adat dalam masyarakat malaysia dan

61
ADAT DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEPENTINGANYA Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentinganya Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu. Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal. Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam.

Upload: kelimelancarkeli

Post on 27-Dec-2015

88 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kesemann

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

ADAT DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEPENTINGANYA

Aspek Adat Dalam Masyarakat Malaysia dan Kepentinganya

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.

Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.

Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal.

Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam.

Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya.

Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini. Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks Minangkabau bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini. Justeru tidak hairanlah jika didalam masyarakat mereka wujud istilah-istilah seperti “undang-undang adat”, “mahkamah adat”, “ketua adat” dan sebagainya. Begitu juga dengan lain-lain kaum di Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu

Page 2: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

pengungkap identiti bangsa dan terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan perlaksanaanya suatu ketika dahulu.

Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.

Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan pemahaman kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan adat Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.

Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat-adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.

Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan “Raja” itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.

Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha masih diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu. Pada zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka mengamalkan adat-adat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menganggap perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan dengan meluas didalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu dan Buddha ketika itu.

Page 3: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.

Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya.

Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.

Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.

Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.

Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.

Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka.

Page 4: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan “Feng Shui”, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat.

Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka keluarga.

Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina menyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran.

Kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru kesihatan si ibu dan kandunganya adalah amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran.

Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil.

Didalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada

Page 5: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian.

Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya yang berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China.

Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri.

Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu suatu bentuk penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya kemasukan ini sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga sudah pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri.

Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu.

Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu adalah umpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu didalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara.

Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagi isterinya’ dan mesti sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang

Page 6: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.

Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada keluarga dan masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan upacara tersebut.

Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita mereka.

Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India. Di sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India. Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara agama.

Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam adat masyarakat India. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.

Deepavali ialah ‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau ‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia.

Thaipusam pula adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan.

Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja semangat padi’. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.

Melanjutkan perbicaraan terdahulu berkaitan adat atau disebut juga budaya masyarakat-masyarakat utama Malaysia, apa yang cuba digambarkan bukanlah bagaimana bentuk adat-

Page 7: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

adat tradisi masyarakat di Malaysia semata-mata, tetapi kita berusaha untuk melihat bagaimana setiap kaum itu mempunyai adat dan kepercayaanya yang membentuk identiti dan keperibadian mereka yang tersendiri. Secara tidak langsung juga didalam bahagian itu kita telah membicarakan kepentingan adat kepada kaum-kaum tersebut. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun jika diteliti, kita pasti akan memahami akan kepentingan adat-adat itu sekurang-kurangnya sebagai perlambangan identiti dan peribadi masyarakat mereka.

Bercakap berkenaan identiti dan keperibadian masyarakat. Kita sedia memaklumi bahawa di Malaysia, kita tidak hanya mempunyai satu bangsa sahaja. Malaysia merupakan sebuah negara yang bangsa-bangsa didalamnya adalah bercampur ataupun dalam istilah yang lebih mudah, masyarakat yang majmuk. Justeru apa yang ingin dijadikan topik disini ialah bagaimana kepelbagaian adat didalam masyarakat Malaysia yang membentuk identiti masing-masing ini mampu disatukan dan dijadikan sebagai cerminan peribadi dan identiti kepelbagaian itu secara menyeluruh dan bersifat nasional. Maknanya kita perlu membicarakan tentang bagaimana kepelbagaian adat di Malaysia itu dapat disatukan dan dijadikan sebagai adat yang satu bagi menjadi lambang identiti dan peribadi nasional. Perlu dibincangkan juga ialah apakah aspek teras yang menjadi garis panduan budaya nasional ini.

Dalam mengungkap permasalahan ini, kita sebenarnya hanya perlu mencari aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan adat nasional yang menjadi perlambangan identiti dan keperibadian seluruh rakyat Malaysia dan apakah kepentingan aspek adat itu serta kepentingan identiti dan keperibadian kebangsaan itu sendiri.

Aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional lebih mudah kita fahami melalui pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang digubal pada 1971. Dasar ini diputuskan melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak dan ianya dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap kaum di Malaysia.

Melalui pembentukan ini, secara rasmi telah digariskan beberapa perkara yang menjadi teras kepada pembentukan identiti dan keperibadian seluruh rakyat Malaysia. Justeru melalui kewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang memang digagaskan bagi maksud itu, kita akan dapat mengungkap aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional yang menjadi fokus tulisan ini.

Antara aspek teras dalam pembentukan identiti dan peribadi nasional ialah identiti dan kepribadian Malaysia haruslah berteraskan adat asal rantau ini. Definisi geografi berkaitan ‘rantau ini’ ialah kawasan yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand, Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik iaitu Polynesia, Melanesia, Oceania sehingga ke Madagascar. Rantau ini adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan warisan adat masyarakat Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa yang juga dipanggil sebagai linguafranca.

