adakah nabi muhammad s

20
ADAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W. TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS? Prolog Adakah mengakui Nabi s.a.w. seorang yang ummi ya`ni dengan erti tidak pandai membaca, menulis dan menghitung merupakan sebahagian daripada aqidah? Adakah dianggap tidak beriman jika seseorang jika tidak mengakuinya atau beri`tiqad dengannya? Persoalan ini biasanya tidak timbul kepada masyarakat kita amnya kerana umumnya menerima bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seoang yang ummi iaitu tidak boleh membaca dan menulis bahkan ia dianggap sebagai satu keistimewaan dan mukjizat yang menunjukkan al-Quran itu bukanlah dari rekaannya tetapi daripada Allah s.w.t Ironinya jika dia diterima bulat-bulat maka ia boleh menjadi dalil kepada karaguan yang ditimbulkan orientalis untuk menggoyah akidah ummat Islam. Tambahan pula dalil-dalil yang biasanya dikemukakan tidak jelas dan tidak kuat untuk menjadi sandaran kepada dakwaan ini. Ini diikuti pula oleh beberapa hadits dan dalil al-Quran yang menampakkan percanggahan sekiranya diterima bulat-bulat. Antaranya hadits ini dan beberapa ayat al-Quran yang akan dibincangkan di akhir perbahasan ini. 3336 – اَ نَ رَ بْ خَ َ سُ ن وُ يُ نْ ب ىَ س يِ ع اَ نَ رَ بْ خَ َ قَ حْ سِ ! ِ لُ $ ظْ فَ ّ ل ل َ وَ سُ ن وُ يِ نْ ب ىَ س يِ عْ نَ ع اً ع يِ مَ جُ ّ ىِ ص يِ ّ صِ مْ ل ٍ ابَ نَ جُ نْ بُ دَ مْ جَ َ وُ ّ ىِ لَ $ ظْ يَ حْ ل َ م يِ ه َ رْ بِ ! ُ نْ بُ قَ حْ سِ ! اَ نَ I ثَ ّ دَ ح َ ّ لِ ! اَ هَ لُ حْ دَ نَ لَ ا وً O نَ لَ O ن اَ هِ بَ م يِ قُ يَ ف اَ هَ لُ حْ دَ نْ نَ ىَ لَ عَ ةَ ّ كَ مُ لْ هَ ُ ةَ حَ ل اَ صِ تْ يَ ^ بْ ل َ دْ نِ عَ مَ ّ لَ سَ وِ ةْ يَ لَ عُ َ ّ ىَ ّ لَ صُ ّ ىِ بَ ّ لب َ رِ صْ حُ اَ ّ مَ لَ الَ قِ ء َ رَ بْ ل ْ نَ عَ قَ حْ سِ ! يِ بَ ْ نَ عُ اءَ ّ نِ رَ كَ زِ نَ مْ جَ ّ ر ل ِ َ ّ ِ مْ سِ ن اَ نَ t بْ نَ ^ ثَ طْ رَ ّ O ش ل ْ تُ يْ ك ٍ ّ ىِ لَ عِ لَ الَ قُ ةَ عَ مَ انَ كْ نَ ّ مِ م اَ هِ بُ O ثُ كْ مَ ي ً دَ حَ َ عَ يْ مَ يَ لَ ا وَ هِ لْ هَ ْ نِ مُ ةَ عَ مٍ دَ حَ اِ نَ جُ رْ خَ يَ لَ وِ ةِ ب َ رِ قَ وِ فْ يَ ّ س ل ِ جَ لِ ّ س ل ِ انَ ّ نُ لُ جِ ي اَ اهَ جْ مَ يْ نَ اً ّ نِ لَ عَ رَ مَ اَ قِ َ ّ ِ دْ نَ عُ نْ بُ دَ ّ مَ حُ مْ تُ يْ ك ْ نِ كَ لَ وَ اكَ نْ عَ ب اَ نِ َ ّ ُ ولُ سَ زَ كَ ّ نَ ُ مَ لْ عَ بْ وَ لَ ونُ كِ رْ O شُ مْ ل ُ ةَ لَ الَ قَ فِ َ ّ ُ ولُ سَ زٌ دَ ّ مَ حُ مِ ةْ يَ لَ ع ىَ ض اَ ا قَ مَ دَ هِ م يِ جَ ّ ر ل ْ نَ اَ ّ مَ لَ قٍ امَ ّ نَ َ ةَ O بَ لَ O ن اَ هِ بَ امَ قَ اَ قِ َ ّ ِ دْ نَ عُ نْ ب َ تَ يَ كَ ا وَ اهَ جَ مَ ف اَ هَ ب اَ كَ مُ ه َ زَ اَ ا قَ هَ ب اَ كَ م يِ بِ زَ َ مَ ّ لَ سَ وِ ةْ يَ لَ عُ َ ّ ىَ ّ لَ صِ َ ّ ُ ولُ سَ زَ الَ قَ ف اَ اهَ جْ مَ َ لِ َ ّ َ وَ لٌ ّ ىِ لَ عَ الَ قَ فَ انَ كَ مِ ةِ يَ £ ث َ وِ ز ىِ فٍ ابَ نَ جُ نْ ب َ الَ و قَ جَ رَ خَ فْ مَ عَ بَ الَ قَ فَ كِ لَ دِ نُ هَ رَ بْ خَ اَ قْ جُ رْ خَ يْ لَ قُ هْ رُ مْ اَ قَ كِ نِ ج اَ صِ طْ رَ O شْ نِ مٍ مْ وَ يُ رِ خ« َ دَ هٍ ّ ىِ لَ عِ ل وُ ل اَ قِ O ثِ ل اَ ّ O ن ل ُ مْ وَ يَ انَ كَ اكَ نْ عَ ب اَ نَ اكَ نْ عَ ب اَ نIshaq bin Ibrahim al-Hanzoli dan Ahmad bin Janab al-Mishshishiy, semuanya meriwayatkan daripada Isa bin Yunus dan lafaz hadits adalah melalui Ishaq, katanya: ‘Isa bin Yunus telah menceritakan kepada kami, katanya: Zakariyyaa` telah menceritakan kepada kami daripada Abi Ishaq daripada al- Baraa`, beliau berkata: “Apabila Nabi s.a.w. terhalang daripada pergi ke Baitillah, penduduk Mekah telah berdamai dengan Rasulullah s.a.w. dengan perjanjian Nabi s.a.w. akan dapat memasukinya dan berada di sana selama

Upload: rr-darulkautsar

Post on 14-Apr-2017

114 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adakah nabi muhammad s

ADAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W. TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS?PrologAdakah mengakui Nabi s.a.w. seorang yang ummi ya`ni dengan erti tidak pandai membaca, menulis

dan menghitung merupakan sebahagian daripada aqidah? Adakah dianggap tidak beriman jika

seseorang jika tidak mengakuinya atau beri`tiqad dengannya?

