aliran tunai penanaman cendawan

Upload: dastannaga

Post on 04-Apr-2018

438 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Aliran Tunai Penanaman Cendawan

    1/5

  • 7/30/2019 Aliran Tunai Penanaman Cendawan

    2/5

    Agrotek: Cendawan mudah dijaga

    Oleh Rosman Shamsudin

    Spesies tiram kelabu dan ling zhi beri pendapatan lumayan

    BEHRANG (Perak): Cendawan bukan sekadar tumbuhan yang mempunyai kandungan protein,

    karbohidrat dan serat yang tinggi berbanding sayuran lain, tetapi juga mampu memberi pulangan

    lumayan jika diusahakan secara komersial.

    Ada pelbagai jenis cendawan diusahakan oleh penanam cendawan iaitu tiram kelabu, tiram putih, telinga

    kera, abalone, ling zhi, bunga kobis dan butang yang sentiasa mempunyai pasaran di negara ini.

    Ketika ini, ramai yang beranggapan proses menanam cendawan amat rumit, tetapi sebenarnya ia mudah

    serta senang dijaga dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip.

    Penanam cendawan, Awaliah Wahid, 43, berkata bahan asas yang digunakan untuk menanam cendawan

    ialah habuk kayu, dedak padi, kapur pertanian serta benih.

    Katanya, pada peringkat permulaan semua bahan ini digaul dengan air sehingga basah untuk

    menghasilkan medium cendawan.

    Beliau berkata, medium cendawan yang siap diproses tadi dimasukkan di dalam beg plastik dan ditutup

    dengan menggunakan penutup plastik dan dihentakkan sehingga padat.

    Sebelum menutupnya, pastikan span dimasukkan ke dalam penutup untuk menghasilkan blok cendawan

    dan kemudian disusun di dalam tong dram yang berisi air untuk menjalani proses kukus.

    Proses ini bertujuan untuk membunuh semua organisma dan kuman yang ada dalam campuran medium

    cendawan yang disediakan dan selepas dikukus blok cendawan `direhatkan' selama dua hari sebelum

    menjalankan kerja penyuntikan benih.

    "Selepas itu, penutup cendawan dibuka menggunakan pencungkil besi yang dipanaskan dan benih akan

  • 7/30/2019 Aliran Tunai Penanaman Cendawan

    3/5

    diisi dengan seseorang itu juga perlu mencatatkan tarikh dan jenis benih cendawan.

    "Blok cendawan yang sudah diisi benih akan disusun di atas rak yang disediakan di rumah cendawan dan

    rumah itu mestilah berbumbungkan atap nipah atau rumbia serta di bahagian dindingnya pula dipasang

    jaring hitam," katanya ketika ditemui selepas menganjurkan Kursus Penanaman Cendawan (KPC) di

    Kampung Padang, Behrang Stesen, dekat sini, baru-baru ini.

    Kursus itu dikendalikan melalui Atikah Trading yang terbabit secara langsung menganjurkan KPC kepada

    golongan belia, pesara dan siswazah menganggur.

    Pada sesi kursus itu, suami Awaliah, Johari Mat Isa turut bertindak sebagai penceramah.

    Awaliah yang berpengalaman selama dua tahun dalam penanaman cendawan berkata, blok cendawan itu

    akan diperam kira-kira tiga bulan dan dalam tempoh itu, seseorang pengusaha perlu menyiram air tiga

    kali sehari pada lantai serta pada badan blok cendawan.

    Katanya, cendawan memerlukan cahaya yang lemah dan sekata, pertumbuhannya akan terbantut jika

    terkena sinaran matahari berlebihan dan bagi cendawan yang terkena penyakit perlu diasingkan supaya

    tidak merebak ke blok cendawan lain.

    Selepas kira-kira tiga bulan spora akan terbentuk di dalam blok cendawan dan mengembang memenuhi

    blok itu. Penutup blok akan dibuka dan cendawan akan mulai tumbuh kira-kira lima hari selepas penutup

    dibuka.

    Setiap cendawan perlu dikutip sebelum bahagian tepinya kelihatan berombak dan selepas dikutip blok

    cendawan perlu ditutup semula dan direhatkan selama 10 hari sebelum dibuka kembali untuk

    memudahkan proses pembentukan semula spora di dalam blok itu.

    "Sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram dan satu blok cendawan boleh dituai hasilnya sehingga

    enam kali dalam tempoh empat bulan.

    "Selepas itu, hasilnya akan berkurangan dan perlu membuat blok baru," katanya.

  • 7/30/2019 Aliran Tunai Penanaman Cendawan

    4/5

    Katanya, blok cendawan yang tidak dapat mengeluarkan hasil lagi boleh dihancurkan untuk dijadikan

    baja kompos dan makanan kambing dengan mencampurkan beberapa jenis bahan lain.

    Beliau berkata, cendawan yang dituai boleh disimpan kira-kira tiga hari dalam peti sejuk.

    Sementara itu, Johari berkata, bagi pengusaha secara kecilan untuk kegunaan isi rumah hanya

    memerlukan kira-kira RM500 sebagai modal.

    Bagaimanapun, jika untuk dijadikan pendapatan sampingan modal yang diperlukan iaitu kira-kira

    RM5,000 dan mampu memperoleh pendapatan bersih RM2,000 sebulan.

    Katanya, bagi tujuan komersial pula, dengan mempunyai lebih banyak rumah cendawan pengusaha

    mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM20,000 sebulan jika diusahakan dengan gigih.

    "Kita tidak perlu bimbang untuk memasarkan cendawan kerana ia sentiasa mendapat permintaan

    daripada restoran, pasar tani, pasar borong dan pasar raya serta harganya boleh mencecah RM8

    sekilogram.

    "Tidak ada langsung bahan atau baja kimia digunakan di sepanjang proses penanaman cendawan

    menyebabkan cendawan sentiasa menjadi pilihan sebagai bahan masakan," katanya.

    Peserta kursus, Suriadi Piai, 29, berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, berkata proses penanaman

    cendawan tidak rumit seperti yang beliau sangkakan selama ini.

    "Saya percaya dengan teori dan latihan yang diberikan saya mampu menceburkan diri dalam bidang

    tanaman cendawan yang menjanjikan pulangan lumayan," katanya.

    Siswazah Lepasan Universiti Multimedia jurusan kewangan, Salman Sarif Salleh, 27, berkata peluang

    mempelajari teknik tanaman cendawan akan digunakan sepenuhnya untuk menjadi usahawan.

    Beliau berkata, walaupun memiliki kemahiran berbeza daripada bidang dipelajari, ia bukan faktor

    penghalang kerana sektor pertanian juga mampu menjamin kehidupan jika dilaksanakan dengan

    bersungguh-sungguh.

  • 7/30/2019 Aliran Tunai Penanaman Cendawan

    5/5

    Orang ramai yang ingin maklumat lanjut mengenai kursus tanam cendawan yang dijalankan boleh

    menghubungi talian 05-4541635 atau 019-3544888.

    FAKTA

    Cendawan

    # 100 gram cendawan basah mempunyai kandungan air 89.2 peratus, karbohidrat (4.1 peratus), protein

    (3.6 peratus), serat (1.8 peratus) dan lemak (0.7 peratus).

    # Cendawan mengandungi protein, vitamin dan zat galian seperti kalium dan posforus yang penting

    untuk kesihatan badan.

    # Hasil pertama boleh dituai selepas tiga bulan.

    # Harga sekilo cendawan mencecah RM8 sekilogram.

    # Bongkah cendawan yang tidak mengeluarkan hasil boleh dijadikan baja kompos.