sebuah rumah sebuah komputer -...

13
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou Onn** LATAR BELAKANG Era maklumat yang kita warisi di pinggir abad yang ke21 ini adalah perkembangan lanjutan daripada era perindustrian di pinggir abad yang 19. Perkembangan itu didorong keperluan manusia mahu menggunakan lebih banyak sumber maklumat dan manusia dengan lebih bijak, cepat dan mudah, kerana kesemua kita dikehendaki membuat lebih banyak kerja dengan lebih bijak, cepat dan mudah berbanding dengan orang lain, atau diri kita sendiri di masa lalu. Cara yang paling sesuai dan juga praktikal untuk berbuat demikian ialah dengan bantuan komputer yang bukan sahaja sudah semakin mudah digunakan, tetapi juga sudah mempunyai kuasa yang tidak ditandingi mesin lain, lebih-lebih lagi kerana komputer kini seolah- olah sudah hampir-hampir mempunyai kecerdasan manusia: boleh membaca, mendengar, merasa, bercakap, berfikir, mengingat, sedangkan pena, buku dan mesin taip, misalnya, tidak! Tetapi, seperti alat dan teknologi lain, komputer tidak boleh mendatangkan manfaat kepada sesiapa juga sekiranya tidak digunakan dengan betul. Setelah tahu menggunakannya, banyak orang mendapati mereka sudah berubah menjadi orang lain, sehinggakan sudah mempunyai tanggapan baru tentang dirinya dan juga orang lain, justeru sudah boleh membuat kerja yang tidak terfikirkan sebelumnya, selain boleh mclakukan lebih banyak kerja dengan lebih bijak. cepat dan mudah. Antaranya ialah mencari maklumat, memproses data, menghantar mail, menyimpan kira- kira, mendengar lagu dan muzik, membeli belah, berkongsi ide dan maklumat dengan orang lain dengan bantuan komputer, tanpa perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kesemuanya itu disebabkan komputer masa kini mempunyai memori yang lebih besar, maka sudah tentu boleh berkerja dengan lebih pantas. Rencana ini cuba meninjau penyebaran komputer di rumah tangga di Malaysia, memandangkan teknologi moden ini sudah memainkan peranan yang semakin besar dalam hidup kita. Antara persoalan yang perlu dijawab sehubungan itu ialah berapa orang dan peratusan rakyat Malaysia sudah memiliki komputer di rumah? Adakah angka itu telah meningkat sekarang seperti yang dikehendaki? Apakah pula kadar peningkatannya? Adakah perkembangan itu seimbang antara bandar dengan luar bandar? Kalau tidak, apakah pula sebab-sebabnya dan apakah yang boleh dilakukan? Berkaitan dengan soalan-soalan tersebut ialah soalan berapa orang sudah memiliki literasi komputer? Berapa orang pula (terutamanya orang dewasa) di Malaysia masih takut (paronia) terhadap komputer? Sejauh mana kempen 'sebuah rumah sebuah komputer' boleh menolong? Dengan menjawab kesemua soalan itu, dapatlah juga dinampak sejauh mana langkah kerajaan mara ke arah pembentukan sebuah masyarakat maklumat boleh dipercepatkan. Harapan itu terletak pada generasi muda. Merekalah tiang negara dan harapan bangsa kita pada masa depan kita. Merekalah juga yang paling tertarik hati dan yang paling banyak menggunakan komputer kerana amat memerlukannya untuk mendapat maklumat, pendidikan, hiburan, komunikasi dan sosialisasi secara digital. Moga-moga teknologi kegemaran mereka itu akan membentuk sikap dan tabiat baru Pensyarah, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia e-mail: [email protected] Tutor. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia e-mail: [email protected] Sekitar Perpustakaan Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: trankiet

Post on 17-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

PERPUSTAKAANNEGARA MALAYSIA

Sebuah Rumah Sebuah Komputer

Ding Choo Ming*dan

Choo Wou Onn**

LATAR BELAKANG

Era maklumat yang kita warisi di pinggir abad yangke21 ini adalah perkembangan lanjutan daripada eraperindustrian di pinggir abad yang 19. Perkembanganitu didorong keperluan manusia mahu menggunakanlebih banyak sumber maklumat dan manusia denganlebih bijak, cepat dan mudah, kerana kesemua kitadikehendaki membuat lebih banyak kerja denganlebih bijak, cepat dan mudah berbanding denganorang lain, atau diri kita sendiri di masa lalu. Carayang paling sesuai dan juga praktikal untuk berbuatdemikian ialah dengan bantuan komputer yang bukansahaja sudah semakin mudah digunakan, tetapi jugasudah mempunyai kuasa yang tidak ditandingi mesinlain, lebih-lebih lagi kerana komputer kini seolah-olah sudah hampir-hampir mempunyai kecerdasanmanusia: boleh membaca, mendengar, merasa,bercakap, berfikir, mengingat, sedangkan pena, bukudan mesin taip, misalnya, tidak! Tetapi, seperti alatdan teknologi lain, komputer tidak bolehmendatangkan manfaat kepada sesiapa juga sekiranyatidak digunakan dengan betul. Setelah tahumenggunakannya, banyak orang mendapati merekasudah berubah menjadi orang lain, sehinggakan sudahmempunyai tanggapan baru tentang dirinya dan jugaorang lain, justeru sudah boleh membuat kerja yangtidak terfikirkan sebelumnya, selain boleh mclakukanlebih banyak kerja dengan lebih bijak. cepat danmudah. Antaranya ialah mencari maklumat,memproses data, menghantar mail, menyimpan kira-kira, mendengar lagu dan muzik, membeli belah,berkongsi ide dan maklumat dengan orang laindengan bantuan komputer, tanpa perlu bergerak dari

satu tempat ke satu tempat yang lain. Kesemuanyaitu disebabkan komputer masa kini mempunyaimemori yang lebih besar, maka sudah tentu bolehberkerja dengan lebih pantas.

