alam sekitar dan teks ucapan berkenaan e-waste

30
Alam Sekitar Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber- sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk

Upload: affiq-yusoff

Post on 02-Jul-2015

2.447 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

Alam Sekitar

Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.

Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan.

Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

Klik pada pautan-pautan berikut untuk mengetahui tentang langkah-langkah penjagaan alam sekitar. Air Bahan Buangan dan Kitar Semula Pemuliharan Udara

Water

There are a few countries in the world where fresh water flows freely and in abundance. Rainfall is plentiful in Malaysia, and therefore it becomes easy to take fresh water for granted. The truth is that Malaysia is on the verge of a major water crisis and effort is required from all its citizens to help improve the situation.

The following are a list of things we can all do to conserve water usage:

1. Turn the tap off while brushing your teeth. 2. Use a basin of water for shaving. 3. Take quick showers rather than baths.

Page 2: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

4. Make sure all leaks are fixed. 5. Install low and dual flush cisterns. 6. Install low flow shower heads and faucet aerators (which disperses water,

making it more efficient). 7. Use grey water (water used for washing) to water plants. 8. Water plants in the morning and evenings. Watering during midday heightens

evaporation and leaves less for the plants. 9. Wash dishes with a tub of water instead of running the tap.

On top of conserving water, it is important to ensure that we prevent our drinking water from being polluted. These are steps we can take to guard against water pollution.

Do not throw in the trash, pour down the drain or dump on the ground paint, antifreeze, motor oil, and other household hazardous wastes, because they can migrate to your water source.

Plant native plants instead of traditional lawn grass to avoid the use of herbicies, pesticides and fertilizers.

Waste and Recycling

Issues with overflowing landfill sites are a problem in many countries and Malaysia is no exception. Some countries are attempting to overcome this problem by incinerating the waste. However, the quantum of waste which is incinerated is small and incineration is not without its problems.

We have to do our part in ensuring that the amount of waste going to landfills is kept at a minimum. These are things we can do :

Reduce Bring your own bags when doing grocery shopping instead of using plastic bags. Buy in bulk. This will save you money and also reduce the amount of packaging

used.

Reuse Bring your own to the office instead of using disposable cups Buy reusable containers for storing food Buy sturdy grocery shopping bags which can be reused again and again Bring your own container when buying takeout food Use energy efficient light bulbs which not only lasts longer, but save on

electricity as well

Page 3: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

Sell or donate goods which you no longer want to use Use rechargeable batteries

Recycle Participate in your community recycling programme (if there are no programmes,

start one) Recycle car batteries and motor oils Separate your rubbish into recyclable and non-recyclable Start a composit pit using your organic waste (but not in highly populated areas

as this can attract rodents and pests). This becomes good and natural fertilizer for our plants

Use items which have been made from recycled materials (toilet paper, bottles, containers)

Pemuliharaan

Sebagai spesis yang paling berkembang di muka bumi, adalah amat penting bagi kita untuk berusaha melindungi dan memelihara penghuni lain di bumi ini. Bumi kita mempunyai sistem yang kompleks dan pelbagai hasil daripada hubungan simbiosis dan saling kebergantungan.

Setiap spesis mempunyai tempatnya sendiri dan biasanya tidak boleh ditukar ganti. Sebagai contoh, jike serangga menjadi pupus, banyak tumbuhan tidak akan dapat membiak dan ini mengakitbatkan binatang pemakan tumbuhan kebuluran.

Secara langsung, ini akan menjejaskan binatang lain ataupun manusia yang menjadikan binatang tersebut sebagai sumber makanan. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita untuk bergiat aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

Berikut adalah tindakan-tindakan yang boleh diambil: Elakkan pembersihan tanah kerana ini mengakitbatkan hakisan tanah yang

boleh mencemarkan sungai dan lautan Tanamlah pokok kerana ini boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan

menggantikan karbon dalam udara dengan oksigen Kurangkan penggunaan detergen kerana bahan ini mengandungi fosfat yang

boleh mengakitbatkan terlalu banyak nutrien terhasil. Kesannya pertumbuhan alga berlebihan akan mengganggu ekosistem semulajadi dan membunuh tumbuh-tumbuhan dan binatang. Jika perlu, gunakan detergen yang mengandungi kurang atau tiada fosfat.

