7385684 proposal cendawan

32
RINGKASAN EKSEKUTIF Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih dan juga ladang cendawan. Walaupun teknik penanamannya telah berjaya dicuba di Malaysia sejak tahun 1934, tetapi pertumbuhan industri ini adalah lembap. Cendawan jerami padi, tiram putih, tiram kelabu, abalon, telingan kera dan juga shitake merupakan jenis-jenis cendawan yang sesuai ditanam di Malaysia. Buat masa ini semua jenis cendawan tersebut diusahakan secara komersial kecuali cendawan jerami padi. Antara masalah-masalah yang terlibat dalam perusahaan cendawan ialah kedapatan benih yang baik, pengurusan ladang yang kurang baik, penerimaan produk, ketahanan produk, persaingan, harga media dan harga jualan yang tinggi Pada keseluruhannya perusahaan benih dan ladang cendawan merupakan perusahaan yang berdaya maju. Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu perusahaan bergantung rapat dengan lokasi, cara pengurusan, dan juga cara mempromosi produk.

Upload: sk-paya-resak

Post on 02-Aug-2015

162 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7385684 Proposal Cendawan

RINGKASAN EKSEKUTIF

Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih dan juga ladang

cendawan. Walaupun teknik penanamannya telah berjaya dicuba di Malaysia

sejak tahun 1934, tetapi pertumbuhan industri ini adalah lembap.

Cendawan jerami padi, tiram putih, tiram kelabu, abalon, telingan kera dan

juga shitake merupakan jenis-jenis cendawan yang sesuai ditanam di

Malaysia. Buat masa ini semua jenis cendawan tersebut diusahakan secara

komersial kecuali cendawan jerami padi.

Antara masalah-masalah yang terlibat dalam perusahaan cendawan ialah

kedapatan benih yang baik, pengurusan ladang yang kurang baik, penerimaan

produk, ketahanan produk, persaingan, harga media dan harga jualan yang

tinggi

Pada keseluruhannya perusahaan benih dan ladang cendawan merupakan

perusahaan yang berdaya maju. Walaubagaimanapun, kejayaan sesuatu

perusahaan bergantung rapat dengan lokasi, cara pengurusan, dan juga cara

mempromosi produk.

Page 2: 7385684 Proposal Cendawan

1.0 PENGENALAN

Bidang pertanian merupakan satu bidang yang menjadi tumpuan kerajaan

dalam menjana ekonomi negara. Sebagai menyahut seruan kerajaan, saya telah

bersepakat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai satu kerjaya. Walaupun saya

mempunyai kelulusan sehingga ijazah dalam bidang kejuruteraan, ianya tidak

menghalang saya untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Walaupun sesuatu yang

baru, ianya tidak akan melunturkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini.

Ramai graduan seperti saya telah berjaya dalam bidang pertanian.

Untuk itu, saya memilih untuk mengusahakan tanaman cendawan. Ini adalah

kerana, masih tiada pengusaha yang menceburkan diri dalam bidang ini secara besar –

besaran khususnya di negeri Terengganu. Antara lima jenis cendawan yang biasa

diusahakan, cendawan tiram kelabu adalah menjadi pilihan saya. Ini adalah

disebabkan cendawan tersebut rasanya sedap berbanding dengan cendawan-cendawan

lain yang seharga dengannya. Selain itu, pengguna juga kurang meminati cendawan

tiram putih kerana mengandungi terlampau banyak air dan terlalu lembik apabila

dimasak. Cendawan telinga kera pula tiada mempunyai rasa dan hanya terasa kenyal

sewaktu dimakan. Di samping itu, saya lebih suka mengusahakan cendawan tiram

kelabu berbanding dengan cendawan tiram putih kerana cendawan tiram kelabu tahan

lebih lama sedikit. Walaupun kadar pengeluaran hasil cendawan telinga kera tinggi

berbanding dengan cendawan tiram putih dan tiram kelabu, tetapi saya kurang

berminat untuk mengusakannya kerana permintaan terhadap cendawan tersebut

adalah terlalu sedikit.

Page 3: 7385684 Proposal Cendawan

1.1 Tujuan Projek

Untuk projek penanaman cendawan ini, ianya mempunyai beberapa tujuan.

Antara tujuan utama projek ini ialah:

a) Menyahut seruan kerajaan untuk memajukan bidang pertanian

b) Menjadikan bidang pertanian sebagai sumber utama pendapatan

c) Menghasilkan cendawan secara besar- besaran bagi tujuan pemasaran

d) Mendapatkan cendawan yang segar hasil usaha sendiri

e) Memastikan cendawan yang dihasilkan bermutu tinggi.

