al-quran n assunnah-puf 302

61
1.0 – PENDAHULUAN Dalam tajuk sumber-sumber hukum ini, kami akan memperjelaskan mengenai al-Quran dan As-Sunnah. Dalam kajian yang kami perolehi, dapatlah kami simpulkan bahawa al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang mengandungi berbagai jenis ilmu pengetahuan, undang-undang syarak, adab peraturan, berita ghaib dan mengenai berita yang telah berlaku, sekarang dan akan datang. Manakala As-Sunnah pula didefinisikan sebagai perkara yang lahir daripada Nabi, sama ada beberapa perkataan, atau perbuatan atau pengakuan. Secara jelasnya, dapatlah kami simpulkan bahawa sumber hukum atau dalil perundangan ialah sumber pengambilan di dalam mnetapkan sesuatu hukum syarak, samada ia berasaskan sumber yang disepakati oleh ulamak mujtahid ataupun sumber yang tidak disepakati oleh mereka. Akhir sekali, kami berharap agar setiap usul yang akan kami bentangkan dapat dijadikan pengetahuan serta dapat menambahkan ilmu khususnya yang berkaitan dengan sumber- sumber hukum. Insya Allah. 1

Upload: aisah-aiscoklatchees

Post on 01-Jul-2015

3.857 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: al-Quran n asSunnah-PUF 302

1.0 – PENDAHULUAN

Dalam tajuk sumber-sumber hukum ini, kami akan memperjelaskan mengenai al-

Quran dan As-Sunnah. Dalam kajian yang kami perolehi, dapatlah kami simpulkan

bahawa al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang mengandungi berbagai jenis ilmu

pengetahuan, undang-undang syarak, adab peraturan, berita ghaib dan mengenai

berita yang telah berlaku, sekarang dan akan datang.

Manakala As-Sunnah pula didefinisikan sebagai perkara yang lahir daripada Nabi,

sama ada beberapa perkataan, atau perbuatan atau pengakuan.

Secara jelasnya, dapatlah kami simpulkan bahawa sumber hukum atau dalil

perundangan ialah sumber pengambilan di dalam mnetapkan sesuatu hukum syarak,

samada ia berasaskan sumber yang disepakati oleh ulamak mujtahid ataupun sumber

yang tidak disepakati oleh mereka.

Akhir sekali, kami berharap agar setiap usul yang akan kami bentangkan dapat

dijadikan pengetahuan serta dapat menambahkan ilmu khususnya yang berkaitan

dengan sumber-sumber hukum. Insya Allah.

1

Page 2: al-Quran n asSunnah-PUF 302

2.0 - Al-QURAN

Al-Quran adalah sumber utama yang berada ditingkat yang paling atas dari segi

hierarki sumber pengambilan hukum. Semua perkara yang berlaku mestilah dirujuk

kepada al-Quran. Sekiranya hukum tersebut tiada dalam al-Quran barulah perlu dirujuk

kepada al-hadis dan sumber hukum yang seterusnya.1

2.1- Pengertian Al-Quran

Al- Quran adalah kalam Allah yang dapat melemahkan yang diturunkan kepada

Nabi Muhammad dengan perantaraan Jibril yang ditulis dalam mashaf yang dipindahkan

dengan cara mutawatir dan dikira beribadat orang yang membacanya yang dimulakan

dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah an-Nas. Pengertian ini adalah takrif

yang disepakati oleh Jumhur Ulama’.2

Takrif atau pengertian al-Quran dapat diberikan dalam dua bentuk iaitu pengertian

dari segi bahasa dan istilah.

Dari segi bahasa mengikut pendapat Imam al-Syafi’e berpendapat, perkataan al-

Quran dieja dengan al-Quran iaitu tanpa huruf hamzah (القران), bukannya al-Quraan

. نآالقر Tiada huruf hamzah pada perkataan al-Quran kerana ia merupakan

khusus bagi perkataan al-Quran seperti juga nama bagi kitab Taurat dan Injil.3

Selain itu juga, al-Quran adalah sebuah kitab yang mengandungi berbagai jenis

sumber ilmu pengetahuan, undang-undang syarak, adab peraturan, berita-berita ghaib dan

mengenai berita yang telah berlaku, sekarang dan akan datang.

1 Faisal Bin Yahya, Pendidikan Syariah Islamiyah Fokus Jingga SPM, (Selangor, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, Cetakan Pertama, 1999) h. 20

2 Rosmawati Ali @Mat Zin, Pengantar Ulum Al-Quran, (Kuala Lumpur, Prospecta Printers Sdn.Bhd, Cetakan Pertama (September), 1997) h. 23

3 Rosmawati Ali @Mat Zin, ibid, h. 24

2

Page 3: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Menurut Al-Farra’ dan Al-Qurtubi, perkataan al-Quran berasal daripada perkataan

Al-Qara’in (القران) yang bermaksud tanda-tanda atau petunjuk. Ini kerana sebahagian

ayat-ayatnya menunjukkan maksud dan pengertian yang sama dengan sebahagian yang

lain. Huruf Nun di dalam kata al-Qara’in itu menunjukkan Nun yang asal, bukannya

huruf tambahan.

Mengikut pendapat al-Asy’ari pula al-Quran berasal daripada kata Qarana قرن. Ia

bermaksud menggabungkan. Hal tersebut kerana ayat-ayat al-Quran dan surah-surahnya

dihimpun dan digabungkan dalam satu mashaf.

Al-Quran juga berasal daripada perkataan al-Qira’ah (القراءة) yang bermaksud

bacaan. Al-Quran juga adalah masdar daripada perkataan maqru’ (مقروء) yang bererti

bacaan. Al-Quran ialah masdar daripada perkataaqru’ (مقروء) yang bererti yang dibaca.4

Wahbah al-zuhaili (1982) mendefinisikan al-Quran sebagai himpunan perkataan

Allah SWT yang diturunkan kepada Rasulullah SAW di dalam bahasa Arab untuk

melemahkan sesuatu dengan hanya satu surah sahaja, ia ditulisatau dikumpul di dalam

satu mashaf, ia disampaikan secara mutawatir, dikira ibadat apabila membacanya, ia

dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas.5

Perkataan al-Quran menurut bahasa diambil dari kata kerja (fi’il) kataba, ertinya

ia menulis. Maka perkataan kitab itu bererti tulisan. Maksudnya, agar ia tercatit atau

tertulis di dalam mushaf oleh segenap umat manusia terutama oleh para pemeluk atau

pengikut agama Islam.6

4 Rosmawati Ali @Mat Zin, ibid, h. 255 Faisal Bin Yahya, op.cit, h. 206 Ibnu Khalil, Al-Quran Dan As-Sunnah Sebagai Pedoman Hidup, (Johor Bahru, Percetakan

Nasional Malaysia Berhad, Cetakan Pertama, 1998) h. 191

3

Page 4: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Erti al-Quran menurut syariat pula adalah sebagaimana firman Allah:

“ Firman Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW yang bersifat mu’jizat

(melemahkan) dengan sebuah surah daripadanya, yang beribadat bagi yang

membacanya.”

Maksudnya: Al-Quran itu berisi firman Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad

SAW yang dengan sesurat daripadanya telah dapat melemahkan pihak lawan atau orang

yang mengingkarinya, dan orang yang membacanya dianggap beribadah kepada Allah.7

Manakala dari segi istilah pula ialah al-Quran membawa erti kalam Allah yang

azali yang diturunkan secara mutawattir kepada nabi Muhammad SAW dengan

perantaraan Jibril yang melemahkan musuh-musuh Islam dan dikira beribadat bagi

sesiapa yang membacanya.

Al-Quran ialah kalam Allah yang azali dan sekali gus berfungsi sebagai mukjizat

untuk membuktikan kebenaran kerasulan nabi Muhammad SAW yang mana ia

diturunkan kepada baginda melalui perantaraan malaikat Jibril, yang ditulis di dalam

mashaf, kemudiannya diriwayatkan secara mutawatir dan dikra beribadat apabila

membacanya.8

Menurut pengertian yang diberikan oleh Imam al-Suyuty di dalam kitabnya al-

Itqan Ulum al-Quran, al-Quran ialah: kalam allah yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad SAW yang mana ia tidak dapat ditandingi oleh musuhnya walaupun satu

ayat.

Menurut pengertian yang diberikan oleh ulama Mutakkhirin ialah: kalam Allah

yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mana ia tidak dapat ditandingi oleh

musuhnya walaupun satu ayat dan dikira ibadat sesiapa yang membacanya.

7 Ibnu Khalil, ibid, h. 192

8 Rosmawati Ali @Mat Zin, op.cit, h. 20

4

Page 5: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Menurut pendapat ulama al-Kalam, al-Quran ialah: kalam yang ghaib serta azali

daripada zat Allah yang mana ia sentiasa bergerak dan tidak ditimpa apa-apa bencana.

Menurut pendapat Imam al-Syaukani al-Quran ialah: kalam Allah yang azali yang

diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang dibaca dengan lisan dan dipindahkan

kepada kita secara mutawatir.

