adat perkahwinan suku kaum sungai assignment sept 2013

Upload: mohaspa-mohd-hassan

Post on 12-Oct-2015

204 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Kandungan1.0Pengenalan

2.0Latar Belakang Suku Kaum Sungai

3.0Adat Perkahwinan Suku Kaum Sungai Paitan: Pra-Perkahwinan

3.1 Meninjau atau Merisik

3.2Merasi (Tilik Nasib)

3.3Meminang

3.4Pertunangan

3.5Bunga Telur, Bunga Manggar Dan Lain-Lain

3.6Penyediaan Jamuan Kenduri

4.0Adat Perkahwinan Suku Kaum Sungai Paitan: Akad Nikah dan Majlis Kenduri Kahwin

4.1Akad Nikah

4.2Majlis Jamuan

4.3Majlis Bersanding

5.0Penutup

Bibliografi

Lampiran: Video Perkahwinan Suku Kaum Sungai

ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM SUNGAI1.0PengenalanDalam penulisan ini penulis akan membincangkan tentang adat perkahwinan suku kaum Sungai. Penulis mengketogarikan suku Sungai ini sebagai salah satu sub-suku kepada kaum Melayu disebabkan beberapa faktor. Pertamanya cara hidup suku sungai yang mengamalkan cara hidup orang Melayu. Keduanya, majoriti daripada masyarakat Sungai adalah beragama Islam dan ketiga, walaupun mempunyai sistem bahasa sendiri, namun hampir semua masyarakat Sungai fasih, memahami dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi sehari-hari. Oleh kerana ketiga-tiga aspek ini menepati takrif Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia iaitu beragama Islam, mengamalkan adat resam Melayu dan berbahasa Melayu, maka penulis beranggapan bahawa kelainan cara hidup ataupun adat resam yang diamalkan dalam masyarakat Sungai hanyalah sebagai satu sub-budaya kepada masyarakat Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi apabila membandingkan persamaan proses perkahwinan masyarakat Sungai dengan masyarakat Melayu yang semakin lama semakin homogen. Fenomena ini berlaku disebabkan faktor keagamaan dan juga proses migrasi masyarakat Sungai yang kini lebih urbanized berbanding dahulu.2.0Latar Belakang Suku Kaum Sungai Suku kaum Orang Sungai ini merupakan salah satu kaum pribumi Sabah Suku kaum ini kebanyakannya mendiami kawasan Pantai Timur negeri Sabah. Taburan petempatan suku kaum Sungai meliputi kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau(Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (seperti di Kg. Bambangan). Suku kaum Sungai ini boleh dipecahkan lagi mengikut beberapa sub-suku antaranya Begahak, Bengkoka, Buludupi, Dewara, Dumpas, Idahan, Inokang, Kalabuan, Kuamut, Lingkabau, Liwago, Makiang, Mangkaak, Milian, Minokok, Paitan, Pingas, Puawang, Rumanau, Segilitan, Sinobu, Sinorope, Subpan, Sugud, Sukang, Suyat, Tambangan, Tengara, Tinagas dan Tindakon. Seperti suku kaum lain, suku kaum Orang Sungai juga terbahagi juga kepada beberapa sub-etnik yang terbeza melalui penggunaan bahasa sukuan (loghat) dan juga kawasan petempatan mereka sendiri.

Peta 1:Bahagian SandakanSumber: http://www.townplanning.sabah.gov.my/MapCawanganSandakan.jpg

