al farabi
DESCRIPTION
falsafah dan logika melayual farabisiti yusrina binti mohd yusof JEA080139TRANSCRIPT
TOKOH FALSAFAH:
AL FARABI ARISTOTLE KEDUA
NAMA :SITI YUSRINA BINTI MOHD YUSOF
NO.MATRIK :JEA 080139
NAMA PROF: DR. AMRAN MUHAMMAD
SESI 2008/2009
SEMESTER 1
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
PENGENALAN
ALFARABI ARISTOTLE KEDUA
Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat terkenal pada zamannya.
Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq
Al-Farabi. Beliau dilahirkan di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki
pada tahun 874M (260H). Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan
Bukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Beliau
telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al
Sariy. Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan
perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah
dengan gaji 4Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau
seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia. Beliau lebih
menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-
Farabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-Farabi telah
menghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H).
Al-Farabi merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan
penulisannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu
pengetahuan. Beliau terkemuka dalam bidang falsafah,logik, dan sosiologi. Beliau turut
memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik
dan sejarah. Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta peralatan
muzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.
Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya
dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang muzik), buku Ara ahl Al-madina al
Fadila (bidang sosiologi), Fusus al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam
pelbagai bidang termasuk etika, metafizik, dan perubatan.
EPISTEMOLOGI AL-FARABI
Al-Farabi sebagai pemikir falsafah islam banyak dipengaruhi oleh tulisan ahli
falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle. Sebagai ahli falsafah, beliau dikelaskan
sebagai `Neoplanonist` yang juga menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle.
Kehebatan dalam falsafah menyebabkan beliau digelar Aristotle kedua. Beliau banyak
menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logic dan
sebagainya
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato dan
Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan. Beliau
juga menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau telah
memudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea
(takhayyul) dan bukti (thubut).
Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungan menghasilkan beberapa kajian
dalam perubatan. Beliau mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbanding
otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada
tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota
tubuh badan. Saya menyokong pendapat Al-Farabi ini. Sememangnya jantung menjadi
nadi kepada jasad manusia. Jantung memberikan nyawa kepada manusia. Sebaliknya,
otak hanya berfungsi jika jantung masih lagi berdengup dan berfungsi. Jika jantung
terhenti maka terhentilah juga otak manusia.
FALSAFAH AL-FARABI
Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat
sebenarnya dari segala yang ade ini. Pendapatnya ini sebagaimana pendapat Plato yang
menegaskan “Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara
disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan intipati pembentukan
sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya, apa esensi, apa zatnya”
Al-Farabi sependapat dengan pemikiran plato bahawa alam ini baru, yang terjadi
dari tidak ada. Idea plato tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat
dalam dunia islam. Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah ke dalam ajaran
islam. Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dan
Aristotle yang berlainan pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya.
Pendapat Al-Farabi tentang falsafah ini disokong, yakni sebagaimana takrifan
falsafah dalam bidang kajiannya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui kewujudan
ini membawa manusia kepada kebijaksanaan dan kebenaran. Ini berupaya untuk manusia
mengawal setiap tindak tanduk perlakuannya. Setiap tindak tanduk yang baik
memberikan maanfaat kepada manusia. Maanfaat yang dihasilkan mampu menjaga
hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia dengan penciptanya, dan
manusia dan alam semesta.
FALSAFAH POLITIK AL-FARABI
Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai
bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat
diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu
dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti.
Kebahagian manusia diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang
dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui pandangan akal dan
perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam hubungan akal. Al-Farabi berpendapat
bahawa kebahagian hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat diperoleh sekarang (di dunia
ini ), tetapi sesudah kehdupan sekarang iaitu akhirat. Namun sekarang ini juga ada
kebahagian yang nisbi seperti kehormatan,kekayaan, dan kesenangan yang dapat dilihat
dan dijadikan pendoman hidup.Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang
mulia, kebajikan dan keutamaan. Maka, untuk menuju ke arah itu melalui kepimpinan
yang tegak dan benar. Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal
ini dapat mengarahkan manusia dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan bakal
memelihara sebagai kemantapan keahlian yang disebut pemerintahan dan raja.
Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada dua
iaitu :(i)pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan tindakan yang sedar, cara
hidup.
Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperolehi kebahagiaan. Pemerintahan atas
dasar ini disebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa-
bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.
;(ii)Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dan
rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagian. Maka, muncul
beraneka ragam bentuk pemerintah. Apabila yang dikejar adalah kejayaan semata
dapat dianggap sebagai pemerintah yang rendah. Jika mengejar kehormataan,
pemerintahan akan bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya.
Dipandang dari kemampuan suatu pemerintahan ilmu politik terbahagi menjadi dua
:(i)Kemampuan dalam melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal
:(ii)Kemampuan yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik, dengan
harapan boleh menjadi kebijaksanaan
Sebagai ringkasan pemerintahan dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi
pengelolaannya.
Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah
satu hakikat yang padu. Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan saja tidak akan
mampu untuk mensucikan seseorang dan mengangkatnya ke arah kesempurnaan tetapi
juga memerlukan fikiran dan amalan renungan. Sebarang percubaan dan usaha untuk
memisahkan elemen-elemen ini akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta
masyarakat yang kacau bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar
kepada pembinaan sesebuah negara yang kuat, stabil dan makmur.
Meskipun pemikiran falsafah Al-Farabi banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani
tetapi beliau menetang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam
kehidupan manusia. Menurutnya, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan
dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk
menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak
mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain.
Justeru, seorang ahli falsafah tidak akan merasai perbezaan diantaranya dengan
pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya merupakan komponen yang saling
melengkapi. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-segalanya dan para ilmuan harus diletakkan
pada kedudukan dalam pemerintahan sesebuah negara.
Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan
ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang
tertinggi di dalam sistem sosial sesebuah negara.
Pemikiran, idea dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung
dalam karyanya yang berjudul “Madinah al-Fadhilah”. Perbicaraan mengenai ilmu
falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuh dalam karya “Ihsa
al-Ulum” dan kitab “al-Jam”.
KESIMPULAN
Sesungguhnya Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung
dan ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan perkembangan
kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji
sebagai panduan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan
penulisannya masih lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat pembelajaran dan
institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang
sains, falsafah, dan ilmu pengetahuan berkurun lamanya.
BIBLIOGRAFI
Hasnan Abu Bakar.1992 Falsafah al Farabi:Suatu kajian khusus tentang hubungannya
. dengan kepimpinan. Latihan Ilmiah.Fakulti Usuluddin:Universiti Malaya.
Lok,Chong Hoe.1997. Falsafah barat klasik:Plato dan Aristotle.Pulau Pinang:Universiti
Sains Malaysia.
Mohd Nasir Omar.1986.Falsafah etika:Perbandingan Pendekatan Islam dan Barat .
Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Ialam,Jabatan Perdana Menteri
http://www.google/falsafah islam/al farabi/.com.my
http://www.google/falsafah plato/com.my
http://www.yahoo./falsafah.com.my