Walaupun di sana terdapat perselisihan dan perbezaan pengertian yang diberikan

oleh ulama, namun perbezaan itu adalah dari sudut lafaz sahaja. Sebagai rumusannya, al-

Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang menjadi

mukjizat serta ditulis di dalam beberap mashaf, diriwayatkan secara mutawattir, dikira

beribadat sesiapa yang membacanya dan kafir sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu,

berdasarkan pengertian tersebut, dapat difahami al-Quran sebuah kitab yang menjadi

panduan dan sesuai dilaksanakan dimana saja, tanpa ada batasan waktu serta terkandung

dalamnya perkara umum dan khusus. 9

2.2 - Kemukjizatan Al-Quran

Mukjizat merupakan suatu perkara yang aneh-aneh, kejadian yang ajaib-ajaib,

sifat dan kecekapan yang luar biasa, yang dapat mengatasi kecekapan dan kepandaian

musuh yang dihadapinya. Kelebihan yang diberikan Allah kepada utusan dan kekasihNya

itu dikenali sebagai mukjizat.10

Salah satu mukjizat yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW

ialah al-Quran. Al-Quran adalah mukjizat yang paling besar dianugerahkan kepada

baginda Rasulullah SAW, kerana gaya bahasa dan nilai estetikanya terlalu tingi dan boleh

menimbulkan getaran jiwa, perasaan khusyu’ dan keinsafan yang tidak terdapat pada

9 Ibid, h. 27

10 H. Aboebakar Acheh, Sejarah Al-Quran, (Kuala Lumpur, Percetakan Polygraphic (M) Sdn.Bhd, Cetakan Kedua, 1997) h. 46

5

Page 6: al-Quran n asSunnah-PUF 302

kitab-kitab suci yang lain yang diturunkan oleh Allah ke dunia, hingga ahli-ahli sastera

Arab yang bijak terpegun mendengarnya.11

Al-Quran telah membuat ramalan terhadap perkara yang akan berlaku, kemudian

ramalan akan menjadi kenyataan, demikian juga ia menyampaikan beberapa peristiwa

besar yang telah berlaku kepada generasi-generasi dahulu kala yang tidak tercatat dalam

sejarah tamadun umat manusia. Penemuan-penemuan baru yang dilakukan oleh ahli-ahli

kaji purba telah membuktikan kebenaran berita dari kitab suci itu.

Antara mukjizat al-Quran ialah tiap-tiap pembacanya tidak terasa jemu,

pendengarnya tidak terasa bosan, malahan semakin banyak dibaca dan semakin banyak

didengar semakin lagi khusyu’ dan menambah kesedaran dalam jiwa dan perasaan. Ini

semua adalah bukti yang terang bahawa al-Quran datang dari Allah SWT.

Kitab suci al-Quran mengandungi perkara-perkara pokok berhubung dengan

agama dan perkara-perkara pokok yang berkaitan dengan keduniaan. Al-Quran

menjelaskan berbagai-bagai perundangan agama dan juga perkara-perkara ghaib di

akhirat. Dalam al-Quran telah tercatat berbagai ilmu yang sulit dan sukar, hingga

dibuktikan kebenarannya oleh ilmu-ilmu moden yang baru muncul terkandung asas-asas

ilmu hayat, asas ilmu kesihatan, ilmu metafizik, asas-asas ilmu ekonomi, asas ilmu

kejuruteraan, asas-asas ilmu pertanian, asas-asas ilmu kimia, asas-asas ilmu astronomi,

asas-asas ilmu pelayaran dan perkapalan, asas-asas ilmu jiwa, asas-asas ilmu

antropologi, asas ilmu perlembagaan dan berbagai-bagai ilmu berhubung dengan

urusan-urusan di dunia yang merangkumi seluruh kebudayaan umat manusia. Oleh itu,

ramai orang bukan Islam telah menyatakan kekaguman mereka terhadap al-Quran al-

Karim antaranya ialah:

Doktor Moris Prancis, menyatakan : “ Sesungguhnya a-Quran adalah sebaik-baik

kitab yang dikeluarkan oleh ’inayah ketuhanan kepada anak Adam dan sebenarnya ia

bukan sebuah kitab yang tidak ada sebarang prasangka.”

11 Faisal Bin Yahya, op.cit, h. 25

6

Page 7: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Henry de Costrie pula berkata: “ Bahawasanya al-Quran menawan fikiran dan

lubuk hati manusia, dan ia telah diturunkan kepada Muhammad yang membuktikan

kebenaran risalahnya.”

Alex Loison berkata, “ Muhammad telah meninggalkan kepada dunia sebuah

kitab yang menjadi lambang keindahan bahasa dan sastera dan dasar akhlak, iaitu kitab

suci dan tidak ada masalah-masalah ilmiah yang baru dibongkar atau penemuan-

penemuan baru yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, maka terbuktilah

persesuaian yang sempurna antara pengajaran al-Quran dan undang-undang alam.”12

Gothe seorang penyair barat yang terkenal berkata: “Bahawa pengajaran-

pengajaran al-Quran adalah praktikal dan selaras dengan keperluan-keperluan

pemikiran.”

Contohnya, kita boleh meniti beberapa petikan al-Quran al-Karim yang

membuktikan kebenaran, keindahan bahasa dan sastera serta ketajaman maknanya.

Firman Allah:

إ�ن ي�ب� ف�ي ك�نت�م� و� ا ر� م� ل�ن�ا م� � ع�ب�د�ن�ا ع�ل�ى ن�ز� أ�ت�وا ف� ة� ور� ث�ل�ه� م�ن ب�س� � م� اد�ع�وا د�اءك�م و� ه� إ�ن� الل.ه� د�ون� م�ن ش�

اد�ق�ين� ك�ن�ت�م� إ�ن ﴾٢٣﴿ ص� � ل�م� ف� ع�ل�وا � و�ل�ن ت�ف� ع�ل�وا ت�ف� � وا ات�ق� ا ال�ت�ي الن�ار� ف� ود�ه� ة� الن�اس� و�ق� ار� ج� ال�ح� د�ت� و� أ�ع�

ر�ين� ٢٤﴿ ل�ل�ك�اف� ﴾Terjemahan:

“ Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan

(Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan

datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan

panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu

selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar. Maka kalau

12 Ibnu Khalil, op.cit, h. 203

7

Page 8: al-Quran n asSunnah-PUF 302

kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat

membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-

bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka)

Yang disediakan untuk orang-orang kafir.”

(Al-Baqarah: 2:23-24)

Secara jelasnya, al-Quran merupakan pelengkap kepada semua

kitab sebelumnya. Al-Quran juga merupakan kitab suci terakhir dan

penutup kepada kitab suci sebelumnya. Al-Quran sesuai digunakan

dan diikuti pada semua keadaan, tempat dan masa, berlainan dengan

kitab sebelumnya hanya untuk umat tertentu pada tempat dan masa

tertentu sahaja. Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur berlainan

dengan kitab sebelumnya yang diturunkan secara sekaligus. Keaslian

al-Quran terdapat di Luh Mahfuz. Sebahagian besar ayatnya ditutup

dengan menyatakan kebesaran Allah dan menyatakan keagungan

Allah SWT. Selain itu juga, mukjizat al-Quran adalah untuk menjaga

dan memelihara kesucian dan kebenaran syariat Islam. Al-Quran juga

merupakan sebagai sumber rujukan dan penyelesaian terbaik kepada

semua masalah yang dihadapi.13

2.3 Kehujjahan Al-Quran

Kedudukan dan peranan dalam perundangan merupakan sumber pertama dalam

penetapan hukum yang disampaikan kepada kita secara mutawatir. Oleh itu al-Quran juga

merupakan wahyu yang mengandungi pengajaran dan petunjuk kepada manusia.

Firman Allah yang bermaksud:

13 Ibid, h. 204

8

Page 9: al-Quran n asSunnah-PUF 302

ـذ�ا إ�ن� آن� ه� ر� د�ي ال�ق� م� ه�ي� ل�ل�ت�ي ي�ه� و� ر� أ�ق� ي�ب�ش� و�

ن�ين� ؤ�م� ل�ون� ال�ذ�ين� ال�م� ات� ي�ع�م� ال�ح� م� أ�ن� الص� I ل�ه� را أ�ج�

I ٩﴿ ك�ب�يرا ﴾

Terjemahan:

“ Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat

betul (agama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan

orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh,

Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.

(Al-Isra’, 17: 9)

Abdul Wahhab Khallaf mengemukakan tentang kehujjahan al-Qur'an dengan ucapannya

sebagai berikut:

“Bukti bahawa al-Qur'an menjadi hujjah atas manusia yang hukum-hukumnya

merupakan aturan-aturan yang wajib bagi manusia untuk mengikutinya, ialah kerana al-

Qur'an itu datang dari Allah, dan dibawa kepada manusia dengan jalan yang pasti yang

tidak diragukan kesahannya dan kebenarannya. Sedang bukti kalau al-Qur'an itu datang

dari Allah SWT, ialah bahwa al-Qur'an itu membuat orang tidak mampu membuat atau

mendatangkan seperti al-Qur'an."