Rencana ini cuba meninjau penyebaran komputer dirumah tangga di Malaysia, memandangkan teknologimoden ini sudah memainkan peranan yang semakinbesar dalam hidup kita. Antara persoalan yang perludijawab sehubungan itu ialah berapa orang danperatusan rakyat Malaysia sudah memiliki komputerdi rumah? Adakah angka itu telah meningkatsekarang seperti yang dikehendaki? Apakah pulakadar peningkatannya? Adakah perkembangan ituseimbang antara bandar dengan luar bandar? Kalautidak, apakah pula sebab-sebabnya dan apakah yangboleh dilakukan? Berkaitan dengan soalan-soalantersebut ialah soalan berapa orang sudah memilikiliterasi komputer? Berapa orang pula (terutamanyaorang dewasa) di Malaysia masih takut (paronia)terhadap komputer? Sejauh mana kempen 'sebuahrumah sebuah komputer' boleh menolong? Denganmenjawab kesemua soalan itu, dapatlah jugadinampak sejauh mana langkah kerajaan mara ke arahpembentukan sebuah masyarakat maklumat bolehdipercepatkan. Harapan itu terletak pada generasimuda. Merekalah tiang negara dan harapan bangsakita pada masa depan kita. Merekalah juga yangpaling tertarik hati dan yang paling banyakmenggunakan komputer kerana amatmemerlukannya untuk mendapat maklumat,pendidikan, hiburan, komunikasi dan sosialisasisecara digital. Moga-moga teknologi kegemaranmereka itu akan membentuk sikap dan tabiat baru

Pensyarah, Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysiae-mail: [email protected]. Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysiae-mail: [email protected]

S e k i t a r P e r p u s t a k a a n

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

PERPUSTAKAANNEGARA MALAYSIA

mereka sehinggakan mereka mempunyai pendekatanbaru membuat kerja dan juga tanggapan baru terhadapdiri mereka dan juga orang lain. Kesemuaperkembangan yang positif itu adalah persekitarandunia mereka nanti sudah berbeza daripada sekarang,hasil daripada kuasa komputer yang tidak terhinggadalam mencari, memadan dan menghantar maklumatyang semakin banyak dengan semakin pantas kemana-mana komputer yang dihubungi di seluruhdunia itu dan telah juga melahirkan konsepperkongsian masa (time-sharing) yang menjadi fokuspendidikan, bisnes dan perbincangan. Segala-galanyatidak wujud sebelum ini seperti komputer turutmemainkan peranan dalam menyingsing fajar eramaklumat masa kini. Kemahiran dan kecekapanmereka menggunakan komputer adalah wajib untukhidup dan bersaing dalam era maklumat. Buat masaini, kemampuan komputer yang telah membantumereka membuat kerja dengan lebih bijak, banyak,cepat dan mudah diyakini telah memberi, malahanmenambah keyakinan mereka terhadap kebolehandiri mereka. Sikap positif itulah perlu diasuh,dibentuk dan dikembangkan pada diri generasi mudasekarang. Tidak ada untuk mereka mendapat didikanitu memandangkan sudah begitu banyaknya perisianpendidikan, terutamanya CAT (computer-aidedinstruction) boleh didapati di kedai buku, Internet,atau ejen lain.

REVOLUSI KOMPUTER DAN'EMPOWERMENT' RUMAH TANGGA

Sama ada disedari atau tidak, suatu revolusi senyapsudah berlaku di rumah tangga kita. Revolusi itutercetus daripada semakin banyak rumah tanggasudah memiliki komputer dalam masa kebelakanganini. Sebab utama komputer diterima menjadisebahagian rumah tangga kita ialah kebolehannyamemenuhi kepelbagaian kehendak kita. Antaranyaialah:

1. Membolehkan kita mengakses lebih banyakmaklumat dengan lebih cepat, mudah,malahan serentak,

2. Membolehkan interaktiviti yang tidakmungkin dilakukan dengan mesin lain,

3. Membolehkan kita membuat kerja yang tidakboleh dilakukan dengan mesin lain,

4. Membolehkan kordinasi anggota badandengan pantas, terutamanya mata dengantangan.

5. Membolehkan penaipan, penyuntingan,penghantaran, penyimpanan data denganlebih cepat, malahan serentak.

6. Membolehkan kita menjimatkan masa dalamberkongsi ide tanpa bergerak dari satu tempatke satu yang lain.

7. Membolehkan pendidikan bertubi-tubi (rotelearning), maka kita boleh belajar menurutkeperluan dan kebolehan masing-masing.

Kepada senarai itu, boleh ditambah dua faktor lainyang membuat komputer semakin popular. Pertama,harga komputer sudah turun. Maksudnya denganharga yang sama, bolehlah dibeli komputer yang lebihbesar memori. maka lebih besar kuasanya dan jugayang boleh membuat kerja dengan lebih pantas.Kedua, komputer kini jauh lebih canggih berbandingdengan sepupunya lima tahun yang lepas keranasudah dilengkapi perisian multimedia, sertakemudahan sidang video and juga rakaman audio.Kesemua itu menjadikan komputer kini adalah mesinserba guna dan boleh, dan bukan lagi peralatan sainsyang hanya digunakan pakar komputer di makmalkomputer sebelum 1970an. Ciri keserba-bolehan dankeserbagunaan telah membuatnya menjadi alat yangperlu digunakan kita yang dikehendaki membualsemakin banyak kerja. Faktur utama kepopularankomputer ialah ia boleh meningkatkan produktivitikita, dalam erti kata membolehkan kita membuatlebih banyak kerja dengan lebih bijak, pantas danmudah. Kepopularan teknologi ini tidak lain daripadaia semakin mudah digunakan, maka semakin kuatlahtarikannya ke atas orang muda dan dewasa.Tarikannya yang Iain adalah juga kerana mudahnyakita mendapat sokongan teknikal dari kedai komputeratau kawan Namun, tarikan awal komputer ke atasorang muda ialah Internet yang membenarkankomunikasi 'one-to-one, one-to-many, many-to-one,many-to-many , yang tidak mungkin didapati darimassa media lain, seperti akhbar, radio dantelevisyen. Tidak kira apa juga sebabnya, langkah

t a r P e r p u s t a k a a n

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

pertama untuk mempelajari komputer ialahmendapatkan sebuah komputer sendiri. Yang perludibuat ialah mendapatkan komputer yang sesuaidengan kehendak, pengetahuan, literasi komputer danmaklumat kita dan juga pemahaman kita tentangteknologi yang ada itu. Memang merugikan, malahanmembazir jika kita beli komputer yang canggihdilengkapi perisian yang tidak diperlukan dan jugatidak tahu menggunakannya. Setelah tahumenggunakannya, kita akan belajar menjadi seorangpencipta dan pengarang, bukan lagi konsumerkomputer sahaja! Antara kebolehan asas yangdiperlukan untuk menggunakan komputer berperisianMicrosoft, misalnya, ialah kita tahu:

