amalan adat tarian singa di pekan pendang, kedahsyafik

Upload: nor-risah-ramli

Post on 07-Mar-2016

307 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Kajian Adat Resam dan Kebudayaan

TRANSCRIPT

960923065557

AMALAN ADAT TARIAN SINGA DI PEKAN PENDANG, KEDAHABSTRAKKajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan tarian singa yang diamalkan oleh masyarakat Cina dan kepentingan tarian singa pada Perayaan tahun Baru Cina di Pekan Cina, Pendang. Lokasi kajian ialah Balai Sukarelawan Bomba Dan Penyelamat.di Pekan Cina, Pendang, Kedah. Kajian dilaksanakan berdasarkan tinjauan yang dilakukan dengan menggunakan 31 orang reponden iaitu 30 orang responden terdiri daripada pendudu setempat Pekan Cina dan satu daripada pengasas Persatuan Tarian Singa Pendang. Yonga Chi kuang ialah pengasas Persatuan Tarian Singa Pendang telah ditemu bual. Kajian ini melibatkan pemerhatian, kaedah temu bual, dan menggunakan borang soal selidik. Data telah dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk peratus, min, dan kekerapan. Dapatan hasil kajian menjurus mengenai kepentingan tarian singa di Pekan Cina, Pendang.PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin sampaikan rasa syukur saya kepada Allah S.W.T kerana memberi kesempatan kepada saya dalam menyiapkan penulisan kerja kursus ini . Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua penjaga saya iaitu Arwah Ismail bin Lebai Saad dan Rapiah binti Yaacob kerana memberi keizinan dan sokongan kepada saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Walaupun arwah telah meninggalkan saya, tetapi kata-kata beliau menjadi pendorong semangat untuk meneruskan pelajaran di tingkatan 6. Semoga roh arwah datuk saya iaitu Ismail bin Lebai Saad ditempatkan di kalangan golongan-golongan yang beriman. Al-Fatihah Selain itu, terima kasih juga kepada guru penasihat iaitu Puan Rohaizah Binti Ramli atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam meyempurnakan kerja kursus ini . Segala bimbingan yang ditunjukkan oleh guru penasihat menjadikan saya lebih berdisiplin dalam menyiapkan penulisan kerja kursus ini . Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru tingkatan iaitu Puan Norshahida binti Mohd Nor dan semua guru tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ibrahim yang telah banyak membimbing, memberi dorongan dan nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini .

Seterusnya, saya juga mengucapkan terima kasih kepada responden- responden yang terlibat secara sukarela di atas kerjasama yang diberikan bagi menyempurnakan kajian ini. Tidak dilupakan kepada ahli Persatuan Tarian Singa Pendang di atas kerjasama yang diberikan dan memberikan komitmen semasa menjalankan amalan tarian singa dan jutaan terima kasih kepada seorang yangpenting dalam Persatuan Tarian Singa Pendang iaitu Yong Chi Kuang merupakan pengasas persatuan kerana tanpa beliau saya tidak dapat menyelesaikan kajian saya tanpa maklumat yang diberikan oleh beliau. Akhir sekali, saya juga ingin sampaikan ribuan terima kasih saya kepada semua rakan-rakan saya iaitu Abdul Syakir , Mohd Afif Adzim , Mohd Rohaizi , Siti Nur Syahirah , Nurul Afiqah ,Nurul Asekin, Fairus Shuhada, Fadhilah dan rakan-rakan sepejuang lain kerana meluangkan masa dan membantu saya dengan member pendapat serta cadangan bagi menyiapkan kerja kursus ini .

Sekian , terima kasih .PENGENALAN

Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, iaitu masyarakat Cina Hokkien, Kantonis, Hailam, Teochew dan Hainan. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa tidak banyak perbezaan dalam kebudayaan, kepercayaan dan budaya yang diamalkan. Di kawasan kajian, majoriti penduduk Cina adalah masyarakat Cina yang kebanyakannya ialah etnik Hokkien. Masyarakat Cina Hokkien yang berasal dari Fujian telah datang ke Tanah Melayu. Orang Cina telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkkan kedatangan orang Cina ke tanah Melayu. Penghijrahan orang Cina semakain bertambah menjelang abad awal ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggong Ibrahim (1825-1862) untuk membuka ladang gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di lombong bijih timah dan lada hitam. . Pegangan mereka terhadap jati diri amat kuat dan sentiasa mengekalkan ciri-ciri yang sewajarnya ada dalam diri masyarakat Cina terutama adat tarian singa. Perkataan amalan membawa maksud sesuatu yang dilakukan manakala tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik, dan singa bermaksud binatang buas atau nama saintifiknya ialah Parthera Leo. Tarian singa tidak dapat dipisahkan dengan Tahun Baru Cina. Tarian singa adalah warisan masyarakat Cina secara tradisional dengan meniru aksi pergerakan singa menggunakan kostum singa. Yang mengagumkan ialah gerakan kostum singa yang dikendalikan oleh dua orang dilihat seolah-olah seperti seekor singa yang sedang membuat pergerakan. Tarian Singa ini akan diringi dengan alat muzik, dram, dan dentuman mercun yang dipercayai oleh masyarakat Cina akan membawa tuah. Masyarakat Cina bukanlah penduduk asal Tanah Melayu. Mereka dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh British pada akhir tahun 1870-an sebagai tenaga kerja di lombong bijih timah. Melalui penghijrahan ini, budaya adat tarian singa dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke 19 oleh penghijrahan masyarakat Cina dari Tanah Besar Cina. Terdapat dua jenis tarian singa mengikut kawasan iaitu tarian Singa Selatan dan tarian Singa Utara. Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar dan selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Dalam persembahan tarian singa akan menggunakan sehelai kain yang panjangnya 2 meter, kain dicat warna hitam, merah, putih hijau dan biru dan pada kain itu diletakkan loceng kecil, warna-warna di atas badan singa bagi melambangkan kekuatan, kecergasan dan bertenaga. Warna dan kepala kostum singa mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Sekarang ini hanya satu tarian (Tarian Chai Ching) yang dipersembahkan dari rumah ke rumah ketika Tahun Baharu Cina. Dalam persembahan, singa akan mengembara mencari makanan dalam keadaan sedih, gembira dan marah. Klimaks dalam persembahan ini singa akan memakan sayur hijau (ching) dan mendapatkan ang pau yang diikat pada sebatang buluh. Tarian Singa Utara pula berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian singa sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan. Singa Utara mempunyai badan, ekor dan kaki yang berbulu dan suka bergurau. Persembahan tarian Singa Utara lebih bersifat pementasan akrobatik. Alat muzik yang digunakan dalam tarian singa ialah ensembel genderang, Luo Gu-Gong dan gendang. Luo diperbuat daripada ging gansa yang berbingkai nipis. Berbeza dengan gong melayu kerana mempunyai permukaan yang rata dan leper dipukul dengan kayu pemukul. Alat ini digantung dan pemain akan meletakkan satu tangan dibahagian belakang untuk mengawal bunyi yang dihasilkan semasa dimainkan. Alat yang seterusnya yang turut digunakan dalam muzik tarian singa ini ialah Bo merupakan simbal yang diperbuat daripada gangsa. Alat ini dipegang dan dipukul bersama oleh pemain. Alat muzik yang seterusnya ialah Chebagu ialah gendang besar berbentuk tong yang mempunyai satu permukaan kulit pada bahagian atas yang dipakukan pada badan kayu dengan paku besi. Dalam dram terdapat beberapa dawai yang berfungsi sebagai membentuk warna ton yang berlainan. Dalam muzik tarian singa pula akan dimulakan dengan muzik gendering bermeter duple dan tekstur polifoni. Corak ritma gendang dihubungkait dengan gerakan singa. Walau bagaimanapun, penduduk Pekan Cina berasa gembira apabila menyambut Tahun Baru Cina. oleh itu, pengkaji memilih untuk mengkaji kepentingan tarian singa pada masyarakat cina di Pekan Cina.1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat hanya 2 objektif dalam mejalankan kajian ini, iaitu:1) Mengenalpasti amalan adat tarian singa yang amalkan di Pekan Pendang2) Mengenalpasti kepentingan tarian singa pada Tahun Baru Cina di Pekan Pendang