Membuat orang tidak mampu (al-I'jâz) itu baru terjadi, demikian Abdul Wahhab

Khallaf, apabila tiga hal berikut ini terdapat pada sesuatu. Yaitu adanya tantangan (at-ta-

haddy), adanya motivasi dan dorongan kepada penantang untuk melakukan tantangan dan

ketiadaan penghalang yang mencegah adanya tantangan.

9

Page 10: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Nabi Muhammad SAW ketika menyatakan kenabiannya dan orang-orang kafir

menentangnya dan juga menentang ajaran Allah SWT (al-Qur'an) beliau berkata:

"Apabila engkau sekalian meragukan semua ini, cubalah kamu datangkan atau kamu

buat saja satu surat yang sama dengan al-Qur'an." 14

Ucapan seperti ini bukan bererti gurauan seraya dijawab dengan: Mana ada di

dunia ini sesuatu yang sama dengan yang lain. Bukan begitu. Akan tetapi makna yang

terpenting pernyataan ini ialah bahawa manusia tidak akan mampu menyusun satu ayat

pun sebagaimana ayat al-Qur'an, baik mengenai susunan dan keindahan bahasanya, dan

juga maknanya, lebih-Iebih kepastian dan kebenaran akan isinya yang mutlak yang

berlaku dan tidak bisa dipungkiri.

Allah sendiri berfirman di dalam al-Qur'an sebagai berikut:

إ�ن ي�ب� ف�ي ك�نت�م� و� ا ر� م� ل�ن�ا م� � ع�ب�د�ن�ا ع�ل�ى ن�ز� أ�ت�وا ة� ف� ور� ب�س�

ث�ل�ه� م�ن � م� اد�ع�وا د�اءك�م و� ه� ك�ن�ت�م� إ�ن� الل.ه� د�ون� م�ن ش�

اد�ق�ين� ٢٣﴿ ص� ﴾

Terjemahan:

"Dan apabila engkau sekalian di dalam keadaan ragu-ragu terhadap apa yang telah

Kami turunkan kepada hamba Kami, buatlah satu surat yang serupa dengannya, dan

datangkanlah saksi-saksimu selain Allah, apabila engkau sekalian memang orang-orang

yang benar." 15

(Al-Baqarah: 2: 23)

Di dalam surat yang lain Allah juga berfirman:

14 Ibid, h. 20615 Ibid, h. 207

10

Page 11: al-Quran n asSunnah-PUF 302

ول�ون� أ�م� اه� ي�ق� ت�ر� ل� اف� � ق� أ�ت�وا ر� ف� ر� ب�ع�ش� و� ث�ل�ه� س� م�

ي�ات� ت�ر� ف� � م� اد�ع�وا ن� و� ت�ط�ع�ت�م م� ك�نت�م� إ�ن الل.ه� د�ون� م�ن اس�

اد�ق�ين� ١٣﴿ ص� ﴾

Terjemahan:

"Apakah mereka berkata Muhammad itu membuat-buat al-Qur'an? Katakanlah

Muhammad; Datangkanlah sepuluh surat yang dibuat-buat yang menyamainya, dan

panggillah orang-orang yang kamu sanggup memanggilnya selain Allah apabila engkau

sekalian memang orang-orang yang benar."

(Hud: 11: 13)

ع�ت� ل�ئ�ن� ق�ل ت�م� نU اإل�نس� اج� ال�ج� � أ�ن ع�ل�ى و� ث�ل� ي�أ�ت�وا ب�م�

ـذ�ا آن� ه� ر� � ال�ق� ث�ل�ه� ي�أ�ت�ون� ال ل�و� ب�م� م� ك�ان� و� ه� ل�ب�ع�ض� ب�ع�ض�

I يرا ٨٨﴿ ظ�ه� ﴾

Terjemahan:

"Katakanlah Muhammad, sekiranya Jin dan manusia berkumpul untuk membuat yang

serupa menyamai al-Qur'an ini mereka tidak akan dapat melakukannya, sekalipun

sebagian mereka membantu kepada sebagiannya."16

(Al-Isrâ':17: 188)

Juga Allah menegaskan:

16 Ibid, h. 208

11

Page 12: al-Quran n asSunnah-PUF 302

ول�ون� أ�م� ل�ه� ي�ق� و� ن�ون� ال� ب�ل ت�ق� ل�ي�أ�ت�وا ﴾٣٣﴿ ي�ؤ�م� د�يث� ف� ب�ح�

ث�ل�ه� اد�ق�ين� ك�ان�وا إ�ن م� ٣٤﴿ ص� ﴾

Terjemahan:

“Apakah mereka mengatakan Muhammad itu membuat-buatnya. Sebenarnya mereka

tidak beriman. Hendaklah mereka mendatangkan kalimat yang sepadan dengan al-

Qur'an itu. Apabila mereka itu orang-orang yang benar."

(Ath-Thûr:50: 33-34)

Betapapun mereka, yang menentang al-Qur'an itu tidak dapat memberikan yang

serupa dengan al-Qur'an itu, apakah itu dari segi bahasanya, atau isinya dan lebih-lebih

ketepatan isinya yang menyangkut baik riwayat orang-orang dahulu, tentang hukum-

hukum yang dikemukakan oleh Allah SWT.

Dan dunia juga membuktikan orang-orang tidak melakukan apa yang dikehendaki

oleh Allah SWT sebagaimana yang tercantum di dalam al-Qur'an, dan mereka berbuat

yang seolah-olah menentangnya, maka bencanalah yang terjadi. 17

2.4 Pendalilan Al-Quran Terhadap Hukum

Pendalilan al-Quran terhadap hukum terdapat tiga lafaz:

1. Lafaz tuntutan melakukan sesuatu.18

Lafaz amar yang soreh.

17 Ibid, h. 20918 Abd.Latif Muda B.A. M.A. Usuluddin (UM), Rosmawati Ali @ Mat Zin B.A. M.A. Usuluddin

(UM), Pengantar Usul Fiqh Tingkatan 6, (Kuala Lumpur, Ilham Abati Enterprise, Cetakan Pertama, 1997) h. 71

12

Page 13: al-Quran n asSunnah-PUF 302

ر� الل.ه� إ�ن� م�ان� ب�ال�ع�د�ل� ي�أ� س� �يت�اء و�اإل�ح� إ ب�ى ذ�ي و� ر� ال�ق�

ي�ن�ه�ى اء ع�ن� و� ح�ش� نك�ر� ال�ف� ال�م� ال�ب�غ�ي� و� ل�ع�ل�ك�م� ي�ع�ظ�ك�م� و�

ون� ٩٠﴿ ت�ذ�ك�ر� ﴾

Ertinya: sesungguhnya Allah menyuruh kamu dengan keadilan dan berbuat kebaikan

serta memberi (menolong) keluarga.

(An-Nahl: 15: 90)

Lafaz fe’el amar. Firman Allah:

ا ي�ا �يUه� � ال�ذ�ين� أ ن�وا اص� ع�ل�ي�ك�م� ك�ت�ب� آم� ص� ت�ل�ى ف�ي ال�ق� ال�ق�

Ertinya: Telah wajib ke atas kamu mengambil hukum qisas pada orang yang membunuh.

( Al-Baqarah:2: 178)

Menceritakan sesuatu perbuatan itu baik dan membawa kebaikkan. Firman

Allah:19

ة� الدUن�ي�ا ف�ي ر� أ�ل�ون�ك� و�اآلخ� ي�س� ل� ال�ي�ت�ام�ى ع�ن� و� ق�

fال�ح م� إ�ص� ي�رf ل�ه� إ�ن� خ� م� و� ال�ط�وه� ان�ك�م� ت�خ� و� إ�خ� الل.ه� ف� و�

د� ي�ع�ل�م� س� ن� ال�م�ف� ل�ح� م� ل�و� ال�م�ص� اء و� إ�ن� ألع�ن�ت�ك�م� الل.ه� ش�

ك�يمf ع�ز�يزf الل.ه� ح�

19 Abd.Latif Muda B.A. M.A. Usuluddin (UM), Rosmawati Ali @ Mat Zin B.A. M.A. Usuluddin (UM), ibid, h. 72

13

Page 14: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Ertinya: Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (masalah)

anak yatim. Katakanlah: memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya,

dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka

adalah saudara-saudara kamu (yang seagama).

(Surah al-Baqarah: 2:220)

Fe’el jawab bagi syarat. Firman Allah:

إ�ن� ت�م� ف� ر� ص� ا أ�ح� م� ر� ف� ت�ي�س� ن� اس� د�ي� م� ال�ه�

Ertinya: Maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada

menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, kamu bolehlah bertahallul serta)

sembelilah dan mudah didapati.

(Surah al-Baqarah: 2: 196)

2. Lafaz tegahan melakukan sesuatu20

Al-Quran menuntut meninggalkan sesuatu dengan lafaz berikut:

Lafaz nabi yang soreh atau tahrim. Firman Allah:

إ�ن� ت�م� ف� ر� ص� ا أ�ح� م� ر� ف� ت�ي�س� ن� اس� د�ي� م� ال�ه�Ertinya: Dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan

mungkar serta kezaliman.

