adat resam masyarakat india dan masyarakat melayu

Upload: ellcyn

Post on 15-Jul-2015

2.078 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Adat Resam Masyarakat India Adat Valaikaappu Persamaan: Dilakukan terhadap wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Perbezaan: Adat Valaikaappu: Wanita yang hamil diberikan hadiah oleh para tetamu. Adat Melenggag Perut: Hadiah diberikan kepada bidan yang membacakan jampi dan mengandamkan wanita hamil tersebut. Gayatri Mantiram Persamaan: Bisikan bacaan tertentu di telinga bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Perbezaan: Gayatri Mantiram: Merupakan sejenis mantera Tuhan yang dibisikkan oleh sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi di telingan bayi sebelum tali pusat dipotong. Azan/Qamat: Merupakan amalan berunsurkan keagamaan. Upacara ini biasanya dilakukan oleh bapa atau datuk bayi tersebut. Bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Persamaan: Bayi dipotong tali pusatnya dan adat tertentu diamalkan bagi menyempurnakan tali pusat tersebut. Perbezaan: Adat Memotong tali pusat (India): tali pusat yang dipotong akan ditanam

Adat Resam Masyarakat Melayu Adat melenggang perut atau Kirim Perut atau Mandi Tian.

Azan/Qamat

Adat Memotong tali pusat

Tanggal pusat/Cuci lantai

bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang bagi mengelakkannya daripada dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. Tanggal pusat/Cuci lantai: Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis. Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengaisngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut. Persamaan: Membelah mulut Adat memaniskan mulut bayi bagi memudahkan pertuturan bayi. Perbezaan: Sapu madu/gula: Madu atau gula disapukan pada lidah bayi yang baru lahir. Membelah mulut: Surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas dibacakan bagi memulakan acara. Kemudian diikuti dengan mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma

Sapu madu/gula

atau emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir. Selain itu, upacara ini juga disertakan dengan jampi mantera. Upacara pemberian nama Persamaan: Bayi diberikan nama-nama yang baik iaitu daripada senarai nama-nama terpilih. Bayi yang diberi nama akan dimasukkan ke dalam buaian dalam upacara tertentu. Perbezaan: Upacara pemberian nama (India): Dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Nama dipilih berdasarkan almanac dengan mangikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu dipilih bagi bayi tersebut kerana dipercayai bahawa nama yang dipilih akan mempengaruhi perwatakan bayi. Memberi nama: Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anakanak nabi akan dipilih. Upacara ini juga diadakan serentak dengan adat cukur rambut/potong jambul. Memberi nama

Pantang larang Melayu semasa wanita hamil

Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya. Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap. Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak. Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya. Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis. Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya. Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.