agama islam

21
ASSIGNMENT PENDIDIKAN ISLAM 2 TOPIK : PERNIKAHAN Disediakan Oleh : 1) ADILA NAJIHA BT MOHAMAD ANGKASHAH ( C01SKU13F615 ) 2)NURRUL IDAYU ISMA BINTI CHE SAIMIN (C01SKU13F602) Disemak oleh : PN. NOR FAUZANI BINTI JUMODI

Upload: adila-najiha-kkkua

Post on 29-Jul-2015

194 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agama islam

ASSIGNMENT

PENDIDIKAN ISLAM 2

TOPIK : PERNIKAHAN

Disediakan Oleh :

1) ADILA NAJIHA BT MOHAMAD ANGKASHAH ( C01SKU13F615 )

2) NURRUL IDAYU ISMA BINTI CHE SAIMIN (C01SKU13F602)

Disemak oleh :

PN. NOR FAUZANI BINTI JUMODI

Page 2: Agama islam

KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan Muka Surat

1 PENDAHULUAN

2 PENGERTIAN NIKAH

3 HIKMAH PERNIKAHAN

4 AKAD PERNIKAHAN

5 HUKUM PERNIKAHAN

6 RUMUSAN

7 RUJUKAN

Page 3: Agama islam

PENDAHULUAN

Perkahwinan adalah hubungan terikat antara lelaki dan perempuan yang

diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil atau diikat oleh kepercayaan agama

dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan

berumah tangga sebagai suami isteri . Perkahwinan juga merupakan antara

amalan Sunnah yang amat dipentingkan oleh Islam .

Secara umumnya , wajib dalam kehidupan seseorang umatnya mempunyai

pasangan hidup di dunia , seperti perlunya makan dan minum terjaga , tempat

tinggal dan pakaian . Nabi sendiri menyebut bahawa berkahwin adalah salah

satu Sunnah baginda . Perkataan zawaj digunakan di dalam al-

Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud

perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan,

menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Page 4: Agama islam

PENGERTIAN PERNIKAHAN …

Perkahwinan ialah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad

nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumah tangga sebagai suami isteri. Nikah dari

perkataan Arab yang bermaksud berhimpun dan bercampur.Menurut istilah syarak pula ialah

Ijab dan Qabul ‘(aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan

lafaz akad atau tazwij .

Islam sangat memberikan perhatian terhadap pembentukan keluarga hingga mencapai

sakinah , mawaddah , warahmah dalam pernikahan bertujuan untuk mengharapkan keredhaan

Allah S.W.T . Dalam Islam pernikahan merupakan sunnah Allah dan Rasulnya seperti yang

tercantum dalam hadits berikut:

 Rasulullah SAW bersabda: “Nikah itu sunnahku, barangsiapa yang tidak suka, bukan

golonganku !”(HR. Ibnu Majah, dari Aisyah r.a.).

Dalam hadis tersebut Imam Syafi’I berkata : Apabila seorang lelaki melamar untuk dirinya sendiri dan dia berkata pada dirinya sendiri : Isteriku adalah seorang namanya demikian”, atau perkataan ini diucapkan oleh seorang lelaki untuk orang yang diwakilinya , atau diucapkan oleh ayah seorang anak kecil kepada wali seorang perempuan yang sebelumnya telah mendapat izin dari perempuan bersangkutan supaya menikahkan dirinya kepada lelaki yang melamarnya , kemudian wali tersebut berkata : “ aku telah menikahkanmu dengan fulanah ,” seraya menyebutnya nama perempuan dimaksudkan , maka pernikahan ini dianggap telah mengikat.

Page 5: Agama islam

TUJUAN PERNIKAHAN

Tujuan Pernikahan yang disyariatkan dalam islam adalah seperti berikut untuk menuntut

hak naluri manusia asasi yang disebutkan merupakan perkahwinan adalah fitrah manusia

maka untuk memenuhi keperluan ini dengan lafaz ijab dan qabul (aqad) contohnya untuk

mengelakan dari perkara yang merosakkan iman seperti zina yang kini semakin berleluasa.