3.0Adat Perkahwinan Suku Kaum Sungai Paitan: Pra-Perkahwinan3.1 Meninjau atau MerisikDalam adat istiadat orang Sungai, wakil ini biasanya terdiri daripada seorang perempuan yang amanah, telah berumur dan boleh dipercayai. Tujuan amalan meninjau dilakukan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang diri perempuan yang hendak dikahwini. Melalui amalan ini, seseorang lelaki itu boleh melihat keperibadian perempuan pilihannya berdasarkan kepada beberapa aspek dan kriteria yang penting iaitu dari segi paras rupanya, akhlak, tingkah laku, tabiat, sama ada telah berpunya atau belum, kesopanan atau adab tertib terhadap orang tuan, taraf pelajarannya terutama dalam didikan agama, sama ada telah khatam al-Quran, atau tidak dan sebagainya dan akhir sekali kerajinan mengurus rumah tangga. Bagi kebanyakan orang tua-tua Sungai, latar Bagi sesetengah orang Sungai, petua menentukan hari masih dipegang dan diikuti sebelum melakukan sesuatu yang dianggap besar termasuk urusan perkahwinan. Ini adalah kerana bagi orang Sungai, mereka mempunyai langkah tertentu untuk memulakan tugasnya. Hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang baik untuk tujuan tersebut.3.2Merasi (Tilik Nasib)Peringkat seterusnya di mana segala maklumat yang diperolehi melalui wakil dan si gadis didapati sesuai menjadi pasangan si lelaki, pihak lelaki akan melakukan satu adat yang dinamakan adat merasi. Adat ini dilakukan untuk mengetahui sama ada bakal pasangan tersebut sesuai atau sebaliknya. Dan pada kebiasaannya dijalankan oleh bomoh, pawang atau bidan. Merasi adalah salah satu cabang menilik nasib. Adat seumpama ini biasanya dilakukan untuk bakal pasangan yang belum saling mengenal dan sukar untuk mengetahui hati nurani pihak lain. Kaedah lain ialah dengan menjumlahkan nilai nama tiap-tiap seorang secara berasingan tetapi tidak dijumlahkan kedua-duanya seperti di atas tadi. Sebaliknya nilai nama tiap-tiap seorang itu dikurangi atau ditolak sembilan-sembilan hingga mendapat baki terakhir masing-masing. Dari angka nilai ramalan dilakukan iaitu dengan mempertemukan angka lelaki dan angka perempuan. Walau bagaimanapun amalan Merasi ini semakin kurang dilakukan disebabkan ketidaksesuaiannya dengan ajaran agama Islam.3.3MeminangSegala urusan merisik dan merasi yang sempurna telah dilaksanakan dan hasilnya, pihak lelaki berpuas hati dengan keadaan perempuan dan keluarganya, langkah seterusnya yang harus dilakukan ialah upacara meminang. Apabila saat yang ditentukan, utusan yang mewakili ibu bapa pihak lelaki pergilah ke rumah pihak perempuan untuk dipinang. Biasanya ibu bapa lelaki tidak pergi dalam peminangan ini, mereka diwakili oleh ibu saudara sebelah ibu pihak lelaki. Sekiranya, ibu bapa dan bakal pengantin lelaki tersebut ikut serta dalam rombongan melamar ini, maka keluarga perempuan mengenakan denda sebanyak RM50.00 kerana melanggar adat. Sebelum sebarang perbincangan melamar dimulakan, rombongan pihak lelaki hendaklah menyerahkan wang sebanyak RM50.00 yang dikenali sebagai pembuka mulut. 3.4PertunanganSetelah lamaran diterima, istiadat pertunangan akan menyusuli pada tarikh yang dipersetujui. Ini bermakna pihak perempuan telah menerima lamaran pihak lelaki. Justeru itu pihak lelaki hendaklah memberikan wang sebanyak RM50.00 yang dipanggil sebagai "Tudul Taimak".Dalam adat ini, hantaran tapak sirih merupakan satu bingkisan paling utama, penuh bermakna lagi syahdu daripada bingkisan-bingkisan lain yang dipersembahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Satu amalan meluas dalam kalangan masyarakat Islam di Sabah, termasuklah juga masyarakat Sungai, dalam tempoh bertunang pihak lelaki akan memberi wang belanja tunang sekurang-kurangnya RM150.00 sebulan kepada bakal pengantin. Bayaran ini akan dibuat sepanjang tempoh pertunangan.3.5Bunga Telur, Bunga Manggar Dan Lain-LainSeperti kelaziman perkahwinan dalam masyarakat Melayu lainnya, pihak tuan rumah akan menyediakan bunga telur sebagai tanda menyambut kedatangan tetamu. Bunga telur ini berfungsi bukan sahaja sebagai buah tangan tetapi juga sebagai cara mengetahui jumlah sebenar kehadiran tetamu dalam majlis tersebut. Satu lagi simbol penting dalam menyambut tetamu dan rombongan pengantin ialah bunga manggar. 3.6Penyediaan Jamuan KenduriPenyediaan makanan untuk jamuan kenduri kahwin pada kebiasaannya dilakukan secara bergotong royong oleh penduduk kampung atau ahli keluarga. Namun begitu bagi masyarakat Sungai yang tinggal di kawasan bandar amalan sedemikian semakin terhakis. Tuan rumah kini lebih gemar menggunakan khidmat syarikat pengendali makanan yang menawarkan khidmat katering.

