water proofing

9
Water proofing Jenis ; SIKA TOP SEAL- 107 Diskripsi produk : merupakan 2 bahagian ubahsaian polimer pengkalis air sebatian mortar bersimen yang terdiri dari polimer cecair dan campuran berasaskan simen beserta Bahan campuran istimewa. Digunakan pada konkrit dan mortar untuk menghalang serapan air. Bahan A adalah dalam bentuk cecair (latex) seberat 4.5kg, manakala bahan B adalah dalam bentuk serbuk Kegunaan : 1. Pengkalis air dan pengkalis lembapan luaran dan dalaman bagi permukaan konkrit, lepaan simen, batu bata dan batu blok, 2. Melindungi struktur konkrit dari kesan serangan de-icing dan freeze thaw 3. Pengkalis air luaran bagi basement dalam pembinaan baru atau yang di baikpulih 4. Penutup liang-liang 5. Pengkalis air bagi tangki air, kolam renang dll 6. Penutup rekahan halus (hair line crack) pada permukaan konkrit, yang bukan disebabkan oleh gerakan struktur. 7. Melindungi dinding basement bahagian dalam dari lembapan 8. Meratakan mortar bagi tujuan kerja pembaikan konkrit Karekter bahan : 1. Daya lekatan yang baik (adhesion) 2. Meningkatkan ketahanan terhadap garam dan frost 3. Melindungi dari serapan air dan ‘concrete carbonation’

Upload: drbuilding

Post on 11-Jun-2015

450 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Water Proofing

Water proofing

Jenis ; SIKA TOP SEAL- 107

Diskripsi produk : merupakan 2 bahagian ubahsaian polimer pengkalis air sebatian mortar bersimen yang terdiri dari polimer cecair dan campuran

berasaskan simen beserta Bahan campuran istimewa. Digunakan pada konkrit dan mortar untuk menghalang serapan air.

Bahan A adalah dalam bentuk cecair (latex) seberat 4.5kg, manakala bahan B adalah dalam bentuk serbuk

Kegunaan : 1. Pengkalis air dan pengkalis lembapan luaran dan dalaman bagi permukaan konkrit, lepaan simen, batu bata dan batu

blok, 2. Melindungi struktur konkrit dari kesan serangan de-icing dan

freeze thaw 3. Pengkalis air luaran bagi basement dalam pembinaan baru atau yang di baikpulih 4. Penutup liang-liang 5. Pengkalis air bagi tangki air, kolam renang dll 6. Penutup rekahan halus (hair line crack) pada permukaan

konkrit, yang bukan disebabkan oleh gerakan struktur. 7. Melindungi dinding basement bahagian dalam dari lembapan 8. Meratakan mortar bagi tujuan kerja pembaikan konkrit

Karekter bahan : 1. Daya lekatan yang baik (adhesion) 2. Meningkatkan ketahanan terhadap garam dan frost 3. Melindungi dari serapan air dan ‘concrete carbonation’ 4. Tidak beracun, selamat dan sesuai untuk kegunaan berkaitan

air minuman 5.Tidak mengaratkan besi (non corrosive) 6.Sangat konsisten bila digunakan secara slurry (sebatian) atau

dengan menggunakan trowel

Penyediaan Permukaan

Permukaan yang hendak dikalis air mestilah dibersihkan secara mekanikal seperti high pressure water jet, needle gun, blast cleaning, scabbler dll. Kemudian permukaan tersebut hendaklah dibasahkan sehingga permukaannya dalam keadaan kering tanpa air bertakung tetapi lembab kerana air yang terserap.

Jika terdapat lubang atau liang, pastikan tidak terdapat sebarang bendasing di dalamnya.Bagi permukaan lantai, bersihkan permukaan lantai tersebut secara mekanikal dan pastikan tidak ada bendasing seperti lebihan mortar/konkrit serta semua lapisan (coatings)

Page 2: Water Proofing

sedia ada hendaklah dibuang. Semua liang dan lubang termasuk honeycomb mestilah didedahkan. Permukaan ini mestilah dalam keadaan sedia untuk menerima kekuatan lekatan yang maksima.

Permukaan konkrit yang rosak hendaklah dibaiki terlebih dahulu.

Semua bucu (pertemuan permukaan vertical dengan horizontal) mestilah di isi dengan mortar (mortar fillet), 25mm x 25mm

PENYEDIAAN BAHAN

1.BANCUHAN

Page 3: Water Proofing

Apabila kedua-dua bahan dicampurkan, ia akan menghasilkan satu sebatian (slurry). Konsistensi sebatian ini boleh disesuaikan dengan mengurangkan bahan A m sebagai contoh , apabila aplikasi menggunakan trowel, bahan A hanya digunakan sebanyak 90%

Gunakan bekas yang bersih. Tuangkan perlahan-lahan bahan B ke dalam bahan A dan gunakan pembancuh mekanikal. Gunakan kelajuan yang rendah.

2.Masa bancuhan : 3 minit

3.Tempoh penggunaan selepas dibancuh (Pot life) : 30 minit pada suhu 30*C. Pada suhu yang

lebih tinggi, hayatnya lebih pendek.

4.Kaedah aplikasiPermukaan yang hendak dikalis air hendaklah dalam keadaan terserap air, kering tanpa air bertakung. Lapisan pertama hendaklah dibiarkan kering selama 4 – 8 jam pada suhu 20*C sebelum lapisan ke dua dibuat.

Aplikasi secara sebatian (slurry) Sapukan sebatian ini dengan tangan menggunakan berus plastic keras atau penyapu plastic. Sapukan dalam arah yang sama. Sapuan untuk lapis kedua hendaklah dibuat dalam arah yang melintang.

Page 4: Water Proofing
Page 5: Water Proofing
Page 6: Water Proofing

Aplikasi secara mortarKurangkan bahan A aebanyak 10%. Gunakan trowel. Aplikasi ini digunakan apabila permukaan yang rata dan licin diperlukan. Apabila kedapatan lubang atau liang pada permukaan, keraskan penggunaan trowel pada tempat tersebut supaya tertutup dengan bahan pengkalis air.

Untuk mengelakkan kerosakan pada lapisan pertama, lapisan ke dua hendaklah dibuat sebelum tempoh 24 jam. Sekiranya dibuat selepas 12 jam, lapisan pertama hendaklah dibasahkan terlebih dahulu menggunaka semburan halus.

Setelah lapisan kedua dibuat, gunakan span yang kering untuk menggosok permukaannya sekiranya mahukan permukaan yang cantik.

5.Membersih peralatanPeralatan yang digunakan dalam kerja ini hendaklah segera dibasuh dengan air biasa bagi mengelakkan ianya mengeras.

KAWALAN DI TAPAK

Jangan sesekali menutup bahan kalis air yang telah dibuat sebelum ianya diperiksa oleh pihak yang berkenaan, cth: Jurutera/clerk of work/

UJIAN

Sebelum kerja-kerja lain dibuat di atas bahan kalis air tersebut, ujian limbahan air (flood testing) mestilah dibuat. Ujian ini dibuat setelah lapisan ke dua kering. Tutup semua lubang outlet dan airkan ruang tersebut sehingga kedalaman 50mm atau 12.5mm di atas lapisan kalis air. Biarkan selama 72 jam. Sekiranya terdapat kebocoran, lakukan pembaikan dan ulangi ujian limbahan air sehingga tiada lagi kebocoran.

Page 7: Water Proofing