assignment agama islam a2016

37
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Islamic Education A2016 Pengurusan jenazah : Antara adat dan agama KUMPULAN 10 AHLI: MOHAMMAD AMIRUL BIN ARIFFIN 05DIP09F1106 NAZRIN BIN ADAM 05DIP09F1107 ALMA ASHYAFIQ BIN SUDIN 05DIP09F1108 1

Upload: emirulumara

Post on 18-Jun-2015

2.898 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Agama Islam a2016

POLITEKNIK KUCHING SARAWAKJABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI Islamic Education

A2016 Pengurusan jenazah : Antara adat

dan agama

KUMPULAN 10

AHLI: MOHAMMAD AMIRUL BIN ARIFFIN 05DIP09F1106

NAZRIN BIN ADAM 05DIP09F1107

ALMA ASHYAFIQ BIN SUDIN 05DIP09F1108

KELAS: DIP2D

NAMA PENSYARAH : Mohd Syahnan Mohd Zain

1

Page 2: Assignment Agama Islam a2016

BAB IPENDAHULUAN

Pengenalan

Firman Allah yang bermaksud;Di mana sahaja kamu berada, maut pasti akan mendatangi kamusekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang kukuh.(Surah al-Nisa’: 78)

Kematian adalah suatu lumrah kehidupan setiap makluk yang bernyawa. Apabila sampaimasa dan ketikanya, maut pasti akan menjadi suatu kepastian yang perlu dirasai danditempuhi oleh makhluk yang ‘hadith’ yang antaranya ialah manusia. Ianya datangmenjemput kita apabila tiba masanya tanpa mengira sesorang itu kaya ataupun miskin,tua ataupun muda, mulia ataupun hina, berkuasa ataupun rakyat biasa. Itulah sistem tuhanyang Qadim yang tidak boleh dilawan oleh kehendak dan kepandaian manusia samadayang beriman mahupun tidak beriman. Semuanya akan kembali kepangkuanNya yangMaha Esa yang pergi tidak akan kembali buat selama-lamanya. Bagi insan yang beriman,kematian bukanlah penghujung bagi sesebuah hayat tetapi ia adalah permulaan kehidupanbaru iaitu kehidupan akhirat.

Bagi mereka yang dicabut rohnya ataupun telah mati, jasadnya sudah tiada daya danikhtiar lagi, yang kalau dibiarkan ianya sudah tentu akan reput dan dimakan ulat begitusahaja. Oleh itu Islam memberi garis panduan yang lengkap kepada waris simati untukmengurus simati atau jenazah, bermula dari saat selepas kematian sehinggalah keperingkat perkebumian. Dengan itu, menjadi tanggungjawab kepada waris si matimengurus dan menyelenggara jenazah simati sebaik-baiknya kerana si mati akan beradadi suatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh Allah tentang amalperbuatannya semasa hidup.

Sekalipun Islam telah memberi garis panduan yang lengkap, namun masih lagi ada dikalangan umatnya dan masyarakat Melayu tanpa pengecualian melakukan perkaraperkarayang dikategorikan bid’ah menurut perspektif perundangan Islam.Memandangkan bid’ah merupakan perkara yang besar yang dilarang oleh Islam, namun ianya masih lagi banyak berlaku dikalangan masyarakat Melayu yang berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan jenazah.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya

2

Page 3: Assignment Agama Islam a2016

menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.  

HUKUM MENGINGATI MATI

Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia.    Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.

Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.

Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud : "Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

 

Maksud doa:

"Ya Allah hidupkan aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikkan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu mejadi kebaikkan kepadaku."

3

Page 4: Assignment Agama Islam a2016

HIKMAH MENGINGATI MATI

 

Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.

Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan.

Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah. 

Melawat orang yang sakit dan hikmahnya 

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.

2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah. 3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar

ataupun tidak.

Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.

Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,

Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.

4

Page 5: Assignment Agama Islam a2016

Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?

1. Perlu berada di sisinya. 2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :

Ash-hadu allah illaha illallah.....(cari tulisan jawi !!!!!!)

di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.

3. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.