Islam adalah agama fitrah. Oleh itu, nikah disyariatkan untuk merealisasikan fitrah dalam

jiwa manusia. Ini kerana setiap manusia, sama ada lelaki atau perempuan dicipta dengan

mempunyai naluri seksual dan fitrah tertentu. Oleh itu, Islam menjadikan perkahwinan

sebagai jalan terbaik menyalurkan tuntutan nafsu tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w yang

diriwayatkan oleh Abu Dawud

" Sesungguhnya perempuan itu menghadap dan membelakangi dengan rupa syaitan, jika

seseorang antara kamu tertarik kepada seorang perempuan, hendaklah dia mendatangi

isterinya. Dengan itu nafsunya dapat disalurkan." 

Selain itu , memperolehi zuriat yang dapat melaksanakan syariat Allah S.W.T di bumi ini

contohnya anak yang dilahirkan merupakan khalifah di bumi Allah S.W.T.

Disamping itu Juga , akhlak yang luhur merupakan benteng kepada kebahagiaan rumah

tangga dan melahirkan manusia yang bertanggungjawab. Antara sasaran syariat pernikahan

dalam islam antaranya ialah benteng fitrah manusia contohnya membentuk keluarga yang

aman dan bahagia demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Page 6: Agama islam

HIKMAH PERNIKAHAN

Hikmah Pernikahan terdiri daripada perkahwinan dari segi psikologi iaitu mampu

memupuk dan menyuburkan perasaan kasih sayang dan cinta antara suami isteri , Contohnya

ia dapat mengeratkan sebuah perkahwinan dan fitrah manusia yang inginkan kasih sayang

dan belaian dari orang-orang yang tertentu.

Khususnya perkahwinan dapat mengelakan perkara maksiat atau perzinaan , contohnya

berkahwin pada usia yang muda dapat mengurangkan perkara yang boleh terjerumus dalam

lembah perzinaan dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Melalui perkahwinan , ia

merupakan tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal .

Oleh itu juga , mampu melahirkan zuriat atau keturunan yang halal contohnya anak yang

dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih . Hal ini juga melainkan adanya rumah tangga

dan keluarga yang sihat dari segi jasmani dan rohani serta mempunyai isteri yang mampu

mengurus rumah tangga dan anak . Contohnya rumah tangga dapat memberikan kedamaian

dan kebahagiaan pada jiwa manusia sentiasa mendapat berkat daripada Allah S.W.T .

Perkahwinan dapat melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah

yang mesti ditunaikan oleh lelaki dan wanita . Di samping itu , akan memperolehi keredaan

Allah S.W.T yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat .

Tenang dan tenteram , merupakan sesebuah ikatan kasih dan sayang antara suami dan isteri

akan berasa bahagia , aman dan tenteram . Allah berfirman : “ Dan antara tanda-tanda

membuktikan kekuasaan dan rahmatnya bahawa ia mencipta untuk kamu ( wahai kaum

lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup

mesra bersamanya dan jadikanlah antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang”, ( Ar-

Rum : 21 ).

AKAD PERNIKAHAN …

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam

Islam .

Antara ciri-ciri bakal suami hendaklah seorang yang beriman, bertaqwa dan

bertanggungjawab . Mempunyai atau memiliki akhlak-akhlak yang terpuji pada seseorang

lelaki . selain itu , lelaki yang berilmu agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke

jalan yang benar .Tidak mempunyai penyakit yang berat seperti HIV , AIDS dan sebagainya.

Page 7: Agama islam

Hendaklah seorang yang rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki

yang halal demi kebahagiaan keluarga .

Antara Ciri-ciri bakal isteri hendaklah seorang wanita yang beriman dan solehah , memiliki

rupa paras yang sedap mata memandang dapat menyejukkan hati suami . Menentukan mas

kahwin yang rendah , berasal dari keturunan yang baik .Bukan keturunan terdekat dan tidak

memandang pada harta kekayaan . Hendaklah wanita yang subur .

Akad pernikahan ialah satu perjanjian antara pasangan suami isteri untuk memikul

tanggungjawab dalam institusi keluarga dengan mempunyai beberapa rukun tertentu.

Antara syarat bakal suami hendaklah beragama islam , berjantina lelaki , tidak mempunyai

4 orang isteri dalam satu masa . Tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan juga bukan

muhrim kepada bakal isteri dan dengan kerelaan hati tanpa paksaan.

