konsep dan perancangan bandar selamat

23
KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT DI JALAN TAR KUALA LUMPUR JALAN TAR Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dulunya Batu Road merupakan jalan terkenal dan penting di Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan ini dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia. Ia terletak di kawasan perniagaan Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Dataran Merdeka dan India Kecil (Jalan Masjid India). Pusat-pusat membeli-belah, seperti Sogo Pertokoan dan Maju Junction Mall, juga di sepanjang peregangan ini. Setiap Sabtu 17:00-10:00, daerah ini ditutup untuk lalu lintas kerana hal itu akan berubah menjadi pasar malam. 2

Upload: shahrel-bin-salleh

Post on 29-Jun-2015

2.564 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

DI JALAN TAR KUALA LUMPUR

JALAN TAR

Jalan Tuanku Abdul Rahman atau dulunya Batu Road merupakan jalan terkenal dan

penting di Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan ini dinamakan sempena Yang di-Pertuan

Agong pertama Malaysia. Ia terletak di kawasan perniagaan Kuala Lumpur dan

berdekatan dengan Dataran Merdeka dan India Kecil (Jalan Masjid India).

Pusat-pusat membeli-belah, seperti Sogo Pertokoan dan Maju Junction Mall, juga di

sepanjang peregangan ini. Setiap Sabtu 17:00-10:00, daerah ini ditutup untuk lalu lintas

kerana hal itu akan berubah menjadi pasar malam.

2

Page 2: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

PENGENALAN

Y.A/B Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 Januari 2004 telah

menyatakan kebimbangannya terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di

negara ini. Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, Jemaah Menteri mencadangkan supaya

diwujudkan bandar dan pekan selamat di negara ini contohnya mengelakkan lorong-

lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah pencegahan

jenayah. Setiap pelan pembangunan pekan dan bandar baru hendaklah mengambil kira

aspek-aspek keselamatan.

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencadangkan

pelaksanaan Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 langkah pencegahan

jenayah yang melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa

(JPBD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

dan lain-lain agensi yang perlu memainkan peranan di dalam mencapai ke arah

pembangunan bandar yang selamat. Program ini telah diperakui oleh Majlis Negara bagi

Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 11 Oktober 2004.

3

Page 3: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

DEFINISI BANDAR

Satu unit sempadan dan pentadbiran dengan kepadatan penduduk yang relatif,di mana

penduduk bekerja untuk menyara diri dengan membuat pengkhususan dalam pelbagai

bidang yang bukan pertanian.

DEFINISI BANDAR SELAMAT

Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya

sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh

menggalakkan kejadian mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa

berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

MATLAMAT UTAMA MEWUJUDKAN BANDAR SELAMAT

Bebas dari kegansan yang merosakkan harta benda dan nyawa seperti ragut &

kecurian.

Bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam.

Bebas dari kemerosotan sosial dan mental seperti dadah rasuah.

Bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan

Bebas dari kemalangan di jalan raya.

4

Page 4: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

KONSEP DAN PERLAKSANAAN BANDAR SELAMAT

Program Bandar Selamat ini memberi fokus kepada pencegahan jenayah harta benda di

kawasan bandar. Mengenai pelaksanaannya pula, ia diwujudkan kerana tahap

kebimbangan orang ramai terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di bandar-

bandar di negara ini. Pelan pembangunan pekan dan bandar baru yang dirancang perlu

mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Pada 2004, kadar jenayah di Kuala Lumpur

terutamanya jenayah ragut meningkat dan menyumbangkan kepada 18 peratus daripada

indeks jenayah.

Secara puratanya, sebanyak sembilan kes dilaporkan setiap hari, dan peragut meraih

sebanyak RM2,051 setiap kali meragut. Ia satu profesion yang sangat mudah dan

lumayan di mata penjenayah. Sementara itu, kawasan pelancongan yang dikunjungi oleh

pelancong antarabangsa contohnya Jalan Bukit Bintang dan KLCC merupakan kawasan

sasaran peragut (The Malay Mail, 14 Mei 2004). Jenayah jalanan merangkumi samun

berkawan tanpa bersenjata api, samun tanpa senjata api (individu) dan curi ragut.

Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan keseluruhan indeks jenayah

sebanyak lima peratus dan Jenayah Jalanan Negara sebanyak 20 peratus sebelum

Disember 2010.

Bandar Selamat: Satu Tinjauan Awal di Malaysia.