1.2 Lokasi Tanaman

Sebagai permulaan melaksanakan projek ini, saya telah memilih kawasan

sekitar rumah iaitu di Kampung Paloh untuk membina bangsal cendawan. Pemilihan

lokasi ini adalah berdasarkan kepada kos yang terlibat. Pembinaan sesebuah bangsal

memerlukan kos yang tinggi. Justeru itu, saya menggunakan kayu dan tanah yang

sedia ada bagi mengurangkan kos yang terlibat. Ini merupakan faktor utama

pemilihan tapak tersebut.

Pada peringkat permulaan, saya telah memilih kawasan bawah rumah bagi

tanaman projek cendawan ini. Oleh kerana keadaan rumah ini sangat tinggi, maka

ianya sangat sesuai digunakan. Sebagai contoh, seorang pengusaha cendawan

disekitar Kuantan, Pahang telah berjaya dalam bidang ini walaupun menggunakan

rumah tumpangan yang telah lama ditinggalkan. Lokasi bukanlah sesuatu yang

penting dalam bidang pertanian tapi kesungguhan yang akan menjamin kejayaan

seseorang.

Page 4: 7385684 Proposal Cendawan

1.3 Latar Belakang Pengusaha

KETUA PROJEK

Mohd Lutfi Mohd Arshad24 tahun

820412-11-5319Ijazah Sarjana Muda Kej. Awam

OPERASI

Mohd Sauti Mohd Arshad31 tahun

750731-11-5163SPM

PEMASARAN

Mohd Hilmi Mohd Arshad34 tahun

720701-11-5501Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat

PENYELIDIKAN

Rahimah Aini Mohd Arshad23 tahun

831109-11-5360Ijazah Sarjana Muda Sains

(kimia)

Page 5: 7385684 Proposal Cendawan

2.0 KAJIAN LITERATUR

Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih cendawan dan juga

tanaman cendawan. Biasanya perusahaan tanaman cendawan dan benih cendawan di

negara-negara maju seperti Jepun dan England dijalankan oleh pengusaha yang

berasingan. Perusahaan benih cendawan biasanya diusahakan oleh pihak swasta

ataupun persatuan peladang. Selain terlibat dengan pengeluaran benih, syarikat-

syarikat tersebut juga terlibat dalam program penyelidikan untuk menghasilkan jenis

cendawan yang baru. Syarikat tersebut juga menyediakan program-program latihan

dan memberi khidmat nasihat kepada petani-petani. Di Malaysia, perusahaan benih

cendawan diusahakan oleh pihak swasta.

2.1 Status Perusahaan Cendawan

Cendawan ialah sajenis sayur-sayuran yang mengandungi zat makanan dan

vitamin yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran lain. Menurut ahli perubatan

tradisional cina, cendawan dipercayai dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit

saperti anemia (kekurangan darah), kencing manis dan sengal-sengal sendi.

Cendawan jenis Ganoderma seperti G.applanatum, G.lucidum dan G.japonicum

sering digunakan dalam perubatan cina. Cendawan-cendawan tersebut juga dikenali

sebagai ‘Ling Zhi’ bagi orang cina.

Perusahaan cendawan berdaya maju dan tidak memerlukan kawasan yang

luas, tetapi memerlukan kemahiran teknik yang khusus. Bahan sampingan pertanian

ataupun industri yang terdapat dengan murahnya boleh dijadikan substrat penanaman.

Penggunaan bahan sampingan dapat menjimatkan kos pengeluaran penanaman

cendawan di samping mengurangkan masalah pencemaran. Selepas penanaman

cendawan, substrat tersebut boleh digunakan untuk membaiki struktur tanah dan

boleh dijadikan sebagai makanan haiwan.

Page 6: 7385684 Proposal Cendawan

Kini terdapat tujuh jenis cendawan yang sesuai dengan ikilim di Malaysia iaitu

cendawan abalon (Pleurotus cystidiosus), jerami padi (valvariella), telinga kera

(Auricularia polytricha), tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju), tiram putih (Pleurotus

florida), tiram kemerah-merahan (Pleurotus flabellatus), dan shiitake (Lentinus

edones). Sejak kebelakangan ini, cendawan shiitake telah diusahakan di Cameron

Highlands. Suatu masa dahulu, Penang Development Corporatiaon telah

mengusahakan cendawan butang (Agaricus bisporus) di dalam peti sejuk, tetapi

projek ini dihentikan kerana beberapa sebab.

2.2 Pengeluaran Cendawan Dunia

Pada peringkat dunia, hanya 25 daripada 2000 spesis cendawan telah

dikenalpasti selamat dimakan. Tiga jenis cendawan utama yang diusahakan pada

peringkat dunia ialah cendawan butang, shiitake dan jerami padi. Lebih 50% daripada

cendawan butang dujial dalam betuk segar. Sebahagian besar cendawan shiitake

dikeringkan manakala sebahagian besar cendawan jerami padi ditinkan.