 

Apabila sah matinya 

1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :

Hendaklah kita ucapkan :

2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya. 3. Rapatkan kedua belah matanya. 4. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang. 5. Rapatkan mulutnya. 6. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya. 7. Luruskan kakinya. 8. Ikatkan kedua ibu jari kakinya.  9. Letakkan di tempat yang tinggi. 10. Hadapkan ke Qiblat.

Mengurus Jenazah

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.

Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :

5

Page 6: Assignment Agama Islam a2016

1. Memandikannya. 2. Mengkafankan jenazah. 3. Solat ke atas jenazah. 4. Mengebumikannya.

 

  Orang yang berhak menguruskan Jenazah 

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya.

Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

 

Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya 

1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. 2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.

Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau pengesahan dari doktor.

3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat. 4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat. 5. Urusan menggali kubur. 6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat. 7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah. 8. Ucapan takziah.

6

Page 7: Assignment Agama Islam a2016

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah 

1. Sifat berani. 2. Sabar. 3. Amanah. 4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

 

Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah 

1. Sediakan tempat mandi. 2. Sabun mandi. 3. Air daun bidara. 4. Air bersih. 5. Sugi - 7 batang. 6. Sarung tangan - 3 atau 5. 7. Sedikit kapas. 8. Air kapur barus. 9. Baldi serta gayong.

Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :

1. Kain putih (bidang 45")  - 20 meter bagi dewasa 2. Gunting 3. Kapas 4. Cendana 5. Kapur barus 6. Air mawar 7. Minyak wangi (Minyak Attar) 8. Tikar jerami 9. Bantal (dari daun pandan) 10. Tempat mandi yang khas.

7

Page 8: Assignment Agama Islam a2016

Cara memandikan Jenazah 

1. Letakkan mayat di tempat mandi yang disediakan. 2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali muka. 3. Semua Bilal hendaklah memakai sarong tangan sebelah kiri. 4. Sediakan air sabun. 5. Sediakan air kapur barus. 6. Istinjakkan mayat terlebih dahulu. 7. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

8. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.

9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu. 10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah jari

tangan dan kakinya dan rambutnya. 11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga. 12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :

 Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

8

Page 9: Assignment Agama Islam a2016

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala"

Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

14. Siram sebelah kanan 3 kali. 15. Siram sebelah kiri 3 kali. 16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang. 17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula. 18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17. 19. Lepas itu siram dengan air kapur barus. 20. Lepas itu wudukkan mayat.

Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

 

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t"

9

Page 10: Assignment Agama Islam a2016

Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.

21. Siram dengan air sembilan. 22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna hendaklah

dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat. 23. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan. 24. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya. 25. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan

berama (Contoh : rambut, kuku dll). 26. Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

   Cara-cara mengkafankan jenazah 

Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol.

Kedua : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut.

Ketiga : Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain :1. Kemaluan2. Wajah (muka)3. Kedua buah dada4. Kedua Telinga5. Kedua siku tangannya6. Kedua tumitnya

Keempat:

Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan.

Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.

 

10

Page 11: Assignment Agama Islam a2016

 

Keenam :

Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan.

Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum  diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya.Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi.

Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

 

Solat Jenazah 

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang.

Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki.

Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

1. Cara mengerjakan Solat JenazahBagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu.Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu.Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih.

2. Rukun Solat JenazahSolat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat :i.   Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkanii.  Berdiri bagi yang berkuasa.iii. Bertakbir empat kali.iv. Salam

11

Page 12: Assignment Agama Islam a2016

3. Lafaz niat solat jenazah :

a.  Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala"

c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"

d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

12

Page 13: Assignment Agama Islam a2016

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi Imam kerana Allah Taala"

e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah  menjadi makmum kerana Allah Taala"

4. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah.

a. Takbir yang pertama :

Membaca lafaz :   

 

Allahu Akbaru (Allah Maha Besar). 

Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :

13

Page 14: Assignment Agama Islam a2016

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.  2. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. 3. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 4. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan. 5. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala

pertolongan. 6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. 7. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan

orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

b. Takbir yang kedua.

Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :

 

14

Page 15: Assignment Agama Islam a2016

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".

c.       Takbir yang ketiga :

Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :

 

 

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

 

d.      Takbir yang ke empat.

Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini :

15

Page 16: Assignment Agama Islam a2016

‘Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

 

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri.

