pihak terbabit dan penyediaan

    buku-buku rekod penyelenggaraan.

    1.4 Persoalan Kajian

    Berdasarkan masalah-masalah yang timbul, beberapa persoalan boleh

    dikemukan di sini iaitu:-

    1. Apakah tahap kerjasama antara guru-guru Kemahiran Hidup, pihak

    pentadbiran, ketua panatia dan guru-guru lain dalam melaksanakan

    pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif?

    2. Sejauh manakah kekerapan guru-guru, pentadbir PPD dan JPN membuat

    pemantauanterhadap Makmal Kemahiran Hidup dari masa ke semasa?

    3.

    Apakah kekerapan mesyuarat guru-guru diadakan bagi membincang dan

    menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru?

    4.

    Apakah kekerapan guru-guru menyediakan buku-buku rekodpengurusan

    yang sentiasa dikemaskini oleh guru-guru Kemahiran Hidup yang lain?

    1.5 Objektif Kajian

    Berdasarkan penyataan yang telah ditimbulkan, objektif kajian ini adalah

    untuk mengenalpasti dan meninjau aspek ciri-ciri berikut:-

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    21/90

    1.5.1

    Mengenalpasti samada guru-guru, Ketua Panitia dan Pihak pentadbir sekolah

    memberikan kerjasama semasa melaksanakan pengurusan makmal

    Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif.

    1.5.2 Mengenalpasti samada guru mengadakan mesyuarat yang ditetapkan semasa

    melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan

    kolaboratif.

    1.5.3 Mengenalpasti sekerap mana guru-guru, ketua Panitia dan pihak pentadbir

    mengadakan pemantauan semasa melaksanakan pengurusan makmal

    Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif.

    1.5.4 Mengenalpasti setakat mana guru menyediakan dan mengemaskani rekod-

    rekod penyelenggaraan makmal Kemahiran Hidup.

    1.6 Kepentingan kajian

    Kajian mengenai adakah guru-guru melaksanakan pengurusan makmal

    Kemahiran hidup pendekatan kolaboratif di sekolah dirasakan penting kerana

    setelah 10 tahun arahan perlaksanannya dijalankan, didapati guru semakin hari

    semakin kurang mengamalkannya. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti

    kurangnya pengetahuan guru dalam proses pelaksanaannya atau kurangnya

    kerjasama dari guru-guru Kemahiran Hidup yang lain, Ketua Panitia dan pihak

    pentadbir.

    Hasil daripada kajian ini diharap dapat membantu guru-guru, pihak pentadbir

    sekolah dan Penyelaras Teknik dan Vokasional Daerah untuk merangka satu

    pendekatan yang lebih berkesan bagi membantu guru-guru yang kurang pengetahuan

    dan kurang memberi kerjasama ini untuk melaksanakan pengurusan makmal

    pendekatan kolaboratif secara lebih berkesan dan sistematik. Selain itu bahagian

    perancangan dan Penyelidikan KPM dapat menafaatkan hasil kajian ini untuk

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    22/90

    merancang dasar dan program peningkatan profesionalisma terutama dalam

    pengurusan makmal Kemahiran Hidup

    Adalah diharapkan laporan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada JPNJ

    dalam merancang dan menyediakan aktiviti pengurusan makmal KH yang berkesan

    dan kondusif.

    1.7 Batasan Kajian

    Kajian ini dijalankan dengan mengambil 10 buah sekolah di daerah Johor

    Bahru, Johor sebagai sampel. Responden adalah terdiri daripada guru-guru yang

    mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup.Walaupun kajian ini melibatkan satu

    tempat kajian, namun kesimpulannya sedikit sebanyak dapat menggambarkan

    keadaan di sekolah pada amnya. Pelbagai elektif Instrumen yang digunakan oleh

    pengkaji ialah set soal selidik.

    1.8 Definisi Termenologi

    Definasi isitilah adalah berhubung dengan istilah yang berkaitan dengan

    kajian yang hendak dijalankan. Ini bertujuan mengelakkan diri memahami kajian

    dan persepsi yang berbeza sepertimana yang dikehendaki dalam sesuatu kajian.

    1.8.1

    Pengurusan

    Menurut istilah kamus dewan (2001) adalah suatu perihal (kerja dan

    sebagainya) dalam menguruskan sesuatu perihal mengurus (syarikat,

    badan, perniagaan dan sebagainya). Ianya adalah berkaitan dengan

    perihal menguruskan makmal dan guru KH.

    Menurut Rashid (1995) mendifinasikan pengurusan sebagai

    mengurus manusia, asset, organisasi dan Negara dimana ianya adalah

    kerja yang khusus yang hanya diketahui oleh manusia yang terlatih

    dalam sesuatu bidang berkaitan.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    23/90

    1.8.2 Makmal Kemahiran Hidup

    Makmal merupakan tempat melakukan ujikaji, percubaan atau

    penyelidikan yang berkaitan dengan ilmu sains. Makmal yang

    dimaksudkan disini ialah makmal atau bengkel untuk melakukan

    kerja-kerja amali bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup

    1.8.3 Pendekatan

    Pendekatan diistilahkan keadah atau cara yang diambil bagi

    memulakan dan melaksanakan tugas

    1.8.4 Kolaboratif

    Kolaboratif membawa makna muafakat dan pemuafakatan antara

    seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar,

    antara guru dengan pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dan

    sebagainya. Kolaboratif bermaksud bekerja dalam pasukan, usaha

    sama, mempunyai hubungan dua hala, konsep perkongsian dan

    pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang

    membawa kebaikan bersama. Kolaboratif merupakan sistem

    pemuafakatan yang harus dibina sebelum membina tujuan kajian

    tindakan atau harus dibina dalam proses menjalankan kajian tindakan

    1.8.5

    Kemahiran Hidup

    Mata pelajaran yang mengandungi beberapa komponen teras iaitu

    Kemahiran manipulatif, Perdagangan, Ekonomi Rumah Tangga,

    Pertanian dan Kekeluargaan serta tiga komponen elektif iaitu

    Kemahiran Manipulatif Tambahan, Ekonomi Rumah Tangga dan

    sains Pertanian.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    24/90

    BAB II

    SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pendahuluan

    Dalam bab ini penyelidik akan membuat sorotan tentang pengurusan

    matapelajaran Kemahiran hidup disekolah. Penyelidik akan menjelaskan tentang

    kepimpinan, matapelajaran Kemahiran hidup dan diikuti dengan makmal Kemahiran

    hidup. Seterusnya penjelasan tentang tanggungjawab guru di makmal Kemahiran

    hidup, keselamatan, pengurusan organisasi dan organisasi makmal Kemahiran hidup

    2.2 Kepimpinan

    Kepimpinan merupakan satu subjek yang penting kepada kehidupan manusia.

    Kepimpinan mengenalpasti hal ekhwal keluarga, organisasi, negara dan dunia.

    Kepimpinan merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia sama dalam soal-

    soal sosial, pendidikan, politik, ekonomi mahupun kerohanian. Pemimpin memain

    peranan yang besar dalam sesebuah organisasi. Pemimpin yang sentiasa membawa

    perubahan baik kepada kehidupan manusia amat wajar diteladani . Menurut Wan

    Zahid Nordin (2003) Kitaperlu berkisar dan berganjak daripada norma dan

    kebiasaan dalam melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan reasonable

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    25/90

    kepada yang lain, yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear, dan lateral

    yang menggunakan budaya reflective rationality dan yang unreasonable .

    Menurut Ab. Aziz (2000) pula pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang peka

    kepada tuntutan perubahan samada perubahan dalaman yang didalam kawalannya

    atau perubahan yang diluar kawalan mereka.

    Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan yang diperlukan oleh setiap

    lapisan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan

    dinamik, yang memerintah dan mengarah. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin

    tertentu seperti tentera, pilitik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpin yang berani

    bijaksana menjadi intipati lagenda dan mitos.

    Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin. Pimpin bererti

    bimbing, pandu dan tunjuk. Memimpin memberi erti sebagai memegang tangan dan

    membawa berjalan-jalan menuju ke sesuatu tempat.. Pemimpin membawa erti

    keupayaan memimpin dankepimpinan pula ialah keupayaan sebagai pemimpin atau

    daya seorang pemimpin (Kamus Dewan 2001).

    Di satu sudut yang lain , kepimpinan didefinasikan sebagai setiap tindakan

    yang merupakan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat.

    Pemimpin perlu bertindak apabila berhadapan dengan masalah, semasa

    melaksanakan pemulihan atau membuat keputusan. Pemimpin perlu bertindak secara

    proaktif bagi menggerak dan merangsang orang lain untuk bertindak. Seseorang

    pempimpin seharusnya memiliki segala idea yang besar atau wawasan agung bagi

    menjana organisasi.

    Pemimpin merupakan individu yang menjadi ketua dan penggerak dalam

    sesebuah organisasi. Kepimpinan ialah kebolehan, kecekapan, keberkesanan dan

    kewibawaan seseorang pemimpin menggerakkan organisasi. Antara ciri-ciri

    pemimpin yang berkesan menurut Ahmad Athory Hussin (1991) ialah :-

    2.2.1

    Mempunyai wawasan organisasinya, berkebolehan menterjemah wawasan

    menjadi pelan tindakan yang praktikal dan fleksibel.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    26/90

    2.2.2 Memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini.

    2.2.3 Mengamalkan budaya beretika (perpaduan, penyayang, kerja berpasukan,

    bersopan santun, berdisiplin, hidup sihat, jujur, ikhlas).

    2.2.4 Mahir berkomunikasi dengan berkesan.

    2.2.5

    Memiliki budaya jati diri (daya saing, daya tahan, daya juang, daya saring,

    daya tekal).