Cendawan butang mula di tanam pada tahun 1600. rekod pertama

menunjukkan cendawan tersebut di tanam di Paris pada tahun 1650 dan merebak ke

England pada pertengahan abad ke-18. Dari England, penanaman cendawan butang

merebak ke Amerika Syarikat pada tahun 1965. Pada tahun 1890, perusahaan

cendawan telah menjadi satu industri di Amerika Syarikat. Kejayaan ahli sains

J.N.Constatin dan L.Matruchot dalam penyediaan benih cendawan yang ‘sterile’

(sterile mushroom spawn) pada tahun 1894 merupakan detik-detik yang penting

dalam pembangunan perusahaan cendawan (Van Griensven 1987). Cendawan shiitake

pula buat pertama kalinya ditanam pada tahun 1000-1100 manakala cendawan jerami

padi pada tahun 1700 (Chang dan Miles 1987).

Page 7: 7385684 Proposal Cendawan

2.3 Khasiat Pemakanan Cendawan (100gram)

Pecahan Zat Makanan Kandungan

Tenaga 37 kcal

Air 89.2 gm

Protin 3.6 gm

Lemak 0.7 gm

Karbohidrat 4.1 gm

Serat 1.8 gm

Kalsium 2 mg

Fosforus 88 mg

Zat Besi 1 mg

Natrium 6 mg

Kalium 195 mg

Vitamin B1 0.03 mg

Vitamin B2 0.45 mg

Niasin 1.9 mg

Vitamin C 9.4 mg

Page 8: 7385684 Proposal Cendawan

3.0 KAEDAH

Pelaksanaan projek ini dijalankan dengan menggunakan tenaga manusia

semaksima yang mungkin bagi mengurangkan kos yang terlibat. Ini adalah kerana

saya mempunyai sumber kewangan yang terhad dan kos untuk membeli mesin juga

adalah sangat tinggi. Untuk peringkat permulaan, saya terpaksa melakukan semua

kerja secara manual tetapi ia hanyalah untuk jangka masa yang pendek sementara

memperolehi kewangan yang cukup untuk membeli mesin.

Kejayaan penanaman cendawan tiram bergantung kepada beberapa faktor

persekitaran yang penting seperti jenis substrat, suhu, kelembapan, cahaya dan

pengudaraan. Berikut merupakan cara kerja bermula dari awal sehinggalah cendawan

dapat dituai:

1. Pembinaan Rumah Cendawan

Pembinaan rumah cendawan yang baru dan spesifik tidak

diperlukan. Adalah lebih ekonomik jika menggunakan ruang-

ruang yang sedia ada dan hanya menambah rak-rak dan dibuat

sedikit pengubahsuaian seperti memasang jaring di dinding

untuk mengelakkan serangan perosak dan memasang paip air

supaya mudah membuat penyiraman.

Bahan-bahan yang baru juga tidak diperlukan, memadai dengan

menggunakan bahan-bahan terpakai dan bahan-bahan yang

sedia ada.

Namun demikian, untuk menjamin kelembapan rumah

cendawan, daun nipah boleh digunakan untuk atap dan dinding.

Tali digunakan sebagai tempat untuk meletakan beg cendawan.

Tali digunakan sebagai menggantikan rak. Penggunaan tali

boleh memaksimumkan beg cendawan untuk setiap bangsal.

Page 9: 7385684 Proposal Cendawan

2. Penyediaan Beg Media Cendawan

Beg media cendawan perlu disediakan sebagai media tempat maisilium

cendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan ialah habuk kayu

getah, dedak halus, kapur pertanian (CaCO3) dan air. Peralatan yang

digunakan ialah beg plastik ( saiz 6 inci x 12 inci, tahan panas), leher

dan penutup beg, kapas, dan penyodok kecil. Cara-cara penyediaan beg

cendawan adalah seperti berikut.

Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian digaul pada

kadar 100 : 10 : 1 mengikut berat.

Air disiram sehingga habuk kayu tidak berderai apabila

dikepal.

Campuran habuk kayu getah dimasukkan ke dalam beg plastik

dan hentak dengan tangan sehingga padat.

Leher dan tutup dipasang ( penutup disumbat dengan sedikit

kapas)

Teruskan kerja (a), (b), (c) dan (d) sehingga habis habuk kayu

yang telah dibancuh.

3. Pengukusan Beg Media Cendawan

Selepas peyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankan

untuk membunuh segala organisma yang terdapat di dalam habuk kayu

supaya tidak berlaku pencemaran. Pengukusan dibuat dengan

menggunakan tong dram, set dapur gas, pelapik dan penutup tong

drum ( besen alumunium). Cara-cara untuk pengukusan beg media

cendawan adalah seperti berikut:

Pelapik diletakkan setinggi 12 cm kedalam tong drum

Page 10: 7385684 Proposal Cendawan

Air diisikan ke dalam tong dram sama paras dengan tinggi

pelapik

Beg-beg media cendawan disusun secara menegak kedalam

tong dram dan tutup rapat dengan besen alluminium.