2.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan dalam daerah Pendang, Kedah Darul Aman. Jarak di antara Pekan Pendang dengan Bandaraya Alor Star ialah 27 kilometer(km). Lokasi kajian berada dalam Pekan Pendang iaitu berhampiran dengan Balai Polis Lama daerah Pedang serta bersebelahan dengan Pejabat MIC daerah Pendang. Pusat kegiatan tarian singa ini ialah Balai Bomba dan Penyelamat Sukarelawan Pekan Pendang. Jumlah penduduk di Pekan Pendang dianggarkan seramai 1500 orang hingga 2000 orang penduduk. Majoriti penduduk yang tingal di Pekan Pendang ialah masyarakat Melayu yang bekerja di sektor kerajaan dan menjalankan aktiviti peniagaan. Adat yang dikaji ialah adat tarian singa oleh masyarakat Cina di Pekan Pendang. Masa yang diambil untuk sampai ke Pekan Pendang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ibrahim ialah lebih kurang 15 minit. Balai Bomba Dan Penyelamat Sukarelawan terdapat pusat latihan tarian singa diadakan. Ahli yang menyertai Persatuan Tarian Singa seramai 45 orang serta mempunyai 2 orang guru yang menjadi tenaga pengajar. Persatuan Tarian Singa ini ditubuhkan bertujuan bagi menghalau semangat jahat serta membawa tuah dan menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan melalui kutipan Ang Pau daripada penduduk di sekitar Pekan Pendang hasil dari persembahan tarian singa.

Peta 1 : Peta Negeri Kedah

Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Kedah (Capaian: 1.33 pm, 9.3.2015)

Peta 2 : Peta Daerah Pendang

Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Pendang+Kedah (Capaian: 1.37pm, 26.2.2015)

JALAN JENUN

SK Pendang SMK Pendang

Kedai Makan

Pej. MADA

Pej. Tanah

KEDAI MAKAN LOKASI KAJIAN

JALAN TANAH MERAH KedaiPeta 3 : Peta LakarSumber : Kajian Lapangan3.0 KAEDAH KAJIAN / METODE KAJIAN

Menyediakan reka bentuk kajian untuk menghubungkaitan objektif kajian dengan hasil kajian. Kaedah persempelan rawak mudah digunakan dalam reka bentuk kajian. Persempelan rawak mudah (Simple Random Simpling). Setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel. Pensampelan jenis ini merupakan cara terbaik untuk mendapatkan sampel daripada saiz populasi yang besar. Sebagai contoh, semua pelajar tingkatan satu di johor Bahru dikenal pasti sebagai populasi untuk suatu penyelidikan . Jika terdapat 1000 pelajar tingkatan satu di johor Bahru, maka kebarangkalian setiap elajar itu terpilih sebagai sampel melalui teknik pensampelan rawak mudah ialah 1 dalam 1000. Kaedah ini menggunakan instrument boring kaji selidik dan temu bual kerana penggunaan kaedah ini lebih mudah bagi mendapatkan maklumat daripada responden dan pengasas. 3.1 MENDAPATKAN RESPONDEN ATAU SAMPEL (KUANTITATIF) DAN INFORMEN (KUALITATIF)

3.1.1 PERSAMPELAN

Kajian ini menggunakan persampelan kebarangkalian. Teknik Persampelan ini bertujuan untuk menjawab objektif iaitu kepentingan tarian singa pada Tahun Baru Cina di Pekan Cina, Pendang. Kajian ini menggunakan maklumat 30 orang responden. Seramai 31 orang responden telah terpilih untik menjawab borang soal selidik ini, iaitu terdiri daripada penduduk tempatan di Pekan Cina. Baki seorang lagi responden daripada pengasas Persatuan Tarian Singa iaitu Encik Yong Chi Kuang yang telah ditemu ramah. Saiz sampel ini katakan bertepatan bagi Bailey(1984), iaitu lebih kurang 30 kes merupakan kes minimum bagi kajian yang memerlukan analisis data perangkaan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik. Selain itu, pengasas Persatuan tarian Singa di temu bual.

Antara kriteria yang diambil kira semasa pemilihan responden adalah mereka seharusya penduduk tetap di Pekan Cina. Selain itu, respoden haruslah berumur 20 tahun ke atas. Hal ini demikian kerana pada usia tersebut mereka dapat berfikir dengan matang serta dapat membuat keputusan dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

3.2 MENDAPATKAN MAKLUMAT ATAU DATA DARIPADA RESPONDEN (PENGUMPULAN DATA)

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan borang kaji selidik, temu bual dan pemerhatian . Soalan kaji selidik telah dibentuk untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan tarian singa di Pekan Cina.

3.2.1 Data Primer

Pendekatan soal selidik dan temu bual dilakukan dengan penduduk Pekan Pendang. Selain itu kaedah pemerhatian juga digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang amalan tarian singa dan kepentingan aktiviti tarian singa di Pekan Pendang.

