adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar menstrual yang dialami oleh...

20

Upload: nguyendiep

Post on 30-Jun-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami
Page 2: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan : _____________________

Nama Penyelia : HJH. HAFIZAH HARUN

Tarikh : APRIL 2010

Page 3: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

ii

PENGARUH FASA LUTEAL DAN FASA FOLLICULAR DALAM KITAR

MENSTRUAL TERHADAP DEHIDRASI AKIBAT SENAMAN 20 MINIT DI ATAS

TREADMILL

NURUL SUHAILI BINTI MISRAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

Page 4: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

iii

“Saya akui ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah saya

jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penulis : NURUL SUHAILI BINTI MISRAN

TARIKH : APRIL 2010

Page 5: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda,

En.Misran B. Mohd Noh dan Pn.Norizan Bt. Mohamed,

Jasa kalian akan ku balas,

Terima kasih kerana membesarkanku dengan ilmu didada.

Khusus buat adinda-adindaku,

Syafiqa, Syakila, Syamima, Atiqah dan Syafiq,

Terima kasih kerana memberiku dorongan untuk terus berjuang.

Buat teman-teman seperjuangan,

Hieda, Suzie, Nanie, Faa, Gee & Ulya,

Terima kasih atas segala bantuan.

Khas buat teman akrabku,

Maslydia & Diyana,

Terima kasih kerana sentiasa bersamaku susah dan senang,

Memori yang tidak pernah akan dilupakan

Page 6: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

v

PENGHARGAAN

Tanda syukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana dengan limpah rahmatnya

dapat saya menyempurnakan dan menyiapkan kajian ilmiah ini dalam jangka masa yang

telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Hjh. Hafizah Binti

Harun selaku pensyarah dan pembimbing yang telah banyak membantu serta memberi

tunjuk ajar yang berguna dalam proses menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM)

ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Akhir kata, semoga segala kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan

oleh semua pihak sentiasa dicucuri rahmat-Nya.

Page 7: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

vi

ABSTRAK

Wanita yang mengalami menstruasi sentiasa berhadapan dengan masalah kelesuan

akibat kehilangan air yang banyak. Walau bagaimanapun, kajian lepas menyatakan

bahawa wanita lebih terdorong untuk dehidrasi semasa fasa Luteal. Justeru itu, kajian

ini dilaksanakan bertujuan untuk membandingkan tahap dehidrasi antara dua fasa di

dalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal.

Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami masalah untuk menyukat jumlah

pengambilan air harian boleh menjadikan kajian ini sebagai garis panduan. Seramai 5

orang wanita berumur 23±1 tahun yang mempunyai Body Mass Index (BMI) dalam

kategori normal dan kitar menstrual yang stabil telah dipilih sebagai subjek. Pengujian

jumlah air dalam badan dibuat menggunakan Tanita Body Composition Analyzer TBF-

300 sebelum dan selepas subjek melakukan senaman berlari di atas treadmill selama 20

minit. Bagi mendapatkan perbezaan dehidrasi antara fasa-fasa di dalam kitar menstrual,

data yang diperoleh dianalisis secara T-Test Paired menggunakan perisian „Statistical

Package For Social Science‟ (SPSS) versi 13.0. Berdasarkan keputusan ujian, didapati

bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap dehidrasi antara fasa Follicular

dan fasa Luteal (p=0.116). Kesimpulannya, kajian ini menolak hipotesis alternatif dan

menerima hipotesis nol. Untuk kajian yang akan datang, pengkaji lain dinasihatkan

supaya menetapkan intensiti larian mengikut kadar nadi latihan subjek dan mengawal

ketat pemakanan harian subjek agar objektif kajian dapat dicapai.

Page 8: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

vii

ABSTRACT

Weakness during menstruation is usually caused by dehydration, due to the loss of fluid

and blood that occur during period. However, previous research stated that tendency to

be dehydrated in women is in Luteal phase condition. So, this research fulfilled to

differentiate women‟s dehydration status between Follicular phase and Luteal phase in

Menstrual cycle. Therefore, women can refer to this research regarding their problems

in daily water intake. There were 5 women aged 23 ± 1 years with a Body Mass Index

(BMI) in categories of normal and stable menstrual cycles were selected as subjects.

The subjects undergo 20 minutes run on treadmill. The method included pre and post

total body water test using Tanita Body Composition Analyzer TBF-300. To

differentiate the two items, the T-Test Paired from Statistical Package for Social

Science (SPSS) version 13.0 software was used. The findings show that difference in

dehydration between the Follicular phase and the Luteal phase was not significant

(p=0.116). Based on the findings, this research failed to accept the alternative

hypotheses. On the next research, other researchers were suggested to indicate the

intensity of activity and control the meal intake in order to achieve the objective stated.