Adat serantau ini juga digambarkan melalui persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu iaitu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Justeru dalam aspek

Page 8: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Malaysia, secara mudahnya, aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional ialah adat masyarakat Melayu.

Hal ini tidak dapat dipertikaikan oleh masyarakat lain kerana adat atau budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Maka apabila dipersetujui adat masyarakat asal serantau dijadikan identiti Malaysia, pastilah di Malaysia, adat Melayu yang paling layak diletakkan didalam kategori itu. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim sendiri, walaupun berbangsa Cina, turut mengakui bahawa masyarakat Melayu ialah nuklius ataupun teras dalam masyarakat Malaysia. Justeru adat Melayu dijadikan teras identiti semua kaum di Malaysia adalah sangat berpatutan ataupun dalam istilah arab dipanggil adil.

Aspek teras pembentukan identiti yang kedua ialah menggunakan unsur-unsur adat dan kebudayaan luar yang sesuai dan wajar untuk diterima sebagai identiti Malaysia. Aspek ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai adat dan budaya. Dengan itu unsur-unsur adat Cina, India, Kadazandusun, Arab, Barat dan lain-lain unsur adat yang sesuai, boleh diberi pertimbangan untuk diterima dan dijadikan sebagai identiti kebangsaan.

Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada kerelevenannya yang pasti tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan, prinsip-prinsip Rukun Negara, kepentingan nasional, asas-asas moral serta kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

Dalam penerimaan teras kedua ini, kita melihat berlaku tolak ansur sesama kaum di Malaysia dalam soal pembentukkan keperibadian dan identiti kebangsaan. Bukan sahaja identiti Melayu diangkat sebagai identiti kebangsaan, tetapi juga identiti kaum-kaum lain di Malaysia. Ia juga diterima kerana terdapat unsur-unsur adat yang sama dan seiring dengan adat teras iaitu adat dan kebudayaan Melayu.

Namun, hal ini juga tidak boleh dijadikan isu samada identiti kebangsaan itu orientasinya adalah daripada warisan adat kaum yang mana. Ini kerana pembentukkan identiti dan keperibadian kebangsaan itu bukanlah bertujuan untuk mempromosikan adat masing-masing untuk digunakan oleh semua rakyat Malaysia, sebaliknya ia jelas berperanan untuk menyeragamkan identiti masyarakat yang pelbagai untuk dijadikan identiti Malaysia yang satu. Namun identiti bangsa juga masih boleh dikekalkan dan dipelihara kelangsunganya.

Aspek ketiga yang menjadi teras kepada pembentukkan keperibadian dan identiti kebangsaan ialah agama Islam. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting didalam proses pembangunan dan perpaduan negara. Agama juga perlu bagi merealisasikan pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.

Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Kerana itu ia patut dijadikan unsur yang penting dalam pembentukan identiti kebangsaan. Ini juga memandangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Di samping itu, telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini sejak dahulu lagi.

Page 9: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Bercakap pula tentang kepentingan aspek-aspek adat yang dijadikan teras kepada pembentukan identiti dan keperibadian kebangsaan, aspek teras yang disenaraikan seperti adat masyarakat rantau ini, adat luar yang sesuai dan adat yang berpandukan Islam pasti mempunyai kepentingannya yang tertentu.

Yang pertama, kepentingan adat Melayu dijadikan sebagai teras dalam pembentukan identiti nasional ialah untuk memastikan kestabilan sosial dan politik di Malaysia terus terpelihara. Harus kita fahami apabila kita bercakap berkenaan Malaysia, majoriti penduduknya ialah orang Melayu. Kerana orang Melayu ialah majoriti didalam masyarakat Malaysia, adalah penting untuk menjadikan adat kaum yang majoriti sebagai ikutan kepada kaum-kaum lain yang lebih kecil populasinya. Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian kepada masyarakat lain di Malaysia khususnya kepada masyarakat Melayu sendiri sebagai entiti yang terbesar dan bertaraf peribumi di Malaysia. Kedudukan masyarakat Melayu yang dianggap nuklius didalam sistem sosial di Malaysia juga merupakan kepentingan yang perlu diambil berat sesuai dengan kedudukan istimewanya yang dijamin Perlembagaan.

Kedudukan Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri dan Yang Dipertuan Agong juga merupakan aspek yang penting untuk menjadikan adat Melayu sebagai pemangkin identiti nasional. Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agong merupakan tuan kepada negeri-negeri dan negara Malaysia sendiri. Mereka juga merupakan orang Melayu. Kedudukan mereka yang menjadi lambang perpaduan negara ini menyebabkan adat istiadat mereka iaitu adat istiadat Melayu diterima sebagai suatu unsur teras dalam melaksanakan identiti Malaysia secara bersama. Justeru untuk memastikan Institusi Raja-Raja Melayu terus dilindungi dan dihormati, maka dalam usaha untuk membentuk identiti dan peribadi kebangsaan, adat Melayu tidak boleh dikesampingkan.

