pelaksanaan e waste

37
PELAKSANAAN E-WASTE & GREEN IT: PERANAN PEJAWAT AWAM 1 OLEH: PUAN CORNELIA GREGORY KOLOPIS HAN BAHAGIAN PERANCANGAN

Upload: nooritapgsrsains09

Post on 28-Sep-2015

71 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

penulisan

TRANSCRIPT

  • PELAKSANAAN E-WASTE & GREEN IT: PERANAN PEJAWAT AWAM

    1

    OLEH: PUAN CORNELIA GREGORY KOLOPIS HAN

    BAHAGIAN PERANCANGAN

  • LATAR BELAKANG

    ICT HIJAU (GREEN ICT)

    E-WASTE

    CABARAN

    PERANAN PEJAWAT AWAM

    RUMUSAN

    2

    KANDUNGAN

  • TAHUKAH ANDA?

    3

    Penggunaan Tenaga dari ICT

    600 million tons a year

    2% pembebasan Karbon Dioksida adalah daripada ICT

  • KENAPA PERLU ICT HIJAU?

    5

    Berlaku pembaziran tenaga elektrik

    Percetakan yang tidak dikawal;

    Pencemaran akibat teknik pembuatan komputer, teknik pembungkusan komputer dan kaedah

    pelupusan komputer yang tidak teratur;

  • LATAR BELAKANG

    Dasar Teknologi Hijau Negara telah dibangunkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

    dan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 24

    Julai 2009

    Kerajaan melalui Garis Panduan Rancangan Malaysia Ke-10 menegaskan keperluan untuk semua

    agensi Kerajaan menginstitusikan polisi dan amalan

    Teknologi Hijau;

    Pada 3hb Ogos 2010, Garis Panduan Penggunaan ICT Ke Arah ICT Hijau Dalam perkhidmatan Awam

    yang dikeluarkan oleh MAMPU;

    6

  • TAKRIFAN ICT HIJAU

    8

    Merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan pelupusan komputer, pelayan (server) serta alat-alat aksesori dan peralatan

    rangkaian secara berkesan dan efektif;

    Meminimumkan kesan atau tiada kesan terhadap alam sekitar;

    Mengurangkan penggunaan bahan bahaya; Menjimatkan tenaga elektrik; Memanjangkan jangka hayat penggunaan

    produk ICT.

  • PERINGKAT PELAKSANAAN ICT HIJAU

    9

    Pengeluaran CO2 yang rendah

    Penggunaan bahan toksik yang minimum

    Penggunaan Komputer

    Pelupusan Komputer

    Perolehan Komputer

    ICT HIJAU

    Menjimatkan tenaga elektrik

    Penggunaan aplikasi online

    Memanjangkan jangka hayat penggunaan komputer

    Mengikut tatacara pelupusan yang ditetapkan

    PROGRAM

    OBJEKTIF

  • TIPS PENGGUNAAN ICT KE ARAH ICT HIJAU

    10

    Tidak mengaktifkan Screen Saver;

    PC dengan screensaver menggunakan lebih dari 100Watt kuasa elektrik berbanding dengan hanya sekitar 10W dalam sleep mode

    Memastikan PC/monitor dalam keadaan standby mode atau sleep mode selepas 5 minit tidak digunakan.

  • TIPS PENGGUNAAN ICT KE ARAH ICT HIJAU

    11

    Memastikan kemudahan Power Management untuk PC dan komputer riba diaktifkan;

    Berdasarkan kajian 90% desktop tidak mengaktifkan Power Management. Dengan mengaktifkan Power Management dapat mengurangkan kos tenaga dan meningkatkan jangka hayat peranti;

  • TIPS PENGGUNAAN ICT KE ARAH ICT HIJAU

    12

    Memastikan PC, Pencetak dan pengimbas dimatikan dan palamnya (plug) dicabut dari soket apabila tidak digunakan dalam tempoh yang agak lama

    18% pejawat awam tidak pernah mematikan komputer mereka pada waktu malam atau minggu- 700,000 tonnes CO2

    Kita boleh menjimatkan antara RM25 hingga RM30 pada bil elektrik bagi setiap PC setiap tahun dengan memadamkan kuasa ketika tidak digunakan.

  • TIPS PENGGUNAAN ICT KE ARAH ICT HIJAU

    14

    Penggunaan Pencetak Mengaktifkan kemudahan duplex dan mode

    draf pada pencetak sebagai default. Ini

    adalah untuk menjimatkan penggunaan

    kertas dan dakwat pencetak;

    Mengurangkan bilangan pencetak stand-alone dengan pewujudan pencetak

    rangkaian yang dapat dikongsi bersama oleh

    penjawat awam;

    Dokumen yang berkenaan sahaja yang dicetak;

    Memastikan supaya penggunaan kertas secara optimum; dan

    Mengurangkan penggunaan bahan seperti riben, kertas dan toner

    Matikan pencetak jika tidak digunakan.

