islam agama persekutuan

Upload: mohd-shahriza

Post on 07-Apr-2018

264 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    1/21

    ISLAM AGAMA

    PERSEKUTUANCTU 553

    NAMA AHLI KUMPULAN :

    Ali Bakhri Bin Zubir 2010901991

    Mohd Bahari Bin Omar 2010766147

    Mohd Aliff Bin Mohd Latif 2010758525

    Mohd Shahriza B Mohd Nor 2010176603

    DISEDIAKAN UNTUK :

    PN. NURUL HIMMAH BINTI KASSAN

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    2/21

    2

    ISI KANDUNGAN

    PENGHARGAAN 3

    PENGENALAN 4

    1-ISLAM AGAMA

    PERSEKUTUAN 5 - 10

    2- ISLAM AGAMA

    PERSEKUTUAN MALAYSIA 11 - 16

    3- ISU-ISU BERBANGKIT

    MENGENAI ISLAM

    AGAMA PERSEKUTUAN 17 - 18

    4 PENYELESAIAN 19 - 20

    KESIMPULAN 21

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    3/21

    3

    PENGHARGAAN

    Assalamualaikum w.b.t...

    Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kami dapat menyiapkan laporan ini sepertimana yang

    dikendaki oleh pensyarah kami iaitu Ustazah Nurul Himmah binti Kassan iaitu bagi subjek CTU

    553.

    Setinggitinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami di atas tunjuk ajar,

    bimbingan dan nasihat beliau dalam menyiapkan laporan yang bertajuk Islam agama

    persekutuan isu dan penyelesaiannya.

    Ribuan terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan yang berganding bahu dan tenaga serta

    bekerjasama dalam meyiapkan laporan ini. Usaha yang diberikan adalah sangat dihargai.

    Sekian, terima kasih...

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    4/21

    4

    PENGENALAN

    Kesepakatan 3 etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

    pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar

    perkongsian kuasa.Begitu juga dasar pengagihan kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil

    di sisi undang-undang, amalan demokrasi serta kontrak sosial di antara kepelbagaian kaum

    menghasilkan keharmonian masyarakat Malaysia.

    Konsep perkongsian kuasa, pengagihan pendapatan negara secara adil, peluang

    pendidikan yang sama di antara kaum, kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan

    negara, perlindungan terhadap kaum minoriti serta dasar-dasar yang lain, telah dapat menjamin

    keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di negara kita.

    Dalam Islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-baik,

    bekerjasama dan saling membantu antara satu dengan yang lain.Penghormatan kepada penganutagama lain telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda dan pendekatantersebut merupakan ajaran penting dalam agama Islam.Islam melihat kepelbagaian etnik denganpandangan yang positifuntuk berkenal-kenalan dan bantu-mabantu dalam perkara kebaikan. Ini

    bersandarkan perisitiwa bila Nabi Muhammad SAW menegur Abu Zarr yang menggelar Bilal

    dengan menjelaskan tiada keistimewaan seseorang yang berkulit putih dengan seorang yang

    berkulit hitam kecuali ketakwaannya.

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    5/21

    5

    ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN

    1 ISLAM

    Maksud

    - Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera ,aman, harmoni dan dirujukdari istilah yang memberi makna menyerah diri kepada Pencipta Yang Maha Berkuasadengan mentauhidkannya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan segala suruhan

    dan meninggalkan larangannya.

    - Islam merupakan agama yang sempurna bererti lengkap, menyeluruh dan merangkumisegala hal yang diperlukan bagi panduan hidup manusia. Sebagai petunjuk dan pegangan

    dalam hidupnya, sehingga dapat menjalani hidup dengan baik, teratur dan sejahtera,

    mendapatkan kebahagiaan hidup baik di dunia dan juga diakhirat.

    - Islam memiliki sifat-sifat dasar iaitu kesempurnaan, penuh nikmat, diredhai dan sesuaidengan fitrah. Sebagai agama, sifat-sifat ini dapat dipertanggungjawabkan danmenjadikan pengikutnya dan penganutnya tenang, selamat dan bahagia dalam menjalani

    hidup. Muslim menjadi selamat kerana Islam diciptakan sebagai sempurna. Ketenangan

    yang dirasakan seorang muslim kerana Allah memberikan segenap rasa nikmat kepada

    penganut Islam, kemudian kepada mereka yang mengamalkan Islam kerana sesuaidengan fitrahnya.

    Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrahAllah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan padafitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.(QS. Ar Rum 30: 30)

    - Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam. Ini

    bersandarkan kepada firman Allah SWT:

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    6/21

    6

    - Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat bersandarkan firman

    Allah SWT:

    - Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad

    s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w.kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur.

    Kaabah, Mekah

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    7/21

    7

    Al-hambra Citadel di Sepanyol

    Sejarah islam di Malaysia

    Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu semenjak daripada dahulu lagi. Islam mula

    bertapak di Asia Tenggara pada abad ke 17. Agama Islam dikembangkan di Tanah Melayu

    melalui pedagang-pedagang Arab yang berdagang di Asia Tenggara. Agama Islam telah dibawa

    oleh pedagang-pedagang ini ke Melaka dan seterusnya menjadikannya sebagai pusat penyebaran

    Islam di rantau ini. Pengaruh agama Islam dapat dilihat dalam pentadbiran sistem kerajaan

    Melayu Melaka sepertimana yang telah dibuktikan oleh sejarah. Ini dapat dilihat semasa

    pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488) yang telah memerintah Melaka

    berdasarkan corak pemerintahan Khalifah Islam iaitu Saidina Umar al- Khattab. Raja Melaka

    menjadi ketua agama Islam dan menggunakan Sultan bagi mencerminkan seorang pemerintah

    yang beragama Islam. Undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang

    Laut juga dibentuk berdasarkan kepada hukum-hukum Islam.Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa asing. Namun, Islam tetap utuh dan

    tidak mudah disingkirkan daripada penduduk Tanah Melayu. Kedatangan Inggeris ke Tanah

    Melayu contohnya tidak dapat mengubah agama Islam sebagai anutan penduduk tempatan pada

    masa itu. Sistem pentadbiran sahaja yang dapat di ambil alih oleh pihak British. Tetapi kuasa

    berkaitan agama dan adat istiadat masih diberikan kepada Raja-raja di negeri-negeri berkenaan.

    Misalnya negeri-negeri yang dikategorikan sebagai Negeri-negeri Melayu bersekutu seperti

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    8/21

    8

    Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan diletakkan di bawah satu pentadbiran kerajaan

    pusat. Semua hal ehwal pentadbiran di peringkat kerajaan negeri dilaksanakan mengikut nasihat

    Residen-General, kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan adat istiadat Orang Melayu dan

    Agama Islam.

    Tanah Melayu telah mengalami zaman penjajahan yang panjang bermula daripada

    penjajahan kuasa Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan seterusnya kembali semula kepada

    Inggeris. Inggeris kembali ke Tanah Melayu dan membawa cadangan penubuhan Malayan

    Union. Namun cadangan penubuhan Malayan Union mendapat tentangan daripada masyarakat

    Melayu pada masa itu. Penentangan ini telah membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Reid

    pada tahun 1956 untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu dan setrrusnya membawa

    kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan bebas daripada penjajahan.Ahli suruhanjaya ini terdiri daripada Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William

    Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya telah

    bersidang sebanyak 131 kali untuk merangka suatu memorandum bagi pembentukan

    perlembagaan yang memiliki segala elemen keadilan dan diterima oleh setiap penduduk sebagai

    kontrak sosial yang mengikat semua rakyat untuk penubuhan negara yang merdeka. Dalam

    proses ini berlakulah tolak ansur antara kaum dari segi perkara-perkara yang berkaitan dengan

    kepentingan mereka. Secara tidak langsung berlaku satu perjanjian murni di antara kaum-kaum

    di negara ini demi untuk kepentingan bersama.