Antara syarat bakal isteri seorang wanita yang beragama islam atau ahli kitab yang

merdeka. Dalam hadis Imam Syafi’i berkata : “ seorang muslim yang boleh menikahi

perempuan ahli kitab yang merdeka, hal ini sesuai dengan firman Allah S.W.T yang

membolehkan bagi orang muslim menikahi perempuan-perempuan ahli kitab dengan tanpa

pengecualian” , dan seorang perempuan bukan khunsa . Bukan isteri mahupun dalam idah

raj’i , tidak berada dalam ihram

Syarat bagi wali pernikahan ialah beragama islam contohnya wali hendaklah beragama .

Islam, orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi wali atau saksi. Firman Allah:

Ertinya : Wahai orang yang beriman janganlah kamu ambil orang Yahudi dan orang Nasrani

untuk menjadi wali.

(Surah Al-Maidah : Ayat 51) .

Wali hendaklah seorang yang baligh tahu akan perkara baik dan tidak baik .contohnya , tahu

dalam hal-hal yang diperintahkan oleh Allah SWT . mempunyai akal yang waras . Seorang

lelaki dan hendaklah ia perlu adil dan tidak fasik dalam sesuatu perkara . seorang yang

merdeka , tidak juga dalam berada dalam ihram dan tidak dipaksa mewalikan .

Syarat bagi saksi pernikahan ialah lelaki yang beragama islam , hendaklah dua orang saksi

yang berakal baligh sebagai contoh melaksanakan perintah Allah S.W.T. Mestilah adil dan

tidak fasik . Boleh melihat dan mendengar dan mempunyai ingatan yang baik . Lelaki yang

mengerti dan memahami lafaz Ijab dan Kabul .

Ijab dan Qabul ialah Salah satu isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan

dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali. Perkara yang sering kita ketahui dalam

beberapa kes seperti kahwin lari , kahwin paksa , seorang bapa tidak membenarkan anak

berkahwin dengan pilihan anaknya

Page 8: Agama islam

Syarat – syarat Ijab ialah hendaklah dengan perkataan nikah atau tazwij yang terang dan

tepat . contonya seorang wali perlu menggunakan lafaz ijab secara terang dan tepat agar

senang untuk difahami dan tidak mengandungi perkataan yang menunjukan batasnya. Dari

wali sepertii katanya : “Saya nikahkan awak dengan anak saya Fatimah  dengan mas kahwin

lima ratus ringgit tunai / bertangguh”, atau pun dari wakil wali seperti katanya : Saya

nikahkan dikau dengan Fatimah binti Yusof yang telah berwakil wali ayahnya kepada saya

dengan mas kahwin sebanya lima ratus ringgit tunai .

Syarat-syarat Qabul ialah Tidak berselang lama atau tidak diselangi dengan perkataan-perkataan

lain di antara ijab dan qabul. Ertinya di antara ijab dan qabul tidak diselangi oleh sesuatu samada

perkataan-perkataan yang lain daripada ijab dan qabul atau diam yang lama, bukan diam untuk

bernafas. Hendaklah lafaz qabul yang terang bukan sindiran atau lafaz qabul yang sesuai dengan lafaz

Ijab . Contohnya , perkataan seperti di bawah :-

Diterima oleh calon suami seperti katanya : “Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak

yang tersebut tunai / bertangguh”. Ataupun wakilnya seperti katanya: “Saya terima nikahnya untuk

Osman, (kalau calon suami itu bernama Osman) dengan mas kahwin yang tersebut”.

Susunan wali dalam mazhad syafie :-

a) Bapa

b) Datuk sebelah bapa dan keatas

c) Adik beradik lelaki seibu sebapa

d) Adik beradik lelaki sebapa

e) Anak saudara yang lelaki daripada adik beradik yang seibu sebapa

f) Anak saudara yang lelaki daripada adik beradik yang sebapa

g) Bapa saudara seibu sebapa

h) Bapa saudara sebapa

i) Sepupu yang lelaki daripada bapa saudara yang seibu sebapa

j) Sepupu yang lelaki daripada bapa saudara yang sebapa

k) Pemerintah (wali hakim)

Page 9: Agama islam

Wali mujbir ialah wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu

perempuan yang masih perawan mahupun dara tanpa meminta izin perempuan terlebih

dahulu . Menurut Mazhab Shafi’e, wali mujbir itu terdiri daripada bapa, datuk dan seterusnya

sampai ke atas. Manakala wali-wali lain seperti saudara lelaki kandung sebapa, bapa saudara

dan sebagainya bukan wali mujbir iaitu tidak ada bidang kuasa memaksa perempuan

berkahwin. Dalilnya ialah :-“

‘Perempuan janda lebih berhak pada dirinya daripada walinya dan perempuan perawan atau dara dikahwinkan oleh bapanya;,(Riwayat Darul-Qutni)  .