Kukus selama 6 jam

Beg-beg media cendawan dikeluarkan dari tong dram dan

disejukkan selama 1 malam.

4. Penyuntikan benih

Selepas pengukusan beg media cendawan dan pemilihan benih

dilakukan, kerja yang mesti dijalankan ialah penyuntikan benih yng

dijalankan di dalam bilik khas yang bersih supaya tidak berlaku

pencemaran. Bahan / peralatan yang diperlukan ialah benih cendawan,

pencungkil besi, lilin, marker pen dan mancis api. Cara-cara menyuntik

benih adalah seperti berikut.

Benih yang baik dipilih iaitu yang berwarna putih bersih

Pencungkil besi dipanaskan (layur) di atas api untuk

membunuh semua organisma yang boleh menyebabkan

pencemaran.

Benih cendawan di hancurkan dengan pencungkil yang telah

dilayur.

Mulut beg media cendawan dibuka dan benih cendawan

dimasukkan anggaran satu sudu besar.

Penutup mulut beg media cendawan dilayur dan leher beg

media cendawan dipasang kembali.

Page 11: 7385684 Proposal Cendawan

Tarikh benih disuntik dicatat pada beg cendawan

Beg media cendawan diperam selama 50 – 60 hari sehingga

maisilium cendawan memenuhi beg.

5. Penjagaan Beg Cendawan

Beg-beg yang telah disuntik ditempatkan di suatu ruangan khas

untuk proses pemeraman sebelum dialih ke rak tali.

Keadaan suhu antara 28 C – 32 C adalah sesuai bagi

pertumbuhan maisilium semasa pemeraman.

Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhan

cendawan ialah 30 C – 32 C.

Untuk mendapatkan suhu rendah dan kelembapan yang

diperlukan, rumah cendawan disiram 2 kali sehari iaitu pagi

dan petang. Siraman dilakukan ke arah dinding, lantai, beg

media cendawan dan juga bumbung rumah cendawan.

Beg-beg cendawan yang telah tercemar iaitu beg-beg yang

berwarna merah jingga, hitam, kuning kehijauan serta beg yang

telah dimasuki oleh serangga dan berulat dimasukkan ke dalam

plastik sampah dibuang atau dimusnahkan.

Beg-beg yang telah tua dan tidak ekonomik dikeluarkan dari

rumah cendawan. Beg-beg ini boleh dikitar semula sebagai baja

kompos tanaman.

Persekitaran rumah cendawan dibersihkan dari rumpai dan

sampah sarap.

Page 12: 7385684 Proposal Cendawan

Banyakkan menanam pokok-pokok rendang di sekeliling

rumah cendawan untuk mendapatkan suasana redup dan suhu

yang rendah.

Pengudaraan yang baik diperlukan untuk pertumbuhan

cendawan yang subur.

Rumah cendawan hanya memerlukan cahaya yang lemah dan

serata. Pancaran cahaya matahari yang terus kedalam rumah

cendawan akan membantutkan pertumbuhan cendawan.

6. Memungut Hasil.

Selepas pemeraman beg media cendawan selama 45 – 60 hari, kerja

yang selanjutnya ialah memungut hasil. Cara-cara memungut hasil

adalah seperti berikut:

Setelah maisilium memenuhi beg media cendawan, pindahkan

dan susun beg secara rebah di atas rak tali di dalam rumah

cendawan. Suhu yang sesuai di dalam rumah cendawan ialah

30 C – 32 C.

Mulut beg media cendawan dibuka dan hasil pertama akan

keluar dalam masa 3 – 5 hari setelah dibuka.

Iar disembur di dinding, lantai dan badan beg-beg media

cendawan pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan

kelembapan dan merendahkan suhu.

Cendawan yang telah berkembang dipungut sebelum bahagian

tepi kelilingnya menjadi berombak dan pecah.

Page 13: 7385684 Proposal Cendawan

Mulut beg media cendawan ditutup kembali dan direhatkan

selama 7 – 10 hari sebelum dibuka semula untuk pengeluaran

hasil berikutnya.

Kutipan hasil pertama cendawan ialah di antara 50 – 60 hari selepas

menuntik benih. Kutipan berikutnya pula adalah selepas 10 – 14 hari

beg direhatkan. Sekali kutipan hasil boleh mencapai jumlah sebanyak

60 – 80 g/beg dan satu beg media cendawan boleh memberikan 5 – 6

kali kutipan hasil untuk selama 3 – 4 bulan. Cendawan yang telah

dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5 C – 10 C selama

3 – 4 hari.

