adat perkahwinan kaum melayu dan cina

Upload: noor-hafiza

Post on 14-Apr-2018

277 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Adat Perkahwinan Kaum Melayu Dan Cina

    1/8

    ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU.

    Adat perkahwinan melayu merupakan adat resam yang dipegang teguh oleh

    kebanyakkan orang melayu dibandar atau luar Bandar.Perkahwinan orang melayu

    memerlukan belanja yang besar sehingga ada yang sanggup menjual harta atau

    meminjam wang untuk tujuan tersebut.Perkahwinan orang melayu terdiri daripada

    beberapa peringkat antaranya merisik, bertunang, menghantar belanja, berandam,

    berinai, bersanding, mandi limau dan sambut-menyambut.

    MERISIK ATAU MENENGOK.

    Apabila ibu bapa memutuskan anak lelaki mereka sudah bersedia untuk

    berkahwin, mereka akan mencari pasangan yang sesuai untuk anak mereka.Calonyang dipilih berdasarkan keturunan, pendidikan agama, kecantikan dan hubungan

    kekeluargaan.Tugas memilih calon isteri diserah sepenuhnya kepada ibu

    bapa.Bagaimanapun kini kebanyakkan ibu bapa menyerahkan urusan memilih

    pasangan kepada anak-anak mereka terutamanyaibu bapa yang berpendidikan

    barat.Mengikut adat resam melayu calon isteri akan dipilih oleh ibu bapa

    lelaki.mereka akan mula menyiasat latar belakang anak dara yang disukai melalui

    kawan-kawan atau saudara-mara gadis tersebut.Antara sifat yang menjadi pilihanialah mahir memasak dan menjahit.Kebolehan membaca Al-Quran merupakan satu

    kebolehan yang amat disanjung.

    Selepas bakal menantu dipilih, ibu bapa pihak lelaki akan menghantar utusan

    kerumah calon calon menantu untuk berkenalan dengan lebih dekat.Kunjungan

    dibuat secara mengejut tanpa pengetahuan keluarga perempuan.Ini kerana orang

    melayu dahulu percaya jika semasa kedatangan utusan calon sedang mandi atau

    mencuci ia membawa petanda yang baik untuk perkahwinan tersebut.Tetapi jika

    masa ketibaan mereka calon sedang memasak mereka percaya ia membawa

    petanda yang tidak baik.Begitu juga jika perjalanan mereka kerumah calon lambat

    atau terhalang oleh suatu kejadian.

  • 7/29/2019 Adat Perkahwinan Kaum Melayu Dan Cina

    2/8

    MEMINANG ATAU BERTUNANG.

    Ibu bapa pengantin lelaki akan menugaskan beberapa orang tua yang rapat

    untuk bertemu dengan ibu bapa perempuan untuk mendapatka persetujuan.

    Biasanya ibu bapa perempuan akan meminta tempoh untuk membuat pertimbangan

    dengan alasan untuk berunding dengan ahli keluarga.Ini akan mengambil masa

    beberap hari atau pun seminggu.Ibu bapa perempuan akan menghantar wakil yang

    terdiri dari dua lelaki dan dua perempuan untuk menyampaikan keputusan menerima

    pinangan ke rumah pengantin lelaki.Semasa kunjungn ini perkara berkaitan

    hantaran kawin, belanja, hari langsung dan pelbagai perkara yang berkaitan akan

    dibincangkan dan diselesaikan.

    Waktu dahulu adat menhantar tanda akan dibuat terlebih dahulu terutamanya

    jika upacara perkahwinan ditangguh selama beberapa bulan.Tanda yang dihantar

    biasanya berbentu cincin emas atau berlian.Harga cincin tersebut bergantung

    kepada kemampuan keluarga pihak lelaki.Tanda yang dihantar juga diirdengan

    beberapa hadiah lain seperti kain sarung, kasut, buah-buahan, gula-gula dan

    sebagainya.Penghantaran tanda biasanya disertai dengan kenduri oleh kedua-dua

    keluarga.Ada juga tanda dihantar dengan cara mengadakan perarakan kerumah

    pihak perempuan.Penerimaan cincin bermaksud penerimaan syarat-syarat berikut

    antara dua pihak :

    Jika lelaki itu gagal untuk mengahwini perempuan yang ditunangkan, cincin

    pertunangan serta hadiah-hadiah lain tidak boleh dituntut semula.

