amalan cetus limpahan rezeki - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit...

72
E-BOOK SERANTAU MUSLIM AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI Penulis Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor 1

Upload: hoangquynh

Post on 06-Mar-2019

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

E - B O O K S E R A N T A U M U S L I M

A M A L A NC E T U S

L IMPAHAN

REZEKIPenulis

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor1

Page 2: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Segala puji bagi Allah,Tuhan yang mentadbir sekalian alam,

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,

ahli keluarga, para sahabat dan seluruh umat yang mengikutinya.

2

Page 3: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

w w w . s e r a n t a u m u s l i m . o r g . c o m

3

Page 4: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Isi Kandungan

4

Bil. Sub-tajuk Halaman

1Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Rintihan Kepada Allah

SWT

2 Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Solat Dhuha

3Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Berbuat Baik Sesama

Manusia dan Menyambung Silaturrahim

4 Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Istighfar

5 Amalan Cetus Limpahan Rezeki Melalui Sedekah

Page 5: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Pengenalan

Terdapat banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi mendapatkan

rezeki yang melimpah ruah. Dalam e-book ‘Amalan Cetus Limpahan Rezeki’ ini

akan menerangkan lima amalan yang boleh dilakukan bagi mencetus limpahan

rezeki. Dalam Bab Pertama, penulis akan menerangkan tentang amalan cetus

limpahan rezeki melalui rintihan kepada Allah SWT. Kita digalakkan menyebut

perkataan-perkataan yang baik dan memuji Allah dalam usaha mendapatkan

rezeki yang melimpah.

Dalam Bab Kedua, amalan yang penulis ingin kongsikan ialah amalan solat

dhuha. Solat dhuha sangat digalakkan untuk dilakukan walaupun ia bukanlah

amalan yang wajib, namun bagi mencetus limpahan rezeki, perlu dilakukan

secara istiqamah. 5

Page 6: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Pengenalan

Manakala dalam Bab Ketiga, penulis akan menyentuh tentang ‘Habluminannas’

iaitu berbuat baik sesama manusia dan menyambung silaturrahim. Senario murni

ini sangat dituntut untuk dilaksanakan bagi meraih rezeki yang melimpah.

Bab Keempat, penulis akan menyatakan amalan istighfar sebagai pencetus

rezeki agar melimpah. Terdapat pelbagai jenis dan ayat istighfar boleh

dibacakan. Misalnya “Ya Allah! sesungguhnya aku telah menzhalimi diriku, maka

ampunilah aku; kerana sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni

dosa-dosa selain Engkau”.

6

Page 7: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Pengenalan

Bab terakhir, iaitu bab Kelima, penulis akan menyentuh tentang amalan cetus

limpahan rezeki melalui sedekah. Amalan sedekah dapat melahirkan rezeki

yang tidak terduga. Terdapat banyak kaifiat-kaifiat dari amalan sedekah. Salah

satunya adalah dapat menyembuhkan penyakit.

Justeru, penulis sangat berbesar hati jika saudara atau saudari dapat

meneruskan pembacaan yang menarik dalam halaman-halaman seterusnya.

7

Page 8: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Kata Alu-aluan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrb, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya e-book ‘Amalan

Cetus Limpahan Rezeki’ ini dapat disiapkan. Penulis merakamkan jutaan terima kasih

buat keluarga, sahabat handai, rakan sekerja dan semua yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung sepanjang menyiapkan e-book ini. Penulisan e-book ini bertujuan

menggalakkan pembaca untuk melakukan amalan yang boleh mencetuskan rezeki.

Beberapa amalan yang boleh dilakukan bagi memperoleh rezeki yang mencurah-

curah. Antara amalan yang akan dibincangkan ialah amalan rintihan kepada Allah,

solat dhuha, berbuat baik sesama manusia dan menyambung silaturrahim, istighfar dan

sedekah.8

Page 9: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Dari Hati Penulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca hebat sekalian.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi

mendapatkan e-book ‘Amalan Cetus Limpahan Rezeki’ yang merupakan

karya kelima penulis. E-book ini diselitkan dengan amalan yang membawa

cetusan kepada rezeki yang melimpah ruah. Kita semua boleh melakukan

amalan-amalan yang akan dibincangkan bagi mendapatkan rezeki secara

yang tidak disangka-sangka. Sebelum meneruskan pembacaan, bagi yang

ingin mengenali saya, nama diberi Mohd Hakim bin Mohd Nor, merupakan

merupakan Pengarah Urusan merangkap International Professional Master

Trainer di Suria Horizon Training and Consultancy dan CEO di sebuah syarikat

antarabangsa iaitu S Muslim Resources. Saya juga merupakan Setiausaha

Agung merangkap Pengurus Besar sebuah NGO Antarabangsa iaitu Serantau

Muslim.9

Page 10: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

(1) Amalan Cetus LimpahanRezeki Melalui RintihanKepada ALLAH SWT

10

Page 11: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Terdapat banyak amalan yang

boleh dilakukan kita setiap hari

bagi mencetus limpahan rezeki.