3.2.1.1 Borang soal selidik

Kaedah utama yang digunakan adalah soal selidik dengan berhubung terus dengan kumpulan yang disasarkan. Penggunaan borang soal selidik yang bersesuaian penting supaya tidak berlaku bias (Abdul Rahim et al 1999). Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular digunakan para pengkaji untuk mendapatkan data primer. Borang soal selidik ini perlulah besesuaian dan mengikut objektif kerangka koseptual yang selah ditetapkan. Hal ini agar soalan tidak terpesong daripada sasaran. Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang mudah difahami untuk responden menjawab soalan yang diberikan agar tiada sebarang jawapan yang tidak munasabah

Borang soal selidik berbentuk soalan tertutup dan terbuka. Rasional pengkaji menggunakan soal selidik tertup adalah mendapatkan jawapan yang berbeza-bezaa dan mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses melalui analisis data secara berkesan dan min purata bagi soal selidik berbentuk member pelbagai bentuk jawapan. Responden juga bebas memberikan pendapat yang bersesuaian.

3.2.1.2 TEMU BUAL BERSEMUKA

Temu bual bersemuka adalah salah satu kaedah cara pengumpulan data yang dilakukan dengan menemu bual secara terus kepada responden yang terpilih sebagai subjek kajian. Temu bual ini mungkin dilakukan secara soalan yang berstruktur atau tidak berstruktur. Kaedah temu bual memberi peluang pengkaji untuk menemu bual dengan beramah mesra dan membentuk satu jalinan yang baik dengan respoden serta dapat mejangka keadaan sama ada responden ingin terlibat dalam kajian ini atau tidak. Ini dapat dipastikan dengan melihat emosi yang dizahirkan dan cara perbualan serta cara responden melayan pengkaji ketika temua bual sedang dilakukan dan kefahaman mereka terhadap soalan yang diacukan. Maka penyelidik mempunyai peluang untuk membuat spekulasi terhadap responden.

3.2.2 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian selalu digunakan apabila pengkaji cuba menyelidik norma, nilai, dan maksud tersirat pada sunjek yang diselidik( Fox 1998). Kaedah pemerhatian ini adalah kaedah lain selain kaedah soal selidik dan temu bual untuk mengumpulkan data dan maklumat. Pemerhatian memerlukan penyelidik memerhatikan dengan sendiri keadaan di kawasan kajian. Dengan ini, pengkaji dapat memahami situasi sebenar yang hendak digambarkan oleh responden. pengkaji telah membuat demikian di Pekan Cina, Pendang. Pemerhatian pengkaji bermula pada hari khamis bertarikh 19 Februari 2015. Pengkaji membuat pemerhatian sekitar jam 8.45 pagi hingga 10.00 pagi.

3.2.3 Data Sekunder

Data sekunder diperoleh dari perpustakaan dan internet. Data- data yang penting termasuklah buku-buku, majalah-majalah, internet dan bahan-bahan lain.

3.3 MEMPROSES DAN MEMEPERSEMBAHKAN DATA (TEKNIK PENGANALISAAN)

Data dianalisiskan dengan menggunakan kaedah deskriktif dalam bentuk peratus, min, dan kekerapan. Analisis data dilakukan setelah pengkaji memperoleh data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang dapat dipastikan, diubahkan, dan ditukarkan angkanya. Seterusnya data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.

Dalam borang kaji selidik ini, Skala Likert 5 peringkat digunakan untuk mendapatkan persepsi penduduk setempat mengenai kepentingan tarian singa di Pekan pendang pada setiap tahu Baru Cina. setiap peringkat penilaian diberi dalam bentuk angka menggunakan Skala Likert, iaitu 5 mewakili sangat setuju, angka 4 mewakili setuju, angka 3 mewakili tidak pasti, angka 2 mewakili tidak setuju dan angka 1 mewakili sangat tidak setuju.4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membualkan tentang analisis data dan menunjukan hasil penemuan kajian yang telah dilaksanakan melalui borang soal selidik yang diisi oleh responden. Kesemua data yang telah dimasukan telah diproses bagi mendapatkan kajian statistik seperti nilai peratusan, taburan kekerapan, dan purata.

4.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada masyarakat setempat iaitu penduduk Pekan Cina yang telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan dari segi aspek jantina, umur, agama, bangsa, pekerjaan, status perkhawinan dan taraf pendidikan dipersembahkan dalam bentuk rajah.4.1.1 Umur Responden

Jadual 1: Umur Responden

BilUmurKekerapanPeratus%

120-30310

231-40620

341-50517

451-60723

561-70930

(Sumber: kajian lapangan 2015)

Rajah 1 : Umur RespondenSumber: kajian Lapangan Tahun 2015Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 responden yang telah disoal selidik, seramai 3 orang yang terdiri daripada responden yang berumur antara 20 tahun hingga 30 tahun. Manakala responden yang berumur antara 31 tahun hingga 40 tahun adalah 6 orang . Responden yang berumur antara 41 tahun hingga 50 tahun ialah seramai 5 orang. Responden yang berumur antara 51 tahun hingga 60 tahun pula adalah seramai 7 orang. Akhir sekali yang selebihnya iaitu seramai 9 orang responden yang berumur lingkungan antara 61 tahun hingga 70 tahun. Rajah 1 menunjukkan perbezaan umur dikalanga responden. Responden yang berbeza usianya memiliki pengetahuan dan pengalaman serta pandangan yang berbeza.

4.1.2 Jantina Responden

Jadual 2 : Jantina RespondenBilJantinaKekerapan Peratus%

1Lelaki1550

2Perempuan1550

(Sumber: 30 orang responden)

Jumlah 30 Orang responden

Rajah 2 : Jantina Responden

Sumber : Kajian Lapangan 2015

Dapatan menunjukkan hasil kajian daripada 30 orang responden, seramai 15 orang responden iaitu 50 peratus adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala baki yang selebihnya ialah 15 orang responden daripada 15 perempuan yang mewakili 50 peratus. Tiada jurang perbezaan bilngan diantara responden dalam pemilihan jantina. Jumlah responden adalah seimbang antara bilangan responden lelaki dan responden perempuan. Maklumat ini dapat dilihat dengan lebih jelas pada Rajah 2. Pandangan penduduk amat penting bagi hasil kajian. Oleh yang demikian, jantina responden yang dipilih memerlukan keseimbangan supaya hasil kajian yang tidah memihak kepada satu gender sahaja.

4.1.3 Pekerjaan Responden

Jadual 3: Pekerjaan RespondenBilPekerjaanKekerapanPeratus%

1Sendiri1343

2Swasta517

3Tidak Bekerja13

4Kerajaan517

5Lain-lain27

6 Bersara413

(Sumber: Kajian Lapangan 2015)

Jumlah: 30 Orang Responden

Rajah 3: Pekerjaan Responden

(Sumber: Kajian Lapangan 2015)

Kebanyakan responden adalah terdiri daripada pekerjaan sendiri iaitu sebanyak 13 orang (43 peratus). Terdapat persamaan peratus diantara pekerjaan swasta dan pekerjaan bagi sektor kerajaan iaitu 5 orang (17 peratus). Seterusnya diikuti responden yang telah bersara iaitu 4 orang(13 peratus). Seterusnya bagi pekerjaan-pekerjaan lain adalah sebanyak 2 orang(7 peratus). Yang selebihnya responden yang tidak mempunyai pekerjaan hanya 1 orang sahaja (3 peratus). Data yang lebih tepat dapat dlihat pada Rajah 3.