Persoalan ini biasanya tidak timbul kepada masyarakat kita amnya kerana umumnya menerima

bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seoang yang ummi iaitu tidak boleh membaca dan menulis

bahkan ia dianggap sebagai satu keistimewaan dan mukjizat yang menunjukkan al-Quran itu

bukanlah dari rekaannya tetapi daripada Allah s.w.t

Ironinya jika dia diterima bulat-bulat maka ia boleh menjadi dalil kepada karaguan yang ditimbulkan

orientalis untuk menggoyah akidah ummat Islam. Tambahan pula dalil-dalil yang biasanya

dikemukakan tidak jelas dan tidak kuat untuk menjadi sandaran kepada dakwaan ini. Ini diikuti pula

oleh beberapa hadits dan dalil al-Quran yang menampakkan percanggahan sekiranya diterima bulat-

bulat. Antaranya hadits ini dan beberapa ayat al-Quran yang akan dibincangkan di akhir perbahasan

ini.

�سحق – 3336 إل� فظ والل يونس بن� ع�يسى عن جم�يعا الم�صيص�ي جناب بن وأحمد �ي الحنظل �براه�يم إ بن �سحق إ حدثنا

ند ع� م وسل عليه� ه الل صلى �ي ب الن أحص�ر لما قال البراء� عن �سحق إ �ي أب عن اء زكر�ي أخبرنا يونس بن ع�يسى أخبرنا�أحد ب يخرج وال �ه� وق�راب يف� الس الح� الس ان� �جلب ب �ال إ يدخلها وال ثالثا �ها ب فيق�يم يدخلها أن على ة مك أهل صالحه البيت�

ما هذا � ح�يم الر حمن� الر ه� الل � �سم ب بيننا رط الش اكتب �ي �عل ل قال معه كان م�من �ها ب يمكث أحدا يمنع وال �ها أهل م�ن معهه� الل عبد� بن محمد اكتب �ن ولك تابعناك ه� الل رسول ك أن نعلم لو المشر�كون له فقال ه� الل رسول محمد عليه� قاضى

مكانها فأراه مكانها �ي أر�ن م وسل عليه� ه الل صلى ه� الل رسول فقال أمحاها ال ه� والل ال �ي عل فقال يمحاها أن ا �ي عل فأمر�ك ب صاح� شرط� م�ن يوم آخ�ر هذا �ي �عل ل قالوا ال�ث� الث يوم كان أن فلما ام أي ثالثة �ها ب فأقام ه� الل عبد� ابن وكتب فمحاها

بايعناك تابعناك مكان �ه� ر�وايت ف�ي جناب ابن قال و فخرج نعم فقال �ك �ذل ب فأخبره فليخرج فأمره

Ishaq bin Ibrahim al-Hanzoli dan Ahmad bin Janab al-Mishshishiy, semuanya meriwayatkan daripada

Isa bin Yunus dan lafaz hadits adalah melalui Ishaq, katanya: ‘Isa bin Yunus telah menceritakan

kepada kami, katanya: Zakariyyaa` telah menceritakan kepada kami daripada Abi Ishaq daripada al-

Baraa`, beliau berkata: “Apabila Nabi s.a.w. terhalang daripada pergi ke Baitillah, penduduk Mekah

telah berdamai dengan Rasulullah s.a.w. dengan perjanjian Nabi s.a.w. akan dapat memasukinya dan

berada di sana selama tiga hari/malam dan Nabi s.a.w. tidak boleh memasukinya dalam keadan

pedang bersarung dan Nabi s.a.w. tidak boleh mengeluarkan sesiapa bersamanya dari kalangan

penduduk Mekah dan Nabi s.a.w. tidak boleh menghalang sesiapa yang duduk di Mekah dari

kalangan orang Islam. Nabi s.a.w. berkata kepada ‘Ali: “Tulis syarat itu [1]. Bismillahirrahmanirrahim.

Ini apa yang dipersetujui dan diputuskan oleh Muhammad Rasulullah.” Ketika itu orang-orang

Musyrikun berkata: “Kalau kami percaya tentu kami telah mengikutmu tetapi engkau tulislah

Muhammad bin ‘Abdullah.” Maka Nabi s.a.w. menyuruh ‘Ali memadamkannya.” Maka ‘Ali berkata:

“Tidak. Demi Allah! Aku tidak akan memadamkannya.” Ketika itulah Rasulullah s.a.w. bersabda:

Page 2: Adakah nabi muhammad s

“Tunjukkan kepadaku tempat itu.” ‘Ali pun menunjukkan tempatnya dan Nabi s.a.w. pun

memadamnya dan menulis [2] ‘Ibnu ‘Abdillah’ [3]. Kemudian [4] Nabi s.a.w. berada di Mekah selama

tiga hari. Apabila tiba hari yang ketiga. Penduduk Mekah berkata kepada ‘Ali: “Ini adalah hari yang

terakhir mengikut perjanjian sahabatmu, suruh lah dia supaya dia keluar.” Maka ‘Ali pun menceritakan

kepada Nabi s.a.w. apa yang dikatakan oleh penduduk Mekah itu. Nabi s.a.w. pun berkata: “Baiklah,”

lalu Baginda s.a.w. pun keluar. Ibnu Janab dalam riwayatnya berkata ‘تابعناك’ di tempat ‘

.(nescaya kami telah berbai`ah kepadamu)’بايعناك

[ Riwayat Muslim ]

Sebenarnya persoalan tentang ‘Adakah Nabi s.a.w. boleh membaca dan menulis?’ bukanlah

persoalan yang baru dalam Islam bahkan sudah sudah diperbahaskan sekian lama oleh ulamak

hadits. Ada dua golongan yang berbeza pendapat berhubung perkara ini:

1) Mengikut pendapat umum, perbuatan ‘menulis’ dalam hadits tadi adalah merujuk kepada Saidina

‘Ali kerana kebanyakan ulamak berpendapat Nabi seorang yang ummi iaitu buta huruf.

