laporan aktiviti frog-vle 1

5
LAPORAN AKTIVITI FROG-VLE SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI MUDA(2) NAMA PROGRAM : TAKLIMAT PROGRAM FROG-VLE DAN PENYERAHAN DONGLE YES 4G KEPADA PENTADBIR DAN KETUA PANITIA TARIKH : 4 MAC 2013 MASA : 12:40 -2:40 PETANG TEMPAT : BILIK GERAKAN SKTSM(2) PENGLIBATAN : 1. GURU BESAR 2. PENOLONG KANAN 3. SEMUA KETUA PANITIA OBJEKTIF : 1. Menerangkan gambaran keseluruhan program Frog-VLE 1Bestarinet kepada barisan pentadbir dan ketua panitia. 2. Menyerahkan Dongle Yes 4g kepada semu a pentadbir dan ketua panitia. 3. Memasang Don gle Yes 4g pada laptop semua pentadbir dan ketua panitia. 4. Memberi latihan asas penggunaan Frog-VLE.

Upload: najahrappek

Post on 04-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Aktiviti Frog-Vle 1

8/13/2019 Laporan Aktiviti Frog-Vle 1

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-aktiviti-frog-vle-1 1/5

LAPORAN AKTIVITI FROG-VLE

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI MUDA(2)

NAMA PROGRAM : TAKLIMAT PROGRAM FROG-VLE DAN PENYERAHANDONGLE YES 4G KEPADA PENTADBIR DAN KETUAPANITIA

TARIKH : 4 MAC 2013

MASA : 12:40 -2:40 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN SKTSM(2)

PENGLIBATAN : 1. GURU BESAR

2. PENOLONG KANAN

3. SEMUA KETUA PANITIA

OBJEKTIF :

1. Menerangkan gambaran keseluruhan program Frog-VLE1Bestarinet kepada barisan pentadbir dan ketua panitia.

2. Menyerahkan Dongle Yes 4g kepada semua pentadbirdan ketua panitia.

3. Memasang Dongle Yes 4g pada laptop semua pentadbirdan ketua panitia.4. Memberi latihan asas penggunaan Frog-VLE.

Page 2: Laporan Aktiviti Frog-Vle 1

8/13/2019 Laporan Aktiviti Frog-Vle 1

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-aktiviti-frog-vle-1 2/5

LAPORAN AKTIVITI:

Pada 4 haribulan Mac 2013 yang lalu, Jawatankuasa Frog-VLE SKTSM(2) telah

mengadakan satu taklimat mengenai program Frog-VLE 1Bestarinet dan juga

penyerahan Dongle Yes 4g kepada barisan pentadbir yang terdiri daripada guru

besar dan semua penolong kanan serta semua ketua panitia. Program ini telah

dijalankan di bilik gerakan sekolah bermula dari pukul 12:40 hinggi 2:40 petang.

Matlamat utama program ini adalah untuk memastikan semua pentadbir dan ketua

panitia mengetahui dan memahami mengenai pelaksaan program Frog-VLE

1Bestarinet ini memandangkan merekalah penggerak utama program Frog-VLE di

sekolah. Selain itu, program ini dijalankan untuk menyerahkan Dongle Yes 4g dikuti

pemasangan dongle tersebut pada laptop setiap penerima. Ini adalah untuk

memastikan tiada sebarang masalah pada dongle tersebut disamping membantu

proses pemasangan kepada semua penerima.

Program ini dimulai dengan taklimat mengenai program Frog-VLE yang disampaikan

oleh Penyelaras Frog-VLE SKTSM(2), En. Nurul Najah bin Mahamad Rappek.

Taklimat ini diselang-selikan dengan tayangan klip video Frog-VLE untuk

meningkatkan kefahaman para hadirin. Selesai sesi taklimat, program diteruskan

dengan penyerahan Dongle Yes 4g dan diikuti dengan taklimat pemasangan dongle

tersebut. Pada sesi ini, semua penerima dongle telah diberikan perisian untuk

pemasangan dongle tersebut. Semua peneriama kemudiannya diminta untuk

menguji dongle untuk mengenal pasti jika terdapat sebarang masalah. Penerima

yang mempunyai masalah telah diberi bantuan untuk memastikan dongle tersebut

dapat digunakan di laptop masing-masing.

Selasai pemasangan Dongle Yes 4g, program diteruskan dengan latihan asas

penggunaan Frog-VLE. Beberapa klip tutorial Frog-VLE ditayangkan untuk diikuti

oleh semua pentadbir dan ketua panitia. Program ini berakhir pada pukul 2:40

petang. Terima kasih diucapkan kepada semua pentadbir dan ketua panitia yang

meluangkan masa menghadiri sesi taklimat ini. Diharapkan semua penerima Dongle

Yes 4g dapat menggunakan kemudahan yang diberikan untuk membantu kejayaan

program Frog-VLE SKTSM(2).

Page 3: Laporan Aktiviti Frog-Vle 1

8/13/2019 Laporan Aktiviti Frog-Vle 1

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-aktiviti-frog-vle-1 3/5

GAMBAR AKTIVITI:

Page 4: Laporan Aktiviti Frog-Vle 1

8/13/2019 Laporan Aktiviti Frog-Vle 1

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-aktiviti-frog-vle-1 4/5

 

Page 5: Laporan Aktiviti Frog-Vle 1

8/13/2019 Laporan Aktiviti Frog-Vle 1

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-aktiviti-frog-vle-1 5/5