4.1.4 Bangsa Responden

Jadual 4 : Bangsa RespondenBil BangsaKekerapanPeratus%

1Melayu27

2Cina2893

(Sumber: Kerja Lapangan)

enJumlah : 30 orang Responden

Rajah 4: Bangsa Responden

Sumber: Kajian LapanganMajoriti responden adalah berbangsa Cina yang menetap di Pekan Pendang. Jumlah responden yang berbangsa Cina adalah sebanyak 28 orang responden yang mewakili 93 peratus. Manakala selebihnya adalah berbangsa Melayu sebanyak 2 orang responden yang mewakili 7 peratus. Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden adalah berbangsa Cina kerana penduduk di Pekan Pendang majoritinya adalah masyarakat Cina berbanding masyarakat melayu kerana hanya sebilangan kecil tinggal di Pekan Pendang. Maklumat yang lebih jelas dapat dilihat pada Rajah 4. AMALAN TARIAN SINGA DALAM MASYARAKAT CINA DI PEKAN PENDANG

4.2.1 Tarian Singa

Tarian Singa merupakan cara hiburan tradisional kalangan rakyat China yang biasanya dipersembahkan untuk memeriahkan suasana hari raya atau pesta. Terdapat banyak cerita tentang asal usul tarian singa tersebar di kalangan rakyat. Dua buah cerita antaranya merupakan yang paling popular dan diterima ramai. Menurut cerita pertama, kononnya pada zaman lampau, singa selalu menyerang manusia. Buddha Xiaomian(wajah senyum) berasa simpati terhadap manusia, dan menggunakan kuasa ajaib untuk menaklukkan singa. Selepas itu, manusia mula meniru aksi Buddah Xiaomian ketika berlawan dengan singa dan beransur-ansur mencipta tarian singa. Pada mulanya tarian singa ini dipersembahkan untuk mencegah wabak penyakit. Sami yang meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa sebenarnya berdasarkan cerita tersebut.

Menurut satu lagi cerita, ketua negeri Dayuezhi menghadiahkan seekor singa jantan yang berbulu emas kepada Maharaja Zhang pada zaman Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279). Maharaja Zhang mengundang utusan dari negeri Dayuezhi untuk menikmati persembahkan tarian singa pada tahun berikutnya. Setelah itu, Maharaja Zhang mengupah jurulatih binatang untuk melatih singa itu. Namun di luar jangkaan, singa tersebut mati akibat pukulan jurulatih. Maharaja Zhang sangat marah dan ingin menghukum jurulatih tersebut. Tetapi jurulatih singa tersebut menyatakan dia telah mendapati kaedah untuk menyebabkan singa tersebut hidup semula. Pada tahun baharu, ketua negeri Dayuezhi menghantar utusannya ke negeri Song mengikut janji untuk menyaksikan persembahkan tarian singa. Seekor singa berbulu emas timbul di pentas dan kelihatan amat aktif dan mematuhi tunjuk arah jurulatih binatang. Utusan Dayuezhi berasa sungguh kagum. Setelah itu, Maharaja Zhang tanya jurulatih binatang itu punca singa yang sudah mati dapat hidup semula, baginda barulah diberitahu bahawa sebenarnya singa tersebut dilakonkan oleh dua penari. Sejak itulah, persembahan tarian singa menjadi acara menyambut kedatangan utusan dari pelbagai negeri, dan beransur-ansur menjadi adat di kalangan rakyat. Masyarakat Cina bukanlah penduduk asal Tanah Melayu. Mereka dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh British pada akhir tahun 1870-an sebagai tenaga kerja di lombong bijih timah. Melalui penghijrahan ini, budaya adat tarian singa dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke 19 oleh penghijrahan masyarakat Cina dari Tanah Besar Cina Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, iaitu masyarakat Cina Hokkien, Kantonis, Hailam, Teochew dan Hainan. Majoriti penduduk Cina adalah masyarakat Cina yang kebanyakannya ialah etnik Hokkien. Di daerah Pendang, kebanyakannya masyarakat Cina Hokkien yang berasal dari Fujian telah datang ke Tanah Melayu. Orang Cina telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkkan kedatangan orang Cina ke tanah Melayu. Penghijrahan orang Cina semakain bertambah menjelang abad awal ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina.Pertubuhan Persatuan Tarian Singa di Pekan Pendang pada 22 April 1986. Ketika itu, pengasas persatuan ialah Yong Chi Kuang yang berumur 20 tahun. Bekerja sebagai tukang besi di Pekan Pendang. Beliau telah mengetuai persatuan tarian singa di Pekan Pendang selama 29 tahun sehinggalah sekarang. Pusat latihan bagi persatuan tarian singa Pekan Pendang di Balai Sukarelawan Bomba dan Penyelamat di Pekan Pendang. Jumlah ahli Persatuan Tarian Singa di Pekan Pendang seramai 60 orang yang terdiri daripada 5 orang tenaga pengajar, 40 orang belia kaum Cina dan kanak-kanak seramai 20 orang yang menjadi ahli Persatuan Tarian Singa di Pekan Pendang. Untuk menjadi ahli persatuan, peserta tidak dikenakan apap-apa bayaran untuk pendaftaran hanya menjadi sukarelawan dalam persatuan tersebut.

Foto 1 : Ahli Persatuan Tarian Singa di Pekan Pendang

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Kepada ahli yang baru menjadi ahli Persatuan Tarian Singa Pendang mereka perlu mengambil masa dalam beberapa bulan sahaja bagi mahir tarian singa. Setiap tahun, tarian singa diadakan pada Tahun Baru Raya Cina, namun bukan sahaja diadakan pada Tahun Baru Raya Cina malah ketika menyambut kelahiran, memulakan peniagaan, dalam majlis perkhawinan dan majlis-majlis penting. Tujuan tarian singa diadakan bagi menghormati nenek moyang mereka yang terdahulu dan menyeru tuah serta menghindar semangat jahat

Jenis Tarian Singa

TARIAN SINGA SELATAN

Tarian Singa Selatan lebih membawa lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar.Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah.

Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna seperti merah, hitam dan kuning.Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai sisik serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Singa yang dipersembahkan dalam Tarian Singa Selatan,bukannya untuk menghuraikan singa yang bernar tetapi Nian , seekor haiwan tradisi masyarakat Cina.Kebanyakan singa dari Amerika dan Malaysia , merupakan tarian singa berunsur Selatan. Tarian Singa Selatan secara amnya dimain oleh pelajar yang mempelajari kongfu.Oleh itu, setiap sekolah kongfu mempunyai gaya tersendiri.

