akta perancangan bandar dan desa1976

Upload: zahariah-mastar

Post on 05-Apr-2018

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Akta Perancangan Bandar Dan Desa1976

    1/6

    AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

    PengenalanAktiviti Perancangan Bandar dan desa diletakkan sebagai tanggungjawab bersama Kerajaan

    Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini terkandung di bawah Perkara 74 dan 77 dalam SenaraiBersama Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

    Negeri bersama-sama bertanggungjawab kea rah mempastikan pemeliharaan, pemajuan dan

    penggunaan tanah dan bangunan yang teratur dan selamat untuk kesejahteraan rakyat.

    Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 ( Akta 172 )Pada mulanya ia diperkenalkan, Akta Perancangan Bandar dan Desa

    1976 (Akta 172) diperbuat menurut Perkara 76(4) Perlembagaan

    Persekutuan bagi maksud untuk mempastikan persamaan undang-

    undang dan dasar serta peraturan yang sempurna bagi perancangan

    Bandar dan desa dalam kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan

    dalam Negeri-Negeri di Semenanjung MalaysiaAkta 172 mendapat perkenan di Raja pada 16 Mac 1976 dan

    diwartakan pada 25 Mac 1976. Walaubagaimana pun menurut seksyen

    1(2) Akta itu pemakaian dlam Negeri-negeri hanya boleh dibuat pada

    suatu tarikh yang ditetapkan oleh Pihakberkuasa Negeri yang

    berkenaan dengan persetujuan Menteri. Menteri disini bermaksud Menteri Kabinet yang

    bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.

    Akta Perancangan Bandar & Desa ( Pindaan ) 1993 ( Akta A866 )Pertama kali diperkenalkan Akta 172 mengandungi 9 bahagian dan 59 seksyen. Akta ini telah dipinda

    pada tahun 1993 melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1993 (Akta A866) untuk

    memasukkan peruntukan berkaitan dengan aktiviti pembentungan supaya selaras dengan Akta

    Perkhidmatan Pembentungan 1993 (Akta 508) yang diperkenalkan pada tahun yang sama.Akta Perancangan Bandar & Desa ( Pindaan ) 1995 ( Akta A933 )Pada tahun 1995, Akta 172 telah melalui pindaan yang substantif iaitu Akta Perancangan Bandar danDesa (Pindaan) 1996 (Akta A933). Pindaan ini dibuat sebagi sebahagian usaha untuk menangani dan

    memperketatkan undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar. Undang-undang ini didapati

    masih lemah berikutan tragedy tanah runtuh dan kejadian seumpama yang terhasil dari aktiviti

    pembangunan yang tidak memberi keutamaan kepada kepentingan memelihara alam persekitaran dari

    segi fizikal.

  • 8/2/2019 Akta Perancangan Bandar Dan Desa1976

    2/6

    Akta Perancangan Bandar & Desa ( Pindaan ) 2001 ( Akta A1129 )Pada tahun 2001, Akta 172 ini sekali lagi dipinda melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)

    2001 (Akta A1129). Pindaan kali ini dibuat sebagai usaha untuk menangani kegawatan ekonomi yangmelanda negara sekitar 1997 yang dikaitkan dengan sektor hartanah. Ini merupakan langkah untuk

    mendisiplinkan semua pihak yang terlibat dalam sektor industri hartanah dengan menentukan semua

    keputusan yang berkaitan dengan aktiviti pembangunan fizikal adlah berasaskan kepada keperluan

    pasaran sebenar.Pindaan kali ini juga dibuat sebagai suatu usaha untuk mewujudkan peranan Kerajaan Persekutuan

    dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa selaras dengan semangat tanggungjawab bersama yang

    diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan bagi

    setiap negeri. Bagi mempastikan peranan ini dijalankan dalam Akta 172 itu maka Perkara 74(1) dan

    Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan telah dimasukkan sebagai kuasa pemboleh.UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)

    Susunan Seksyen

    BAHAGIAN I

    PERMULAANSeksyen

    1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuatkuasa2. Tafsiran

    BAHAGIAN II

    DASAR DAN PENTADBIRAN2A. Majlis Perancang Fizikal Negara2B. Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa3. Dasar perancangan am4. Jawatankuasa Perancang Negeri dan fungsinya5. Pihak berkuasa perancang tempatan6. Fungsi pihak berkuasa perancang tempatan

    BAHAGIAN IIA

    JAWATANKUASA PERANCANG WILAYAH6A. Jawatankuasa perancang wilayah

    BAHAGIAN IIB

    RANCANGAN FIZIKAL NEGARA6B. Rancangan fizikal negara

  • 8/2/2019 Akta Perancangan Bandar Dan Desa1976

    3/6

    BAHAGIAN IIIRANCANGAN PEMAJUAN

    Seksyen7.