    2.2.6 Produktif - mementingkan peningkatan yang berterusan.

    2.2.7 Cekap menggunakan segala sumber yang ada dengan optimum.

    2.2.8 Sentiasa memantau dan menilai perkembangan setiap program dan

    organisasi.

    2.2.9 Memiliki gaya kepimpinan.

    Kepimpinan merupakan tingkahlaku bertumpu bagi mancari jalan

    penyelesaian, masalah dan bagi mencari jalan iaitu melaksanakan sesuatu program

    atau tugasan bertujuan untuk menangangi matlamat organisasi itu. Menurut (Hussein,

    1993) organisasi yang berkesan adalah bergantung pada gaya kepimpinan ketuanya.

    Seorang guru Kemahiran Hidup haruslah mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin

    untuk menguruskan makmal yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    Guru yang dipertanggungjawabkan hendaklah menggunakan segala pengalaman dan

    kemahiran untuk menguruskan sesuatu organisasi itu dengan memberi manafaat

    kepada pelajar dan organisasi. Sebagai guru, seharusnya mempunyai ciri-ciri

    kepimpinan yang unggul untuk membimbing ahli-ahlinya ke arah kesempurnaan dan

    keunggulan diri. Pendidik dan pemimpin yang baik yakin akan kebolehan dalam

    melaksanakan tugas-tugas disamping memberi bimbingan serta penyediaan yang

    wajar kepada orang yang dipimpin. Mereka perlu bersifat fleksibel semasa berurusan

    denga personaliti yang berbeza yang mana pekara ini selaras dengan konsep Parlov

    yang mengaitkan stimulus, tindakan dan ganjaran. Sehubungan dengan itu,

    pemimpin harus mempunyai karisma yang cukup kuat dikalangan pengikut dan

    kumpulannya.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    27/90

    2.3 Matapelajaran Kemahiran Hidup

    Matapelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran pra voksional

    yang diajarkan diperingkat menengah rendah iaitu dari tingkatan 1 hingga 3.

    Matlamat matapelajaran ini ialah untuk melahirkan insan yang berdikari,

    berkemahiran menggunakan teknologi, faham berkenaan ekonomi dan mempunyai

    sikap yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif dan produktif serta boleh berinteraksi

    dengan baik (KPM). Matapelajaran Kemahiran hidup ini dirancang bagi mencapai

    hasrat falsafah pendidikan negara iaitu mewujudkan insan yang harmonis dari segi

    JERI (1989). Matapelajaran ini diperkenalkan bagi menggantikan matapelajaran

    elektif iaitu Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan

    Perdagangan. Sejak dilaksanakan mulai tahun 1991 matapelajaran ini dibahagikan

    kepada kepada 2 bahagian iaitu bahagian elektif dan bahagian teras. Elektif

    perdagangan telah dimasukkan ke dalam bahagian teras manakala bahagian Sains

    pertanian dan Ekonomi Rumahtangga dikekalkan dan seni perusahaan digantikan

    dengan Kemahiran Manipulatif Tambahan. Setelah 10 tahun dilaksanakan pilihan

    perdagangan telah diperkenalkan semula.

    2.3.1 Bahagian Teras

    Bahagian ini mengandungi 2 komponen iaitu Kemahiran Manipulatif dan

    Perdagangan. Bahagian teras wajib dipelajari oleh semua pelajar.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    28/90

    2.3.2 Bahagian Elektif

    Bahagian ini mengandungi 4 komponen iaiti Kemahiran Teknikal, Ekonomi

    Rumah Tangga, Perdagangan dan Pertanian. Pelajar dikhendaki memilih salah satu

    daripada 4 komponen yang dipelajar ditingkatan 1hingga 3.

    Dalam melaksanakan semua matapelajaran ini, semua pelajar akan

    menggunakan makmal untuk menjalankan amali dan guru-guru dari elektif lain juga

    akan menggunakan makmal yang sama bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

    2.4

    Peranan Guru di Makmal KH

    Guru atau pendidik sering dikaitkan pengajar kepada murid di sekolah.

    Pengajar adalah individu yang memberi panduan, bimbingan serta tunjuk ajar kepada

    seseorang atau sekumpulan manusia (Kamaruddin 1994). Guru Kemahiran Hidup

    bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada pelajar tetapi bertanggungjawab

    mengelola kemudahan dan keadaan fizikal sekelilingnya.

    Peranan guru KH adalah lebih berat jika dibandingkan dengan guru-guru

    yang lain. Selain mengajar guru KH dikhendaki menyelenggara segala pekakasan

    dan peralatan di dalam makmal selepas dan sebelum mengguna. Pengurus-pengurus

    makmal juga dipertanggungjawabkan untuk mempastikan setiap makmal yang akan

    digunakan sentiasa dilengkapi dengan bahan dan peralatan yang dijamin

    keselamatannya.

    Seorang pendidik itu itu mesti mampu memenuhi beberapa ciri sepertiamanah, adil, berdedikasi, bertanggungjawab, berdisplin, berdaya usaha dan

    berperibadi mulia. Oleh yang demikian guru perlu peka akan perubahan dan sentiasa

    membimbing pelajar-pelajar untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Maka dengan itu, guru yang menguruskan makmal Kemahiran Hidup

    supaya dapat membimbing pelajar serta guru-guru yang lain supaya sentiasa

    mengamalkan peraturan dan keselamatan dsemasa berkerja menggunakan makmal

    Kemahiran Hidup

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    29/90

    2.5 Pengurusan dan Organisasi

    Sesebuah organisasi samada yang bercorak perniagaan atau perkhidmatan,

    mempunyai matlamat yang tersendiri.Jestru itu, organisasi tersebut berfungsi untuk

    mencapai matlamat ini. Pencapaian matlamat organisasi pula bergantung pada

    banyak faktor. Faktor ini boleh ditinjau dari segi input , output dan alam sekitar

    sesebuah organisasi. Makmal KH misalnya adalah sebuah organisasi fomal yang

    diwujudkan untuk pengurusan. Matlamat sesebuah organisasi makmal KH adalah

    untuk kepentingan pelajar

    Dalam pengurusan sebuah makmal KH haruslah mempunyai satu organisasi

    yang mampu mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. MenurutKamaruddin (1994), organisasi meliputi satu atau lebih pusat kuasa yang menepatkan

    matlamat memperuntukan sumber-sumber mengarah kepada kemajuan. Pembinaan

    organisasi yang mantap dan berkesan dapat menguruskan segala aktiviti dengan

    lancar dan menepati apa yang dikhendaki.

    Dalam organisasi makmal KH, Ketua Panatia adalah orang penting untuk

    mencapai matlamat pengurusan. Ketua Panatia adalah satu jawatan yang dipilih

    mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak sekolah. Sebagai Ketua Panatia,

    guru ini bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti mengurus,

    mentadbir dan mengendalikan mesyuarat. Menurut Ahmad Hussein (1993) mengurus

    sebagai teknik atau cara menjalankan pentadbiran bagi menjayakan tugas-tugas yang

    perlu dilaksanakan.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    30/90

    PENGETUA

    GURU KANAN TEKNIK DANVOKASIONAL

    KETUA PANITIA

    PEMBANTU MAKMAL

    PENYELARAS MAKMAL

    GURU KHB

    KERJAKAYU

    ELEKTRIK/ ELEKTRONIK

    KERJA PAIP / ENJIN

    PERTANIAN / PERKEBUNAN

    JAHITAN

    MASAKAN

    Jadual 2.1 : Carta Organisasi Panitia KHB

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    31/90

    2.5.1 Senarai Tugas Panel KHB

    2.5.1.1 TUGAS PENGETUA

    2.5.1.1.1 Bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal dan

    keselamatan makmal

    2.5.1.1.2 Bertanggngjawab menentukan peraturan dan keselamatan

    dan peraturan di kemaskini dan dipatuhi

    2.5.1.1.3 Bertanggungjawab mempastikan kemalangan yang berlaku

    diambil tindakan segera

    2.5.1.1.4 Berrtanggungjawab menganelpasti tindakan yang perlu

    diambil sewaktu kecemasan

    2.5.1.1.5 Mempastikan peruntukan KHB digunakan sewajarnya.

    2.5.1.2 TUGAS GURU KANAN MATAPELAJARAN

    TEKNIK DAN VOKASIONAL

    2.5.1.2.1

    Bertanggungjawab dan mempastikan pengurusan

    organisasi makmal berjalan dengan sempurna

    2.5.1.2.2 Menyusun jadual penggunaan makmal

    2.5.1.2.3 Bertanggungjawab mengadakan dan memperngerusikan

    mesyuarat

    2.5.1.2.4 Menentukan penggunaan ABM digunakan dalam

    pengajaran dan pembelajaran

    2.5.1.2.5 Merancang dan mempastikan guru di kursus dalaman

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    32/90

    2.5.1.3

    TUGAS KETUA PANITIA

    2.5.1.3.1 Bertanggungjawab membantu guru Kanan Mata pelajaran

    mengenai aspek-aspek pengurusan dan keselamatan

    makmal KH

    2.5.1.3.2 Merancang program belanjawan tahunan

    2.5.1.3.3 Menyelaras penggunaan makmal setiap elektif berjalan

    lancar

    2.5.1.3.4 Bertanggungjawab menyelaras stok dan mempastikan

    sentiasa dikemaskini

    2.5.1.4 TUGAS PENYELARAS MAKMAL

    2.5.1.4.1

    Bertanggungjawab membantu penyelaras dalam

    perlaksanaan pengajaran dan pengajaran

    2.5.1.4.2 Bertanggungjawab mempastikan keselamatan alatan,

    bahan pelajar di dalam makmal

    2.5.1.4.3 Bertanggungjawab terhadap penyusunan dan

    penyelenggaraan alatan dan bahan dalam unit dilaksanakan

    2.5.1.4.4 Mengemaskini stok

    2.5.1.5

    TUGAS GURU KHB

    2.5.1.5.1 Membantu penyelaras KHB dan penyelaras makmal secara

    langsung bagi mempastikan kelancaran organisasi

    pengurusan makmal dan proses pengajaran dan pengajaran

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    33/90

    2.5.1.6

    TUGAS PEMBANTU MAKMAL

    2.5.1.6.1 Mernyemak stok dan iventori

    2.5.1.6.2 Menyediakan alatan dan bahan pembelajaran dan

    pengajaran

    2.5.1.6.3 Menyelenggara dan membaik pulih alatan

    2.5.1.6.4 Merekod keluar masuk alatan

    2.5.1.6.5 Mempastikan keselamatan dan kebersihan makmal

    2.5.1.6.6 Mempastikan alatan mencukupi sebelum dan selepas

    pengajaran dan pembelajaran.

