jabatan agama islam

30
KOLEKSI PROSEDUR KERJA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 1 JABAT AN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Upload: shawariah

Post on 06-Jul-2015

2.911 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 1

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI

JOHOR

Page 2: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 2

PERMOHONAN UNTUK BERKAHWIN

Pasangan Islam boleh berkahwin apabila pihak lelaki mencapai umur 18 tahun dan pihak

perempuan mencapai umur 16 tahun. Sekiranya belum mencapai umur tersebut

perkahwinan boleh dilakukan dengan mengikut peraturan-peraturan tertentu.

Sebelum berkahwin mereka perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam terlebih

dahulu. Permohonan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Agama di daerah tempat mereka

bermastautin.

Untuk bernikah, Rukun yang mesti dipenuhi ialah :-

a) Lelaki yang akan menjadi suami.

b) Perempuan yang akan menjadi isteri.

c) Wali.

d) Dua orang lelaki sebagai saksi akad.

e) Sighan (Ijab dan Qabul).

Pihak yang boleh menjadi Wali ialah :-

a) Bapa;

b) Datuk sebelah Bapa hingga ke atas;

c) Saudara lelaki seibu sebapa;

d) Saudara lelaki sebapa;

e) Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa hingga ke bawah;

f) Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki sebapa hingga ke bawah;

g) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa;

h) Bapa saudara sebelah bapa sebapa;

i) Anak bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa hingga ke bawah;

j) Anak bapa saudara sebelah bapa sebapa hingga ke bawah;

k) Datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa;

l) Datuk saudara sebelah bapa sebapa;

PENGENALAN

Page 3: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 3

m) Anak Datuk Saudara sebelah bapa seibu sebapa;

n) Anak Datuk Saudara sebelah bapa sebapa; dan

o) Sultan atau wali hakim.

Wali Hakim akan dilantik apabila timbul keadaan di mana :

a) Wali enggan

b) Wali Ghaib

c) Wali di dalam ihram haji atau Umrah

d) Anak Luar Nikah

e) Tiada Wali Nasab

f) Saudara baru yang tiada wali nasab

Borang 1 Permohonan Oleh Lelaki Untuk Kebenaran Berkahwin RM5.00

Borang 2 Permohonan Oleh Perempuan Untuk Kebenaran Berkahwin RM5.00

Borang 3 Kebenaran Pendaftar Untuk Berkahwin RM5.00

Borang 4 Kebenaran Hakim Syarii Untuk Berkahwin RM5.00

Borang 5 Permohonan Untuk Perkahwinan Poligami RM15.00

Borang 6 Permohonan Untuk Mendaftar Perkahwinan RM2.00

Borang 7 Permohonan Untuk Mendaftar Perkahwinan

Yang Di akad nikah di Luar Negara RM2.00

Borang 8 Sijil Nikah RM10.00

Borang Permohonan Kad Perakuan Nikah RM30.00

Bayaran Aduan RM 1.00

BAYARAN

Page 4: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 4

PROSES PERMOHONAN BERKAHWIN

Pra-syarat berkahwin, yang kedua-dua pihak perlu patuhi :-

a) Menghadiri Kursus pra-perkahwinan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum

tarikh pernikahan dan mendapatkan Sijil Kehadiran Kursus.

b) Sekiranya janda atau duda, mendapatkan sijil penceraian atau kematian pasangan

yang dahulu.

c) Sekiranya masih bujang, mendapatkan pengesahan mengenai status bujang dari

Penghulu atau Ketua Kampung atau majikan yang beragama Islam.

d) Sekiranya saudara baru, mendapat Akuan Memeluk Agama Islam atau Sijil

Pengenalan Saudara Baru yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah.

e) Sekiranya tinggal di alamat yang berlainan dari yang di catit pada kad pengenalan ,

perlu mendapat Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu.