Gunakan mesin basuh isian hadapan kerana jenis ini menggunakan kurang air dan hanya mulakan basuhan apabila isian penuh.

Buang sampah dalam tong yang disediakan. Walaupun sampah itu dibuang di sebarang jalan di Kuala Lumpur, kemungkinan akan sampai ke dalam lautan dan membunuh hidupan marin.

Page 4: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

Pastikan ikan sardin atau tuna yang anda beli ditangkap menggunakan jaring yang tidak membahayakan ikan lumba-lumba (biasanya ini tercatat pada tin).

Elakkan dari membuang minyak masak atau minyak jenis lain ke dalam sinki. Simpan minyak ini dalam bekas dan kitar semula.

Jangan makan atau gunakan produk yang diperbuat daripada binatang yang terancam atau dilindungi. Misalnya sirip ikan yu, sup penyu, kaki beruang dan lain-lain.

Udara

Hanya sedikit sahaja yang boleh kita peroleh secara percuma dalam kehidupan ini, seperti udara yang kita hirup. Namun, ini tidak lagi bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di negara-negara yang menandatangani Protokol Kyoto.

Sebagai peserta, Malaysia dikehendaki bertindak aktif untuk mengurangkan peghasilan karbon. Isu ini perlu diuruskan oleh organisasi-organisasi tertentu dan pihak kerajaan. Namun demikian, semua individu perlu bekerjasama dalam mengurangkan jumlah bahan cemar yang terlepas ke udara. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh kita ambil.

Servis kenderaan anda secara konsisten. Amalan ini menjadikan kenderaan anda lebih efisien dalam memproses bahan api (oleh itu, menjimatkan wang anda) serta mengurangkan pelepasan bahan cemar ke udara.

Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta. Ini bukan sahaja menjimatkan wang untuk minyak dan kos meletak kereta, malah ia lebih cepat.

Untuk perjalanan yang dekat, berjalan atau menunggang basikal kerana senaman yang dilakukan amat berfaedah.

Beli kereta yang lebih ekonomi. Biasanya kereta sebegini lebih murah dan anda dapat menjimatkan wang untuk bahan api.

Janagan gunakan penyembur aerosol. Penyembur pam menghalang pembebasan gas berbahaya ke atmosfera yang boleh menipiskan lapisan ozon.

Elakkan pembakaran secara terbuka.

Rujukan : http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Society%20and%20Life/Citizen/SocialWelfareandCommunication/Environment/Pages/myEnvironment.aspx

Page 5: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

UCAPAN

           YB DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR SEMPENA

PELANCARAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA PERINGKAT

KEBANGSAAN (MASM) 2010

21 OKTOBER 2010 (KHAMIS)

PUTRAJAYA

 

 

Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Yang Bertanggungjawab ke

atas Hal Ehwal Alam Sekitar

 

Y. Bhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

 

Y.Bhg. Dato’ Hajah Rosnani Ibarahim

Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia

 

Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-Puan yang dihormati

sekalian,

 

Selamat Pagi dan Selamat Sejahtera,

 

1.   Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas jemputan untuk

melancarkan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2010

serta Penganugerahan Bandar Lestari dan Wira Alam pada pagi ini.  Tahniah dan

syabas saya ucapkan kepada Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Induk

Sambutan dan semua pihak yang terlibat dan telah memberi kerjasama padu dalam

menjayakan Majlis ini yang pada tahun ini dadakan di Putrajaya.

 

2.    Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia dianjurkan setiap tahun bagi

memperkasakan program kesedaran alam sekitar dalam mempertingkatkan amalan

mesra alam di kalangan setiap individu di Malaysia dengan kerjasama sektor

swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Tahun ini tema sambutan adalah:

‘Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’.