Pelaksanaan konsep Bandar Selamat menjadi satu daripada agenda utama dalam pembangunan

negara. Tanpa aspek keselamatan dalam kehidupan bandar, sukar bagi rakyat mendapat

kesejahteraan hidup. ‘Bandar Selamat, Rakyat Sejahtera’ membawa maksud bandar yang bebas

daripada semua ancaman fizikal, sosial dan gangguan mental. Bandar Selamat, rakyat sejahtera

juga dapat ditakrifkan sebagai bandar yang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara daripada

5

Page 5: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

segala gejala yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat. Dengan wujudnya suasana

sedemikian, masyarakat akan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera, aman dan selesa.

Terdapat empat takrifan Bandar Selamat iaitu:

i. Bandar yang bebas daripada keganasan yang merosakkan harta benda dan nyawa

seperti kejadian ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.

ii. Bandar yang bebas daripada kemusnahan dan malapetaka berikutan bencana alam

seperti banjir dan tanah runtuh.

iii. Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan

dadah, rasuah, pelacuran, janayah kolar putih dan sebagainya.

iv. Bandar yang bebas daripada kemalangan dalam dan luar bangunan, seperti

kemalangan jalan raya, kebakaran dan jatuh dari bangunan. (Berita Harian, 26

Oktober 2004).

Secara amnya, “Bandar Selamat” adalah bandar yang bebas daripada semua ancaman fizikal,

sosial dan mental. Persekitaran pula sentiasa berada dalam keadaan terpelihara dan tidak

menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kepada berlakunya kejadian yang

menganggugugat jentera kesejahteraan setempat. Selain itu, penghuninya sentiasa dalam keadaan

yang paling selamat, sejahtera, sihat, ceria dan dapat menjalankan hidup dengan penuh

keyakinan (Berita Harian, 26 Oktober 2004).

Konsep Bandar Selamat di Negara Maju – Satu Tinjauan

Pembangunan manusia merupakan proses memperluaskan pilihan yang boleh dicapai oleh semua

penduduk sesebuah negara untuk meningkatkan kualiti hidup, tingkat pelajaran dan penyediaan

kemudahan asas seperti tempat tinggal yang selesa, bekalan air dan api, pembuangan najis dan

sampah serta alam sekitar yang bersih daripada segala jenis pencemaran. Secara ringkasnya

matlamat pembangunan manusia adalah untuk mempertingkatkan produktiviti bagi tujuan

6

Page 6: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

menambahkan pendapatan agar dapat terus hidup dalam keadaan selesa dan aman, sihat serta

selamat dari segala bentuk ancaman dan wabak. Sehubungan dengan itu United Nation

Development Programme (UNDP) telah membentuk indeks pembangunan manusia yang

mempunyai tiga elemen terpenting, iaitu jangka hayat, tingkat pendapatan dan kualiti hidup

sesebuah negara (UNDP, 1992). Indeks ini selaras dengan Indeks Kualiti Hidup Fizikal (PQLI)

yang digunakan oleh Morris (1979), iaitu menggunakan pembolehubah celik huruf, kematian

bayi dan jangka hayat.

LANGKAH PELAKSANAAN SEGERA

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa

Tempatan untuk melaksanakan 5 langkah segera daripada 23 langkah pencegahan jenayah

seperti berikut :

1.     Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor

PBT akan mengenalpasti beberapa kawasan tumpuan awam seperti stesen bas dan rel disediakan

bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor.

2.     Penyediaan Bollard atau Pagar

PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu bagi mengasingkan laluan

pejalan kaki dengan laluan motosikal.

3.     Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung

 Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya, di tempat-tempat

awam seperti di sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis

perniagaan utama.   Dengan demikian, tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari

aktiviti-aktiviti jenayah.

7

Page 7: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

4.     Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam

 Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindun laluan dari pandangan

awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya.

Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di

paras bumbung).

5.     Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran

Atau  Tumpuan Penjenayah

Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan

pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya

mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat sasaran bagi peragut.

CADANGAN & STRATEGI

Mereka bentuk cadangan fizikal

Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor

Pengasingan laluan pejalan kaki dan laluan bermotor melalui pembinaan konkrit

dapat mengurangkan risiko kegiatan jenayah ragut di kawasan ini.

Perlu disediakan pemisah di antara laluan pejalan kaki dan laluan bermotor bagi

kawasan laluan orang ramai /pusat tumpuan.