16

Page 17: Assignment Agama Islam a2016

MEMBAWA JENAZAH SERTA MENGANTARNYA

1. Wajib membawa jenazah dan mengantarnya, karena hal ituadalah hak seorang muslim yang mati terhadap kaummuslimin yang lain.2. Mengikuti jenazah ada dua tahap :a. Mengikuti dari keluarganya sampai dishalatib. Mengikuti dari keluarganya sampai selesaipenguburannya, dan inilah yang lebih utama3. Mengikuti jenazah hanya dibolehkan bagi laki-laki, tidakdibolehkan bagi wanita, karena Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam melarang wanita mengikuti jenazah4. Tidak dibolehkan mengikuti jenazah dengan cara-cara sambilmenangis, begitu pula membawa wangi-wangian dansebagainya. (Termasuk dalam kategori ini amalan orangawam sambil membaca : "Wahhiduul -Ilaaha" atau jenisdzikir-dzikir lainnya yang dibuat-buat)5. Harus cepat-cepat dalam membawa jenazah dalam arti tidakberlari-lari6. Boleh berjalan di depan jenazah, di belakangnya (ini yanglebih afdhal), boleh juga di samping kanannya atau kirinyadengan posisi dekat dengan jenazah, kecuali yangberkendaraan maka mengikuti dari belakang. diketahui bahwa berjalan lebih afdhal dari padaberkendaraan)7. Boleh pulang berkendaraan setelah menguburkan mayat,tidak makruh8. Adapun membawa jenazah di atas kereta khusus atau mobilambulance, kemudian orang-orang yang mengantarnya jugamemakai mobil, maka hal ini termasuk tidak disyari'atkan,karena ini adalah kebiasaan orang-orang kafir, sertamenghilangkan nilai-nilai yang terkandung dalampengantaran jenazah yaitu mengingat-ingat akhirat, lebihlebihlagi karena hal itu menjadi penyebab terkuatberkurangnya pengantar jenazah dan hilang kesempatanorang-orang yang ingin mendapatkan pahala. (Kecuali dalam

17

Page 18: Assignment Agama Islam a2016

keadaan darurat maka boleh memakai mobil)9. Berdiri untuk menghormati jenazah hukumnya mansukh(dihapuskan), oleh karena itu tidak boleh lagi diamalkan.10. Dianjurkan bagi yang membawa jenazah supaya berwudhu,tapi ini tidak wajibMENGUBURKAN MAYAT

1. Wajib menguburkan mayAt, meskipun kafir2. Tidak boleh menguburkan seorang muslim dengan seorangkafir, begitu pula sebaliknya, harus di pekuburan masingmasing3. Menurut sunnah Rasul, menguburkan di tempat penguburan,kecuali orang-orang yang mati syahid mereka dikuburkan dilokasi mereka gugur tidak dipindahkan ke penguburan. (Halini memuat bantahan terhadap sebagian orang yangmewasiatkan supaya dikuburkan di masjid atau di makamkhusus atau di tempat lainnya yang sebenarnya tidak bolehdi dalam syariat Allah Subhanahu wa Ta'ala)4.Tidak boleh menguburkan pada waktu-waktu terlarang atau pada waktu malam, kecuali karenadalam keadaan darurat, meskipun dengan cara memakailampu dan turun di lubang kubur untuk memudahkanpelaksanaan penguburan.5. Wajib memperdalam lubang kubur, memperluas sertamemperbaiki6. Penataan kubur tempat mayat ada dua cara yang dibolehkan:a. Lahad : yaitu melubangi liang kubur ke arah kiblat (iniyang afdhal)b. Syaq : Melubangi ke bawah di pertengahan liang kubur7. Dalam kondisi darurat boleh menguburkan dalam satulubang dua mayat atau lebih, dan yang lebih didahulukanadalah yang lebih afdhal di antara mereka.8. Yang menurunkan mayat adalah kaum laki-laki (meskipunmayatnya perempuan)9. Para wali-wali si mayyit lebih berhak menurunkannya10. Boleh seorang suami mengerjakan sendiri penguburanistrinya11. Dipersyaratkan bagi yang menguburkan wanita; yangsemalam itu tidak menyetubuhi isterinya.12. Menurut sunnah: memasukkan mayat dari arah belakangliang kubur13. Meletakkan mayat di atas sebelah kanannya, wajahnya