    8. Tinjauan kawasan perancangan

    Penyediaan draf rancangan struktur

    9. Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan struktur10. Kelulusan atau penolakkan draf rancangan struktur oleh Jawatankuasa11. Kajian semula atau pengubahan rancangan struktur11A. Tatacara kajian semula rancangan struktur11B.

    12. Tatacara bagi pengubahan rancangan strukturPenyediaan draf rancangan tempatan12A. Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan tempatan13. Publisiti berkaitan dengan draf rancangan tempatan14. Siasatan dan pendengaran berkenaan dengan draf rancangan tempatan15. Kelulusan atau penolakan draf rancangan tempatan16. Pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan16A. Penyediaan, dsb., rancangan tempatan oleh Pengarah Negeri16B. Rancangan kawasan khas17. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

    BAHAGIAN IV

    KAWALAN PERANCANGANSeksyen

    18. Penggunaan tanah dan bangunan19. Larangan terhadap pemajuan tanpa kebenaran merancang20.

    Larangan terhadap pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang

    20A. Kewajipan untuk berunding21. Permohonan untuk kebenaran merancang21A. Laporan cadangan pemajuan21B. Pelan susun atur21C. Penyediaan pelan, dsb., oleh seseorang yang berkelayakan22. Layanan terhadap permohonan23. Rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan24. Luputnya kebenaran merancang25. Pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan

    bangunan26.

    Kesalahan yang berhubungan dengan pemajuan yang tidak dibenarkan

    27. Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 1928. Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 2029. Penguatkuasaan dalam hal pemajuan yang tidak selaras dengan kebenaran

    merancang atau kelulusan pelan bangunan yang diubahsuaiSeksyen

    30. Notis rekuisisi

  • 8/2/2019 Akta Perancangan Bandar Dan Desa1976

    4/6

    31. Pelaksanaan oleh orang diberi kuasa31A. Ketidakselarasan antara undang-undang kecil bangunan dengan rancangan

    pemajuanBAHAGIAN V

    CAJ PEMAJUAN32. Caj pemajuan dan tanggungan kepadanya33. Penentuan caj pemajuan34. Pembayaran caj pemajuan35. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

    BAHAGIAN VA

    PERINTAH PEMELIHARAAN POKOK35A. Perintah Pemeliharaan Pokok35B. Perintah pemeliharaan pokok tidak boleh dibuat jika pokok tertakluk kepada

    syarat-syaratnya35C. Rayuan terhadap perintah pemeliharaan pokok, dsb.35D. Pampasan di bawah perintah pemeliharaan pokok35E. Penggantian pokok35F. Pihak berkuasa perancang tempatan bolehlah menggantikan pokok jika orang

    yang berkewajipan untuk menggantikannya gagal berbuat demikian35G. Pembatalan perintah pemeliharaan pokok35H. Larangan untuk memotong, dsb., pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter

    BAHAGIAN VI

    LEMBAGA RAYUANSeksyen

    36. Lembaga Rayuan.BAHAGIAN VII

    NOTIS PEMBELIAN DAN PENGAMBILAN TANAH37. Notis menghendaki pembelian tanah dalam hal tertentu

    BAHAGIAN VIII

    KAWASAN PEMAJUAN38. Perisytiharan kawasan pemajuan39. Kuatkuasa perisytiharan40. Peruntukan khas bagi pampasan41. Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggaji ejen, membuat

    perkiraan, dan menubuhkan perbadanan42. Kuasa untuk meminjam wang43. Kuasa untuk melupuskan tanah dan harta44. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

    BAHAGIAN IX

    PERUNTUKAN PELBAGAI45. Kuasa Memasuki

  • 8/2/2019 Akta Perancangan Bandar Dan Desa1976

    5/6

    46. Penyampaian dokumen47. Pengesahan dokumen48. Bukti dokumentar49. Keistimewaan daripada pengemukaan dokumen dan kehadiran sebagai saksi50. Pendakwaan51. Bidang kuasa mahkamah52. Penalti oleh sebab mengganggu tanda52A. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan53. Pekhidmat awam54. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam55. Tanggung rugi terhadap tuntutan berkenaan dengan kerosakan atau kerugian56. Pemakaian Akta 119 bagi siasatan atau pendengaran tempatan57. Pengecualian daripada fee dan caj58. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah59. Pemansuhan undang-undang perancangan yang sedia ada

  • 8/2/2019 Akta Perancangan Bandar Dan Desa1976

    6/6