2) Dalam bab ini Imam an-Nawawi ada menukilkan daripada Qadhi ‘Iyad [5], katanya: Sesetengah

orang berhujjah dengan lafaz ini tentang Nabi s.a.w. telah menulis dengan tangannya sendiri

mengikut zahir lafaz hadits ini bahkan Imam Bukhari telah mengemukakan hadits yang lebih kurang

sama dengan hadits ini tetapi ia bukannya diriwayatkan daripada Syu’ bah tetapi Isra`il yang

meriwayatkan daripada Abi Ishaq dan beliau adalah anak murid Abi Ishaq yang paling kuat

ingatannya, dalam hadits itu beliau menyebutkan Rasulullah s.a.w. mengambil kertas tersebut lalu

baginda pun menulis. Dalam riwayat lain ada tambahan ‘dia tidak pandai menulis tetapi dia telah

menulis’.

Orang-orang yang mengikut aliran ini berpendapat:

“Allah s.w.t telah menjadikan penulisan itu melalui tangan Nabi s.a.w. samada Baginda sendiri tidak

tahu pen itu bergerak (ketika Baginda memegangnya) atau Allah mengajarnya pada ketika itu

sehingga Baginda menulisnya dan menjadikan ini sebagai tambahan kepada mukjizatnya yang sedia

ada kerana sebelum itu Baginda tidak tahu mengajar dan menulis sepertimana Allah s.w.t telah

mengajarkan kepada apa yang Baginda tidak tahu sebelum ini dan Allah s.w.t menjadikannya boleh

membaca al-Quran yang sebelum itu dia tidak mampu membacanya maka begitu juga Allah s.w.t

mengajarnya menulis yang mana sebelum ini dia tidak tahu. Baginda dapat menulis selepas menjadi

Nabi apa yang sebelum ini dia tidak boleh. Ini tidak mencacatkan sifat Nabi s.a.w yang dikatakan

ummi (buta huruf) itu dan tidak merobohkannya. Mereka berhujjah lagi dengan beberapa atsar yang

diriwayatkan oleh Sya’bi dan beberapa orang salaf bahawa Nabi s.a.w tidak mati melainkan dalam

keadaan dia boleh menulis.

Qadhi ‘Iyad berkata: Antara orang yang berpendapat sedemikian adalah Abul Walid al-Baji

(Pengarang al-Muntaqa syarah Muwatto`), juga daripada Sam`ani dan Abi Zar al-Hirawi dan lain-lain

lagi

Page 3: Adakah nabi muhammad s

Hujjah Golongan PertamaKebanyakan ulamak berpendapat demikian dan mereka mengatakan bahawa pendapat golongan

yang kedua terbatal kerana Allah telah mensifatkan Nabi s.a.w sebagai Nabi yang ummi dengan

firman Allah:

المبط�لون الرتاب �ذا إ �ك �يم�ين ب تخطه وال �تاب ك م�ن �ه� قبل م�ن تتلو كنت وما

Maksudnya: Dan engkau (Wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah Kitab pun

sebelumnya dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (Kalaulah engkau dahulu

pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan

merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu). [Al-‘Ankabut:48]

Dan sabda Nabi s.a.w:

نحسب وال نكتب ال أمية أمة إنا

Sesungguhnya kita adalah ummat Ummi, tidak boleh menulis dan menghitung [Riwayat Bukhari dan

Muslim]

Mereka berpendapat ‘menulis’ bermakna: Nabi s.a.w menyuruh supaya ditulis seperti juga dalam

hadits lain: Nabi s.a.w merejam Ma`iz bermakna Nabi s.a.w menyuruh orang merejam Ma’iz dan

begitu juga dengan memotong tangan pencuri dan menyebat peminum arak bukanlah bermakna Nabi

melakukannya sendiri tetapi Nabi s.a.w menyuruh orang lain bermakna ia dipakai dengan

erti majaz bukan hakikat.

Hujjah Golongan KeduaMereka berpegang dengan hadits yang lain:

الله عبد بن محمد اكتب عنه تعالى الله رضي لعلي فقال

Maka Nabi s.a.w berkata kepada ‘Ali r.a.: “Tuliskan Muhammad bin ‘Abdillah”.

Perintah dalam riwayat ini ditujukan kepada Saidina ‘Ali maka dengan sebab itu mereka mengatakan

‘Ali yang menulis.

Jawapan Dari Golongan PertamaQadhi ‘Iyad berkata: Golongan pertama (iaitu golongan yang berpendapat Nabi s.a.w boleh menulis,

membaca dan mengira) menjawab begini: Memang Baginda tidak tahu membaca dan tidak tahu

menulis sebelum Allah s.w.t mengajarkannya kerana Allah s.w.t berfirman: ه�� قبل (bermaksud) م�ن

sebelumnya iaitu sebelum diutuskan sebagai Nabi.

Ya`ni kita tidak mengatakan sejak dari awal lagi dia pandai membaca dan menulis. Ini bermakna

sehinggalah Nabi s.a.w berumur 40 tahun Baginda dimaklumi sebagai orang yang tidak boleh

membaca dan menulis tetapi ini bukanlah bermakna untuk sepanjang hidupnya bahkan selepas

Page 4: Adakah nabi muhammad s

berumur 40 tahun Baginda boleh menulis dengan tiba-tiba dan bukannya dengan pembelajaran dan

inilah yang dikatakan mukjizat.

Sepertimana boleh dikatakan dia membaca maka boleh juga dikatakan dia boleh menulis dan ini tidak

merobohkan kedudukan Baginda yang tidak boleh membaca dan menulis kerana mukjizat bukan

terletak kepada tidak boleh membaca dan menulis semata-mata

Qadi ‘Iyad berkata: Golongan pertama (yang berpendapat Nabi s.a.w. boleh menulis dan membaca

selepas kenabian) inilah yang zahir daripada hadits. dalam hadits ada menyebut:

‘ فكتب يكتب أن يحسن ’ وال

“..dia tidak tahu menulis tetapi dia menulis.” [riwayat Bukhari]

Ini adalah nash yang terang menunjukkan Nabi s.a.w. boleh menulis kerana sudah dimaklumi bahawa

‘Ali boleh menulis dan ini tidak membawa apa-apa makna yang pelik jika dikatakan yang menulis itu

adalah ‘Ali dan bukan Baginda s.a.w.