TARIAN SINGA UTARA

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja.Tetapi kini, Tarian Singa Utara bertujuan sebagai hiburan sahaja.Tarian Singa Utara tidak sama dengan Tarian Singa Selatan kerana ia digunakan untuk menghurai singa yang benar.

Oleh itu, pergerakan Tarian singa Utara adalah lebih fleksibel seperti seekor singa yang benar.Kostum singa tersebut kebanyakkan menggunakan warna merah, jingga dan kuning dan selalunya akan mengguna kepala singa yang berwarna emas. Bagi kostum singa betina, kadang kala akan mengguna kostum berwarna hijau.Tarian Singa Utara tidak mempunyai sisik, ia mempunyai lebih banyak bulu dan mata yang lebih kecil banding dengan Tarian Singa Selatan. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik

Foto 4 : Tarian Singa UtaraSumber : www.google.com/image Peralatan muzik yang digunakan untuk tarian singa

Tarian singa ini akan diiringi oleh gong ,gendang,kayu dan simbal. Persembahan juga melibatkan seorang pemain gendang, dua atau empat orang pemain simbal dan seorang pemain gong. Alat muzik yang digunakan dalam tarian singa ialah ensembel genderang, Luo Gu-Gong dan gendang. Luo diperbuat daripada ging gansa yang berbingkai nipis. Berbeza dengan gong melayu kerana mempunyai permukaan yang rata dan leper dipukul dengan kayu pemukul. Alat ini digantung dan pemain akan meletakkan satu tangan dibahagian belakang untuk mengawal bunyi yang dihasilkan semasa dimainkan. Alat yang seterusnya yang turut digunakan dalam muzik tarian singa ini ialah Bo merupakan simbal yang diperbuat daripada gangsa. Alat ini dipegang dan dipukul bersama oleh pemain. Alat muzik yang seterusnya ialah Chebagu ialah gendang besar berbentuk tong yang mempunyai satu permukaan kulit pada bahagian atas yang dipakukan pada badan kayu dengan paku besi. Dalam dram terdapat beberapa dawai yang berfungsi sebagai membentuk warna ton yang berlainan. Dalam muzik tarian singa pula akan dimulakan dengan muzik gendering bermeter duple dan tekstur polifoni. Corak ritma gendang dihubungkait dengan gerakan singa. Walau bagaimanapun, penduduk Pekan Cina berasa gembira apabila menyambut Tahun Baru Cina.

Foto 2: Ahli Muzik Persatuan Tarian Singa Pendang

Sumber: Kerja Lapangan Langkah-langkah untuk Membuat KetuaSinga:

1. Kepala singa telah dibuat daripada kerangka asas aluminium dan rotan berkualiti tinggi

2. Seterusnya, rangka rotan dibalut dengan kain kasa yang kukuh dan kertas yang berkualiti.

3. Ia kem udian berwarna dengan asas warna putih sebelum warna lain digunakan.4. Proses lakuer semburan dilakukan untuk membuat warna yang tahan air

5. Mata dan telinga melekat pada kepala , dikelilingi dengan bulu arnab yang teliti dipangkas .Poms pom dipasang pada hidung

Foto 3: Kepala Singa

Sumber: www.google.com/image ANALISIS PERSEPSI PENDUDUK MENGENAI KEPENTINGAN TARIAN SINGA PADA TAHUN BARU CINA DI PEKAN PENDANGBilPerkara/Skor54321Min

1Tarian singa melambangkan identiti masyarakat cina 30

100%0

0%0

0%0

0%0

0%5.0

2Persembahan tarian singa akan membawa tuah serta kekayaan pada tahun baru30

100%0

0%0

0%0

0%0

0%5.0

3 Tarian singa akan menjadi pelindung dan menghalau semangat jahat30

1000

0%0

0%0

0%0

0%5.0

4Tarian singa dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Cina setempat serta sanak saudara yang pulang ke kampung halaman 27

90%3

10%0

0%0

0%0

0%4.9

5Tarian singa sebagai hiburan bagi masyarakat Cina28

93%2

7%0

0%0

0%0

0%4.9

6Tarian singa dapat mengisi masa lapang bagi remaja kaum Cina dengan melakukan aktiviti yang berfaedah15

50%11

37%4

13%0

0%0

0%4.4

7Kutipan Ang Pau oleh ahli Persatuan Tarian Singa Pendang disalurkan pada pihak yang memerlukan26

87%4

13%0

0%0

0%0

0%4.8

8Tarian singa dapat memelihara budaya masyarakat Cina setempat30

100%0

050

0%0

0%0

0%5.0

9 Memberikan peluang kepada masyarakat untuk menyertai tarian singa di Pekan Pendang2

7%10

33%18

60%0

0%0

0%3.7

10Persatuan Tarian Singa Pendang memperkenalkan tarian singa kepada masyarakat majmuk di kawasan Pekan Pendang10

33%13

44%4

13%3

10%0

0%4.1

PerkaraSangat Setuju SetujuTidak Pasti Tidak SetujuSangat Tidak Setuju

Skor 5 4 3 2 1

4.3.1 Kepentingan tarian Singa di Pekan PendangDalam adat resam, terdapat pelbagai kepentingan begitu juga adat resam tarian singa bagi masyarakat Cina. Di Pekan Pendang, masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina dengan persembahan tarian singa pada masyarakat menjadi satu kewajipan bagi mereka. Terdapat beberapa kepentingan tarian singa bagi budaya masyarakat Cina di Pekan Pendang. Antara kepentingannya ialah tarian singa melambangkan identiti masyarakat Cina. Kesemua responden sangat bersetuju dengan penyataan tersebut iaitu 30 orang responden yang mewakili 100 peratus. Purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 5.0. Nilai purata bagi penyataan ini bagi Skala Likert yang bernombor lima iaitu sangat setuju. Tarian singa melambangkan identiti masyarakat Cina yang sudah sekian lama di amalkan bagi menyambut Perayaan Tahun Baru Cina.