Kita juga harus melihat kepentingan untuk menerima mana-mana unsur adat dan budaya luar untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan. Walaupun telah dipersetujui bahawa adat Melayu merupakan adat teras yang dijadikan ikutan setiap rakyat Malaysia, namun ketetapan itu tidak bermaksud hanya itu sahaja adat yang akan diterima kearah pembentukan identiti yang seragam dalam masyarakat Malaysia. Adat dan budaya kaum lain yang sesuai juga dapat dipraktikkan asalkan ianya tidak bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara. Ini bagi memastikan tiada suara-suara yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang menggariskan unsur-unsur penting kearah membentuk budaya kebangsaan. Pendek kata, penerimaan unsur-unsur asing ini ialah supaya keharmonian kaum di Malaysia akan terus berlangsung dengan jayanya.

Unsur-unsur adat dan budaya luar juga penting untuk dijadikan adat dan budaya kebangsaan kerana bagi menghasilkan budaya kebangsaan yang tidak terlalu stereotaip dengan adat dan budaya Melayu, adat lain juga perlu disenaraikan. Budaya kebangsaan diwujudkan untuk menunjukkan peribadi dan identiti masyarakat Malaysia yang pelbagai, bukan hanya untuk melambangkan budaya dan adat Melayu semata-mata. Dengan adanya unsur-unsur yang diluar daripada adat dan budaya Melayu yang sesuai, maka akan terhasil suatu modul identiti masyarakat yang pelbagai dan bersifat luwes.

Unsur Islam yang dijadikan teras kebudayaan kebangsaan juga penting bagi menjamin kedudukannya yang merupakan agama rasmi Malaysia. Islam tidak boleh dan tidak dapat disamakan dengan agama-agama lain kerana ia merupakan agama yang sebenar. Maka dalam usaha menerapkan identiti kebangsaan, Islam tidak boleh dikesampingkan. Selain kerana kedudukan Islam sebagai agama rasmi, ia juga penting kerana Islam merupakan tunjang

Page 10: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

kepada kehidupan masyarakat Melayu iaitu masyarakat peribumi dan majoriti di Malaysia. Walaupun identiti dan peribadi kebangsaan adalah berteraskan Islam, namun agama-agama lain bebas untuk dilaksanakan dengan syarat amalan agama-agama lain tidak akan menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama utama di Malaysia.

Masyarakat Malaysia sudah mempunyai adat yang tersendiri, tetapi kenapa kerajaan masih berkehendak supaya diwujudkan suatu adat dan budaya baru bagi mencerminkan identiti dan keperibadian Malaysia yang seragam? Adakah dengan budaya dan adat kaum-kaum yang sedia ada di Malaysia tidak cukup untuk mencerminkan identiti negara?

Bagi mewujudkan identiti yang seragam seiring dengan kesanggupan pelbagai kaum untuk hidup bersama di Malaysia, tidak dapat tidak, penyeragaman identiti dan keperibadian kebangsaan ini perlu dilakukan. Antara kepentingan masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya kebangsaan ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan, berganding bahu, bertimbang rasa dan penuh dengan sikap toleran. Penyeragaman identiti dan keperibadian berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan aman daripada persengketaan serta kucar-kacir. Dalam erti kata yang lain, identiti dan keperibadian yang seragam ini akan membolehkan perpaduan nasional berlangsung dengan lebih utuh lagi.

Identiti dan kepribadian kebangsaan juga berkepentingan untuk menghindarkan masyarakat dari me1akukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kehidupan bermasyarakat. Budaya kebangsaan ini penting ke arah melahirkan satu negara bangsa Malaysia yang maju, progresif, saintifik dan bersatu padu tanpa ada unsur-unsur negatif dalam kehidupan seharian sesama sendiri. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang mengamalkan kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing diharap akan dapat bersatu melalui usaha bersama yang murni ini.

Kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.

Budaya yang seragam bagi rakyat Malaysia juga penting bagi memastikan perancangan dan tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam akal fikiran, hati budi serta perilaku masyarakat Malaysia di pelbagai lapisan masyarakat dapat direalisasikan. Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang merupakan perkara penting dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses pembangunan identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan berbudi bahasa. Maka identiti dan keperibadian kebangsaan ini diharap akan meneguhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat.

Page 11: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Segala tindakan idealisme kebangsaan ini juga adalah suatu usaha untuk membina bangsa Malaysia melalui semangat Rukunegara. Perisytiharan Rukunegara dengan jelas meletakkan negara di atas cita-cita perpaduan, kehidupan demokratik, keadilan, tradisi budaya serta masyarakat progresif. Oleh itu, budaya dan identiti seragam ini penting untuk memastikan cita-cita tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya.

Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat untuk mewujudkan identiti dan keperibadian kebangsaan. Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif hasrat ini telah menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan. Perlu diingat bahawa didalam pembentukan dan pewujudan satu kebudayaan kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya akan mengambil masa yang lama dan mungkin melangkaui satu generasi ke satu generasi yang lain.

Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan semenjak ia mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh didapati didalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Secara ringkas bolehlah dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransur-ansur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Namun demikian pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu mencapai hasrat dan cita-cita pelaksanaan ini kerana dengan keinsafan itu sahaja adat yang membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

BIBLIOGRAFI

___________________, 2004, Buku panduan Budi Bahasa Budaya Kita,K. Lumpur.KEKKWA.A.Aziz Deraman, 2001, Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia(Edisi Baharu),K.Lumpur,DBP.Anwar Din(Penyunting), 2008, .Asas Kebudayaan Dan Kesenian Melayu,Bangi,Penerbit UKM.Gullick. J , 1981, Malaysia:Economic Expansion and National Unity, ,London,Westview Press.Hanapi Dollah,1986, Asimilasi Budaya:Kajian Kes Komuniti Cina Di Kelantan,Bangi,Penerbit UKM.M.Rajantheran & S.Manimaran,1994, Perayaan Dan Keraian Orang India,K.Lumpur,Fajar Bakti.Mohd. Taib Osman, 1983, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu,K.Lumpur,DBP.Puti Reno Raudha Thaib,1989, Peran Adat Dalam Pengembangan Kepariwisataan,Jakarta,Pustaka Aksara.Wan Abd. Kadir Yusoff & Zainal Abidi Borhan, 1985, Idealogi dan Kebudayaan Kebangsaan, K.Lumpur, Jab. Pengajian Melayu,UMalaya.

Page 12: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Wan Ramli Wan Muhd & Hanapi Dollah, 1999, Pantang Larang Orang Melayu Tradisional, K.Lumpur.Utusan Publications.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Masyarakat Majmuk di Malaysia

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.

Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsional yang

Page 13: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun,

Page 14: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

Konsep Budaya

Page 15: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio

masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan

masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya.

Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu

yang membawa pengertian :

                                i.            Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal

                              ii.            Kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tajap pemikiran

dalam menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada

permasalahan tersebut

                            iii.            Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh

                             iv.            Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi

bagi membantu menjana pemikiran mereka

Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil

kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan

[wp-like-locker]

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :

                                i.            membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti

                              ii.            memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan

kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental

‘Culture’ dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan

sesuatu. Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat.

Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi

dan boleh diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa.

Page 16: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal

budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan

sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi

sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat

resam, sikap dan nilai.

Dictionary of Philosophy (1996), the way of life of people, including their

attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts

and activity.

Nik Safiah Karim, “budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa

mengerakkan jiwa”.

Mohd Taib Osman (1988), “ budaya adalah satu himpunan kelengkapan

intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan

kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling”.

Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , “budaya merupakan satu alat

penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat”.

Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam

kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang

diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan

dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara

pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak

masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah

yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik

untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam

masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

Page 17: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan

pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan

Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh

pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal

dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di

Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa,

pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa,

bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang

mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan.

Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan,

pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan

dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama.

Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua

masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian

kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

2.0 Perkembangan Kebudayaan Di Malaysia

Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Corak dan cara

hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami

melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu

masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu

dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang

dikenali sebagai masyarakat Malaysia. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah

Page 18: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.

Edward B. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki, tetapi di perolehi

daripada kelakuan-kelakuan dan tingkahlaku manusia. Sebaliknya Freeman Budds

pula menyatakan budaya membimbing segala sesuatu tindak laku manusia. Namun

demikian, Taylor dan Budds turut bersependapat mengatakan agama termasuk

budaya dan budaya lebih luas dari agama, agama merupakan hasil kebudayaan dan

budaya merupakan ciptaan manusia.

Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka, Malaysia telah

mewarisi c

ara hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar “divide and rule” iaitu pecah dan

perintah. Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau

ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Hal ini menyebabkan masyarakat

Malaysia tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang mampu menjadi tunjang

utama.

Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia.

Manakala warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat

setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujudnya kekangan budaya

(cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia.

Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,namun

begitu ciri-ciri kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan

corak keperibadian kebangsaan yang dapat memperlihat identiti masyarakat

Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat

diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan

demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.

Page 19: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan dan sokongan dari

semua lapisan masyarakat dalam negara. Pembinaan sesebuah negara belum

sempurna sekiranya rakyat tidak meletakkan taat setia terutamanya dalam soal

mempertahankan negara daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat

pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan

dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Oleh hal yang demikian, Malaysia juga

memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat

kebangsaan Malaysia demi mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam

negara.