    Suruhanjaya ini bertanggungjawab merangka draf perlembagaan yang ada seperti sekarang.Namun, penyertaan rakyat tempatan juga penting kerana ia menunjukkan betapa perlembagaanyang ada sekarang bukanlah sesuatu yang diwariskan oleh suruhanjaya berkenaan. Suruhanjayaberkenaan dipandu oleh syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh persidangan di London yang

    meminta suruhanjaya menyiapkan perakuan dan draf perlembagaan yang mengandungi perkara-

    perkara seperti berikut :

    a) pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat;

    b) pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja

    Melayu;

    c) pewujudan jawatan ketua negara bergelar Yang di Pertuan Agong;

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    9/21

    9

    d) pemeliharaan hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang sah

    milik kaum-kaum lain serta; dan

    e) pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh

    Malaya

    Laporan suruhanjaya yang lengkap dan siap pada awal tahun 1957 kemudiannya

    dikemukakan kepada Kerajaan British dan juga kepada raja-raja Melayu. Ini diikuti oleh siri-siri

    mesyuarat di London dan Kuala Lumpur bagi membincangkan isi laporan tersebut. Hasil

    daripada siri perbincangan ini telah membawa kepada Kertas Putih yang merupakan kumpulan

    syor tambahan yang sebahagian besarnya merupakan hasil semakan terhadap syor-syor yang

    dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid. Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-raja, kedudukan

    istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan agama Islam adalah antara perkara-perkarapenting yang dikemukakan oleh Kertas Putih. Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang

    adalah hasil daripada cadangan tambahan yang dikemukakan oleh Kertas Putih.

    Draf tersebut mula wartakan sebagai sebuah dokumen undang-undang pada 31

    Ogos 1957 yang mengandungi perkara-perkara berikut :

    a) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah

    Melayu 1957 yang diluluskan oleh Parlimen Britain di London;

    b) Ordinan Perlembagaan Persekutauan 1957 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan

    Persekutuan di Kuala Lumpur; dan

    c) Pelbagai enakmen yang diluluskan oleh majlis-majlis perundangan negeri yang bertujuan

    memberi kuatkuasa undang-undang kepada draf perlembagaan yang dikemukakan oleh Kertas

    Putih tadi.

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    10/21

    10

    Teori kedatangan islam di Malaysia

    Teori-teori ini diketengahkan oleh sejarawan seperti Pijnappel, Snouck Hugronje, B. Harisson,

    Thomas Arnold, Morquette, R.O Winstedt, S.Q. Fatimi, Syed Muhammad Nuqaib al-Attas,

    HAMKA dan sebagainya.

    a- Islam datang dari India

    Teori ini hasil perdagangan pedagang india di Melaka. Para pedagang dari Gujerat yang

    bertanggungjawab membawa Islam di Tanah Melayu berdasarkan sumber-sumber

    sejarah. Antaranya ialah adat perkahwinan islam yang diamalkan di Malaysia menyamai

    budaya di India. Antara bukti lain ialah batu nisan Malik as-Salih yang ditemui bertarikh

    1297M.

    b- Islam datang dari Cina

    Para pedagang cina telah lama berdagang di tanah melayu terutama di Melaka. Hubungan

    yang akrab antara Melaka dan Cina telah mewujudkan penyebaran agama islam.

    Kedatangan laksamana Cheng Ho ke Melaka serta Hang Li Po Selain itu dikatakan

    penyebaran bermula di Terengganu(penemuan batu bersurat).

    c- Islam datang dari Arab

    Kegiatan perdagangan arab di tanah melayu bermula sebelum munculnya islam di tanah

    Arab. S.M Naquib al-Attas menyatakan kandungan persuratan melayu menggunakan

    tulisan jawi. Selain perdagangan ada juga teori menyatakan islam dibawa melalui

    perkahwinan antara rakyat tanah ,elayu dengan penganut agama islam.

    Batu bersurat Terengganu

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    11/21

    11

    2- ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN MALAYSIA

    Sejarah perlembagaan islam di tanah melayu dari kesultanan melayu Melaka sehingga

    sekarang

    - Sultan Iskandar Syah (Parameswara) menerima undang-undang islam sebagai undang2negara Melaka

    - Qanun Melaka hukum berkaitan muamalat, munakahat, jinayah, acara dan keterangan

    serta perhubungan antarabangsa.

    - Sultan Aliuddin Riayat Syah menerapkan mengawasi Melaka dengan melakukan rondaan

    di waktu malam seperti di lakukan Saidina Ummar al-Khattab

    - Semasa jajahan British, undang2 islam masih dipertahankan

    - Pembentukan Piagam Keadilan I, II, III semasa penjajahan British

    - Semasa pemerintahan British segala hal ehwal agama islam ditadbir oleh pihak raja-raja

    setiap negeri.