Foto 4: Tarian singa melompat mengambil Ang Pau

Sumber: Kajian Lapangan tahun 2015

Selain itu, tarian singa akan membawa tuah serta kekayaan pada tahun baru. Seramai 30 orang iaitu 100 peratus pada 30 orang responden penyataan sangat setuju dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ini ialah 5.0. Nilai ini menunjukkan purata bagi penyataan ini bagi Skala Likert ialah nombor lima iaitu sangat setuju. Bagi penduduk setempat di Pekan Pendang, tarian singa akan membawa tuah serta kekayaan bagi masyarakat Cina. Tarian singa dianggap sebagai perantaran manusia dengan Dewa Kekayaan. Majoriti penduduk yang tinggal di Pekan Pendang ialah masyarakat Cina yang kebanyakannya perniaga. Antara perniagaan yang dijalankan oleh penduduk cina di kawasan sekitarnya ialah kedai besi, kedai perabot, kedai telefon, kedai basikal, kedai runcit dan kedai motosikal. Dengan wujudnya masyarakat cina di Kampung Pekan Cina yang berniaga dengan kesempatan ini tarian singa dimanfaatkan untuk memberi tuah pada masyarakat Cina setempat serta mendapat kekayaan. Hal ini dapat dirasai oleh perniaga dengan kedatangan pelanggan yang ramai dan membeli barangan mereka serta mendapat kekayaan. Tarian singa mendatangkan tuah kepada penduduk di sekitar dan mendapat kekayaan mengikut usaha dan cara masing-masing. Foto 5 : Tarian singa diiringi dengan letupan mercun di Kampung Pekan Cina Sumber: Kajian Lapangan 2015

Di samping itu, kepentingan yang lain ialah pelindung dan menghalau semangat jahat. Juga seramai 30 orang iaitu 100% daripada 30 orang responden sangat setuju dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ialah 5.0. Nilai ini menunjukkan purata bagi pernyataan ini bagi Skala Likert adalah bernombor lima iaitu sangat setuju. Tarian singa yang dilakukan diiringi dengan dentuman mercun dapat menghalau semangat jahat serta menjadi pelindung pada penduduk di Pekan Pendang. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina. Singa yang dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Dengan ini, penduduk yang tinggal di sekitar Kampung Pekan Cina akan berasa selamat dari sebarang jenis gangguan semangat jahat.

Kepentingan seterusnya ialah tarian singa dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Cina setempat serta sanak saudara yang pulang ke kampung halaman seramai 27 orang iaitu 90 peratus daripada 30 orang responden sangat setuju dengan penyataan ini. Selebihnya sebanyak 3 orang iaitu daripada 30 orang responden setuju dengan penyataan ini. Purata bagi penyataan ini adlah sebanyak 4.9. Nilai purata ini bagi Skala Likert bernombor lima iaitu sangat setuju. Perpaduan dapat dipupuk dalam masyarakat setempat dengan berkerjasama untuk mencapai objektif tarian singa iaitu kutipan Ang Pau. Selain itu, perpaduan juga dapat dipupuk diantara kaum. Penduduk yang tinggal di sekitar Pekan pendang terdiri daripada kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan kaum Siam. Dengan adanya tarian singa oleh kaum Cina, masyarakat majmuk di kawasan Pekan Pendang dapat menyaksikan persembahan tarian singa. Oleh itu, wujudlah sifat saling menghormati budaya dan adat resam antara kaum di sekitar Pekan Pendang. Perpaduan juga dapat dipupuk antara generasi. Contohnya, generasi yang muda menghormati generasi tua dan generasi yang tua menyanyangi generasi yang muda. Dengan itu wujudnya perpaduan dalam dalam kalangan masyarakat majmuk di Pekan Pendang Dalam pada itu, kepentingan lain ialah tarian singa sebagai hiburan bagi masyarakat Cina. Seramai 28 orang iaitu 93 peratus daripada 30 orang responden sangat setuju dengan penyataan ini. Yang selebihnya 2 orang iaitu 7 peratus daripada 30 orang responden setuju dengan penyataan ini. Purata bagi penyataan ini adlah 4.9. Nilai purata bagi penyataan ini Skala Likert ialah bernombor lima iaitu sangat setuju. Tarian singa menjadi hiburan bagi masyarakat Cina di kampung Pekan Cina pada sambutan Tahun Baru Cina pada setiap tahun.Tarian singa bukan sahaja dipersembahkan ketika Tahun Baru Cina, malah turut diadakan bagi meraikan majlis perkahwinan, ulang tahun kelahiran, pembukaan perniagaan dan banyak lagi. Pada masa dahulu, tarian singa dijadikan hiburan untuk Maharaja Cina sahaja namun sekarang sudah menjadi hiburan bagi seluruh masyarakat Cina di seluruh dunia termasuklah masyarakat Cina di Pekan Pedang. Selain itu, tarian singa dapat mengisi masa lapang bagi remaja kaum Cina setempat dengan melakukan aktiviti yang berfaedah di Pekan Pendang. Seramai 15 orang iaitu 50 peratus sangat setuju dengan penyataan ini. Manakala seramai 11 orang iaitu 37 peratus daripada 30 orang responden yang setuju dengan penyataan ini. Yang selebihnya sebanyak 4 orang iaitu 13 peratus daripada 30 orang responden tidak pasti dengan penyataan ini. Purata bagi penyataan ini adalah 4.4. Nilai bagi penyataan ini bagi Skala Likert bernombor 4 iaitu setuju. Tarian singa dijadikan satu inisiatif untuk remaja mengisi masa lapang mereka. Masa lapang belia kaum Cina diisi dengan latihan tarian singa untuk persediaan untuk apa-apa acara seperti majlis perkahwinan, menyambut kelahiran dan lain-lain lagi. Dengan menyertai Persatuan Tarian Singa Pendang, belia kaum Cina tidak membuang masa mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, merosakkan harta benda awam, merokok, dan lain-lain gejala yang kurang berfaedah dapat dijauhi dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti menyertai pasukan tarian singa. Belia kaum yang lain juga dapat memenuhi masa lapang mereka dengan mempelajari tarian singa. Ketua Persatuan Tarian Singa Pendang amat mengalakkan para belia untuk menyertai tarian singa yang bukan untuk kaum Cina sahaja malah untuk belia kaum lain juga. Melalui penglibatan diri dalam tarian singa remaja dapat menghindarkan diri daripada gejala negatif.

Kepentingan yang seterusnya ialah kutipan Ang Pau oleh Persatuan Tarian Singa Pendang akan disalurkan pada pihak yang memerlukan. Seramai 28 orang iaitu 87 peratus daaripada 30 orang responden sangat bersetuju dengan penyataan ini. Selebihnya sebanyak 4 orang iaitu 13 peratus daripada30 orang responden setuju dengan penyataan ini. Purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 4.8. Nilai purata bagi penyataan ini bagi Skala Likert bernombor lima iaitu sangat setuju. Tarian singa akan membuat persembahan di taman perumahan dari satu rumah ke satu rumah untuk mengutip Ang Pau. Pada pagi raya Tahun Baru Cina, tuan rumah akan menggantungkan sepucuk sampun yang diisi dengan duit di hadapan pintu rumah sebelum tarian singa di persembahkan. Semasa tarian singa dilakukan dengan kesempatan itu singa akan melompat dan akan mengambil Ang Pau dengan menggunakan mulut singa. Apabila semua yang sudah selesai, kutipan Ang Pau akn disalurkan pada pihak-pihak yang memerlukan. Persatuan Tarian Singa pendan akan menyalurkan kutipan tersebut pada Balai Sukarelawan Bomba dan Penyelamat. Wang yang diberikan kepada Balai Sukarelawan Bomba Dan Penyelamat akan digunakan untuk menampung kos perbelanjaan tahunan mereka. Contohnya, kos minyak kenderaan, bil elektrik, bil air, kos makanan sukarelawan dan barangan kelengkapan bomba. Oleh itu, kutipan Ang Pau tersebut perlu diberi pada pihak-pihak yang memerlukan.