Rentetan daripada itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan

dilaksanakan dalam usaha mencapai kesepaduan dan semangat kebangsaan

3.0 Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan  (DKK) telah digubal dalam tahun  1971 iaitu

pada tanggal 16 -20 Ogos 1971. Ianya lahir daripada gagasan Kongres

Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan

(1971).

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah

negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti

Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk,

mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta

perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat

pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang

lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses

interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang

Page 20: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan

dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga

prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan

iaitu:

a.      Kebudayaan Kebangsaan  Malaysia hendaklah berteraskan  kepada  kebudayaan

rakyat asal rantau  ini.

b.      Unsur  kebudayaan  lain  yang  sesuai  dan  wajar  boleh  diterima  menjadi  unsur 

kebudayaan  kebangsaan.

c. e=’font: 7.0pt “Times New Roman”;’>      Islam  menjadi  unsur  yang penting  dalam

pembentukan  kebudayaan  kebangsaan. 

Justeru itu sebagai kesinambungan, pewujudan kebudayaan kebangsaan

Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh

kerajaan sebagai dasar kebudayaan kebangsaan.

4.0 Teras Dan Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar kebudayaan kebangsaan telah menekankan tiga prinsip utama dalam

usaha untuk mewujudkan kesepaduan tanpa membeza-bezakan antara penduduk

pribumi dengan kaum yang lain.Justeru, ketiga-tiga prinsip dan unsur ini dijadikan

teras dan berperanan penting dalam pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan.

Prinsip-prinsip berkenaan ialah:

4.1 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini

Nusantara merangkumi negara-negara seperti Malaysia, Indonesia,Filipina,

Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta kepulauan selatan pasifik

(Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi merupakan sebahagian

Page 21: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

daripada pusat perkembangan tamadun atau budaya melayu. Ia merupakan pusat

pecambahan, perkembangan dan lahirnya warisan kebudayaan melayu sejak zaman

berzaman. Malahan pernah melalui zaman kegemilangan dan keagungan tamadun

melayu. Paling membanggakan apabila ianya berpusat di Melaka dan menggunakan

bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).

Kebudayaan rantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam

bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa melayu iaitu Austronesia, selain

daripada faktor kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian

dan nilai-nilai keperibadiannya. Menurut prinsip ini juga menyatakan bahawa,

kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat

setempat rantau ini.

“Rantau” membawa maksud alam Melayu, iaitu warisan tradisi kebudayaan.

Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang

Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah

yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.

Budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan

asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang bertutur dalam

satu rumpun bahasa yang sama. Oleh hal yang demikian asas kebudayaan rakyat

asal rantau ini secara tidak lansung telah dijadikan teras kepada kebudayaan

kebangsaan.

4.2 Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan Wajar Diterima

Kebudayaan merupakan sesuatu yang dinamik, yang sentiasa berubah-ubah

melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Sebagai contoh

masyarakat Baba Nyonya yang telah mengalami asimilasi hasil daripada

penyerapan budaya masyarakat setempat. Prinsip ini bertepatan dengan situasi

Page 22: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Oleh hal demikian,

unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti budaya cina, india arab, barat

dan lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian dan diterima dalam pembentukan

kebudayaan kebangsaan.

Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada

tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip rukun

negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat

pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya

Hal ini jelas kerana agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia namun

begitu masyarakat yang beragama selain dari Islam bebas mengamalkan agama

masing-masing.

Prinsip ini memperakukan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang

sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan.  Masyarakat pribumi telah

banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman. Contohnya masyarakat

Orang Asli dan etnik di Sabah Sarawak.  Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam

kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti

asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil

daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan

bahasa dari negera China, India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa

Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu tempatan.

>4.3 Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam

proses pembangunan negara serta pembentukan kerohanian rakyat yang berakhlak

dan berperibadi mulia. Agama Islam telah memberi panduan yang jelas kepada

Page 23: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

manusia dalam mengimbang dan meningkatkan usaha bagi mengisi kehendak-

kehendak emosi dan fizikal.

Justeru itu, Islam sewajarnya menjadi unsur yang penting dalam

pembentukan kebudayaan kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai

agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai islam

yang telah sedia diterima pakai oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Meletakkan

Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang kena pada

tempatnya.

Hal ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat

dan diterima oleh Perlembagaan. Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua

dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama

Islam. Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah

menjadi status kebudayaan kebangsaan secara lansung. Ia haruslah terlebih dahulu

disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam.

Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah

berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam.  Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah

melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971

5.0 Objektif Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru

merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan

bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan

Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

a.      Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara.

b.      Memupuk dan pelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada

kebudayaan kebangsaan.