Antaranya ialah kita boleh

mencontohi Nabi kita, Rasulullah

shallallahu’alaihi wa sallam yang

selalu berdoa memohon rezeki

setiap selesai solat subuh. Antara

doa Rasulullah ialah:

“Ya Allah, aku memohon kepada

Engkau ilmu yang bermanfaat,

rezeki yang baik, dan amalan

yang diterima” [HR. Ahmad].

11

Page 12: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Rasulullah SAW juga bersabda “Setiap anggota kamu

pada setiap hari dapat berbuat sedekah kerana pada

setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah,

setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah,

menyuruh berbuat baik itu sedekah dan melarang

berbuat jahat itu sedekah”. (Hadis Riwayat Muslim)

12

Page 13: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Penulis pernah mendengar kisah seorang isteri yang kematian suami. Beliau hidup

menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit semula dan berdepan

dengan kenyataan hidup bahawa dia kini seorang janda. Apabila beliau sudah

dapat menerima kenyataan tersebut, beliau mula beramal mendekatkan diri

kepada Allah.

Beliau terus beristiqamah melakukan amalan yang diperintahkan Allah, sehingga

datang bantuan Allah bertali-arus. Datangnya pula dengan cara yang tidak

disangka-sangka. Apabila ditanya tentang amalan yang dilakukan, beliau

menjawab, penulis bangun malam, penulis solat dan memohon bantuan Allah.

13

Page 14: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Allah berfirman; “Dan apabila hamba-

hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku,

maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah

dekat. Aku mengabulkan permohonan orang

yang berdoa apabila dia memohon kepada-

Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi

(segala perintahKu) dan hendaklah mereka

beriman kepadaKu agar mereka selalu berada

dalam kebenaran.

14

Page 15: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

15

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia

akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia

memberikannya rezeki dari arah yang tidak

disangka-sangka” (Surah at-Talaq: Ayat 2-3)

Page 16: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Kita juga diseru untuk bersama-sama

mengimarahkan rumah Allah dan sentiasa

berhati-hati dalam apa jua perbuatan agar

terhindar diri dari melakukan dosa, kecil

mahupun besar. Insya-Allah pasti akan buka

pintu-pintu rezeki yang tidak pernah terbuka

sebelum ini, iaitu pintu rezeki yang tidak

disangka-sangka. Apabila kita taat kepada

Allah, kita akan dapat segala-galanya.

Seiring dengan Firman Allah SWT “Dan

barangsiapa bertawakal kepada Allah,

nescaya Allah akan mencukupkan

(keperluannya)”. (Surah at-Talaq: Ayat 3)

16

Page 17: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Justeru itu, amalan zikir seperti alunan tahmid,

tasbih, takbir, tahlil, amar maa’ruf dan nahi

mungkar, bertaubat, berdoa dan seumpama

dengannya adalah amalan yang boleh

mencetuskan rezeki yang melimpah ruah.

Tinggal kita sahaja untuk mempraktikkannya

atau sebaliknya. Kita juga diseru untuk

memohon kepada Allah SWT jika kita ada

masalah sebesar mana pun kerana Allah

Maha Pengasih dan Maha Mendengar.

17

Page 18: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

( 2 ) Amalan Amalan Cetus

Limpahan Rezeki MelaluiSolat Dhuha

18

Page 19: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Selain apa yang disebutkan dalam bab

sebelumnya, solat dhuha juga merupakan salah

satu punca rezeki boleh melimpah ruah. Mungkin

rezeki datang dalam bentuk fizikal, mungkin datang

dalam bentuk yang abstrak, kita semua tidak tahu

kerana semuanya dari Allah. Tugas kita adalah

mengamalkan solat sunat yang digalakkan ini.

Solat dhuha mengandungi banyak kelebihannya.