    Berdasarkan carta organisasi dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan, ianya

    tidaklah bergantung kepada tugas-tugas yang diberikan. Menurut Wan Azmi Ramli

    (1990), struktur organisasi adalah tentang bagaimana segala tanggungjawb

    ditentukan dan diperbagaikan. Walaupun ketua mempunyai kuasa membuat

    keputusan tetapi teori pengurusan moden lebih menekankan ikut keadaan dan kerja

    berpasukan dalam menyelesaikan masalah.

    Menurut Rozita Ismail (2002) sistem pengelolaan dan pengurusan alatan,

    bahan dan ruang pembelajaran yang lebih berkesan dan teratur perlulah diadakan

    bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaranberada dalam optimum. Sehubungan

    itu keadah seperti pengurusan kolaboratif, harta modal, inventori, bekalan pejabat

    harus dikemaskini mengikut saranan Perkeliling Perbendaharaan bil. 2/1991

    Menurut JPNJ (1995) (Megat Hashim 1997) mengatakan pengurusan makmal

    KH dan kelengkapannya yang licin dan berkesan akan melahirkan pelajar yangmencintai ilmu dan bertanggungjawab. Oleh itu keperluan mengadakan makmal

    yang kondusif membolehkan pelajar mendapat asuhan yang sempurna disamping

    suasana pendidikan yang lengkap dan bermanafaat serta selamat. Ini menunjukkan

    suasana yang selamat, baik serta pengurusan yang baik akan memberikan hasil

    produk yang bertanggungjawab serta berdedikasi.

    Menurut Fredeck W. Taylor (1991) keberkesanan pengurusan terhasil apabila

    manusia mengikut khendak seseorang melalui cara terbaik dan termurah. Beliau

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    34/90

    percaya bahwa sesuatu idea berlandaskan kepada faktor yang kukuh, hasil daripada

    percubaan yang cermat oleh pengurusan makmal yang cekap dan kolaboratif dapat

    menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru khasya guru KH.

    2.6 Keselamatan

    Aspek keselamatan adalah penting apabila berada di dalam makmal KH.Guru dan pelajar yang menjadi pengguna mesti sentiasa peka kepada aspek ini.

    Kesedaran tentang betapa pentingnya keselamatan dalam makmal patut ada dan

    ditanam didalam jiwa pengguna (Azhari, 1992)

    Kemungkinan kemalangan wujud dalam melaksanakan kerja-kerja amali.

    Oleh itu langkah-langkah mencegah kemalangan haruslah difahami dan

    diterapkan setiap kali menjalankan kerja-kerja amali dan penggunaan makmal

    KH. Salah satu daripada tujuan utama bagi sembarang rancangan amali ialah

    untuk membina sikap yang diingini termasuk kesedaran terhadap keselamatan

    diri. Untuk menimbulkan sikap ini, pengelolaan dan penyelenggaraan makmal

    sekolah dan kelengkapan perlulah mencerminkan satu tahap keselamatan yang

    tinggi sepanjang waktu. Selain daripada itu keselamatan mestilah disatu padukan

    dalam setiap kali pengajaran teori dan amali dijalankan.

    Menurut Hassan (1997), sebahagian besar daripada kepatuhan langkah-langkah keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua, penerimaan terhadap

    tugas dan kesedaran terhadap peraturan akan dapat menentukan selamat atau

    tidaknya sesuatu aktiviti itu. Guru perlu menyediakan langkah-langkah

    keselamatan seperti Utamakan Keselamatan atau Berhati-hati Semasa

    Berkerja pada dinding makmal atau menggunakan carta keselamatan yang

    sesuai.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    35/90

    Crow and Crow (1980) mengatakan bahwa guru sepatutnya boleh

    mengerah, membimbing dan menyuruh pelajarnya membina sikap yang diingini.

    Pelajar yang sentiasa didedah dan ditekankan dengan peraturan mudah mengikut

    peraturan keselamatan dimakmal KH. Dalam kajian yang dijalankan oleh

    Mohaidin Othman (1995) mendapati susunatur makmal yang tidak baik

    mengganggu tumpuan semasa menjalankan kerja-kerja amali.

    2.7 Penutup

    Makmal yang cemerlang haruslah mempunyai pengurusan dan organisasi yang

    baik dan sistematik untuk mencapai matlamat tertentu. Makmal KH di sekolah

    adalah satu institusi kecil dalam kawasan sekolah yang memerlukan pengurusan

    yang berkesan. Sebagai guru yang menjalankan kerja-kerja amali dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai pengetahuan tentang

    pengurusan dan penyelenggaraan di makmal KH. Aspek kerjasama atau

    kolaboratif amatlah penting dikalangan guru-guru KH bagi mempastikan

    pengurusan dapat dilaksanakan bagi mewujudkan makmal KH yang kondusif dan

    dan selesa. Sikap tolong menolong antara guru KH semasa mengendalikan

    pengurusan makmal secara kolaboratif mampu merealisasikan hasrat Falsafah

    Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,

    emosi, rohani dan daya intelek.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    36/90

    BAB III

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    Kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengumpul maklumat yang

    terpeinci mengenai pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan

    kolaboratif. Di dalam bab ini beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian yang

    akan dijalankan iaitu rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintisdan analisis data.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    37/90

    3.2 Rekabentuk Kajian

    Kajian ini dijalankan dalam bentuk soal selidik yang akan diedarkan kepada

    guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sepuluh buah sekolah

    menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru, negeri Johor.

    Kaedah soal selidik akan dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas

    mengenai sejauh mana perlaksanaan pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui

    pendekatan kolaboratif di sekolah-sekolah yang telah dipilih, dari segi pengurusan,

    pengajaran dan pembelajaran. Selain itu kajian ini juga akan membincangkan

    pendapat guru dan amalan pengurusan makmal kemahiran Hidup

    3.3

    Sampel kajian

    Sampel kajian adalah mengikut kaedah seluruh populasi. Jumlah populasi

    dalam kajian ini ialah 52 orang. Jadi sampel yang diperlukan ialah 52 orang. Kajian

    ini hanya dijalankan ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran

    Hidup di sepuluh buah sekolah menengah kebangsaan bantuan penuh kerajaan di

    daerah Johor Bahru, Johor. Pemilihan sekolah adalah berdasarkan undian saya.

    Kesepuluh buah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah Johor Bahru

    ialah:-

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    38/90

    Jadual 3.1: Nama Sekolah dan Bilangan Guru Kemahiran Hidup

    Bil. Nama Sekolah Bil. Guru

    3.3.1 Sek. Men. Taman Impian Emas 5

    3.3.2 Sek. Men St. Joseph 5

    3.3.3 Sek. Men. Skudai Baru 5

    3.3.4 Sek. Men. Taman Universiti 5

    3.3.5 Sek. Men. Kangkar Pulai 6

    3.3.6 Sek. Men. Bukit kempas 6

    3.3.7 Sek. Men. Dato. Jaafar 6

    3.3.8 Sek. Men. Convent. 5

    3.3.9 Sek.Men. SIGS 4

    3.3.10 Sek. Men. Tasik Utara 5

    Jumlah 52

    3.4

    Instrumen Kajian

    Instrumen kajian untuk kajian ini adalah dalam bentuk soal selidik.

    Pemilihan soal selidik sebagai instrumen kajian adalah soal selidik dapat

    memberikan respon yang lebih tepat kerana responden tidak berhadapan dengan

    pengkaji semasa menjawab soalan soal selidik tersebut. Selain dari itu cara ini

    berupaya mendapatkan data-data dengan lebih mudah dan banyak, sesuai dengan

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    39/90

    bilangan sekolah yang dipilih. Ia juga dapat menjimatkan kos dalam mengumpulkan

    maklumat yang diperlukan.

    Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua

    bahagian iaitu bahagian A yang digunakan untuk mengisi maklumat peribadi

    responden. Bahagian B pula terdiri dari 30 soalan yang berbentuk skala likert 5 mata

    yang digunakan untuk mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan kajian. Aspek-

    aspeknya ialah untuk meninjau pendapat guru Kamahiran Hidup tentang sejauh mana

    perlaksanaan pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif

    di sekolah menengah.

