alkali asid

8
EKSPERIMEN ASID, ALKALI & NEUTRAL. Tajuk : Sifat kimia bahan. Tujuan / Objektif : Untuk menyiasat hubungan di antara jenis bahan dengan perubahan warana kertas litmus biru dan merah. Hipotesis : Jika bahan asid akan menukarkan kertas litmus merah menjadi biru manakala alkali menukarkan kertas litmus merah menjadi biru. Bahan neutral tidak menukarkan warna kertas litmus. Pembolehubah : Dimanipulasi : Jenis jenis bahan. Bergerakbalas : Perubahan warna kertas litmus biru dan merah. Dimalarkan : saiz kertas litmus biru dan merah. Bahan dan radas: kertas litmus biru, kertas litmus merah, sebiji buah limau, larutan gula, pati sirap,larutan syampu, ubat gigi, cuka, piring petri, bikar dan gunting.

Upload: priscilla-paul

Post on 03-Dec-2015

336 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Alkali Asid

TRANSCRIPT

Page 1: Alkali Asid

EKSPERIMEN ASID, ALKALI & NEUTRAL.

Tajuk : Sifat kimia bahan.

Tujuan / Objektif : Untuk menyiasat hubungan di antara jenis bahan

dengan perubahan warana kertas litmus biru dan merah.

Hipotesis : Jika bahan asid akan menukarkan kertas litmus merah menjadi

biru manakala alkali menukarkan kertas litmus merah menjadi biru. Bahan

neutral tidak menukarkan warna kertas litmus.

Pembolehubah :

Dimanipulasi : Jenis – jenis bahan.

Bergerakbalas : Perubahan warna kertas litmus biru dan merah.

Dimalarkan : saiz kertas litmus biru dan merah.

Bahan dan radas: kertas litmus biru, kertas litmus merah, sebiji buah

limau, larutan gula, pati sirap,larutan syampu, ubat gigi, cuka, piring petri,

bikar dan gunting.

Page 2: Alkali Asid

Prosedur / Kaedah:

1. Bahan-bahan yang dibawa telah disediakan.

2. Air coco cola telah disediakan di piring petri.

3. Bahan tersebut dititiskan di atas kertas turas dengan penitis dan telah diuji dengan kertas

litmus biru dan merah.

4. Perubahan warna kedua-dua kertas litmus diperhatikan.

5. Langkah 2 hingga 3 telah diulangi semasa menguji bahan air gula, air serbuk pencuci

basuh kain, dan air kosong, shampu dan ubat gigi.

7. Segala pemerhatian dicatatkan dalam jadual.

Pemerhatian / Keputusan / Dapatan Hasil :

Perbincangan:

Berdasarkan eksperimen yang dijalankan bahan asid, alkali dan neutral telah

dikenalpasti dengan perubahan warna kertas litmus uang digunakan. Kita dapat

mengelaskan dalam jadual supaya mudah difahami dan dikategorikan mengikut sifat bahan.

Bil Nama Makanan atau Bahan Kertas Litmus Merah Kertas Litmus Biru

1. Air coco cola Tiada perubahan Menjadi merah

2. Serbuk pencuci basuh kain Menjadi Biru Tiada Perubahan

3 Air kosong Tiada Perubahan Tiada Perubahan

4 Gula Tiada Perubahan Tiada Perubahan

5 Shampu Tiada Perubahan Tiada Perubahan

6 Ubat gigi Menjadi biru Tiada perubahan

Page 3: Alkali Asid

Semasa mengendalikan saya mendapat tahu, warna kertas litmus tidak akan berubah jika

diuji pada bahan yang kering. Bahan yang digunakan haruslah dalam keadaan lembap atau

basah. Oleh itu, dalam eksperimen ini warna kertas litmus tidak berubah pada buah limau

dan juga pada serbuk pencuci tetapi warna kertas litmus biru telah berubah kepada merah

jika diuji dengan air limau manakala kertas litmus merah berubah kepada biru jika diuji

dengan air sabun.

Secara ringkasnya mendapat tahu bahawa bahan yang barasid mendapat ph yang

rendah dengan memerhatikan label kertas litmus yang digunakan. Manakala bahan yang

beralkali mempunyai pH yang tinggi serta bahan yang berneutral pH adalah 7. Jadi jelaslah

bahawa warna kertas limus akan bertukar sekiranya bahan yang diuji adalah bahan berasid

atau beralkali. Selepas membuat amali, saya telah mencuci alat yang digunakan dengan

bersih dan menyimpan balik ke tempat asalnya.

Langkah keselamatan:

1. Memastikan pengedaran udara yang baik dengan membuka tingkap-tingkap di

persekitaran makmal sains.