1. memasang komputer, pencetak dan cip RAM,2. menaip, menyunting, memadam dan

memasukkan gambar,3. membuat salinan disket,4. membuat perkiraan (dengan menggunakan

spreadsheet),5. membuat geraf,6. menyimpan dan mencari data (menggunakan

access),7. membuat persembahan (menggunakan power

point),8. menghantar e-mail dan lampiran (dengan

Internet Explorer),9. melayari laman web dan10. membuat hompej sendiri.

Selayang pandang, orang muda, terutamanya pelajar,tidak kira pelajar tadika atau universiti, adalah yangpaling kerap dan juga yang kuat tertarik kepadakomputer. Setelah terpukau dengan kuasa komputer,mereka merasa tidak sabar-sabar untuk memilikikomputer sendiri supaya dapat digunakan setiapmasa. Setelah pandai menggunakannya, mereka jugamenjadi yakin tentang kebolehan diri. Sebahagiankeyakinan itu datang daripada kemampuan komputerdalam membantu mereka membuat kerja sekolah danlain-lain dengan lebih bijak, cepat, banyak danmudah, ekoran sudah boleh mendapat lebih banyakmaklumat dengan lebih cepat dan mudah berbandingdengan yang dapat diperolehi guru mereka semasamenjadi pelajar dahulu, misalnya. Kepada generasimuda, komputer bukan sekadar alat penyimpanan,

penyebaran, pengumpulan dan penyintasian pelbagaimaklumat daripada pelbagai sumber, tetapi jugaadalah guru dan teman setia mereka kerana bolehmembekalkan maklumat yang dilarang oleh guru disekolah, atau ibu bapa di rumah.

Komputer adalah antara ciptaan sains yangmengkagumkan dalam sejarah manusia. Ciptaansains itu lebih mengkagumkan daripada ciptaan jamyang membongkar dan mengukur pergerakan masa,teleskop dan miskrokop yang membawapemandangan alam ke depan mata kita, alat cetakyang membuka jalan kepada pembentukanmasyarakat maklumat. Antara manfaat sosial yangdinampak sekarang amalan 'do-it-yourself dalammasyarakat masa silam sudah dihidupkan kembalisetelah semakin banyak komputer digunakan dirumah. Selain itu, setiap kita diajak untuk kembalikepada budaya masa silam dengan perlahan-lahan:dikehendaki membuat sepuluh kerja. dan bukan lagisepuluh orang membuat satu kerja seperti di zamanperindustrian pada pinggir abad yang 19. Kebolehandan kemampuan tambahan itu adalah disebabkankomputer yang secara langsung telah memberi kuasa(empowerment) yang amat diperlukan. Kuasa{empowerment) itu disebabkan komputer adalahteknologi 'all purposes' dan bukannya teknologi'single purpose' seperti pada mesen taip, penghawadingin, kereta, telefon dan televisyen. Antara yangdimaksudkan itu ialah:

1. ia adalah mesin pengira yang lebih baikdaripada mesin pengira yang lain yang pernahdigunakan.

2. Ialah adalah alat pemprosesan maklumat yangbukan sahaja memproses, tetapi jugamenyimpan, menghantar dan menyintaksislebih banyak maklumat dengan lebih cepat danmudah,

3. Ia adalah mesin taip yang mempunyai memoridan versatiliti yang luar biasa, malahanmeningkat dari masa ke masa,

4. Ia adalah mesin yang boleh diprogram untukmembuat kerja rutin dan berbahaya di rumah,pejabat, makmal, lapangan dan lain-lain,

5. Ia adalah alat komunikasi yang membolehkankomunikasi 'one-to-one, one-to-many, many-.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

to-one, many-to-many', maka mewujudkanhubungan manusia yang tidak pernah adasebelum ini.

Sampai di sini, elok diperpanjangkan huraian tentangperanan komputer sebagai alat komunikasi. Mula-mula sekali, ia adalah alat komunikasi yang luarbiasa, dan sukar ditandingi media komunikasi yangkonvensional seperti telefon, televisyen dan radio.Sekiranya radio dan lelevisyen membolehkankomunikasi sehala dan telefon membolehkankomunikasi dua hala, tetapi komputer yangdisambung ke Internet membolehkan kitaberkomunikasi sehala, dua hala, malahan banyakhala. Setidak-tidaknya dengan adanya komputer yangberlnternet, lebih banyak cara dan media boleh kitagunakan untuk berkomunikasi, termasuk e-mail danIRC (internet relay chat). Manfaal utama komunikasibanyak hala dan serentak itu sudah melebihi fungsiutama media komunikasi konvensional, sepertitelefon, pos dan kurier. Walaupun kesemua mediakomunikasi pada asasnya ialah mengurangkankekangan masa dan jarak, serta membolehkankomunikasi individu dengan individu yang lain,tetapi komunikasi interaktif yang dibolehkan Internetitu telah melahirkan e-komers (membeli-belah di atastalian), e-pendidikan (pendidikan jarak jauh di atastalian), antara yang lain-lain, yang tidak wujudselama ini. Selain itu, dengan adanya Internet,komunikasi sejagat yang mudah dan terbuka sudahterbentuk. Berdasarkan kejayaan gemilang yangdisebut itu, ternyata komputer memanglah ciptaanteknologi moden yang ajaib dan luar biasa. Kini,kapasitinya yang berkembang sekali ganda setiaplapan tahun itu pasti akan meningkatkan kesedarandan keprihatinan kita tentang potensi komputer yangbukan sahaja akan menjadi tambak (causeway) antaraEra Perindustrian dengan Era Maklumat, malahanmembuka babak baru Era Kerohanian dan Memoriyang akan datang tidak lama lagi

Memang peningkatan komputer di rumah didorongpeningkatan penggunaan Internet dan permainankomputer. Kedua-duanya telah juga membuat lebihramai orang, terutamanya generasi muda dan kanak-kanak, lebih mengetahui kuasa komputer dan merasaperlu memiliki komputer di rumah masing-masing.

