aktiviti amali 1 (biologi) scz1064

3
AKTIVITI AMALI BIOLOGI Menguji Kehadiran Kanji, Gula Penurun, Gula Bukan Penurun, Protin dan Lipid dalam Sampel Makanan Aktiviti/ tugasan: Anda diberikan lima sampel makanan berlabel A, B, C, D dan E. Anda dikehendaki menjalankan ujian makanan untuk menentukan kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protin dan lipid dalam sampel makanan tersebut. Bahan ujikaji: Larutan kanji (A), larutan glukosa 5% (B), larutan sukrosa 1% (C), larutan albumen (D), minyak tumbuhan (E), larutan Iodin, Larutan Benedict, serbuk Natrium Hidrogen Karbonat , larutan Natrium Hidroksida 20%, asid Hidroklorik 1%, larutan kuprum(II) sufat. Alat radas: Tabung uji, pemegang tabung uji, bikar 250 ml, penunu Bunsen, penitis, kasa dawai, tungku kaki tiga dan kertas turas. Prosedur: (A) Menguji Kehadiran Kanji (Ujian Iodin) 1. Tuangkan 2 ml sampel A ke dalam tabung uji. 2. Tambahkan 3 titis larutan Iodin ke dalam sampel makanan tersebut. 3. Perhatikan perubahan yang berlaku. 4. Ulangi langkah 1-3 ke atas sampel makanan lain. (B) Menguji Kehadiran Gula Penurun (Ujian Benedict) 1. Tuangkan 2 ml sampel A ke dalam tabung uji. 2. Tambahkan 1 ml larutan Benedict ke dalam sampel makanan tersebut. 3. Goncangkan campuran tersebut. Panaskan di dalam kukus air sehingga campuran tersebut mendidih. 4. Perhatikan perubahan warna. 5. Ulangi langkah 1-4 ke atas sampel makanan lain

Upload: samihah96

Post on 24-Dec-2015

143 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

scz1064

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti Amali 1 (Biologi) Scz1064

AKTIVITI AMALI BIOLOGI

Menguji Kehadiran Kanji, Gula Penurun, Gula Bukan Penurun,Protin dan Lipid dalam Sampel Makanan

Aktiviti/ tugasan:

Anda diberikan lima sampel makanan berlabel A, B, C, D dan E. Anda dikehendaki menjalankan ujian makanan untuk menentukan kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun, protin dan lipid dalam sampel makanan tersebut.

Bahan ujikaji:

Larutan kanji (A), larutan glukosa 5% (B), larutan sukrosa 1% (C), larutan albumen (D), minyak tumbuhan (E), larutan Iodin, Larutan Benedict, serbuk Natrium Hidrogen Karbonat , larutan Natrium Hidroksida 20%, asid Hidroklorik 1%, larutan kuprum(II) sufat.

Alat radas:

Tabung uji, pemegang tabung uji, bikar 250 ml, penunu Bunsen, penitis, kasa dawai, tungku kaki tiga dan kertas turas.

Prosedur:

(A) Menguji Kehadiran Kanji (Ujian Iodin)

1. Tuangkan 2 ml sampel A ke dalam tabung uji.2. Tambahkan 3 titis larutan Iodin ke dalam sampel makanan tersebut.3. Perhatikan perubahan yang berlaku.4. Ulangi langkah 1-3 ke atas sampel makanan lain.

(B) Menguji Kehadiran Gula Penurun (Ujian Benedict)

1. Tuangkan 2 ml sampel A ke dalam tabung uji.2. Tambahkan 1 ml larutan Benedict ke dalam sampel makanan tersebut.3. Goncangkan campuran tersebut. Panaskan di dalam kukus air sehingga campuran tersebut

mendidih.4. Perhatikan perubahan warna.5. Ulangi langkah 1-4 ke atas sampel makanan lain

(C) Menguji Kehadiran Gula Bukan Penurun

1. Tuangkan 2ml sampel A ke dalam tabung didih. Tambahkan beberapa titik asid Hidroklorid cair.2. Panaskan di dalam kukus air selama 5 minit.3. Sejukkan tabung didih di bawah pili air mengalir.4. Nutralkan asid dengan menambahkan serbuk Natrium Karbonat sehingga buih menghilang.5. Kemudian jalankan ujian Benedict seperti prosedur (B).6. Ulangi langkah 1-5 ke atas sampel makanan lain.

Page 2: Aktiviti Amali 1 (Biologi) Scz1064

(D) Menguji Kehadiran Protin (Ujian Biuret)

1. Tuangkan 2ml sampel A ke dalam tabung uji. 2. Tambahkan larutan Natrium Hidroksida 20%.3. Secara perlahan-lahan titiskan larutan Kuprum (II) Sulfat ke dalam campuran tersebut.4. Goncangkan kemudian biarkan seketika.5. Perhatikan perubahan warna.6. Ulangi langkah 1-5 ke atas sampel makanan lain.

(E) Menguji Kehadiran Lipid (Ujian Tompok Minyak)

1. Sapukan sedikit sampel makanan ke atas kertas turas.2. Keringkan kertas turas (pengering rambut boleh digunakan)3. Perhatikan kertas turas dengan menghadap cahaya. Rekodkan pemerhatian.

Keputusan:

Nutrien Sampel makanan Pemerhatian Rumusan

Kanji

Gula penurun

Gula bukan penurun

Protin

Lipid

Soalan:

1. Nyatakan tindak balas yang menyebabkan perubahan warna apabila larutan Benedict dipanaskan dengan larutan gula penurun.

2. Jelaskan keputusan yang di perolehi apabila sampel makanan lain dipanaskan dengan larutan Benedict.

3. Apakah tujuan pemanasan sampel makanan dengan asid hidroklorid?4. Mengapakah campuran sampel makanan dan asid hidroklorid perlu di nutralkan sebelum

menjalani ujian Benedict?

Keputusan:

Apakah kandungan nutrien dalam sampel makanan yang diuji?

Page 3: Aktiviti Amali 1 (Biologi) Scz1064