helang cetus idea cipta alat pengesan - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/5773/1/0484.pdf ·...

7
Helang cetus idea cipta alat pengesan Sistem UPM-APSB's AISA permudah pasukan penyelamat cari pesawat hUang

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Helang cetus idea cipta alat pengesan - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/5773/1/0484.pdf · Helang cetus idea cipta alat pengesan Sistem UPM-APSB's AISA permudah pasukan penyelamat

Helang cetus idea cipta alat pengesanSistem UPM-APSB's AISA permudah pasukan penyelamat cari pesawat hUang

Page 2: Helang cetus idea cipta alat pengesan - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/5773/1/0484.pdf · Helang cetus idea cipta alat pengesan Sistem UPM-APSB's AISA permudah pasukan penyelamat

~ TAMU&~bSELASABersama Pensyarah Survei KejuruteraanHutan (Penderiaan Jauh) Universiti PutraMalaysia (UPM) Dr Kamaruzaman Jusoff

Oleh Nurhayati Abllah

, BOLEH profesor terangkan menge­• nai Sistem Keberkesanan Sistem Pe­sawat Terbang Hyperspektral UPM­APSB's AISA.

Idea untuk mencipta sistem ini adalahhasil penyelidikan dan cabang ilmu yangdipelajari iaitu perhutanan, kejuruteraandan survei pada 1996lalu, ketika dipin­jamkan ke Pusat Remote Sensing Negara(Macres) sebagai Timbalan Pengarah. Ti­dak ramai individu di negara ini memopelajari bidang itu secara khusus kecualisaya dan seorang lagi 'junior' saya yangkini menetap di Sarawak.

Daripada cabang ilmu itu, bidang ber­kenaan diterokai dan menimbulkan minatuntuk mencipta satu sistem bagi memu­dahkan proses mengesan, mengenal pasti,mengira jumlah dan memetakan jumlahsumber hutan di. Malaysia. Selepas me­namatkan pengajian PhD di UniversitiCranfield United Kingdom pada 1992,ke­tika berada di luar negara, sayaterpandangseekor burung menyerupai helang terbangdi udara.

Pada fikiran saya, bagaimana burung ituboleh mengesan mangsa atau sumber ma­kanan di permukaan ladang yang diHputitanaman bunga matahari jika tanpa satukelebihan yang ada pada haiwan itu. Ber­mula daripada situ, pertanyaan berkenaanmembuatkan saya terus mengkaji dan ak·hirnya menemui jawapan iaitu burungmempunyai satu 'perpustakaan spektralunik' yang berada dalam otaknya dan per­pustakaan itu menyimpan segala data un­tuk mengesan serta mengenal pasti lokasimangsa buruannya.

, Bagaimana sistem berkenaan ber­• fungsi dan digunakan dalam kerja

mencari dan menyelamat (SAR) pesa­wat dan enam anggotaTentera UdaraDiraja Malaysia (TUDM)yang terhem­pas di Genting Sempah, baru-baru ini.

5 ebelum ini, sistem yang dibangunkanlebih banyak digunakan untuk mem­bantu penyelidikan bidang pertanian, per­hutanan, alam sekitar dan sains marin.Bagaimanapun, secara kebetulan ketikamenggunakan sistem itu dalam satu pe­nyelidikan kontrak di pesisir pantai danpulau di Sabah pada Julai 2004 dengankerjasama syarikat Aeroscan Precision(M) Sdn Bhd, saya diminta untuk turutsarna membantu SAR mengesan pesawatdan tujuh mangsa nahas helikopter Bell206 Long Ranger di Bario Ba' Kalalan,Sarawak. Sistem berkenaan yang meng·gunakan satu set komputer riba, aksesoriserta dibantu peralatan sensor UPM­APSB'sAISAdipasang pada pesawat yangdinaiki dan saya akan mengesan lokasiberdasarkan petunjuk atau arah yang su­dah ditetapkan pasukan pencari dan pe­nyelamat.