18

Page 19: Assignment Agama Islam a2016

menghadap kiblat, kepala dan kedua kakinya melentang kekanan dan kekiri kiblat14. Orang yang meletakkan mayat di kubur membaca :"bismillahi wa'alaa sunnati rasuulillahi shallallahu'alaihi wa sallama" -Artinya: '(Aku meletakkannya) dengannama Allah dan menurut sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihiwa sallam" atau : "bismillahi wa 'alaa millati rasulillahishallallahu 'alaihi wa sallama" - Artinya: "(Akumeletakkan) dengan nama Allah dan menurut millah(agama) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam".15. Setelah menimbun kubur disunnahkan hal-hal berikut :a. Meninggikan kubur sekitar sejengkal dari permukaantanah, tidak diratakan, supaya dapat dikenal dandipelihara serta tidak dihinakanb. Meninggikan hanya dengan batas yang tersebut tadic. Memberi tanda dengan batu atau selain batu supayadikenalid. Berdiri di kubur sambil mendoakan dan memerintahkankepada yang hadir supaya mendoakan dan memohonkanampunan juga. (Inilah yang tersebutkan di dalam sunnahRasul Shallallahu 'alaihi wa sallam, adapun talqin yangbanyak dilakukan oleh orang-orang awam pada zamanini maka hal itu tidak ada dalil landasannya di dalamsunnah)16. Boleh duduk saat pemakaman dengan maksud memberiperingatan orang-orang yang hadir akan kematian sertaalam setelah kematian. (Hadits Al-Barra bin 'Aazib).17. Menggali kuburan sebagai persiapan sebelum mati, yangdilakukan oleh sebagian orang adalah perbuatan yang tidakdianjurkan dalam syari'at, karena Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah melakukan hal itu, para sahabatbeliaupun tidak melakukannya. Seorang hamba tidakmengetahui di mana ia akan mati. Jika ia melakukan hal itudengan dalih supaya bersiap-siap mati atau untuk mengingatkematian maka itu dapat dilakukan dengan caramemperbanyak amalan shaleh, berziarah ke kubur, bukandengan cara melakukan hal-hal yang hanya dibikin-bikin olehorang

19

Page 20: Assignment Agama Islam a2016

TAKZIYAH

1. Disyariatkan bertakziyah pada keluarga mayAT, yaitumenganjurkan supaya mereka bersabar, mengharapkanpahala serta mendo'akan mayyit2. Bertakziyah dengan menyenangkan mereka sertameringankan kesedihan mereka, membuat mereka ridha dansabar sesuai dengan yang teriwayatkan dari Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam. (Seperti : "Sesungguhnya milik Allah apayang Dia ambil, milik Allah apa yang Dia berikan, segalanyasudah ditentukan di sisi Allah bersifat sementara, makahendaklah bersabar dan mengharapkan sepenuhnya kepadaAllah"). Ini dibaca jika ia masih ingat yang sah dari NabiShallallahu 'alaihi wa sallam, jika lupa maka cukup dengankata-kata yang baik dan bisa membawa kepada tujuantakziyah dengan cara yang tidak menyalahi syari'at).3. Takziyah tidak dibatasi tiga hari, kapan sempat saat itupundapat dilakukan4. Harus menghindari dua hal berikut ini, meskipun sudahdilakukan secara turun-temurun oleh banyak orang :a. Berkumpul untuk bertakziyah pada suatu tempat khusus,seperti rumah, kuburan atau masjid.

b. Keluarga mayat sengaja menyiapkan makanan untukorang-orang yang datang bertakziyah. (Seperti pada hariketiga, ketujuh, keempat puluh atau waktu yang lainyang sama sekali tidak ada landasannya di dalamsyari'at).5. Yang ada di dalam sunnah: Para kerabat maya\t dantetangganya membuatkan makanan untuk keluarga mayatsupaya mereka kenyang.6. Disukai mengusap kepala anak yatim, memuliakan sertaberlemah lembut kepadanya