Page 24: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

c.      Memperkaya dan tingkatkan kualiti hidup kemanusiaan dan kerohanian yang

seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

6.0 Strategi dan Pelaksanaan Objektif

Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah dengan memahami

bahawa budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah

semata-mata dibataskan kepada stereotaipnya seperti muzik tradisional, tarian asli,

dan sebagainya. Tetapi budaya merupakan gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran

peribadi dan perilaku dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini dapat dilakukan dengan

memperbanyak penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu,

memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan

mengetengahkan seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan

pengaruh budaya setempat. Selain itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri

budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya diperluaskan sehingga

masyarakat merasai kesannya.

Selain daripada itu juga,dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan

melalui aktiviti-aktiviti pembangunan persembahan seni oleh Kompleks Budaya

Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa,

Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-

pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa

Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan,

penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini

termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat,

Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta

pertubuhan-pertubuhan kebudayaan

Page 25: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan

berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di

dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.Peranan pihak

swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan amat diperlukan . Hal ini kerana

badan-badan ini berperanan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan

kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai

penajaan program atau projek-projek kebudayaan

Selain daripada itu juga, dasar kebudayaan kebangsaan boleh dilaksanakan

melalui beberapa bidang. Kebudayaan masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan

dengan jelas melalui bidang-bidang seperti berikut:

a.      Pendidikan:

Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Namun begitu bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. Selain itu juga

penubuhan beberapa buah sekolah seperti sekolah wawasan, sekolah kluster dan

sekolah sukan turut membantu melaksanakan dasar ini

b.      Media massa:

Kenonjolkan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan

seperti tarian satu Malaysia, penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. Manakala

akhbar tempatan boleh juga menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar.

c.      Sukan:

Melalui penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum.

Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai

melalui strategi-strategi berikut iaitu dengan pemulihan, pemeliharaan dan

pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan

Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,

Page 26: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

pengembangan dan perhubungan budaya.Selain daripada itu,objektif boleh dicapai

dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha

membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-

luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

Objektif dasar juga turut boleh dicapai dengan mewujudkan komunikasi yang

berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

Seterunya, memenuhi keperluan sosiobudaya; dan meninggikan taraf serta mutu

kesenian

7.0 CABARAN YANG DIHADAPI

Meskipun telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun namun

Malaysia belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan

identiti Malaysia sendiri. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat dan

meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing- masing.

Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang

ada di Malaysia masing-masing dengan menyiarkan iklan atau rancangan yang

memenuhi permintaan kaum.Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud

sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik masing-masing.

Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi

maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa

bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan.

Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat.

Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu

semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi

di kawasan-kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang

berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan nilai-

Page 27: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

nilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan

perhatian. Selain itu, dengan pesatnya proses islamisasi, orang melihat seni

persembahan tradisi yang berkaitan dengan ritual adalah tidak sesuai dengan nilai-

nilai Islam. Namun, kebanyakan seni persembahan tradisi yang merupakan ritual,

seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini. Sebahagian daripada

seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai tujuan atau

kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Kini dengan pesatnya

perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau

amalan tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak dapat

berfungsi sebagaimana dahulu lagi.

Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan

dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan

itu masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan

dengan menyedari perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai

masih memberikan nilai tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui

badan-badan tertentu, seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan

peranan dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu.

Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi melambangkan jatidiri

Melayu. Walaupun didapati sebahagian daripada hasil seni tampak tradisi itu telah

hilang fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat perhiasan tetap dipertahankan.

Dengan cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati bersama oleh

generasi akan datang.

Masyarakat malaysia yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi,

kini dengan pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi

itu semakin diketepikan. Orang muda tidak berminat untuk terlibat dengan mainan

Page 28: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

tradisi. Segala jenis mainan tradisi akan tinggal kenangan yang tidak dapat berfungsi

dalam perkembangan budaya moden kini. Malahan, berbagai jenis mainan moden

itu dianggap bertaraf dunia, dan orang Melayu juga patut mengambil bahagian,

terutama untuk turut bersaing dalam pertandingan yang diadakan di peringkat dunia.

8.0 Kesimpulan

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu

bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk

berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi

garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu

serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian

pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.

Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan

cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan

Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan

kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang

melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan

Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Dasar kebudayaan kebangsaan merupakan salah satu dasar yang dibina oleh

kerajaan Malaysia yang mampu menyatukan

rakyat Malaysia dari sudut kebudayaan. Ia secara tidak langsung mempu

menggambarkan keharmonian dan penyatuan masyarakat Malaysia meskipun

rakyat Malaysia berbeza agama dan pegangan masing masing.

Tuntasnya dasar kebudayaan ini mampu mewujudkan sebuah Negara yang

lebih makmur dan memiliki masyarakat yang lebih hormat menghormati.

[/wp-like-locker]

Page 29: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Rujukan

Wan Liz Ozman Wan Omar. (1996). Pengurusan Islam Abad Ke-21.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. (2005).