( surah an-Nahl: 15: 90)

Lafaz nahi atau perintah meninggalkan. Firman Allah:

� ال � و� ت�ل�وا و�ال�د�ك�م ت�ق�ن� أ� إم�ال�ق� م�

Ertinya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan.

20 Ibid, h. 73

14

Page 15: al-Quran n asSunnah-PUF 302

(Surah al-An’am: 6:151)

Menceritakan sesuatu perbuatan itu buruk atau jahat. Firman Allah:

ل�ي�س� � ب�أ�ن� ال�ب�رU و� ا �ت�و� ا م�ن ال�ب�ي�وت� ت�أ ور�ه� ك�ن� ظ�ه� لـ� و�

ن� ال�ب�ر� ات�ق�ى م�Ertinya: Dan bukanlah perkara kebajikan, kamu memasuki rumah dari bahagian

belakangnya (ketika kamu berihram), akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang

yang bertaqwa.

(Surah al-Baqarah:2: 189)

Perbuatan yang disertai janji tidak baik. Firman Allah:21

ت�ل� و�م�ن I ي�ق� نا ؤ�م� I م� دا ت�ع�م� Uه� م آؤ� ز� ج� ن�م� ف� ه� ج�Ertinya: Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka

balasannya ialah neraka jahannam.

(surah an-nisa’: 4: 93)

Lafaz nafi sesuatu perbuatan atau nafi halal melakukannya. Firman Allah:

إ�ن ل�وك�م� ل�م� ف� � ي�ع�ت�ز� وا ي�ل�ق� �ل�ي�ك�م� و� ل�م� إ � الس� ا و� Uي�ك�ف و�

م� �ي�د�ي�ه� م� أ ذ�وه� خ� م� ف� ت�ل�وه� اق� ي�ث� و� م� ح� ت�م�وه� ف� ث�ق�Ertinya: Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus menganggu atau

berpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu, dan

juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada menerangi kamu), maka hendaklah kamu

bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menerimanya.

(surah an-Nisa’: 4: 91)

21 Ibid, h. 74

15

Page 16: al-Quran n asSunnah-PUF 302

3. lafaz takhyir dan ibahah22

Lafaz menunjukkan takhyir dan ibahah sebagaimana berikut:

lafaz menunjukkan ibahah dan mengingkarkan mereka yang

mengharamkan.firman Allah:

ل� ن� ق� م� م� ر� ج� ال�ت�ي� الل.ه� ز�ين�ة� ح� ر� ل�ع�ب�اد�ه� أ�خ�Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): siapakah yang (berani) mengharamkan

perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambanya.

(Surah al- A’raf: 7: 32)

lafaz yang menunujukkan pilihan membolehkan dan lafaz halal. Firman

Allah:

ل� ال�ي�و�م� الط�ي�ب�ات� ل�ك�م� أ�ح�Ertinya: Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan yang lazat-lazat serta

baik-baik.

(Surah al-Maidah: 5: 5)

Lafaz-lafaz nafi ithm, nafi junah, nafi haraj. Firman Allah: 23

ال� ع�ل�ي�ك�م� ل�ي�س� م� و� ن�احf ع�ل�ي�ه� ن� ج� ب�ع�د�ه�

Ertinya: Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang

tersebut.22 Ibid, h. 75

23 Ibid, h. 76

16

Page 17: al-Quran n asSunnah-PUF 302

( surah an-Nur: 24:58)

lafaz yang menunujukkan sesuatu itu dijadikan untuk manusia. Firman

Allah:

و� ل�ق� ال�ذ�ي ه� ا ل�ك�م خ� ض� ف�ي م� ر�I األ� يعا م� ج�

Ertinya: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.

( Surah al-Baqarah: 2: 29)

2.5 Jenis Hukum Dalam Al-Quran

Jumlah jenis hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran yang dibebankan ke atas

umat manusia, diringkaskan seperti berikut:

Pertama: Hukum-hukum muamalat antara Allah dan hamba iaitu segala ibadah yang

tidak sah jika tidak dengan niat. Di antaranya termasuk kesemua ibadah sembahyang,

puasa dan ibadah kepada masyarakat yang dilakukan untuk kepentingan masyarakat

seperti haji. Keempat-empat jenis ibadah itu adalah sesudah iman yang dinamakan

sebagai dasar Islam.24

24 Wahbah Al-Zuhaili, Fiqh Dan Perundangan Islam, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Cetakan Pertama, 1996) h. 45

17

Page 18: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Kedua: Hukum-hukum muamalah antara hamba dengan hamba dan ia mempunyai

beberapa bahagian:

1. syariat untu mengamankan dakwah (seruan kepada Islam) iaitu berjihad,

berperang membela agama Allah.

2. Syariat mengatur urusan rumahtangga yang berkaian dengan urusan perkahwinan,

perceraian, keturunan dan pusaka.

3. syariat memelihara keamanan umum dengan mendatangkan hukum-hukum siksa

ke atas orang yang bersalah seperti hukum qisas dan had.

4. syariat untuk kepentingan muamalah di antara manusia seperti jual- beli, sewa-

menyewa, upah-mengupah dan sebagainya yang semua itu terkenal dengan kata

muamalat.

Dengan ini jelaslah bahawa hukum-hukum yang terserbut di dalam al-quran itu tidak saja

berkaitan dengan urusan ibadah, tetapi juga bersentuhan dengan urusan muamalat dan

juga masyarakat.

2.6 Isi Kandungan Al-Quran

Kandungan ayat al-Quran secara umumnya dibahagikan kepada dua iaitu:

1) Ayat muhkamat

2) Ayat mutasyabihat25

i) Ayat Muhkamat

Ayat Muhkamat ialah ayat yang terang dan jelas maksudnya dan dapat difahami

dengan mudah. Contohnya:25 Abd.Latif Muda B.A. M.A. Usuluddin (UM), Rosmawati Ali @ Mat Zin B.A. M.A. Usuluddin

(UM), op.cit, h. 63

18

Page 19: al-Quran n asSunnah-PUF 302

1. Firman Allah:

ل� أ�ح� م� ال�ب�ي�ع� الل.ه� و� ر� ب�ا و�ح� الر�Terjemahan:

“ Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli(berniaga) dan mengharamkan

riba….”

(Al-Baqarah:2: 275)

2. Firman Allah:

Terjemahan:

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat…”

(Al-Baqarah, 2: 43)

ii) Ayat Mutasyabihat26

Ayat Mutasyabihat dapat diberikan dengan dua pengertian iaitu:

1. Pengertian yang pertama ialah ayat-ayat yang mengandungi beberapa pengertian

dan ia tidak dapat ditentukan apa maksud sebenarnya melainkan dengan mengkaji

secara mendalam dan menilai serta berpandukan dalil untuk menentukan maksud

sebenarnya. Seperti, ayat yang berbentuk mujammal dan ayat-ayat yang

mengandungi lafaz musytarak.

Firman Allah:

الن�ك�اح� د�ة� ع�ق� ب�ي�د�ه� ال�ذ�ي و� ي�ع�ف� و�أ�

26 Ibid, h. 64

19

Page 20: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Terjemahan: “Atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (tidak

menuntutnya)”

(Al-Baqarah, 2:237)

Dalam ayat tersebut terdapat lafaz mujammal, iaitu tidak jelas siapakah

sebenarnya yang dimaksudkan dengan orang yang memegan ikatan nikah. Iaitu sama ada

suami ataupun wali.

Mengenai ayat-ayat mutasyabihat, menurut pengertian pertama di atas jumhur

ulama’ berpendapat, hendaklah ditangguh untuk beramal dengannya sehinggalah didapati

dalil yang menentukan erti sebenar.

Firman Allah:

Terjemahan:

“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka

(dari berkahwin) selama 3 kali suci……..”

(Al-Baqarah:2: 228)

Dalam ayat tersebut lafaz Quru’ merupakan lafaz musytarak yang membawa erti

suci dan haid.

2. Pengertian yang kedua ialah ayat-ayat yang mana Allah sahaja yang mengetahui

maksudnya sebenar. Contohnya ayat yang berkaitan dengan alam ghaib, syurga

dan sebagainya. Ayat-ayat yang menunjukkan seolah-olah Allah bersifat seperti

makhluk, iaitu ayat-ayat yang dimulakan dengan huruf dan lainnya.27

Contohnya, firman Allah:

27 Ibid, h. 65

20

Page 21: al-Quran n asSunnah-PUF 302

م� �ي�د�يه� أ و�ق� ف� الل�ه� ي�د�Terjemahan:

“Allah menguasai keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk dibalasnya)”

(Surah Al-Fath, 48:10)

Firman Allah:

( ﴿ ١الم

Terjemahan:

“Alif, Lam, Mim.”

(Al-Baqarah: 2:1)

Menurut pendapat jumhur ulama’, mengenai ayat mutasyabihat menurut

pengertian kedua di atas pula, terdapat dua pendapat iaitu:

a) Setengah ulama’-ulama’ lain berpendapat boleh ditakwilkan.

b) Menurut pendapat lain, tidak boleh beramal dan tidak boleh ditakwilkan.28

Selain itu juga, kandungan yang terkandung dalam al-Quran adalah:29

1. Ibadat, yaitu kegiatan-kegiatan dan perbuatan yang mewujudkan dan

menghidupkan di dalam hati dan jiwa.