20

Page 21: Assignment Agama Islam a2016

YANG DAPAT BERMANFAAT BAGI MAYAT1. Do'a orang muslim untuknya2. Wali mayyit mengqadla/menutupi puasa nadzar mayat3. Utang mayyit dibayar oleh seseorang, walinya atau selainwalinya. (Lihat bagian III, F)4. Amalan shaleh dari anak shaleh dari sang mayat karenaAyahnya mendapat pahala seperti pahala anaknya tanpamengurangi pahala si anak sedikitpun.5. Semua peninggalan baik sang mayat, begitu pula amaljariyah

ZIARAH KUBUR

1. Disyariatkan berziarah ke kubur untuk mengambil pelajaranserta mengingat akhirat, dengan syarat tidak melakukan halhalyang mengundang murka Allah Subhanahu wa Ta'ala,seperti berdo'a (meminta) kepada mayat, memintapertolongan dengan perantaraan mayat (bukan langsungkepada Allah), berlebih-lebihan di dalam memuji mayat(takziyah), serta memastikan bahwa dia masuk surga.[Seperti : " Syahid fulan ...." ini merupakan yang dilarang.Seperti yang di babkan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab "Shahih" nya, Bab Tidak boleh berkata: Si Fulan Syahid), lihatFathul Baariy 6/89]2. Wanita dalam hal berziarah kubur sama dengan priadianjurkan ziarah, dengan syarat menghindari ikhtilaath(bercampur baur dengan laki-laki), meratap, tabarruj(memperlihatkan aurat/perhiasan), dan semua jeniskemungkaran yang memenuhi kuburan pada zaman ini.3. Tapi tidak boleh bagi wanita benyak berziarah kubur, karenahal ini bisa menjadi penyebab terjadinya pelanggaranpelanggaranyang disebutkan tadi.4. Boleh berziarah ke kubur orang yang mati di luar Islamuntuk sekedar mengambil pelajaran5. Tujuan berziarah ke kubur ada dua :a. Manfaat bagi yang berziarah, yaitu untuk mengingat matidan mengenang orang-orang yang sudah mati, bahwatempat kembali mereka hanya ada dua kemungkinan,yaitu surga atau neraka, hal ini berlaku bagi semua

21

Page 22: Assignment Agama Islam a2016

orang.b. Memberi manfaat bagi mayat dan berbuat baik kepadamereka dengan cara memberi salam kepada mereka,mendo'akan serta memohonkan ampunan, ini berlakuhanya bagi orang muslim. (Tidak disyariatkan membacasurat Al-Fatihah atau surah lainnya di kuburan, bahkanyang sah sunnah adalah membaca doa-doa yang sah darinabi Shallallahu 'alaihi wa sallam seperti bacaan : "Assalaamu'ala ahli ad-diaari minalmu'miniina walmuslimiina, wayarhamu al-llahu al-muqaddiminnaminnaa walmuta'akhirinna wa-innaa insyaa al-llahubikum la-ahiquna" Artinya " Keselamatan atas kalianpara enghuni di tempat ini di antara orang-orang mukmindan orang-orang muslim, semoga Allah merahmatiorang-orang yang mendahului si antara kita dan orangorangdatang kemudian, dan sesungguhnya kami pastiakan menyusul kalian insya Allah"6. Boleh mengangkat kedua tangan saat berdoa untuk mayyitpada saat berziarah kubur karena hal ini sah dalam sunnahRasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, hal ini dilakukantidak menghadap ke kubur tapi menghadap ke kiblat saatberdoa7. Jika berziarah ke kubur orang kaf ir tidak boleh salamkepadanya tidak juga mendo'akan, bahkan memberinyaberita siksa akan neraka.8. Tidak berjalan di antara kuburan muslim dengan alas kaki,tapi dibuka.9. Tidak disyariatkan menaruh wangi-wangian dan kembang diatas kubur, karena hal ini tida ada dasar amalannya dariulama salaf terdahulu, andaikan hal ini baik niscaya merekalebih dahulu melaksanakannya dari pada kita. (Begitu jugamenancapkan pelepah kurma di atas kubur, pengamalanyang ada dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang halitu merupakan kekhususan bagi Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang dijelaskan oleh banyak ulama)10. Saat di kubur, haram melakukan hal-hal berikut ini :a. Menyembelihb. Meninggikan kuburan melebihi kadar tanah yang adaseperti yang telah dijelaskanc. Mencat kuburand. Membangung di atasnya