    Perlembagaan Malaysia : Perkara 3 Agama bagi Persekutuan

    (a) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan amandan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

    (b) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Rajasebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan

    oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak,

    keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah

    tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan

    dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patutdiperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama

    Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

    (c) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah

    masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagaiKetua agama Islam di Negeri itu.

    (d) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan

    ini.

    (e) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklahmenjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan

    Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-

    peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlisuntuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan

    agama Islam.

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    12/21

    12

    Perkara 11 :

    (1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dantertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.

    (2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu

    adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatuagama yang lain daripada agamanya sendiri.

    (3) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak :-

    (a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri.(b) Menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat; dan

    (c)Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-

    undang

    (4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan

    dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

    (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

    Perkara 12 :

    (1)Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-

    institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah

    boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undang-undang

    berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-

    undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau

    menyenggara institusi- institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam

    mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan

    sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

    (2) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa- apa ugama

    atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain

    daripada ugamanya sendiri.

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    13/21

    13

    (3) Bagi maksud Fasal (3), ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas

    tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

    Merujuk kepada apa yang termaktub di atas, kepercayaan kepada agama adalah satu perkara

    yang paling asas dalam kehidupan. Kepentingan agama ialah dapat memupuk nilai-nilai murni

    bagi melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan bermoral. Bagaimanapun penerapan nilai

    agama dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia adalah satu yang amat mencabar.

    Peruntukan Perlembagaan yang memberikan perhatian seimbang kepada semua agama serta

    sokongan adil yang diberikan oleh kerajaan untuk mewujudkan keyakinan rakyat bagi

    mengamalkan kepercayaan agama masing-masing dalam keadaan selamat. Ini akan

    meningkatkan toleransi dalam masyarakat Malaysia dan seterusnya berjaya memupuk perpaduan

    dikalangan masyarakat yang berbilang kaum.

    Islam adalah agama persekutuan. Peruntukan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan

    adalah sangat jelas menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tidak akan

    mengancam hak bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan kepercayaan beragama secara

    bebas di Malaysia. Selain itu dinyatakan di dalam perlembagaan bahawa pihak berkuasa boleh

    menggunakan wang awam yang dipungut melalui cukai untuk tujuan-tujuan agama Islam. Ini

    menunjukkan bahawa Islam diberikan kedudukan yang lebih istimewa berbanding agama lainsepertimana yang dilihat semenjak daripada dahulu lagi berdasarkan bukti-bukti yang terdapat

    dari sejarah negara ini.

    Dalam Perkara 11 di atas, ia mengandungi peruntukan utama mengenai hak kebebasan

    beragama yang merangkumi segala hak yang meliputi aspek-aspek menganut, mengamal dan

    mengembangkan agama-agama lain yang terdapat di negara ini. Bagaimanapun hak

    mengembangkan agama tertakluk kepada peruntukan bahawa pengembangan agama-agama lain

    tertakluk kepada sekatan undang-undang. Sekatan ini termasuklah larangan mengembangkan

    ajaran agama lain selain Islam kepada penganut Islam. Undang-undang yang menyekat

    penyebaran agama lain dikalangan orang Islam masih belum ada di negeri Wilayah Persekutuan,

    Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Keperluan kepada undang- undang ini ialah untuk melindungi

    orang Islam daripada dipengaruhi kepercayaan lain. Seperti yang disebutkan, peruntukkan ini

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    14/21

    14

    menunjukkan kelebihan yang diberikan kepada Agama Islam. Keistimewaan ini sebenarnya

    berkait rapat dengan sejarah dan latar belakang negara. Walaupun terdapat perbahasan bahawa

    ianya tidak mengikuti prinsip kesamarataan, tetapi kesedaran bahawa orang-orang Islam dan

    orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu telah diberikan hak-hak yang Ajaran Islam

    menjelaskan bahawa hak kebebasan agama dimaksudkan disini adalah Islam tidak memaksa

    orang bukan Islam menerima Islam. Namun di negara kita kebebasan beragama ini boleh disekat

    melalui undang-undang. Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk

    kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama

    yang lain daripada Islam di kalangan umat Islam. Selain itu perlembagaan juga menyebut

    bahawa kebebasan agama tidak boleh digunakan untuk menyalahi undang-undang awam

    mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

    Perlembagaan menyatakan bahawa kebebasan beragama adalah salah satu hak yang dijamin

    di bawah bab mengenai kebebasan asasi. Kedudukan ini termasuk dalam hak-hak lain di bawah

    bab mengenai kebebasan asasi di dalam perlembagaan yang tidak boleh digantung atau dinafikan

    oleh undang-undang yang diluluskan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

    Perbincangan berkaitan Agama dan Perlembagaan ini perlu diteliti dari segi sejarahnya.