 

3.         Pemilihan  Putrajaya sebagai lokasi Majlis pada tahun ini juga mempunyai

maksud yang tersendiri. Seperti yang kita sedia maklum, Putrajaya merupakan

Page 6: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

sebuah bandar lestari dan mesra alam atau sustainable city mula dibina pada tahun

1995  sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Dibangunkan berdasarkan

konsep bandar dalam taman,  sejumlah 38 peratus daripada jumlah keseluruhan

kawasan Putrajaya telah dibangunkan untuk kegunaan taman, tasik dan wetland,

manakala kawasan selebihnya meliputi kegunaan pejabat-pejabat dan kawasan

kediaman. Taman, tasik dan wetland ini dapat menyeimbangkan pembangunan dan

pada masa yang sama mengekalkan persekitaran yang sihat. Putrajaya juga

menyediakan kemudahan Park & Ride dengan bas NGV serta sentiasa menaiktaraf

perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengurangkan pergerakan kenderaan

bermotor di sekitar Putrajaya sebagai langkah untuk mengurangkan kadar

pelepasan gas-gas pencemar.

 

Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

4.         Alam sekitar yang bersih, sihat dan berkualiti adalah penting untuk

menjamin kesejahteraan rakyat. Kita harus sedar akan kepentingan khazanah alam

sekitar kerana Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kepelbagaian

biodiversiti yang tinggi di dunia. Kita juga amat bertuah kerana masih mampu

menghirup udara segar kerana kekayaan sumber semula jadi ini.

 

5.      Namun begitu, kegagalan kita memelihara alam sekeliling boleh

menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar yang akhirnya menjejaskan

kesejahteraan hidup rakyat sejagat. Masalah-masalah alam sekitar seperti

pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal dan toksik,

penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram dan sebagainya serta

fenomena perubahan iklim boleh menyebabkan ketidakseimbangan kepada alam

sekitar dan ekosistem. Gangguan kepada ekosistem ini boleh mengakibatkan

berlakunya pelbagai jenis bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kemarau dan

sebagainya.

 

6.    Sehubungan itu, Kerajaan telah memperkenalkan dasar dan garispanduan serta

menguatkuasakan pelbagai undang-undang berkaitan dengan alam sekitar.  Dasar,

garis panduan  dan program ini  perlu dijadikan panduan kepada semua pihak

termasuk Kerajaan-kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi

memastikan sumber semula jadi digunakan dengan lestari di samping alam sekitar

kita dipelihara.  Salah satu program yang diadakan ialah sambutan Minggu Alam

Sekitar Malaysia (MASM) yang diadakan setiap tahun.

 

Page 7: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

7.      Dalam usaha menjaga alam sekitar, bukan pihak Kerajaan sahaja yang harus

dipertanggungjawabkan, tetapi semua pihak perlu melibatkan diri secara aktif

dalam aktiviti  pemuliharaan alam sekitar. Apa yang penting adalah setiap individu

perlu bersedia membuat sedikit  perubahan kepada cara hidup seharian dengan

amalan-amalan mesra alam.  Back to basics, bunyinya mudah, namun amat

praktikal. Mari kita mulakan dengan 3 pendekatan asas, iaiatu, learn atau belajar,

practise atau amal dan share atau kongsi.

 

8.         Sebagai titik permulaannya,  para hadirin boleh menggunakan platform

Minggu Alam Sekitar kali ini, untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat

berkenaan alam sekitar serta bertanya kepada pegawai-pegawai bertugas, tentang

apa yang ingin anda tahu tentang pemeliharaan alam sekitar. Terdapat banyak

tapak pameran di sediakan sepanjang 3 hari mulai hari ini hingga Sabtu, 23

Oktober 2010.  Dengan pengetahuan yang ada, barulah kita dapat menghayati

semangat cintakan alam sekitar seterusnya melaksanakan langkah kedua iaitu

practise, atau amal.

 

9.         Pada hari ini, para hadirin semua dibekalkan dengan beg mesra alam

bersama-sama satu buku kecil  bertajuk “Amalan Mesra Alam”atau Environmental

Friendly Practices. Penggunaan Beg Mesra Alam ini merupakan salah satu contoh

amalan yang baik atau good practice dalam memelihara alam sekitar, kerana ia

dapat  mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli belah, dan

seterusnya mengurangkan pelupusan sisa yang tidak mudah terurai di tapak

pelupusan.