2. Janji dan ancaman, yaitu janji dengan balasan yang baik dan pahala bagi mereka

yang berbuat baik, dan ancaman yaitu siksa bagi mereka yang berbuat

mengejikan. Janji akan memperoleh kemuliaan baik di dunia maupun di akhirat

dan ancaman akan kesengsaraan baik di dunia maupun di akhirat. Janji dan

ancaman di akhirat berupa syurga dan neraka.

3. Jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat, yang bererti berupa ketentuan-

ketentuan dan aturan-aturan yang hendaknya dipenuhi agar dapat mencapai

keredhaan Allah SWT.

28 Ibid, h. 66

29 Wahbah Al-Zuhaili, op.cit, h. 50

21

Page 22: al-Quran n asSunnah-PUF 302

4. Riwayat dan cerita, yaitu sejarah orang-orang terdahulu, baik itu sejarah bangsa-

bangsa, tokoh-tokoh maupun nabi-nabi utusan Allah SWT.

2.7 - Sifat-Sifat Hukum Yang Terdapat Di Dalam Al-Qur'an

Umumnya hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Qur'an itu bersifat garis

besarnya saja, tidak sampai kepada perincian yang kecil-kecil. Kebanyakan penjelasan al-

Qur'an ada dalam as-Sunnah. Sekalipun demikian, ketentuan-ketentuan yang terdapat di

dalam al-Qur'an cukup lengkap. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an: 30

ا ط�ن�ا م� ر� الك�ت�اب ف�ي ف�

Terjemahan:

"Tidaklah Kami alpakan sesuatupun di dalam al-Kitab."

(al-An'am:6: 38)

30 Ibid, h. 51

22

Page 23: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Al-Qur'an telah sempurna, sebab syari'at juga sudah sempurna, sebagaimana Allah

berfirman:

ل�ت� ال�ي�و�م� �ت�م�م�ت� د�ين�ك�م� ل�ك�م� أ�ك�م� أ ن�ع�م�ت�ي ع�ل�ي�ك�م� و�

يت� ض� ال�م� ل�ك�م� و�ر� I اإل�س� د�ينا

Terjemahan:

“Hari ini telah Kusempurnakan bagi kamu sekalian akan agamamu, dan

Kusempurnakan Pula kepadamu sekalian akan nikmatKu, dan Akupun ridla Islam

sebagai agama bagi kamu sekalian."

(Al-Mâidah: 3)

Memang sudah jelas, hukum-hukum solat, zakat, haji dan lain-lainnya, namun al-Qur'an

tidak menjelaskannya dengan tuntas, yang menjelaskannya adalah as-Sunnah, demikian

pula tentang perkahwinan, transaksi, qishash dan lain-lainnya.

Sebagaimana kita ketahui, dalil-dalil atau ladasan pokok di dalam Islam adalah al-

Qur'an, as-Sunnah, al-Ijma' dan al-Qiyas. Semua itulah yang akan menjelaskan al-Qur'an.

Mula-mula as-Sunnah, kemudian al-Ijma' dan kemudian al-Qiyas. Semua ini landasannya

juga terdapat di dalam al-Qur'an.

Jadi kesimpulannya, kebanyakan hukum yang terdapat di dalam al-Qur'an itu kulli

(bersifat umum, garis besar, global), tidak membicarakan soal yang kecil-kecil (juz'i). 31

2.8 - Asas-Asas Hukum

Asas-asas hukum sebagai yang tercantum di dalam al-Qur'an ialah:

31Ibid, h. 52

23

Page 24: al-Quran n asSunnah-PUF 302

1. Tidak memberatkan.

Hal ini dinyatakan dalam firman Allah:

ا ع�ل� و�م� ن� الد�ين� ف�ي ع�ل�ي�ك�م� ج� ج� م� ر� ح�

Terjemahan:

"Dan tidaklah Allah membuat atasmu dalam agama itu suatu kesukaran."

(al-Hajj: 21: 78)

Demikian pula firman Allah yang lain:

� I الل.ه� ي�ك�ل�ف� ال سا � ن�ف� ع�ه� إ�ال و�س�

Ertinya:

" Allah tidak memberatkan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

(al-Baqarah:2: 286)

Nabi pun bersabda:

Ertinya:

"Aku diutus membawa agama yang mudah lagi senang." 32

32 A.Hanafie M.A., Usul Fiqh, (Selangor, Klang Book Centre, Cetakan Pertama, 1988) h. 104

24

Page 25: al-Quran n asSunnah-PUF 302

(HR. Ahmad dan al-Baihaqi)

Juga dalam riwayat lain:

Ertinya:

“Tidaklah Rasulullah disuruh memilih antara dua perkara kecuali beliau mesti memilih

yang lebih mudahnya apabila di dalam yang lebih mudah itu tidak dosa."

(HR. Bukhari)

Sebagai contoh, solat yang dilakukan dengan berdiri, dibolehkan dilakukan dengan duduk

bagi mereka yang sakit. Dan ketika Ramadlan boleh seseorang tidak berpuasa apabila

sakit atau bepergian, asal nanti diganti di waktu lain.

1. Islam tidak memperbanyak beban atau tuntutan.

Ertinya segala sesuatu yang ditentukan di dalam al-Qur'an, juga di dalam as-Sunnah

semua manusia mampu melakukannya.

2. Ketentuan-ketentuan Islam datang secara berangsur-angsur.

Contohnya, khamr mula-mula dikatakan oleh Allah, orang-orang tidak diperbolehkan

solat apabila dalam keadaan mabuk, kemudian dikatakan di dalam khamr itu ada

kemanfaatannya tetapi ada juga kemafsadatannya, akan tetapi kemafsadatannya itulah

yang lebih besar. Akhirnya khamr sama sekali diharamkan.

Ayat-ayat hukum yang terdapat di dalam al-Qur'an tidak banyak, kurang lebih 200 ayat

saja.

2.9 -Penerangan Al-Quran Terhadap Hukum Dan Cara-Caranya

25

Page 26: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Al-Quran menerangkan hukum dalam dua cara iaitu:

1. Hukum secara Qat’I (jelas)

2. Hukum secara Zanni ( tidak jelas)

1. Hukum secara Qat’I33

Antara ayat yang mana hukmnya diterima secara Qat’I sebagaimana firman Allah:

ا م� �ي�د�ي�ه� أ � اق�ط�ع�وا ف� ة� ار�ق� و�الس� ار�ق� و�الس�

Terjemahan:

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)

potonglah tangan mereka.”

(Al-Ma’idah:5:38)

Lafaz pencuri dalam ayat tersebut adalah penetapan secara qat’I iaitu pasti yang

tidak dipertikaikan lagi maksudnya serta hukumya. Iaitu pencuri lelaki dan perempuan

hendaklah dipotong tangan keduanya.

2. Hukum secara Zanni34

Manakala nas al-Quran yang Zanni contohnya, tentang hukum ‘iddah perempuan

yang diceraikan, sama ada tiga kali haid atau tiga kali suci, disebabkan kekeliruan

perkataan Quru’ yang boleh ditafsirkan dengan erti suci atau haidh.

33 Abd.Latif Muda B.A. M.A. Usuluddin (UM), Rosmawati Ali @ Mat Zin B.A. M.A. Usuluddin (UM), op.cit, h. 68

34 Ibid, h. 69

26

Page 27: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Firman Allah:

و8ء7 ق9ر9 8ة8 8ث 8ال ث ه?ن= 8نف9س? ?أ ب =صFن8 ب 8ر8 8ت ي =ق8ات9 Fم9ط8ل و8ال

Terjemahan:

“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka

(dari berkahwin) selama 3 kali suci (dari haidh)”

(Al-Baqarah: 2:228)

Lafaz quru’ dalam ayat tersebut adalah zanni kerana ia memberi 2 makna, iaitu

haidh atau suci.

Terdapat sesetengah hukum yang menunjukkan hukum Qat’I dan sesetengah lagi

menunjukkan Zanni.

Firman Allah:

Terjemahan:

“Dan sapulah sebahagiaan dari kepala kamu”

(Al-Maidah, 5:6)

Ayat tersebut menunjukkan dengan Qat’i (jelas) hukum wajib menyapu kepala

ketika berwudhu’. Dalam keadaan lain pula ia juga menunjukkan hukum secara Zanni

(tidak jelas), iaitu mengenai kadar kepala yang wajib disapukan.

3.0 - AS-SUNNAH

3.1 - Pengertian As-Sunnah

27

Page 28: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Pengertian as-Sunnah dari segi bahasa ialah membuka jalan sama ada yang baik

atau buruk pengertian ini disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:35

Terjemahan: Sesiapa yang mmbuka jalan yang baik maka ia mendapat ganjaran

orang-orang yang mengerjakannya hingga hari kiamat, sebaliknya siapa yang membuka

jalan yang jahat ia akan menerima dosanya dan dosa yang mengerjakannya hingga ke

hari kiamat.

