alam sekitar

18
INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia KAMPUS TEKNIK, BANDAR ENSTEK 71760 NEGERI SEMBILAN TUGASAN PROJEK PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Nama : Siti Khadijah binti Muftar No. K/P : 880711-01-5240 Program : DPLI SM (KDC) SABK

Upload: siti-khadijah-muftar

Post on 07-Feb-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pas

TRANSCRIPT

Page 1: Alam Sekitar

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran Malaysia

KAMPUS TEKNIK, BANDAR ENSTEK71760 NEGERI SEMBILAN

TUGASAN PROJEK

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Nama : Siti Khadijah binti Muftar

No. K/P : 880711-01-5240

Program : DPLI SM (KDC) SABK

Ambilan : NOV 2013

Nama Pensyarah : EN. ABDUL HAMID BIN TAN

Page 2: Alam Sekitar

PROFIL

Nama : Siti Khadijah Bt Muftar

Ic : 880711-01-5240

Alamat : N0 24 Kg Baru Sri Aman,

Jln Makmur, 81300 Skudai,

Johor.

No Tel : 013 – 6289817

Tarikh Lahir : 11 Julai 1988

Email : [email protected]

Nama Bapa : Muftar Bin Abdullah

Nama Ibu : Faridah Bt Salim

Page 3: Alam Sekitar
Page 4: Alam Sekitar

1.0 LATAR BELAKANG

Keindahan panorama alam sekitar yang dinikmati di muka bumi ini akan pudar

sekiranya manusia tidak menjaga dan memuliharanya sebaik mungkin. Ini kerana, manusia

dan alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian disebabkan ia

saling berkaitan di antara satu sama lain. Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam

sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan

boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di chernoby,

ukraine telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi

ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa

berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang

perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara

perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar,

kesesakan lalu lintas di bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan

tanah tanih. Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora

dan fauna juga turut diberi perhatian.

  sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting

untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira

ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan

menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan

hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan

menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan

masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan

pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut. Pelbagai

usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak

swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun

hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan

kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang

dijalankan ini dapat mengenal pasti punca, kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya

mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.

Page 5: Alam Sekitar

2.0 ISU ALAM SEKITAR

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka (dbp) mengatakan bahawa pencemaran

adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan

mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap . Arus pembangunan ke

arah menjadikan malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi.

Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial

telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di

kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut

timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.

Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi pos dipang

di kampar, perak, tanah runtuh di genting highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah

mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam

menjaga alam sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara

meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar .

Isu tanah runtuh kerap kali terpampang didada dada akhbar atau

tersiar dalam media elektronik. Isu tanah runtuh ini bukan sahaja menjadi

bualan masyarakat sama ada di warung warung kopi, di jabatan jabatan kerajaa  malahan

telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya,

mengapakah isu tanah runtuh berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua

pihak dan  jalan penyelesaian harus dicari untu  merungkaikan kebimbangan masyarakat

terhadap isu  ini. Sikap lepas  tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan

terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung. Faktor yang berpotensi

menyumbang kepada tanah runtuh boleh dibahagikan kepada faktor alam dan faktor

manusia. Faktor-faktor alam adalah berkait dengan jenis bahan dan ketebalan,

geomorfologi, pemendakan, dan pemototongan cerun. Faktor-faktor manusia termasuk

pengubahsuaian cerun, puncak cerun overloading, pengubahsuaian saliran, dan

pemindahan tumbuh-tumbuhan. Tanah runtuh berpunca daripada kegagalan bahan tanah

atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu kedudukan akibat beberapa faktor tertentu.

Oleh itu, proses susutan jisim tanah berlaku pada permukaan bumi. Faktor-faktor kejadian

tanah runtuh ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.

Page 6: Alam Sekitar

Antara faktor-faktor yang menjadi punca kejadian tanah runtuh ialah aktiviti

penebangan hutan tanpa kawalan. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun,

penerokaan dan penebangan hutan terpaksa dilakukan untuk tujuan pertanian, perumahan,

membina infrastruktur dan sebagainya. Akar-akar tumbuhan yang akan menstabilkan cerun

yang mengikat zarah-zarah tanah. Evapotranspirasi oleh tumbuh-tumbuhan juga boleh

mengurangkan tekanan liang dalam jangka masa tertentu dengan menyingkir air tanah.

Oleh itu, pemindahan tumbuh-tumbuhan dapat menyebabkan kestabilan terganggu.

Bagaimanapun, ia adalah hanya bahagian atas tanah iaitu distabilkan oleh tumbuh-

tumbuhan. Di dalam hal pokok-pokok besar, pengukuhan cerun oleh akar pokok dan

penambahan pemuatan di cerun oleh kuasa angin. Apabila penebangan hutan dilakukan,

maka akan menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan dan mewujudkan struktur

tanah yang longgar dan tidak stabil kerana tiada pelindung atau tanaman penutup bumi

hingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh.  Hal ini menjadi lebih parah apabila adanya

pembalakan haram, penerokaan tidak berlesen dan juga pertanian yang tidak sistematik.

