perkahwinan melayu brunei

27
Perkahwinan Melayu Brunei

Upload: naqiera

Post on 30-Jun-2015

6.184 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkahwinan Melayu Brunei

Perkahwinan Melayu Brunei

Page 2: Perkahwinan Melayu Brunei

Pengenalan

Seperti adat istiadat melayu, etnik Melayu Brunei juga mempunyai istiadat yang unik dalam

pengendalian majlis perkahwinan. Pada zaman dahulu, majlis perkahwinan melayu Brunei

dijalankan dalam masa 2 minggu. Akan tetapi dengan kekangan masa pada zaman ini menyebabkan masa

untuk majlis ini semakin singkat.

Page 3: Perkahwinan Melayu Brunei

Bedudun / berjarum-jarumLawatan berkali-kali

dilakukan oleh kedua keluarga pihak

pengantin

lelaki akan memulakan lawatan

untuk melamar

Jawapan tidak akan diperoleh dalam hari yang sama

Setelah mengetahui jawapan, pihak pengantin lelaki akan pergi sekali lagi

ke rumah pengantin perempuan

Rombongan untuk bertanyakan tentang ‘tanda pertunangan’

Page 4: Perkahwinan Melayu Brunei

PertunanganSimbol ikatan

perhubungan antara lelaki dan perempuan yang

akan menjadi suami isteri

Pembuka MulutMenandakan permulaan

pertunangan(bayaran antara $100 -

$150)

Mas Kawin / BerianDalam bentuk wang, barangan

sebagai tanda penghargaan kepada perempuan yang ingin dikahwini. Wajib dalam Islam

Page 5: Perkahwinan Melayu Brunei

Pertunangan'Sepengadak Kain Teruna‘

• Disertakan dalam (hantaran berian) yang terdiri daripada baju cara melayu dan songkok

• dikembalikan semasa upacara 'akad nikah'.

• Sepengadak kain teruna tidak diperlukan seandainya bakal pengantin lelaki hadir semasa

menghantar tanda pertunangan.

• Bakal pengantin lelaki juga dibolehkan untuk memberi cenderamata yang lain kepada bakal

pengantin perempuan.

• Pihak lelaki akan membawa tanda pertunangan ke kediaman bakal tunangnya dan

menyerahkannya kepada wakil pihak perempuan.

• Kadang-kadang, keluarga pihak perempuan akan membalas dengan memberikan kek atau

baju cara melayu.

• Dalam tempoh bertunang, lelaki teresbut hendaklah memberikan 'belanja hangus' kepada

tunangnya untuk perbelanjaannya.

Page 6: Perkahwinan Melayu Brunei

Pertunangan

• Seandainya berlaku Langkah Dulang atau Langkah Sungai, lelaki tersebut dikehendaki untuk membuat bayaran yang ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan.

• Langkah Dulang berlaku seandainya perempuan yang hendak di kahwini ini mempunyai kakak yang belum berkahwin lagi sementara Langkah Sungai ialah seandainya lelaki itu bukan dari Puak Tutong manakala perempuan tersebuat adalah dari Puak Tutong.

Page 7: Perkahwinan Melayu Brunei

Majlis Pertunangan

Page 8: Perkahwinan Melayu Brunei

Perkahwinan- adat berbedak dan berinai- adat penghantaran berian

- istiadat akad nikah- istiadat bersanding

Page 9: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat ‘badak badak mandi ‘Hanya terdiri daripada keluarga pengantin

Pengantin perempuan memulakan malam berbedak

Pengantin ditepung tawar dengan bedak (tepung beras ,bunga melor)

Pengantin dilulur dengan bedak tradisional dari muka hingga ke hujung kaki

Pengantin disiram dengan air (langgir dan limau nipis) dikelilingi 7 orang kanak-kanak memakai selendang berlainan warna dan memegang lilin.