 

10.       First,  we learn, second, we practice and third, we share. Sama-samalah

sebarkan dan kongsi pengetahuan dan amalan anda dengan kaum keluarga, sahabat

handai, jiran, rakan sepejabat dan kenalan. Perkongsian maklumat dan amalan

adalah asas dalam membudayakan sesuatu amalan. Justeru, sebagai permulaannya,

ajaklah saudara mara dan kenalan berkunjung ke sini dan sama-sama

memanfaatkan ilmu yang ada serta, jika berpeluang, dapat turut serta dalam aktiviti

yang disediakan sepanjang Minggu Alam Sekitar berlangsung.

 

Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

Page 8: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

11.       Sambutan tahun ini, antara lain, memberi tumpuan kepada pengurusan sisa

elektronik atau dikenali sebagai E-waste.  Di seluruh dunia terdapat hampir 5

billion pelanggan telefon bimbit pada masa sekarang dan 15 billion bateri telefon

bimbit dijual setiap tahun. Di Eropah dianggarkan sebanyak 100 juta telefon

bimbit dilupuskan setiap tahun dan secara purata pengguna menukar telefon bimbit

setiap 18 bulan.   Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media

(SKMM) melaporkan bahawa 6.22 juta rumah tangga (household) di Malaysia

mempunyai television pada tahun 2009.  Peratusan rumah tangga di Semenanjung

Malaysia yang mempunyai television ialah 96% manakala di Sabah dan Sarawak

peratusannya ialah 88%. Di samping itu, 80% lagi penduduk memeliki radio. Pada

2009 SKMM juga mendaftarkan 30.4 juta telefon bimbit  iaitu, 24.1 juta telefon

bimbit pra-bayar dan 6.3 juta pasca bayar.

 

12.       Peningkatan dalam penggunaan barangan elektronik sememangnya

menyebabkan bertambahnya amaun e-waste yang di dikeluarkan  di negara ini.  E-

waste apabila ianya tidak di urus dengan baik dan selamat  boleh menyebabkan

pencemaran alam sekitar dan kemudharatan kesihatan manusia kerana ianya

mengandungi bahan-bahan toksik dan berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik,

kadmium, selenium, kromium heksavalen, penebat api (fire retardant) dan

sebagainya yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar.  Sebaliknya jika

buangan ini diurus dengan baik, ianya juga dapat memberi peluang perniagaan

yang memberi pulangan yang lumayan, kerana di dalam e-waste terdapat juga

bahan-bahan bernilai seperti emas, perak dan lain-lain.

 

Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

13.       E-waste adalah dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang telah dikuatkuasakan mulai 15 Ogos

2005.  Bagi mengurus ewaste secara baik, sebanyak 138 lesen telah dikeluarkan

oleh Jabatan Alam Sekitar untuk kemudahan-kemudahan pemerolehan kembali

buangan tersebut.  Semenjak penguatkuasaan Peraturan Buangan Terjadual, kuantiti

ewaste yang dikutip untuk dipemerolehan kembali oleh kemudahan-kemudahan yang

dilesenkan telah meningkat dari 40,300 tan metrik pada 2006 kepada 134,000 tan metric

pada tahun 2009.

 

14.       Pada 30 Ogos 2007 Kerajaan telah meminda seksyen 34B, Akta Kualiti

Alam Sekeliling 1974 di mana pihak yang didapati bersalah melupuskan e-waste

secara haram boleh dikenakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun penjara

Page 9: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

dan denda tidak melebihi RM 500,000.  Sepanjang  tahun 2009, sebanyak 28

“illegal shipment” telah berjaya ditahan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksias Di

Raja. Kesemua “shipment” berkenaan telah dikembalikan ke negara asal seperti

Amerika Syarikat, Korea Selatan, India, Kanada, Indonesia, Jepun, New Zealand,

Hong Kong, Filipina, Singapura dan China. Selain itui, tindakan mahkamah telah

diambil ke atas satu kes   pengimportan e-waste secara haram ke negara ini pada

tahun 2009. Pengarah Syarikat berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda

sebanyak RM180,000.00  serta  penjara mandatori selama satu hari.