Solat dhuha antara rahmat yang dibawa Rasullullah

SAW kepada umat baginda. Ibadah ini merupakan

ibadah ringkas dan mudah namun ganjarannya

cukup besar disisi Allah SWT. 19

Page 20: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Pernahkah anda mendengar doa dibawah?

Doa Usai Solat Dhuha

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha-

Mu, kecantikannya kecantikan-Mu, keindahannya keindahan-

Mu, kekuatannya kekuatan-Mu, kekuasaannya kekuasaan-Mu,

perlindungannya perlindungan-Mu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah. Jika di bumi,

keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanalah. Jika haram,

sucikanlah. Jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha,

kecantikan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-

Mu. Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan

kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

20

Page 21: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Mungkin ada antara kita tertanya-tanya. Apakah hukum sebenar mengerjakan

solat dhuha?

Hukum solat dhuha adalah sunat muakkad iaitu sangat dituntut

mengerjakannya. Manakala waktu yang boleh dilaksanakan solat ini ialah

anggaran 20 minit selepas terbit matahari (syuruk) sehingga tergelincir matahari

iaitu ketika masuk waktu solat zohor.

21

Page 22: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Oleh itu, bagi mencetus limpahan rezeki, kita

perlulah sentiasa mengingati Allah. Salah satu

caranya ialah mengerjakan solat dhuha. Selain

mendapat rezeki yang berkat dan melimpah,

dengan mengerjakan solat ini, urusan harian kita

akan dimudahkan dan dilapangkan serta ditulis

oleh Allah sebagai hamba-Nya yang tidak lalai

dalam mengingati-Nya.

22

Page 23: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

(3) Amalan Cetus Limpahan

Rezeki Melalui Berbuat BaikSesama Manusia &

Menyambung Silaturrahim

23

Page 24: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Bila sebut tentang silaturrahim, apa yang

anda faham? Dalam kata lainnya,

silaturrahim ni adalah kita menjaga

hubungan sesama manusia tanpa

mengira darjat, pangkat dan rupa.

Terdapat satu Hadis yang diriwayatkan oleh

Imam Bukhari dan Abu Hurairah, “Sesiapa

yang ingin rezekinya dilapangkan dan

usianya dipanjangkan, maka

peliharalah hubungan silaturrahim”.

Berdasarkan Hadis tersebut, jelas lagi nyata

bagi mereka yang menjalinkan hubungan

yang baik, Allah akan menjaga mereka.

Dari segi peningkatan umur, ibadat, rezeki,

ajal dan sebagainya.

24

Page 25: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

5 Tips Bagi Menjaga Hubungan SesamaManusia

• Macam mana nak hargai masa rehat ni? Tak susah pun.

Dalam tempoh 5 hari bekerja, pasti ada waktu rehat dalam

satu jam setengah ke 2 jam kan? Ambil la masa ni untuk

bergaul dengan rakan-rakan di pejabat. Pergi makan

tengah hari sama-sama, berborak cerita benda-benda

yang luar dari pejabat. Aktifkan rehat anda dengan

perkara-perkara yang bermanfaat dengan rakan setugas

anda.

1) Hargai waktu

rehat

25

Page 26: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

5 Tips Bagi Menjaga Hubungan SesamaManusia

• Tips kedua ini adalah perkara yang sangat penting. Penulis faham

sebagai seorang yang berkarier pada abad mencabar ini, kadang-

kadang kita tiada masalah bermesra dengan ahli keluarga kerana

merasakan perlukan lebih masa untuk menyiapkan kerja. penulis

ingatkan diri penulis dan anda semua agar bila nak pulang ke rumah,

kosongkan fikiran dengan kerja-kerja di syarikat. Ingat momen-momen

indah di rumah bersama anak-anak dan pasangan. Mereka di rumah

sentiasa menunggu kepulangan anda dengan gembira sekali. Kalau

boleh, silent kan saja telefon bimbit tu. Luangkan masa bersama

keluarga itu satu nikmat.

2) Hargai

masa di

rumah

26

Page 27: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

5 Tips Bagi Menjaga Hubungan SesamaManusia

• Banyak benda boleh dibuat pada hujung minggu. Salah satunya,

cuba ambil peluang cuti hujung minggu ini dengan pulang ke

kampung bertemu ibu bapa atau menziarahi sanak saudara yang

terdekat kalau itu saja yang mampu. Bukan apa, untuk merapatkan

lagi hubungan yang dah ada ni. Kalau yang jauh, cuba dekat-

dekatkan dengan telefon mereka atau apa sahaja.