Page 10: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat badak- badak mandiPengantin akan mematikan lilin yang dipegang dengan menyembur dengan air melalui mulut sebanyak 3 kali

Setelah selesai bersiram, pengantin akan berkurung dan bedak tidak akan ditanggalkan dari badan pengantin dan makan minum akan dihidangkan oleh pengangun di bilik beangun

Page 11: Perkahwinan Melayu Brunei

Malam BebadakPengantin perempuan digendong ke pelamin

Pengantin duduk di tikar khas( baldu yang

bersulam emas berbentuk segiempat)

Di setiap penjuru tempat duduk

diletakkan ‘dian’ atau lilin bewarna kuning

Bedak tradisional diwarnakan dengan 7 warna dan diletakkan

tempat khas

Para tetamu akan ‘menculiki’ dan bakal pengantin lelaki akan diiringi ke pelamin

Page 12: Perkahwinan Melayu Brunei
Page 13: Perkahwinan Melayu Brunei

Adat berinai / berpacarUpacara ini kebiasaannya mengambil tempat tengah malam sebelum hari

perkahwinan dan di langsungkan berasingan pada kediaman masing-masing.

Majlis Masuk Adat Berinaipengantin akan berdiri diatas katil dengan didahului pengangun.

Selepas itu pengantin tersebut akan disuruh duduk dikatil untuk sementara waktu sambil pengangun menunjukkan tapak tangannya dengan berhajat.

Page 14: Perkahwinan Melayu Brunei

Adat Berinai / berpacarTindakan ini seterusnya akan diikuti oleh pengantin dimana seterusnya pengangun

akan memegang tangan pengantin teresbut sambil membacakan doa.

Pengantin itu kemudiannya akan diarahkan untuk berdiri dan akan di bawa mengelilingi katil sebanyak 3 kali dan seterusnya duduk tempat yang

telah dikhususkan di katil yang mana disediakan lapik.

Selepas itu, orang-orang tua keluarga akan mengambil giliran untuk menampal pengantin dengan inai.

Page 15: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat Akad Nikah

• Akad Nikah ialah upacara agama Islam dimana Ijab dan Kabul akan dilaksanakan bagi mengisytiharkan bahawa pasangan tersebut adalah sudah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah.

• Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayu berwarna putih dengan bertopikan songkok/ destar dan sinjang.

• Empat lilin akan dinyalakan di empat penjuru lapik yang didudukinya. Semasa melangsungkan Ijab dan Kabul, pengantin lelaki akan bersalam dengan jurunikah (tok Kadi).

Page 16: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat Akad Nikah

Page 17: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat Bersanding• Bersanding adalah tradisi dimana kedua-dua pengantin akan

duduk bersebelahan di atas pelamin. Istiadat Bersanding dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan.

• Di sebelah pagi, pengantin lelaki dan pengantin pengantin perempuan akan dimandikan dengan campuran air wangi.

• Pengantin lelaki akan makan terlebih dahulu daripada semua dan selepas itu baru ia di bawa untuk bertemu dan berjarah (bersalaman) dengan jemputan-jemputan lelaki, dan memberikan penghargaan diatas kehadiran mereka.

Page 18: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat bersanding

• Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara perempuan pula akan ‘berjarah’ di khemah jemputan perempuan.

• Di masa dahulu, para tetamu akan diberi bunga telur, tapi sekarang, buah tangan telah digantikan dengan pelbagai barangan seperti roti, cawan, kontainer dan sebagainya.

• Selepas berjumpa dengan tetamu, pengantin lelaki akan bertukar memakai pakaian perkahwinannya bagi acara bersanding.

Page 19: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat bersanding

• Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan memedankan warna dan corak yang sama.

• Setelah siap berpakaian, pengantin lelaki tersebut pun akan berangkat untuk ke rumah pengantin perempuan.