    Soalan soal selidik ini menggunakan skala likert 5 mata untuk memperolehi

    respon dalam bahagian B. skala ini adalah:

    Skor 5 Amat Setuju (AS) - Positif

    Skor

    4 Setuju ( S ) - Positif

    Skor

    3 Tidak Pasti (TP) - Berkecuali

    Skor

    2 Tidak Setuju (TS) - Negatif

    Skor

    1 Amat Tidak Setuju (AST) - Negatif

    Sebanyak 52 salinan soal selidik disediakan untuk diedarkan kepada guru-

    guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah yang dipilih melalui

    Ketua Panitia sekolah-sekolah tersebut. Setiap item tidak disatukan dalam satu

    kumpulan. Ini bertujuan untuk mengelakkan responden daripada terpengaruh dengan

    objektif kajian. Hasil dapatan nanti dikira dalam peratusan bagi setiap jawapan skala1, 2, 3, 4 dan 5.

    Skor setuju dan amat setuju digabungkan menjadi setuju sahaja. Begitu juga

    dengan tidak setuju dan amat tidak setuju menjadi tidak setuju. Sementara skala

    tidak pasti di kategorikan sebagai berkecuali. Ini dapat ditunjukkan seperti jadual di

    bawah:

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    40/90

    Jadual 3.2: Skor dan Penyataan yang diberi.

    Skor Pernyataan Pernyataan Keseluruhan

    5 Amat Setuju (AS)

    4 Setuju (S)

    Setuju (S)

    3 Tidak Pasti (TP) Tidak Pasti (TP)

    2 Tidak Setuju (TS)

    1 Amat Tidak Setuju (ATS)

    Tidak Setuju (TS)

    Jadual 3.3 : Pengelaskan likert lima mata kepada tiga mata dan tahap

    min.

    SKALA PENGIRAAN SELA KELAS MIN

    1.0 HINGGA 2.3 RENDAH

    2.4 HINGGA 3.7 SEDERHANA

    3.8 HINGGA 5.0 TINGGI

    3.5 Kajian Rintis

    Kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan soalan.

    Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang guru dari dua sekolah menengah kebangsaan

    yang terlibat. Kajian ini dijalankan dengan mengedar set soal selidik kepada guru-

    guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah berkenaan melalui

    Ketua Panitia Kemahiran Hidup. Masa untuk menjawab soalan ini adalah tidak

    ditetapkan. Pengkaji akan mengutip semula set soal selidik daripada Ketua Panitia.

    Dari analisis yang didapati nilai alpha cronbach yang diperoleh ialah 0.72. Nilai

    kebolehpercayaan soalan ini adalah tinggi dan boleh diguna untuk membuat kajian

    seterusnya.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    41/90

    3.6 Prosedur Kajian

    Untuk menjalankan kajian ini beberapa prosedur-prosedur telah digunakan,

    diantaranya ialah meminta kebenaran daripada Jabatan Bahagian Perancangan dan

    Penyelidikan, Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Johor

    untuk menjalankan kajian ini. Kertas cadangan projek telah dilampirkan bersama

    permohonan untuk mendapatkan kebenaran.

    3.6.1 Mendapatkan kelulusan dari penyelia projek.

    3.6.2. Mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Perancangan

    dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD).

    3.6.3 Mendapatkan kelulusan daripada Fakulti Pendidikan, Universiti

    Teknologi Malaysia.

    3.6.4 Mendapatkan kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor Darul

    Takzim.

    3.6.5

    Mendapatkan kelulusan daripada guru-guru besar sekolah-sekolah

    berkenaan.

    3.7 Analisis Data

    Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis untuk menentukan

    hasil kajian. Data akan dianalisis dengan menggunakan kaedah SPSS, versi 10.5.

    Nilai peratusan, min dan frekuensi akan dihuraikan dalam bentuk jadual. Untuk

    mendapatkan min setiap soalan jumlah skor soalan dicampur dan kemudiannya

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    42/90

    dibahagi dengan keseluruhan jumlah soalan di dalam setiap item untuk mendapatkan

    min rendah, sederhana dan tinggi.

    Contoh: soalan nombor satu

    B1Bil

    f %

    5 7 35

    4 2 8

    3 0 -

    2 0 -

    1 0 -

    Jumlah 9

    Min bagi Lelaki = 35 + 8

    9= 4.78 (tinggi)

    Menurut Mohd. Najib Ghaffar (1998), kaedah pengiraan adalah seperti berikut:-

    Jadual 3.4: Penentuan Jadual Skala Min

    Skor Min Petanda

    1.00 1.50 Sangat rendah/ Sangat lemah

    1.51 2.49 Rendah / Lemah

    2.50 3.49 Sederhana

    3.50 4.49 Tinggi

    4.50 5.00 Sangat Tinggi

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    43/90

    BAB IV

    ANALISIS DATA

    4.1 Pengenalan

    Dalam bab ini, pengkaji akan menganalisis data yang telah diperolehi

    daripada responden melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada guru-guru

    yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup di daerah Johor Bahru, Johor

    Darul Takzim. Data dan maklumat yang diperolehi dianalisis secara automatik

    menggunakan software SPSSuntuk mendapatkan kekerapan, min dan peratusan.

    Keputusan kajian ini nanti akan cuba menjawab persoalan serta objektif kajian

    tersebut, dan dimasukkan dalam bentuk jadual. Hasil dapatan kajian ini,

    dikhususkan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian

    A merupakan analisis berkenaan biodata responden. Sebanyak 6 soalan di

    peruntukan pada bahagian A. Penghuraian Bahagian B pula akan dijalankan

    dengan cara menjawab 30 item soalan kajian mengikut skop kajian yang telah

    ditetapkan di dalam bab III.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    44/90

    4.2 Bahagian A Latar Belakang Responden

    Bahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai maklumat latar belakang

    responden

    4.2.1 Jantina

    Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina

    Jantina Bilangan Peratus

    Lelaki 32 61.5

    Perempuan 20 38.5

    Jumlah 52 100

    Jadual 4.1 di atas menunjukkan bilangan responden lelaki adalah seramai 35

    orang yang mewakili seramai 61.5 peratus dan respondan perempuan seramai 41

    orang yang mewakili seramai 53.9 peratus. Ini menunjukkan respondan guru lelaki

    lebih 12 orang berbanding guru perempuan.

    4.2.2 Kelulusan Ikhtisas

    Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas

    Kelulusan Bilangan Peratus

    Ijazah 50 96.2

    Sandaran/Guru Ganti 2 3.8

    Jumlah 52 100

    Jadual 4.2 di atas menunjukkan peratusan respondan berdasarkan kelulusan

    Ikhtisas. Data-data yang diperolehi menunjukkan seramai 50 orang mewakili 96.2

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    45/90

    peratus guru mempunyai Ijazah dan seramai 2 orang mewakili 3.8 peratus guru ganti.

    Ini menunjukkan hampir kesemua responden adalah guru Ijazah.

    4.2.3 Umur

    Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Umur.

    Umur Bilangan Peratus

    20-30 tahun 18 34.6

    31-40 tahun 21 40.4

    41-50 tahun 9 17.3

    Lebih 51 tahun 4 7.7

    Jumlah 52 100

    Jadual 4.3 di atas menunjukkan peringkat umur responden yang terdiri dari 4

    peringkat umur iaitu 18 orang yang mewakili 34.6 peratus 20-30 tahun, 21 orang

    yang mewakili 40.4 peratus umur antara 31- 40 tahun, 9 orang atau 17 peratus guru

    yang berumur antara 41- 50 tahun dan 4 orang responden atau 7.7 peratus yang

    berumur lebih 51 tahun. Ini menunjukkan responden yang berumur antara 31-40

    tahun adalah responden yang paling ramai.

    4.2.4 Pengalaman Mengajar

    Jadual 4.4: Taburan Respondan Mengikut Pengalaman Mengajar.

    Pengalaman

    Mengajar

    Bilangan Peratus

    1-5 tahun 11 21.2

    6-10 tahun 26 50

    11-15 tahun 9 17.3

    Lebih 16 tahun 6 11.5

    Jumlah 52 100

    Jadual 4.4 di atas menunjukkan bilangan responden mengikut tempoh

    pengalaman mengajar. Seramai 11 responen atau 21.2 peratus mempunyai tempoh

    mengajar kurang dari 5 tahun, 26 responden berpengalaman selama 6 hinga 10

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    46/90

    tahun mewakili 50 peratus, 9 responden berpengalaman selama 11 hingg 15 tahun

    mewakili 17.3 peratus dan 6 responden berpengalaman mengajar selama lebih 16

    tahun yang mewakili 11.5 peratus. Responden yang paling ramai ialah yang

    berpengalaman mengajar selama 6 hingga 10 tahun.

    4.2.5 Jawatan

    Jadual 4.5: Peratusan Responden Mengikut Jawatan

    Jawatan Bilangan Peratus

    Guru Biasa 43 82.7

    Ketua Panitia 9 17.3

    Jumlah 52 100

    Jadual 4.5 di atas menunjukkan peratusan responden yang memegang jawatan

    sebagai Guru Bias ialah 43 orang responden mewakili 82.7 peratus dan 9 responden

    mewakili 17.3 peratus untuk jawatan Ketua Panitia. Guru Biasa adalah responden

    yang paling ramai.

    4.2.6 Kursus

    Jadual 4.6: Peratusan Responden yang pernah menghadiri Kursus Pengurusan

    Makmal Kemahiran Hidup.

    Penyataan Bilangan Peratus

    Pernah Hadir Kursus 43 82.7

    Tidak Pernah Hadir

    Kursus

    9 17.3

    Jumlah 52 100

    Jadual 4.6 di atas menunjukkan peratusan guru yang pernah menghadiri

    kursus Pengurusan ialah seramai 43 orang iaitu 82.7 peratus dan guru yang tidak

    pernah menghadiri kursus ialah berjumlah 9 orang mewakili 17.3 peratus.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    47/90

    4.3 Bahagian B

    4.3.1 Pengurusan Makmal Kemahiran Hidup melalui Pendekatan

    Kolaboratif.