    Kedatangan Islam ke negara kita telah lama berlaku sejak zaman dahulu lagi. Manakala semasa

    penggubalan Perlembagaan yang di lakukan oleh Suruhanjaya Reid turut mengambil kira

    berkaitan dengan agama sebagai salah satu tonggak bagi membentuk perlembagaan negara ini.

    Mahkamah dan keputusan berkaitan dengannya juga turut mempengaruhi bagaimana penaksiran

    berkaitan kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan. Setiap kes yang di bawa dan di berikan

    keputusan oleh mahkamah mempengaruhi pandangan terhadap kedudukan agama Islam dalam

    Perlembagaan Negara.

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    15/21

    15

    Badan-badan berkanun berkaitan agama islam di Malaysia

    - Majlis agama islam di setiap negeri (JAIS,MAIS,MAIM,MAINS,JAIK)

    - Majlis agama islam persekutuan

    - Majlis Mufti

    - Kementerian di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama islam)

    - Majlis raja-raja (hal ehwal agama islam)

    - Persatuan-persatuan N.G.O (PERKIDA,PERKIM)

    Peranan Majlis Agama Negeri dan Mufti

    Mufti

    - Mengeluarkan fatwa dan hukum

    - Hal ehwal penggunaan tanah wakaf

    - Penasihat dalam pembinaan, penggunaan dan meroboh masjid atau surau

    - Penasihat dalam penentuan arah qiblat

    Majlis agama negeri

    - Menguruskan tanah wakaf

    - Menyediakan garis panduan perancangan tempat ibadat orang Islam

    - Menyelaras dan menyelesaikan masalah gejala sosial umat islam

    - Mentadbir sebarang majlis keagamaan

    Tujuan dan peranan mahkamah syariah

    - Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke

    atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang

    diperuntukkan untuknya.

    - Mahkamah syariah berperanan dalam penyelesaian isu agama dan keluarga islam.

    - Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin

    setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-

    Sunnah

    - Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan

    orang Islam

    - Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka

    supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.- Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga.

    - Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga.

    - Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar

    dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    16/21

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    17/21

    17

    3- Isu-isu berbangkit mengenai islam agama persekutuan

    agama islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan, manakala agama lain boleh

    diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

    Merujuk kepada perkataan ini telah berlaku banyak salah faham mengenai tafsirannya.

    - Isu mengenai upacara rasmi kerajaan perlu diselitkan unsur-unsur amalan agama islam

    - Isu tahap pemakaian islam dalam konteks perundangan Malaysia

    - Isu undang-undang keluarga islam

    - Isu hukum Hudud dan Qisas

    - Isu perbezaan taraf agama islam dengan agama lain

    - Isu Hindraf

    - Isu mencemar institusi islam

    - Isu gangguan azan- Isu penggunaan nama Allah dalam minggu Harold Chatolic

    - Isu pluralisme agama

    Antara kes-kes yang berlaku disebabkan salah tafsiran maksud perlembagaan persekutuan mengenai isu

    agama ialah:

    a) Kes Wong Ah Fook menentang kerajaan negeri Johorundang-undang negeri Johor

    b) Kes Anchom bte Lampong menentang Public Prosecutorhukuman keatas perbuatan zina antara

    penganut agama islam bersama kristian

    c) Kes Che Omar bin Che Soh menentang Public Prosecutorhukum hudud dan qisas mengenai

    hukuman gantung mandatory di bawah akta dadah

    Kes Meor Atiqulrahman bin Ishak dan Ors menentang Fatimah bte Shihi dan Ors Mohamed Noor

    Ahmadlarangan pemakaian serban

    d) Kes Lina Joy menentang Majlis Agama Islam Wilayah kebebasan beragama

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    18/21

    18

    ISU:KES MURTAD LINA JOY

    Samada Artikel 11(1) membenarkan seorang Melayu / Muslim mengishtiharkan diri keluar Islam

    dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain untuk dianuti

    dan diamalkan. Ini adalah kes pertama isu Artikel 11(1) dibawa ke peringkat Mahkamah

    Persekutuan untuk ditafsirkan. Kes ini menarik perhatian ramai dan Lina Joy menerima

    sokongan beberapa NGO bukan Islam (seperti Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Buddha

    dan Sikh, dan pemerhati luar negara seperti wakil kedutaan Amerika, Australia, dan lain-lain).

