aku sebatang pensel

4
Aku Sebatang Pensel Aku sebatang pensel. Nama aku Unicorn. Badanku berwarna hitam dan kelabu. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Lama-kelamaan, aku dan kawan-kawanku telah dibawa ke sebuah kedai dengan menaiki sebuah lori. Aku dan kawan-kawanku yang lain telah dipamerkan di sebuah kedai yang terletak di Taman Ungku Tun Aminah.Selepas aku tiba di kedai itu, seorang pemuda telah menampal harga di badanku . Aku berharga RM 0.70. Setelah lama aku di kedai itu, aku telah dibeli oleh budak perempuan dengan harga RM 0.70. Selepas itu, tuanku membawaku pulang ke rumahnya. Aku gembira kerana sudah mempunyai tuan. Nama tuan aku ialah Nora. Setiap kali Nora ke sekolah, dia membawa aku bersamanya. Nora menyimpan aku ke dalam bekas pensel.

Upload: abdul-mujib

Post on 18-Dec-2015

348 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

xxx

TRANSCRIPT

Aku Sebatang PenselAku sebatang pensel. Nama aku Unicorn. Badanku berwarna hitam dan kelabu. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Lama-kelamaan, aku dan kawan-kawanku telah dibawa ke sebuah kedai dengan menaiki sebuah lori. Aku dan kawan-kawanku yang lain telah dipamerkan di sebuah kedai yang terletak di Taman Ungku Tun Aminah.Selepas aku tiba di kedai itu, seorang pemuda telah menampal harga di badanku . Aku berharga RM 0.70. Setelah lama aku di kedai itu, aku telah dibeli oleh budak perempuan dengan harga RM 0.70. Selepas itu, tuanku membawaku pulang ke rumahnya. Aku gembira kerana sudah mempunyai tuan. Nama tuan aku ialah Nora. Setiap kali Nora ke sekolah, dia membawa aku bersamanya. Nora menyimpan aku ke dalam bekas pensel. Nora menggunakan aku pada setiap hari beliau ke sekolah. Beliau sangat menyayangi aku dan sering membawa aku ke pusat tuisyennya. Pada suatu hari, Nora telah membuang aku kerana badanku sudah pendek dan tidak boleh digunakan lagi. Maka tamatlah riwayatku sebagai sebatang pensel.

Aku Sebatang PenselPendahuluan Nama Sifat Tempat lahir

Isi 1 Tempat jual Harga Tampal harga

Isi 2 Dibeli oleh seseorang budak Dibawa pulang Perasaan

Isi 3 Nama tuan Sekolah Bekas pensil

Isi 4 Digunakan setiap hari Sekolah Pusat tuisyen

Penutup Dibuang pendek