Qadhi ‘Iyad berkata: Mengelakkan diri daripada ini kepada yang lain (daripada zahir kepada makna

yang lain) adalah majaz sedangkan tidak perlu kepada majaz.

Beberapa Penilaian Terhadap Dalil Golongan Pertama1) Daripada sini dapat kita ketahui bahawa bukan seorang dua yang berpendapat demikian bahkan

ramai dari kalangan salaf turut berpendapat bahawa Nabi s.a.w boleh membaca dan menulis tetapi

kita tidak menyokong pendapat orientalis yang mengatakan Nabi boleh membaca dan menulis sejak

awal lagi dan mendakwa kebolehannya itu sebenarnya telah dirahsiakan. Mereka cuba mendakwa

bahawa Nabi s.a.w telah lama membaca Taurat dan Injil dan oleh sebab itulah banyak persamaan

antara kandungan Taurat, Injil dan al-Quran

2) Selain itu pendapat yang mengatakan Nabi s.a.w. adalah ummi untuk sepanjang hayatnya juga

adalah suatu yang menunjukkan kekurangan Nabi s.a.w. dan kelemahan dalam Islam

3) Kalau diperhatikan dalil ayat: تاب� ك م�ن �ه� قبل م�ن تتلو كنت tidak terang untuk membuktikan Nabi itu وما

seorang yang Ummi bahkan kalau diteliti ia sebenarnya menjadi dalil kepada golongan pertama yang

berpendapat sebaliknya.

Ini dapat dibuktikan dengan perkaitan ayat tadi dengan ayat yang lain iaitu:

م�ن نشاء من �ه� ب نهد�ي نورا جعلناه �ن ولك �يمان اإل وال �تاب الك ما تدر�ي كنت ما أمر�نا م�ن روحا �ليك إ أوحينا �ك وكذل مستق�يم ص�راط �لى إ لتهد�ي ك �ن وإ باد�نا ع�

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang

menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu;

Page 5: Adakah nabi muhammad s

akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa

yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad)

adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus [ al-Syuraa:52 ]

Menilai Hadits Dari Sudut Dirayah Dan Riwayah:نحسب وال نكتب ال أمية أمة إنا سلم و عليه الله صلى وقوله

Sesungguhnya kita adalah ummat Ummi, tidak boleh menulis dan menghitung [Riwayat Bukhari dan

Muslim]

1. Hadits ini tidak tepat kerana bukan semua ummat Nabi s.a.w tidak boleh membaca dan

menulis

2. Kalau dimaksudkan ‘kami’ di sini adalah para sahabat maka ia juga tidak tepat dengan kenyataan

kerana tidak semua sahabat tidak dapat membaca dan menulis bahkan ramai dari kalangan

sahabat yang pandai membaca dan menulis termasuklah Abu Bakar, Umar, Utsman, ‘Ali dan lain-

lain. Firman Allah s.w.t:

�ه� آيات عليه�م يتلو م�نهم رسوال ين األمي ف�ي بعث ذ�ي ال هو

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul

(Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat

Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) [ Al-Jumu`ah:2 ]

Adakah mereka tidak termasuk dalam kalangan Ummiyyin ini yang diutuskan Nabi kepada mereka?

Kerana kalau dianggap Ummyyin adalah orang yang buta huruf maka tentunya mereka tidak

termasuk dalam kalangan ini kerana mereka boleh membaca dan menulis bahkan hadits: ‘ أمية أمة إنانحسب وال نكتب yang mula-mula memasyhurkan perkataan Ummi untuk makna ‘buta huruf’ kerana ’ال

dalam al-Quran tidak ada ayat yang jelas yang menunjukkan Ummiyyin atau Ummiyyun dengan

makna ‘buta huruf’.

Padahal hadits tersebut hanya diriwayatkan oleh Aswad seorang sahaja. Kalau dikatakan hadits ini

sahih sekalipun tetapi ia hanya sekadar hadits Aahad dan kalau ia bercanggah atau tidak tepat

dengan istilah al-Quran maka ia tidak boleh dipakai. Apalagi jika bercanggah dengan hadits-hadits

sahih lain.

�سعا ت �ي يعن وهكذا وهكذا وهكذا قال ثم �ين ثالث �ي يعن وهكذا وهكذا هكذا هر الش م وسل عليه� ه الل صلى �ي ب الن قالوع�شر�ين

Nabi s.a.w bersabda: Bulan itu ada kalanya begini, begini, begini iaitu tiga puluh hari kemudian

Baginda bersabda: begini, begini dan begini iaitu dua puluh sembilan hari. [Riwayat Bukhari]

Dalam hadits ini Nabi s.a.w. menjelaskan kepada ummatnya bilangan hari dalam sebulan sambil

mengisyaratkan dengan tangannya. Bagaimana Nabi s.a.w. dikatakan tidak pandai menghitung

dalam keadaan dia boleh menjelaskan bilangan hari dengan menggunakan tangannya.

Ada banyak ayat al-Quran menjelaskan tentang perutusan Rasul, antaranya:

Page 6: Adakah nabi muhammad s

تعلمون تكونوا لم ما مكم ويعل والح�كمة �تاب الك مكم ويعل يكم ويزك �نا آيات عليكم يتلو م�نكم رسوال ف�يكم أرسلنا كما

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami

mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang

membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan

maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan

mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [Al-Baqarah:151]

Dan Firman Allah s.w.t:

لف�ي قبل م�ن كانوا �ن وإ والح�كمة �تاب الك مهم ويعل يه�م ويزك �ه� آيات عليه�م يتلو م�نهم رسوال ين األمي ف�ي بعث ذ�ي ال هو�ين مب ضالل

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul

(Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat

Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad

yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang

mendalam mengenai hukum-hukum syara`). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi

Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. [Al-Jumuah:2]

Dan firman-Nya lagi:

�ن وإ والح�كمة �تاب الك مهم ويعل يه�م ويزك �ه� آيات عليه�م يتلو ه�م أنفس� م�ن رسوال ف�يه�م بعث �ذ إ �ين المؤم�ن على ه الل من لقد�ين مب ضالل لف�ي قبل م�ن كانوا

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah ia

mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan

kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan

kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab

Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syari`at). dan

Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang

nyata. [Aali-Imran:164]

Dan banyak lagi ayat yang membuktikan kedatangan Rasul sebagai mengajar dan memberi

penjelasan tentang kitab kepada ummatnya dan bagaimana pula dia hendak menjelaskan jika dia

sendiri tidak tahu tentang kitab itu sendiri?