 

Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

15.          Bagi menyedarkan orang ramai tentang keperluan pengurusan buangan e-

waste yang teratur, kempen kesedaran mengenai pengumpulan buangan bateri dan

telefon bimbit telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber

Asli dan Alam Sekitar. Bagi maksud ini sebanyak 440 buah tong kitar semula telah

ditempatkan di 200 premis pejabat-pejabat agensi kerajaan termasuk di Putrajaya,

agensi swasta termasuk pusat penjualan telefon bimbit, institusi pengajian tinggi

serta beberapa buah pasaraya membeli-belah utama.  Kempen ini adalah untuk

menggalakan orang ramai meletakkan bateri dan telefon bimbit luput di dalam

tong kitar semula  untuk untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan secara

teratur.

 

16.       Saya difahamkan syarikat-syarikat pemerolehan kembali ewaste, pihak kutipan

ewaste dan juga syarikat telefon bimbit juga mengambil bahagian dalam pamiran

sempena sambutan MASM kali ini. Saya ingin menggalakkan para hadiran terutamanya

warga Putrajaya untuk mengunjung pameran ini dan mempelajari cara-cara pengurusan

ewaste secara baik.  Di samping itu tuan-tuan dan puan-puan juga boleh membawa

ewaste tuan/puan untuk diserahkan kepada syarikat-syarikat berkenaan untuk dikitar

semula.

 

Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

  

17.       Bersempana dengan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia,  pada pagi

ini diadakan juga penyampaian Anugerah Bandar Lestari 2009/2010 dan Anugerah

Wira Alam 2010.  Penyampaian anugerah-anugerah ini  merupakan pengiktirafan

Kerajaan ke atas sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh Pihak Berkuasa

Temptan dan individu ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Semoga ia menjadi motivasi dan pendorong kepada Pihak-Pihak Berkuasa

Page 10: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

Tempatan serta individu-individu untuk meneruskan usaha dan sumbangan yang

telah diberikan.

 

18.       Kepada penerima-penerima anugerah-anugerah ini serta penerima-penerima

kategori khas, saya mengucapkan tahniah dan berharap pemenang-pemenang akan

terus berusaha mengekalkan dan meningkatkan kecemerlangan pengurusan alam

sekitar.

 

19.       Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Alam Sekitar

dan Jabatan Kerajaan Tempatan yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen

dalam menjayakan Program Penganugerahan Bandar Lestari ini.

 

Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

20.       Kejayaan pengurusan alam sekitar secara berterusan memerlukan

kerjasama bersepadu daripada setiap lapisan mesyarakat.  Justeru, adalah menjadi

harapan Kementerian saya supaya tumpuan berterusan diberi kepada usaha

meningkatkan lagi kesedaran dan komitmen orang ramai, badan bukan kerajaan, 

pihak swasta dan industri bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk menjadikan

Malaysia sebuah negara yang berteraskan pembangunan lestari atau “sustainable

development”.

 

21.       Dengan kata-kata itu, saya dengan sukacitanya merasmikam Pelancaran

Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2010.

 

Sekian, terima kasih.

Rujukan:http://www.nredev.nre.gov.my/ucapan/archive/2010/10/27/pelancaran-minggu-alam-sekitar-2010.aspx

Page 11: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR DI

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2010

 24 OKTOBER 2010 (JUMAAT)

HILLS SHOPPING MALL, KUCHING 

 Yang Berhormat Datuk Peter Nansian ak. NgusieMenteri Muda Alam Sekitar Sarawak Yang Berhormat Dr. Stephen Rundi ak. UtomMenteri Muda Kesihatan Awam dan Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak Yang Berusaha En Ismail Ithnin

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak

 

Yang Berusaha En. Sim Yian Chai

Pengarah, GVE Strategic Waste Sdn. Bhd.

 

Yang Berusaha En. Luke

Pengurus Besar, Umicore Belgium

Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan

 

Para pelajar dari institusi pengajian tinggi/sekolah

 

Wakil-wakil media massa, cetak dan elektronik 

Tuan-Tuan & Puan-Puan yang dihormati sekalian.