Page 3: Helang cetus idea cipta alat pengesan - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/5773/1/0484.pdf · Helang cetus idea cipta alat pengesan Sistem UPM-APSB's AISA permudah pasukan penyelamat

Sebelum sistem itu boleh digunakan, sa­ya perlu mendapatkan butiran lanjut pe·sawat yang terhempas iaitu 'Profil Tan­datangan Spektral' atau saya klasifikasisebagai DNA objek yang dicari untuk me­mudahkan data itu diproses sistem ber­kenaan. DNA pesawat itu diperoleh selepasmendapat kebenaran dan persetujuanTUDM. Ketika saya berada di udara (dalampesawat Cessna TUDM), sistem itu akanmemberi dan mengenal pasti semua sum·ber yang ada di kawasan terbabit termasukkedudukan sertajumlah objek atau sumberyang ada.

Page 4: Helang cetus idea cipta alat pengesan - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/5773/1/0484.pdf · Helang cetus idea cipta alat pengesan Sistem UPM-APSB's AISA permudah pasukan penyelamat

Jadi, kaedah sarna digunakan untuk me­ngesan pesawat Nuri yang terhempas diGenting Sempah, 13 Julai lalu iaitu men­dapatkan DNA pesawat jenis itu dan me­ngesan menggunakan Sistem KedudukanGlobal (GPS). Selepas berjaya mendapat­kan jangkaan kedudukan pesawat berke­naan, maklumat itu disalurkan kepada ang­gota pasukan penyelamat yang berada da­lam hutan untuk menjalankan gerakanmencari. 'v

, Berapakah kos yang digunakan un­• tuk membina sistem berkenaan.

T idak dinafikan setiap kajian, penye­lidikan atau sistem yang dicipta me­merlukan kos perbelanjaan tinggi. Setiapc;iptaan yang diwujudkan perlu menjalanipenyelidikan teliti sebelum ia boleh di­iktiraf satu daripada ciptaan sains yangboleh diguna pakai. Selain faktor masa dantenaga yang perlu dikorbankan, saya mem­peruntukkan sebanyak RM1.6 juta iaitudana daripada Kementerian Sains, Tek­nologi dim Inovasi untuk membangunkansistem berkenaan.

, Selain sistem itu digunakan dalam• SAR, adakah sistem ini boleh di­

gunakan bagi tujuan lain.

T ujuan penciptaan sistem itu untuk me­mudahkan kerja selain mempelbagai­kan cara bagi mendapatkan sesuatu mak­lumat. Dengan kesesuaian dan permintaansemasa, sistem itu boleh diaplikasi dalaminventori hutan, pertanian tepat, pemetaanbatu karang dan sains marin, pengurusantaman laut, pemetaan kegiatan haram se­perti pembuangan sisa toksik, penempatanharam dan jumlah penduduk serta mem­bantu tugas keselamatan seperti perisikanpolis dan pertahanan negara.

Namun, penggunaannya bergantung ke­pada permintaan atau kelulusan pihak ber­kenaan bagi mengelakkan sistem itu di­salahgunakan. Kaedah yang digunakanadalah sarna iaitu setiap objek atau sumberyang ingin dikaji perlu didapatkan DNAobjek berkenaan dan saya akan melakukanproses pengimejan serta penganalisaan.Maklumat dan data yang dikumpul, diberikepada jabatan atau pihak yang memer­lukan untuk dibuat kajian serta sumberlaporan mereka.

, Sejauh mana ketepatan sistem itu• sehingga banyak membantu dalam

setiap operasi, kajian atau penyelidikanyang dijalankan.

5etiap ciptaan atau penyelidikan yangdibangunkan sukar untuk mendapat­kan kejituan atau ketepatan mencecah 100peratus atau dalam erti kata lain tepat.Bagaimanapun, setiap pengkaji atau sain­tis sememangnya bangga jika setiap hasilciptaannya mencapai lebih 90 peratus ke­tepatan kerana sebagai manusia kita masihmempunyai kelemahan dan kekurangansehingga memerlukan perubahan dari se­masa ke semasa.