Dalil-dalil bahawa Rasulullah s.a.w. boleh mengiraDan dalam al-Quran ada menyebutkan banyak tentang bilangan dan angka. Sekiranya Nabi s.a.w.

tidak tahu menghitung maka bagaimana pula Baginda hendak menjelaskannya? Misalnya:

أحد ه الل هو قل

Page 7: Adakah nabi muhammad s

Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang Maha Esa ; [ Al-Ikhlas:1 ]

يخلقكم أزواج �ية ثمان � األنعام م�ن لكم وأنزل زوجها م�نها جعل ثم واح�دة نفس م�ن خلقكم

Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian ia menjadikan daripadanya – isterinya

(Hawa); dan ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (empat) pasangan

(jantan dan betina). [ Al-Zumar : 6 ]

Contoh angka dalam bentuk muannats (kata nama untuk perempuan):

�فتين� الطائ �حدى إ ه الل يع�دكم �ذ وإ

Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan [ Al-Anfaal:7 ]

Contoh angka dalam bentuk muzakkar:

م�نكم عدل ذوا اثنان�

Dua orang yang adil di antara kamu [ Al-Ma`idah:106 ]

Contoh angka yang sama dalam bentuk muannats:

اثنتين� كانتا �ن فإ

Jika ada dua orang perempuan [ Al-Nisaa`:176 ]

Adakah Nabi s.a.w. memang tidak pandai menghitung? Kalau tidak tentu Baginda tidak akan faham

sebab-sebab penggunaan angka ini, samada muzakkar atau muannatsnya.

Dan firman-Nya lagi:

قروء ثالثة ه�ن �أنفس� ب صن يترب قات والمطل

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari

berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) [ Al-Baqarah:228 ]

تصرفون ى فأن هو �ال إ �له إ ال الملك له كم رب ه الل �كم ذل ثالث ظلمات ف�ي خلق بعد� م�ن خلقا �كم أمهات بطون� ف�ي

Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke

satu kejadian. dalam tiga suasana yang gelap-gelita. yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah

Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan dia; oleh itu Bagaimana

kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? [ Az-Zumar:6 ]

Dan bagaimana pula Baginda s.a.w. akan menerangkan perbezaan antara keduanya kalau sekiranya

ada orang bertanya.

Page 8: Adakah nabi muhammad s

Contoh bilangan mengikut urutan (‘adad tartibi):

كلبهم وثام�نهم سبعة ويقولون �الغيب� ب رجما كلبهم ساد�سهم خمسة ويقولون كلبهم �عهم راب ثالثة سيقولون

(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya

ialah anjing mereka “; dan setengahnya pula berkata:”Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya

ialah anjing mereka” – secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan

setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya ialah anjing

mereka”. [ al-Kahfi : 22 ]

ح�جج �ي ثمان �ي تأجرن أن على هاتين� ابنتي �حدى إ �حك أنك أن أر�يد ي �ن إ قال

Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang

dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama lapan

tahun [ Al-Qashash : 27 ]

اثنين� المعز� وم�ن اثنين� الضأن� م�ن أزواج �ية ثمان

(Binatang ternak itu) lapan ekor – (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan

betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). [ Al-An`aam : 143 ]

Contoh ‘Adad dalam bentuk tamyiz<href=”#_ftn1″ name=”_ftnref1″ title=””>[1][1]:�سعا ت وازدادوا �ين ن س� م�ئة ثالث كهف�ه�م ف�ي �ثوا ولب

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan

sembilan lagi (dengan kiraan kamu). [ Al-Kahfi : 25 ]

نق�يبا عشر اثني م�نهم وبعثنا �يل �سرائ إ �ي بن م�يثاق ه الل أخذ ولقد

Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka

menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka

dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing) [ Al-Ma`idah : 12 ]

�ها أمثال عشر فله �الحسنة� ب جاء من

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali

ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya. [ Al-An`aam : 160 ]

حرم أربعة م�نها واألرض ماوات� الس خلق يوم ه� الل �تاب� ك ف�ي شهرا عشر اثنا ه� الل ند ع� هور� الش ع�دة �ن إ

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah

ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang

dihormati. [ At-Taubah : 36 ]

Page 9: Adakah nabi muhammad s

عشر) (۱والفجر� ( )٢وليال

Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah) [ Al-Fajr : 1-2 ]

ساج�د�ين ل�ي رأيتهم والقمر مس والش كوكبا عشر أحد رأيت ي �ن إ أبت� يا �يه� ب أل� يوسف قال �ذ إ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku

mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat

kepadaku”. [ Yusuf : 4 ]

عشر �سعة ت عليها

Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat). [ Al-Muddassir : 30 ]

Contoh angka dengan makna berganda:

ورباع وثالث مثنى ساء� الن م�ن لكم طاب ما �حوا فانك اليتامى ف�ي تقس�طوا أال خ�فتم �ن وإ

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu

berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari

perempuan-perempuan (lain): dua-dua, tiga-tiga atau empat-empat. [ An-Nisaa` : 3 ]

مثنى ه� �ل ل تقوموا أن �واح�دة ب أع�ظكم ما �ن إ قل

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara

sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah

semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain) [ Saba` : 46 ]

ورباع وثالث مثنى �حة أجن �ي أول رسال �كة� المالئ جاع�ل� واألرض� ماوات� الس فاط�ر� ه� �ل ل الحمد

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-

utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat [ Fatir : 1 ]

Contoh angka pecahan:

فلها واح�دة كانت �ن وإ ترك ما ثلثا فلهن اثنتين� فوق �ساء ن كن �ن فإ األنثيين� حظ م�ثل �لذكر� ل أوالد�كم ف�ي ه الل يوص�يكم�ن فإ لث الث مه� فأل� أبواه وور�ثه ولد له يكن لم �ن فإ ولد له كان �ن إ ترك م�ما السدس م�نهما واح�د �كل ل بويه� وأل� صف الن