4.0Adat Perkahwinan Suku Kaum Sungai Paitan: Akad Nikah dan Majlis Kenduri Kahwin

Penulis berpeluang menghadiri satu perkahwinan sepasang pengantin dari masyarakat Sungai (Paitan). Pasangan pengantin tersebut ialah Nureenah binti Hasan dengan pasangannya Mohd Farhan bin Adnan. Perkahwinan berlaangsung pada 13 Ogos 2013, bertempat di Balai Raya Kg. Sim-Sim, Sandakan. Kampung ini merupakan perkampungan tradisi atas air terletak kira-kira 2 KM dari bandar Sandakan. 4.1Akad NikahUntuk upacara akad nikah, tidak ada masa yang ditetapkan. Majlis akad nikah boleh dijalankan pada waktu pagi, petang atau malam. Begitu juga dengan lokasi pernikahan boleh dijalankan di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai seperti di rumah pengantin perempuan, masjid atau di Pejabat Agama Daerah. Pada hari pernikahan ini, barang-barang hantaran termasuk wang hantaran kahwin, wang mahar atau mas kahwin yang perlu dibawa oleh rombongan pengantin lelaki. Barangan hantaran ini bergantung kepada ketetapan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Kecuali untuk wang mahar atau mas kahwin, jumlahnya tetap menurut negeri masing-masing. Wang mahar ini akan dijelaskan oleh pengantin lelaki sebelum akad nikah dilangsungkan. Contohnya di Sabah, wang mahar atau mas kahwin ialah RM100.00. Setelah upacara akad nikah dilangsungkan, pengantin lelaki dipersilakan masuk ke bilik pengantin. Namun begitu, dalam istiadat orang Sungai yang dipanggil Zam-zam di mana pihak lelaki perlu membayar RM40.00 sebagai dendaan untuk membuka tirai di bilik pengantin perempuan dan pengantin lelaki dibenarkan masuk untuk upacara membatalkan air sembahyang iaitu menyarungkan cincin dijari manis isterinya dan aktiviti bersalam-salam.Dia akan diiringi oleh pengapitnya berangkat masuk menemui pengantin perempuan yang telah sedia menunggu. Pengantin perempuan berpakaian serba indah sejak dari awal majlis perkahwinan. Tiada kaedah tertentu yang mesti diikuti oleh pengantin lelaki dalam menjalan upacara ringkas ini. Adakalanya pengantin perempuan duduk di atas sebuah bangku atau di atas katil dengan kaki berpijak ke lantai dan pengantin lelaki datang bersalam dengannya dalam keadaan berdiri. Kemudian, pengantin perempuan mencium tangan suaminya. 4.2Majlis Jamuan Semasa para jemputan datang, tuan rumah akan menyambut mesra dan dipersilakan duduk di lantai. Tuan rumah berdiri sedia menanti di satu tempat yang membolehkan semua orang yang datang, dapat menemuinya dan bersalam dengannya. Setiap orang atau keluarga yang datang akan memberi sumbangan yang berupa wang tunai ataupun hadiah berbentuk barangan yang telah dihias indah. Wang tersebut dilipat dan diletakkan di tapak tangan lalu diberi ketika bersalam. Adakalanya wang tadi dimasukkan dalam sampul surat terlebih dahulu. Sumbangan boleh diberi ketika datang atau ketika hendak balik. Jumlah sumbangan tidak ditentukan jumlahnya dan bergantung kepada jumlah yang lazim diberi oleh masyakarat setempat, latar belakang ekonomi para jemputan dan hubungannya dengan tuan rumah. Orang perempuan, terutamanya teman-teman pengantin perempuan, lebih banyak memberi hadiah berupa barangan kepada pengantin perempuan.