Hadith ini menunjukkan bapa atau datuk mengahwinkan anak perempuan yang perawan tanpa meminta izin anak perempuan itu terlebih dahulu adalah sah.

Kehadiran wali dalam sesuatu pernikahan adalah untuk menentukan pernikahan itu sah .

Seorang bapa atau datuk (wali mujbir ) berhak mengahwinkan anak gadis tanpa meminta izin.

Syarat syarat bagi wali mujbir mengahwinkan anaknya tanpa meminta izin

Tiada pemusuhan antara anak dengan bapa Selain itu , Lelaki tersebut sesuai dengan anaknya

. Terdapat dalam mas kahwinnya sebanding dengan mas kahwin saudaranya. Dengan itu juga

, Ia Tidak mengahwinkan anaknya dengan orang yang mampu membayar mas kahwin dan

tidak mengahwinkan anaknya dengan lelaki yang mendatangkan kemudaratan .

Bukan Mujbir iaitu : wali perkahwinan bagi yang bukan anak dara atau yang berkahwin itu

anak dara tetapi bukan wali bapa atau datuk.Dalam keadaan ng begini wali tidak boleh

mengkhwinkan tanpa meminta keizinan terlebih dahulu,kerana sabda Rasulullah SAW.

Ertinya : Janganlah kamu kahwinlah janda sehingga kamu meminta keizinan mereka terlebih

dahulu.

(Riwayat At-Tarmidzi)

Page 10: Agama islam

Hukum pernikahan

Perkahwinan merupakan suatu Ibadat dan satu Sunnah rasulullah S.A.W yang afdal diikuti .Hukum asal perkahwinan adalah Sunat . Walau bagaimanapun hukum tersebut berbeza mengikut keadaan individu .

Wajibmampu memberi nafkah zahir dan batin dan juga sangat berisiko jatuh ke dalam perzinaan.  Contohnya bagi seseorang yang hampir jatuh ke dalam jurang zina wajib hukumnya

SunatMereka yang sudah mampu namun  masih tidak merasa takut jatuh kepada zina. Contohnya ia mampu dari segi Zahir dan Batin namun tidak merasa dirinya terjerumus kepada zina

HaramTidak mampu memberi nafkah zahir dan batin , atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan atau menzalimi isterinya . Contohnya , hanya menzalimi isterinya namun tidak mampu memberi nafkah kepada isteri .

MakruhTidak mampu memberi nafkah zahir kepada isteri tetapi berkeinginan untuk berkahwin contohnya  tidak punya penghasilan sama sekali dan tidak sempurna kemampuan untuk berhubungan seksual,

HarusTidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin . Contohnya bagi seseorang muslim memenuhi dua syarat seperti mempunyai mahar atau mas kawin dan mampu menafkahi isterinya pada hari pernikahan .

Page 11: Agama islam

Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh laki-laki disebabkan kerana keturunannya (haram selamanya) serta dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang berbunyi, "Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu, anakmu, saudaramu, anak saudara perempuan bagi saudara laki-laki, dan anak saudara perempuan bagi saudara perempuan. ":

Haram Dengan Sebab Penyusuan

1. Ibu yang menyusukan.

2. Saudara perempuan yang sepersusuan.

Firman Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara kamu

sepersusuan.

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang

yang haram dengan sebab keturunan, sebagaimana sabda Nabi SAW :

Ertinya : Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Syarat-Syarat Haram Dengan Sebab Susuan

1. Ibu yang menyusukan itu telah baligh.

2. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.

(Riwayat Al-Dar Qatni)

3. Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu

mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh

Muslim dari Aishah :

Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum

lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.

(al-Hadith)

4. Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-

kanak itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Page 12: Agama islam

Ertinya :Tidak diharamkan kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada

perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur

dua tahun.

(Riwayat : At-Tarmidzi)

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di

antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.

4)Haram Dengan Sebab Persemendaan (Berambil-Ambilan)

1. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.

