agen penyebaran biji benih
DESCRIPTION
sainsTRANSCRIPT
AGEN PENYEBARAN BIJI BENIH
Tumbuhan memerlukan agen untuk menyebarkan biji benihnya. Biji benih perlu disebarkan untuk menggelakkan berlakunya persaingan di antara anak-anak pokok.
Terdapat 4 agen penyebaran biji benih iaitu melalui haiwan / serangga, air, angin dan mekanisme letupan.
Agen Penyebaran Haiwan / SeranggaBiji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu :-
1) Mempunyai biji benih yang kecil dan keras2) Bau yang harum3) Rasa yang sedap4) Mempunyai cangkuk5) Mempunyai warna yang menarik
Contoh biji benih ialah rambutan, betik, durian, manggis, cili, kemuncup dan lain-lain lagi.
BETIK MANGGIS CILI
KEMUNCUP MANGGA DURIAN
RAMBUTAN
Agen Penyebaran Melalui AirBiji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu :-
1) Bersabut2) Boleh terapung dipermukaan air3) Mempunyai rongga udara4) Kulit berlilin5) Habitat tumbuhan berhampiran air6) Mempunyai kulit yang kalis air
Contoh ialah buah pong-pong, pinang, kelapa, teratai, keladi dan kiambang
TERATAI KELAPA PONG-PONG
KELADI PINANG KIAMBANG
Agen Penyebaran Melalui AnginBiji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu :-
1) Mempunyai kepak dan struktur seperti sayap2) Ringan dan mudah diterbangkan oleh angin3) Berbulu
Contoh ialah biji buah meranti, angsana, lalang dan dandelion dan kapas
KAPAS DENDELION ANGSANA
KEKABU LALANG MERANTI
Agen Penyebaran Mekanisme LetupanBiji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu :-
1) Mempunyai kulit luar yang merekah apabila matang
Contohnya ialah keembong, getah, saga, bendi, jering, petai, dan lain-lain lagi.
PETAI SAGA JERING
KACANG PANJANG BENDI KEEMBONG
KACANG BOTOL BIJI GETAH