aku sebuah komputer

13

Upload: lim-chee-kien

Post on 23-Jun-2015

6.875 views

Category:

Education

1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aku sebuah komputer
Page 2: Aku sebuah komputer

Tajuk Karangan :

- Aku Sebuah Komputer

- Saya Sebuah Komputer

Page 3: Aku sebuah komputer

Aku Sebuah

Komputer

Pendahuluan:

- sebuah komputer berjenama

- sangat berguna kepada manusia

Isi 1:

- dilahirkan di mana?

- diperbuat daripada

apa?

- terdiri daripada

beberapa bahagianIsi 2:

- dihantar ke mana?

- dipamerkan

- dijual dengan harga

Isi 3:

- dibeli oleh siapa?

- digunakan untuk membuat

berbagai-bagai kerja

Isi 4:

- sikap tuan

- menjaga aku

dengan teliti

Penutup:

- berasa gembira

- memberi khidmat

Page 4: Aku sebuah komputer

Pendahuluan:

- sebuah komputer berjenama

- sangat berguna kepada manusia

Contoh 1:

Aku sebuah komputer berjenama DELL. Aku sangat berguna kepada manusia.

Contoh 2:

Aku ialah sebuah komputer berjenama DELL. Aku sangat berguna kepada manusia pada zaman sekarang.Contoh 3:

Aku merupakan sebuah komputer berjenama DELL. Aku sangat berguna kepada manusia pada zaman sekarang.

Page 5: Aku sebuah komputer

Isi 1: - dilahirkan di mana?

- diperbuat daripada apa?

- terdiri daripada beberapa bahagian

Contoh 1:

Aku telah dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Petaling Jaya. Aku diperbuat daripada plastik dan alat-alat elektronik. Aku terdiri daripada beberapa bahagian.

Contoh 2:

Aku telah dilahirkan di sebuah kilang besar yang terletak di Petaling Jaya. Aku diperbuat daripada bahan-bahan seperti plastik dan alat-alat elektronik. Aku terdiri daripada beberapa bahagian. Antaranya ialah tetikus, monitor, papan kekunci dan sebagainya.

Page 6: Aku sebuah komputer

Isi 2: - dihantar ke mana?

- dipamerkan

- dijual dengan harga

Contoh 1:

Setelah siap, aku dihantar ke sebuah kedai yang terletak di Kuala Lumpur. Aku telah dipamerkan untuk dijual dengan harga RM 1800.

Contoh 2:

Setelah siap, aku dihantar ke sebuah kedai yang terletak di Kuala Lumpur, iaitu Kedai Komputer Yakin. Aku telah dipamerkan di atas sebuah rak. Aku dijual dengan harga RM 1800.

Page 7: Aku sebuah komputer

Isi 3: - dibeli oleh siapa?

- digunakan untuk membuat berbagai-bagai kerja

Contoh 1:

Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang pemuda. Pemuda itu bernama Ali. Aku digunakan oleh Ali untuk membuat berbagai-bagai kerja.

Contoh 2:

Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang bercermin mata. Pemuda itu bernama Ali. Aku digunakan oleh Ali untuk membuat berbagai-bagai kerja. Dia menggunakan aku untuk menaip, melukis, melayari internet dan sebagainya.

Page 8: Aku sebuah komputer

Isi 4: - sikap tuan

- menjaga aku dengan teliti

Contoh 1:

Ali seorang pemuda yang rajin dan bertanggungjawab. Dia menjaga aku dengan baik. Dia menutup aku dengan sehelai kain.

Contoh 2:

Ali seorang pemuda yang rajin, baik hati dan bertanggungjawab. Dia menjaga aku dengan baik dan teliti. Dia menutup aku dengan sehelai kain yang bersih setelah menggunakan aku.

Page 9: Aku sebuah komputer

Penutup: - berasa gembira

- memberi khidmat

Contoh 1:

Aku berasa gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah komputer. Aku berharap agar sentiasa dapat berkhidmat untuk tuan aku.

Contoh 2:

Aku berasa gembira dan bangga kerana dilahirkan sebagai sebuah komputer. Aku berharap agar dapat memberi khidmat untuk tuan aku sepanjang masa.

Page 10: Aku sebuah komputer

Contoh 1:

Aku sebuah komputer berjenama DELL. Aku sangat berguna kepada manusia.

Aku telah dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Petaling Jaya. Aku diperbuat daripada plastik dan alat-alat elektronik. Aku terdiri daripada beberapa bahagian.

Setelah siap, aku dihantar ke sebuah kedai yang terletak di Kuala Lumpur. Aku telah dipamerkan untuk dijual dengan harga RM 1800.

Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang pemuda. Pemuda itu bernama Ali. Aku digunakan oleh Ali untuk membuat berbagai-bagai kerja.

Page 11: Aku sebuah komputer

Ali seorang pemuda yang rajin dan bertanggungjawab. Dia menjaga aku dengan baik. Dia menutup aku dengan sehelai kain.

Aku berasa gembira kerana dilahirkan sebagai sebuah komputer. Aku berharap agar sentiasa dapat berkhidmat untuk tuan aku.

Page 12: Aku sebuah komputer

Contoh 2:

Aku merupakan sebuah komputer berjenama DELL. Aku sangat berguna kepada manusia pada zaman sekarang.

Aku telah dilahirkan di sebuah kilang besar yang terletak di Petaling Jaya. Aku diperbuat daripada bahan-bahan seperti plastik dan alat-alat elektronik. Aku terdiri daripada beberapa bahagian. Antaranya ialah tetikus, monitor, papan kekunci dan sebagainya.

Setelah siap, aku dihantar ke sebuah kedai yang terletak di Kuala Lumpur, iaitu Kedai Komputer Yakin. Aku telah dipamerkan di atas sebuah rak. Aku dijual dengan harga RM 1800.

Page 13: Aku sebuah komputer