Jelaslah bahawa penebangan hutan merupakan faktor kejadian tanah runtuh.

Selain itu, kejadian tanah runtuh juga berpunca daripada aktiviti penggondolan bukit

untuk pembangunan di kawasan tanah tinggi. Aktiviti pemotongan dan penambakan yang

tidak mengambil kira factor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah atau batuan,

darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan boleh mengundang

kepada tragedi ngeri. Tanah yang digondolkan akan menyebabkan struktur tanah menjadi

tidak stabil dan boleh menyebabkan berlakunya gelongsoran tanah yang memungkinkan

meragut nyawa dan kehilangan harta benda. Penggondolan dilakukan untuk pembinaan

hotel, perumahan dan pembinaan lebuh raya. Oversteepening dan pemotongan cerun

biasanya berlaku di jalan raya, pembinaan kejuruteraan dan pembinaan landskap.

Pemotongan cerun biasanya terjadi untuk membina bangunan-bangunan atau laluan

kenderaan. Amalan ini mengalihkan sokongan lateral dan melemahkan cerun, ini akan

membawa kepada tanah runtuh di banyak kawasan (pomeroy, 1982; schuster dan krizek,

1978). Jelaslah bahawa, penggondolan yang tidak terancang boleh menyebabkan

berlakunya tanah runtuh.

Faktor seterusnya, yang menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh ialah

fenomena alam. Kita sedia maklum bahawa fenomena alam bukanlah dicipta oleh manusia

tetapi manusia boleh merancang dan bersedia menghadapi fenomena alam menggunakan

kaedah saintifik dan moden. Kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan

menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak. Tanah akan menjadi

longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah. Tanah menjadi lemah dan mudah

runtuh. Pada kebiasaannya, pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi

Page 7: Alam Sekitar

kuantiti takungan atau larian air yang banyak. Kesannya akan berlaku tanah runtuh

terutamanya di lereng-lereng bukit. Antara fenomena alam yang menjadi punca tanah runtuh

ialah banjir, gempa bumi, hujan lebat dan sebagainya.

Page 8: Alam Sekitar

3.0 LANGKAH ATAU SARANAN

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan

negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan

pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan

supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan

pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah

memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang. Pemuliharaan Sumber juga

perlu bagi mengawal isu ini. Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada

masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan

sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi.

Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan

memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.

Seterusnya ialah meningkatkan kesedaran rakyat. Sungguhpun kesedaran rakyat

tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum

mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar

semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat

kaitannya dengan usaha pembangunan. Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang

tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan

melanggar peraturan alam sekitar. Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang

menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya

melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi

sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang

berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut

bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan

semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam

sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa

apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.

Jika ditelusuri secara mendalam , antara langkah yang pragmatik ialah melalui

peranan yang dimainkan oleh syarikat-syarikat pemaju . Syarikat-syarikat pemaju perlulah

meneliti secara mendalam mengenai kawasan yang ingin dijadikan lokasi pembinaan serta

tidak bersikap tergopoh gapah sebelum membangunkan sebarang pembangunan di

kawasan tersebut . Mereka hendaklah melakukan pemeriksaan terlebih dahulu . Hal ini

demikian untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku . Pemaju juga

disarankan agar mendirikan bangunan atau tapak perumahan di tanah yang lapang dan

Page 9: Alam Sekitar

rata. Mereka perlu mengelakkan membina rumah atau bangunan di kawasan yang berbukit

bukau serta di kawasan yang berdekatan dengan sungai . Hal ini demikian kerana kawasan

tersebut berisiko tinggi dalam mengundang berlakunya tanah runtuh . Bak kata peribahasa

Melayu “sediakan payung sebelum hujan“ . Jelaslah bahawa peranan yang dimainkan oleh

syarikat pemaju amatlah penting bagi mengatasi kejadian tanah runtuh yang mampu

meragut nyawa penduduk Malaysia .

Kita juga memerlukan proses pembaikan dalam senario pemuliharaan di negara kita.

Langkah yang berkesan perlu diambil dalam memastikan mesej yang jelas mengenai

unsure-unsur pemuliharaan alam sekitar yang betul dapat disampaikan kepada setiap

anggota masyarakat bagi menjamin kebersihan alam sekitar kita terus terpelihara. Setiap

anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri

masing-masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Jika

semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing

dan bekerjasama untuk menyelamatkan alam sekitar, pastinya alam sekitar kita akan dapat

diselamatkan dan dipelihara sepenuhnya.

Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah menjadikan imej negara ini terjejas

dengan teruknya. Lantaran itu, kerjasama semua pihak terutama pihak pemaju perumahan

amat diperlukan agar tidak membina projek mereka di kawasan yang berisiko tinggi seperti

kawasan berbukit. Ketiadaan kerjasama atau kedegilan pihak-pihak tertentulah yang

menyebabkan masalah ini sukar untuk dikekang oleh kerajaan kita. Bak kata orang tua-tua,

“nasi sudah menjadi bubur” yang mengingatkan kita bahawa semua yang berlaku sudah

terlewat untuk dikesali kecuali kita sedar lalu bertindak mengatasinya dengan lebih awal.