22

Page 23: Assignment Agama Islam a2016

e. Duduk diatasnyaf. Shalat menghadap kuburg. Shalat si kubur meskipun tidak menghadap kuburh. Membangun masjid di atas kuburi. Menyalakan lampu diatasnyaj. Menghancurkan tulang mayat orang muslim. (Adapunmayat orang kafir maka boleh, karena tidak ada nilaikehormatan untuknya)k. Menggali kuburan orang Islam, kecuali jika ada sebabyang dibolehkan oleh syari'at11. Boleh menggali kubur orang-orang kaf ir, karena tidak adanilai kehormatan baginya

YANG BOLEH DILAKUKAN PARA KERABATNYADAN ORANG LAIN1. Boleh membuka wajah mayat dan menciumnya, menangisi -tanpa ratapan- dalam kurung tiga hari2. Tatkala berita kematian sampai kepada kerabat mayat,mereka harus :a. Bersabar serta redha akan ketentuan Allahb. Beristirjaa' yaitu membaca : - Inna Lillahi wa InnaaIlaihi Raaji'uun- "Artinya : Sesungguhnya kamiadalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kita akankembal"3. Tidaklah menyalahi kesabaran jika ada wanita yang tidakberhias sama sekali asal tidak melebihi tiga hari setelahmeninggalnya ayahnya atau selain ayahnya. Kecuali jikayang meninggal adalah suaminya, maka ia tidak berhiasselama empat bulan sepuluh hari, karena hal ini adadalilnya.4. Jika yang meninggal selain suaminya, maka lebih afdhal jikatidak meninggalkan perhiasannya untukmeredlakan/menyenangkan suaminya serta memuaskannya.Dan diharapkan adanya kebaikan di balik itu

23

Page 24: Assignment Agama Islam a2016

HAL-HAL YANG TERLARANGRasulullah telah melarang/mengharamkan hal yang selaludilakukan oleh banyak orang disaat ada yang meninggal, hal-halyang dilarang tersebut wajib diketahui untuk dihindari, diantaranya :1. Meratap, yaitu menangis berlebih-lebihan, berteriak,memukul wajah, merobek-robek kantong pakaian danlain-lain.2. Mengacak-acak rambut3. Laki-laki memperpanjang janggutt selama beberapa harisebagai selama beberapa hari sebagai tanda duka ataskematian seseorang. Jika duka sudah berlalu makamereka kembali mencukur jenggot lagi.4. Mengumumkan kematian lewat menara-menara atautempat lain, karena cara mengumumkan yang seperti ituterlarang dan syariat

CARA MENGUMUMKAN KEMATIAN YANGDIBOLEHKAN1. Boleh menyampaikan berita kematian tanpa menempuhcara-cara yang diamalkan pada zaman jahiliyah dahulu.Bahkan terkadang menyampaikan berita kematianhukumnya menjadi wajib jika tidak ada yangmemandikannya, mengkafani, menshalati dan lain-lain.2. Bagi yang menyampaikan berita kematian dibolehkanmeminta kepada orang lain supaya mendo'akan mayat,

BEBERAPA KESALAHAN YANGBERTENTANGAN DENGAN SYARI'AT

para Syaikh, melakukan banyak kesalahan yang bertentangandengan syari'at, khususnya yang menyangkut jenazah dan

