alam sekitar

4
ALAM SEKITAR . PENCEMARAN TANAH perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran pertukaran warna,kesuburan dan hakisan kepada tanah,diklasifikasikan sebagai pencemaran tanah.Bahan pencemar yang terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik. Antara punca-punca berlakunya pencemaran tanah ialah: a) Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang. sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu seperti kilang- kilang yang membuang bahan-bahan pencemar daripada aktiviti-aktiviti yang di jalankan.Antara bahan buangan seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang,tanpa melupuskannya secara sistematik,menyebabkan berlakunya pencemaran tanah kerana bahan-bahan tersebut menrosakkan kesuburan tanah ekoran sistem tanah yang tidak elok. b) Pembuangan sampah merata-rata oleh segelintir individu/masyarakat Sifat segelintir masyarakat yang tidak bertangungjawab dan tidak mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar.Mereka membuang sampah merata-rata tanpa membuangnya ke tempat yang sepatutnya.Kesannye sampah tidak terlupus secara tidak sistematik seterusnya akan mengakibat pecemaran tanah,kerana bahan yang tidak terlupus akan mengangu sistem tanah. c) pembalakan yang tidak terkawal pembalakan yang tidak terkawal juga menyumbang kepada pencemaran tanah.Aktiviti ini akan mengubah struktur tanah dan mengubah rupa bentuk muka muka bumi,sekiranya aktiviti ini tidak dikawal pencemaran kepada tanah akan berlaku di dalam skala yang besar.Sebagai contoh pembalakan haram,penorakaan tanah untuk aktiviti pertanian,pembinaan tempatan dan sebagainya d) Pengunaan racun secara berlebih-lebihan

Upload: hanif

Post on 12-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ghg

TRANSCRIPT

Page 1: Alam Sekitar

ALAM SEKITAR

. PENCEMARAN TANAH

perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran pertukaran warna,kesuburan dan hakisan kepada tanah,diklasifikasikan sebagai pencemaran tanah.Bahan pencemar yang terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran tanah ialah:

a) Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang.

sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu seperti kilang-kilang yang membuang bahan-bahan pencemar daripada aktiviti-aktiviti yang di jalankan.Antara bahan buangan seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang,tanpa melupuskannya secara sistematik,menyebabkan berlakunya pencemaran tanah kerana bahan-bahan tersebut menrosakkan kesuburan tanah ekoran sistem tanah yang tidak elok. 

  b) Pembuangan sampah merata-rata oleh segelintir individu/masyarakat

Sifat segelintir masyarakat yang tidak bertangungjawab dan tidak mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar.Mereka membuang sampah merata-rata tanpa membuangnya ke tempat yang sepatutnya.Kesannye sampah tidak terlupus secara tidak  sistematik seterusnya akan mengakibat pecemaran tanah,kerana bahan yang tidak terlupus akan mengangu sistem tanah.

c) pembalakan yang tidak terkawal

pembalakan yang tidak terkawal juga menyumbang kepada pencemaran tanah.Aktiviti ini akan mengubah struktur tanah dan mengubah rupa bentuk muka muka bumi,sekiranya aktiviti ini tidak dikawal pencemaran kepada tanah akan berlaku di dalam skala yang besar.Sebagai contoh pembalakan haram,penorakaan tanah untuk aktiviti pertanian,pembinaan tempatan dan sebagainyad) Pengunaan racun secara berlebih-lebihan

Page 2: Alam Sekitar

pengunaan racun secara berlebihan-lebihan akan menyebabkan pencemaran kepada tanah selalunya berlaku di dalam aktiviti pertaniaan.Bahan kimia yang terdapat didalam racun akan merosakkan sistem tanah,seterusnya merosakkan kesuburan tanahh.PENCEMARAN AIR

 pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

a) kumuhan daripada kilang.

Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupasan.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang yang ke dalam sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya mencemari sungai,sekiranya air sungai yang tercemar ini mengalir ke laut,pencemaran ini akan merebak ke laut. 

b) aktiviti pernerokaan

selain daripada kumuhan daripada kilang,aktiviti  penorakaan juga menyumbang            kepada pencemaran air.Contoh aktiviti penorakaan untuk pertaniaan,pembalakan tidak terkawal dan sebagainya.Aktiviti penorakaan akan menyebabkan hakisan kepada tanah dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai  dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir lumpur akan berlaku,seterusnya air sungai akan tercemar kerana bercampur dengan keladak dan menjadi lumpuh.

c) Pembuangan bahan-bahan pencemar oleh segilintir individu/masyarakat

sikap sesetengah individu yang mengambil mudah terhadap menjaga alam sekitar,seperti di penempatan yang hampir dengan sungai atau laut.Mereka membuang bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis ke

Page 3: Alam Sekitar

dalam sungai,Seterusnya pengaliran sungai di sekat oleh bahan sukar lupus,air menjadi kotor dan hidupan di dalamnya mati.

d) Tumpahan minyak

tumpahan minyak yang selalunya berlaku daripada kebocoron pelantar minyak,kapal karam dan sebagainya.Sifat minyak yang tidak sebati dengan air akan berada di permukaan air dan merebak,seterusnya air menjadi kotor kerana di selaputi minyak.

3.  PENCEMARAN UDARA

pencemaran udara berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang membahayakan.Benda asing tersebut di dalam bentuk abuk,kabus,asap,wap dan gas ataupun  apa-apa campuran bahan-bahan ini.

a) Pelepasan gas karbon dioksida

pembuangan gas karbon dioksida daripada kenderaan bermotor,kerja-kerja pembinaan,stesen jana kuasa,kilang-kilang dan pembakaran terbuka.Pencemaran udara seperti daripada kesan asap kilang yang banyak menyebabkan kabus tebal menyelubungi ruang atmosfera memberi kesan kepada udara yang bersih menjadi kotor.

b) Pembangunan tidak dirancang

pembangunan yang tidak dirancang akan memberi kesan kepada ruang udara dan memberi kesan buruk kepada kualiti alam sekitar.Seperti pembinaan bangunan-bangunan yang melibatkan jentera-jentera berat,bahan-bahan binaan serta debu-debu kering.Secara tidak langsung jentera yang digunakan akan mengeluarkan asap yang banyak,selain itu bahan-bahan-bahan binaan seperti simen,pasir dan sebagainya yang ringan akan naik ke ruang udara,maka pencemaran udara akan berlaku sekiranya aktiviti pembangunan dikawal.

4.  PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan yang biasanya melebihi 80 dB(A).Pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seliisi,kebisingan selenjar

Page 4: Alam Sekitar

a)   Bunyi daripada kenderaan

bunyi kenderaan yang bising adalah salah satu punca kepada pencemaran bunyi melibatkan kederaan darat,air dan udara.Selalunya pencemaran ini berlaku di bandar-bandar apabila kesesaskan lalu lintas dan kepadatan kederaan di jalan raya selain itu pencemaran bunyi berlaku  kawasan sekitar lapangan terbang,pelabuhan,terminal feri dan sebagainya ekoran bunyi bising daripada kederaan tersebut.b) Bunyi daripada kilang

pengunaan mesin-mesin dan jentera daripada kilang-kilang,adalah menyumbang kepada pencemaran bunyi.Sebagai contoh kilang besi melalui proses mencetak atau membentuk besi mengunakan mesin-mesin yang bising.

c) bunyi daripada kuari

bunyi daripada aktviti kuari adalah ejen utama kepada pencemaran bunyi.Aktiviti tersebut seperti memecah batu,mengerudi,pemungahan batu ke lori dan sebagainya,selain itu penggunaan mesin dan jentera yang bising juga menyumbang kepada pencemaran bunyi seperti mesin gerudi,jentera berat contoh lori dan sebagainya.

KESIMPULAN

Masalah pencemaran alam sekitar adalah daripada kita sendiri .Kita haruslah mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar.Melalui mengenali punca-punca pencemaran kita dapat mengambil langkah-langkah pembetulan dan mengelak daripada terlibat dalam golongan yang merosakkan alam sekitar.Oleh itu jagalah alam sekitar untuk generasi akan datang.