Ministry of Culture, Arts and Heritage of Malaysia: KUALA LUMPUR: Ministry of

Culture, Arts and Heritage of Malaysia

Sidang Pengarang.( 2003). Penilaian Tahap kecekapan (PTK) .

Kuala Lumpur. Penerbit Femina

Kepentingan perpaduan kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk

menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini

berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini

seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada

rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa

berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang.

Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan

kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat

nasionalisme dan patriotik yang tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan

cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan

etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman

luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan

kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya

memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.

Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling

menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir

dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja

jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita

kecil lagi.

Page 30: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian

kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada

tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya.

Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka

yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota

masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk

bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara

ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota

masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba

diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang

berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran

yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum.

MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun

ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis

Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie

telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah

perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan

kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk

menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan

JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang

kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan

untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang

kaum

Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran

politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini.

Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat

atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula

dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC

Page 31: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam

usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai

1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum

dibentuk bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat

bekerjasama antara satu sama lain.

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan

masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub

sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya

dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam

sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi

keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan

masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk

mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan

bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan

Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan

sebagainya.

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh

menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika

sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman

seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan

untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu

padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi

Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di

negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini

berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa

penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan

perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang

memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan.

Page 32: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu

di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan

bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka.

Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini

telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi

bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana

perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana

dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah

mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta

oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor

perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi

tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara

mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri

daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan

berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan

prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum

terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat

yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi

kesedaran kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah

bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport

dari negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.

Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh

syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka

menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah

Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan

sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak

sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam

masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting

mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua

golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak

Page 33: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan

objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan

sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran

kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan

tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial

seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana

banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah

memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita

palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa

kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang.

Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan

bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita

palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota

masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa

Melayu contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di

negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat

yang mampu mengguggat keamanan negara.

Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa

individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika

Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap

permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh

dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan

sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota

masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan

menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada

anggota masyarakat.

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( pilih

3 sahaja )

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal

dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi

Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia

Page 34: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk

memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi

pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi,

pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah,

Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa,

Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan

Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat

Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri

(JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat

Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan

bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat

antara rakyat di negara ini.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada

awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua

sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya

dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud

kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik

sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt

resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid

pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat

dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini

dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia

hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil

belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan

persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang

berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul

kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam

sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara.

Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk

bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui

Page 35: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat

disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk

perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan

setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat

memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan

menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.

Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang

hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk

semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus

dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk

menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek

kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat

perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk

mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta

akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan

kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi

dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini

mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati

ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya,

Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,

        Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan

peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam,

Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea

satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan

kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya.

Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah

ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju

Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti

yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr

Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi

Page 36: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap

menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu

disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka

masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah

kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang

demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada

perpaduan rakyat di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah

melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan

persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan

rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di

negara ini.

(f) Rumusan

Pengetahuan

Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi

sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai

ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh

dikompromi oleh sebarang faktor lain.

Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di

negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di

negara yang kita cintai ini.

Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin

penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

Iktibar

Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika

semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota

masyarakat

Harapan

Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/

peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak

Page 37: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih

bermakna akhirnya.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.Selain itu, kerajaan juga telah mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang turut bertindak sebagai agen perubahan dalam interaksi antara kaum. Objektif utama dasar ini ditubuhkan adalah untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan, memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan di samping menjana kerohaniaan yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia kerana ia mencerminkan keperibadian negara kita. Dasar ini sebenarnya dapat memupuk semangat kerjasama khususnya dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi.Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.Oleh itu, dasar ini merupakan agen perubahan yang berkesan sekali. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang budaya yang berbeza.Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Justeru itu, atas sebab tersebut kerajaan telah menggubal dasar ini bagi menyatupadukan kebudayaan yang pelbagai di negara kita. Melalui Dasar Kebudayaan ini setiap etnik dapat berhubung dengan baik. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara kita yang tergolong dalam kalangan negara sedang membangun kerana mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan budaya yang berbeza. Justeru itu, dapatlah dibuktikan bahawa dasar ini dapat dijadikan garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta dapat mengekalkan identiti negara.

KONSEP 1 MALAYSIA.