    Jika perempuan itu gagal memenuhi tujuan pertunangan, maka semua hadiah

    termasuk cincin pertunangan hrus dikembalikan pada kadar sekali ganda baik dari

    segi nilai atau jumlahnya.

    MENGHANTAR BELANJA DAN AKAD.

    Pada zaman dahulu istiadat menhantar belanja perkahwinan dan mas kawin

    dibuat sehari atau dua hari sebelum upacara akad.Tetapi kini ia dibuat pada hari

    yang sama pada hari akad.Bersama mas kahwin barang-barang lain seperti cincin,

  • 7/29/2019 Adat Perkahwinan Kaum Melayu Dan Cina

    3/8

    sepasang kain sutera, kain sarung sutera, kuih, buah-buahan, kotak sireh dan dua

    cerek air mawar.

    Pengantin lelaki akan mengenakan pakaian haji atau pakaian melayu untuk

    upacara akad.Upacara akad ini adalah suatu yang dituntut agama islam dan

    undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan.Imam akan memilih dua orang

    daripada tetamu untuk menerima dan menyemak hantaran, serta menjadi saksi

    pernikahan.Imam kemudian mendaftar nama pengantin lelaki dan ditandatangani

    oleh pengantin lelaki serta kedua-dua saksi.Imam akan membaca upacara nikah

    sambil memegang tanagan pengantin lelaki :

    bin, aku nikah akan dikau dengan binti . Yang telah

    memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak $.. ( tunai / hutang )

    dan belanjanya $

    Penganti lelaki pula perlu menjawap tanpa teragak-agak :

    Aku terima nikahnya. Binti .. dengan mas kahwinnya $ . ( tunai /

    hutang ) dan belanjanya $.....

    Jika jawapan pengantin lelaki tersebut adalah jelas dan tidak teragak-agak, makaakad tersebut dikira sah.Selepas upacara akad pengantin lelaki perlu menyalmi

    semua tetamu yang hadir termasuk imam dan bapa mertuanya.

    BERANDAM DAN BERASAH GIGI.

    Upacara berandam dan berasah gigi dibuat tiga hari sebelum hari akad

    nikah.Rambut pengantin perempuan dibahagian dahi dan bulu keningnyadipepat.Kemudian gigi pengantin diasah dan digilap supaya sama dan

    berkilat.Tugas ini dilakukan oleh tukang andam.Tetapi upacara ini tidak lagi

    diamalkan pada zaman kini.Hanya amalan berandam masih diamalkan oleh

    sebilangan orang melayu luar Bandar.Manakala penduduk melayu kawasan Bandar

    lebih gemar kekedai solek untuk bedandang.

    Selepas berandam pengantin akan mandi air sintuk limau yang dianggap

    dapat menghapuskan nasib malang pengantin.Selepas itu semua hujung jari kaki

  • 7/29/2019 Adat Perkahwinan Kaum Melayu Dan Cina

    4/8

    dan tangan pengantin akan diinai.Inai dibiarkan kering hingga ke pagi.Upacara ini

    dipanggil malam berinai.

    ISTIADAT BERINAI.

    Semasa pengatin lelaki ke rumah pengantin perempuan dengan berpakaian

    pengantin,dia akan didudukkan diatas pelamin dihadapan sekumpulan tetamu yang

    terdiri daripada saudara rapat, jiran dan rakan pengantin perempuan.Beberapa buah

    pinggan yang berisi nasi kunyit, bertih, air daun setawar dan selonggok pes inai

    diletak dihadapan pengantin.

    Tetamu lelaki akan memulakan istiadat berinai besar dengan naik keatas

    pelamin dan menabur sedikit nasi kunyit, bertih dan air setawar kekiri dan kananpengantin.Pes inai pula diletakkan diatas tapak tangan pengantin yang telah dialas

    dengan daun sireh.Tujuannya untuk mengelakkan tangan pengantin daripada comot

    terkena inai.Tukang andam akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan

    mengangkatnya kedada sebagai tanda menyembah tetamu yang melakukan istiadat

    tersebut.Tetamu yang ingin melakukan istiadat tersebut mertilah dalam jumlah yang

    ganjil.Selepas itu pengantin perempuan pula akan didudukkan diatas pelamin untuk

    menjalani upacara berinai besar.

