alam sekitar keterangan modul

4
1 MODUL: Kesan Alam Sekitar Keterangan modul: Pilihan kita Pengenalan Modul ini mengkaji tentang kehidupan dalam hutan di Malaysia, kesan penebangan hutan dalam jangka pendek dan jangka sederhana terhadap hidupan liar dan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar. Pelajar akan mengkaji isu-isu penebangan hutan dan menghasilkan kesimpulan dan menyatakan pendirian mereka tentang aktiviti penebangan hutan. Pelajar akan diberi maklumat dan data berkaitan pembalakan dan pembukaan hutan di beberapa bahagian dalam negara dan diminta untuk menilai kesan jangka pendek, sederhana dan panjang ke atas kehilangan hutan, seperti kesan ke atas spesies endemik, penduduk asal (orang asli) dan kepada negara secara keseluruhannya. Tajuk Tingkatan Masa diperlukan Kesan Alam Sekitar Tingkatan 2 10 jam

Upload: mbt8385

Post on 19-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Modul TIMSS

TRANSCRIPT

Page 1: Alam Sekitar Keterangan Modul

1

MODUL: Kesan Alam SekitarKeterangan modul: Pilihan kita

Pengenalan

Modul ini mengkaji tentang kehidupan dalam hutan di Malaysia, kesan penebangan hutan dalam jangka pendek dan jangka sederhana terhadap hidupan liar dan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar.

Pelajar akan mengkaji isu-isu penebangan hutan dan menghasilkan kesimpulan dan menyatakan pendirian mereka tentang aktiviti penebangan hutan.

Pelajar akan diberi maklumat dan data berkaitan pembalakan dan pembukaan hutan di beberapa bahagian dalam negara dan diminta untuk menilai kesan jangka pendek, sederhana dan panjang ke atas kehilangan hutan, seperti kesan ke atas spesies endemik, penduduk asal (orang asli) dan kepada negara secara keseluruhannya.

Tajuk Tingkatan Masa diperlukan

Kesan Alam Sekitar Tingkatan 2 10 jam

Page 2: Alam Sekitar Keterangan Modul

2

Tajuk Episod 1 Kehidupan tanpa pokok

Kaitan kurikulum: Isi kandungan

2.5 Menilai kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup2.6 Menilai peranan manusia dalam mengekalkan keseimbangan alam

Kaitan kurikulum: Kemahiran

• Membina persoalan yang boleh dikaji secara saintifik

• Meramalkan jawapan kepada persoalan dengan menggunakan pengetahuan sains

• Merancang dan mengkaji untuk menguji idea saintifik

• Menganalisis dan mentafsir data

• Menggunakan idea saintifik untuk menerangkan corak terhadap data

• Melaporkan idea saintifik dalam bahasa yang sesuai

Kaitan kurikulum: Sikap

• Mempunyai minat dan rasa ingin tahu terhadap alam sekitar

• Menyedari bahawa sains adalah satu cara untuk memahami alam

• Menghargai keseimbangan alam

• Bersikap fleksibel dan berfikiran terbuka

• Bersikap objektif

• Bersikap sistematik

• Berfikiran rasional

• Berani mencuba

Sumber pembelajaran

• Panduan Menagjar Episod

• Persembahan PowerPoint Episod 1: Kehidupan tanpa pokok

• Persembahan Prezi Episod 1: Kehidupan tanpa pokok

• Klip video lawatan muzium tahun 2057

• Lembaran kerja 1.1 Hutan hujan (1 bagi setiap pelajar)

• Lembaran kerja 1.2 Penebangan hutan (1 bagi setiap pelajar)

• Lembaran kerja 1.3 Akibat penebangan hutan (1 bagi setiap pelajar)

Episod-episod pembelajaran

Page 3: Alam Sekitar Keterangan Modul

3

Tajuk Episod 2 Hilang, hilang, pupus

Kaitan kurikulum: Isi kandungan

2.5 Menilai kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup2.6 Menilai peranan manusia dalam mengekalkan keseimbangan alam

Kaitan kurikulum: Kemahiran

• Membina persoalan yang boleh dikaji secara saintifik

• Meramalkan jawapan kepada persoalan dengan menggunakan pengetahuan sains

• Menganalisis dan mentafsir data

• Menggunakan idea saintifik untuk menerangkan corak terhadap data

• Melaporkan idea saintifik dalam bahasa yang sesuai

Kaitan kurikulum: Sikap

• Mempunyai minat dan rasa ingin tahu terhadap alam sekitar

• Menyedari bahawa sains adalah satu cara untuk memahami alam

• Menghargai keseimbangan alam

• Bersikap fleksibel dan berfikiran terbuka

• Bersikap objektif

• Bersikap sistematik

• Berfikiran rasional

• Berani mencuba

Page 4: Alam Sekitar Keterangan Modul

4

Sumber pembelajaran

• Panduan Menagjar Episod

• Persembahan PowerPoint Episod 2: Hilang, hilang, pupus

• Persembahan PowerPoint Episod 2: Hilang, hilang, pupus

• Lembaran kerja 2.1 Ancaman (1 bagi setiap pelajar)

• Lembaran kerja 2.2 Punca (Termasuk satu permainan interaktif dan 1 klip video YouTube [1 set kad bagi setiap kumpulan bertiga atau berempat, atau penggunaan satu komputer bagi setiap 3 atau 4 orang pelajar jika bermain menggunakan versi elektronik.])

• Lembaran kerja 2.3 Apa yang ingin anda lakukan? (Termasuk aktiviti main-peranan dalam perdebatan, dengan kad peranan bagi setiap kumpulan pelajar berempat atau berlima dan satu lembaran penilaian rakan sekelas bagi setiap pelajar.)

Strategi penilaian<Pentaksiran berasaskan sekolah yang sesuai perlu disertakan di sini>

Pembelajaran di luar sekolah

Episod 1: Aktiviti ini mengkehendaki pelajar menulis satu esei mengikut tahap kreativiti masing-masing dalam memberi penerangan tentang lapisan hutan hujan. Aktiviti ini mengkehendaki pelajar menggunakan apa-apa yang telah dipelajari dan menulis tentangnya dengan menggunakan ayat sendiri. Kerangka penulisan disediakan supaya pelajar kekal dalam memberi tumpuan kepada penulisan mereka. Mereka akan menggunakan kemahiran penilaian dan penaakulan untuk menyiapkan aktiviti ini. Penggunaan kerangka penulisan membantu pelajar yang ‘tidak tahu untuk memulakan penulisan. Terdapat cadangan-cadangan untuk memulakan ayat bagi membantu pelajar untuk menulis dengan baik serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri. Sebahagian pelajar mungkin tidak memerlukan kerangka tersebut namun disediakan juga untuk sesiapa yang memerlukannya

Episod 2: Rancang satu kajian yang menunjukkan perbezaan antara alam sekitar di kawasan yang berhutan dan bukan hutan. Ini hanyalah satu perancangan sahaja tanpa mengambil kira yang akan dilakukan, tetapi hendaklah ditulis seolah-olah kajian tersebut akan dilakukan.Bagi membantu pelajar, kerangka kajian disediakan untuk memberi panduan kepada pelajar pada setiap peringkat. Bagi merancang sesuatu penyiasatan, pelajar akan menggunakan maklumat yang ada untuk membina pendekatan amali mereka (penaakulan dan sintesis). Walaupun mereka tidak akan menjalankan penyiasatan namun kemahiran untuk mereka merancang adalah penting.