Tarikan Internet bukan sahaja urusan e-mail,pendidikan, membeli belah dan hiburan, tetapi jugakita boleh menggunakan Internet Service Providers(ISP) milik Malaysia, seperti Jaring, MSN Networkdan Telekom di Malaysia dan juga ISP daripadanegara lain, seperti Yahoo, Internet Explorer,America Online, Netschape, Altavista, CompuServe,Excite, Lycos, Rocketmail, Pacific, @home,QuePasa, Starmedia dan Yupi. Selain kemudahanInternet, komputer kini lebih banyak digunakansebagai mesin taip (kerja pemprosesan yaitu wordprocessing) dan juga sebagai alat permainan (LihatLampiran 3), walaupun potensi sebenarnya cumadapat ditentukan kebolehan kita masing-masing.

SEBUAH RUMAH SEBUAH KOMPUTER

Hakikat semakin banyak kerja kini perlu melibatkanpenggunaan komputer, tidak kira sama ada di sekolah,di hospital, di kedai, di stesyen keretapi, bas danlapangan terbang dan lain-lain, maka tidaklah hairansemakin banyak rumah sudah memiliki komputer.Walaupun kadar penerimaan komputer masa kinilebih cepat berbanding dengan kadar penerimaantelefon dan televisyen dalam sejarah perkembanganteknologi masing-masing itu {lihat Lampiran / ) ,namun sehingga kini bukan semua rumah yangmempunyai telefon dan televisyen juga sudahmempunyai komputer. Untuk menggalakkansebanyak mungkin rumah tangga membeli komputer,kerajaan Malaysia telah melancarkan kempen'sebuah rumah sebuah komputer'. Di sini ingindijelaskan bahawa kempen kerajaan Malaysia itutidak ada kaitan dengan ruangan ''sebuah rumahsebuah komputer' di Utusan Malaysia di bawahbimbingan Sdr Johan Jaffar pada tahun pertengahantahun 1995, yang pendek sahaja hayatnya. Yangmenarik ialah kedua-dua rancangan yang berbeza itumempunyai matlamat yang sama: ingin mempopular-kan penggunaan komputer di Malaysia, agar dapatdihilangkan jurang digital di kalangan rakyatMalaysia. Bagi kami, kesemua tuntutan itu bolehdicapai memikirkan semakin banyak dan perlunyakomputer diintegrasikan dalam kerja, hidup danrumah kita sendiri. Daripada keprihatinan dankesedaran itu, sebuah kajian telah dibuat tentang

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

pemilikan komputer di rumah kawasan bandar,terutamanya di Lembah Kelang pada 2001.Berdasarkan kajian itu, kami dapati kadarpeningkatan komputer telah naik daripada 15% pada1990 kepada 45% pada 1996 dan 73.2% pada tahun2001 {Lihat Lampiran 4). Peningkatan itu ada kaitandengan ketiga-tiga faktor yang berikut, yang jugadidapati lengkap-melengkapkan:

1. Tahap pendidikan - keluarga denganpendidikan yang semakin tinggi didapatisemakin banyak memiliki komputer,berbanding dengan keluarga dengan tahappendidikan yang rendah. Di Lembah Kelang,66% pemilik komputer adalah lulusanuniversiti, sedangkan lulusan sekolah cuma12%.

2. Usia: orang yang berusia antara 40 - 55tahun, yang juga berada di kemuncak kerjayamereka itulah yang paling banyak memilikikomputer di rumah, berbanding dengan yanglebih tua atau yang lebih muda.

3. Pendapatan - keluarga yang berpendapatantinggi memiliki lebih banyak komputerberbanding dengan keluarga yangberpendapatan rendah.

Oleh sebab ada kaitan erat antara pemilikan komputerdengan pendidikan, kerjaya dan pendapatan rumahtangga, tidaklah hairan kiranya ada setengah keluargamempunyai lebih daripada dua unit komputer,sedangkan yang lain tidak ada. Rumusan di sini ialahkemampuan kewangan di keluarga yangberpendapatan rendah dan tahap pendidikan yangrendah di kalangan ibu bapa menjadi faktorpenghalang dalam meningkatkan pemilikankomputer di rumah di Malaysia, seperti juga di negarayang lain.

Secara umum, hanya 11% rakyat Malaysiamenggunakan komputer berbanding dengan angkapurata 35% di negara maju. lni bermakna hanya kira-kira 3 - 4 juta unit komputer digunakan di Malaysiasekarang. Daripada kajian itu, kami juga dapatisebahagian besar, yaitu 70% daripada jumlahkomputer yang ada di Malaysia tertumpu di LembahKelang. Untuk mengejar kadar purata penggunaankomputer di negara maju, bilangan komputer dinegara ini perlu ditambah kepada 7 - 8 juta unit lagi.

Sasaran itu boleh dicapai memikirkan semakinbanyak ibu bapa menganggap pembelian komputerdi rumah adalah pelaburan tambahan untuk masadepan anak mereka, selain membolehkan merekasendiri mempertingkatkan produktiviti. Dalamperspektif itu, rasa takut terhadap komputer bukansahaja boleh dikatakan sudah tidak wujud di LembahKelang, tetapi juga pemilikan komputer juga bukanlagi dianggap barang mewah, tetapi barangkeperluan, seperti kereta, peti sejuk, televisyen danpenghawa dingin.