7. Pengawalan Perosak dan Penyakit.

Sekiranya beg-beg media cendawan dikukus dengan cukup

iaitu sekurang-kurangnya 7 jam dengan menggunakan tong

dram, segala perosak dan penyebab penyakit didalam beg akan

mati dan musnah.

Keadaan rumah cendawan yang sentiasa bersih dan cukup

pengudaraan boleh mengurangkan serangan perosak dan

kejadian penyakit.

Penyakit yang disebabkan oleh kulat Neurospora sp. yang

berwarna merah jingga biasanya menyerang di peringkat awal.

Jika ini berlaku, beg-beg yang yang diserang dimasukkan ke

dalam plastik dan dimusnahkan. Rak rak kosong dan ruang-

ruang di dalam rumah cendawan disembur dengan larutan

Dettol 10% atau klorok.

Sekiranya terdapat serangan kulat lain, beg-beg akan berwarna

kehijauan, kekuningan atau kehitaman. Beg-beg tersebut

dimasukkan kedalam plastik dan dibuang atau dimusnahkan.

Page 14: 7385684 Proposal Cendawan

Serangan bakteria boleh dikenalpasti apabila batang dan

kelopak cendawan berwarna perang dan berlendir. Untuk

mengelakkan penyakit ini, rumpun cendawan segera dicabut

dan ditutup serta direhatkan. Siraman air akan dikurangkan dan

sistem pengudaraan dalam rumah cendawan dibaiki.

Serangan serangga boleh dielakkan dengan memasang jaring di

sekeliling dinding rumah cendawan supaya rumah cendawan

kalis serangga. Jika terdapat ulat di dalam beg media

cendawan, beg-beg tersebut dikukus selama 1-2 jam dan

dimusnahkan.

Jika terdapat tanda-tanda serangan tikus, lipas dan semut, racun

yang berbentuk umpan atau perangkap digunakan. Dengan ini,

pencemaran racun tidak akan berlaku ke atas cendawan.

3.1 Carta Alir Gerak Kerja Projek

Page 15: 7385684 Proposal Cendawan

4.0 PERINGKAT PELAKSANAAN PROJEK

PEMBUNGKUSAN

PENYEDIAAN KAWASAN

PENUAIAN

PEMASARAN

PERANCANGAN

PENANAMAN

PENJAGAAN / PENYELENGGARAAN

Page 16: 7385684 Proposal Cendawan

Sebagai peringkat permulaan, saya telah menanam kira – kira 15000 beg

cendawan. Walaupun hasil pertama kami tidak begitu banyak, tetapi permintaan

adalah amat memberangsangkan. Daripada tinjauan yang dibuat, permintaan adalah

melebihi 50kg sehari. Namun demikian, hasil yang kami perolehi hanya sekitar 10 -

15kg sehari.

Justeru itu, saya merancang untuk menambah kira- kira 15 000 beg cendawan

dalam masa yang terdekat dan mensasarkan untuk memenuhi ruang yang ada iaitu

kira-kira 30 000 beg menjelang Mac 2007 bagi memenuhi permintaan pelanggan.

4.1 Laporan Projek

Berikut merupakan projek yang telah berjalan setakat ini.

Rumah 1

Keluasan rumah cendawan : 10 kaki x 25 kaki

Tinggi : 10 kaki

Rak : Besi

Kapasiti : 6000 bantal

Kapasiti sekarang : 6000 bantal

Rumah 2

Keluasan rumah cendawan : 20 kaki x 20 kaki

Tinggi : 10 kaki

Rak : Besi

Kapasiti : 9000 bantal

Kapasiti sekarang : 9000 bantal

Anggaran Perbelanjaan Penanaman Cendawan Tiram ( 15000 beg )

Page 17: 7385684 Proposal Cendawan

1. Modal Tetap

a) Bangsal Cendawan

ruang penyediaan - RM 1840

rak Besi - RM 4350

------------

RM 6190

b) Peralatan

4 dapur - RM 200

4 tong drum - RM 100

2 tong gas dan kepala - RM 220

2 gelung paip getah - RM 60

2 keping papan lapis - RM 30

-------------

RM 610

2. Modal Berubah

Habuk kayu 10000 kg @ 20 sen - RM 2000

Dedak halus 1000 kg @ 60 sen - RM 600

1 Kapur pertanian 100 kg @ 20 sen - RM 20

Palstik (PP 6 x 12) 120 kg @ RM 9.00 - RM 1080

Tutup, leher 15000 set @ 10 sen - RM 1500

Benih cendawan 300 beg @ RM 4.50 - RM 1350

Penggunaan air 6 bulan - RM 250

Pelbagai - RM 750

-------------

RM 7550

Anggaran Hasil Pulangan

Purata hasil / beg - 150 gram

15000 beg x 150 gram - 2250 kg

Page 18: 7385684 Proposal Cendawan

Harga pasaran - RM 10

2250kg x RM 10.00 - RM 22500

Pendapatan kasar hasil cendawan - RM 22500

Modal berubah - RM 7550

-------------

pendapatan bersih / musim RM 14950

4.2 Pemerhatian

Sepanjang projek ini dilakukan, pelbagai pemerhatian dari semua aspek dilakukan

bagi menjamin keberkesanan dan kelancaran kerja serta hasil yang akan diperoleh

pada masa akan datang. Berikut merupakan aspek yang penting sepanjang tempoh

projek ini berjalan:

Penyediaan dan pemeraman

Rumah cendawan

- Pada peringkat permulaan, keadaan rumah cendawan hendaklah

gelap sedikit sementara pada peringkat penuaian, keaadaan rumah

perlulah cerah tetapi jangan biarkan cahaya matahari terus

mengenai beg cendawan. Ini adalah kerana misilium akan cepat

bergerak dalam keadaan gelap.

- Suhu didalam rumah cendawan hendaklah sentiasa sejuk yang

bertujuan untuk mempercepatkan misilium bergerak disamping

hasil yang banyak berbanding dengan suhu biasa. Kandungan

kelembapan yang paling sesuai untuk rumah cendawan ialah 80%.

- Keadaan rumah yang bersih juga akan mempengaruhi hasil

cendawan. Untuk kutipan hasil pertama biasanya adalah sama

tetapi untuk pengeluaran seterusnya, keadaan yang bersih akan

menjamin kuantiti cendawan yang banyak.

Media

- Kandungan air yang banyak biasanya akan melambatkan proses

pergerakan misilium manakala air yang sedikit menyebabkan

Page 19: 7385684 Proposal Cendawan

pergerakan misilium yang cepat tetapi risiko kerosakan adalah

tinggi dan hasilnya juga adalah sedikit.

- Kandungan dedak juga akan mempengaruhi pergerakan misilium.

Dedak yang banyak akan mempercepatkan pertumbuhan misilium

tetapi risiko untuk menerima jangkitan kulat lain adalah tinggi.

Antara kulat yang biasa menyerang ialah kulat hitam, merah dan

kuning.

- Kepadatan media cendawan juga mempengaruhi pertumbuhan

misilium. Media yang terlalu padat akan melambatkan

pertumbuhan misilium. Kepadatan yang sederhana adalah yang

paling sesuai.

Benih

- Benih memainkan peranan yang paling penting dalam

perkembangan misilim dan juga kadar pengeluaran hasil. Benih

yang baik akan menjamin mutu dan hasil pengeluaran setiap beg

cendawan disamping mempengaruhi pertumbuhan misilium. Benih

yang terlalu matang dan terlalu muda tidak sesuia digunakan.

Biasanya tiada pertumbuhan misilium sekiranya benih terlalu

matang. Masa yang paling sesuai untuk benih ialah dalam

lingkungan sebulan selepas waktu matang.

Cuaca

- Cuaca sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil cendawan.

Biasanya cendawan akan keluar dalam kuantiti yang banyak

semasa musim hujan. Masalah akan timbul pada musim panas

kerana pertumbuhan cendawan sering terbantut. Lantai rumah

cendawan hendaklah disiram 2-3 sekali bagi mengurangkan

masalah ini.

Hasil

Waktu buka

Page 20: 7385684 Proposal Cendawan

- Tempoh yang paling sesuai untuk membuka media cendawan

untuk kali pertama ialah kira-kira 70 hari dari tarikh benih disuntik.

Pada masa ini, misilium adalah benar-benar matang dan biasanya

kertas punutup beg cendawan akan pecah dan cendawan akan

keluar dengan sendirinya. Untuk tuaian hasil kedua dan seterusnya,

beg cendawan boleh dibuka kira-kira 10-14 hari selapas tuaian

hasil sebelumnya.

Tuai

- Kebiasaannya, cendawan akan dapat dituai selepas 5-7 hari beg

cendawan dibuka. Tetapi ianya tidak menentu kerana pertumbuhan

cendawan sentiasa bergantung pada keadaan cuaca dan sekeliling.

Pemasaran

- Untuk menjamin kualiti, cendawan yang telah dituai seharusnya

dipasarkan dengan segera. Ini adalah kerana cendawan merupakan

sejenis tumbuhan yang tidak tahan lama selepas dipetik. Cendawan

akan biasanya akan dapat bertahan selama 5-7 hari didalam peti

dan hanya 1-2 hari dalam keadaan biasa.

Pasaran

Pada masa sekarang, permintaan terhadap cendawan akan sentiasa

meningkat. Daripada pemerhatian yang dibuat, terdapat banyak

kedai-kedai makan baru yang tumbug seperti cendawan selepas

hujan. Kebanyakan kedai-kedai tersebut adalah berasaskan

makanan ala Thai dimana cendawan merupakan antara keperluan

untuk masakan tersebut. Tidak mustahil permintaan terhadap

cendawan segar akan sentiasa meningkat.