  Selamat Tengahari, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,  

Page 12: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

1.         Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, GVE Strategic Waste Sdn. Bhd., DNS Waste Management Sdn. Bhd., Umicore Malaysia Sdn. Bhd. dan Hills Shopping Mall, Kuching kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan E-Waste  Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010.  2.    Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kesudian tuan-puan dapat menghadirkan diri bersama-sama menjayakan program berkaitan kesedaran alam sekitar khususnya pengurusan E-Waste. Kehadiran tuan-tuan, dan puan-puan sekalian boleh diterjemahkan sebagai bukti sokongan dan komitmen anda semua dalam usaha menghargai dan memulihara alam sekitar.  Yang Berhormat dan Hadirin yang saya hormati, 3.    Kemajuan dalam teknologi pengeluaran barangan elektrik dan elektronik termasuk komputer persendirian, televisyen, alat penghawa dingin, mesin basuh, telefon bimbit dan bateri, meningkat dengan kadar yang cepat sekali. Justeru itu barangan elektrik dan elektronik menjadi cepat luput (obsolete) dalam tempoh yang singkat sebaik sahaja model baru diperkenalkan di pasaran.  Di samping itu, barangan elektrik dan elektronik yang lama, rosak dan sebagainya perlu juga dilupuskan. Dengan itu terhasillah buangan elektrik dan elektronik ataupun lebih di kenali sebagai e-waste. 4.   Menurut International Telecommunication Union (ITU), jumlah pelanggan telefon bimbit di seluruh dunia pada tahun 2009 ialah sebanyak  4.6 billion dan angka ini dijangka melebihi 5 billion pada tahun 2010.  Hampir 15  billion bateri telefon bimbit dijual setiap tahun. Di Eropah dianggarkan sebanyak 100 juta telefon bimbit dilupuskan setiap tahun dan secara purata pengguna menukar telefon bimbit setiap 18 bulan.  Menurut  Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM),  6.22 juta rumah tangga (households) memiliki television pada tahun 2009. Sebanyak 96% rumah tangga di Semenanjung Malaysia mempunyai  television manakala peratusan di Sabah dan Sarawak ialah 88%. Di samping itu, 80% lagi rumah tangga memiliki radio. Pada tahun 2009, SKMM juga mendaftarkan 30.4 juta telefon bimbit  iaitu, 24.1 juta telefon bimbit pra-bayar dan 6.3 juta pasca bayar.  5.    Berdasarkan trend peningkatan penjualan dan penggunaan barangan elektronik dan elektrik tersebut, amaun e-waste di peringkat global meningkat sebanyak 40 juta tan setiap tahun. Menurut satu laporan lagi, menjelang tahun 2020, jumlah e-waste daripada komputer lama di India akan meningkat sebanyak 500 peratus.  Manakala di Afrika Selatan dan China peningkatannya adalah dalam lingkungan di antara  200 hingga 400 peratus. Justeru, pengurusan