    Bahagian ini meninjau tentang sejauh mana keberkesanan amalan pengurusan

    makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif di kalangan guru-guru

    Kemahiran Hidup di daerah Johor Bahru. Terdapat empat persoalan kajian yang

    terkandung pada bahagian ini yang mana mengandungi sebanyak 30 item. Item-item

    itu bertumpu kepada persoalan kajian tentang amalan kerjasama antara Guru-guru

    Kemahiran Hidup, pihak pentadbir, PPD dan JPN. Persoalan kajian pertama berkisar

    tentang kerjasama Guru-guru KH, pentadbir dan ketua panitia semasa melaksanakan

    pengurusan makmal KH. Item yang berkaitan dengan persoalan kajian pertama ialah

    item1,2,3,4,5,6,7dan 8. Item-item 9,10,11,12,13, 14, 15, dan 16 pula berkaitan

    dengan persoalan kajian kedua berkisar tentang kekerapan guru-guru, pentadbir dan

    panitia mengadakan mesyuarat bagi membincangkan masalah-masalah yang dihadapi

    oleh guru-guru. Bagi item-item 17, 18, 19, 20, 21, dan 22 pula ia berhubung dengan

    soalan kajian ketiga tentang pemantauan oleh ketua panitia, guru-guru, pentadbir,

    PPD dan JPN terhadap makmak-makmal KH dari masa ke semasa. Item-item 23, 24,

    25, 26, 27, 28, 29, dan 30 pula berkaitan soalan kajian keempat berhubung dengan

    penyediaan buku rekod pengurusan makmal KH.

    Pengolahan data adalah berdasarkan instrument kajian yang telah

    dibincangkan dalam Bab III sebelum ini. Walau bagaimanapun penerangan diulang

    sekali lagi dalam bab ini bagi memudahkan pemahaman di buat. Skala likert

    digunakan pada bahagian ini yang mana setiap soalan yang dikemukakan

    mempunyai 5 pilihan jawapan yang mengandungi Amat Tidak Setuju, Tidak Setuju,

    Tidak Pasti, Setuju dan Amat Setuju.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    48/90

    Bagi Amat Tidak Setuju dan Tidak Setuju digabungkan menjadi Tidak

    Setuju, begitu juga dengan Setuju dan Amat Setuju digabungkan menjadi Setuju. Ini

    dapat ditunjukkan seperti jadual di bawah. Data-data penganalisaan dalam bahagian

    ini keseluruhannya dibuat dalam bentuk peratusan secara manual bagi setiap yang

    dikaji dan dimasukkan ke dalam jadual.

    4.3.2

    Amalan kerjasama antara Guru-guru Kemahiran Hidup, pihak

    pentadbiran dan ketua panatia semasa menjalankan kerja-kerja

    pengurusan makmal Kemahiran Hidup secara kolaboratif.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    49/90

    Jadual 4.7: Pendapat Responden Tentang amalan kerjasama antara

    Guru-guru Kemahiran Hidup, pihak pentadbiran dan ketua panatia

    semasa menjalankan kerja-kerja pengurusan makmal Kemahiran

    Hidup.

    Pendapat Responden

    Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju MinNo.

    item

    Soalan

    Bil % Bil % Bil %

    1. Saya mengemas dan membersihkan

    makmal setelah selesai menggunakan

    makmal Kemahiran Hidup

    0 0 0 0 52 100 4.8

    2. Kerja-kerja penyelenggaraan dan

    pengurusan makmal KH secara

    kolarboratif ini adalah tanggungjawab

    semua guru KH.

    1 1.9 0 0 51 98.1 4.8

    3. Saya berpuashati setelah melaksanakan

    tugas yang diarahkan semasa berada di

    makmal KH.

    0 0 0 0 52 100 4.7

    4. Semua guru KH memberikan kerjasama

    semasa menguruskan makmal KH

    1 1.9 4 7.7 47 90.4 4.4

    5. Pihak pentadbir sekolah saya sentiasa

    memberi kerjasama dengan pihak

    pengurusan dalam menguruskan makmal

    KH.

    2 3.8 3 5.8 47 90.4 4.2

    6. Guru-guru Kemahiran Hidup yang lain

    memberi kerjasama semasa

    menguruskan makmal KH secara

    kolaboratif

    1 1.9 6 11.5 45 86.5 4.3

    7. Saya mengemas setiap kali setelah tamat

    pembelajaran dan pengajaran di dalam

    Makmal KH.

    0 0 2 3.8 50 96.2 4.4

    8. Saya berupaya menyediakan segala

    keperluan di dalam makmal yang

    ditugaskan seperti alatan, bahan, ABM

    dan carta keselamatan.

    1 1.9 4

    7

    .

    7

    47 90.4 4.2

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    50/90

    Item 1

    Data menunjukkan keseluruhan responden iaitu 52 orang (100%) bersetuju

    dengan kenyatan selalu mengemas dan membersihkan makmal setelah selesai

    mengyunakan makmak KH. Men untuk item ini ialah 4.8 pada tahap tinggi.

    Item 2

    Hasil dari analisis menunjukkan hanya 1 responden (1.9%) sahaja yang

    menjawab tidak setuju dan yang selebihnya 51 responden (98.1%) bersetuju

    dengan pernyataan item 2. Min bagi item ini ialah 4.8 pada tahap tinggi

    Item 3

    Hasil dari analisis, didapati kesemua responden 52 orang (100%) bersetuju

    dengan dengan pernyataan berpusahati setelah melaksanakan tugas yang diarah

    semasa berada di makmal KH. Min bagi item ini ialah 4.7 pada tahap tinggi.

    Item 4

    Hasil analisis menunjukkan bahawa 1 responden (1.9%) tidak bersetuju

    dengan pernyataan item 4, manakala 4 responden (7.7%) menjawab tidak pasti

    dan seramai 47 responden (90.4%) bersetuju dengan pernyataan semua guru KH

    memberi kerjasama semasa menguruskan makmal KH. Min bagi iten ini ialah 4.4

    pada tahap tinggi.

    Item 5

    Analisis menunjukkan 2 responden (3.8%) tidak bersetuju dengan

    penyataan item 5, manakala 3 responden (5.8%) menjawab tidak pasti dan

    seramai 47 responden (90.4%) yang bersetuju dengan penyataan item 5. Min bagi

    item ini ialah 4.2 pada tahap tinggi.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    51/90

    Item 6

    Analisis menunjukkan bahawa hanya 1 responden (1.9%) yang tidak

    bersetuju dengan penytaan item 6, manakala 6 responden (11.5%) tidak pasti

    dengan penyataan tersebut dan seramai 45 responden (86.5%) bersetuju dengan

    penyataan item 6. Min bagi item ini ialah 4.3 pada tahap tingi.

    Item 7

    Dari dapatan analisis item 7 mendapati tiada seorang pun yang tidak bersetuju

    dengan penyataan item 7, manakala terdapat 2 responden (3.8%) yang tidak pasti

    dengan penyataan tersebut dan seramai 50 responden (96.2%) menyatakan setuju

    dengan penyataan item 7 ini. Min bagi item ini ialah 4.4 pada tahap tinggi.

    Item 8

    Hasil dari analisis menunjukkan 1 responden (1.9%) tidak bersetuju dengan

    penyataan item 8, manakala 4 responden (7.7%) tidak pasti dengan penyataan

    tersebut dan seramai 47 responden (90.4%) bersetuju dengan penyataan item 8

    yang berupaya menyediakan segala keperluan di dalam makmal KH. Min bagi

    item ini ialah 4.2 pada tahap tinggi.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    52/90

    4.3.3 Kekerapan mengadakan menyuarat bagi membincangkan dan

    menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh gugu.

    Jadual 4.8: Pendapat responden terhadap kekerapan mengadakan

    mesyuarat bagi membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh

    guru.

    Pendapat Responden

    Tidak Setuju Tidak Pasti SetujuNo.

    item

    Soalan

    Bil % Bil % Bil %

    Min

    9.

    Ketua Panatia mengadakan mesyuarat

    berkenaan pengurusan makmal KH

    pendekatan kolaboratif ini sebulan sekali.

    3 5.8 3 5.8 46 88.5 4.0

    10.

    Semasa mesyuarat Panatia, saya diberikan

    penerangan yang jelas mengenai tatacara

    pengurusan makmal

    13 25 8 15.4 31 59.6 3.4

    11.

    Semasa mesyuarat Panatia, saya diberikan

    tugas untuk menguruskan makmal tertentu

    dan saya melaksanakannya dengan jujur.

    0 0 23 44.2 29 55.8 3.7

    12.

    Sekolah saya ada mengadakan menyuarat

    yang kerap bagi membincangkn khas

    berkenaan pengurusan makmal KH

    2 3.8 5 9.6 45 86.5 4.1

    13.

    Mengadakan mesyuarat yang kerap

    memberikan kesan yang baik terhadap

    perlaksanaan pengurusan makmal KHB.

    34 65.4 5 9.6 13 25 2.4

    14.

    Semasa mesyuarat saya diarahkan

    menyediakan perancangan perbelanjaan tiga

    bulan sebelum akhir tahun

    19 36.5 17 32.7 16 30.8 3.0

    15

    Peruntukkan perkapita pelajar yang

    berlebihan digunakan untuk menguruskan

    keperluan makmal KHB dan dibincangkan

    dalam mesyuarat

    22 42.3 9 17.3 21 40.4 3.0

    16

    Mengadakan mesyuarat yang kerap dapat

    menyelesaikan segala masalah yang

    dihadapi oleh guru-guru penyelaras makmal

    tertentu

    13 25 11 21.2 28 53.8 3.3

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    53/90

    Item 9

    Analisis menunjukkan 3 responden (5.8%) tidak bersetuju dengan penyataan

    ini, manakala 3 responen (5.8%) lagi tidak pasti dengan penyataan item 9 dan

    seramai 46 responden (88.5%) bersetuju dengan penyataan item 9. Min bagi item

    ini ialah 4.0 pada tahap tinggi.