B PERMOHONAN KEBENARAN BERNIKAH

Beli borang (1) atau (2) – Borang Permohonan Bernikah

di Pejabat Agama Daerah. Bawa bersama :-

a) Kad Pengenalan jika datang sendiri atau salinan kad

Pengenalan jika berwakil

b) Bukti bermastautin jika alamat bermastautin berbeza dari alamat

pada Kad Pengenalan.

c) Pengesahan Pejabat Pendaftaran Negara jika Penduduk Tetap

(pemegang Kad Pengenalan merah).

A SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

1

Page 5: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 5

Kemukakan Borang Permohonan yang telah dilengkapkan Ke Pejabat Agama Daerah:- a) Borang 1 dan 2 diisi dengan betul. b) Pemohon tinggal dalam kawasan bidang kuasanya. c) Wujudnya wali nikah yang sah. d) Sekiranya Saudara Baru, menyemak Dokumen Pengenalan

Saudara Baru. e) Sekiranya meragukan, perlu dipastikan sama ada anak dilahirkan

dalam atau luar nikah. f) Sekiranya anak angkat , pastikan waris yang boleh mewalikan. g) Sekiranya janda berhias, mendapat kenyataan bekas suami dan

Jurunikah yang dahulu. h) Sekiranya Pernikahan Berwakalah, memastikan Wakalah

ditandatangani oleh orang yang layak menjadi wali, disaksikan oleh seorang Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk atau Duta Malaysia di luar negara serta menyatakan dengan jelas nama atau pihak untuk menjalankan akad nikah.

Bawa bersama dokumen-dokumen berikut :- a) Kad Pengenalan kedua-dua pihak. b) Salinan kad pengenalan 2 orang saksi borang. c) Sijil Kursus Pra Perkahwinan. d) Bukti bermastautin jika alamat pemohon berlainan dari yang di

catit pada Kad Pengenalan. e) Salinan kad pengenalan wali. f) Sijil Cerai atau Sijil Kematian bagi duda atau janda. g) Surat Akuan Status Bujang dari Penghulu atau Ketua Kampung

atau Majikan yang beragama Islam. h) Jika berkhidmat dalam Angkatan Tentera atau Polis, Surat

Kebenaran Khas dari majikan. i) Wakalah wali jika wali berwakil hendaklah disahkan oleh

Pendaftar Nikah, Cerai dan rujuk. j) Sijil Nikah ibu bapa jika pemohon adalah anak perempuan sulung

atau walinya k) Sijil Anak Angkat (jika ada). l) Surat kebenaran Mahkamah Syariah (yang berkenaan) m) Borang Pemeriksaan kesihatan kepada bakal pengantin n) Sijil atau pengesahan memeluk Islam jika saudara baru.

2

Page 6: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 6

Jika di bawah umur, (kurang dari 16 tahun bagi perempuan dan kurang dari 18 tahun bagi lelaki),atau anak perempuan di luar nikah, atau, pemohon tiada wali untuk menikahkan atau, saudara baru yang tiada ahli keluarga sendiri yang beragama Islam yang layak menjadi wali, atau tiada ahli keluarga lain beragama Islam, atau anak angkat (perempuan), atau janda berhias, pemohon diarahkan supaya membeli Borang 4 – Borang Kebenaran Hakim Syari Untuk Berkahwin. Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk menyediakan Laporan untuk Hakim Mahkamah Syariah.

3A

3B Jika Wali Ghaib, Pembantu Undang-Undang Syariah membuat Siasatan dengan mendapatkan maklumat dari dua(2) orang saksi pihak perempuan yang boleh mengesahkan kehilangan wali. Apabila pasti bahawa wali tidak dapat dikesan, Pemohon hendaklah mengiklankan dalam akhbar sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh pernikahan dengan menyatakan : a) Nama wali b) Alamat terakhir wali c) Nama anak d) Tarikh bernikah e) Tempat bernikah Sekiranya pada tarikh pernikahan, wali tidak hadir, Pendaftar mengisytiharkan supaya pernikahan dijalankan secara Wali Hakim.