  • TIPS PENGGUNAAN ICT KE ARAH ICT HIJAU

    15

    Guna Liquid Crystal Display(LCD) monitor berbanding Cathode Ray Tube(CRT) bagi penjimatan elektrik antara 30% -

    50%.

    Penggunaan saiz monitor mengikut kesesuaian Lebih besar monitor, lebih banyak tenaga elektrik digunakan Lebih terang paparan, lebih banyak tenaga elektrik

    digunakan;

  • TIPS PENGGUNAAN ICT KE ARAH ICT HIJAU

    18

    Penggunaan Aplikasi Penggunaan satu sistem rangkaian utama sepenuhnya.

    Contoh: Sabah.Net

    Mengurangkan penggunaan kertas dan bahan cetak menerusi penggunaan perkhidmatan online;

    Mempertingkatkan penggunaan kemudahan e-mel untuk berkomunikasi tanpa kertas;

    Mempertingkatkan pembangunan aplikasi online bagi menggantikan proses kerja secara manual

  • 19

    Sumber:

    New Sabah Times,

    27 Jun 2013

  • TIPS PENGGUNAAN ICT KE ARAH ICT HIJAU

    20

    Peringkat Pelupusan Mengikut Pekeliling Kementerian Kewangan Negeri

    3/2013: Tatacara Pelupusan E-Waste Melibatkan Peralatan

    ICT Kerajaan Negeri Sabah bertarikh 13 Mac 2013.

    Mengambil kira pemuliharaan alam sekitar serta amalan hijau sama ada ianya masih boleh diguna pakai (reuse)

    dan dikitar semula (recycle)

    Mengguna semula alatganti komputer yang masih boleh digunakan

  • ANTARA TAHUN 1997 -2004

    21

    1.2 Billion tan PLUMBUM diguna dalam komputer dan komponen komputer

    400,000 paun MERKURI diguna dalam pembuatan peralatan elektrikal dan elektronik;

    4 Billion PLASTIK diguna dalam pembuatan peralatan elektrikal dan elektronik;

    2 juta paun KADMIUM diguna dalam pembuatan peralatan elektrikal dan elektronik;

    315 juta komputer dikategori USANG (sama ada dibuang, derma atau dikitar semula)

    Peningkatan Pelupusan peralatan menjadikan 20-50 million tan setahun. Bahan buangan elektrik/elektronik ini dikenali sebagai E-Waste. Apa yang perlu kita lakukan untuk generasi masa depan kita?

  • APAKAH ITU E-WASTE?

    22

    E-waste adalah singkatan bagi Electronic Waste yang merujuk kepada bahan buangan elektrik atau elektronik yang telah rosak/sudah usang akibat: Kemajuan dalam teknologi

    Perubahan gaya hidup

    Jangka hayat peralatan elektronik yang pendek (cepat rosak)

  • KLASIFIKASI E-WASTE

    23

    Peralatan Electronic Komputer, Server, Monitor, TV &

    printer Alat Telekomunikasi

    Telefon bimbit, pager, kalkulator,

    Alat Perakam DVD, CD, Tape, Floppy Disk

    Komponen Elektronik Chips, processor, mother

    boards, printer circuit board

  • KOMPOSISI E-WASTE

    24

    PERATUS KOMPOSISI E-WASTE BERDASAR KAJIAN (Komponen bahan-bahan elektrik yang dibuang)

  • KRISIS E-WASTE

    25

    KENAPA BERLAKU KRISIS E-WASTE?

    Perubahan teknologi yang semakin canggih

    Inovasi dan modenisasi

    Perubahan gaya hidup

    Tawaran menarik dari industri pembuatan

    Kitaran hidup peralatan elektronik yang pendek

  • CONTOH E-WASTE

    26

    LONGGOKAN E-WASTE DI SALAH SEBUAH JABATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

  • TAHUKAH ANDA?

    27

    Bahan elektrik dan elektronik mengandungi bahan-bahan kimia/toksik dan beberapa jenis logam berat yang berbahaya;

    Mengandungi bahan-bahan logam yang bernilai dan boleh di kitar semula

  • KESAN E-WASTE

    28

  • RISIKO BAHAN-BAHAN TOKSIK

    29

    Bahan Pencemar Banyak Diguna untuk

    Jika tidak diurus dengan baik (dibakar/dikubur) Akan menyebabkan:

    Plumbum/Lead - Digunakan untuk pematrian pada papan litar

    Papan litar Skrin

    Komputer

    Pembakaran papan litar komputer menyebabkan pencemaran udara

    Gangguan sistem saraf Sakit kepala Kehilangan selera makan Kesan serius kepada pertumbuhan kanak-kanak

    Kadmium -pemstabil plastik

    Sel Bateri Pengesan

    infrared

    Kadmium dan sebatian kadmium boleh berkumpul di dalam badan manusia terutamanya buah pinggang melalui proses pernafasan.