Page 13: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

e-waste kini menjadi satu cabaran besar kepada semua negara termasuk Malaysia. Yang Berhormat dan Hadirin yang saya hormati, 6.         Pembuangan E-waste secara tidak terkawal atau jika ia tidak diurus dengan baik boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar. Ini ialah kerana E-waste mengandungi bahan toksik dan logam berat yang sangat berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik, kadmium, selenium, kromium heksavalen, penebat api (fire retardant) dan sebagainya yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar.  Pada masa yang sama, sisa ini merupakan satu sumber yang berharga dan negara akan rugi jika ia tidak dimanfaatkan dengan baik.  Jika buangan ini diurus dengan baik, ianya juga dapat memberi peluang perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan, kerana di dalam e-waste terdapat juga bahan-bahan bernilai seperti emas, perak dan lain-lain. Menurut satu kajian, pasaran untuk e-waste di peringkat dunia dijangka meningkat daripada US$ 6.9 bilion pada tahun 2009 kepada US$ 21 bilion pada 2020. 7.         Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia memang serius dalam memastikan e-waste diuruskan secara selamat dan berkesan di negara kita supaya tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat, di samping memperolehi manfaat ekonomi. Pendekatan yang diambil merangkumi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan termasuk mengawal pengimportan E-Waste secara haram, penggalakan aktiviti pemerolehan kembali buangan tersebut dan meningkatkan kesedaran masyarakat.  8.         Dasar dan strategi Kerajaan dalam pengurusan e-waste adalah sepertimana termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang telah dikuatkuasakan mulai 15 Ogos 2005. Menurut Peraturan ini, E-Waste boleh didefinisikan sebagai peralatan elektronik dan elektrikal yang telah luput dan ianya adalah salah satu daripada berbagai jenis buangan terjadual atau scheduled waste dengan kod SW 110. Peraturan ini juga memperuntukkan untuk pemerolehan kembali e-waste seboleh mungkin. E-waste yang tiada nilai komersial perlu dilupuskan di tapak/premis yang dilesenkan oleh pihak JAS. 9.    Sehingga kini, sebanyak 153 lesen telah dikeluarkan oleh JAS untuk kemudahan pemerolehan kembali buangan terjadual di Malaysia, iaitu sebanyak 19 kemudahan penuh perolehan kembali (full recovery  facility)  dan 134 kemudahan separa perolehan kembali (partial recovery facility) termasuk 7 yang dilesenkan oleh JAS Sarawak Kemudahan ini menjalankan aktiviti mengasingan bahan berguna di dalam e-waste  seperti logam, kaca dan plastik dan akhirnya memperolehi logam-logam spesifik seperti tembaga, emas, perak dan sebagainya, untuk dijual pada harga yang lebih tinggi untuk kegunaan-kegunaan lain yang juga akan memberi pulangan hasil yang sangat baik.

Page 14: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

Semenjak penguatkuasaan Peraturan Buangan Terjadual 2005, kuantiti e-waste yang dikutip untuk dipemerolehan kembali oleh kemudahan-kemudahan yang dilesenkan telah meningkat dari 40,300 tan metrik pada 2006 kepada 134,000 tan metric pada tahun 2009.  Di Sarawak pula, dianggarkan 641 MT E-Waste terhasil untuk tempoh Januari hingga Oktober 2010. 10.       Di samping itu, pada 30 Ogos 2007 Kerajaan telah meminda seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana pihak yang didapati bersalah melupuskan e-waste secara haram boleh dikenakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun penjara dan denda tidak melebihi RM 500,000.  Berikutan ini, sepanjang  tahun 2009, sebanyak 28 “illegal shipment” telah berjaya ditahan oleh pihak Jabatan Kastam dan Eksias Di Raja. Kesemua “shipment” berkenaan telah dikembalikan ke negara asal seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, India, Kanada, Indonesia, Jepun, New Zealand, Hong Kong, Filipina, Singapura dan China. Kebanyakan e-waste berkenaan terdiri daripada alat-alat komputer dan CRT (cathode ray tube).  Selain itu, tindakan mahkamah telah diambil ke atas satu kes   pengimportan e-waste secara haram ke negara ini pada tahun 2009. Pengarah Syarikat berkenaan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM180,000.00  serta  penjara mandatori selama satu hari.   Yang Berhormat ,Tuan-Tuan dan Puan-Puan,  11.       E-Waste juga tersenarai sebagai buangan berbahaya di bawah Konvensyen Basel Yang Mengawal Pergerakan Merentasi Sempadan Buangan Berbahaya di bawah Annex VIII dengan kod A 1180 dan A 2010, di mana Malaysia adalah parti kepada Konvensyen tersebut.  Bagi mengelakkan pengimportan E-Waste secara haram dari luar negara pula, Jabatan  Alam Sekitar telah mengeluarkan satu garis panduan bertajuk  Guidelines for the Classification of Used Electrical And Electronic Equipment In Malaysia, 2008. Garis panduan ini menggariskan bahawa pengimportan E-Waste bagi tujuan pemerolehan kembali dan pelupusan adalah dilarang sama sekali. Walau bagaimanapun, pengimportan Used Electrical And Electronic Equipment masih dibenarkan bagi tujuan guna semula jika barangan berkenaan disahkan masih berfungsi dengan baik atau berumur tidak melebihi 3 tahun daripada  tarikh ianya dikeluarkan.