24

Page 25: Assignment Agama Islam a2016

hukum- hukum pelaksanaannya (sebagian sudah disebutkan).Mereka menyangka hal itu bersumber dari agama Islam,padahal tidak, karena bertentangan dengan sunnah RasulullahShallallahu 'alaihi wa sallam atau karena memang tidak adadalilnya atau karena berasal dari adat kebiasaan orang-orangkafir, atau tidak sah dalilnya, yang mana semua sebab tadi tidaksamar bagi orang yang menuntut ilmu,diantaranya1. Membaca surah (Yaa Siin) untuk orang yang sakaratulmaut2. Menghadapkan orang yang sakaratul maut ke kiblat3. Memasukkan kapas di pantat mayat, tenggorokan sertahidungnya4. Keluarga mayat tidak makan sampai mereka selesaimenguburkan5. Mereka memanjangkan janggout sebagai tanda sedihterhadap mayat, kemudian dicukur lagi6. Mengumumkan berita kematian lewat 7. Mereka membaca saat seorang memberitakan kematian :Al-Fatihah 'ala ruuh....8. Yang memandikan mayat membaca bacaan tertentu saatmembasuh setiap anggota tubuh mayat9. Mengeraskan dzikir saat memandikan mayat atau saatmengantar jenazah10. Menghias jenazah11. Meletakkan selendang di atas keranda12. Keyakinan bahwa jika mayat baik maka jenazahnyaringan dibawa, sebaliknya jika jahat maka jenazahnyaberat13. Pelan-pelan dalam membawa jenazah14. Mengangkat suara saat menghadiri jenazah, atau sibukbercanda dengan orang lain15. Memuji-muji jenazah saat menghadirinya di masjidsebelum di shalati atau sesudahnya, begitu pula sebelumdan menjelang pemakaman16. Kebiasaan membawa jenazah dengan memakai mobil,serta mengantar dengan memakai mobil17. Shalat ghaib, padahal sudah diketahui bahwa sudahdishalati di tempat meninggalnya18. Imam berdiri lurus pada posisi tengah mayat laki-laki,atau posisi lurus dengan dada mayat wanita

25

Page 26: Assignment Agama Islam a2016

19. Setelah shalat jenazah, ada yang bertanya dengan suarayang keras: "Bagaimana kesaksian kalian terhadap simayat ini ?" Lalu para hadirin menjawab : "Dia adalahorang shaleh".20. Sengaja memasukkan mayat dari arah liang kubur21. Menyebar pasir di bawah mayat tanpa ada alasan darurat22. Memercikkan bantal untuk mayait atau jenis lain dibawah kepalanya di dalam liang kubur23. Memakaikan air kembang ke mayat di dalam kuburnya24. Talqin dengan kata-kata : "Wahai fulan ....." jika datangkepadamu dua malaikat .... dst25. Takziyah di kuburan, dengan cara berdiri berbaris-baris26. Berkumpul pada suatu tempat untuk bertakziyah27. Membatasi takziyah dengan tiga hari28. Bertakziyah dengan kata-kata : "Semoga Allahmemperbanyak pahalamu" sebagai prasangka bahwacara itu yang ada sunnahnya, padahal itu tidak adadalam sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam29. Penyiapan hidangan makanan dari keluarga mayyit dibeberapa hari tertentu30. Membuat makanan tertentu atau membelinya pada harike tujuh31. Keluar pagi-pagi menuju ke mayyit yang telah merekakuburkan kemarin, bersama kerabat keluarga danteman-teman32. Merayakan pujian untuk mayyit pada malam ke empatpuluh, atau setahun setelah meninggal. (Abdur RazzaqNaufal dalam kitabnya Al-Hayaat Al-Ukhraa hal. 156berkata : "Sesungguhnya peringatan ke empat puluh iniberasal dari adat raja-raja Fir'aun, sebab mereka sibukdengan pengawetan mayat, persiapan serta perjalananke kuburan selama empat puluh hari, lalu setelah itumereka menjadikan perayaan pemakaman)33. Menggali kubur sebelum wafat sebagai tanda kesiapanmati34. Mengkhususkan ziarah kubur pada hari Idul Fitri35. Mengkhususkan ziarah kubur pada hari Senin dan Kamis36. Membaca Al-Fatihah atau Yaa Siin di kuburan37. Mengirim salam kepada para nabi melalui mayat yang diziarahi di kuburan38. Menghadiahkan pahala ibadah seperti shalat dan bacaan

26

Page 27: Assignment Agama Islam a2016

Al-Qur'an kepada orang-orang muslim yang sudah mati39. Menghadiahkan pahala amalan-amalan kepada NabiShallallahu 'alaihi wa sallam40. Memberikan gaji kepada orang yang membaca Al-Qur'andan menghadiahkannya untuk mayyit41. Pendapat mereka: Bahwa do'a di sekitar kubur para nabidan orang-orang shalih mustajab (dikabulkan)42. Menghiasi kubur43. Bergantung di kubur nabi dan menciumnya44. Bertawaf (berkeliling) di kubur para nabi dan orangorangshalih. (Sebagaimana yang dilakukan orang-orangjahil di sebagian negara Islam seperti: Mesir, sayangsekali mereka menemukan orang yang memfatwakankepada mereka bolehnya hal itu, yaitu dari kesesatanpara syaikh-syaikh bid'ah)45. Meminta pertolongan dari mayat, atau meminta doanya46. Mempertinggi dan membangun kubur47. Menulis nama mayyit serta tanggal wafatnya di ataskubur48. Menguburkan mayat di masjid, atau membangun masjiddi atas kubur49. Sengaja bepergian jauh untuk berziarah ke kubur paranabi