السدس مه� فأل� �خوة إ له كان

Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, Iaitu

bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jika anak-anak

perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan

oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua

Page 10: Adakah nabi muhammad s

(separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari

harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si mati tidak

mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya

ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka

bahagian ibunya ialah satu perenam. [ An-Nisaa` : 11 ]

�ها ب يوص�ين ة وص�ي بعد� م�ن تركن م�ما بع الر فلكم ولد لهن كان �ن فإ ولد لهن يكن لم �ن إ أزواجكم ترك ما �صف ن ولكمتوصون ة وص�ي بعد� م�ن تركتم م�ما من الث فلهن ولد لكم كان �ن فإ ولد لكم يكن لم �ن إ تركتم م�ما بع الر ولهن دين أو

�ك ذل م�ن أكثر كانوا �ن فإ السدس م�نهما واح�د �كل فل أخت أو أخ وله امرأة أو� كاللة يورث رجل كان �ن وإ دين أو �ها ب�يم حل �يم عل ه والل ه� الل م�ن ة وص�ي مضار غير دين أو �ها ب يوصى ة وص�ي بعد� م�ن لث� الث ف�ي شركاء فهم

Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak

mempunyai anak. tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta

yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan

hutangnya. dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika

kamu tidak mempunyai anak. tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri

kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu

wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau

perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki

(seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu

perenam. kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka

bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah

ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat

yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum

itu) ialah ketetapan dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. [ An-

Nisaa` : 12 ]

Bagaimana Rasulullah s.a.w. akan faham dan membahagikan jika datang satu kes kepadanya jika

benar baginda tidak pandai menghitung dan bagaimana pula dia akan mengajarkan kaedah

membahagikan pesaka sedangkan Baginda sendiri tidak tahu mengenainya? Adakah logik sahabat-

sahabat lebih tahu tentang ini semua sedang Nabi yang membawa dan memperkenalkannya kepada

mereka. Dan firman-Nya:

�بوا يغل م�ئة م�نكم يكن �ن وإ م�ائتين� �بوا يغل �رون صاب ع�شرون م�نكم يكن �ن إ الق�تال� على �ين المؤم�ن حرض� �ي ب الن ها أي يايفقهون ال قوم هم �أن ب كفروا ذ�ين ال م�ن ألفا

Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. jika ada di antara

kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh

yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu

orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. [

Al-Anfaal : 65]

Page 11: Adakah nabi muhammad s

وبلغ أشده بلغ �ذا إ ى حت شهرا ثالثون وف�صاله وحمله كرها ووضعته كرها أمه حملته �حسانا إ �ديه� �وال ب �نسان اإل ووصيناسنة أربع�ين

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya

dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.

sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa

tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatanNya dan

sampai ke peringkat umur empat puluh tahun.

[ Al-Ahqaaf : 15 ]

عاما ين خمس� �ال إ سنة ألف ف�يه�م �ث فلب قوم�ه� �لى إ نوحا أرسلنا ولقد

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam

kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; [ Al-‘Ankabut : 14 ]

م�سك�ينا ين ت س� �طعام فإ يستط�ع لم فمن ا يتماس أن قبل� م�ن �عين� متتاب شهرين� فص�يام يج�د لم فمن

Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua

bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak

sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin.

[ Al-Mujadalah : 4 ]

فاسلكوه ذ�راعا سبعون ذرعها لة لس� س� ف�ي ثم

Selain dari itu, masukkanlah Dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh

hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)! [ Al-Haaqqah : 32 ]

جلدة �ين ثمان فاجل�دوهم شهداء �أربعة� ب يأتوا لم ثم المحصنات� يرمون ذ�ين وال

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara

kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka

lapan puluh kali sebatan. [ An-Nur : 4 ]

واح�دة نعجة �ي ول نعجة �سعون وت �سع ت له أخ�ي هذا �ن إ

“Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; dia mempunyai sembilan puluh

sembilan ekor kambing betina dan Aku mempunyai seekor sahaja. [ Shaad : 23 ]

يز�يدون أو ألف م�ئة� �لى إ وأرسلناه

Page 12: Adakah nabi muhammad s

Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus

ribu atau lebih. [ As-Shaffaat : 147 ]

Dan dakwaan tidak boleh mengira juga memasukkan kita, ummatnya yang kemudian sebagai orang

yang tidak boleh menghitung

Ada ulamak cuba menakwilkan hadits tersebut dengan mengatakan tidak boleh mengira mengikut

ilmu falak. Itu yang Nabi nafikan tetapi pendapat ini juga tidak tepat kerana pada zaman ini sudah

terbukti ramai dari kalangan ummat Islam yang pakar dalam falak sehingga terhasilnya taqwim waktu

sembahyang dan ramai juga yang menjadi pakar dan guru dalam bidang matematik.

Dengan kerana sesetengah ulamak berkata lafaz ‘ نحسب وال نكتب ال أمية أمة bukan sabda Nabi ’إنا

s.a.w. lafaz yang dimasukkan oleh perawi. Lafaz Nabi s.a.w. hanyalah ‘ ‘ أمية أمة .sahaja ’إنا

Dan buta huruf itu adalah satu kekurangan walaupun hanyalah seorang tetapi jika satu ummat digelar

buta huruf maka adakah masih kita menganggap ia satu keistimewaan dan kalau ia satu kelebihan

maka kenapa tidak dibiarkan sahaja ummatnya dalam keadaan tidak tahu membaca, menulis dan

menghitung?

Dalam sebuah hadits Nabi s.a.w. juga ada mensyaratkan kepada tawanan perang yang ingin

melepaskan diri supaya mengajarkan menulis dan membaca kepada kanak-kanak. Ini menunjukkan

Nabi s.a.w. tahu ‘buta huruf’ itu satu kekurangan dan kebolehan untuk membaca dan menulis adalah

sebaliknya yang menjadi keperluan ummat Islam.

Kesungguhan Nabi s.a.w. menjadikannya sebagai syarat pembebasan mereka adalah bukti bahawa

inilah yang Baginda s.a.w. mahukan untuk ummatnya.

Golongan Pertama Berpegang Dengan Ayat:عن� وينهاهم �المعروف� ب يأمرهم �نج�يل� واإل وراة� الت ف�ي ع�ندهم مكتوبا يج�دونه ذ�ي ال األمي �ي ب الن سول الر �عون ب يت ذ�ين ال�ه� ب آمنوا ذ�ين فال عليه�م كانت �ي ت ال واألغالل �صرهم إ عنهم ويضع �ث الخبائ عليه�م م ويحر بات� الطي لهم ويح�ل المنكر�

�حون ( المفل هم �ك أولئ معه أنز�ل ذ�ي ال ور الن بعوا وات ونصروه روه �ليكم) ١٥٧وعز إ ه� الل رسول ي �ن إ اس الن ها أي يا قل

ه� �الل ب يؤم�ن ذ�ي ال األمي �ي ب الن �ه� ورسول ه� �الل ب فآم�نوا ويم�يت �ي يحي هو �ال إ �له إ ال واألرض� ماوات� الس ملك له ذ�ي ال جم�يعا

تهتدون ( كم لعل �عوه ب وات �ه� �مات )١٥٨وكل

Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka

dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia

menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan

perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan

mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka

beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman

kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan

kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. Katakanlah (wahai Muhammad):

Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus

Page 13: Adakah nabi muhammad s

oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;

yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi

yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimah-Nya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia,

supaya kamu beroleh hidayat petunjuk (al-A`raaf:157-158 )

Kebiasaannya Ummi ditafsir dan diterjemahkan sebagai ‘buta huruf’ sedangkan tidak semestinya

begitu bahkan sebenarnya dalam ayat ini Allah s.w.t hendak mengggambarkan kelebihan dengan

maqam madh / tsanaa` dan tidak logik untuk memuji seseorang dengan menyebut kekurangannya.

Bermakna jelaslah Ummi di situ bukanlah bermakna buta huruf bahkan sebenarnya adalah nisbah

kepada Ummul Qura iaitu Mekah. Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail pernah berdoa di Ummul

Qurasupaya akan ada keturunannya yang menjadi Rasul dan ia merupakan satu kelebihan di

kalangan orang-orang Arab kerana mereka adalah anak-anak cucu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Dalam bahasa Arab kerap menggunakan ringkasan, sebagai contoh; ‘Ubaidulah (Pengasas kepada

kerajaan Fatimiyyah) ketika mana dinisbahkan kepadanya maka orang Arab

mengatakan Ubaidiyyun dan tidak pula mengatakan Ubaidullahiyyun. Maka begitu juga dengan

perkataan Ummat apabila di nisbahkan menjadi Ummi dan Ummul Qura bemakna penduduk Mekah

yang lebih istimewa di kalangan Arab sebab mereka itu anak cucu dari keturunan Nabi Ismail yang

mana adalah hasil doa oleh Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim di situ.

Dan orang-orang Mekah ketika mana pergi ke luar Mekah maka mereka berbangga

dengan Ummi yang menunjukkan mereka adalah orang Arab. Firman Allah s.w.t:

وهم �ه� ب يؤم�نون �اآلخ�رة� ب يؤم�نون ذ�ين وال حولها ومن القرى أم �تنذ�ر ول يديه� بين ذ�ي ال مصدق مبارك أنزلناه ك�تاب وهذايحاف�ظون �ه�م صالت على

Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah

dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan

supaya Engkau memberi peringatan kepada penduduk “Ummul-Qura” (Makkah) serta orang-orang

yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman

kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya. [ Al-An`am:92]

Dan Firman-Nya lagi:

ف�ي وفر�يق ة� الجن ف�ي فر�يق ف�يه� ريب ال الجمع� يوم وتنذ�ر حولها ومن القرى أم �تنذ�ر ل ا �ي عرب قرآنا �ليك إ أوحينا �ك وكذلع�ير� الس

Dan sebagaimana Kami tetapkan Engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran

dalam bahasa Arab, supaya Engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) “Ummul-

Qura” dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai

hari perhimpunan (hari kiamat) – yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak

masuk syurga dan sepuak lagi masuk neraka. [ As-Syura:7]

‘Ummul-Qura dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya’ dalam ayat ini adalah tanah Hijaz.

Page 14: Adakah nabi muhammad s

Atau dengan makna yang lebih tepat, ummi juga boleh dikatakan kepada orang yang tidak tahu apa-

apa tentang kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t ya`ni orang yang sudah putus hubungannya

dengan kitab daripada langit.

Sebab itu al-Quran juga menyebutkan orang Yahudi yang tidak tahu tentang kitab juga

sebagai Ummi: firman-Nya:

ون يظن �ال إ هم �ن وإ �ي أمان �ال إ �تاب الك يعلمون ال ون أمي وم�نهم

Dan di antara mereka pula ada orang-orang Ummi, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat

selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah

berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja. [al-Baqarah:78]

Dengan itu kaum Arab yang sudah lama tidak diutuskan kepada mereka Nabi tidak digelar dengan

Ahlul Kitab berbanding Yahudi dan Nasara yang mendapat Nabi sehingga Nabi Isa a.s iaitu Nabi

sebelum diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. manakala kaum Arab tidak ada lagi Nabi selepas Nabi

Ismail a.s. kecuali Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam al-Quran tidak ada ayat menyebutkan dengan jelas bahawa Ummi dengan makna ‘buta huruf’

dan ayat:

�ه� آيات عليه�م يتلو م�نهم رسوال ين األمي ف�ي بعث ذ�ي ال هو

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul

(Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat

Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) [ Al-Jumu`ah:2 ]

Adakah ayat ini tidak memasukkan Abu Bakar dan sahabat-sahabatnya yang lain yang boleh

membaca? Adakah Nabi Muhammad s.a.w. tidak diutuskan untuk mereka? Bagaimana pula dengan

‘Abdullah bin Salam dan lain-lain yang sangat pandai tentang kitab? Ayat ini jelas menunjukkan

pertentangan dengan ayat sebelum ini jika tidak dipakai dengan makna penduduk Mekah.

Sekiranya benar Nabi itu tidak tahu membaca dan menulis maka pastinya ramai pula dari kalangan

ahlul kitab yang mengatakan: “Buat apa kami hendak ikut Nabi yang tidak tahu apa-apa sedangkan

kami sendiri telah menjadi ahlul kitab sekian lama,” sebagai alasan untuk mengikut Nabi tetapi tidak

pernah pula ada riwayat hadits maupun sirah yang menunjukkan mereka ada mengatakan demikian.

Dan tidak ada pula ayat al-Quran maupun nukilan yang menunjukkan perkara ini menjadi masalah

kepada mereka bahkan yang menjadi masalah adalah kerana iri hati disebabkan semangat

kebangsaan mereka sebagaimana firman Allah s.w.t:

فاعفوا الحق لهم ن تبي ما بعد� م�ن ه�م أنفس� ند� ع� م�ن حسدا كفارا �كم �يمان إ بعد� م�ن يردونكم لو �تاب� الك أهل� م�ن �ير كث ودقد�ير شيء كل على ه الل �ن إ �أمر�ه� ب ه الل �ي يأت ى حت واصفحوا

Banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat

mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri

Page 15: Adakah nabi muhammad s

mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). oleh itu,

maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [ Al-Baqarah:109 ]

Dan firman-Nya lagi:

وأص�يال بكرة عليه� تملى فه�ي اكتتبها �ين األول أساط�ير وقالوا

Dan mereka berkata lagi: “Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang

diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya

pagi dan petang (untuk dihafaznya)”. [al-Furqaan:5 ]

Kebiasaannya ahli Tafsir mentafsirkannya begini iaitu menterjemahkan اكتتب dengan makna اسكتتب iaitu dengan makna ‘diminta oleh Muhammad supaya dituliskan’ padahal ada juga ahli tafsir yang

mengatakan Nabi yang tulis sendiri berdasarkan makna perkataan mengikut spesifikasinya. Ini

bermakna orang kafir tahu yang dulu memang Nabi s.a.w. tidak boleh menulis tetapi kemudiannya

Baginda menulis sendiri.

memberi makna takalluf dan takalluf ada dua makna, salah satunya dengan makna susah dan اكتتب

yang kedua dengan makna bersungguh-sungguh dan elok-elok contohnya:

bermaksud dengar dengan bersungguh-sungguh استمع bermaksud mendengar manakala سمع

sepertimana firman-Nya:

ترحمون ( كم لعل وأنص�توا له فاستم�عوا القرآن قر�ئ �ذا )۲۰٤وإ

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah dengan bersungguh-sungguh akan Dia serta

diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat [ al-

A`raaf:204 ]

Dan firman-Nya:

يسلبهم �ن وإ له اجتمعوا ولو� ذبابا يخلقوا لن ه� الل دون� م�ن تدعون ذ�ين ال �ن إ له فاستم�عوا مثل ضر�ب اس الن ها أي ياوالمطلوب ( �ب الطال ضعف م�نه يستنق�ذوه ال شيئا )٧٣الذباب

Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya

dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah

itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai

untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat

mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari

mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya) [ al-Haj:73 ]

Page 16: Adakah nabi muhammad s

Manakala perkataan عليه� أملى – – berasal dari perkataan تملى يملي yang bermaksud menulis إمالء

berdasarkan bacaan orang lain manakala kata ganti diri dalam perkataan عليه� yang memberi makna

kepadanya / kepada dia merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ini bermakna Malaikat membacakan

kepada Nabi Muhammad supaya dia menuliskannya apa yang didengarnya dan bukannya

sebagaimana sesetengah tafsiran Al-Quran yang menafsirkannya dengan makna sebagai ‘cerita-

cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian

perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)’ kerana إمالء tidak

memberi makna mendengar dan menghafaz.

Dari segi tulisan bahasa Arab biasa dengan bahasa dalam al-Quran, penggunaan huruf kadang-

kadang berbeza dan bagaimana pula Nabi s.a.w tahu yang mana satu yang dikehendaki Allah seperti

الصالة dalam al-Quran berbanding tulisan Arab yang biasa ditulis الصلوة

Dengan sebab itu maka wajarlah kita katakan Nabi s.a.w. lah yang memilih dan menentukan

penggunaan huruf tersebut dalam al-Quran. Adapun sekiranya Nabi s.a.w tidak tahu maka itu

hanyalah sebelum kenabiannya tetapi bukan selepas kenabian Baginda s.a.w.

Jika dipersoalkan kenapa Baginda menyuruh orang lain menulis maka itu sebenarnya sebagai

kebesaran seorang pemimpin agung sepertimana pembesar-pembesar dan raja-raja yang lain.

Mereka tidak menulis sendiri tidak menunjukkan yang mereka tidak pandai menulis.

Antara dalil lain ialah hadits ‘ustuwanah mushaf’ riwayat Muslim yang menunjukkan sahabat-sahabat

sering menyalin dari mushaf tersebut yang diletakkan di satu tiang sehingga terkenal tiang tersebut

dengan nama ‘ustuwanah mushaf’. maka timbullah persoalan; siapakah penulis mushaf tersebut dan

kenapakah mushaf tersebut sahaja yang paling penting sehingga dijaga dan disalin sedemikian rupa?

KesimpulanMaka dari sini dapat kita simpulkan bahawa antara sebab utama kita tidak menerima ummi dengan

makna buta huruf ialah:

I. Dalil ummi yang tidak jelas dalam al-Quran menunjukkan ianya bermakna ‘buta huruf’

II. Percanggahan antara hadits dengan hadits dan hadits dengan al-Quran

Dalil yang tidak jelas dan tidak kuat tidak boleh menjadi pegangan apatah lagi untuk menjadi akidah

manakala percanggahan pula membawa kepada keraguan seterusnya memberi imej dan gambaran

yang tidak jelas tentang ajaran Islam itu sendiri. Tambahan pula perkara ini membabitkan kesucian

dan kehormatan Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya yang mana wajib untuk kita memelihara dan

mempertahankannya. Atas dasar ini, sebagai ummat Islam yang bertanggungjawab terhadap

agamanya maka kita wajib mengelakkan diri kita dari keraguan yang boleh menjebakkan kita ke

dalam kesesatan. أعلم ه والل

Page 17: Adakah nabi muhammad s

Disaring dari kuliah Maulana Asri Yusuf – Sahih Muslim Kitab Jihad pada 28hb Mei 2008, Bab

Perjanjian Damai Hudaibiah bertempat di Masjid Langgar, Kota Bharu, Kelantan untuk

www.darulkautsar.net