    Kenduri berinai besar jauh lebih besar berbanding dengan kenduri berinai curi

    dan berinai kecil.Bagi istiadat berinai curi dan berinai kecil,pengantin lelaki tidak

    terlibat,sesetengah pengantin dahulu turut menjalankan upacara berinai dirumah

    mereka.Tetapi ia tidak lagi dilakukan pada masa sekarang.

    MANDI LIMAU.

    Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, tukang andam akan menanyakan

    pengantin perempuan tentang keperawanannya.Hal ini akan dibuktikan melalui

    sehelai sapu tangan putih yang diberikan oleh pengantin lelaki.Bukti yang didapati

    akan ditunjukkan kepada ibu bapa kedua-dua pengantin.Bukti keperawanan amat

    penting bagi umat islam,ketiadaan bukti boleh menyebabkan masalah yang sering

    mengakibatkan perceraian.

  • 7/29/2019 Adat Perkahwinan Kaum Melayu Dan Cina

    5/8

    Istiadat mandi limau dijalankan dimana kedua-dua pengantin didudukkan

    diatas pelamin dengan pakaian yang cantik dihadapan tetamu yang terdiri daripada

    saudara, jiran, dan kawan rapat kedua-dua pihak.Mandi istiadat dilakukan oleh

    tukang andam dengan memercikkan air sintuk dan limau purut pada kedua-dua

    pengantin.Kain sarung yang dipakai semasa mandi limau tidak boleh diperah atau

    disimpn oleh pengantin.Kaintersebut haruslah diserah kepada tukang andam

    sebagai hadiah dan sebagai tanda tolak bala serta membuang geruh.Tetapi

    keseluruhan adat ini tidak lagi diamalkan oleh orang melayu.

    SAMBUT MENYAMBUT.

    Pada haru istiadat mandi dilakukan, kenduri akan diadakan di rumah

    pengantin perempuan.Ketika ini ibu bapa mertua akan membawa pengantin

    perempuan berkunjung kerumah kerumah mereka untuk pertama kalinya.Di rumah

    suami mereka akan bersanding sekali lagi beserta dengan kenduri meraikan kedua-

    dua pengantin.Selepas beberapa hari di rumah mertua,pengantin perempuan akan

    dihantar pulang kerumah ibu bapanya bersama suami dan mereka akan tinggal

    disitu sekurang-kurangnya sebulan.

  • 7/29/2019 Adat Perkahwinan Kaum Melayu Dan Cina

    6/8

    ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA.

    Dikalangan masyarakat cini terdapat dua bentuk perkahwinan yang

    diamalkan iaitu Eksplisit dan Implisit.Masyarakat cina percaya sebuah perkahwinan

    adalah tidak sah jika pasangan berkahwin tidak mengikut urutan adat. Suatu

    perkahwinan akan dirancang dan diatur dengan sebaik mungkin.Ia penting untuk

    mengekalkan institusi kekeluargaan kerana melaluinya keturunan nenek moyang

    dapat diteruskan ke generasi seterusnya.Bagi masyarakat cina, perkahwinan

    merupakan satu perubahan besar dalam kehidupan.

    MERISIK, MEMINANG DAN BERTUNANG.

    Acara merisik dilakukan untuk menyelidik latar belakang gadis yang ingin

    dijadikan isteri.Masyarakat cini amat menitik beret tentang nama, keturunan,

    peribadi, watak dan tingkah laku seorang gadis.Cara merisik biasa dilakukan dengan

    bertanyakan kenalan dan rakan yang mengenali keluarga si gadis.Kebanyakkan

    masyarakat cina gemar mengadakan perbincangan direstoran dengan disertai

    saudara mara lain.Ketika ini mereka hanya berbincang tentang perkara-perkara

    umum sahaja terutama latar belakang keluarga da nasal keturunan.