12.       Di samping penguatkuasaan undang-undangan dan penggalakan aktiviti pemerolehan kembali, Kementerian dan pihak JAS dengan kerjasama semua pihak juga mengadakan pelbagai program kesedaran seperti Program Rakan Alam Sekitar dan Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar termasuk isu pengurusan sisa E-waste.  Dalam Sambutan Minggu Alam Malaysia 2010 (Peringkat Kebangsaaan) yang telah diadakan pada 21 Oktober 2010, pengurusan E-waste telah diberi tumpuan

Page 15: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

dengan penyertaan aktif oleh syarikat-syarikat pemerolehan kembali ewaste, pihak kutipan e-waste dan juga syarikat telefon bimbit.

 

13.   Untuk mencapai keberkesanan pengurusan E-Waste secara menyeluruh, Jabatan Alam Sekitar juga telah mengadakan beberapa kempen kesedaran orang ramai mengenai kitar semula dan pelupusan E-Waste. Kempen yang pernah dan sedang dijalankan menerusi kerjasama Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (PIKOM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. telah diadakan di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.  Kempen ini bertujuan dan  memastikan E-Waste yang terhasil akan dikutip, dikumpulkan dan tidak dibuang di tapak pelupusan sampah. Ini dilakukan untuk mengelakkan  kesan pencemaran jangka panjang akibat dari kandungan logam-logam berat seperti raksa, nikel dan  plumbum.

14.    Selain itu, kempen kesedaran mengenai pengumpulan buangan bateri dan telefon bimbit telah dijalankan oleh pihak JAS. Bagi maksud ini sebanyak 440 buah tong kitar semula telah ditempatkan di 200 premis pejabat-pejabat agensi kerajaan termasuk di Putrajaya, agensi swasta termasuk pusat penjualan telefon bimbit, institusi pengajian tinggi serta beberapa buah pasaraya membeli-belah utama.  Kempen ini adalah untuk menggalakkan orang ramai meletakkan bateri dan telefon bimbit luput di dalam tong kitar semula  untuk untuk tujuan pemerolehan kembali atau pelupusan secara teratur. 

Yang Berhormat ,Tuan-Tuan dan Puan-Puan,  15.       Untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pengurusan E-Waste, Jabatan Alam Sekitar sedang mengkaji menggubal peraturan atau  “take back policy” khusus untuk menggalakkan semua  pengeluar atau pengimport  barangan elektrik dan elektronik  mengambil balik barangan elektrik dan elektronik yang telah luput  untuk dikitar semula atau dilupuskan secara selamat.  Khususnya di Sarawak pula, sukacitanya saya menyarankan agar kerja sama erat dan kempen pengumpulan E-Waste ini dipergiatkan dengan lebih proaktif di antara JAS Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan mahu pun Pejabat Residen Bahagian.  Selain itu  saya mencadangkan supaya diperbanyakkan pusat 3P iaitu Pemungutan, Pengumpulan dan Pengangkutan serta mengwujudkan kemudahan penuh atau separa perolehan kembali E-Waste di semua Bahagian Sarawak.

16.    Dalam hubungan ini, saya mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, GVE

Page 16: Alam Sekitar Dan Teks Ucapan Berkenaan E-waste

Strategic Waste Sdn. Bhd., DNS Waste Management Sdn. Bhd., Umicore Malaysia Sdn. Bhd. dan Hills Shopping Mall, Kuching atas inisiatif dan usaha sama dalam menganjurkan kempen pengumpulan e-waste di negeri Sarawak. Semoga usaha ini akan mencapai matlamat yang disasarkan, di samping menjadi dorongan kepada pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk menganjurkan aktiviti yang serupa ke arah pengurusan e-waste yang lebih cekap dan berkesan di negara ini amnya dan di Sarawak khasnya.

 

17.       Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan E-Waste Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010 pada pagi ini. Semoga komitmen dan kerjasama yang terjalin ini akan berterusan bagi menjayakan agenda mempertingkatkan kesedaran berkaitan pengurusan E-Waste di Negeri Sarawak pada masa akan datang.  18.   Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan E-Waste Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2010. Sekian. Terima kasih.  

Rujukanhttp://www.nredev.nre.gov.my/ucapan/archive/2010/10/25/pelancaran-kempen-pengumpulan-e-waste-peringkat-negeri-sarawak-2010.aspx