aktiviti pranombor 1

10
AKTIVITI PRA-NOMBOR: MEMADANKAN 1) Bahan Bantu Mengajar : 1 kotak yang mengandungi Baju T-shirt Seluar Kasut Stocking Sudu Garfu Piring Cawan

Upload: sharyn-ryn

Post on 26-Sep-2015

256 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

mt

TRANSCRIPT

AKTIVITI PRA-NOMBOR: MEMADANKAN

1) Bahan Bantu Mengajar :

1 kotak yang mengandungi Baju T-shirt Seluar Kasut Stocking Sudu Garfu Piring Cawan

2) Langkah- Langkah Menggunakan Bahan Bantu Mengajar :

(a) Guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil.(b) Guru memberikan 1 kotak yang mengandungi baju t-shirt, seluar, kasut, stocking, sudu, garfu, piring dan cawan kepada setiap kumpulan.(c) Setiap kumpulan diarahkan untuk mengeluarkan bahan- bahan yang terdapat dalam kotak (d) Guru meminta murid memadankan atau mencari padanan untuk setiap objek. Contohnya, padanan untuk baju T-shirt ialah seluar.(e) Guru memberi masa kepada murid untuk memadankan bagi setiap objek.(f) Guru membincangkan tentang hasil padanan murid.

AKTIVITI PRA-NOMBOR: MENGKLASIFIKASI

1) Bahan Bantu Mengajar :

(a) Kotak yang mempunyai krayon pelbagai warna

(b) Papan lubang warna

2) Langkah- Langkah Menggunakan Bahan Bantu Mengajar :

(a) Guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil.(b) Setiap kumpulan akan diberikan kotak yang mempunyai krayon pelbagai warna dan papan lubang warna.(c) Guru menerangkan kepada murid untuk mengelaskan krayon yang terdapat dalam kotak untuk diletak pada papan lubang warna mengikut kumpulan warna.

(d) Murid dibimbing oleh guru untuk mengumpul krayon berdasarkan persamaan iaitu persamaan dari segi warna.

AKTIVITI PRA-NOMBOR: MEMBANDING

1) Bahan bantu mengajar :

(a) Tali A yang panjang, Tali B pendek.Tali ATali B

(b) Kotak A yang berisi 6 biji gula- gula, Kotak B yang berisi 9 biji gula- gula

Kotak A Kotak B(c) Jag A yang mengandungi 500 ml air, Jag B yang mengandungi 1000 ml air Jag A Jag B

2) Langkah- langkah menggunakan bahan bantu mengajar :

(a) Guru membahagikan kelas kepada kumpulan yang terdiri daripada dua orang, iaitu secara berpasangan.(b) Pertama, guru memberikan Tali A dan Tali B kepada setiap pasangan.(c) Guru meminta murid untuk membandingkan kedua- dua tali tersebut.(d) Guru bersoal jawab dengan murid mana satu tali yang panjang dan mana satu tali yang pendek. (e) Kedua, guru memberikan kotak A dan kotak B kepada setiap pasangan.(f) Guru meminta murid untuk membandingkan kedua- dua kotak tersebut.(g) Guru bersoal jawab dengan murid mana satu kotak yang mempunyai gula- gula yang banyak dan mana satu kotak yang mempunyai gula- gula yang sedikit. (h) Ketiga, guru memberikan jag A dan jag B kepada setiap pasangan.(i) Guru meminta murid untuk membandingkan kedua- dua botol tersebut.(j) Guru bersoal jawab dengan murid mana satu botol yang mempunyai air yang banyak dan mana satu botol yang mempunyai air yang sedikit.

AKTIVITI PRA-NOMBOR: MENYUSUN IKUT URUTAN (ORDERING)

1) Bahan Bantu Mengajar : (a) Guli(b) Bola ping-pong, (c) Bola sepak(d) Bola baling(e) Bola jaring

Guli

Bola Ping pong

Bola sepak

Bola basket

Bola jaring

2) Langkah- Langkah Menggunakan Bahan Bantu Mengajar :

(a) Guru membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil.(b) Guru memberikan guli, bola ping-pong, bola sepak, bola baling, bola jaring kepada setiap kumpulan kecil.(c) Guru memperkenalkan nama bagi setiap bola yang diberikan.(d) Guru menyuruh murid untuk memperhatikan saiz bagi setiap bola dan bersoal jawab tentang saiz bagi bola.(e) Murid dibimbing oleh guru untuk menyusun bola dari saiz yang paling kecil kepada saiz yang paling besar. (f) Murid dibimbing untuk membandingkan saiz antara bola.(g) Murid dibimbing untuk menyusun bola yang paling kecil diletak di sebelah kiri, diikuti oleh bola sederhana kecil, bola yang sederhana besar, bola yang besar dan yang terakhir bola yang paling besar diletak di sebelah kanan(h) Setelah murid mahir menyusun dari kecil ke besar, maka guru boleh menyuruh murid untuk menyusun dari besar ke kecil.