3) Hujung

minggu yang

terbaik

27

Page 28: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

5 Tips Bagi Menjaga Hubungan SesamaManusia

• Kalau dah pergi ziarah rumah sanak saudara tu, jangan

lenggang sahaja. Bawa sekali setangkai pisang atau sebuku

roti atau sebekas nasi goreng. Bila bawa buah tangan,

nampak kemesraan yang terjalin. Cuba anda buat dan

jadikan kebiasaan atau habit. Asal pergi rumah orang, mesti

bawa buah tangan. Anda akan rasai kelainan itu lama

kelamaan.

4) Buah

tangan

28

Page 29: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

5 Tips Bagi Menjaga Hubungan SesamaManusia

• Orang selalu cakap ringan tulang kan? Tapi ini ringan tangan.

Maksudnya, selalu la bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Atau ada rezeki lebih sikit, bagi makan kepada mereka yang

memerlukan. Tidak semestinya menjalinkan hubungan silaturrahim ni

dengan orang yang kita kenal saja. Dengan yang tak kenal pun, boleh

juga. Lama-lama boleh jadi kenal. Dan, perkara yang pasti sekali anda

akan didoakan oleh mereka supaya dimurahkan rezeki, dipanjangkan

umur dan dipenulingi oleh semua.

5) Ringan

tangan

29

Page 30: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Sebenarnya, selain yang telah penulis sebutkan

tadi, terdapat banyak lagi cara yang boleh kita

praktikkan bagi menjalin hubungan erat antara

satu sama lain. Mana-mana pun boleh, ikut

kesesuaian masing-masing. Apa yang kita

lakukan mestilah dengan niat yang betul. Pesan

penulis:

“Bila kita buat baik kepada orang lain, belum

tentu orang itu akan balas kebaikan kita. Tetapi

ingatlah, bila kita buat baik kepada orang lain,

Allah tentu akan balas kebaikan kita itu”.

Ingatlah dua perkara: Budi orang kepada kita

dan kejahatan kitakepada orang.

Lupakan dua perkara;Budi kita kepada orang, kejahatan orang kepada

kita

30

Page 31: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

(4) Amalan Cetus LimpahanRezeki Melalui Istighfar

31

Page 32: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Maksud istghfar: Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung,

dan aku bertaubat kepadaNya.

Selain amalan-amalan yang telah disebutkan sebelumnya, amalan beristighfar

kepada Allah juga merupakan amalan yang membuka pintu rezeki dan cetus

limpahan rezeki. Ayuhlah kita bersama-sama beristighfar. Rasulullah

shallallahu’alaihi wa sallam mengucapkan istighfar kepada Allah sangat

banyak, setiap hari walaupun baginda adalah manusia yang sudah dijamin

syurga.32

Page 33: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana

dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:

غفاراكانإنهربكماستغفروافقلتفقل (١٠) مدراراعليكمالسماءيرسل (١١) جنات لكمعلويجوبنينبأموال ويمددكم

أنهارالكمويجعل

Maksudnya: “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-

mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan

mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan

anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan

pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)33

Page 34: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Disebutkan dalam suatu hadis:

جعل،الستغفارلزممن ضكل منلهالل كل ومن،مخرجاي ،جافرهم

يحتسبلحيثمنورزقه

Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa

beristighfar, maka Allah menjadikan untuknya

dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi

setiap kesempitan ada jalan keluar, dan

memberinya rezeki yang tidak disangka-

sangka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu

Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad

Syakir. ) (Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)

34

Page 35: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Istighfar disyari’atkan di dalam setiap waktu,

tetapi ia menjadi wajib ketika melakukan dosa-

dosa dan menjadi sunnah/sangat dianjurkan

sesuai melakukan perbuatan-perbuatan baik,

seperti beristighfar 3 kali selepas solat, setelah haji

dan lain-lain. Juga, dianjurkan pada waktu sahur

kerana Allah memuji orang-orang yang

beristighfar pada waktu-waktu sahur tersebut.

35

Page 36: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

(5)Amalan Cetus LimpahanRezeki Melalui Sedekah

36

Page 37: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Seterusnya, amalan untuk mencetuskan rezeki

dengan bersedekah. Islam mengajar kita

bahawa yang memberi lebih baik dari yang

menerima. Tangan yang di atas lebih baik dari

tangan yang di bawah. Rasulullah SAW dalam

hadisnya ada menyatakan: “Tangan yang di

atas lebih baik daripada tangan yang di

bawah. Tangan yang di atas adalah pemberi

dan tangan yang di bawah adalah

penerima”(Riwayat Muslim).