BEBERAPA ADAT DALAM PENGURUSAN JANAZAH

-Meletakkan cermin di atas perut janazah kononnya menghalang makhluk halus dari mengganggu janazah. Anjuran Islam ialah meletakkan sesuatu yang agak berat di atas perut janazah supaya menghalangnya daripada masuk angin dan benda tidak semestinya cermin.

27

Page 28: Assignment Agama Islam a2016

-Orang yang memandikan janazah mesti mengetahui nama-nama tertentu untuk memandikan janazah seperti nama air, gayung dan lain-lain. Islam tidak meletakkan syarat begitu kerana ianya boleh menimbulkan pembohongan kerana menyebut yang bukan sebenar.

-Adanya doa atau bacaan tertentu yang kononnya untuk meminta izin kepada janazah supaya boleh dimandikan. Tugas memandikan adalah kewajiban orang yang hidup dan kita tidak tahu lagi berkenaan persetujuan si mati.

-Menambah-nambah bahan yang digunakan untuk memandikan janazah seperti santan kelapa, daun limau purut, garam, asam dan sebagainya. Ketetapan agama hanyalah air bersih, air bercampur daun bidara dan air bercampur sedikit kapur barus.

-Menyorok di bawah keranda janazah yang akan dibawa ke kuburan supaya kita tidak teringat dengan janazah itu. Mengingati dan mendoakan janazah amat dituntut. Bahkan sunnat bagi orang yang merasa dirinya akan mati supaya berwasiat kiranya ia tidak dilupakan nanti.

-Menyertakan tulisan-tulisan seperti kalimah tauhid ke dalam keranda ketika mengkebumikan janazah. Ini bertentangan dengan syariat kerana ayat-ayat mulia terkena najis ketika mayat telah rosak di dalam kubur.

-Berjaga malam di rumah keluarga janazah dan melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti berjudi. Kita boleh berhimpun di rumah keluarga janazah dengan tujuan memberi takziah atau membacakan doa.

-Menyediakan tilam, bantal dan lain-lain khusus kepada orang yang mentalkinkan mayat.

-Menaburkan wang syiling di atas kubur setelah janazah dikebumikan.

28

Page 29: Assignment Agama Islam a2016

Kesimpulan

Agama Islam adalah agama yang sangat lengkap; peraturan dan tatacaranya sempurna malah dicontohkan sendiri oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya serta dihuraikan melalui tulisan para ulama di dalam kitab mereka. Namun, ada kalanya kita terjumpa segelintir ummat Islam yang tidak memahaminya, lalu beramal menurut akal semata atau mereka-reka sesuatu dan mencapuradukkannya dengan peraturan agama yang benar. Sebahagiannya pula mengambil dari agama yang lain dan bercampur pula dengan perkara khurafat yang bertentangan dengan Islam. Demikianlah juga berkenaan urusan penyelenggaraan janazah. Sebenarnya, ia telah lengkap dan tidak perlu ditokok tambah lagi. Islam telahpun mengaturnya sejak dari menghadapi kematian sehinggalah selesai pengkebumiannya.

29

Page 30: Assignment Agama Islam a2016

Rujukan

http://dear.to/abusalma

AMALAN BID’AH DALAM PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAANJENAZAH-MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN,MOHD KHADAFI BIN HAJI ROFIEDR MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR OSMAN,Pdf file

Microsoft Powerpoint Kursus pengurusan jenazah, Disampaikan oleh Ustazah Hajjah Nor Azira Yusoff,kolej komuniti selayang

[email protected]

Pengurusan Jenazah Mengikut Sunnah Rasulullah saw-Muhammad Abdulloh bin Suradi email: [email protected]

30