Tarian singa juga dapat memelihara budaya masyarakat Cina di Pekan Pendang. Seramai 30 orang iaitu 100 peratus daripada 30 orng responden sangat setuju dengan penyataan ini. Purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 5.0. Nilai purata ini penyataan ini bagi Skala Likert bernombor lima iaitu sangat setuju. Tarian singa dapat memelihara budaya masyarakat cina yang sudah diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Menurut pengasas Persatuan Tarian Singa Pendang iaitu Yong Chi Kuang, pada masa dahulu, ketua negeri Dayuezhi menghadiahkan seekor singa jantan yang berbulu emas kepada Maharaja Zhang pada zaman Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279). Maharaja Zhang mengundang utusan dari negeri Dayuezhi untuk menikmati persembahkan tarian singa pada tahun berikutnya. Setelah itu, Maharaja Zhang mengupah jurulatih binatang untuk melatih singa itu. Namun di luar jangkaan, singa tersebut mati akibat pukulan jurulatih. Maharaja Zhang sangat marah dan ingin menghukum jurulatih tersebut. Tetapi jurulatih singa tersebut menyatakan dia telah mendapat kaedah untuk menyebabkan singa tersebut hidup semula. Pada tahun baharu, ketua negeri Dayuezhi menghantar utusannya ke negeri Song untuk menyaksikan persembahkan tarian singa. Seekor singa berbulu emas timbul di pentas dan kelihatan amat aktif dan mematuhi tunjuk arah jurulatih binatang. Utusan Dayuezhi berasa sungguh kagum. Setelah itu, Maharaja Zhang tanya jurulatih binatang itu punca singa yang sudah mati dapat hidup semula, baginda barulah diberitahu bahawa sebenarnya singa tersebut dilakonkan oleh dua penari. Sejak itulah, persembahan tarian singa menjadi acara menyambut kedatangan utusan dari pelbagai negeri, dan beransur-ansur menjadi adat di kalangan masyarakat sehinggalah adat ini dibawa masuk ke Tanah Melayu. Oleh itu, pemeliharaan tarian singa ini dapat memelihara budaya masyarakat Cina di Pekan Pendang.

Foto 6: Upacara sembahyang untuk menghormati nenek moyang

Sumber: Kajian Lapangan Tahun 2015

Seterusnya, tarian singa memberikan peluang pada masyarakat untuk menyertai tarian singa di Pekan Cina Pendang. Sebanyak 2 orang iaitu 7 peratus daripada 30 orang responden sangat bersetuju dengan penyataan ini. Manakala seramai 10 orang iaitu 33 peratus daripada 30 orang responden setuju dengan penyataaan ini. Selebihnya 18 orang iaitu 60 peratus daripada 30 orang responden tidak pasti dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ini ialah 3.7. Nilai ini menunjukkan purata penyataan ini bagi Skala Likert adalah bernombor 3 iaitu tidak pasti. Persatuan Tarian Singa Pendang memberikan peluang ada masyarakat untuk menyertai persatuan tersebut. Persatuan ini menerima ahlinya tanpa mengira bangsa mahupun agama untuk menyertai persatuan ini dan terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Persatuan ini menggalakkan golongan muda untuk menyertai persatuan ini kerana golongan muda mempunyai tenaga yang lebih berbanding dengan golongan yang lebih berusia untuk mengerakkan kostum singa yang agak agresif.

Akhir sekali, Persatuan Tarian Singa Pendang memperkenalkan tarian singa kepada masyarakat majmuk di Pekan Pendang. Seramai 10 orang iaitu 33 peratus daripada 30 orang responden sangat setuju dengan penyataan ini. Seterusnya 13 orang iaitu 44 peratus daripada 30 orang responden setuju dengan penyataan ini. Manakala 4 orng iaitu 13 peratus daridapa 30 orang tidak pasti dengan penyataan ini dan yang selebihnya ialah 3 orang iaitu 10 peratus daripada 30 orang responden yang tidak setuju dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ialah 4.0. Nilai ini menunjukkan purata penyataan ini bagi Skala Likert ialah bernombor 4 iaitu setuju. Hal ini menunjukkan Persatuan Tarian Singa Pendang memperkenalkan tarian singa pada masyarakat majmuk di kawasan Pekan Pendang. Pesatuan akan membuat acara pembukaan di hadapan tempat latihan iaitu Balai Sukarelawan Bomba Dan Penyelamat dengan letupan mercun serta alunan gendang yang rancak. Selepas acara pembukaan, tarian singa akan dipersembahkan di hadapan tokong untuk upacara menyembahyangan bagi menghormati nenek moyang mereka bagi memohon aktiviti tersebut mendapat berkat dan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Masyarakat majmuk di Pekan Pendang terdiri daripada kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan kaum Siam yang tinggal di taman-taman perumahan ataupun kampung-kampung . Tarian singa akan berarak dari rumah ke rumah untuk mengutip Ang Pau sama ada rumah kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan kaum Siam dan mempesembahkan tarian tersebut untuk tatapan masyarakat setempat. Persatuan menerima sahaja jumlah Ang Pau yang diberi oleh individu diatas keikhlasan mereka tanpa mengira kaum. Begitulah cara tarian singa dipekealkan pada masyarakat majmuk di Pekan Pendang.5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tanggapan masyarakat tentang kepentingan tarian singa terhadap penduduk Pekan Cina. Aktiviti tarian singa yang diadakan pada Tahun Baru Cina amat penting bagi masyarakat Cina. Dapatan hasil kajian mendapati tarian singa merupakan lambang identiti masyarakat cina. Tarian singa merupakan budaya masyarakat Cina sejak zaman dahulu lagi. Masyarakat Cina meletakkan budaya tarian singa adalah budaya yang sangat penting bagi menyambut Tahun Baru Cina. tarian singa juga akan membawa tuah dan kekayaan bagi masyarakat cina. Tuah yang dianggap akan melindungi perniagaan mereka daripada jatuh muflis dan akan mendapat kekayaan yang diinginkan. Masyarakat cina menanamkan matlamat dalam diri mereka untuk mendapat kekayaan untuk kehidupan mereka. Tarian singa juga menjadi pelindung dan menghalau semangat jahat. Dengan tarian singa ini, masyarakat Cina di Pekan Cina akan mendapat perlindungan sebagai contoh bencana alam dan sebagainya. Tarian sing yang diadakan untuk menyambut kelahiran juga akan melindungi anak yang baru lahir daripada semangat jahat. Di Pekan Cina masyarakat Cina dapat memupuk perpaduan setempat serta sanak saudara yang pulangke kampung halaman. Sanak saudra yang pulan ke kampung halaman akan mengeratkan hubungan mereka dengan masyarakat setempat dengan menonton persembahan tarian singa. Dengan itu, tarian dianggap hiburan bagi masyarakat Cina. gerakan tarian yang agak agresif memukau sesiapa yang melihat persembahan dengan diiringi dengan dentuman gendang dan letupan mercun. Tarian singa juga dapat mengisi masa lapang remaja kaum Cina dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Dengan menyertai persatuan tarian singa remaja dapat menhindarkan diri mereka dari gejala-gejala yang tidak berfaedah. Selain itu, kepentingan tarian singa di Pekan Cina juga dapat mengutip Ang Pau untuk disalurkan pada pihak yang memerlukan. Kutiapan Ang Pau yang diperoleh oleh Persatuan Tarian Singa Pendang akan diberi kepada Balai Sukarelawan Bomba Dan Penyelamat Pendang untuk menampung kos perbelanjaan mereka kerana Balai Sukarelawan Bomba Dan Penyelamat bukan dibawah kerajaan. Tarian singa juga memelihara budaya masyarakat Cina. Budaya tarian singa sudah menjadi tradisi masyarakat cina sejak dahulu lagi. Masyarakat Cina sekarang masih meneruskan tradisi yang dilakukan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu dan memelihara budaya tersebut. Seterusnya ialah tarian singa memberikan peluang pada masyarakat untuk menyertai Persatuan Tarian Singa Pendang. Pengasas Pesatuan Tarian Singa pendang amat mengalakkan golaogan muda untuk menyertai tarian singa bertujuan untuk menjaga keharmonian penduduk Pekan Cina, Pendang. Akhir sekali, Persatuan Tarian Singa Pendang mempekenalkan tarian singa pada masyarakat majmuk di Pekan Pendang. Masyarakat majmuk seperti kaum melayu, kaum Cina, kaum India dan kaum Siam didedahkan dengan tarian singa oleh masyarakat Cina menunujukkan bahawa tarian singa amat sinonim dengan masyarakat Cina. RUJUKAN

