adab2 baca al quran

24
SURAYAWATI BT ABU BAKAR NURUL IZZAH BT ZAINOL ABIDIN

Upload: ipgmkdri

Post on 15-Apr-2017

354 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

SURAYAWATI BT ABU BAKARNURUL IZZAH BT ZAINOL ABIDIN

1.Membaca dengan niat yang ikhlas kerana Allah

2.Suci dari hadas besar dan hadas kecil

3.Membersihkan mulut dengan bersugi dan

seumpamanya

4. Bersihkan tempat dan pakaian serta memakai wangi-wangian

5. Duduk dengan betul dan menghadap kiblat

6. Boleh membaca Al-Quran semasa berdiri atau sedang berbaring,tetapi

janganlah secara istikhfaf

7. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.

8. Boleh membaca Al-Quran semasa berdiri atau sedang berbaring,tetapi janganlah secara istikhfaf

Dan juga boleh dibaca doa yang berbunyi berikut;

به واشرح بصري بك بكتا نور اللهمبه واطلق بدني به وستعميل صدريفهمي به واسرع جناني وقوبه لساني

حوال ال فإنه وقوتك بحولك عزمي وقوبه . الراحيمين أرحم يا بك إال قوة وال

Yang bermaksud:Ya Allah,pancarkanlah cahaya KitabMu kepada

pandanganku dan lapangkanlah dengannya dadaku,gunakanlah dengannya badanku,mudahkanlah

sebutan lidahku dan kuatkanlah ingatanku dan segerakanlah dengannya kefahamanku dan kuatkanlah

dengannya azamku dengan daya dan kekuatanMu,bahawasanya tiada daya dan upaya melainkan dengan-Mu wahai Tuhan Yang Maha

Pengasih.

1. Membaca ta’awwuz dan basmalah

2. Diam dan mendengar sepenuh perhatian ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran dibacakan

3. Menghindari perkara-perkara yang boleh mengurangi kekhusukan

4. Menyahut dan menjawab sesetengah ayat Al-Quran yang didengar atau dibaca sendiri

5. Membaca Al-Quran dengan betul sebutan huruf-hurufnya serta hukum-hukum tajwid

6. Baca dengan perlahan dan tenang, tidak tergopoh gapah, fahami maksudnya serta dengan khusuk dan tawadhuk

7. Jika membaca beramai-ramai seperti surah Yaasin bacalah serentak dan tidak terlalu cepat

8. Sunat membaca dengan penuh perhatian(tadabbur) dan kefahaman(tafahhum)

9. Membaca mashaf lebih utama dari menghafal

10. Apabila tersilap membaca atau terlupa hendaklah diulang membaca ayat sebelumnya

11. Makruh memutuskan bacaan Al-Quran dengan perbualan

12. Jikalau mengetahui maknanya maka hendaklah direnung dengan sepenuh perhatian supaya dapat menghayati maknanya yang halus dan mendalam

13. ketika membaca al-Quran seseorang itu hendaklah membaca dengan penuh penghayatan, terutamanya oleh mereka yang memahami maknanya secara jelas, ataupun secara keseluruhan, lebih-lebih lagi pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib orang yang berdosa, betapa hebatnya seksaan yang akan dilalui.

14. Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.

15. Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.

Allah berfirman dalam ( Surah Al A'raaf - ayat 204 ) ;

Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat)

 

16. Memperbanyak membaca Al Qur'an dan mengkhatamkannya (menamatkannya).

Dari Abdullah bin 'Amr berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Bacalah Al Qur'an dalam waktu satu bulan", Aku menjawab, "Saya mampu,"Rasulullah saw. bersabda, "Bacalah ia dalam waktu sepuluh hari",

Aku menjawab, "Saya mampu." Rasulullah saw. bersabda lagi,"Bacalah ia dalam waktu tujuh hari dan jangan lebih dari itu." ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

17. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca Al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.

Adab-adab selepas membaca Al-Quran

1. Diakhiri dengan ucapan العظيم الله صدق2. Diikuti dengan doa:ونورا اماما لنا واجعله بالقرءان ارحمنا اللهم

, ذكرنا اللهم ورحمة نسينا وهدى منهما , ءاناء تالوته وارزقنا جهلنا منهما وعلمنا

, رب يا حجة واجعلنا النهار واطراف الليلالعالمين.

3. Usahakanlah dengan sekuat hati agar dapat menghafal Al-Quran

4. Al-Quran juga mestilah disimpan ditempat yang bersih dan agak tinggi dengan tujuan untuk menjaga kemuliaan al-Quran.

5. Perbaikilah niat anda dan perbanyaklah membaca al-qur'an.

Hukum Menyentuh al-Quran bagi Orang yang

berhadas

• Hukum Menyentuh al-Quran bagi Orang Yang Berhadas Kecil

Disebutkan oleh Syeikh al-Malibari dan as-

Sayyid al-Bakri.

1.Haram menyentuh kertasnya, sama ada di tepi atau di tengah, sama ada masih bersambung, sudah putus atau sudah hapus tulisannya.

2. Haram menyentuh sampulnya, sarungnya atau petinya, tetapi dengan syarat bahawa sampul, sarung dan petinya itu disediakan khas hanya untuk Mushaf saja dan ketika itu Mushaf memang ada di dalamnya. Jika tidak demikian, adalah harus membawanya.

3. Tidak haram membalikkan kertas dengan menggunakan benda lain seperti kayu kerana cara itu tidak disebutkan sebagai membawa.

4. Tidak haram membawa Mushaf bersama tafsirnya, iaitu sekiranya tafsirnya lebih banyak. Sekiranya sama banyaknya, atau tafsirnya sedikit atau diragukan mana yang lebih banyak, maka tidak boleh menyentuhnya.

5. Guru atau penjaga, tidak mengapa membiarkan kanak-kanak mumayyiz, walaupun dia berjunub membawa dan menyentuh Mushaf kerana keperluan mempelajarinya, seperti membawanya ke sekolah dan membawanya ke tempat guru untuk mempelajarinya. Selain Mushaf lengkap, termasuklah seperti papan dan buku tulis yang mengandungi ayat-ayat al-Qur’an.

• Hukum Menyentuh Al-Quran Bagi Wanita Haid

Selain daripada membaca al-Quran,orang yang berhadas juga tidak boleh menyentuh al-Quran.Hal ini dijelaskan dalam firman Allah:

المطهرون إال يسمه ال “Tidak menyentuhnya (al-Quran) melainkan orang-orang

yang disucikan”. (Surah al-Waqi’ah:79)

• Imam al-Kasani al-Hanafi berkata”Orang yang berjunub tidak diperbolehkan membaca al-Quran walaupun satu ayat.

• Al Hafidh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari (1/502)bolehnya wanita haid membawa Al Qur’an dan ini sesuai dengan madzhab Abu Hanifah. Berbeza dengan pendapat jumhur yang melarang hal tersebut dan mereka menyatakan bahawa membawa Al Qur’an dalam keadaan haid mengurangi pengagungan terhadap Al Qur’an.

Tambahan…

Dan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melarang bermusafir dengan membawa mushaf ke negeri musuh, kerana khuatir jatuh ke tangan mereka. (HR. Muslim dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Tamat