Untuk memaksimumkan sebanyak mungkin keluargamemiliki komputer, selain untuk menghilangkanjurang perbezaan digital di kalangan rakyat,Kementerian Tenaga. Komunikasi dan Multimediatelah mendapat kebenaran daripada kerajaanMalaysia untuk membolehkan rakyal Malaysiamengeluarkan wang sebanyak RM 1,990 hinggaRM4,000 daripada KWSP (Kumpulan WangSimpanan Pekerja) untuk membeli komputer sejakawal tahun 2000. Urusan pembelian itu dikendalikansebuah konsortium yang diketuai Intel ElectronicsMalaysia dan GO20202.com.MSC.Sdn.Bhd dengankerjasama daripada Pos Malaysia. Telekom Malaysia,Maxis Communication dan 100 buab pengedarkomputer peribadi di seluruh negara. Di bawahpayung program dan insentif PembekalanPerkhidmatan Universal di kawasan luar bandar, lebihbanyak makmal komputer akan dibina di lebihbanyak sekolah, selain memastikan semua sekolahdi negara ini disambung kepada kemudahan Internet,sesuai dengan hasrat kerajaan Malaysia inginmeningkatkan pemilikan komputer di Malaysiadaripada 11 % sekarang kepada 25%! menjelang 2005dan scterusnya 35% beberapa tahun lagi selepas itudan juga menghilangkan jurang perbezaan digital diantara kawasan Bandar dan luar bandar. Sekali lagiditegaskan bahawa harapan itu boleh dicapaimemandangkan Malaysia sudah juga mempunyaitetulang rangkaian lebuhraya maklumat di seluruhnegara. Selain ilu, dalam Rancangan Malaysia yangke 8, sebanyak 100 pusat Internet Desa akanditubuhkan untuk membolehkan lebih banyak orangdi pedalaman mendapat kemudahan Internet.Kesemua strategj itu hanyalah tapak kecil dalamlangkah besar kerajaan Malaysia untuk melahirkan

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

sebuah masyarakat bermaklumat di negara ini denganlebih cepat lagi. Satu sebab lain sasaran 35% rakyatnegara ini memiliki komputer diyakini boleh dicapaiialah semakin lama semakin banyak pelajar Malaysiasudah mengikuti kursus IT dan sains komputer disekitar 450 IPTA/S (institusi pengajian tinggi awam/swasta) di seluruh Malaysia.

Adalah bukanlah rahsia lagi kawasan luar bandaradalah pasaran komputer peribadi yang luas diMalaysia pada masa kini. Oleh itu, fokus kempen'sebuah rumah sebuah komputer' perlu juga lebihditumpukan ke kawasan luar bandar, memandangkanpasaran untuk komputer di bandar sudah hampirmencapai takat maksimum (saturation point),terutamanya di Lembah Kelang. Di sini, wajardicatatkan sebab-sebab utama rumah tangga dikawasan luar bandar dan pedalaman tidakmempunyai komputer selama ini:

1. Ibu bapa yang berkenaan tidak mampu,kerana berpendapatan rendah,

2. Ibu bapa yang berkenaan tidak merasa perlumemiliki komputer kerana tidak perlumenggunakannya,

3. Ibu bapa yang berkenaan tidak tahu-menahumenggunakan komputer,

4. Ibu bapa yang berkenaan buta huruf,5. Ibu bapa yang berkenaan takut menggunakan

komputer setelah mendengar cerita tentangbahaya dan risiko menggunakan komputer.

Namun, selaras dengan peningkatan taraf hidup,lebih-lebih lagi peningkatan kesedaran terhadappentingnya pendidikan dan kemahiran menggunakankomputer, semakin banyak orang kampong danpedalaman bercadang untuk membeli komputer bilaanak mereka menjadi besar, atau ketika merekamempunyai wang yang cukup, berikutan hargakomputer semakin murah. Kepada ibu bapa yangpeka tentang masa depan anak mereka, merekamendapati membeli komputer adalah semacampelaburan. Namun, pembelian komputer di kawasanluar bandar dan pedalaman tidak akan secepat sepertidi bandar, memandangkan kebanyakan ibu bapa yangberkenaan itu bekerja sendiri. Mereka tidak ada wangdalam KWSP, atau dalam bank lain. Yang pasti ialahkeadaan buta huruf komputer di kawasan luar bandardan pedalaman akan diperbaiki dari masa ke masa

dengan semakin banyak anak mereka yang tamatpengajian tinggi mereka di bandar besar itu membawakomputer balik ke kampong masing-masing, lebih-lebih lagi anak yang lain yang dihantar ke sekolahdi kampong masing-masing .

Sama ada di bandar atau luar bandar, sasaranpenjualan komputer kini ialah rumah. Penggunaankomputer di rumah cuma kuat dirasai sejak 1990an,walaupun komputer sudah diperkenalkan di Malaysiasejak 1960an. Ini disebabkan sehingga tahun 1990an,penggunaan komputer di rumah lebih semacam fiksisains, kerana komputer kerangka besar (main frame)hanya mampu digunakan di jabatan kerajaan daninsitusi penyelidikan kerana harganya mencecahratusan ribu ringgit harganya selain saiznya sebesarsebuah kereta. Selain itu, komputer ketika itu tidakmesra dan hanya dapat dikendalikan pakar sainskomputer, atau pegawai yang terlatih dalam sainskomputer. Keadaan itu sudah berubah sekarangdengan jutaan unit komputer peribadi yang cornel danmurah dikeluarkan Acer, Apple, AST, Compaq, Dell,Fujitsu, Gateway, Hawllet-Packard, IBM,Miscrosoft, Sony, Western Digital, antara yang Iain-lain. Selain itu, semua orang dari segala lapisanmasyarakat boleh menggunakan komputer yangsudah semakin mesra dan mudah digunakan,walaupun potensi sebenar komputer masih dikuasaisaintis komputer. Hasilnya semakin lama semakinbanyak komputer boleh didapati di pasaran, malahsudah diterima menjadi sebahagian daripada rumahtangga pada orang yang tahu manfaat komputerdalam hidup mereka.

