aktiviti 1

16
Aktiviti 1 (10 Minit) Melonjak melepasi halangan. Penerangan Perlakuan 1. Berdiri tegak dengan kaki dirapatkan. Mata pandang ke hadapan 2. Bengkokkan lutut dan lonjak ke atas dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dan melepasi ketinggian halangan. Tangan dihayunkan ke atas. 3. Lutut haruslah berada pada paras punggung semasa berada di udara. 4. Mendarat dengan menggunakan kedua-dua tapak kaki. 5. Ulang pergerakan untuk melepasi halangan / palang seterusnya. Aktiviti diulang sebanyak 1 set . 1 Set = 3x Ulangan 5

Post on 14-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

xcxx

TRANSCRIPT

Aktiviti 1(10 Minit)

Melonjak melepasi halangan.

Penerangan Perlakuan1. Berdiri tegak dengan kaki dirapatkan. Mata pandang ke hadapan2. Bengkokkan lutut dan lonjak ke atas dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dan melepasi ketinggian halangan. Tangan dihayunkan ke atas.3. Lutut haruslah berada pada paras punggung semasa berada di udara.4. Mendarat dengan menggunakan kedua-dua tapak kaki.5. Ulang pergerakan untuk melepasi halangan / palang seterusnya.

Cara Pelaksanaan1. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan akan memulakan aktiviti secara serentak.2. Jurulatih akan memberi penerangan dan membuat demonstrasi terlebih dahulu.3. Sebatang kayu diletakkan di atas antara dua kon sebagai halangan. Terdapat empat halangan keseluruhannya.4. Setiap pelajar dikehendaki melepasi setiap halangan dengan lompatan menggunakan kedua-dua belah kaki.5. Pelajar yang telah melepasi semua halangan dikehendaki berbaris di belakang barisan kumpulan masing-masing untuk menunggu giliran seterusnya.6. Aktiviti diulang sebanyak tiga kali pusingan bagi setiap pelajar.

Organisasi KelasLelakiPerempuan

skital

Batang Kayu

Aktiviti diulang sebanyak 1 set .

1 Set = 3x Ulangan

Aktiviti 2(10 Minit)

Melompat melepasi palang kayu dengan sebelah kaki .

Penerangan Perlakuan1. Berdiri tegak dengan kaki dirapatkan. Mata pandang ke hadapan2. Bengkokkan lutut dan lonjak ke atas dengan menggunakan sebelah kaki dan melepasi ketinggian halangan. Tangan dihayunkan ke atas.3. Sebelah lutut haruslah berada pada paras punggung semasa berada di udara.4. Mendarat dengan menggunakan Sebelah tapak kaki.5. Ulang pergerakan untuk melepasi halangan / palang seterusnya.

Cara Pelaksanaan1. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan akan memulakan aktiviti secara serentak.2. Jurulatih akan memberi penerangan dan membuat demonstrasi terlebih dahulu.3. Sebatang kayu diletakkan di atas antara dua kon sebagai halangan. Terdapat empat halangan keseluruhannya.4. Setiap pelajar dikehendaki melepasi setiap halangan dengan lompatan menggunakan sebelah kaki.5. Pelajar yang telah melepasi semua halangan dikehendaki berbaris di belakang barisan kumpulan masing-masing untuk menunggu giliran seterusnya.6. Aktiviti diulang sebanyak tiga kali pusingan bagi setiap pelajar.

Organisasi KelasLelakiPerempuan

skital

Batang Kayu

Aktiviti diulang sebanyak 1 set .

1 Set = 3x Ulangan

Aktiviti 3(10 Minit)

Lompatan mengiring (side-shuffle).

Penerangan Perlakuan1. Berdiri tegak dengan kaki seluas bahu.2. Gerakkan kaki kanan selangkah ke sisi kanan.3. Lonjak ke arah sisi kanan dengan menggunakan kaki kanan serentak dengan kedua-dua belah tangan dihayunkan secara bersilang ke atas dan membentuk satu bulatan.4. Mendarat dengan kaki kiri terlebih dahulu diikuti dengan kaki kanan.

Aktiviti diulang sebanyak 1 set .

1 Set = 3x Ulangan

Cara Pelaksanaan 1. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan membuat barisan secara mengiring seperti yang tertera pada gambar rajah. 2. Jurulatih akan memberi penerangan dan membuat demonstrasi terlebih dahulu. 3. Seorang pelajar lelaki dan pelajar perempuan akan memulakan aktiviti secara serentak dan diikuti oleh pelajar lelaki dan pelajar perempuan seterusnya. 4. Setiap pelajar dikehendaki membuat lompatan mengiring sepanjang jarak yang ditetapkan bermula dengan kaki kanan. 5. Setelah selesai semua pelajar lelaki dan pelajar perempuan bertukar tempat, aktiviti diulang untuk kembali ke kedudukan awal. Kaki kiri digunakan untuk membuat lompatan pada ketika ini. 6. Aktiviti diteruskan sebanyak 3 kali bagi setiap pelajar.

Organisasi Kelas

Aktiviti 4(10 Minit)

Berlari dan melonjak untuk menyentuh belon yang tergantung.

Penerangan Perlakuan 1. Kaki dibuka seluas bahu. 2. Badan ditegakkan dengan mata memandang ke hadapan. 3. Mula berlari secara perlahan-lahan dengan badan ditegakkan, langkah besar, tangan dihayunkan secara bebas dan lutut diangkat pada paras 90. 4. Apabila sampai selangkah dari palang, kaki dominan melonjak ke atas dengan lutut diangkat tinggi dan tangan diangkat ke atas untuk mencapai belon. 5. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan berlari kecil kembali ke kedudukan mula.

Aktiviti diulang sebanyak 1 set .

1 Set = 3x Ulangan

Cara Pelaksanaan 1. Jurulatih akan memberi penerangan dan membuat demonstrasi terlebih dahulu. 2. Barisan pelajar lelaki akan memulakan aktiviti terlebih dahulu baharu diikuti oleh pelajar perempuan. 3. Setiap pelajar dikehendaki untuk berlari mengikut laluan melengkung yang ditetapkan dan mencapai belon dengan teknik yang betul. 4. Aktiviti diulang sebanya 3 kali bagi setiap pelajar.

Organisasi Kelas

Aktiviti 5(10 Minit) Berlari dan melonjak untuk menyentuh palang yang tergantung.

Penerangan Perlakuan 1. Kaki dibuka seluas bahu. 2. Badan ditegakkan dengan mata memandang ke hadapan. 3. Mula berlari secara perlahan-lahan dengan badan ditegakkan, langkah besar, tangan dihayunkan secara bebas dan lutut diangkat pada paras 90. 4. Apabila sampai selangkah dari palang, kaki dominan melonjak ke atas dengan lutut diangkat tinggi dan tangan diangkat ke atas untuk mencapai palang. 5. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan berlari kecil kembali ke kedudukan mula.

Aktiviti diulang sebanyak 1 set .

1 Set = 3x Ulangan

Cara Pelaksanaan 1. Jurulatih akan memberi penerangan dan membuat demonstrasi terlebih dahulu.2. Barisan pelajar lelaki akan memulakan aktiviti terlebih dahulu baharu diikuti oleh pelajar perempuan. 3. Setiap pelajar dikehendaki untuk berlari mengikut laluan melengkung yang ditetapkan dan mencapai palang dengan teknik yang betul. 4. Aktiviti diulang sebanya 3 kali bagi setiap pelajar.Organisasi Kelas

tiang &palang

4.0 Ansur Maju Fasa Lonjakan Lompat Tinggi 14