    Item 10

    Jadual di atas menunjukkan analisis item 10. didapati sebanyak 13 responden

    (35%) tidak bersetuju dengan penyataan item 10, manakala 8 responden (15.4%)

    tidak pasti dengan penyataan tersebut dan 31 responden (59.6%) bersetuju

    dengan penyataan item 10. Min bagi item ini ialah 3.4 pada tahap tinggi.

    Item 11

    Analisis menunjukkan tiada responden yang tidak bersetuju dengan

    penyataan item 11. tetapi 23 responden (44.2%) untuk memilih tidak pasti untuk

    item tersebut, manakala 29 responden (55.8%) bersetuju dengan penyataan item

    11. Min bagi item ini ialah 3.6 pada tahap sederhana.

    Item 12

    Analisis menunjukkan 2 responden (3.8%) tidak bersetuju dengan penyataan

    tersebut. 5 responden (9.6%) pula menyatakan tidak pasti dan 45 responden

    (86.5%) menyatakan bersetuju dengan penyataan tersebut. Min bagi item ini

    ialah 4.1 pada tahap tinggi.

    Item 13

    Ananalisis bagi item 13 mendapati 34 responden (65.4%) tidak bersetuju

    dengan penyataan Panitia KH sekolah anda menyediakan jaduaal pemantauan

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    54/90

    makmal KH, manakala 5 responden (9.6%) pula menyatakan tidak pasti dengan

    penyataan itu dan 13 responden (25%) bersetuju yang Panitia KH sekolah mereka

    menyediakan jadual pemantauan makmal KH. Min pada tahap rendah.

    Item 14

    Analisis bagi item 14 menunjukkan responden yang tudak bersetuju dengan

    penyataan tersebut ialah sebanyak 19 orang (36.5%), manakala responden yang

    tidak pasti dengan penyataan item 14 sebanyak 17 orang (32.7%), dan jumlah

    responden yang bersetuju dengan penyataan tersebut ialah 16 orang (30.8%). Min

    bagi item ini ialah 3.0 pada tahap sederhana.

    Item 15

    Analisisi bagi item mendapati bahawa jumlah responden adalah yang paling

    banyak ialah yang tidak bersetuju dengan penyataan tersebut iaitu 22 orang

    (42.3%) diikuti dengan responden yang bersetuju dengan penyataan tersebut iaitu

    21 orang (40.4%). Responden yang menyatakan tidak pasti pula ialah sebanyak 9

    orang (17.3%) sahaja. Min bagi item ini ialah 3.0 pada tahap sederhana.

    Item 16

    Bagi item 16, didapati responden yang tidak bersetuju dengan penyataan

    tersebut ialah 13 orang (25%), manakala responden yang menyatakan tidak pasti

    dengan penyataan tersebut pula ialah 11orang (21.2%) dan responden yang

    bersetuju dengan penyataan tersebut ialah 28 orang (53.8%). Min bagi item ini

    ialah 3.3 pada tahap sederhana.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    55/90

    4.3.4 Pemantauan terhadap Makmal-Makmal Kemahiran Hidup yang lain

    dari masa ke semasa.

    Jadual 4.9 : Pemantauan terhadap makmal-makmal Kemahiran Hidup

    yang lain dari masa ke semasa.

    Pendapat Responden

    Tidak SetujuTidak

    PastiSetuju

    No.

    it

    e

    m

    Soalan

    Bil % Bil % Bil %

    Min

    1

    7

    .

    Pihak pentadbir kerapkali memantau

    perkembangan pengurusan makmal KHB

    pendekatan kolarboratif

    2 3.8 5 9.6 45 86.5 4.2

    18. Pihak JPN ada menghantar wakilnya ke

    sekolah saya bagi memantau

    perkembangan pengurusan makmal KHB

    pendekatan kolaboratif sekurang-kurangnya setahun sekali.

    8 15.4 3 5.8 41 78.8 3.7

    19. Hasil daripada pemantauan pihak PPD

    dan JPN mereka berpuashati dengan

    pengurusan makmal Kemahiran Hidup di

    sekolah saya

    5 9.6 3 5.8 44 84.6 3.8

    20. Jadual penggunaan makmal selalu

    dipantau oleh guru-guru yang ingin

    menggunakan makmal KHB

    18 34.6 5 9.6 29 55.8 3.3

    21. Panatia Kemahiran Hidup sekolah anda

    menyediakan jadual pemantauan makmal

    KHB

    3 5.8 3 5.8 46 88.5 3.9

    22. Saya yakin melalui pemantauan pihak

    tertentu memudahkan saya melakukan

    kerja-kerja amali

    1 1.9 4 7.1 47 90.4 4.1

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    56/90

    Item 17

    Analisia bagi item 17 menunjukkan bilangan responden yang tidak bersetuju

    dengan penyataan tersebut ialah 2 orang (3.8%), manakala responden yang

    menyatakan tidak pasti dengan penyataan itu ialah 5 orang (9.6%) dan jumlah

    responden yang menyatakan bersetuju dengan penyataan item 17 adalah yang

    paling ramai iaitu 45 orang (86.5 %). Min bagi item ini ialah 4.2 pada tahap

    tinggi.

    Item 18

    Hasil daripada data yang dianalisis, didapati seramai 8 responden (15.4%)

    tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. 3 responden (5.8%) memilih untuk

    tidak pasti manakala 41 responden (78.8%) bersetuju dengan penyataan tersebut.

    Min bagi item ini ialah 3.7 pada tahap sederhana.

    Item 19

    Dapatan yang diperoleh daripada analisis item ini menunjukkan bilangan

    responden yang tidak bersetuju ialah 5 orang (9.6 %). Manakala responden yang

    tidak pasti dengan penyataan ini ialah 3 orang (5.8 %) dan responden yang

    bersetuju dengan penyataan ini ialah 44 orang (84.6 %). Min bagi item ini ialah

    3.8 pada tahap tinggi.

    Item 20

    Analisis daripada item ini menunjukkan bahawa bilangan responden yang

    tidak bersetuju dengan penyataan tersebut ialah 18 orang (34.6 %) manakala

    responden yang tidak pasti dengan penyataan itu ialah 5 orang (9.6 %) dan

    responden yang bersetuju dengan penyataan tersebut ialah 29 orang (55.8 %).

    Min bagi item ini ialah 3.4 pada tahap sederhana.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    57/90

    Item 21

    Hasil analisis daripada item ini menunjukkan responden yang tidak bersetuju

    dengan penyataan tersebut sejumlah 3 orang (5.8 %) manakala responden yang

    tidak pasti dengan penyataan ini juga 3 orang (5.8%) dan responden yang

    bersetuju dengan penyataan tersebut berjumlah 46 orang ( 88.5%). Min bagi item

    ini ialah 3.8 pada tahap tinggi.

    Item 22

    Analisis menunjukkan hanya seorang responden (1.9%) yang tidak bersetuju

    dengan penyataan ini, manakala 4 responen (7.7%) menyatakan tidak pasti

    dengan penyataan ini dan 47 responden (90.4 %) pula bersetuju dengan

    penyataan tersebut. Min bagi item ini ialah 4.2 pada tahap tinggi.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    58/90

    4.3.5 Kekerapan guru menyediakan dan menemaskini buku-buku rekod

    penyelenggaraan makmal Kemahiran Hidup.

    Jadual 4.10 : Kekerapan guru menyediakan dan menemaskini buku-

    buku rekod penyelenggaraan makmal Kemahiran Hidup.

    Pendapat Responden

    Tidak Setuju Tidak Pasti SetujuNo.

    item

    Soalan

    Bil % Bil % Bil %

    Min

    23. Saya mengisi borang permohonan

    penyediaan alatan dan bahan 5 hari

    sebelum tarikh digunakan

    2 3.8 2 3.8 48 92.3 4.3

    24. Rekod penggunaan makmal KH dipatuhi

    oleh guru-guru KHB yang lain.2 3.8 5 9.6 45 8.6 4.3

    25. Saya selalu menyemak rekod stok bekalan

    dan alatan pada setiap hujung tahun.0 0 0 0 52 100 4.6

    26. Rekod penyelenggaraan makmal KH di

    sekolah saya lengkap dan sentiasa

    dikemaskini.

    0 0 1 1.9 51 98.1 4.5

    27. Saya tidak lupa untuk mencatat pada

    rekod pinjaman sekiranya terdapat guru

    lain yang meminjam peralatan dari

    makmal KH

    1 1.9 4 7.7 47 90.4 4.3

    28. Saya selalu meletakkan buku-buku stok

    penyelenggaraan di tempat yang mudah

    dicari

    0 0 0 0 52 100 4.4

    29. Saya rasa lebih selesa bekerja apabila

    segala kerja dapat direkodkan ke dalam

    buku-buku rekod penyelenggaraan.

    0 0 0 0 52 100 4.6

    30. Di makmal KH sekolah saya mempunyai

    5 jenis buku rekod penyelenggaraan8 15.4 3 5.8 41 78.8 4.0

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    59/90

    Item 23

    Hanya seorang (1.9%) sahaja yang tidak bersetuju dengan penyataan

    saya mengisi borang permohonan penyediaan alatan dan bahan 5 hari

    sebelum tarikh digunakan. Manakala 4 responden (7.7%) pula mengambil

    tindakan tidak pasti dengan penyatan tersebut. Seramai 47 responden (90.4%)

    bersetuju dengan kenyataan tersebut. Min bagi item ini ialah 4.3 pada tahap

    tinggi.