• Serentak di tempat pengantin perempuan, pengangun untuk pengantin perempuan akan memulakan adat pengarusan di mana pengangun akan memasang lilin dan membakar benang dari tujuh warna yang dipakai oleh pengantin perempuan di lehernya. Pengantin perempuan akan meniup padam api kecil itu yang di lakukan sebanyak 3 kali.

Page 20: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat bersanding• Apabila tibanya pengantin lelaki di kediaman pengantin perempuan, dia

akan ditemani oleh seorang lelaki tua yang berperanan sebagai penjaganya.

• Orang tua tersebut kebiasaannya seorang yang dihormati dan mempunyai ilmu agama yang teguh bagi melindungi pengantin lelaki dari ancaman sihir dan sebagainya.

• Di kediaman pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di payungi dan ianya akan disuruh berjalan dalam pusingan kecil sebanyak 3 kali yang dikenali sebagai Pusing Naga yang masih lagi diamalkan.

Page 21: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat bersanding• Seterunya, pengantin lelaki mesti memacahkan buluh yang diletakkan di

pintu depan rumah sebelum masuk rumah. • Buluh ini akan dipecahkan oleh penjaga pengantin lelaki tersebut dangan

memijak-mijaknya, kadang-kadang ini dilakukan oleh pengantin lelaki itu sendiri.

• Pengantin perempuan sedia menanti keadiran pengantin lelaki di pelamin. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelahnya di pelamin tersebut, adat 'mencabut keris' akan di lakukan. Keluarga terdekat pengantin perempuan akan menarik keluar keris tersebut dan apabila ianya dimasukkan kembali kedalam sarungnya, barulah istiadat bersanding dilaksanakan.

• Sebelum duduk, pengantin lelaki akan di bantu oleh penjaganya untuk menaruh tangannya di ubun-ubun pengantin perempuan, di bahu kiri dan bahu kanan seterusnya.

Page 22: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat bersanding

• Apabila kedua pasangan pengantin sudah duduk di atas pelamin, penjaga pengantin lelaki akan membaca 'selawat' sebanyak 3 kali untuk kedamaian dan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut yang akan disahut oleh para hadirin, diikuti dengan bacaan 'doa selamat' untuk keselamatan dan memohon rahmat.

• Yang berikutnya, pasangan akan keluar ke verandah untuk di perlihatkan kepada para hadirin atau diikuti dengan acara adat basuh kaki bagi adat Tutong.

Page 23: Perkahwinan Melayu Brunei

Istiadat Bersanding

Page 24: Perkahwinan Melayu Brunei

Adat Basuh Kaki• Basuh kaki or Buri Pu'o dalam bahasa Tutong ialah adat resam dimana kaki

pengantin perempuan akan di tuangkan air. Barang yang diperlukan bagi acara ini ialah air, parang dan batu pengasah.

• Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, di mulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan.\

• Keluarga pengantin lelaki akan memulakan upacara tersebut dengan membasahi kaki pengantin perempuan diikuti dengan pemberian duit atau barang kemas kepada orang yang telah dilantik sebagai hadiah.

• Di masa silam, kebiasaan para jemputan akan memberikan ternakan seperti kerbau dan pokok buah-buahan, dimana pada hari tersebut hanya akan membawa tanda seperti buah dari pokok tersebut.

Page 25: Perkahwinan Melayu Brunei

Adat Basuh kaki

Page 26: Perkahwinan Melayu Brunei

Adat makan bersuap

• Ini ialah adat resam di mana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki dengan tangannya sendiri. Ini dijalankan selepas adat basuh kaki dan di niatkan untuk menambahkan kemesraan diantara pengantin baru itu. Ia adalah kemestian untuk menyediakan nasi kuning, air, garam dan asam untuk adat makan bersuap.

Page 27: Perkahwinan Melayu Brunei

Adat mulih 3/7 hari

• Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi di mana si pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya asal dengan isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman isterinya. Kebiasaannya keluarga

pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan barangan dapur kapada pasangan ini. Inin menandakan penamatnya upacara perkahwinan orang Brunei.