Potensi

Potensi terhadap cendawan adalah begitu besar. Dalam zaman

kemajuan teknologi sekarang, pelbagai makanan mungkin dapat

dihasilkan daripada cendawan. Seperti yang kita lihat sekarang.

Page 21: 7385684 Proposal Cendawan

Pelbagai makanan yang berasaskan cendawan dapat dihasilkan

seperti nugget cendawan, bebola cendawan, kerepek cendawan dan

lain-lain. Tidak mustahil pada suatu hari nanti kami akan mampu

untuk membuat jus cendawan.

4.3 Pemasaran

Dalam apa jenis perniagaan sekalipun, pemasaran merupakan aspek yang

terpenting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek. Tanpa pemasaran yang

berkesan, sesuatu perniagaan pasti akan mengalami masalah sekaligus akan

memusnahkan impian untuk maju dalam perniagaan. Justeru itu, sebelum

menceburkan diri dalam tanaman cendawan ini, tinjauan terhadap permintaan terlebih

dahulu dilakukan. Cendawan mudah rosak, oleh itu, sistem pemasaran yang cekap

diperlukan. Terdapat dua saluran utama pemasaran cendawan segar yang selalu

digunakan untuk pemasaran cendawan segar tropika iaitu secara terus ataupun melalui

orang tengah. Berikut merupakan hasil tinjauan awal saya terhadap permintaan

cendawan tiram kelabu sekitar Kuala Terengganu untuk satu hari.

Pasaraya : ±10kg

Kedai makan : ±15kg

Pemborong : ±30kg

Pasar : ±15kg

Terus kepada pengguna : ±20kg

Oleh kerana pengeluaran cendawan tiram kelabu adalah tidak menentu dan

sentiasa berubah-rubah mengikut cuaca selain hasil yang agak sedikit, maka kami

terlebih dahulu mensasarkan untuk menjual produk kami terus kepada pengguna.

4.4 Masalah –masalah Yang Dihadapi

Benih

Benih cendawan amat sukar didapati. Tempahan biasanya dibuat melalui

Pejabat Pertanian dan selalunya memakan masa yang lama untuk diperolehi.

Page 22: 7385684 Proposal Cendawan

Selain itu, benih cendawan tidak tahan lama iaitu kira-kira sebulan sahaja

selepas waktu matang.

Kerosakan

Terdapat kerosakan pada media cendawan yang disebabkan oleh pelbagai

punca. Antara punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan pada media

cendawan adalah disebabkan persekitaran, kerosakan benih, kebocoran plastik

dan kecuaian semasa mengukus dan menyuntik benih.

Persaingan

Kemasukan cendawan dari Thailand yang mengenakan harga yang sangat

murah iaitu antara RM3 – RM4 pada harga borong sedangkan harga yang

kami jual adalah sekitar RM10 sekilogram

Penyediaan

Masa untuk membungkus dan memadat media cendawan memerlukan masa

yang lama untuk disiapkan dengan menggunakan cara manual

Hasil

Hasil cendawan yang tidak menentu yang sentiasa bergantung kepada cuaca

menyukarkan untuk menghantar hasil secara tetap.

Penerimaan produk

Oleh kerana cendawan tempatan merupakan satu produk yang baru dikalangan

masyarakat Malaysia, terutamanya bagi orang melayu dan india, maka

penerimaan produk menjadi satu masalah. Ramai antara pengguna tempatan

tidak tahu cara memasak cendawan dan belum mencuba memakan cendawan.

Masih ramai pengguna yang masih ragu-ragu tentang keselamatan cendawan

tempatan untuk dimakan.

Page 23: 7385684 Proposal Cendawan

5.0 PERINGKAT PERANCANGAN

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dibuat, hasil yang hanya diperolehi

daripada beg cendawan yang ada hanyalah sekitar 10kg sahaja sehari. Oleh yang

demikian, kami dalam proses menambah 15 000 beg cendawan lagi menjelang

Page 24: 7385684 Proposal Cendawan

September 2006. Kami mensasarkan untuk terus menambah beg cendawan selagi

terdapat permintaan yang tinggi dari pengguna.

Berikut merupakan anggaran kos bagi 15000 beg cendawan menjelang Mac

2007.