-Bawah umur -Anak luar nikah -Anak angkat -Saudara baru -Janda berhias -Tiada Wali

Wali Ghaib

Page 7: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 7

Jika Wali enggan, Pembantu Undang-Undang Syariah

membuat siasatan untuk memastikan sama ada pasangan

kufu atau tidak.

Pasangan dan wali ditemu bual oleh Pegawai Runding Cara

untuk mendapat persetujuan wali. Jika wali tidak hadir,

pegawai akan berusaha mengesannya dan mendapat

penjelasannya mengenai keengganannya.

Sekiranya wali masih enggan dan Pendaftar mendapati

keengganannya tidak berkaitan dengan hukum syarak,

keputusan akan dibuat dengan mengisytiharkan supaya

pernikahan dilakukan secara Wali Hakim.

Wali Enggan 3C

Sekiranya salah seorang dari pasangan datang dari Daerah atau Negeri yang lain, selain dari borang (1), (2) dan dokumen- dokumen yang dinyatakan pada peringkat (2) di atas, permohonan juga hendaklah disertai dengan Borang Kebenaran Bernikah di luar kawasan bidang kuasa iaitu bahagian belakang Borang 3.

3D

Salah seorang dari pasangan datang dari luar daerah atau negeri

Sekiranya memohon untuk berpoligami, pemohon hendaklah membeli Borang 5,selain dari menyediakan dokumen yang dinyatakan pada peringkat (2) di atas.

3E Berpoligami

Jika pemohon bernikah di tempat lain, dokumen - dokumen yang diperlukan adalah sama seperti peringkat (2). Pemohon hendaklah memastikan bahawa borang (1), (2) dan belakang Borang (3) telah ditandatangani. Sebelum Majlis Pernikahan, pemohon hendaklah menyerahkan dokumen- dokumen tersebut kepada Jurunikah di tempat pernikahan dijalankan.

3FBernikah di luar daerah atau negeri

Page 8: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 8

Pasangan dari luar negara hendaklah merujukkan Permohonan Berkahwin kepada Ketua Pendaftar, di Jabatan Agama Johor, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. Permohonan hendaklah disertai oleh :- a) Borang Kebenaran Bernikah oleh pihak berkuasa

agama negara asal pemohon b) Surat Kebenaran bernikah di Malaysia oleh Kedutaan

atau Konsul negara asal. c) Surat perakuan status bujang atau dara dari pihak

berkuasa di negara asal d) Surat kebenaran berpoligami; (jika berkenaan) e) Pasport Antarabangsa f) Surat wakalah wali, yang jelas menyebut nama pihak

yang diwakilkannya (jika berkenaan). g) Surat berwalikan Hakim (jika berkenaan) h) Visa kemasukan lawatan Sosial atau Profesional i) Kebenaran Jabatan Imigresen jika Visa bukan untuk

lawatan Sosial atau Profesional. j) Mendapat pengesahan Pasport dari Jabatan

Imigresen Malaysia. Ketua Pendaftar mengeluarkan Surat Kebenaran Bernikah bagi bukan warganegara kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, di daerah tempat pernikahan dijalankan.

Pasagan dari luar negara

3G

Pemohon yang disebut pada peringkat (3A), (3B), (3C) dan (3E) perlu mendaftarkan kes ke Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

4

Hakim Mahkamah Syariah membuat penyiasatan dan

membuat keputusan mengenai wali pernikahan dan bagi

permohonan (3E) mengeluarkan kebenaran berpoligami, jika

didapati munasabah.

5

Page 9: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 9

C MAJLIS PERNIKAHAN

Di majlis Pernikahan perkara-perkara di bawah ini hendaklah disempurnakan :

a) Borang 3 telah ditandatangani oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

b) Borang 4 ditandatangani oleh Hakim Mahkamah Syariah jika memerlukan Wali Hakim.

c) Borang 5 ditandatangani oleh Hakim Mahkamah Syariah jika pernikahan poligami.

d) Wakalah Wali jika wali tidak dapat hadir, yang menyebut dengan jelas pihak yang akan mewalikan.

e) Wakalah menerima akad jika bakal suami tidak hadir di majlis.

f) Keizinan secara bertulis yang disaksikan oleh dua (2) orang saksi lelaki jika bakal isteri tidak dapat hadir sendiri, kecuali anak dara yang mana wali adalah bapa atau datuknya.