(Riwayat kebanyakan Ahli Sunnan)

Makna yang kedua dari segi bahasa ialah lawan bagi perkataan bida’ah, yakni

perkara yang disyaratkan secara mutlak sama ada berpandukan al-Quran atau athar

daripada Rasulullah s.a.w. Maksud bida’ah ialah perkara yang bertentangan dengan

ajaran-ajaran Islam yang sebenar. Takrif al-Sunnah dari segi Islam ialah perkara yang

datang daripada Rasulullah s.a.w yang merangkumi perkataan, perbuatan dan

pengakuannya.

Menurut takrif yang dibuat oleh Dr. Mohd. Yusuf Musa ialah tiap-tiap perkara

yang keluar daripada Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan atau perbuatan atau

pengakuannya. Maksud pengakuan di sini ialah setengah sahabat berkata atau membuat

suatu perkara di hadapan Rasulullah s.a.w, maka baginda berdiam diri atau memujinya.

Maka ini pun dikira persetujuan atau pengakuan dari Nabi juga.

Menurut istilah, mengikut jumhur ulama’, perkara yang lahir dari nabi, sama ada

berupa perkataan, atau perbuatan atau pengakuan. Segala yang disandarkan kepada nabi

dari segi perkataan, perbuatan, sifat, takrir, baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau

selepas baginda dibangkitkan. Segala yang datang dari nabi, selain dari al-Quran baik

berupa ucapan, perbuatan, sifat dan pengakuan.

3.2 - Kedudukan As-Sunnah Dalam Perundangan Islam

35 A.Hanafie M.A., op.cit, h. 107

28

Page 29: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Tidak diragukan lagi bahawa al-Quran al-Karim adalah sumber pertama dan

utama perundangan Islam. Sunnah yang menjadi sumber kedua selepas al-Quran.

Kedudukan as-Sunnah sebagai sumber yang kedua perundangan Islam tidak dapat

dipertikaikan lagi, Cuma ada segelintir manusia Islam yang meragui as-Sunnah dan ada

pula yang menolaknya. Ini sebenarnya berpunca dari pengaruh orientalis barat yang

memang tugas mereka mengganggu keyakinan umat Islam bukan sahaja terhadap as-

Sunnah malahan terhadap al-Quran itu sendiri. Sebagai umat Islam yang sebenar kita

wajib percaya kepada as-Sunnah dan wajib menerima dengan penuh yakin bahawa as-

Sunnah itu adalah sumber undang-undang yang kedua, jika Muhammad tidak dipercayai

sebagai seorang Rasul, maka bagaimana pula al-Quran itu boleh dipercayai

kebenarannya, sedangkan ia diturunkan melalui Muhammad.36

Jika keraguan tentang as-Sunnah itu wujud maka sedarlah bahawa itu adalah

suatu kejayaan musuh-musuh Islam terutamanya orientalis yang berusaha untuk

menjauhkan umat Islam dari agamanya. Mereka telah lama berusaha dengan berbagai-

bagai cara untuk menyesatkan kita. Di antara masalah yang boleh menyesatkan kita, ialah

meragui sumber asli perundangan Islam itu sendiri. Oleh yang demikian kita perlu yakin

bahawa as-Sunnah itu sebenarnya sumber kedua perundangan Islam.

3.3 – Kehujahan As-Sunnah

Sunnah menjadi pegangan kepada kaum Muslilmin dan menjadi sumber yang

kedua dalam perundangan. Seluru ulama’ menerimanya sebagai salah satu daripada

sumber atau punca pengambilan hukum dalam Islam, kerana al-Quran itu kebanyakannya

berbentuk ijmal atau umum, yang memerlukan kepada penjelasan atau keterangan

selanjutnya. Misalnya al-Quran memerintahkan kaum Muslimin supaya mendirikan

sembahyang dengan firmanNya " الصالة :maknanya "واقيموا Dirikanlah kamu akan

sembahyang, maka Rasulullah s.a.w lah yang menyatakan secara satu persatu tentang

kaifiyat dan cara sembahyang itu. Missal yang kedua Allah memerintahkan kaum

Muslimin mengeluarkan zakat, perintah tersebut adalah berbentuk umum, maka

36 Ibid, h. 108

29

Page 30: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Rasulullah s.a.w. telah menerangkan dengan lebih terperinci tentang zakat, iaitu

diterangkan bahawa zakat haiwan ternakan itu dikenakan kepada jenis unta, jenis kerbau,

jenis lembu dan kambing biri-biri sahaja. Jadi, Sunnah juga merupakan wahyu dari Allah. 37

Jika kita berpegang dengan as-Sunnah atau hadis beerti kita berpegang kepada al-

Quran. Firman Allah:

Terjemahan: “Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Al-

Quran Yang memberi peringatan, supaya Engkau menerangkan

kepada umat manusia akan apa Yang telah diturunkan kepada

mereka,”

(Al-Nahl, 16:44)

Terjemahan: “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa Yang telah

diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak

melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna

tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya.”

(Al-Maidah, 5:67)

Ada segelintir manusia yang termasuk dalam golongan ahli

bida’ah yang bersikap sangsi terhadap Sunnah. Manakala ulama’-

ulama’ yang muktabar dan seluruh kaum Muslimin telah memberi

penghargaan yang tinggi kepada Sunnah. Apabila sah sesebuah hadis

yang datang daripada Rasulullah s.a.w mereka terus menerimanya.

Mereka tidal pernah menolak hadis yang benar atau memakai

pendapat yang bertentangan dengan Sunnah, Cuma apabila ditemui

sesebuah hadis yang samara-samar atau kurang diyakini tentang

kebenarannya atau ia mentafsirkan menurut pendapatan yang

dianggap kuat mungkin ia meninggalkan hadis yang kurang pasti itu.

37 Ibid, h. 109

30

Page 31: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Sebagaimana telah ditegaskan di atas bahawa jika kita

berpegang kepada hadis beerti kita berpegang kepada al-Quran.

Seorang lelaki berkata kepada Mutarrif bin Abdullah, “Jangan kamu

cakapkan kepada kami kecuali al-Quran,” lalu beliau menjawabnya,

“Demi Allah: Kami tidal mahu penggantian dengan al-Quran, tetapi

kami mahu orang lebih memahami tentang isi al-Quran dari kami.”

Al-Imam al-Auza‘I telah meriwayatkan daripada Hassan bin

‘Atiyah katanya: Wahyu turun kepada Rasulullah s.a.w dan Jibril

membawa bersamanya Sunnah yang mentafsirkan wahyu itu, maka

tiap-tiap perkara yang keluar daripada Rasulullah s.a.w sama ada

perkataan, perbuatan dan pengakuannya, adalah berasal dari wahyu

juga.38

Jadi kedudukan Sunnah adalah sumber kedua selepas daripada

al-Quran yakni bila tidak didapati nas dalam al-Quran maka barulah

berpindah kepada Sunnah Rasulullah s.a.w, demikianlah yang

dilakukan oleh sahabat-sahabat dan ulama’-ulama’ Islam yang

muktabar.

Ada beberapa puak dan golongan yang telah sesat, kerana

mereka telah menolak Sunnah dan meninggalkan hadis Rasulullah

s.a.w. Kata mereka dalam kitab Allah teal dinyatakan segala-galanya

apakah kita perlukan Sunnah lagi?

Sebenarnya mereka telah tersalah tanggapan, kononnya fikiran

dan pendapat mereka sudah memadai untuk menyelami tujuan dan

maksud al-Quran sedangkan tanggapan itu menyimpang jauh. Inilah di

38 Ibid, h. 110

31

Page 32: al-Quran n asSunnah-PUF 302

antara sebab-sebab yang menyebabkan golongan al-Rawafidh,

golongan Jahmiyah dan puak al-Khawarij yang menentang golongan

ahli Sunnah wal jamaah. Golongan al-Rawafidh teal menolk hadis.39

Terjemahan: Kami para Nabi-nabi tidak boleh mempusakai, apa yang

kami tinggalkan itu adalah sedekah.

Mereka berpegang kepada ayat al-Quran yang umum iaitu

melalui firman Allah:

Terjemahan: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta

pusaka (untuk) anak-anak kamu.”

(Al-Nisa’, 4:11)

Golongan al-Jahmiyah telah menolak semua hadis yang

membayangkan sifat-sifat Allah s.w.t. kerana mereka berpegang

kepada umum. Firman Allah :

Terjemahan: “Tiada sesuatupun Yang sebanding Dengan (ZatNya,

sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya)”

(Al-Syura, 42:11)

Golongan Khawarij telah menolak semua hadis yang menyatakan

syafa’at dari Rasulullah s.a.w, sebab mereka yang berpegang kepada

keumuman. Firman Allah:

39 Ibnu Khalil, op.cit, h. 224

32

Page 33: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Terjemahan: ”Wahai orang-orang Yang beriman! Sebarkanlah

sebahagian dari apa Yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum

tibanya hari (kiamat) Yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada

kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula

pertolongan syafaat.”40

(Al-Baqarah,

2:54)

Mereka juga menolak hadis-hadis yang mengatakan orang yang

melakukan dosa besar itu akhirnya boleh keluar juga dari neraka,

kerana mereka berpegang kepada janji seksa dan amaran-amaran

yang keras dalam al-Quran al-Karim. Sebenarnya Nabi kita telah

membayangkan sikap golongan yang sesat itu dengan pengetahuan

ghaib yang dikurniakan oleh Allah dan Nabi mengecam orang-orang

yang menolak Sunnah yang benar. Ada hadis yang diriwayatkan

daripada Rasulullah s.a.w yang bersabda yang bermaksud:

Hampir seorang daripada kamu duduk bersenang-senang di atas

kerusi sambil bercakap suatu hadis daripadaku, dan berkata kita dan

kamu ada kitab Allah, apa yang kita dapati halal di dalamnya maka

kita halalkan dan apa yang kita dapati haram di dalamnya kita

haramkan, tidakkah ia ketahui bahawa tiap-tiap perkara yang

diharamkan oleh Rasulullah sama juga dengan yang diharamkan Allah.