Page 38: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. Gagasan 1Malaysia juga menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Justeru itu, 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

RUKUN NEGARA.Di samping itu, setiap warganegara Malaysia juga hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan, kedaulatan undang–undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai kesopanan dan kesusilaan. Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat. Seterusnya melahirkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara adalah jelas merupakan kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Perpaduan dan penyatuan rakyat amat penting dalam usaha kerajaan membangunkan negara dan rakyat. Melalui Rukun Negara, semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat berpegang kepada satu ideologi yang dapat dijadikan sebagai amalan dan etika kehidupan seharian mereka. Rukun Negara amalan hidup rakyat Malaysia.Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam melahirkan rakyat yang hidup aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang adil dalam pengagihan kekayaan dan kemakmuran negara. Masyarakat yang progesif dalam

Page 39: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

mewujudkan warganegara yang berbudaya ilmu demi mewujudkan rakyat yang cukup pengetahuan untuk membangunkan negara. Masyarakat yang liberal yang diberikan kebebasan mengamalkan budaya kaum serta memelihara budaya kebangsaan.

DASAR INTEGRASI NASIONAL.Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Agen hubungan etnik mempunyai tahap- tahap fungsi hubungan etnik yang pelbagai iaitu pada peringkat diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan negara. Melalui agen hubungan etnik ini budaya yang mencetuskan perpaduan boleh dibentuk, budaya yang berpaksikan kepada wawasan yang boleh dikongsi bersama, disokong oleh media yang positif dan dasar-dasar kesederhanaan yang membawa kepada keseimbangan. Hal ini sangat perlu kerana sebarang aspek budaya yang diekstrimkan tanpa berpandu kepada kontrak sosial akan membawa keretakan integrasi nasional.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA.Selain itu, kerajaan juga turut melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang secara lansung dapat merapatkan hubungan antara pelbagai kaum. Contohnya melalui penubuhan sekolah kebangsaan. Jika diteliti,dasar ini sebenarnya turut memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan interaksi antara pelbagai etnik, bangsa, budaya mahupun kepercayaan. Dalam kata lain, dasar ini sebenarnya agen perubahan yang dapat menggalakkan lagi perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. Melalui dasar pendidikan sesebuah negara dapat maju dan berkembang pesat. Justeru itu, semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebenarnya bertujuan untuk memupuk perpaduan. Ia bagi memastikan pengasingan pendidikan yang wujud sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi ikatan perpaduan yang wujud selama ini.

BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PERPADUAN.Seperti yang kita ketahui, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita.. Dalam Perkara 152 perlembagaan ada menyatakan kedudukan Bahasa Melayu.Hal ini bermaksud bahasa melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan bangsa melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. Perubahan taraf ini sebenarnya memberikan implikasi yang sangat luas. Salah satu implikasi tersebut adalah sebagai agen perubahan yang berfungsi sebagai alat perpaduan utama masyarakat majmuk di negara kita. Penggunaan bahasa melayu dalam interaksi seharian antara pelbagai kaum sebenarnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan ini secara langsung dapat memupuk semangat perpaduan antara pelbagai etnik. Contohnya, apabila

Page 40: Adat Dalam Masyarakat Malaysia Dan

orang cina, India dan melayu ingin berkomunikasi mereka akan menggunakan bahasa melayu hal ini disebabkan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan yang utama berbanding bahasa lain. Namun demikian, penggunaan bahasa lain adalah tidak dilarang.

KESIMPULANPenggubalan dasar, pelan kerajaan ini merupakan salah satu agenda kerajaan dalam mewujudkan interaksi. Tetapi sejauh manakah keberkesanan dasar ini dalam isu interaksi? Perpaduan yang jitu masih lagi dicari dan pembentukan Bangsa Malaysia tetap menjadi satu agenda utama negara. Idea Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia) merealisasikan konsep Negara Bangsa masih belum tercapai disebabkan masih wujud pebagai masalah interaksi antara indivudu. Interaksi di antara individu pelbagai etnik hanya kerap berlaku sekiranya individu berkenaan berada dalan satu persekitaran multi-etnik seperti di SMK. Berjayakah Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Melanau dan etnik yang lain yang terdapat di Malaysia dibawa ke satu ruang fizikal yang sama oleh pelbagai dasar dan program perpaduan? Sekiranya ada di antara etnik itu tercicir, maka interaksi yang berlaku hanya relevan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan individu etnik yang telah berjaya dibawa ke satu ruang fizikal yang sama. Etnik yang tercicir kurang mempunyai peluang untuk berinteraksi antara pelbagai etnik. Kejayaan meningkatkan interaksi antara pelbagai etnik bergantung kepada skop dasar dan program yang diperkenalkan dan kejayaan perlaksanaannya oleh pelbagai peringkat agensi-agensi kerajaan. Jika tidak dapat dilaksanakan interaksi sosial pelbagai etnik, budaya dan kepercayaan maka ‘Satu Negara Satu Bangsa’ hanya akan tinggal sebagai slogan tanpa penghayatan semua rakyat Malaysia. Yang pasti usaha, kajian serta penggubalan dasar yang lebih efektif pasti menjamin interaksi yang lebih berkesan dan cabaran strategik yang dimuatkan dalam Wawasan 2020 iaitu pembentukan bangsa Malaysia dapat dicapai.