Page 9: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Penyelia i

Halaman Judul ii

Pengakuan iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Senarai Kandungan viii

Senarai Jadual ix

Senarai Rajah x

Senarai Lampiran xi

Page 10: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

ix

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Hipotesis Kajian 5

1.6 Persoalan Kajian 5

1.7 Kepentingan Kajian 6

1.8 Batasan Kajian 6

1.9 Definisi Operasional 7

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Menstruasi Dan Kitar Menstrual 10

2.3 Fasa-fasa Di Dalam Kitar Menstrual 11

2.4 Simptom-simptom Semasa Menstruasi 14

2.5 Dehidrasi 15

2.6 Kitar Menstrual Dan Dehidrasi 16

Page 11: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

x

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 18

3.2 Rekabentuk Kajian 18

3.3 Tempat Kajian 19

3.4 Sampel Kajian 19

3.5 Instrumen Kajian 20

3.6 Protokol Kajian 21

3.7 Prosedur Kajian 22

3.8 Kajian Rintis 23

3.9 Kaedah Penganalisaan Data 24

BAB IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 25

4.2 Analisis Diskriptif 26

4.2.1 Subjek 26

4.2.2 Data Kandungan Air Dalam Badan

Dan Jumlah Kehilangan Air 27

4.3 Analisis Inferensi 29

Page 12: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

xi

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 31

5.2 Perbincangan 32

5.3 Kesimpulan 33

5.4 Masalah Yang Dihadapi 34

5.4.1 Pemilihan Subjek 34

5.4.2 Kekangan Masa 34

5.5 Cadangan 35

5.5.1 Hasil Kajian 35

5.5.2 Kajian Akan Datang 35

5.6 Penutup 37

RUJUKAN 38

LAMPIRAN 41

Page 13: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Simptom Dehidrasi 16

3.1 Komponen Peralatan Tanita

Body Composition Analyzer TBF-300 20

3.2 Protokol Peralatan Tanita

Body Composition Analyzer TBF-300 21

3.3 Jadual Pengujian Berdasarkan Kitar Menstrual

Setiap Subjek 23

4.1 Biodata Subjek 26

4.2 Kandungan Air Dalam Badan Sebelum dan Selepas

Melakukan Aktiviti Dan Jumlah Kehilangan Air 27

4.3 Purata Jumlah Kehilangan Air Subjek

Pada Fasa Follicular dan Fasa Luteal 28

4.4 Perbandingan Purata Jumlah Kehilangan Air

Pada Fasa Follicular Dengan Fasa Luteal 30

Page 14: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Sistem Pembiakan Wanita 9

2.2 Kitar Menstrual 11

2.3 Fasa-fasa Di Dalam Kitar Menstrual 13

3.1 Prosedur Sewaktu Pengujian 22

4.1 Purata Jumlah Kehilangan Air

Pada Fasa Follicular dan Fasa Luteal 28

Page 15: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Persetujuan Menjadi Subjek 41

B Borang Biodata Subjek 42

C Gambarajah Instrumen 43

D Penganalisaan Data Menggunakan Spss 44

Page 16: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Setiap perempuan yang telah matang mengalami kitar menstrual yang stabil.

Kitar menstrual ialah kitaran yang lengkap merangkumi beberapa fasa seperti fasa

follicular, fasa luteal dan menstruasi pada setiap bulan. Kitar menstrual dikira bermula

pada hari pertama semasa menstruasi sehingga hari pertama untuk menstruasi yang

seterusnya. Secara saintifiknya, menstruasi disebut sebagai keguguran ovum yang tidak

disenyawakan bersama-sama dengan dinding endometrium. Walau bagaimanapun, rata-

rata wanita menggelarkan menstruasi sebagai pendarahan yang keluar melalui vagina

mereka setiap bulan.

Darah menstrual yang keluar dari vagina wanita semasa menstruasi terdiri

daripada beberapa komposisi iaitu campuran tisu-tisu dan bahan kumbuhan dari uterus,

darah daripada kapilari yang membekalkan darah ke endometrium dan tisu

endometrium itu sendiri. Bahan kumuh dari uterus yang dikeluarkan termasuklah air

dan mukus daripada kelenjar uterin (Urquhart, 2006). Menurut beliau lagi, kebanyakan

wanita mengalami menstruasi selama 2 hingga 7 hari dan mencatat jumlah kehilangan

darah sebanyak 20 hingga 80 mililiter darah dalam satu kitar menstrual.

Page 17: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

2

Oleh sebab itu darah yang keluar setiap bulan semasa menstruasi perlu diganti

dengan darah yang baru. Hal ini kerana darah dikenali sebagai sungai kehidupan iaitu

tempat manusia bergantung padanya untuk terus hidup. Marieb (1984), menyatakan

bahawa struktur darah yang berbentuk bendalir yang terdiri daripada 90% isipadu air

digunakan sebagai bahan perantara untuk menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel

badan. Ia juga bertindak sebagai medium untuk pembuangan sisa kumbuhan yang perlu

dikeluarkan dari tubuh badan serta digunakan untuk semua tindakbalas biokimia sel dan

tisu.

Penggunaan air adalah berbeza pada fasa yang berbeza kerana pada fasa luteal,

penggunaan air adalah lebih banyak berbanding fasa follicular. Hal ini kerana, hormon

progesteron dihasilkan dengan banyak pada fasa luteal bertindak merangsang

pembekalan darah yang banyak ke endometrium. Pembekalan darah yang banyak ke

endometrium memerlukan kandungan air yang banyak memandangkan air dapat

mengekalkan isipadu darah yang secukupnya untuk dibawa ke endometrium (Singh,

2003).

Kandungan air di dalam tubuh manusia meliputi 60 peratus dari berat badan

sebenar. Adakalanya bagi sesetengah keadaan, kandungan air di dalam tubuh akan

mencapai sehingga 70 peratus bagi individu yang berotot ( very lean ) dan hanya 40

peratus bagi individu yang obes. Ini kerana tisu lemak mengandungi kandungan air

yang rendah berbanding tisu otot. Air terdapat di dalam setiap sel atau tisu otot, sel-sel

lemak, darah dan setiap tulang. Setiap sel, tisu organ memerlukan air untuk

menjalankan tugas dan fungsinya. Jika seseorang itu melakukan sebarang aktiviti, lama

kelamaan kandungan air dalam badan tidak mencukupi untuk otot menjalankan tugas

dan fungsi. Hal ini disebut dehidrasi.

Page 18: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

3

Dehidrasi ialah pengurangan atau penyusutan air dalam badan yang signifikan

iaitu jumlah air yang keluar lebih banyak berbanding jumlah air yang masuk. Seseorang

itu dikatakan mengalami dehidrasi apabila cecair dalam badan hilang dan isipadu

intracellular compartment dan extracellular compartment semakin menurun. Untuk

mengenalpasti keadaan dehidrasi, seseorang itu mengalami tanda atau simptom seperti

dahaga, keletihan dan pengeluaran urin yang semakin berkurang dan warna urin yang

dihasilkan. Dehidrasi selalunya terjadi disebabkan oleh keletihan peringkat awal semasa

latihan sukan atau pertandingan (Roberts, 2007).

1.2 Latar Belakang Masalah

Berdasarkan kajian ringkas dilakukan oleh pengkaji sebelum memulakan kajian

yang telah dijalankan ke atas warga Malaysia, 9 daripada 10 orang mengatakan bahawa

wanita akan lebih mengalami dehidrasi pada fasa follicular berbanding dalam fasa

luteal. Hal ini menyimpang jauh daripada fakta sebenar iaitu sepatutnya seseorang

wanita itu akan lebih mengalami dehidrasi pada fasa luteal.

Disebabkan hal yang demikian, kajian yang lebih menyeluruh perlu dijalankan

bagi membuktikan bahawa status dehidrasi adalah lebih tinggi semasa wanita

mengalami fasa luteal berbanding fasa follicular di dalam kitar menstrual.

Page 19: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

4

1.3 Penyataan Masalah

Menurut kajian, cecair yang hilang dari badan semasa melakukan aktiviti atau

disebabkan oleh pengaruh cuaca adalah berbeza mengikut peringkat-peringkat di dalam

kitar menstrual seorang wanita muda yang sihat. Hal ini dipengaruhi oleh status

menstrual yang dihadapi oleh wanita tersebut. Fong dan Kretsch melaporkan bahawa

penghasilan urin dalam masa 24 jam antara wanita yang sedang mengalami fasa yang

berbeza di dalam kitar menstrual adalah berbeza. Perbezaan ini adalah disebabkan

pengaruh hormon yang terlibat.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengukur dan membandingkan tahap dehidrasi

antara wanita yang mengalami fasa luteal dan fasa follicular di dalam kitar menstrual.

Kajian ini dibuat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai dehidrasi di

kalangan wanita.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk membandingkan tahap dehidrasi antara wanita yang

mengalami kitar menstrual pada fasa yang berbeza iaitu fasa follicular dan fasa luteal

selepas melakukan aktiviti senaman.

Page 20: adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan ... filedalam kitar Menstrual yang dialami oleh wanita iaitu fasa Follicular dan fasa Luteal. Sehubungan dengan itu, wanita yang mengalami

5

1.5 Hipotesis Kajian

1.5.1 Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap dehidrasi antara fasa

luteal dan fasa follicular bagi wanita yang mengalami kitar menstrual.

1.5.2 Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap dehidrasi antara fasa luteal

dan fasa follicular bagi wanita yang mengalami kitar menstrual.

1.6 Persoalan Kajian

Berikut adalah merupakan persoalan kajian ini :

1.6.1 Apakah tahap dehidrasi wanita yang mengalami fasa follicular dan wanita yang

mengalami fasa luteal di dalam kitar menstrual apabila diuji dengan instrumen

Tanita Body Composition Analyzer TBF-300?

1.6.2 Pada fasa yang manakah tahap dehidrasi adalah lebih tinggi jika

membandingkan tahap dehidrasi antara kedua-dua fasa di dalam kitar

menstrual?