1.Karya Penulis

Noraini Idris, 2013. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur. McGraw Hill(Malaysia) Sdn. Bhd.

Mohd. Majid konting. (2005). Kaedah penyelidik pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahsa Dan Pustaka

2.Internet

Laman web Google. 2015. https://www.google.com.my/maps/place/Kedah (Capaian: 1.33 pm, 9.3.2015)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm#ixzz2PEX36wmyhttp://sejarah2u.com/2010/02/tarian-singa.html3. KamusKamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka4.Temu bual

Wawancara: Yong Chi Kuang [pengasas Persatuan Tarian Singa Pendang] tarikh 18 Februari 2015, masa 4.45 petang

Soal Selidik Masyarakat/Penduduk

Berdasarkan penyataan di bawah, berikan persepsi anda mengenai kepentingan tarian singa pada Perayaan Tahun Baru Cina di kawasan Pekan Pendang

PerkaraSangat Setuju SetujuTidak Pasti Tidak SetujuSangat Tidak Setuju

Skor 5 4 3 2 1

BilPerkara/Skor54321

1Tarian singa melambangkan identiti masyarakat cina

2Persembahan tarian singa akan membawa tuah serta kekayaan pada tahun baru

3 Tarian singa akan menjadi pelindung dan menghalau semangat jahat

4Tarian singa dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Cina setempat serta sanak saudara yang pulang ke kampung halaman

5Tarian singa sebagai hiburan bagi masyarakat Cina

6Tarian singa dapat mengisi masa lapang bagi remaja kaum cina dengan melakukan aktiviti yang berfaedah

7Kutipan Ang Pau oleh ahli Persatuan Tarian Singa Pendang disalurkan pada pihak yang memerlukan

8Tarian singa dapat memelihara budaya masyarakat Cina setempat

9 Memberikan peluang pada masyarakat untuk menyertai tarian singa di Pekan Pendang

10Persatuan Tarian Singa Pendang memperkenalkan tarian singa kepada masyarakat majmuk di kawasan Pekan Pendang

TEMU BUAL DENGAN KETUA PERSATUAN

1. Sejak bilakah mulanya petubuhan persatuan tarian singa di Pekan Pendang?

2. Berapakah bilangan ahli yang menyertai persatuan tarian singa di Pekan Pendang?

3. Senaraikan peralatan alat muzik yang digunaka untuk persembahan tarian singa?

4. Perihalkan nama panggilan yang diberi pada ahli sewaktu persembahan?

5. Apakah peranan nama-nama yang diberi sewaktu persembahan?

6. Apakah pantang larang semasa persembahan berlangsung?

7. Berapakah bayaran bagi peserta yang ingin menyertai persatuan tarian singa di Pekan Pendang?

8. Berapa lama masa yang diambil bagi seseorang peserta untuk mahir dalam setiap pergerakan taarian singa?

9. Adakah tarian singa ini wajib diadakan pada setiap Tahun Baru Cina ataupun hanya sekadar persembahan hiburan semata-mata?

10. Apakah jenis gerakan tarian yang dilakukan semasa persembahan dan gerakan yang tidak dibenarkan yang mungkin merbahayakan peserta?

11. Bagaimana lokasi atau tempat persembahan ditentukan dan sebab lokasi tersebut dipilih?

12. Apakah cabaran yang dihadapi ketika menjalani latihan dan mempersemhkan pada khalayak ramai?

13. Adakah tarian singa ini dianggap satu aktiviti yang berfaedah?

14. Bagaimana cara ketua persatuan mempekenalkan tarian singa pada masyarakat?

15. Apakah harapan anda bagi meneruskan adat resam tarian singa ini?

Lokasi Kajian

AYER PUTEH

SG TIANG

BUKIT RAYA

KUBUR CINA

PEKAN CINA

1

_1492766130.xlsChart1

50

50

JANTINA

Sheet1

JANTINA

Lelaki50

Perempuan50

3rd Qtr1.4

4th Qtr1.2

Lelaki

Jumlah: 30 orang responden

_1492766133.xlsChart1

10

20

17

23

30

Umur

Sheet1

Umur

20-30 Tahun10

31-40 Tahun20

41-50 Tahun17

51-60 Tahun23

61-70 Tahun30

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1492766128.xlsChart1

0.43

0.17

0.03

0.17

0.07

PEKERJAAN

Sheet1

PEKERJAAN

Sendiri43%

Swasta17%

Tidak Bekerja3%

Kerajaan17%

Lain-lain7%

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1492766124.xlsChart1

7

93

Sales

7%

93%

Sheet1

Sales

Melayu7

Cina93

3rd Qtr1.4

4th Qtr1.2

To resize chart data range, drag lower right corner of range.