(Riwayat sebahagian Ahli

Sunan)

Apakah alasan yang dipegang oleh golongan tersebut yang

semata-mata berpegang kepada zahir al-Quran dan tidak mahu

mengambil panduan dengan cahaya kenabian dan kerasulannya,

sedangkan al-Quran sendiri menyuruh berpegang kepada Sunnah

40 Ibid, h. 226

33

Page 34: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Rasulullah s.a.w dan mengecam keras terhadap mereka yang

membantah dan tidak mahu berpegang kepadanya. Firman Allah:

Terjemahan: ”Dan Taatlah kamu kepada Allah serta Taatlah kepada

Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah

dan RasulNya).”

(Al-Maidah, 5:92)

3.4 - Bahagian-Bahagian As-Sunnah

Daripada pengertian tersebut, maka as-Sunnah dapat itu dapat dibahagikan kepada empat

atau lima bahagian, iaitu:

1. Sunnah Qauliyyah.

2. Sunnah Fi’liyyah

3. Sunnah Taqririyyah

4. Sunnah Hammiyyah

5. Sunnah Tarkiyyah.41

Sunnah Qauliyyah

Maksud sunnah Qauliah ialah sunnah nabi yang berupa perkataan. Jelasnya ialah

penjelasan-penjelasan yang diberikan oleh nabi muhammad SAW tentang hukum-hukum

dan anjuran-anjurannya mengenai budi pekerti dalam pergaulan hidup bersama.

Misalnya:

ضرار وال صرر ال41Ibid, h. 238

34

Page 35: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Maksudnya: tidak ada kemudaratan dan tidak pula memudaratkan.42

Sunnah Fi’liyyah

Para ulama’ ahli usul fiqh telah menetapkan bahawa perbutan-perbuatan Rasulullah itu

terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Perbuatan-perbuatan nabi SAW yang termasuk urusan tabiat seperti

makan, minum, berdiri dan duduk hukumnya mubah( boleh), sama ada

untuk diri baginda mahupun untuk umatnya.

2. Perbuatan nabi SAW yang khusus bagi baginda sendiri, seperti berpuasa

terus menerus dan beristeri lebih dari empat orang, maka sepanjang ijma’

para sahabat nabi, tidak boleh dicontohi atau diikuti oleh umatnya.

3. Perbuatan-perbuatan nabi SAW yang ternyata untuk menjadi penjelasan

bagi firman Allah atau sabda-sabda baginda yang bertalian dengan firman

Allah (al-Quran). Jika firman Allah itu menunjukkan wajib, maka

perbuatan nabi yang menerangkannya itu hukumnya wajib. Jika firman

Allah itu menunjukkan sunnah (sunnat), maka perbuatan nabi yang

menerangkannya itu hukumnya sunnat dan jika firman Allah itu

menunjukkan mubah, maka perbuatan nabi yang menerangkannya pula

mubah juga.

4. Perbuatan-perbuatan nabi SAW yang bukan dari tabiat kemanusiaan,

bukan pula untuk khusus bagi diri baginda dan bukan pula sebagai

penjelasan dari ayat-ayat firman Allah, maka perselisihan oleh para ulama

iaitu: sebahagian ulama menghukumkan sunnat dan sebahagian ulama

yang lain menghukumkan mubah. Dan ada pula sebahagian ulama

berpendapat: tidak ada hukumnya. Tidak ditetapkan suatu hukum ke

atasnya, sebelum ada keterangan atau perintah yang jelas dari nabi.

42 Faisal Bin Yahya, , op.cit, h. 157

35

Page 36: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Sunnat Taqririyah

Takrir pula adalah nabi mendiamkan diri, di mana baginda tidak menyuruh atau

tidak menegah perkara tersebut yang dilakukan dihadapan baginda atau pada masa hayat

baginda. Hal ini ulama’ sepakat dan berhujah berdasarkan dalil dimana nabi tidak sekali-

kali menyuruh perkara yang buruk terhadap umatnya dan nabi akan mencegah kiranya

sesuatu itu salah di sisi syarak dan mungkar. Contoh sunnah taqririyyah ialah:

Pengakuan atau taqrir baginda terhadap kata-kata abu bakar kepada tentera Islam, yang

bermaksud: sesiapa yang dapat membunuh musuh di dalam peperangan, bolehlah ia

mengambil batrang-barang yang dipakai oleh musuh tersebut.43

Sunnah Hammiyyah

sunnah hammiyah adalah perbuatan yang dikehendaki Rasul, tetapi belum sampai

diperbuatnya. Menurut Imam Syafi’e rasul kehendak termasuk sunnah. Kerana perbuatan

tersebut adaalh baik untuk kita. Urutan-urutan sunnah menurut beliau, ialah sabda,

perbuatan, kemudian taqrir, kemudian lagi hammum (apa yang hendak diperbuat rasul).44

Menurut Imam Syaukani Hammum dari rasul tidak termasuk sunnah kerana

hammun itu hanya merupakan lintasan hati dan tidak dilaksanakan. Kita tidak diperintah

Allah dan rasulnya untuk mwengambil tauladan dengan hammun tersebut.

Diriwayatkan oleh ibnu Abbas: ketika Rasulullah berpuasa pada hari kesepuluh

Muharram ( Asyura) berkata: ya Rasulullah, hari itu adalah hari besar yang dimuliakan

oleh yahudi dan kristian. Maka rasulullah bersabda: Insy Allah tahun depan saya akan

berpuasa hari yang kesembilannya. Sebelum datang tahun berikutnya, beliau sudah wafat.

(riwayat Muslim dan Abu Daud). Berhubung dengan riwayat tersebut, sebagai ulama

menganggap sunnah berpuasa pada hari kesembilan muharram.

43 Ibnu Khalil, op.cit, h. 255

44 A.Hanafie M.A, op.cit, h. 124

36

Page 37: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Sunnah Tarkiyyah

Sebagaimana sebahagian perbuatan, sunnah bagi nabi Muhammad SAW

mengerjakan, sunnah pula bagi kita mengerjakan, demikian juga sunnah bagi kita

meninggalkan perbuatan yang baginda ditinggalkan.

Mengikut penjelasan Imam Al-Qasthalani, beliau menjelaskan dalam kitabnya al-

mawahib al-laduniyyah, di antaranya ialah:

Dan sesuatu yang ditinggalkan ( tidak dikerjakan) oleh rasulullah SAW itu

sunnah hukumnya.sebagaimana yang dikerjakan oleh baginda itu sunnah juga. Maka

tidak boleh bagi kita menyama ratakan antara yang baginda kerjakan dengan baginda

yang tinggalkan, lalu kita mengerjakan sesuatu di tempat yang baginda tinggalkan

dengan menyamakan sesuatu perbuatan di tempat yang baginda kerjakan. Tegasnya: kita

(umat islam) tidak boleh mengerjakan sesuatu di tempat yang tidak pernah dikerjakan

oleh nani muhammad SAW.

Sunnah dilihat dari sudut sanad dibagi dua, yaitu mutawatir dan ahad. Golongan Hanafi

menambahkan satu lagi, yaitu masyhur atau juga dinamakan mustafidl. 45

Sunnah yang mutawatir ialah sunnah yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW oleh

sekelompok perawi yang menurut kebiasaannya perawi ini tidak mungkin bersepakat

untuk berbuat bohong atau dusta. Hal ini disebabkan jumlah mereka yang banyak, jujur

serta berbeda-bedanya keadaan serta lingkungan mereka. Dari kelompok ini, kemudian

sampai juga kepada kelompok yang lain, yang sepadan dan setingkat keadaannya dengan

kelompok yang terdahulu, dan kemudian sampailah kepada kita. Mereka, kelompok

perawi ini diketahui menurut kebiasaannya, tidak mungkin bersepakat untuk melakukan

kedustaan, mereka jujur dan terpercaya.