    Item 24

    Analisis menunjukkan 2 responden (3.8%) tedak bersetuju dengan penyataan

    di atas. Manakala 5 responden (9.6%) bertindak tidak pasti dengan kenyataan itu

    dan 45 responden (86.5%) bersetuju bahawa rekod penggunaan makmal KH

    dipatuhi oleh guru-guru KH yang lain. Min bagi item ini ialah 4.3 pada tahap

    tinggi.

    Item 25

    Data yang diperoleh daripada item 25 menunjukkan kesemua responden

    (100%) bersetuju dengan kenyataan saya selalu menyemak rekod stok bekalan

    dan alatan pada hujung tahun. Min bagi item ini ialah 4.5 pada tahap tinggi.

    Item 26

    Analisis menunjukkan hanya seorang (1.9%) sahaja yang menyatakan

    tidak pasti dengan kenyataan tersebut dan 51 responden (98.1%) bersetuju

    dengan kenyataan rekod penyelenggaraan makmal KH di sekolah saya lengkap

    dan sentiasa dikemaskini. Min bagi item ini ialah 4.5 pada tahap tinggi.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    60/90

    Item 27

    Hasil dari analisis yang diperoleh didapati seorang (1.9%) sahaja yang

    menyatakan tidak setuju dengan kenyataan tersebut manakala 4 responden

    (7.7%) menyatakan tidak pasti dengan kenyataan tersebut dan 47 responden

    (90.4%) pula menyatakan sokongan dengan kenyataan tersebut. Min bagi item ini

    ialah 4.3 pada tahap tinggi.

    Item 28

    Hasil dari analisis didapati kesemua responden (100%) bersetuju dengan

    kenyataan buku stok dan rekod penyelenggaraan diletakkan di tempat yang

    mudah dicari. Min bagi item ini ialah 4.4 pada tahap tinggi.

    Item 29

    Analisis item ini pula menunjukkan kesemua responden (100%) bersetuju

    dengan kenyataan saya rasa lebih selesa bekerja apabila segala kerja dapat

    direkodkan ke dalam buku-buku rekod penyelenggaran. Min bagi item ini ialah 4.6

    pada tahap tinggi.

    Item 30

    Hasil dari analisis mendapati 8 responden (15.4%) tidak bersetuju dengan

    kenyataan tersebut. Manakala 3 responden (5.8%) pula menyatakan tidak pasti

    dan 41 responden (78.8%) bersetuju dengan kenyataan Di makmal KH sekolah

    saya mempunyai 5 jenis buku rekod penyelenggaraan. Min bagi item ini ialah

    3.9 pada tahap tinggi.

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    61/90

    4.4 Kesimpulan

    Berikut merupakan purata keseluruhan objektif yang telah dicapai dalam

    kajian ini:

    Jadual 4.11: Peratus dan Tahap Min Keseluruhan Objektif Kajian.

    Tidak

    setuju

    Tidak

    pasti

    setuju

    Bil Persoalan Kajian

    Peratus

    (%)

    Peratus

    (%)

    Peratus

    (%) Min Tahap

    B1

    Sejauh manakah amalan

    kerjasama antara Guru-guru

    Kemahiran Hidup, pihak

    pentadbiran dan ketua panatia

    semasa menjalankan kerja-kerja

    pengurusan makmal Kemahiran

    Hidup secara kolaboratif.

    1.4 4.6 94.0 4.46 Tinggi

    B2 Apakah kekerapan mengadakan

    mesyuarat bagi membincang dan

    menyelesaikan masalah-masalah

    yang dihadapi oleh guru

    25.5 19.5 55.0 3.36 Sederhana

    B3 Apakah kekerapan kerja-kerja

    pemantauan terhadap makmal-

    makmal Kemahiran Hidup

    dilakukan dari masa ke semasa

    11.9 7.4 80.8 3.81 Tinggi

    B4 Keupayaan guru menyediakan dan

    mengemaskani buku-buku rekod

    penyelenggaraan makmal KH

    3.1 3.6 93.3 4.34 Tinggi

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    62/90

    BAB V

    PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan

    Sistem pengurusan yang efektif menjadi faktor utama dalam dalam

    kejayaan sesuatu organisasi dalam sistem pendidikan. Kebanyakkan sekolah

    mempunyai sistem pengurusan yang diketui oleh seorang pengetua bagi

    menjalankan sesuatu organisasi. Di makmal Kemahiran Hidup organisasi ini

    telah dijalankan dengan diangotai oleh guru-guru yang mengajar matapelajaran

    Kemahiran Hiudp. Justeru itu pengurusan makmal Kemahiran Hidup perlu

    dijalankan secara kolaboratif bagi memudahkan pelbagai pihak untuk mengguna

    dan menjalankan kerja-kerja amali dengan lebih mudah, selesa dan mudah

    dikendalikan. Makmal Kemahiran Hidup yang kondusif mampu menjana sistem

    pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan mencapai objektif yang

    diharapkan.

    Untuk menganalisis hasil kajian ini, pengkaji mengkhususkan beberapa

    objektif kajian. Antara objektif dimaksudkan ialah:

    5. Apakah guru-guru Kemahiran Hidup, pihak pentadbiran dan ketua

    panatia memberi kerjasamapenuh dengan guru-guru lain semasa

    melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    63/90

    pendekatan kolaboratif?

    6. Apakah guru-guru kerapkali mengadakan mesyuarat bagi

    membincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh

    guru?

    7. Apakah guru-guru membuat pemantauan terhadap makmal-makmal

    Kemahiran Hidup yang lain dari masa ke semasa?

    8. Apakah guru-guru menyediakan buku-buku rekodpengurusan yang

    sentiasa dikemaskini oleh guru-guru Kemahiran Hidup yang lain?

    Seramai 52 sampel dari lapan buah sekolah menengah di daerah Johor bahru,

    di negeri Johor yang jumlah populasinya seramai lebih 65 orang terdiri dari guru-

    guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup terpilih dalam kajian ini.

    Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan instrumen bentuk soal

    selidik.

    5.2 Perbincangan

    Hasil dari soal selidik, penyelidik akan dapat mengemukakan dapatan

    daripada analisis data yang telah dibuat. Hasil kajian ini akan dibincang dengan

    lebih terpeinci mengikut susunan persoalan kajian. Penyelidik akan membuat

    perbincangan, rumusan serta memberi cadangan terhadap keputusan kajian dan

    memberi huraian bagi menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan di dalam

    soal-selidik

    5.2.1 Latar Belakang Responden

    Dari analisis yang dijalankan berkaitan dengan latar belakang respondan di

    dapati dalam jadual 4.4, pengalaman guru yang mengajar subjek Kemahiran Hidup

    kurang daripada lima tahun adalah tinggi berbanding guru yang mengajar lebih

    daripada 15 tahun. Pengalaman guru mengajar adalah penting kerana guru yang telah

    lama mengajar mampu menguruskan makmal KH dengan baik berbanding dengan

    guru yang baru mengajar. Kekurangan guru-guru yang berpengalaman ini

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    64/90

    disebabkan mereka telah berpindah ke sekolah-sekolah rendah kerana kenaikan

    pangkat. Tidak dapat dinafikan subjek KH di sekolah menengah telah kehilangan

    ramai guru yang berpengalaman dan diganti dengan guru-guru yang baru.

    Stastistik pada jadual 4.6 menunjukkan guru yang pernah menghadiri kursus

    berkaitan dengan pengurusan makmal Kemahiran Hidup besar bilangannya.

    Manakala bilangan guru yang langsung tidak pernah menghadiri kursus adalah kecil.

    Ini menunjukkan masih ramai guru-guru Kemahiran Hidup yang belum menghadiri

    kursus berkaitan pengurusan makmal KH.

    Kebanyakkan responden terdiri dari guru-guru yang kelulusan ikhtisas Ijazah

    dan pengalaman mengajar kurang dari 10 tahun. Walaupun telah lebih lima tahun

    mengajar namun aspek pengurusan semasa pengajaran dan pembelajaran Kemahiran

    Hidup masih perlu dipertingkatkan.

    5.2.2 Amalan kerjasama antara Guru-guru Kemahiran Hidup, pihak

    pentadbiran dan ketua panatia semasa menjalankan kerja-kerja

    pengurusan makmal Kemahiran Hidup secara kolaboratif

    Semangat kerja berpasukan adalah merupakan salah satu konsep serta amalan

    yang penting dalam sesebuah organisasi. Ianya juga adalah merupakan etika dalam

    budaya kerja ke arah mempertingkatkan produktiviti.

    Mengikut Harvey Robbins & Michael Finley, (1996) pasukan atau team

    bermaksud people doing something together Dalam konteks ini ianya boleh

    merupai sama ada situasi di dalam pekerjaan, pemainan atau pun dalam institusi

    kekeluargaan. Ianya juga adalah merupakan satu keadaan yang unggul ke arah

    mewujudkan suasana yang harmoni serta semangat bekerjasama.

    Dari analisis yang telah dijalankan berkaitan amalan kerjasama antara guru-

    guru Kemahiran, ketua panatia dan pihak pentadbiran menunjukkan guru mempunyai

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    65/90

    sikap yang positif terhadap perlaksanaan pengurusan. Bersasarkan kepada item 1,

    guru melaksanakan kerja-kerja mengemas dan membersihkan makmal setelah

    selesai menggunakan makmal Kemahiran Hidup.