37

Page 38: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Bersedekah dalam Islam bukan sekadar

memberi wang ringgit kepada mereka yang

memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam

adalah luas, membabitkan perkara yang

membawa kebaikan sama ada dalam bentuk

kerohanian mahupun fizikal. Dengan

bersedekah kita akan terhindar dari api

neraka dan sekali gus mampu membukakan

pintu rezeki. Seperti yang sering kita dengar

bahawa dengan bersedekah kita tidak akan

menjadi miskin malah rezeki akan

dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.

38

Page 39: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

39

عبدا ب » اد الله من مال، وما ز

ة

ق

صد

صت

ق

ما ن

ع أ

واض

ا، وما ت عز

هو إال

عف

ه إال

حد لله

عه الله«رف

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan

tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba

dengan pemberian maafnya (kepada

saudaranya) kecuali kemuliaan, serta tidaklah

seseorang merendahkan diri di (hadapan)

Allah kecuali Dia akan meninggikan

(darjat)nya”[4].

Page 40: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan

oleh) orang-orang yang menafkahkan

hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan

sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir,

pada tiap-tiap butir seratus biji,. Allah

melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang

Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-

Nya) lagi maha mengetahui”. (Al Baqarah:

261)

40

Page 41: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Sedekah adalah suatu pemberian yang

diberikan oleh seorang muslim kepada orang

lain secara spontan dan sukarela tanpa

dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Ia

juga adalah suatu pemberian yang diberikan

oleh seseorang sebagai kebajikan yang

mengharap redha Allah S.W.T dan pahala

semata. Di dalam Al Quran, banyak ayat yang

menyuruh kaum muslimin untuk sentiasa

memberikan sedekah.

41

Page 42: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang

dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga

sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam

hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri,

isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada lebihan, maka sedekahlah

kepada sesiapa yang memerlukan.

Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, kita harus

bersedekah kepada mereka dan jika ada lebihan rezeki lagi, kita

wajar bersedekah kepada penduduk luar negara. Setiap orang

yang berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan dikurniakan

kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat-Nya.42

Page 43: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Firman Allah S.W.T (maksudnya): “Tidak ada

kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan

mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang

menyuruh (manusia) memberi sedekah atau

berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di

antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat

demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka

kelak kami akan memberi kepadanya pahala

yang besar”. (An Nisaa: 114)

43

Page 44: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Sedekah merupakan sunnah Rasulullaah SAW

dan hukumnya adalah sama dengan infak.

Namun begitu, sedekah dan infak mempunyai

perbezaan dari segi barangan yang

dikeluarkan. Ini kerana sedekah tidak terbatas

kepada harta semata-mata sedangkan infak

berkaitan dengan harta.

44

Page 45: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam

sememangnya akan mendapat ganjaran pahala

yang besar namun pahala sedekah akan lenyap

apabila si pemberi selalu mengungkit-ungkit dengan

sedekah yang telah diberikan atau menyakiti hati si

penerima. Hal ini ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam

firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang

beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala)

sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan

menyakiti perasaan si penerima”. (Al Baqarah: 264)

45

Page 46: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya.

Antaranya ialah:

Kelebihan Bersedekah

1. Memperkuat keimanan dan mendekatkan

diri kepada Allah SWT. Jika kita bersedekah

dengan niat demi untuk beribadah kerana

Allah, pasti akan bertambah keimanan kita

terhadapNya. Dengan bersedekah juga dapat

mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah

sangat menyayangi akan golongan

hambaNya yang banyak memberi kerana-Nya,

bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk

46

Page 47: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya.

Antaranya ialah:

Kelebihan Bersedekah

2. Bertambah rezeki dan mendapat keberkatan. Allah akan

memberi dan menggantikannya dengan hal yang lebih baik jika

kita memberi kepada orang lain. Tidak sesekali kita rugi

sekiranya memberi dan membantu orang lain dengan hak dan

barangan kita. Pasti Allah akan menurunkan keberkatan rezeki

dengan lebih baik atas kebaikan yang kita lakukan itu. Jika

bukan menggantikan hal yang sama, pasti digantikan dengan

kesihatan yang baik, kebahagiaan dalam keluarga dan

kesenangan dalam apa jua urusan. Sesungguhnya rezeki Allah

itu sangat luas dan tidak terbatas.47

Page 48: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya.