Sunnah ahad ialah sunnah yang diriwayatkan oleh satu orang atau dua orang atau

kelompok yang keadaannya tidak sampai pada tingkatan tawatir. Dari seorang perawi ini

diriwayatkan oleh seorang perawi yang seperti dia dan sampai kepada kita dengan sanad

45 Ibnu Khalil, op.cit, h. 246

37

Page 38: al-Quran n asSunnah-PUF 302

tingkatan-tingkatannya ahad, bukan merupakan kelompok yang merupakan tingkatannya

itu mutawatir. Hadits-hadits yang demikian biasanya disebut juga dengan Khabarul

wahid. 46

Sunnah yang masyhur ialah sunnah yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh seorang atau

dua orang atau sekelompok sahabat Rasulullah yang tidak sampai pada kelompok tawatir

(perawi hadits mutawatir), kemudian kelompok dari kelompok-kelompok tawatir itu

meriwayatkan hadits atau sunnah tersebut dari satu orang perawi ini atau beberapa orang

perawi. Dan dari kelompok ini diriwayatkan oleh kelompok lain yang sepadan

dengannya, sehingga sampai kepada kita dengan sanad yang kelompok pertamanya

mendengar dari Rasulullah, atau menyaksikan perbuatannya oleh seorang atau dua orang,

akan tetapi mereka ini tidak sampai kepada tingkatan tawatir, dan semua tingkatannya itu

adalah kelompok-kelompok tawatir. Termasuk di dalam tingkatan ini ialah sebagian

hadits yang diriwayatkan Umar bin Khattab atau Abdullah bin Mas'ud atau Abu Bakar.

Kemudian salah seorang dari mereka diriwayatkan oleh sekelompok orang yang tidak

mungkin bermufakat untuk melakukan kedustaan. Contohnya:

Ertinya:

"Amalan itu lantaran niat atau karena niat."

Perbedaan antara sunnah yang mutawatirah dan sunnah yang masyhurah ialah

yang mutawatir setiap lingkungan mata rantai sanadnya terdiri dari kelompok tawatir,

sejak awal menerima dari Rasulullah hingga sampai kepada kita, sedang yang masyhur

lingkungan mata rantai sanadnya yang pertama bukanlah sekelompok diantara kelompok-

kelompok tawatir, bahkan diterimanya oleh seorang atau dua orang atau sekelompok

yang tidak sampai kepada tingkatan tawatir. Hanya saja keseluruhan lingkungan itu

merupakan kelompok tawatir.

46 Ibid, h. 250

38

Page 39: al-Quran n asSunnah-PUF 302

3.5 - Syarat-Syarat Menerima Hadis Ahad Atau Beramal Dengannya

1. Kedewasaan47

Orang yang meriwayatkan hadis harus sudah orang dewasa. Periwayatan kanak-

kanak tidak diterima. Jika waktu menerima hadis masih kanak-kanak, kemudian waktu

meriwayatkannya sudah dewasa, maka dapat diterima. Jadi syarat kedewasaan hanya

diharuskan pada waktu meriwayatkan sahaja.

Para ahli hadith telah sepakat menerima hadis-hadis yang diriwayatkan Ibnu

Zubair, Nu’man Bin Basyir dan Anas Bin Malik tanpa menanyakan bila mereka

menerimanya. Sedangkan waktu menerima hadis, mereka masih kecil. Ibnu zubair

dilahirkan pada tahun pertama Hijrah. Waktu Rasul wafat, Umur Ibnu Zubair tidak lebih

dari 10 tahun. Nu’man bin Basyir dilahirka 18 bulan sesudah Hijrah nabi. Anas ketika

nabi hijrah ke madinah berumur 10 tahun. Untuk menerima sesuatu hadis tidak ada batas

umur tertentu, tetapi manakala sudah mengerti isi pembicaraan dan dapat menjawabnya,

maka pendengarannya sudah dianggap sah. Kanak-kanak berbeza kesanggupan dalam

menerima hadis. Oleh kerana itu, perlu juga diketahui keadaan mereka masing-masing.

2. Islam

orang yang meriwayatkan hadis harus Islam. Adapun waktu menerimanya, tidak

diharuskan Islam. Para ahli hadis menerima apa yang diriwayatkan Jubai Bin Mut’im,

bahawa ia dengan Rasulullah SAW membaca surah Tsur dalm solat maghrib, padahal

waktu mendengar ia masih kafir. Meriwayatkan hadis dalam keadaan kafir tidak

diterima,kerana periwayatan hadis termasuk soal-soal agama. Soal-soal agama tidak

boleh diambil dari orang-orang yang memusuhinya atau dari orang-orang yang berbeza

agamanya, baik Ia yahudi mahupun kristian.

3. A’dalah

47 A.Hanafie M.A, op.cit, h. 118

39

Page 40: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Adil hanya diharuskan pada waktu meriyatkan hadis. Adapun waktu

menerimanyatidak diharuskan adil. Menurut Imam Ahmad Bin Hanbal, apabila keadilan

seseorang menjadi hilang kerana berbuat dusta atas Rasulullah SAW, maka

periwayatannya tidak akan diterima selamanya. Ini adalah pendapat yang tepat.

Yang dimaksud dengan keadilan ialah kesanggupan atau kebiasaan membawa diri

kepada taqwa dan keperwiraan, sekurang-kurangnya meninggalkan dosa besar, tidak

terus-menerus melakukan dosa kecil dan menjauhkan perbuatan-perbuatan yang tidak

sopan. Dosa besar atau kecil banyak dibicarakan kitab-kitab hadis dan kitab-kitab fiqh.

Perbuatan-perbuatan tidak sopan ialah perbuatan-perbuatan yang sebenarnya tidak

dilarang, akan tetapi menurut kebiasaan tidak baik, seperti merayau dijalan, main-main

yang berlebihan, melakukan perbuatan-perbuatan hina menurut pandangan

lingkungannya.

4. ketelitian (thabit)48

syarat keempat bagi seorang perawi, ialah ketelitian. Ketelitian dan

ingatannya harus lebih kuat daripada kelalaiannya, agar terdapat dugaan tentang

kebenarannya. Ketelitian dapat diketahui kerana terkenaldemikian atau kerana

sesuai dengan periwayatan orang-orang yang terkenal, baik tentang lafaz

mahupun pengertiannya(makna).

Apabila seseorang perawi banyak lupa, maka riwayatnya tidak diterima,

kecuali dalam hadis yang sudah terang tidak dicampuri kelalaiannya. Apabila

seorang perawi sedikit lupa dan maka diterima hadisnya, kecuali dalam hadis

yang sudah terang dicampuri keluputannya. Kalau sama-sama kuatnya, antara

kesalahan dan tidaknya maka ada mengatkan diterima riwayatnya. Ada yang

mengatakan tidak diterima.

3.6 – Hukum Beramal Dengan Hadis Ahad

48 Ibid, h. 119

40

Page 41: al-Quran n asSunnah-PUF 302

Wajib beramal dan berhujjah dengan hadis ahad tetapi tidak kufur sesiapa

menolaknya. Khabar ahad dithabitkan secara zhanni dan memberi faedah keilmuan

secara nazri.49

4.0 - KESIMPULAN

Setelah kita menyelongkar segala sumber hukum yang berkaitan dengan

perundangan Islam, dapatlah kita fahami bahawa sumber hukum ini merupakan sesuatu

yang penting dalam perundangan Islam.

Semoga dengan terhasillah makallah ini, kami berharap agar ianya dapat dijadikan

rujukan dan panduan untuk semua generasi sebagai satu permulaan mengetahui sumber

hukum Islam.

Dengan mengetahui serba sedikit sumber mengenai perundangan Islam, kami

berharap agar ianya dapat memberikan keberkatan di dunia dan akhirat. Insya Allah.

49 Muhammad Hasyim Bin Nawawi, Ahmad Kamil Bin Haji Mat, Azuira Bin Abdul Aziz, Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah Tingkatan 4, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2002) h. 183

41

Page 42: al-Quran n asSunnah-PUF 302

BIBLIOGRAFI

1. Abd.Latif Muda B.A. M.A. Usuluddin (UM), Rosmawati Ali @ Mat Zin B.A.

M.A. Usuluddin (UM), Pengantar Usul Fiqh Tingkatan 6, (Kuala Lumpur,

Ilham Abati Enterprise, Cetakan Pertama, 1997)

2. A.Hanafie M.A., Usul Fiqh, (Selangor, Klang Book Centre, Cetakan Pertama,

1988).

3. Ibnu Khalil, Al-Quran Dan As-Sunnah Sebagai Pedoman Hidup, (Johor

Bahru, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Cetakan Pertama, 1998)

4. H. Aboebakar Acheh, Sejarah Al-Quran, (Kuala Lumpur, Percetakan

Polygraphic (M) Sdn.Bhd, Cetakan Kedua, 1997)

5. Rosmawati Ali @Mat Zin, Pengantar Ulum Al-Quran, (Kuala Lumpur,

Prospecta Printers Sdn.Bhd, Cetakan Pertama (September), 1997)

6. Faisal Bin Yahya, Pendidikan Syariah Islamiyah Fokus Jingga SPM,

(Selangor, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd, Cetakan Pertama, 1999)

7. Wahbah Al-Zuhaili, Fiqh Dan Perundangan Islam, (Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa Dan Pustaka, Cetakan Pertama, 1996)

8. Muhammad Hasyim Bin Nawawi, Ahmad Kamil Bin Haji Mat, Azuira Bin Abdul

Aziz, Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah Tingkatan 4, (Kuala Lumpur,

Dewan Bahasa Dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2002)

42

Page 43: al-Quran n asSunnah-PUF 302

43