Justeru, setiap ilmu tidak akan habis

walaupun dipelajari hingga akhir hayat.Begitu juga dengan penciptaan sistem yangsaya bangunkan itu. Saya hanya mampumenjelaskan keputusan yang diperoleh ha­sil penggunaan sistem itu mencapai lebih90 peratus. Bagi saya, jumlah itu sudahcukup tinggi kerana kejayaan yang dapatdilihat hasil penggunaan sistem berkenaansudah banyak dapat saya buktikan.

Antaranya dalam membantu pencarianpesawat dan enam anak kapal yang terbabitnahas helikopter Nuri, baru-baru ini. Se­belum ini juga saya sudah banyak mem­bantu jabatan lain seperti Jabatan Per­tanian, Jabatan Laut dan Jabatan Perang­kaan untuk mendapatkan maklumat ataudata yang diperlukan.

., Sememangnya setiap ciptaan atau• kajian itu ada kelebihan dan kele­

mahan yang perIu diterima. Apakah ke­lebihan dan kekurangan sistem yangprofesor bangunkan.

J ika sistem ini diperkembangkan padaperingkat lebih tinggi dan diperting­katkan, saya percaya ia boleh membantumencapai kemajuan negara selain mening­katkan mutu perkhidmatan setiap jabatan.Contohnya, dalam bidang pertahanan. Sis­tern berkenaanjuga boleh digunakan untukmengesan lokasi penempatan dan jumlahpendatang tanpa izin yang 'berhijrah' kenegara ini. Sistem berkenaan membantumengesan 'lorong tikus' di kawasan sem­padan negara.

Jika pasukan keselamatan tahu secarajelas jumlah dan lokasi mereka, secara tidaklangsung kita dapat memantau pergerakanmereka selain mengurangkan kadar jena­yah. Begitu juga dengan penggunaan sistemitu, umpamanya dalam bidang pertanian,perhutanan dan pemetaan batu karang. Kitadapat menyelamatkan sumber atau spesiesyang ada daripada pupus jika kita dapatmengetahui habitat dan jumlahnya.

Selain itu, sistem ini turut digunakanuntuk pembangunan seperti mengenal pas­ti sumber galian, tumpahan minyak dankawasan pembalakan. Kelemahan utamasistem itu ialah tidak boleh digunakantanpa cahaya matahari. Tempoh sesuai di­gunakan antara jam 10.30pagi hingga 2.30petang. Kebiasaannya dalam tempoh ber­kenaan, cahaya solar paling maksimum.Selain itu, ia turut bergantung kepada kea­daan cuaca dan persekitaran. Jika keadaanhujan dan berkabus boleh menyebabkankegagalan mendapatkan ketepatan kepu­tusan.

, Apakah perancangan profesor pada• masa akan datang, sama ada ingin

meningkatkan sistem yang digunakankini atau mencipta sistem lain.

S ebagai individu yang memang memi­nati bidang kajian, penciptaan dan pe­nulisan saintifik, usaha saya tidak akanterhenti setakat ini. Saya dalam prosesperbincangan dan merancang untuk me­ningkatkan sistem berkenaan iaitu men­jalankan kajian untuk meluaskan peng-

Page 5: Helang cetus idea cipta alat pengesan - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/5773/1/0484.pdf · Helang cetus idea cipta alat pengesan Sistem UPM-APSB's AISA permudah pasukan penyelamat

" Saya percaya sistemini bo/eh membantu

mencapai kemajuannegara da/ambidang pertahananse/ain membantu

mengesan /okasipenempatan danjum/ah pendatangtanpa izin"

Dr Kamaruzaman JusoffPensyaroh 5urve; Kejuruteraan Hutan

(Penderioan Jauh) Universiti Putra Malaysia

Page 6: Helang cetus idea cipta alat pengesan - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/5773/1/0484.pdf · Helang cetus idea cipta alat pengesan Sistem UPM-APSB's AISA permudah pasukan penyelamat

gunaan kaedah itu serta mengurangkanpunca kelemahannya. Selain itu, saya jugasedang merancang membina satu pusatpenyelidikan kecemerlangan khas di ne­gara ini khusus di UPM untuk menjalan­kan kajian seumpama itu dengan kerja­sarna TUDM dan Aeroscan Precision.