Antaranya ialah:

Kelebihan Bersedekah

3. Memberi ketenangan hati dan kebahagiaan. Sebagai

umat Islam kita sering disarankan untuk berbuat apa-apa

saja kebaikan demi mendapatkan ketenangan fikiran

dan emosi, termasuklah dengan bersedekah. Bahkan,

dengan membelanjakan harta kearah kebaikan demi

membantu orang lain pasti akan mendorong

peningkatan hormon-hormon kebahagiaan dalam otak

kita. Kajian sains sendiri telah membuktikan kebenaran ini.

48

Page 49: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya.

Antaranya ialah:

Kelebihan Bersedekah

4. Melatih berfikiran positif dan adil. Golongan yang

gemar bersedekah adalah mereka yang memiliki sikap

adil dan tidak berani mengambil hak orang lain tanpa

kebenaran (mencuri). Dengan melakukan amalan

sedekah akan mengingatkan kepada kita mengenai

kewajiban dalam aspek sosial iaitu bersikap adil kepada

mereka yang memerlukan bantuan.

49

Page 50: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Terdapat beberapa kelebihan bersedekah yang akan dirasakan pada orang yang melakukannya.

Antaranya ialah:

Kelebihan Bersedekah

5. Melahirkan rasa syukur. Rasa syukur adalah apabila

kita berterima kasih kepada Allah dengan apa yang kita

terima. Lalu, dengan bersedekah adalah salah satu cara

untuk kita mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT

atas semua kurniaan dan pemberiannya. Bukankah

dengan bersedekah itu mengingatkan kita bahawa apa

yang dimiliki hari ini itu adalah nikmat dan atas keizinan

dari Allah SWT? Jadi, jika kita ini hamba yang bersyukur,

maka memberilah tanpa berkira-kira.

50

Page 51: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Justeru, marilah sama-sama kita mengamalkan amalan

bersedekah kerana dengan bersedekah akan

mendapat ganjaran pahala yang besar. Contoh

terbaik dalam bersedekah adalah Nabi Muhammad

SAW. Baginda sering kali memberikan makanannya

kepada golongan miskin sehinggakan Baginda sendiri

kerap berlapar. Rasulullah sangat takut jika di

rumahnya terdapat hanya sedikit saja harta atau

makanan yang belum dibahagikan. Bahkan pakaian

Baginda sendiri dari bahan kasar dan berharga paling

murah

51

Page 52: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

NOTA BONUS

52

Page 53: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

10 HIKMAH BERSEDEK AH

53

Page 54: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

1. Sedekah dapatmenghapuskan kesalahan

dan meredakan murkaAllah. Rasulul lah saw bersabda : “Sedekah

meredakan kemarahanAl lah dan menangkal

(mengurangi) kepedihansakaratul maut .” (Dalam

buku f iqh sunnah karanganSayyid Sabiq).

2. Sedekah membuka pintu rezeki.

Rasulullah saw bersabda ”

turunkanlah (datangkanlah) rezekimu

(dari allah) dengan mengeluarkan

sedekah.” (HR al-baihaqi). Dalamsalah satu hadits qudsi, allah

berfirman: ” hai anak adam, infaklah

(nafkahkanlah hartamu), niscaya aku

memberikan n afkah kepadamu. “(HR muslim).

54

Page 55: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

3. Sedekah menjauhkandir i dari api neraka.

Rasulul lah SAW bersabda: “ jauhkan dir imu dari apineraka walaupun hanya

dengan (sedekah) sebuti rkurma .” (Mutafaq’alaih ) .

4. Allah menolak berbagai macam

musibah dengan sedekah.Sedekah menolak berbagai bentuk

musibah bagi siapapun, sekalipun

mereka dari golongan orang zalim,

bahkan kafir sekalipun. Rasulullah Saw

bersabda’. “Sedekah dapat

menyelamatkan manusia dari

kematian yang buruk.” (Al-Wasail 6: 267, hadis ke 4).

55

Page 56: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

5. Seorang yang bersedekahdidoakan oleh malaikat set iap

hari .Nabi SAW bersabda: “ t idak ada

hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana adadua malaikat yang turun, salah

satunya berkata ‘Ya al lah, berikanlah gant i kepada orang-

orang yang ber infaq ’ sedangkan(malaikat) yang lainnya

berkata.’Ya al lah, ber ikanlahkehancuran kepada orang-orang

yang menahan (hartanya)’ ,”(hrbukhari -musl im).

56

Page 57: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

6. Pelaku sedekah beradadalam naungan

sedekahnya pada harikiamat.