Sepuluh tahun lepas pembelian komputer adalahperkara besar. Membuat keputusan membelikomputer ketika itu adalah seperti membuatkeputusan membeli tanah dan rumah keranamemerlukan banyak wang. Setelah membelinya,timbul pula masalah di mana ia boleh diletakkan,selain siapa pula boleh mengendalikannya dan untukberapa lama satu kali. Disebabkan masalah itu,komputer ketika itu dianggap sebagai 'penceroboh'baru di setengah rumah, selain perompak masa orangyang sibuk, lebih-lebih lagi jika kerja pejabatdikehendaki dibawa balik ke rumah. Prasangka dantanggapan negatif itu telah berubah dan terbenam

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

dengan harga komputer kini menurun, lebih-lebih lagikebolehannya menolong kita meningkatkanproduktiviti kita. Kini, kita menerima komputer dirumah, kerana manfaat sosio-budaya dan ekonomiyang positif. Perubahan sikap kita itu bukan sahajaada kena-mengena dengan saiz komputer yangsemakin kecil, maka boleh dialih dari satu tempat kesatu tempat yang lain, dan juga tidak menimbulkanmasalah ruang seperti di masa dahulu; tetapi juga'versability'nya kerana boleh disambung kekomputer yang Iain-lain, Internet, telefon dan jugatelevisyen, untuk mencari fail, mendapatkanmaklumat dan untuk membuat kerja yangdikehendaki, tanpa kita meninggalkan rumah. Darisitu, banyak inovasi dan perkembangan baru dijangkaakan bermula sekali lagi di rumah kita. Antara aktivitiyang sudah dinikmati ialah kita sudah bolehberkomunikasi, bersidang, menempah tiketkapalterbang, membeli belah, mendapat hiburan danpendidikan, menyaksikan peraduan bola sepak pialadunia, melalui komputer, tanpa meninggalkanrumah. Pendek kata, penggunaan komputer di rumahkini sudah tidak menjadi masalah, seperti kitamenggunakan radio, televisyen, peti sejuk, kereta danketuhar, misalnya. Orang yang tahu manfaatnyasudah menjadi lebih tertarik menggunakannya keranasifat interaktif, 'multi-purpose', lebih-lebih lagisemua sifat istimewa yang tersebut sebelum ini. DiAmerika Syarikat, banyak syarikat telahmembenarkan kakitangannya bekerja dari rumahmasing-masing memandangkan komputer di rumahboleh disambung ke komputer di pejabat dansebagainya.

Sampai di sini perlu dijelaskan sebab-sebab rumahdijadikan sasaran dalam kempen mempopularkanpenggunaan komputer di Malaysia kini. Sebab yangpaling penting ialah komputer telah memberi kuasa(empower) kepada individu memainkan perananekonomi, sosial, politik, perubatan, pendidikan danlain-lain di rumah masing-masing sekali lagi dalamsejarah hidup kita. Perkembangan itu disebabkansekali lagi kita perlu diorientasikan agar menjadi lebihberdikari, bergantung pada diri. Daripada itu, lahirlahslogan seperti 'do-it-yourself, 'melayan diri' dan'self-service' di tempat awam, seperti restoren,stesyen petrol, kedai buku, jabatan kerajaan, lebih-

lebih lagi mencari maklumat di perpustakaan.Memang sebelum zaman revolusi perindustrian,rumah tangga adalah pusat 1001 aktiviti, daripadapendidikan, ekonomi, politik, perubatan, sosial,saikologi, hiburan, kreativiti, kerohanian,keugamaan, pekerjaan, makan, kepada minum danrehat. Pendek kata, manusia manusia bekerja dirumah, mendapat pendidikan di rumah, mendapatrawatan di rumah dan mendapat kasih sayang danperlindungan di rumah. Rumah itu adalah dunianyadan juga syurganya. Tetapi, selepas zaman revolusiperindustrian, setelah sekolah, pejabat, kilang daninstitusi lain ditubuhkan di luar rumah, kesemuaaktiviti itu telah dibawa keluar rumah. Sehingga kini,peranan dan fungsi rumah cuma tinggal sebagaitempat berehat, tidur, membaca akhbar dan menontontelevisyen. Kini, dengan membawa komputer kedalam rumah, fungsi rumah tangga yang sudah hilangitu dibawa balik semula ke dalam rumah. Dalamproses itu, komputer dijangka dapat memainkanperanan yang besar dalam mengubah cara hidup kitadalam persekitaran rumah kita sendiri. Semadadirancang atau tidak, rumah dan komputer dijangkaakan membawa perubahan baru, malahan anjakanparadigma, kepada manusia memandangkan rumahmasih lagi pusat segala aktiviti kepada semua ahlikeluarga dari masa ke masa, walaupun rumah itumungkin kosong pada siang dengan ibu bapa pergike pejabat, dan anak-anak pergi ke sekolah, dan kuasakomputer semakin besar. Hanya di rumahlah bolehwujud persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanakmembesar, orang dewasa berehat, yang sakitmendapat rawatan, yang lain mendapat perlindungan,lebih-lebih lagi untuk semua orang mendapat kasihsayang daripada ahli keluarga yang ada. Sementaraitu, komputer peribadi memang dicipta untuk dibeli,dipunyai dan dijalankan individu di rumah, selain dipejabat, sekolah dan institusi atau tempat kerja yanglain. Akan tetapi, oleh sebab pendedahan kanak-kanak kepada penggunaan komputer di rumah adakaitan erat dengan tahap pendapatan dan pendidikanibu bapa mereka, maka jika kerajaan tidak membantulebih banyak sekolah di kawasan luar bandarmemiliki komputer, atau menawarkan sainskomputer sebagai mata pelajaran wajib di sekolah,kanak-kanak daripada keluarga miskin akanmendapati sukar untuk mempelajari kemahiran

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

menggunakan komputer, kerana peluang untukberbuat demikian amat terbatas di sekolah. Kalaudemikian, peluang pekerjaan pelajar luar bandartidaklah secerah kawan mereka di kawasan bandar,atau daripada keluarga yang berpendidikan danberpendapatan tinggi. Selain itu, kanak-kanakdaripada keluarga miskin, maka tidak mempunyaikomputer di rumah, mungkin merasa malu, malahantakut menggunakan komputer di sekolah. Tidak kiraapa sebabnya, sebelum impian 'sebuah rumah sebuahkomputer' tercapai, sekolahlah tempat pelajardaripada keluarga miskin dan juga di kawasan luarbandar dapat berinteraksi dan menggunakankomputer. Selain itu, kepada banyak pelajar, sekolahadalah rumah tangga kedua mereka. Di sekolahlahmereka mendapat didikan, pelajaran, kasih sayangdan menghabiskan masa dari usia 6 hingga 15 atau16 tahun!

Daripada apa yang berlaku itu, ternyata kita sedangmenyaksikan peristiwa sejarah yang tidak pernahberlaku sebelum ini: kahwin campur antara komputerdengan rumah tangga. Perkahwinan itu diredahi ibubapa dan dialu-alukan generasi muda kerana faktoryang sudah disebut sebelum ini; komputer kini sudahsemakin berkuasa, serba boleh (versatile), lebihmudah dipelajari, lebih besar memori, lebih murahharganya, lebih-lebih lagi boleh membuat individuyang mempunyai literasi komputer dan literasimaklumat itu lebih produktif, kreatif dan inovatif.Dengan membawa komputer ke dalam rumah, rumahtangga kita bukan sahaja akan menjadi pusat industrikotej seperti yang popular di zaman perindustriandahulu, tetapi juga memainkan pelbagai perananrumah tangga tradisional jauh sebelum masaperindustrian itu. Memanglah perkahwinan itu adalahyang unggul bak kata seperti 'pinang dibelah dua'memikirkan komputer adalah 'an all-purposestechnology', manakala keluarga kita itu pula adalah'an all-purposes institution . Sehubungan itu, kitaberdoalah agar perkahwinan itu akan bertambahkukuh demi kebahagiaan semua ahli keluarga.Optimisma itu juga berasaskan hakikat bahawakomputer telah memberi kuasa (empowerment)kepada kita dalam erti kata membuat kita bukansahaja boleh membuat lebih banyak kerja denganlebih bijak, cepat dan mudah - maka telah

mempertingkatkan produktiviti dan keberkesanankerja kita. Kesemua itu ada kaitan erat denganpenringkatan daya saing kita justeru kita sudah bolehmendapat lebih banyak maklumat dengan lebih cepatdan mudah - memandangkan maklumat adalah jugakomoditi utama dalam perdagangan dan bisnes yangmengutamakan produktiviti dan keberkesanan kita.Kesemua itu, secara langsong dan tidak langsong,telah meletakkan rumah tangga kita di batu asas yangkukuh dalam melahirkan sebuah masyarakatmaklumat dengan lebih cepat. Ini juga disebabkansemakin banyak individu dan keluarga mempunyaikomputer dan tahu menggunakannya, semakin kuatdan berkuasalah individu dan keluarga itu.

KOMPUTER DAN MAKLUMAT DENGANKELUARGA ERA DIGITAL

Peningkatan penggunaan komputer di rumah dimana-mana juga telah mencetuskan perkembangansosiologi yang menarik. Ini disebabkan komputeryang pertama di rumah, tidak kira tempat danmasanya, pasti akan menimbulkan keghairahan danrangsangan yang paling hebat, sehinggakanmempengaruhi cara hidup dan interaksi ahli keluargayang berminat menggunakan komputer, danselanjutnya membuat setiap mereka perlumenyesuaikan diri dengan ahli keluarga yang lain,seperti menggunakan telefon, menonton televisyen,memakai kereta atau mendengar hi-fi. Yang menarikialah kini ialah sudah tidak timbul rungutan komputermengganggu autonomi dan kebebasan ahli keluargaterhadap teknologi yang lain, seperti televisyen, radio,telefon dan akhbar, misalnya. Walaupun setengah ahlikeluarga mungkin akan menjadi lebih lertarik kepadakomputer pada mula-mulanya, tetapi pada asasnya,komputer seperti teknologi yang lain tidak mungkinmengubah tabiat dan kegemaran ahli keluarga ituterhadap pembacaan buku, misalnya. Orang yangsuka membaca buku tidak akan bcrhenti berbuatdemikian setelah menggunakan komputer. Demikianjuga orang yang suka menonton televisyen tidak akanberhenti berbuat demikian sama sekali, keranakomputer. Isu pokok sekarang ialah komputer sudahditerima dan dipandang sama tinggi dan sama rendahseperti akhbar, radio, televisyen dan kereta di rumah,

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

yang hanya digunakan bila diperlukan, dari masa kemasa. Hasilnya, aduan yang berikut dari ibu bapatentang kesan negatif komputer hanyalah gejalasementara waktu, kerana hanya timbul di sebilangankecil rumah tangga dalam tempoh penyesuaian dirianak-anak, iaitu hanya timbul dalam masa peralihan,mungkin beberapa minggu atau bulan:

1. 'Komputer telah merampas masa anak sayauntuk membuat kerja sekolah, dan membaca.'

2. 'Anak saya asyik bermain dengan komputersepanjang hari.'

3. 'Anak saya telah melupakan diri, makan danminum kerana Internet danpermainan komputer.'

4. 'Anak saya melayan komputer yang barudibeli itu seperti menjumpai kawan baruyang amat disukainya.'

5. 4Anak saya menguncikan diri dalam bilikdengan komputernya.'

6. 'Anak saya telah menukar kawan lamanyadengan komputer yang baru dibeli.'

Dengan semakin banyak rumah tangga mempunyaikomputer nanti, semakin banyak keluarga akandijalini rangkaian komunikasi sejagat. Hasilnya,keluarga yang berkenaan boleh menikmatikomunikasi direct, immediate dan interative untukpertama kali dalam sejarah. Inilah asas kepadapembinaan 'worldwide reciprocal interrelationship'.Setelah dihubungkan ke perpustakaan, pangkalandata dan laman web di Internet, komputer di rumahmembolehkan kita mengakses maklumat dari seluruhdunia dengan cepat dan mudah bila-bila masadikehendaki. Dengan itu, kita tidak lagi akan jahiltentang perkembangan yang terbaru di dunia sepertikatak di bawah tempurung. Kesemua itu adalahsebahagian daripada maksud 'individual and familyempowerment'. Dari segi 'individual empowerment',generasi muda yang mendapati diri mereka bolehmendapat begitu banyak maklumat secara terbukadan bebas dari Internet itu merasai diri mereka sudahmempunyai kuasa yang tidak dipunyai generasi mudadan tua masa silam. Data dan maklumat yang semakinbesar, lebih-lebih lagi dengan setiap orang bolehberkongsi lebih banyak maklumat dengan lebih bebasdan terbuka itu dijangka akan memainkan perananyang mutlak dalam proses pendemokrasian, selain