1. Modal Tetap

a) Bangsal Cendawan

1 ruang penyediaan 12 kaki x 40 kaki

Bangsal besi boleh pindah - RM 5650

Rak Besi - RM 4120

------------

RM 9770

2. Modal Berubah

Habuk kayu 10000 kg @ 20 sen - RM 2000

Dedak halus 1000 kg @ 60 sen - RM 600

1 Kapur pertanian 100 kg @ 20 sen - RM 20

Palstik (PP 6 x 12) 120 kg @ RM 9.00 - RM 1080

Tutup, leher 15000 set @ 10 sen - RM 1500

Benih cendawan 300 beg @ RM 4.50 - RM 1350

Penggunaan air 6 bulan - RM 250

Pelbagai - RM 750

-------------

RM 7550

Anggaran Hasil Pulangan

Purata hasil / beg - 150 gram

15000 beg x 150 gram - 2250 kg

Harga pasaran - RM 10

Page 25: 7385684 Proposal Cendawan

2250kg x RM 10.00 - RM 22500

Pendapatan kasar hasil cendawan - RM 22500

Modal berubah - RM 7550

-------------

pendapatan bersih / musim RM 14950

Bagi mencapai hasrat ini, beberapa peralatan sangat diperlukan bagi menjamin

kelancaran dan mempercepatkan kerja. Antara barang keperluan yang penting adalah:

1. Rumah cendawan (RM 10000)

Page 26: 7385684 Proposal Cendawan

2. Mesin pembancuh (RM 8000)

3. Mesin Pengisi / pemadat (RM 35 000) 1 unit

Page 27: 7385684 Proposal Cendawan

4. Alat pengukus (RM 8000) 1 unit

Dengan terdapatnya keperluan seperti ini, saya yakin dapat menambah beg

cendawan dari 200 beg kepada 1000 beg sehari. Sekiranya ini tercapai, hasrat untuk

Page 28: 7385684 Proposal Cendawan

memasarkan cendawan melebihi 50kg sehari pasti akan tercapai. Diharapkan projek

ini akan menerima bantuan sewajarnya bagi mencapai sasaran yang untuk memajukan

bidang pertanian.

5.1 Sasaran

Sasaran utama kami pada masa akan datang ialah dapat menguasai pasaran

cendawan tiram kelabu di seluruh Negeri Terengganu di mana rata-rata peniaga runcit

dan pasaraya memperoleh cendawan dari Pahang. Disamping itu, kami akan berusaha

untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai khasiat cendawan tiram

kelabu memandangkan masih ramai yang ragu-ragu untuk memakannya. Dalam pada

itu juga, kami akan sedaya upaya untuk mempromosikan cendawan goreng yang kini

begitu popular di selatan tanah air Malaysia. Kami juga sedang berusaha untuk

mengumpul seberapa banyak resipi yang yang berasaskan cendawan untuk diedarkan

kepada pelanggan kami. Ini kerana ramai yang tidak mengetahui kaedah masakan

yang sesuai bagi cendawan.

6.0 KESIMPULAN

Page 29: 7385684 Proposal Cendawan

Pertanian merupakan satu bidang yang tidak asing bagi kita. Namun demikian,

kita boleh lihat, hanya berapa orang sahaja yang betul-betul berminat untuk

menceburi bidang ini. Ramai golongan muda-mudi sekarang tidak berminat untuk

menceburi diri dalam bidang ini. Sebagai contoh, ramai muda-mudi sekarang tidak

bekerja malah graduan juga ramai yang tidak dapat bekerja. Mereka beranggapan

bahawa bidang pertanian tidak sesuai dengan meraka yang mempunyai kelulusan

dalam jurusan lain.

Disini kami ingin buktikan bahawa graduan seperti kami mampu untuk

menceburkan diri dalam bidang ini sehingga berjaya. Dengan kelulusan yang kami

ada, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu pertanian negara sejajar

dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara berasaskan pertanian.

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan projek kami telah dianggap berjaya mencapai

matlamat asalnya. Walaupun pada peringkat awal kami mempunyai banyak masalah

dan kesukaran, namun dengan kerjasama dan kesepakatan yang kami ada, segala

masalah dapat diatasi dengan berkesan. Tanpa bantuan pihak Jabatan Pertanian juga,

amat sukar untuk kami berjaya. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan

kami guna sebaik mungkin dan tidak akan mensia-siakan harapan yang telah

diberikan. Diharap juga, projek ini akan menjadi kerjaya utama kami untuik mencari

sumber pendapatan.

7.0 CADANGAN

Page 30: 7385684 Proposal Cendawan

Disini saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang boleh membantu dalam

menjayakan projek tanaman cendawan saya.

Jabatan pertanian seharusnya menyediakan kursus atau pendedahan

yang lebih mendalam dalam teknik penanaman cendawan.

Penyelidikan yang berterusan hendaklah dilakukan bagi mencari

formula terbaru untuk meningkatkan kadar keluaran cendawan untuk

setiap musim.

Pihak yang terlibat seharusnya menyediakan bantuan kepada

pengusaha-pengusaha bidang pertanian yang betul-betul bersungguh

dan gigih untuk memajukan industri ini.

Pihak Jabatan Pertanian juga seharusnya memantau setiap perjalanan

projek bagi memberi keyakinan dan semangat kepada pengusaha.