    Raksa/Merkuri - Thermometer

    Skrin komputer

    Suis Bateri Lampu

    Mudah bertindak balas dengan air; Mencemari rantaian makanan(plankton) melalui

    ikan Menyebabkan kerosakan otak yang kronik

  • RISIKO BAHAN-BAHAN TOKSIK

    30

    Bahan/ Kegunaan

    Banyak diguna untuk

    Jika tidak diurus dengan baik (dibakar/dikubur) Akan menyebabkan:

    Plastik Diguna untuk pembungkusan

    Penyalut kabel kuprum

    Bahan yang sukar untuk diuraikan kerana pada kebiasaannya disaluti dengan bahan kimia yang kalis api.

    Memberi kesan kepada alam sekitar dan risiko beberapa jenis kanser.

  • PELUPUSAN E-WASTE

    31

    PELUPUSAN BUANGAN ICT YANG TIDAK TERKAWAL DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KAYU MADANG

  • INISIATIF KERAJAAN NEGERI

    33

    Pekeliling Kementerian Kewangan Negeri 3/2013 : TATACARA PELUPUSAN E-WASTE MELIBATKAN PERALATAN ICT KERAJAAN NEGERI SABAH bertarikh 13 Mac 2013

    Menerangkan tatacara pengurusan e-waste untuk agensi kerajaan negeri

    Tatacara Pelupusan E-waste Melibatkan Peralatan ICT Kerajaan Negeri

  • INISIATIF KERAJAAN NEGERI

    34

  • INISIATIF KERAJAAN NEGERI

    35

  • INISIATIF KERAJAAN NEGERI

    36

  • TABURAN E-WASTE

    37

  • CABARAN ICT HIJAU

    38

    (1) Kurang program kesedaran dan kursus mengenai ICT Hijau untuk pengguna;

    (2) Kurang penekanan terhadap budaya ICT Hijau; (3) Masalah set minda dan sikap pengguna-kurang peka dan kurang

    bertanggungjawab; (4) Kurang komitmen pihak atasan; (5) Kurang penguatkuasaan terhadap polisi dan prosedur (6) Sukar menerima pembaharuan yang digariskan oleh Kerajaan;

    Berdasarkan kajian yang dilakukan, masalah ini banyak berlaku terutamanya kumpulan sokongan. Antara alasan yang diberi ialah tugasan akan tergendala jika mengaktifkan Power Management yang mana sistem ini akan mematikan PC atau pencetak jika tidak digunakan dalam satu tempoh masa yang tertentu, Jadi mereka terpaksa menghidupkan semula PC walaupun hanya mengambil masa kurang dari seminit, tetapi ia tetap memberikan kesan gangguan.

  • 39

    Sisa elektrik dan elektronik dilupuskan bersama sisa domestik di tapak pelupusan milik Pihak Kerajaan Tempatan (PBT).

    Prasarana untuk melupuskan e-waste secara selamat di Sabah belum ada.

    Tahap kesedaran orang awam terhadap kepentingan pengurusan e-waste masih rendah terutamanya dari punca isirumah.

    Kuantiti e-waste yang semakin meningkat susulan keusangan gadget yang begitu cepat akibat permintaan teknologi terbaru yang begitu tinggi.

    Kurang penguatkuasaan undang-undang oleh pihak yang bertanggungjawab.

    Belum banyak lokasi pegumpulan e-waste yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab

    Pengguna tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada e-waste atau sisa terjadual (dengan merkuri) selepas di pungut oleh pihak-pihak tertentu.

    CABARAN PELAKSANAAN E-WASTE

  • PERANAN PEJAWAT AWAM

    40

    (1) Fahami amalan ICT Hijau dan tatacara pelupusan E-waste; (2) Beli peralatan ICT bila benar-benar diperlukan dan mengikut

    kesesuaian; (3) Ubah cara anda menggunakan ICT dengan melaksanakan

    amalan Green ICT di pejabat Perkongsian pencetak; Penjimatan kertas komputer; Mematikan suis komputer/pencetak jika tidak digunakan; Galakkan menggunakan e-mel, sistem aplikasi online)

    (4) Pelupusan E-Waste Hanya peralatan yang benar-benar rosak sahaja yang

    dilupus;

  • PERANAN DALAM E-WASTE

    42

    Tanggungjawab kita dalam E-Waste

  • KESIMPULAN

    43

    ICT merupakan salah satu penyumbang kepada pengguna tenaga yang utama pada masa kini;

    Namun ICT boleh menjadi bahagian yang bermanafaat melalui usaha ICT Hijau dan pelaksanaan E-Waste;

    Untuk itu, jadikan komitmen kita terhadap ICT Hijau dan pelaksanaan E-Waste menjadi satu amalan dan tindakan dari sekarang.

    SAYANGI BUMI KITA UNTUK GENERASI AKAN DATANG dengan merealisasikan program ICT Hijau dan pelaksanaan E-Waste adalah tanggungjawab bersama kerana sekiranya bumi terancam dan alam sekitar tercemar, semua hidupan akan menerima akibatnya.

  • PENUTUP

    44