4.3Majlis BersandingBersanding merupakan upacara kemuncak daripada seluruh adat istiadat perkahwinan. Sebelum rombongan pengantin lelaki itu dibenarkan turun dari kereta untuk diarak ke rumah pengantin perempuan. kereta yang dinaiki oleh pengantin lelaki ini dimestikan membuat pusingan atau dikenali sebagai putar naga sebanyak tiga kali di halaman rumah pengantin perempuan dengan diiringi oleh bacaan selawat ke atas Nabi. Tujuannya untuk memberitahu kepada umum bahawa rombongan pihak lelaki telah sampai.

Gambar 1:Kumpulan Pemain KulintanganAcara ini bermula dengan perarakan rombongan pengantin lelaki dengan iringan Kompang, kulintangan, Gong dan bunga manggar di sepanjang perjalanan ke rumah pengantin perempuan. Dua orang kanak-kanak akan berjalan di kanan dan kiri pengantin dengan memegang bunga manggar. Pengapit pengantin sentiasa memayunginya. Di

Gambar 2:Upacara merenjis air mawar dan menabur bunga rampaibelakang pengantin ialah rombongan yang mengiringinya, yang terdiri daripada kaum wanita dan kanak-kanak diikuti di belakang oleh kaum lelaki. Mereka mula menapak perlahan-lahan mengikut rentak langkah pengantin. Barang-barang pengantin yang diisi dalam beg dibawa bersama. Pemain-pemain kompang berjalan mengiringi pengantin di sebelah kanan dan kiri. Kedatangan pengantin disambut dengan taburan beras bertih dan beras kunyit yang dilakukan oleh wakil pengantin perempuan. Acara tersebut biasanya dilakukan oleh salah seorang daripada saudara pengantin yang telah berumur

Gambar 3: Pengantin memakai pakaian tradisi masyarakat Sungaiseperti nenek atau emak saudaranya. Ketika ini rombongan pengantin akan berjalan semakin perlahan.

5.0PenutupProses perkahwinan masyarakat Sungai dibuat dengan berbagai bentuk upacara, pantang larang dan sebagainya. Penulis mendapati banyak adat dan amalan asal masyarakat Sungai, khusunya dalam proses perkahwinan, telah melalui proses pemurnian sesuai denga ajaran agama Islam dan juga mengikuti peredaran zaman. Walau bagaimanapun, beberapa adat masyarakat ini masih lagi diamalkan dan dikekalkan. Keunikan perkahwinan masyarakat Sungai sebenarnya tidak jauh bezanya dengan beberapa masyarakat pribumi lainnya seperti masyarakat Suluk, Bajau, Brunei dan lain-lain. Penyerapan budaya Melayu begitu nyata dalam proses perkahwinan pada masa ini. Pengaruh media, modenisasi, urbanisasi, migrasi dan interaksi dengan kaum lain telah mempengaruhi perubahan dalam proses pengendalian perkahwinan masyarakat Sungai.

BibliografiAmran Kasimin. 1989. Istiadat Perkahwinan Melayu Satu Kajian Perbandingan. KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementrian Pendidikan Malaysia.Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Negeri Sabah. Peta Bahagian Sandakan. Diperolehipada 10 September 2013 dari http://www.townplanning.sabah.gov.my/MapCawangan Sandakan.jpgMenamong, A. Pertunangan dan Perkahwinan Orang Sungai. Diperolehi pada 03 Ogos 2013dari http://riverboybeluran.blogspot.com/2009/11/dari-meja-ketua-daerahbeluran.htmlPersatuan Bangsa Sungai Sabah. Masyarakat Suku Kaum Sungai di Sabah. Diperolehi pada 03Ogos 2013 dari http://persatuanbangsasungaisabah.blogspot.com/Video Perkahwinan Masyarakat Sungai. Boleh diakses di alamathttp://youtu.be/rZpjwFWPg2k