Perkara lain yang perlu dipastikan :- a) Memenuhi Rukun Nikah iaitu Lelaki (suami),

Perempuan (isteri), wali, dua (2) orang saksi, sighan (Ijab dan Qabul).

b) Dua (2) orang lelaki yang berkelayakan menjadi saksi bagi pihak lelaki dan dua (2) orang lelaki yang berkelayakan menjadi saksi bagi pihak perempuan.

c) Memastikan wali adalah sah mengikut hukum syarak.

d) Menentukan sama ada wali akan menjalankan sendiri akad atau mewakilkan.

6

Page 10: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 10

7A

D PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Pendaftaran Perkahwinan hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah pernikahan dijalankan dengan menggunakan Borang 6.

Sekiranya perkahwinan dilakukan di luar negara, Pendaftaran hendaklah dilakukan dalam tempoh (6) bulan dari tarikh perkahwinan. Bawa dokumen-dokumen berikut :- a) Kad Pengenalan. b) Pasport Antarabangsa jika pemohon atau pasangan

bukan Warganegara Malaysia. c) Visa selain dari Lawatan Kerja Sementara. d) Sijil Nikah Luar Negara. e) Kebenaran mendaftarkan pernikahan oleh Pendaftar

Nikah, Cerai dan Rujuk jika pemohon atau pasangannya bukan warganegara Malaysia.

f) Kebenaran bernikah di luar negara. g) Gambar pernikahan (jika ada). Pemohon akan dinasihatkan supaya membeli Borang 6 dan 7, jika tiada keraguan terhadap pernikahan tersebut. Dalam tempoh empat belas (14) hari atau enam (6) bulan selepas berkahwin) pemohon akan dipanggil untuk mengambil Borang 8, iaitu Sijil Nikah serta Sijil Nikah dari luar negara yang telah di cop pendaftarannya di Malaysia.

7B

Pendaftaran pernikahan di dalam negeri

Pendaftaran pernikahan di luar negara

Page 11: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 11

Seseorang boleh didenda RM1,000.00 atau penjara enam (6) bulan kerana kesalahan di

bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Johor 2003, seperti tidak terlebih

dahulu mendapat kebenaran berpoligami, bernikah di luar negara tanpa kebenaran atau

gagal mendaftarkan perkahwinan di luar negara dalam tempoh yang ditetapkan.

E KAD PERAKUAN NIKAH

Kad Perakuan Nikah dapat diperolehi dengan memohon di

Bahagian Undang-Undang Syariah dengan bayaran

sebanyak RM30.00 disertai dengan :-

a) Borang permohonan yang lengkap

b) Salinan Kad Pengenalan kedua-dua pihak

c) Salinan Sijil Nikah

d) Gambar kedua-dua pihak.

Pemohon akan dipanggil semula apabila Kad siap.

DENDA

8

Page 12: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 12

CONTOH BORANG

Page 13: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 13

-CONTOH-

Page 14: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 14

-CONTOH-

Page 15: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 15

-CONTOH-

Page 16: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 16

-CONTOH-

Page 17: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 17

-CONTOH-

Page 18: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 18

-CONTOH-

Page 19: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 19

-CONTOH-

Page 20: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 20

-CONTOH-

Page 21: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 21

-CONTOH-

Page 22: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 22

-CONTOH-

Page 23: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 23

-CONTOH-

Page 24: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 24

-CONTOH-

Page 25: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 25

-CONTOH-

Page 26: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 26

-CONTOH-

Page 27: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 27

-CONTOH-

Page 28: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 28

-CONTOH-

Page 29: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 29

-CONTOH-

Page 30: Jabatan agama islam

KOLEKSI PROSEDUR KERJA

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR 30

-CONTOH-