Penyediaan rel penghadang dan laluan pejalan kaki dengan perhentian bas

8

Page 8: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

Penyediaan Bollard

Pembinaan bollard di kawasan laluan pejalan kaki dan jalan bermotor

Penyediaan tanaman landskap

9

Page 9: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

Penanaman landskap di sepanjang laluan pejalan kaki memerlukan

pengawalan yang sempurna.

Memperkuatkan perlindungan di kawasan sasaran

Pondok Polis

Pondok Polis yang berperanan untuk mengawal kegiatan jenayah terutama di

kawasan membeli belah dan kediaman.

Penyediaan papan tanda peringatan jenayah.

10

Page 10: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

Papan tanda peringatan jenayah yang berperanan memberi peringatan kepada orang

ramai.Contohnya:- Ragut

Tempat letak kereta

Tempat letak kereta yang disediakan di kompleks-kompleks untuk mengurangkan

kecurian.

11

Page 11: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

Tidak Membenarkan Perniagaan Dan Meletak Kenderaan Di Kaki Lima Dan Laluan

Pejalan Kaki

Menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan

Kewujudan gerai-gerai di kawasan-kawasan tidak sunyi yang menjadi tumpuan ramai

dapat mengurangkan risiko jenayah berlaku.

12

Page 12: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

Pemasangan Closed Circuit Television (CCTV)

Pihak polis perlulah memastikan sistem pengoperasian CCTV dapat dikendalikan

dengan cekap dan berkesan.

Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Menghalang Pandangan Awam

Reka bentuk jejantas yang dibina perlulah tidak menghalang pandangan orang ramai.

Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-kawasan Yang Menjadi Sasaran Jenayah

Kawasan pasar malam yang menjadi sasaran kecurian motosikal dan pecah kereta.

13

Page 13: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

Pendidikan dan kesedaran orang awam

a) Media massa

Memberi maklumat kepada jabatan yang berkuasa.

a. Penyediaan tempat motosikal berkunci

14

Page 14: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

b. Laluan awam tidak terlindung dari pandangan awam

Membersihkan / mengemaskan kawasan semak / pakok dan

terlindung.

Tidak membenarkan peniaga dan meletak kenderaan di laluan pejalan

kaki.

Jejantas tidak terlindung dari pandangan awam.

15

Page 15: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

Melindungi pejalan kaki apabila melalui kawasan pembinaan

Menyediakan rel penghadang antara laluan dua hala

CADANGAN LAIN YANG PERLU DILAKSANAKAN

16

Page 16: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

1. Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor

PBT akan mengenalpasti beberapa kawasan tumpuan awam seperti stesen bas dan rel disediakan

bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor.

2. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran

Atau  Tumpuan Penjenayah

Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan

pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya

mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat sasaran bagi peragut.

3. Penyemakan Garis Panduan Susun Atur Perumahan

o Pihak Polis dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar

dan Jawatankuasa Pelan Bangunan.

Input polis dalam menyemak semula garis panduan susun atur perumahan dan

keperluan Kemudahan Polis. 

4. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-kawasan Yang Menjadi Sasaran Jenayah

Kawasan pasar malam yang menjadi sasaran kecurian motosikal dan pecah kereta.

5. Tidak Membenarkan Perniagaan Dan Meletak Kenderaan Di Kaki Lima Dan

Laluan Pejalan Kaki

17

Page 17: KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT

Laluan kaki lima yang terhalang dengan meletakkan barang-barang perniagaan asan

pasar malam yang menjadi sasaran kecurian motosikal dan pecah kereta.

6. Menjanakan Pelbagai Aktiviti Perniagaan

Kewujudan gerai-gerai di kawasan-kawasan tidak sunyi yang menjadi tumpuan

ramai dapat mengurangkan risiko jenayah berlaku.

7. Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Swasta

Penyediaan perkhidmatan kawalan keselamatan yang terdapat di kawasan

perumahan.Perkhidmatan kawalan keselamatan juga penting di taman-taman awam

bagi mengatasi kegiatan jenayah dan vandalisme. 

KESIMPULAN

Perancangan bandar selamat perlu di nilai dari masa ke semasa disebabkan pertambahan

penduduk. Perancangan ini perlu di ambil kira dari segi aspek fizikal, sosial, mental dan

persekitaran. Perancagan ini penting kerana dapat mewujudkan satu sistem yang selamat di

bandar supaya ekonomi di bandar tersebut terancang dan bebas dari ancaman jenayah.

18