aktiviti water confidence

Upload: rabbiatul-abby

Post on 18-Jul-2015

139 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AKTIVITI WATER CONFIDENCE Pada hari ketiga perkhemahan, kami telah menjalankan aktiviti water confidence. Aktiviti ini dilakukan disebelah pagi.Sebelum kami memulakan aktiviti ini,kami telah membuat aktiviti memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu. Ini adalah kerana ia penting untuk kami mengelak daripada berlakunya kekejangan di dalam air. Selepas membuat aktiviti memanaskan badan dan bersarapan,taklimat ringkas telah diberikan oleh jurulatih kami iaitu En. Zaid.Beliau telah menerangkan cara cara untuk memakai baju pelampung dengan betul. Bukan itu sahaja, teknik untuk terapung di atas permukaan air dengan menggunakan baju pelampung turut diajar kepada kami. Selepas taklimat tersebut,kami diarahkan membuat kumpulan secara berpasangan. Selepas itu, kami bergerak ke destinasi yang ditetapkan dimana tempat untuk kami menjalankan aktiviti water confidence. Pelbagai ekspresi muka dapat dilihat dari mimik peserta BIG, ada yang cemas, ada yang gembira, ada yang risau dan juga ada yang tenang kelihatannya.Setelah itu, kami diminta masuk ke dalam air secara berpasangan.Terlebih dahulu, jurulatih meminta kami supaya bertenang membaringkan badan ke dalam air. Selepas itu, kami diarah supaya meniarap dan membentuk dua bulatan besar iaitu satu bulatan peserta perempuan dan satu bulatan peserta lelaki. Melalui aktiviti kami telah dapat belajar cara mengimbang badan ketika di dalam air. Selepas membuat bulatan,kami juga diajar cara-cara untuk berenang. Kami telah belajar tiga gaya untuk berenang iaitu gaya melentang ke belakang, gaya kupu-kupu dan gaya bebas. Tidak semua peserta yang pandai berenang. Ada yang pandai dan ada yang tidak tahu langsung. Secara berpasangan kami dikehendaki berenang ke tebing tasik. Semua peserta kelihatan bersungguh-sungguh berenang walaupun ada diantara peserta yang pertama kali berenang di dalam tasik yang dalam. Setelah semua peserta sampai ke jeti, kami diminta supaya membahagi kumpulan sama rata bagi mengadakan pertandingan berenang. Kumpulan yang selesai dahulu sampai ke tebing dianggap pemenang. Semua peserta kelihatan bersemangat untuk memenangi pertandingan itu. Kami saling memberi sokongan antara satu sama lain. Melalui aktiviti ini, semangat berpasukan dapat dilihat, di samping itu dapat mewujudkan sikap tidak berputus asa walaupun ada sesetengah yang tidak mempunyai

pengalaman dan kemahiran berenang sebelum ini. Akhir sekali kumpulan Omega telah memenangi pertandingan berenang berkumpulan. Aktiviti seterusnya ialah aktiviti keselamatan di dalam air di mana setiap enam orang akan menyusuri tali yang disediakan untuk menyeberangi tasik. Semua peserta BIG diarahkan berpaut pada tali dengan membaring badan dan bergerak sampai ke seberang tasik. Selain itu, kami juga diajar untuk menyelamatkan mangsa lemas dengan cara membaling pelampung ke arah mangsa. Melalui aktiviti ini, kami dapat mengaplikasikan teknik ini ketika berlaku sebarang kecemasan di dalam air.