Rasulul lah bersabda: “naungan bagi seorang

mukmin pada har i k iamatadalah sedekahnya ” (HR

Ahmad).

7. Amalan sedekah adalah penawar

untuk berbagai jenis penyakit jasmani

Sebagaimana sabda

Nabi:”Bentengilah hartamu dengan

zakat, ubati orang-orang sakit (darikalanganmu) dengan bersedekah

dan persiapkan doa untuk

menghadapi datangnya bencana.”

(HR Ath-Thabrani).

57

Page 58: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

8. Allah melipatgandakanganjaran bagi orang yang

bersedekah.Sebagaimana FirmanNya:

sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki - laki maupun

perempuan dan meminjamkankepada al lah pinjaman yang baik,

niscaya akan di l ipatgandakan(pembayarannya) kepada

mereka: dan bagi mereka pahalayang banyak. (Qs 57:18).

58

Page 59: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

9. Sedekah adalah pensuci bagi harta dan j iwa, melepaskan dari s ikap sikap buruk

(Ad-Dakhan). Nabi berwasiat kepada para pedagang : ‘wahai para pedaganq,.

Sesunnguhnva (pada) perdagangan initer jadi kealphaan dan sumpah, maka

campuri lah dengan sedekah .”(Hr. Ahmad). Al lah berf l rman : “ambil lah zakat dar i

sebagian, harta mereka, dengan zakat i tukamu membersihkan dan mensucikan

mereka…” (QS at -taubah:103).

59

Page 60: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

10. Sedekah dapat menghapus dosa.

Pernyataan ini diperkuat dengan dalil

hadist Rasulullah saw, “Sedekah

dapat menghapus dosa

sebagaimana air memadamkan api.”

(HR Tirmidzi, dishahihkan Al Albanidalam Shahih At Tirmidzi, 614).

60

Page 61: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

SERANTAUMUSLIM

w w w. s e r a n t a u mu s l i m . o r g . my61

Page 62: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Sek i l a s ten tangSERANTAU MUSL IM

www.serantaumuslim.org.my

62

Page 63: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

63

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU

MUSLIM) meletakkan slogan Persaudaraan Rentas Sempadan

(Brotherhood Beyond Borders) sebagai azimat untuk

membawa visi mempererat persaudaraan Islam tanpa

terikat dengan sempadan geografi. SERANTAU MUSLIM

meletakkan VISI dalam gerak kerja yang jelas iaitu “Menjadi

peneraju dalam membantu individu menjadi khairunnas

yang mendapat kebekatan rezeki melalui bantuan kepada

muslim minoriti di Asia Tenggara”.

Page 64: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

64

Dengan memberikan fokus khusus kepada Umat Islam Minoriti,

SERANTAU MUSLIM meletakkan 4 MISI yang jelas iaitu “Menjadi

pembela dan rujukan pertama bagi suara Muslim Minoriti,

Menberi bantuan kemanusiaan di seluruh Dunia tanpa mengira

perbezaan agama dan bangsa, Meningkatkan kualiti

pendidikan Muslim Minoriti dan Memimpin rangkaian ekonomi

antara muslim di rantau ASEAN

SERANTAU MUSLIM berhasrat untuk menjadi sebuah organisasi

yang mampu untuk menjadi satu suara yang vokal dalam

membawa mesej persaudaraan dan kedamaian.

Page 65: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

65

Untuk tujuan itu, SERANTAU MUSLIM aktif mengadakan kerjasama

dengan banyak NGO di seluruh rantau ASEAN khususnya dalam

menjayakan visi dan misi Serantau Muslim termasuklah

mengetuai AMSEC (Asian Muslim Secretariat) iaitu sebuah

organisasi yang dianggotai oleh NGO dari seluruh Negara Asean

yang berjumlah seramai 32 buah NGO.

SERANTAU MUSLIM menyasarkan program berdasarkan 7 OBJEKTIF

UTAMA iaitu Membina Jaringan Kerjasama, Mengadakan Kutipan

Derma dan Sumbangan, Mengadakan Kempen Kesedearan

Umat Islam, Mengadakan Dana Khas Bencana Alam, Membina

Barisan Pelapis Kepimpinan Umat Islam, Menjadi Wakil Suara Umat

Islam Asean dan Memberi Penumpuan Khusus Kepada

Pendidikan.

Page 66: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Maklumat Lanjut Tentang SERANTAU MUSLIM

• Setiausaha / Pengurus Besar : Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor

+019 450 5360

• Serantau Muslim Hotline : +6010 8659 407

• Akaun Bank Serantau Muslim : Pertubuhan Kebajikan Serantau

Muslim

5641 0042 1083

0808 6020 1345 52

66

Page 67: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Biodata Penulis

Seawal bangku persekolahan, penulis telah berjaya

melangkau kelas melalui program PTS anjuran

Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat

keputusan 9A dalam PMR semasa menuntut di

Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh,

Perak. Seterusnya, penulis telah menyambung

pengajian ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) ,

Klang dan mendapat keputusan yang cemerlang

dalam SPM.

67

Page 68: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Biodata Penulis

Di KISAS, penulis turut aktif dalam bidang kokurikulum kerana beliau dipilih menjadi

Ketua Pelajar, Pengerusi Persatuan Usahawan Muda, Pengerusi Pengakap, Pengerusi

Kelab Catur, Pasukan Debat Bahasa Inggeris Sekolah , Setiausaha Perpustakaan dan

juga merupakan wakil Malaysia dalam kejohanan catur peringkat antarabangsa.

Penulis kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS

(UTP) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di dalam jurusan Kejuruteraan

Elektrikal dan Elektronik . Semasa di UTP, penulis telah diamanahkan sebagai

Presiden Rakan Masjid UTP dan aktif dengan pelbagai program dalam dan luar

negara. Tidak merasa puas dengan pengajian di aliran sains, penulis seterusnya

menyambung pengajian agama di Kolej Darul Hikmah dalam bidang Pengajian

Syariah dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana.68

Page 69: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Selepas bergraduasi, penulis telah terlibat aktif dalam misi bantuan kemanusiaan

di seluruh dunia khususnya di rantau ASEAN. Sehingga kini, penulis telah pun

mengembara dan menyertai misi kemanusiaan lebih daripada 30 buah negara

di seluruh dunia. Disamping itu, penulis merupakan salah seorang pengasas

merangkap Setiausaha NGO South East Asian Regional Assembly of Muslim

Youth (SARMY) semenjak 2009. Pada tahun 2015, beliau telah dipilih sebagai

Setiausaha NGO Serantau Muslim merangkap Pengurus Besar. Penulis seringkali

dijemput berceramah di dalam dan luar negara dan diiktiraf sebagai Master

Practitioner Neuro Linguistic Programing yang ditauliahkan oleh NFNLP (Florida,

USA).

Biodata Penulis

69

Page 70: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Sehingga kini, penulis telah menulis 4 buah buku yang berkaitan dengan isu

kemanusiaan , motivasi dan keagamaan. Penulis sering kali dijemput untuk

memberikan perkongsian di radio dan televisyen antaranya ialah radio IKIM, Radio

Melaka FM, Radio Nasional FM, Radio Bernama, Selamat Pagi M alaysia TV1 selain

muncul di suratkhabar Harian Metro, Sinar Harian, Utusan Malaysia, Berita Harian,

KOSMO dan banyak lagi. Kesungguhan dalam bidang pendidikan menyebabkan

beliau telah mendapat tauliah mengajar daripada kerajaan Negeri Perak dan juga

merupakan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim

Malaysia (TAMRIN) yang bernaung di bawah Motivator No 1 Malaysia iaitu Datuk Dr

Haji Fadzilah Kamsah.

Biodata Penulis

70

Page 71: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

Penulis juga merupakan salah seorang pengasas dan peserta Food Flotilla For

Myanmar yang belayar bersama Kapal Nautical Aliya untuk membantu etnik

Rohingya di Mnyanmar dan Bangladesh. Dari sudut sumbangan kepada

masyarakat, Ustaz Hakim telah berjaya membina lebih dari 235 buah telaga air

untuk umat Islam minoriti di Myanmar, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Nepal.

Beliau telah mengasaskan beberapa portal untuk menyelesaikan permasalah

umat islam dalam ibadah iaitu Qurbanmudah.com, Fidyahmudah.com,

Kembarakebajikan.com, tajaberbuka yang mana telah mendapat kunjungan

ribuan pengguna sejak mula diasaskan.

Biodata Penulis

71

Page 72: AMALAN CETUS LIMPAHAN REZEKI - smuslim.com · menyendiri selama dua tahun sebelum berani bangkit ... berborak cerita benda-benda ... selain yang telah penulis sebutkan tadi, terdapat

S e k i a n , Te r i m a K a s i h .w w w . s e r a n t a u m u s l i m . o r g . m y

72