cetus minda - janjang

10
Lembah Harau Yang Cantik Lembah Harau adalah satu tanah pelancongan yang terkenal di Padang, Sumatera yang terdiri daripada menjadi dua tempat kunjungan utama, yaitu Sarasah Bunta dan Aka Barayun. Terdapat 5 buah air terjun di Lembah Harau. Topografi Alam Lembah Harau adalah berbukit-bukit dan bergelombang. Bukit tersebut antara lain adalah Bukit Air Putih, Bukit Jambu, Bukit Singkarak, dan Bukit Tarantang. Berjalan menuju Lembah Harau amat memukau pandangan mata. Dengan udara yang masih segar, kita dapat melihat keindahan alam sekitarnya. Tebing- tebing granit yang menjulang tinggi dengan bentuknya yang unik mengelilingi lembah. Tebing-tebing granit yang terjal ini mempunyai ketinggian 80 m hingga 300 m. Saat memasuki kawasan Lembah Harau, kita akan melihat banyak keindahan yang menakjubkan sehingga ia mendapat gelaran Yosemite Indonesia, merujuk kepada Yosemite yang terletak di Amerika Syarikat. Sebuah monumen peninggalan Belanda yang terletak di kaki air terjun Sarasah Bunta merupakan bukti bahwa Lembah Harau sudah sering dikunjungi orang sejak tahun 1926. Selain makanan halal yang lazat yang terdaoat di sepanjang jalan menuju lembah Harau, terdapat juga hamparan sawah yang diapit oleh tebing tebing tegak lurus menjulang setinggi sekitar 150 meter hingga 200 meter yang pasti akan mengkagumkan pandangan mata. Keindahan Lembah Harau juga terletak di dataran tingginya yang dilindungi. Terdapat berbagai spesies tanaman hutan hujan tropika dataran tinggi, juga haiwan asli Sumatera, seperti monyet ekor panjang yang sering terlihat di kawasan Lembah Harau. Kawasan yang seluas 270,5 hektar pasti akan memukau mata. Anda telah mengikuti lawatan ke Lembah Harau. Anda menjatuhkan duit syiling 50 sen dari tepi tebing yang mempunyai ketinggian 174 meter. Dalam masa sesaat, didapati duit itu jatuh 4 m. Pada saat kedua, ia jatuh

Upload: diana-yusof

Post on 09-Nov-2015

90 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Cetus Minda - Janjang

TRANSCRIPT

Lembah Harau Yang Cantik

Lembah Harau adalah satu tanah pelancongan yang terkenal di Padang, Sumaterayang terdiri daripada menjadi dua tempat kunjungan utama, yaitu Sarasah Bunta dan Aka Barayun. Terdapat 5 buah air terjun di Lembah Harau. Topografi Alam Lembah Harau adalah berbukit-bukit dan bergelombang. Bukit tersebut antara lain adalah Bukit Air Putih, Bukit Jambu, Bukit Singkarak, dan Bukit Tarantang.

Berjalan menuju Lembah Harau amat memukau pandangan mata. Dengan udara yang masih segar, kita dapat melihat keindahan alam sekitarnya. Tebing-tebing granit yang menjulang tinggi dengan bentuknya yang unik mengelilingi lembah. Tebing-tebing granit yang terjal ini mempunyai ketinggian 80 m hingga 300 m.

Saat memasuki kawasan Lembah Harau, kita akan melihat banyak keindahan yang menakjubkan sehingga ia mendapat gelaran Yosemite Indonesia, merujuk kepada Yosemite yang terletak di Amerika Syarikat. Sebuah monumen peninggalan Belanda yang terletak di kaki air terjun Sarasah Bunta merupakan bukti bahwa Lembah Harau sudah sering dikunjungi orang sejak tahun 1926.

Selainmakanan halal yang lazatyang terdaoatdi sepanjang jalan menuju lembah Harau, terdapat juga hamparan sawah yang diapit oleh tebing tebing tegak lurus menjulang setinggi sekitar 150 meter hingga 200 meter yang pasti akan mengkagumkan pandangan mata.