2. Ibu tiri, datuk tiri hingga ke atas.

3. Menantu perempuan (isteri anak), isteri cucu hingga ke bawah.

4. Anak tiri dengan syarat sudah disetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian

diceraikan, maka tidaklah haram mengkahwinkan anak tiri itu samada anak tiri itu dari

keturunan atau penyusuan.Pengharaman keempat-empat orang ini berdasarkan firman

Allah :

Ertinya : Dan diharamkan ibu isteri kamu, dan anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu jika

ibunya telah kamu setubuhi, maka jika ibunya itu belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu

mengkahwini anak tiri itu dengan begitu juga haram mengkahwini isteri anak kamu yang

sejati.

(Surah An-Nisa:ayat 23

Dan firman Allah :

Ertinya:Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa

kamu (ibu tiri).

(Surah An-Nisa : ayat 22)

5)Perempuan-Perempuan Yang Haram Dikahwini Buat Sementara Waktu Dengan

Sebab Menghimpunkannya

1. Saudara-saudara perempuan bagi isteri.Sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Da haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang

telah lalu.

2. Anak saudara isteri sebelah bapa.

3. Anak saudara isteri sebelah ibu.

4. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.

Page 13: Agama islam

5. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

Ertinya : Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara

sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan

saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak

saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak

perempuan dari saudara perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil

dengan yang besar.

(Riwayat At-Tarmidzi)

“ Diharamkan atas kamu ( mengahwini ) ibu-ibumu ; anak-anakmu yang perempuan

saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan , saudara-

saudaramu ibumu yang perempuan , anak-anak perempuan dari saudara-saudara yang lelaki ,

anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang lelaki, anak-anak perempuan dari

saudara yang perempuan , ibu-ibumu yang menyusui kamu , saudara perempuan

sepersusuan , ibu-ibu isterimu (mertua ) , anak-anak isteri yang dalam pemeliharaanmu dari

isteri yang telah kamu campuri , tetapi jika kamu belum campur dengan isterinmu itu , (dan

kesudah kamu ceraikan ) maka tidak berdosa kamu mengahwininya , (dan diharamkan

bagimu ) isteri-isteri anak kandungmu (menantu) , dan menghimpukan (dalam perkahwinan)

dua perempuan yang bersaudara , kecuali yang telah terjadi pada masa lampau ;

sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (surah al-Nisa’ (4) : 23 )

Page 14: Agama islam

RUMUSANSecara keseluruhannya , ia dapat dirumuskan disini bahawa pendekatan pembelajaran Pendidikan Islam 2 yang telah ditentukan oleh sesuatu kandungan diolah. Hal demikian , kami juga telah memperlari tentang hal-hal pernikahan dan rumah tangga serta ia juga memperolehi perbagai idea yang kami dapatkan dari sesebuah rujukan untuk dijadikan tugasan kami untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut tentang ilmu alam pernikahan ini kerana pernikahan adalah sangat penting untuk menentukan sesebuah keluarga atau permulaan sebelum melangkah ke alam pernikahan.

Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata.  Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati. Hal itu juga banyak yang perlu dipelajari tentang pernikahan dan pentingnya untuk mengetahui langkah-langkah sebelum menjalani kehidupan yang baru seperti yang dipelajari tentang hukum-hukum nikah, hikmah dan tujuan pernikahan , syarat-syarat rukun pernikahan yang perlu kita ketahui .

Page 15: Agama islam

RUJUKAN

1.Tajuk buku Bantuan studi lengkap Citra Pintar SPM

Nama Pengarang : Ustz Hamil @ Amir Abdul HameedPernebit : SASBADI SDN. BHD Petaling Jaya

2. MUKHTASAR KITAB AL-UMM FI AL-FIQH IMAM AL-SYAFI’I JILID 2

Nama Pengarang : Husien Abdul Hamid [ Ulama Al-Azhar Al-Syarif ] Penerbit : PERNIAGAAN JAHABERSA JOHOR BAHRU

3. Pendidikan Islam SPM Nama Pengarang : Mohd Najib / Nur Salinahany / Saiful Aswad

4. Pendidikan Islam Tingkatan 5 

Nama Pengarang: Mohd Zaini Bin Yahya, Zamri Bin Abdul Rahman,  Afandi Bin Sahi Penerbit : DBP & KPM

5. Pengantar Perkahwinan dan Keluarga Nama Pengarang : Rozumah Baharudin@ Rumaya JuhariPenerbit : Universiti Putra Malaysia Serdang Tahun Penerbit : 2002