    Ketika meminang, seorang wakil akan dihantar kerumah si gadis untuk

    membincang perkara berkaitan perkahwinan.ibu si gadis akan bernincang

    berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan dan memilih hari

    yang sesuai.Pihak lelaki biasanya akan menurut kehendak keluarga si gadis kerana

    perbuatan tawar menawar akan merendahkan maruah keluarga mereka.Setelah

    kedua-dua pihak kenak mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,barulah adat

    bertunang dijalankan.

    Upacara bertunang dilakukan mengikut calendar cina dan ia bersesuaian

    dengan bintang kelahiran pasangan tersebut.Khidmat tukang tilik digunakan untuk

    menetapkan tarikh pertunangan berpandukan buku Toong-Su.Upacara bertukarcincin dilakukan bagi membuktikan persetujuan, dan si gadis menyerahkan sekeping

  • 7/29/2019 Adat Perkahwinan Kaum Melayu Dan Cina

    7/8

    kertas merah atau Nyen-Sang.Tukang tilikakan menghitung hari berdasarkan kedua-

    dua Nyen-Sang dan mencatat mencatat pada kertas merah yang dinamakan Nyik-

    Kor.

    Pada hari pertunangan keluarga pihak lelaki akan menhadiahkan duit

    penanda yang dibalut sampul merah, kek, dan sepasang ternakan, manisan dan

    gula kepada keluarga perempuan.Setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh

    yang telah dipersetujui perkahwinan akan dilangsungkan.Jika terdapat kematian

    keluarga bakal pengantin sebelum hari perkahwinan berlangsung, perkahwinan akan

    ditangguhkan pada tahun berikutnya atau pun untuk seratus hari.

    Beberapa hari sebelum hari perkahwinan, keluarga pengantin perempuan

    akan menghantar barang hantaran kerumah keluarga pengantin lelaki atau kerumah

    baru mereka.Budak lelaki yang belum berkahwin akan dijemput untuk tidur diatas

    katil pengantin malam sebelum hari perkahwinan.

    Penganti lelaki akan bertandang ke rumah Keat Foon Ching Su untuk

    menandatangansurat perkahwinan dihadapan beberapa orang saksi.Pada sebelah

    malam pasangan pengantin akan duduk diatas pelamin yang dibuat didewan, rumah

    atau restoran diiringi jamuan besar-besaran.Pengantin akan dibawa bertemu semuaahli keluarga masing-masing dalam upacara minum teh.

    Pengantin biasanya dihias oleh seorang wanita yang dianggap mempunyai

    nasib baik bersama-sama wanita yang masih berkeluarga.Mereka akan

    mengucapkan perkara-perkara yang baik ketika mengikat sanggul pengantin

    perempuan.Dirumah pengantin lelaki ,bapa pengantin lelaki akan meletakkan topi

    yang dihias daun saru di kepala pengantin lelaki.pengantin akan membawa tandu

    sebagai gambaran pengantin perempuan merupakan wanita yang cantik.Pihak

    lelaki akan membayar Li Shi kepada pihak perempuan agar keluarga dan kawan-

    kawannya melepaskan pengantin pergi.

    Baju pengantin biasanya berwarna perak bagi menggambarkan nasib baik.Ia

    akan disulam dengan benang emas dan perak.Kwa atau Cheongsam juga disulam

    dangan jahitan berbentuk naga dan burung Pheonix.Pakaian berwarna hitam, biru

    dan kelabu adalah dilarang kerana melambangkan kematian dan

  • 7/29/2019 Adat Perkahwinan Kaum Melayu Dan Cina

    8/8

    kesedihan.pengantin lelaki pula akan memakai Samfoo yang bermaksud baju

    longgar dalam dialek kantonis.,

    Banner kain akan disimpan oleh pengantin dan dibentang diatas meja

    berdekatan pintu masuk,dimana tetamu akan menandatangan,menulis nama bunga

    dan restu mereka kepada pengantin.Lilin berbentuk naga dan burung Pheonix yang

    berwarna merah turut dipasang pada malam perkahwinan dengan tujuan menghalau

    roh-roh jahat.