    Kes Lina Joy mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Rajaraja Melayu dan Majlis

    Agama Islam Negeri-negeri. Menjejaskan Kuasa Mahkamah Syariah di negara ini dalam semua

    perkara berhubung dengan Islam.

    Seseorang Melayu Islam bebas menganut dan mengamal Islam mengikut kehendak dan tafsiran

    dia sendiri, dan tidak ada mana-mana institusi seperti Majiis Raja-raja, Majiis Agama Islam dan

    Jabatan Agama Islam dll. tidak ada hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutan dan

    pengamalan Agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap

    mana-mana individu beragama Islam seperti berkhalwat, berzina, minum arak dan sebagainya.

    Contoh gambar

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    19/21

    19

    4 PENYELESAIAN

    - Pengenalan konsep 1 Malaysia oleh kerajaan

    - Konsep Islam Hadhari oleh Datuk Abdullah Ahmad Badawi

    - Memperkukuhkan peranan majlis agama negeri dan mahkamah syariah

    - Memperkukuhkan pemahaman rakyat Malaysia mengenai isu agama berbangkit- Mendalami hubungan etnik antara kaum di Malaysia

    - Membuat forum dan penerangan mengenai islam agama persekutuan.

    - Bergabung bersama parti politik yang lain berbicara tentang islam agama persekutuan.

    - Memperkukuhkan kedudukan raja-raja melayu dalam peruntukan islam agama persekutuan.

    Islam Hadhari

    - Dari segi istilah, perkataan hadhari membawa maksud yang bertamadun atau Islam

    yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai CivilizationalIslam, dan dalam Bahasa Arab sebagai Al-Islam al-Hadhari.

    - Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifatmenyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.

    - Ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidupmasyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapicabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global,

    budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.

    - Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaantamadun.

    - Visi : Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh, iaitu sebuah negaramaju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakatmembangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar

    sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada

    kepercayaan agama.

    - Misi :Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatanIslam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    20/21

    20

    Konsep 1 Malaysia

    - Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyatpelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman

    dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga,jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara

    yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

    - Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dananutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang

    berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah

    negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing denganmasyarakat lain di dunia.

    - Rakyat melalui 1 Malaysia menghormati segala perlembagaan termasuk mengenai islamagama persekutuan

  • 8/3/2019 Islam Agama Persekutuan

    21/21

    21

    Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, kefahaman berkaitan dengan perlembagaan adalah penting.

    Masyarakat tidak faham apabila mereka tidak mengetahui perkara yang sebenarnya ditafsirkan

    oleh perlembagaan. Agama Islam adalah bersifat terbuka dan universal, bukan hanya untuk

    sesuatu kaum sahaja. Sebaliknya untuk semua umat manusia. Oleh itu pendidikan berkaitan

    Perlembagaan negara perlu ditekankan kepada semua lapisan masyarakat. Dengan cara ini dapat

    membentuk masyarakat yang mengetahui hak dan keperluan sebagai warganegara dan juga hak

    negara terhadap individu yang menjadi warganegaranya.Oleh hal yang demikian,perkara berikut

    perlu ditekankan.

    - Islam agama persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan dan perlu dipertahankan

    - Konsep 1 malaysia dan islam hadhari membantu dalam menyatukan kaum dan

    memberikan lebih penjelasan mengenai islam

    - Dalam masyarakat berbilang kaum masalah perpaduan dan pertelingkahan berlaku dan

    semua pihak harus bersatu dalam penyelesaian isu ini.

    - Kerajaan harus mengambil contoh pentadbiran rasulullah dalam menjalankan pentadbiran

    islam di madinah dalam masa yang sama menyatupadukan masarakat islam dan bukan

    islam.