Setakat ini, kertas kerja lengkap dan per­mohonan sudah dikemukakan kepada UPMdan saya akan membuat penyelidikan ber­hubung peningkatan keberkesanan sistemberkenaan dalam tempoh enam bulan ber­mula November ini di pusat penyelidikanpenerbangan di Yale dan Stanford, AmerikaSyarikat. Pengurusan UPM juga sudahmemberikan peruntukan sebanyakRM280,OOOsepanjang tempoh pengajian itu.

, Secara peribadi, apa pendapat pro­• fesor berhubung pesawat Nuri yang

rnasih digunakan sehingga kini. Ada­kah penggunaannya rnasih wajar atausebaliknya.

Secara peribadi, pesawat itu umumnyamasih boleh digunakan. Berdasarkanpengamatan dan pengetahuan yang sayaada, keupayaan teknikal pesawat berke­naan masih dapat berfungsi dengan baik.Bagaimanapun, secara logiknya, peralatanatau barang yang sudah lama perlu ditukar,apatah lagi peralatan membabitkan tugaspertahanan dan menggunakan tenaga ma­nusia.

Kementerian Pertahanan sememangnyasudah mengkaji atau me'mpunyai rasionalmereka sendiri mengekalkan buat semen­tara waktu penggunaan pesawat itu. Apa­pun, setiap peralatan yang digunakan ber­gantung kepada kecekapan pengguna. Ke­nyataan itu bukan bermaksudmenyalahkan mana-mana pihak, tetapi ju­ruterbang juga memainkan peranan dalammengendalikan pesawat selain daripadafaktor lain yang menyokong seperti cuacadan persekitaran.

, Pandangan profesor berhubung sis­• tern berkenaan boleh diperluaskan

penggunaannya.

5 ebagai seorang pereka, saya sudahmenjalankan tanggungjawab saya. Ba­gaimanapun, sesuatu peralatan tidak leng­kap atau diiktiraf penggunaannya jika ti­dak dibantu dengan faktor lain. Justeru,juruterbang selain berkemahiran dalammengawal pesawat, merekajuga perlu bijakmengesan keadaan tidak terduga seperticuaca dan persekitaran.

Page 7: Helang cetus idea cipta alat pengesan - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/5773/1/0484.pdf · Helang cetus idea cipta alat pengesan Sistem UPM-APSB's AISA permudah pasukan penyelamat

, Selain kejayaan profesor membantu• dalam mencari dan menyelamat pe­sawat helikopter Nuri, apakah kejayaanlain yang boleh dikongsi bersama.

5 ebelum ini, saya sudah mendapat pe­ngalaman yang sarna ketika nahas he­likopter Bell 206 Long Ranger di Bario,Sarawak, pada Julai 2004 dan nahas mem­babitkan pesawat pejuang Hawk 208 yangdilaporkan hilang bersama juruterbang se­lepas terhempas di kawasan perairan Rom­pin, 31Mei tahun lalu.

Dua nahas berkenaan banyak membe­rikan pengajaran dan pengalaman untukdigunakan dalam SAR membabitkan pe­sawat Nuri itu. Pengalaman itu sememang­nya berharga dan akan digunakan jikatenaga saya masih diperlukan. Tiga pe­ngalaman itu, secara peribadi dapat sayarumuskan operasi SAR sarna ada di laut,darat atau udara perlu mementingkan ka·wasan 'Flight Path Line' iaitu laluan pe­sawat berkenaan dengan menganalisis ser­ta mengambil kira kebarangkalian kete­patan data sekunder atau maklumat awamyang diperoleh. Pihak berkenaanjuga per·lu merujuk peta topa berbentuk digitalyang tepat bagi memudahkan gerakanmencari.

Profesor Dr Kamaruzaman Jusoffadalah pencipta Sistem KeberkesananSistem Pesawat Terbang HyperspektralUPM-APSB's AISA