Page 10: Alam Sekitar

4.0 REFLEKSI

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Subhanu Wata’ala dan

junjungan besar Nabi Muhammad kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang

untuk bersama sahabat-sahabat dalam satu penyatuan menuntut ilmu dunia . Tanpa belas

kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan Tugasan

Kerja Kursus Pendidikan Alam Sekitar. Memang benarlah kata pepatah Melayu, “Kalau Tak

Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya.” Begitu juga dengan saya, jika saya tidak

mencanai usaha untuk menyiapkan tugasan ini, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala

kadar asalkan siap sahaja. Walau apa rintangan dan dugaan mendatang, saya tetap ingin

melaksanakan tugasan ini dengan cemerlang agar matlamat tugasan yang ingin dicapai

akan terlaksana.

Sebelum mempelajari subjek Pendidikan Alam Sekitar di kampus, pandangan saya

terhadap pengetahuan dalam ilmu alam sekitar adalah kurang mendalam. Malah, saya

mengambil ringan hal-hal yang berkaitan dengan alam sekitar contohnya penebangan

pokok-pokok, pembakaran secara terbuka, pembuangan sampah yang keterlaluan di

sungai-sungai dan sebagainya. Namun, semua itu berubah apabila saya membuat tugasan

untuk menyiapkan kerja kursus mengenai isu pencemaran alam sekitar. Dalam tugasan ini

saya di minta untuk mengkaji isu pencemaran alam sekitar dan langkah pencegahan.

Saya menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat melalui pembacaan buku.

Hal ini kerana pusat sumber hanya di buka hanya pada waktu pejabat dan saya pula

mempunyai kelas bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 8.30 malam. Selain itu, saya juga

menghadapi kesempitan waktu dalam menyiapkan tugasan ini kerana

kepadatan jadual yang terlalu penuh dengan kelas yang wajib dihadiri mengikut jadual yang

disediakan. Tambahan pula dengan kesibukan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi

peperiksaan akhir semester 2 pada 16,17, dan 18 disember 2014. Dalam menyiapkan

tugasan ini, saya mendapati beberapa kelebihan dan kebaikan yang saya perolehi

antaranya saya dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada. Selain itu tugasan ini juga

meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

disamping mengekalkan usaha pembangunan mampan di Malaysia. Alam sekitar yang tidak

tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi

keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-

aktivitipembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Page 11: Alam Sekitar

Oleh itu, kewajipan menjaga kebersihan alam sekitar adalah terletak sepenuhnya di

tangan kita. Sudah tiba masanya setiap anggota masyarakat membuang sikap ‘tak apa'

dalam diri masing-masing untuk melindungi dunia daripada melakukan pemusnahan

terhadap alam sekitar secara berterusan. Ia merupakan tugas dan kewajipan akhlak kita di

muka bumi ini untuk menjaga dan memelihara alam sekitar kita sebagaimana ia telah

memberi pelbagai manfaat kepada kita berabad lamanya. Setiap anggota masyarakat perlu

sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri masing-masing, kerana

kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Jika semua anggota masyarakat

bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk

menyelamatkan alam sekitar, pastinya alam sekitar kita akan dapat diselamatkan dan

dipelihara sepenuhnya.

Elbert Hubbard pernah berkata , “ kebijaksanaan ialah keupayaan untuk bertindak

pada masa yang benar-benar tepat . Jika kita tersilap langkah, kita diibaratkan , “

menconteng arang ke muka sendiri “ . Oleh sebab itu , kita janganlah mengambil sesuatu

tindakan secara sambil lewa ibarat melepaskan batuk di tangga kerana apabila nasi sudah

menjadi bubur ,kita hanya akan menyesal buat selama-lamanya .

Page 12: Alam Sekitar

BIBILIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru pendidikan alam sekitar

merentas kurikulum KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Bahagian Pendidikan Guru. (2002/2003). Modul Pendidikan Alam Sekitar: Kursus Pendek

Kelolaan Maktab (KPKM). Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohammad Zohir Ahmad & Nordin Abdul Razak. (2007). Pendidikan Alam Sekitar di

Sekolah: Komitmen Guru Vol 7 : University Sains Malaysia.

UNESCO-UNEP. (1978). Final Report: Intergovernmental Conference on Environmental

Education. Paris, France: UNESCO.

Mohd Rozali Othman, Mohd Talib Hj. Latif & Tai Kek Siong. (2006). The Malaysian Journal

of Analytical Sciences Vol 10 No 2 (2006): 191-196: AIR LARIAN SEBAGAI PENUNJUK

PENCEMARAN. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zarina Law Abdullah & Abdul Latif Ahmad. (2009). HEHE1103 Pengenalan Pendidikan

Kesihatan. Selangor : Open Universiti Malaysia.

Page 13: Alam Sekitar

LAMPIRAN

Page 14: Alam Sekitar