2. Menggunakan alat radas kaca dan panas perlu berhati-hati.

3. Eksperimen perlu dijalankan di atas permukaan yang rata.

4. Kita harus mencuci tangan selepas menggunakan bahan berasid.

Kesimpulan:

Jika kertas litmus biru bertukar merah maka bahan berasid dan jika merah kepada biru

maka bahan beralkali manakala jika tiada perubahan warna pada kertas litmus maka bahan

neutral. Maka, hipotesis diterima.

TAJUK : Cahaya

TUJUAN : Untuk mengkaji arah cahaya bergerak dari suatu ruang ke ruang lain.

HIPOTESIS : Cahaya yang dihasilkan oleh sebuah sumber akan bergerak lurus.

Page 4: Alkali Asid

PEMBOLEH UBAH :

a) Dimanipulasikan = kedudukan penyusunan kadbod

b) Bergerak balas = arah cahaya bergerak.

c) Dimalarkan = saiz kadbod dan juga sumber cahaya.

BAHAN DAN ALAT RADAS :

lampu suluh, tiga kadbod yang berlubang, benang dan plastisine.

PROSEDUR :

1.Ketiga-tiga kadbod yang berlubang disusun dengan selari dan mengadap

skrin.Semua kadbod tersebut disusun secara tegak dengan menggunakan

plastisine.

2.Benang dimasukkan ketiga-tiga lubang kadbodnya untuk memastikan semua

kadbod yang berlubangnya selari.

3.Seterusnya, dengan menggunakan lampu suluh, cahaya disorotkan melalui lubang

pertama dan arahkan agar memasuki lubang-lubang selanjutnya dan berakhir di

skrin.

4.Selepas itu, kami memerhatikan skrin yang terakhirnya.Langkah 1 dan 2 diulangi

dengan mengalihkan salah satu kadbod ke sebelah kiri atau kanan.Segala

pemerhatian yang didapati daripada uji kaji ini, dimasukkan ke dalam jadual.

ANALISIS DATA :

Setelah selesai membuat amali ini, kami telah membina jadual yang lebih

jelas mengikut hasil yang kami didapati. Kami telah dicatat keputusan melalui

Page 5: Alkali Asid

pemerhatian yang kami didapati.Segala keputusan yang kami didapatinya telah

dimasukan dalam jadual tersebut.

Jadual 1.0 : Keputusan pemerhatian cahaya pada skrin

Situasi Kelihatan cahaya pada

skrin

1( kadbod disusun

secara selari )

Terdapat kelihatan

cahaya

2

(kadbod tidak disusun

secara selari )

Tidak kelihatan

cahaya

Berdasarkan pemerhatian dan jadual tersebut, kami didapati bahawa

apabila kadbod dan lubang diletakkan sejajar, cahaya yang masuk ke lubang

pertama akan melewati semua lubang dan berakhir di skrin yang terakhir.

Manakala, apabila ketiga-tiga kadbod tersebut diletakkan tidak sejajar tetapi

zigzag, cahaya tidak dapat dilihat pada skrin terakhir..Cahaya tidak dapat

membelok untuk menerusi lubang untuk dimasuki.

PERBINCANGAN :

Berdasarkan hasil yang dapati melalui eksperimen ini, dapat dirumuskan

bahawa cahaya yang dihasilkan oleh sebuah sumber akan bergerak lurus. Apabila

terhalang oleh sesuatu benda, maka cahaya itu tidak akan membelok untuk sampai

Page 6: Alkali Asid

ke tujuan yang sama.Jika membuat lubang yang lebih kecil dan disusun kadbodnya

secara selari.Maka hasilnya, cahaya tetap akan melewati lubang tersebut.Dalam

medium seragam seperti udara, air atau kaca, cahaya bergerak dalam garis

lurus.Sifat cahaya ini dinamakan perambatan linear cahaya.Perambatan linear

cahaya menyebabkan pembentukan bayang yang tajam dan gerhana disebabkan

oleh objek legap yang diletakkan dalam lintasan alur cahaya.Cahaya akan terus

bergerak dalam garis lurus tetapi laluannya menjadi lebih terhad.

Cahaya bergerak lurus ke semua arah adalah salah satu sifat cahaya.Buktinya

adalah kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam

sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan

cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat

dipantulkan.Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.

Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang

berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air.Keadaan ini disebut sebagai

pembiasan cahaya.Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui

air.Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca.Oleh itu

cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium

yang berbeza.Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak

dibiaskan.

KESIMPULAN :

Arah cahaya bergeraknya adalah secara lurus. Hipotesis diterima.

Page 7: Alkali Asid