    Ini disokong oleh item 4 saya memberi kerjasama penuh semasa

    melaksanakan pengurusan makmal KH, Saya berpuashati setelah melaksanakan

    tugas yang diarahkan semasa berada di makmal KH adalah tinggi dan semua guru

    Kemahiran Hidup melaksanakan kerja-kerja menyelenggara makmal. Ini

    menunjukkan guru mempunyai sikap yang positif terhadap amalan kerjasama,

    kenyataan ini dikukuhkan lagi dari dapatan yang dikemukakan oleh Yoep Hussin

    (2006), berkerja dalam satu pasukan mampu meningkatkan kualiti, produktiviti dan

    matlamat sasuatu organisasi. Banyak kisah kejayaan sesebuah organisasi terhasil

    daripada kerja berpasukan yang berkesan Kerja Berpasukan memberi anda panduan

    menyelenggarakan individu dalam organisasi supaya bekerja dalam satu pasukan.

    Sikap yang positif terhadap amalan kerjasama ini diperkukuhkan lagi dengan

    peratusan yang tinggi dan responden mengemas setiap kali tamat pembelajaran dan

    pengajaran di dalam Makmal Kemahiran Hidup pada setiap kelas yang diajarkan.Ini

    menunjukkan guru-guru bertanggungjawab terhadap segala tugasan yang diberikan

    kepadanya dengan melakukan kerja-kerja bersama-sama guru-guru yang lain semasa

    atau selepas waktu sekolah.

    Sikap yang ditunjukkan oleh responden ini sejajar dengan pendapat Alaudin

    (2004) yang menyatakan bahawa kerja berpasukan adalah lebih berkesan kerana ia

    akan melahirkan kekuatan dan kecekapan yang berganda atau "Synergy kepada

    organisasi.

    Selain dari itu sebilangan besar responden menunjukkan guru berupaya

    menyediakan segala keperluan di dalam makmal yang ditugaskan kepada guru-guru

    yang lain apabila hendak menggunakan makmal KH. seperti alatan, bahan, ABM dan

    carta keselamatan..

    Kenyataan di atas menjadi lebih mantap lagi bila dilihat item 5, pihak

    pentadbir sekolah saya sentiasa memberi kerjasama dengan pihak pengurusan dalam

    menguruskan makmal KH. Guru Kemahiran Hidup berpendapat bahwa semua

    pentadbir dan pihak pengurusan sekolah perlu memberikan kerjasama dalam

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    66/90

    melaksanakan pengurusan makmal samada menyediakan keperluan fizikal ataupun

    keperluan pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan responden setuju dengan item

    di atas. Kemudahan yang lengkap, sempurna mencukupi dalam makmal KH adalah

    penting kerana mampu menyumbang dan membantu guru menjalankan tugas

    mereka dengan lebih berkesan. Sikap yang ditunjukkan oleh responden ini sejajar

    dengan pendapat Thomson (1994), kunci kepada keberkesanan dalam pengurusan

    ialah komitmen pihak pengurusan dalam pentadbiran dan memberi kerjasama serta

    mampu menyediakan segala keperluan.

    Berdasarkan kepada data soalan kajian 1 yang diperoleh, didapati bahawa

    sebilangan besar guru-guru Kemahiran Hidup ada mengamalkan konsep kerjasama

    manakala hanya sebilangan kecil sahaja yang tidak mengamalkan sementara ada

    sebilangan guru masih kurang memahami konsep kerjasama dalam mempratikkan

    pengurusan makmal kemahiran hidup pendekatan kolaboratif ini. Ini menunjukkan

    bahwa sebahagian besar sekolah-sekolah daerah Johor Bahru yang di gunakan

    sebagai sampel ada mengamalkan konsep kerjasama semasa mempratikkan

    pengurusan makmal kemahiran hidup pendekatan kolaboratif

    Namun begitu, semasa guru mempratikkan pengurusan makmal melalui

    pendekatan kolaboratif ini terdapat segelintir guru yang tidak memberi kerjasama

    penuh terhadap guru-guru yang lain. Inilah yang menjadi permasalahan yang sering

    menjadi rungutan diantara guru-guru Kemahiran Hidup. Masalah ini terjadi

    disebabkan guru itu masih kurang memahami konsep kerjasama. Guru-guru ini

    adalah guru-guru yang masih baru ataupun guru ini tidak membaca buku Pengurusan

    Makmal Kemahiran Hidup Pendekatan Kolaborati yang diedarkan di sekolah-

    sekolah.

    Masalah ini boleh diselesaikan dengan memberikan guru-guru ini penerangan

    yang jelas tentang konsep kerjasama semasa melaksanakan pengurusan makmal

    kemahiran hidup ini. Selain itu perbincangan perlu juga diadakan bagi memudahkan

    guru-guru yang kurang memberi kerjasama ini melaksanakan tugasnya. Adalah

    menjadi tanggungjawab bagi Ketua Panatia, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional

    dan Pihak Pengurusan sekolah memberi bimbingan dan penjelasan kepada guru-guru

    yang tidak memberi kerjasama ini. Perancangan awal perlulah dilaksanakan bagi

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    67/90

    mempastikan pengurusan makmal kemahiran hidup pendekatan kolaboratif ini dapat

    dilaksanakan seperti yang diarahkan.

    5.2.3 Kekerapan mengadakan mesyuarat bagi membincang dan

    menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru.

    Dalam apa juga keadaan perbincangan memainkan peranan penting bagi

    menentukan halatuju pengurusan ini mampu ditangani. Keberkesanan peranan

    organisasi adalah bergantung kepada kekerapan mengadakan mesyuarat bagi

    membantu mengurus dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam organisasi.

    Thompson (1990) berpendapat kekerapan berbincang berupaya menjamin

    kesinambungan pengurusan dalam sesuatu organisasi mampu dicapai. Menurut

    Amran Zakaria (1997) matlamat organisasi itu akan dapat terlaksana dengan

    kemampuan dan kesediaan kita untuk berbincang bagi mencari jalan untuk

    membantu rakan-rakan sejawat. Menurut Ahmad Athory pula (1991) Pengurusan

    adalah satu seni melakukan dan menyiapkan sesuatu kerja dengan cara mengelola

    dan menyelia kerjasama yang diberikan oleh orang lain

    Berdasarkan kepada data item kajian 12 mengadakan mesyuarat yang kerap

    bagi membincangkan perkara yang berkaitan pengurusan makmal KH , didapati

    bahwa ramai guru-guru bersetuju bahwa dengan mengadakan mesyuarat yang kerap

    memberi impak yang baik terhadap perlaksanaan pengurusan makmal KHB melalui

    pendekatan kolaboratif ini. Ini disokong dengan kenyataan separuh responden

    mengadakan menyuarat yang kerap dapat menyelesaikan segala masalah yang

    dihadapi oleh guru-guru penyelaras makmal tertentu.

    Walau bagaimanapun kajian item 9, didapati ramai bersetuju bahwa Ketua

    Panatia sekolahnya mengadakan mesyuarat berkenaan pengurusan makmal KH

    pendekatan kolaboratif ini sebulan sekali. Ini menunjukkan ketetapan sebulan sekali

    diwajibkan mengadakan mesyuarat dapat dilaksanakan oleh Panatia Kemahiran

    Hidup. Ini ditambah dengan item soalan kajian nombor 10, Hanya sebilangan sahaja

    yang bersetuju dengan kenyataan semasa mesyuarat Panatia, saya diberikan

    penerangan yang jelas mengenai tatacara pengurusan makmal. Ini menunjukkan

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

    68/90

    perbincangan yang tidak menyeluruh terhadap perlaksanaan pengurusan makmal KH

    ini dapat dilaksanakan.

    Pada dasarnya guru-guru Kemahiran Hidup daerah Johor bahru ada

    mengadakan mesyuarat yang kerap namun dengan mengadakan mesyuarat yang

    kerap tidak memberi kesan yang baik terhadap perlaksnaan pengurusan makmal KH.

    Ini dibuktikan dengan hanya sedikit sahaja guru-guru yang bersetuju, sangat sedikit

    tidak pasti dan lebih separuh guru tidak bersetuju dengan cadangan ini.

    Namun begitu peratus sekolah yang mengadakan mesyuarat yang kerap tidak

    begitu besar. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor yang menjadi kekangan seperti

    guru-guru atau panatia sekolah terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat lain di sekolah

    sehingga terlupa mengadakan mesyuarat bagi membincangkan pengurusan makmal

    kemahiran hidup. Kegagalan guru mengadakan mesyuarat yang kerap adalah titik

    tolak bermulanya kegagalan melaksanakan pengurusan makmal kemahiran hidup

    pendekatan kolaboratif ini.

    Semasa mengadakan mesyuarat guru perlulah membincangkan beberapa

    pekara penting yang melibatkan arahan seperti senarai tugas, penyemakkan rekod-

    rekod penyelenggaraan, perbelanjaan dan sebagainya. Kegagalan guru mengadakan

    mesyuarat bermakna guru gagal membincangkan pekar-pekara yang penting ini.

    Hal ini boleh diselesaikan dengan mementingkan dahulu hal-hal

    berkenaan pengurusan makmal kemahiran hidup pendekatan kolaboratif. Pihak

    pengurusan sekolah seharusnya tahu mana yang perlu diutamakan manakkala panatia

    perlu menyediakan jadual bila dan bagaimana hendak mengadakan mesyuarat.

    Keadaan ini akan membolehkan guru Kemahiran Hidup yang lain membuat

    persediaan.

    Dengan mengadakan perbincangan yang kerap segala masalah berkaitan

    dengan pengurusan makmal KH dapat diselesaikan. Guru-guru KH akan dapat

    penjelasan yang lengkap berkenaan penyimpanan alatan, peruntukkan perkapita, dan

    tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan semasa dilantik menjadi pengurus makmal

  • 5/19/2018 Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup