aku adalah sebatang pensil.doc

Upload: sri-arati

Post on 18-Jan-2016

331 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Aku adalah sebatang pensil.Aku diperbuat daripada kayu yang berkualiti.Nama aku Faber-Castell.Aku dilahirkan di sebuah kilang pensil yang terletak di Shah Alam, Selangor.Badanku berwarna hitam tetapi kawan-kawanku berwarna biru,kuning,merah dan hijau.Setelah siap diproses , aku dan beribu-ribu kawanku yang lain disusun ke dalam kotak .Kemudian kami dihantar ke kedai buku.

Pada suatu hari, ada seorang murid memasuki kedai buku. Murid itu ternampak aku lalu membeli aku. Aku dijaga dengan baik .

Tuan aku sentiasa menggunakan khidmat aku kerana mata aku hitam dan pekat.Badan aku cantik ,baru dan aku adalah tertinggi dikalangan pensil lain yang terdapat didalam kotak pensilnya.

Semakin hari badanku semakin pendek kerana badanku diasah untuk sentiasa nampak tajam.Apabila badanku pendek ,tuan aku jarang menggunakan aku lalu dia membeli pensil yang baru untuk menggantikan aku.Aku pula dibuangnya ke tong sampah.

Aku berasa sedih kerana dibuang ke dalam tong sampah yang busuk tetapi aku tetap bangga kerana dapat berkhidmat kepadanya.Begitulah riwayat hidupku sebagai sebatang pensil.Bersemadilah aku dalam tong sampah yang busuk itu.

Aku Sebatang pen berjenama Pilot. Aku dilahirkan di sebuah kilang alat tulis Pilot yang terkenal di negeri Melaka. Badanku berwarna merah gelap. Darahku berwarna merah.

Selepas aku diperiksa, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Badanku dibalut dengan sekeping plastik. Kemudian, aku dan kawan-kawanku dimasukkan ke dalam sebuah lori untuk dihantar ke sebuah kedai alat tulis. Dalam perjalanan, aku telah berkenalan dengan ramai kawan-kawan yang baru yang berlainan jenama iaitu seperti Kilometrico, Faber Castell, Luna, Pappermate, Pelikan dan sebagainya. Perjalanan itu mengambil masa dua jam untuk tiba ke destinasi.

Sebaik sahaja kami tiba di sebuah kedai alat tulis. Aku terus dipamerkan bersama barangan lain. Aku dipamerkan di dalam almari kaca bersama-sama dengan pen-pen yang berjenama daripada luar negara. Disitu, aku telah berkenalan lagi dengan kawan baru. Pada suatu hari seorang wanita bernama Linda datang membeliku. Rupa-rupanya Linda merupakan seorang guru.

Linda selalu membawaku ke sekolah. Aku digunakan untuk menanda buku-buku latihan murid-muridnya. Linda seorang guru yang berdedikasi dan murah hati. Apabila rakan sekerjanya memerlukan pen, Linda akan meminjamkan aku kepada mereka. Kesemua rakannya memuji aku kerana darah merahku yang terang dan mudah digunakan. Begitu juga dengan Linda. Dia sangat menyukai aku. Linda menjaga aku dengan baik. Setiap kali selepas aku digunakan, aku akan disimpan dengan baik.

Lama-kelamaan darahku mulai kering. Aku tidak dapat bekerja lagi. Linda berasa sedih kerana aku tidak dapat berkhidmat lagi kepadanya. Walau bagaimanapun, Linda telah menyimpan aku dengan baik di dalam sebuah bekas pensel. Aku berasa bangga mempunyai tuan yang baik hati seperti Linda. Kini tuanku Linda telah mempunyai pen yang baru.