Keindahan Lembah Harau juga terletak di dataran tingginya yang dilindungi. Terdapat berbagai spesies tanaman hutan hujan tropika dataran tinggi, juga haiwan asli Sumatera, seperti monyet ekor panjang yang sering terlihat di kawasan Lembah Harau. Kawasan yangseluas 270,5 hektar pasti akan memukau mata.

Anda telah mengikuti lawatan ke Lembah Harau. Anda menjatuhkan duit syiling 50 sen dari tepi tebing yang mempunyai ketinggian 174 meter. Dalam masa sesaat, didapati duit itu jatuh 4 m. Pada saat kedua, ia jatuh dengan jarak 14 m. Pada saat ketiga, ia jatuh dengan jarak 24 m. Pada saat ke berapakah duit syiling itu akan mencecah tanah?

Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan di atas

Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.

Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Anda boleh menggunakan rajah bagi menerangkan jawapan anda.

Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda

Rujukan: https://www.bersosial.com/threads/lembah-harau-menakjubkan-di-tanah-minang.20892/

Lutut dan Kepentingannya

Anatomi Lutut dan Fungsi

Lutut adalah sendi terbesar di dalam tubuh, dan salah satu yang paling mudah tercedera. Ianya terdiri daripada hujung bawah tulang paha (femur), dimana bergerak di atas tulang kering (tibia), dan tempurung lutut (patella), yang meluncur dalam alur pada hujung tulang paha. Lutut juga mengandungi ligamen yang besar, yang membantu mengawal pergerakan dengan menghubungkan tulang dan mendakap daripada pergerakan tidak normal. Satu lagi struktur penting ialah meniskus, adalah penganjal rawan yang lembut di antara femur dan tibia yang berfungsi sebagai kusyen kepada lutut dan membantu menyerap hentakkan semasa bergerak. Kecederaan Lutut yang Biasa

Ramai atlet mengalami kecederaan pada ligamen lutut mereka. Daripada empat ligamen utama di lutut, ligamen krusiat hadapan (ACL) dan ligamen kolateral medial (MCL) adalah kecederaan biasa berlaku dalam sukan. Ligamen kruciate belakang (PCL) juga boleh tercedera. Kecederaan ACLLari dengan bertukar arah tiba-tiba, memperlahankan diri semasa berlari, dan mendarat dari lompatan boleh mengakibatkan ACL terkoyak. Atlet yang menyertai dalam ski dan bola jaring, dan atlet yang memakai kasut berpaku, seperti pemain bola sepak, adalah mudah terdedah kepada kecederaan ACL. Kecederaan ACL boleh dirawat secara artroskopik dan pesakit akan dapat kembali ke sukan dalam 9 hingga 1 tahun.

Kecederaan MCLKecederaan MCL ialah biasanya disebabkan oleh pukulan terus ke bahagian luar lutut. Jenis kecederaan ini selalu berlaku pada sukan lasak, seperti ragbi atau bolasepak. MCL terkoyak selalunya dirawat secara konservatif dan ianya sembuh dengan cepat. Rawan Terkoyak / Meniskus TerkoyakApabila orang bercakap tentang rawan lutut terkoyak, biasanya ia merujuk kepada meniskus terkoyak. Meniskus adalah kuat, rawan bergetah yang melekat pada ligamen lutut. Meniskus bertindak sebagai penyerap hentak. Meniskus terkoyak yang dibiarkan tanpa dirawat akan menyebabkan hakisan dan kerosakan pada rawan artikular. Rawatan untuk kecederaan meniskus adalahpembedahan artroskopi.

Seorang pelari juga tidak terkecuali dari mengalami kecederaan lutut. Anda adalah seorang pelari peringkat kebangsaan. Selepas pembedahan lutut kerana kecederaan lutut yang dialami, jurulatih anda memberitahu anda untuk kembali ke program "jogging" anda secara perlahan-lahan. Beliau mencadangkan program "jogging" selama 12 minit setiap hari untuk minggu pertama. Setiap minggu selepas itu, beliau mencadangkan bahawa anda meningkatkan masa jogging sebanyak 6 minit setiap hari. Berapakah jumlah hari yang perlu diambil untuk mencapai masa "jogging" selama 60 minit?

Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan di atas

Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.

Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Anda boleh menggunakan rajah bagi menerangkan jawapan anda.

Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda

Rujukan:https://www.hsc.com.my/bm/ort_knee.php

Bayaran ansuran peralatan rumah tidak kena GST Kastam 06 Jan 2015 KUALA LUMPUR: Bayaran ansuran bulanan pembelian barangan dan peralatan rumah yang dibeli pengguna mengikut sistem pembayaran kredit tidak tertakluk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.Mengikut Panduan Sewa Beli dan Jualan Kredit yang dikeluarkan jabatan itu, hanya jumlah utama dan bukannya komponen faedah yang tertakluk kepada kadar enam peratus GST. Buku panduan itu menyebut: Liabiliti bagi GST ke atas pembekalan bercukai adalah pada permulaan kuatkuasa sewa beli (HP) atau perjanjian kredit jualan dan tidak secara berterusan sepanjang tempoh perjanjian. Tiada liabiliti GST bagi komponen bekalan kewangan sewa beli atau jualan kredit kerana ia adalah suatu pembekalan dikecualikan. Ini secara amnya bermaksud bahawa jika komponen kredit atau kepentingan yang ditunjukkan secara berasingan dan didedahkan kepada penerima, ia tidak tertakluk kepada GST, sebaliknya jumlah pokok ada (dikenakan GST), kata Subromaniam.Subromaniam berkata GST sebanyak enam peratus akan dikutip terlebih dahulu, iaitu ketika pelanggan membayar deposit atau bayaran pertama bagi barangan yang dibeli. Kebimbangan rakyat daripada bayaran bulanan yang lebih tinggi adalah tidak tepat sebaliknya, mereka mungkin mendapati bayaran yang dikenakan berkurangan selepas GST diperkenalkan. Peniaga dan peruncit akan dapat menuntut cukai input mereka jadi mereka perlu berkongsi penjimatan kos yang sudah mereka peroleh bersama pelanggan mereka dengan menjual barangan pada harga lebih murah, katanya kepada Bernama.Untuk menggambarkan hal itu, beliau berkata di bawah rejim Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus yang dikenakan pada masa ini, pengeluar televisyen mungkin menetapkan harga produk di RM2,200 termasuk SST RM200. Pengilang akan menjual set TV untuk peruncit pada RM2,200. Dengan mengandaikan keuntungan peruncit adalah RM200, maka harga akhir setiap set TV ialah RM2,400. Sebaliknya, di bawah GST, harga pengeluar akan menjadi RM2,120, yang merangkumi enam peratus GST sebanyak RM120. Akan tetapi disebabkan peruncit boleh membuat tuntutan balik GST, kos beliau masih RM2,000. Jadi, termasuk keuntungan sebanyak RM200 dan GST sebanyak RM132, yang pelanggan perlu membayar, harga akhir ialah RM2,332. Cuba bandingkan harga di bawah SST, TV berharga RM2,400 dan di bawah GST, pada RM2,332. Jadi, yang mana lebih murah? tegasnya.Justeru itu, katanya tiada cara pengguna akan dikehendaki membayar ansuran lebih tinggi untuk barangan rumah yang dibeli melalui skim fleksibel kredit selepas pelaksanaan GST.Mengikut Panduan GST Jabatan Kastam Bagi Kredit Cukai Input, cukai input merujuk kepada GST yang ditanggung pemilik perniagaan atas apa-apa pembelian atau pemerolehan barangan dan perkhidmatan, dan mereka dibenarkan untuk menuntut sebagai kredit atas pembelian yang menjadi input kepada perniagaan.Pengerusi Institut Percukaian Berkanun Malaysia (CTIM) SM Thanneermalai berkata pengguna tidak perlu bimbang mengenai harga perabot dan peralatan elektrik akan meningkat selepas GST.Sama ada mereka membeli dengan tunai atau secara ansuran, GST perlu dibayar terlebih dahulu dan tidak ada cukai tambahan akan dikenakan ke atas bayaran bulanan, katanya. BERNAMA

Sarah ingin membeli sebuah peti ais baru secara sewa beli. Dia membuat bayaran deposit sebanyak RM300 dan bayaran selebihnya diselesaikan secara ansuran dalam tempoh 5 bulan. Pada bulan berikutnya, Sarah membayar sebanyak RM350. Untuk bulan yang seterusnya, Sarah membayar sebanyak RM400. Dengan mengambil kira corak pembayaran Sarah, berapakah sebenarnya kos peti ais yang dibeli?

Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan di atas

Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.

Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Anda boleh menggunakan rajah bagi menerangkan jawapan anda. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda

Rujukan: http://gstpedia.my/news/bayaran-ansuran-peralatan-rumah-tidak-kena-gst-kastam-bh/Rackham AuditoriumRackham Auditorium merupakan satu tapak yang penting di University of Michigan. Sejak 60 tahun pembukaannya, banyak kuliah penting, simposium akademik, dan kertas ilmiah dibentangkan di auditorium ini yang juga menjadi pusat persembahan muzik bagi penduduk setempat. Horace H. Rackham merupakan seorang peguam dari Detroit, Michigan. Apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1933, dia mewasiatkan dana untuk pembinaan Horace H. Rackham Graduate School yang menempatkan Auditorium Rackham, dengan tambahan USD 4 juta bagi pembangunan pengajian siswazah. Kemurahan hati Rackham dikagumi kerana beliau mahupun isterinya tidak pernah belajar di universiti ini.Direka dengan gaya klasik oleh arkitek William Kapp dari firma Detroit Smith, Hinchman & Grylls, Bangunan Rackham dianggap sebagai salah satu bangunan bersejarah di kampus. Bahagian dalam Auditorium Rackham dihias mewah, dengan tempat duduk yang cantik dan selesa dengan siling dedaunan keemasan.

Anda merupakan seorang pengusaha yang mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kerusi bagi auditorium. Seorang pengurus auditorium telah menawarkan kepada anda untuk membuat kerusi baru bagi menukar kerusi sedia ada yang telah lusuh di suatu auditorium. Walaubagaimanapun, pengurus tersebut tidak memberitahu jumlah sebenar kerusi yang perlu dibuat. Dia hanya memberitahu bahawa baris pertama auditorium tersebut terdiri daripada 24 kerusi, baris kedua terdiri daripada 30 kerusi, baris ketiga terdiri daripada 36 kerusi dan begitulah seterusnya sehingga baris keenam belas. Dapatkah anda cari jumlah kerusi yang perlu dibuat?Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan di atas

Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.

Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Anda boleh menggunakan rajah bagi menerangkan jawapan anda. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda

Rujukan: http://www.music.umich.edu/about/facilities/central_campus/rackham/index.htmPulau Nami

Pulau Nami yang terletak di Korea merupakan daerah pelancongan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kemashurannya melalui drama Winter Sonata menjadikannya lokasi pilihan untuk Drama Malaysia, Panggilan Pulau Nami. Pulau Nami memang cantik tidak kira walau dalam musim apa sekalipun.Pulau Nami terletak di tengah Sungai Han, agak jauh dari pusat bandar Seoul. Terdapat dua cara untuk ke sini. Yang pertama ialah dengan menaiki bas yang boleh didapati di Inda-dong. Kedua dengan menaiki kereta api dari stesyen Chongyanggi dan turun di Stesyen Gapyeong. kemudian naik teksi sampai ke jeti

berbasikal ketika musim sejukmusim luruh di Nami. Cantik kan

Anda merancang untuk melancong ke Pulau Nami 2 tahun lagi. Agen percutian yang anda pilih memberitahu bahawa kos yang diperlukan untuk pakej dua orang ialah sebanyak RM5500. Anda membuat satu akaun simpanan khas, bermula dengan RM100. Untuk bulan berikutnya, anda merancang untuk menyimpan sebanyak RM110, bulan seterusnya RM120 dan begitulah seterusnya. Adakah simpanan yang dirancang itu mencukupi? Sekiranya tidak, rancangkan pelan simpanan anda yang baru.

Ambil seminit untuk memikirkan tentang jawapan kepada persoalan di atas

Bincangkan penyelesaian anda bersama pasangan.

Kongsikan jawapan anda dan pasangan di Facebook. Anda boleh menggunakan rajah bagi menerangkan jawapan anda. Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh bagi jawapan penyelesaian anda

http://myfir2u.blogspot.com/2012/05/post-kali-ini-nak-berkongsi-tentang-10.html