dijangka akan mengambil alih sebahagian perananorang tua yang selama ini dianggap sebagai sumbermaklumat. Dalam proses pendemokrasian itu,masyarakat dijangka akan menjadi lebih demokratik.Delima sekarang ialah generasi muda yangmendapati mereka sudah lebih bermaklumat dengantindakan mereka yang dianggap sebagai yang betulitu dipandang orang tua sebagai ancaman kepadakuasa dan autoriti mereka. Perkembangan ini jugaberlaku di Malaysia dengan kaum tua cuba menyekat,menguasai dan menghalang ide baru daripada kaummuda yang ternyata sudah menjadi semakin bijak,berpengetahuan dan berani, ekoran pendedahanmereka kepada bermacam-macam maklumat, lebih-lebih lagi mereka digalakkan melayan diri danmencuba perkara yang baru yang diberi panduanbelajar sendiri di Internet. Itulah antara sebab-sebabnya dikatakan komputer di rumah sudahmencetuskan semacam 'revolusi' yang akanmengubah tanggapan individu terhadap individuyang lain. Dalam proses itulah masyarakat kita akanmenjadi lebih demokratik dengan setiap orang bolehberkongsi lebih banyak maklumat dengan lebih bebasdan terbuka.

Sejak 10 tahun yang lepas, kaunselor perjawatansudah menasihati ibu bapa supaya memberi kursuskemahiran komputer kepada anak mereka agarmereka boleh mengisi jawatan yang memerlukankemahiran IT dan komputer. Sekiranya penawaranjawatan bergantung pada literasi dan penguasaankomputer, sudahlah tentu hanya mereka yangmempunyai literasi komputer dapat menenuhi syarat.Dari segi negatif komputer di sini sudah menjadihalangan kepada mobiliti kelas dan sosial yang muladibuka dengan kerajaan memberi peluang pendidikantinggi kepada anak daripada keluarga miskin dankawasan luar bandar.

PENUTUP

Komputer adalah invoasi yang paling pentingsepanjang abad ini. la akan menjadi artifat utamadalam masyarakat maklumat kita nanti, sepertiperanan motokar dalam masyarakat perindustriandahulu. la sudah diterima semakin banyak orang

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

kerana ia adalah ciptaan teknologi yang terbesarsepanjang abad yang ke 20, lebih-lebih lagi keranakebolehanny a mengubah kelakuan individu dan jugajuga menyusun semula banyak institusi sosial, politik,ekonomi, pendidikan, perubatan dan lain-lain. Bilamasyarakat telah berubah, segala-gala di dalamnya,termasuk manusia, turut berubah dari segi bentuk danisi, jasmaniah dan rohaniah. Seperti di masa lalu,perubahan itu akan diterima dengan baik olehsetengah orang, - di sini generasi muda yang tertarikkepada komputer, tetapi ditentang setengah orang lain- di sini generasi tua yang buta huruf komputer.Reaksi yang berbeza-beza itu ditentukan sama adaperubahan itu mendatangkan manfaat atausebaliknya. Antara perubahan yang dibawa komputerialah cara kita berfikir, bekerja, berkomunikasi danmenganggap diri dan orang lain dalam erti katamembuat kita berfikir dan bekerja dengan cara yanglain. Di sini rasa bimbang dan takut terhadapkomputer akan memburukkan masalah pengangguranadalah tidak berasas setelah kita mengetahuikelebihan dan kelemahan komputer. Maklumlahkomputer cumalah alat. la hanya boleh membuatkerja seperti yang diprogramkan, dan tidak mungkinmembuat kerja yang kita kehendaki. Selain itu, olehsebab setiap program ada cacat celanya, makakomputer tidaklah boleh diharapkan sepenuhnyauntuk membuat semua kerja yang diprogramkan.Tidak kira apa dan berapa banyak cacat celanya,komputer pasti sudah dan akan terus mengubah carahidup kita dan membawa perubahan kepada budayadan masyarakat kita. Asas kepada perubahan itu ialahpenerimaan manusia kerana kebolehanny amengendalikan maklumat yang semakin banyakdengan semakin cepat. Perkembangan itu penting di

era maklumat dan seterusnya dengan maklumatdijangka akan menjadi komoditi ekonomi yangsemakin tinggi nilainya sehinggakan boleh menggantinilai ekonomi pada komoditi konvensional, sepertitanah dan bijih logam.

Rencana ini harus pandang sebagai 'pembuka mata'kita kepada makna dan matlamat 'revolusi' yangsedang dibawa komputer ke atas rumah tangga,kehidupan, pandangan hidup, hubungan sosial danjuga masa depan negara kita. Individu, keluarga danmasyarakat kita akan berubah kerana perubahan yangdibawa komputer. Komputer sudahpun mencetuskanperubahan kepada sistem pendidikan, keluarga,hubungan antara manusia, pekerjaan dan komunikasikita. Ingat, perubahan itu masih berterusan, malahanmenjadi lebih besar dan pantas bila impian 'sebuahrumah sebuah komputer' tercapai . Bila komputersudah diterima menjadi sebahagian di semua rumahtangga di negara ini, seperti kita menerima peti sejuk,radio dan televisyen, misalnya, kita akan mendapatiamat sukar untuk hidup tanpanya, lebih-lebih lagiInternet. Hakikat kini ialah komputer sudah diterimadi semakin banyak rumah tangga, pejabat, sekolahdan tempat-tempat lain. Dengan semakin banyakrumah tangga dan sekolah mempunyai komputer,baik di bandar atau di luar bandar, semakin banyaklahkanak-kanak kini sudah tahu menggunakankomputer, baik di rumah, sekolah atau cafe komputer,tidak kira sama ada kerana permainan komputer,Internet, e-mail, atau kerja menaip. Dengan semakinbanyaknya komputer diintegrasikan dalam kerja kitadalam masa 10 tahun kebelakangan ini, semakinbanyak ibu bapa akan membeli komputer untuk anak-anak mereka.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 13: Sebuah Rumah Sebuah Komputer - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/879/1/Sekitar_2002_35...Sebuah Rumah Sebuah Komputer Ding Choo Ming* dan Choo Wou

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia