jom baca al quran! - · pdf filewaktu solat fardu. sekiranya dapat diperuntukkan masa bagi...

4
BUletin ACIS 1 Ramadan bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang beriman saban tahun. Suasana kemeriahan ibadah Ramadan mula dirasai seawal beberapa bulan sebelum Ramadan menjelma. Maka bersyukur dan bergembiralah mereka yang masih direzekikan oleh Allah Taala untuk bertemu dengan Ramadan. Para solehin apabila bertemu dengan Ramadan, maka mereka bertungkus lumus melipat gandakan ibadah dan amalan mereka. Bulan yang istimewa ini sangat sinonim dengan solat tarawihnya. Inilah yang disebutkan oleh baginda Nabi dalam hadith baginda, Barangsiapa yang mendirikan Ramadan (menghidupkan malamnya dengan solat) penuh keimanan dan pengharapan (agar diampunkan dosa) diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu(Riwayat Muslim). Kaitan bulan Ramadan ini dengan al-Quran dapat dilihat pada ayat 185 dalam surah al- Baqarah yang bermaksud: Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al- Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan sebagai pembeza (antara yang benar dengan yang batil).Maka, pada bulan ini berlumba-lumbalah para muslimin menghidupkan Ramadan dengan memperbanyakkan tilawah al - Quran. Sangat rugi bagi mereka yang tidak dapat meluangkan masa barang sedikit untuk membaca al-Quran. Seharusnya bagi setiap individu Muslim, apabila masuk ke bulan ini, mereka menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan harian, malah seboleh-bolehnya dikhatamkan bacaan al- Quran sebanyak 30 juzuk itu pada bulan ini. Beberapa inisiatif dapat diambil bagi memastikan target untuk mengkhatamkan al-Quran tercapai. Tips yang agak mudah untuk diikuti bagi mengkhatamkan bacaan al- Quran sekali pada bulan Ramadan ini ialah dengan membahagikan bilangan halaman al-Quran dengan waktu solat fardu. Sekiranya dapat diperuntukkan masa bagi membaca al-Quran sebanyak 4 halaman bagi setiap waktu solat fardu, menjelang hujung Ramadan, 30 juzuk itu dapat dikhatamkan. Namun bagi kaum wanita yang mengalami haid, jumlah tersebut perlu digandakan berdasarkan jumlah hari haid yang akan dihadapinya. Terdapat isu yang berlegar dalam kalangan masyarakat pada hari ini, iaitu antara hendak mengutamakan bacaan sehingga khatam ataupun mengutamakan tadabbur atau pemahaman ayat al-Quran tanpa perlu mengejar khatam al-Quran. Penulis memilih untuk mengesyorkan agar diutamakan membaca al - Quran berbanding mentadabbur al-Quran. Hal ini Pendahuluan Jom Baca al-Quran! Ramadan dan al Quran Oleh: Nasif Sidquee Bin Pauzi kerana, contoh yang ditunjukkan oleh alim ulama terdahulu sememangnya mengutamakan bacaan berbanding pemahaman di bulan Ramadan. Kebiasaannya bagi memahami isi kandungan al- Quran, alim ulama akan menggunakan bulan- bulan lain selain Ramadan untuk mengajar dan membicarakan isi kandungan al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam satu riwayat seorang tabiin yang bernama Al-Aswad bin Yazid al-Nakhai mengkhatamkan al -Quran setiap 2 malam pada bulan Ramadan. Beliau akan tidur antara Maghrib dan Isyak. Pada bulan lain beliau mengkhatamkan al-Quran setiap 6 malam. Namun, bagi mengambil jalan tengah antara mengutamakan khatam dengan memahami al - Quran, penulis berpendapat tidak salah sekiranya individu meluangkan sedikit masa bagi memahami makna sesuatu ayat. Apa pun ia kembali kepada individu bagi menguruskan masa hariannya untuk mencapai target khatam pada bulan Ramadan. Dalam ruang ini, penulis mengambil peluang menyeru pembaca bagi mengambil peluang untuk hari-hari yang berbaki pada bulan Ramadan ini bagi melipat gandakan usaha membaca dan mengkhatamkan al-Quran. Kita belum tahu sama ada dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini pada tahun hadapan. Bagi yang kurang lancar dalam pembacaan, ambillah peluang untuk melancarkannya. Bagi yang sebelum ini jauh dengan al-Quran, maka ambillah peluang ini untuk membelek helaian-helaian al-Quran dan berdampinglah dengannya moga ia menjadi peneman pada saat kematian kita nanti. Ramadan yang Allah peruntukkan buat kita ini adalah ruang untuk kita menginsafi diri. Sama-samalah kita menggapai rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka dengan beramal bersungguh-sungguh pada bulan ini. Moga tujuan pensyariatan puasa dapat dicapai, iaitu melahirkan individu bertaqwa di penghujung Ramadan nanti. Firman Allah Taala: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. al- Baqarah: 183 1. satu amalan sunnah yang sangat digalakkan ketika bulan Ramadan untuk memberi tenaga kepada orang yang berpuasa. 2. turut menjadi salah satu produk pelancongan Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis juadah makanan. 3. Islam, baligh dan berakal merupakan syarat _______ puasa. 4. Berbuka puasa. 5. Membaca al-Quran secara bergilir-gilir. 6. Manisan sunnah ketika bersahur dan berbuka puasa. 7. Hari kemenangan selepas menjalankan iba- dah berpuasa di bulan Ramadan. 8. Denda terhadap orang yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan atas sebab tertentu. 9. Zakat wajib di bulan Ramadan. 10. Malam yang baik dari seribu bulan. Rehat Minda : Cinta Ramadan Oleh: Nuruul Hidayah Bt. Mansor BUletin ACIS 2

Upload: buidien

Post on 24-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jom Baca al Quran! -   · PDF filewaktu solat fardu. Sekiranya dapat diperuntukkan masa bagi membaca al-Quran sebanyak 4 halaman bagi setiap waktu solat fardu,

BUletin ACIS 1

Ramadan bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang beriman saban tahun. Suasana kemeriahan ibadah Ramadan mula dirasai seawal beberapa bulan sebelum Ramadan menjelma. Maka bersyukur dan bergembiralah mereka yang masih direzekikan oleh Allah Taala untuk bertemu dengan Ramadan. Para solehin apabila bertemu dengan Ramadan, maka mereka bertungkus lumus melipat gandakan ibadah dan amalan mereka. Bulan yang istimewa ini sangat sinonim dengan solat tarawihnya. Inilah yang disebutkan oleh baginda Nabi ملسو هيلع هللا ىلص dalam hadith baginda, “Barangsiapa yang mendirikan Ramadan (menghidupkan malamnya dengan solat) penuh keimanan dan pengharapan (agar diampunkan dosa) diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu” (Riwayat Muslim).

Kaitan bulan Ramadan ini dengan al-Quran dapat dilihat pada ayat 185 dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: “Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan sebagai pembeza (antara yang benar

dengan yang batil).” Maka, pada bulan ini berlumba-lumbalah para muslimin menghidupkan Ramadan dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran. Sangat rugi bagi mereka yang tidak dapat meluangkan masa barang sedikit untuk membaca al-Quran.

Seharusnya bagi setiap individu Muslim, apabila masuk ke bulan ini, mereka menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan harian, malah

seboleh-bolehnya dikhatamkan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk itu pada bulan ini. Beberapa inisiatif dapat diambil bagi memastikan target untuk mengkhatamkan al-Quran tercapai. Tips yang agak mudah untuk diikuti bagi mengkhatamkan bacaan al-Quran sekali pada bulan Ramadan ini ialah dengan membahagikan bilangan halaman al-Quran dengan waktu solat fardu. Sekiranya dapat diperuntukkan masa bagi membaca al-Quran sebanyak 4 halaman bagi setiap waktu solat fardu,

menjelang hujung Ramadan, 30 juzuk itu dapat dikhatamkan. Namun bagi kaum wanita yang mengalami haid, jumlah tersebut perlu digandakan berdasarkan jumlah hari haid yang akan dihadapinya.

Terdapat isu yang berlegar dalam kalangan masyarakat pada hari ini, iaitu antara hendak mengutamakan bacaan sehingga khatam ataupun mengutamakan tadabbur atau pemahaman ayat al-Quran tanpa perlu mengejar khatam al-Quran. Penulis memilih untuk mengesyorkan agar diutamakan membaca al-Quran berbanding mentadabbur al-Quran. Hal ini

Pendahuluan

Jom Baca al-Quran!

Ramadan dan al Quran

Oleh: Nasif Sidquee Bin Pauzi

kerana, contoh yang ditunjukkan oleh alim ulama terdahulu sememangnya mengutamakan bacaan berbanding pemahaman di bulan Ramadan. Kebiasaannya bagi memahami isi kandungan al-Quran, alim ulama akan menggunakan bulan-bulan lain selain Ramadan untuk mengajar dan membicarakan isi kandungan al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam satu riwayat seorang tabiin yang bernama Al-Aswad bin Yazid al-Nakha‘i mengkhatamkan al-Quran setiap 2 malam pada bulan Ramadan. Beliau akan tidur antara Maghrib dan Isyak. Pada bulan lain beliau mengkhatamkan al-Quran setiap 6 malam.

Namun, bagi mengambil jalan tengah antara mengutamakan khatam dengan memahami al-Quran, penulis berpendapat tidak salah sekiranya individu meluangkan sedikit masa bagi memahami makna sesuatu ayat. Apa pun ia kembali kepada individu bagi menguruskan masa hariannya untuk mencapai target khatam pada bulan Ramadan.

Dalam ruang ini, penulis mengambil peluang menyeru pembaca bagi mengambil peluang untuk hari-hari yang berbaki pada bulan

Ramadan ini bagi melipat gandakan usaha membaca dan mengkhatamkan al-Quran. Kita belum tahu sama ada dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini pada tahun hadapan. Bagi yang kurang lancar dalam pembacaan, ambillah peluang untuk melancarkannya. Bagi yang sebelum ini jauh dengan al-Quran, maka ambillah

peluang ini untuk membelek helaian-helaian al-Quran dan berdampinglah dengannya moga ia menjadi peneman pada saat kematian kita nanti.

Ramadan yang Allah peruntukkan buat kita ini adalah ruang untuk kita menginsafi diri. Sama-samalah kita menggapai rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka dengan

beramal bersungguh-sungguh pada bulan ini. Moga tujuan pensyariatan puasa dapat dicapai, iaitu melahirkan individu bertaqwa di penghujung Ramadan nanti. Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”al-Baqarah: 183

1. satu amalan sunnah yang sangat digalakkan

ketika bulan Ramadan untuk memberi

tenaga kepada orang yang berpuasa.

2. turut menjadi salah satu produk pelancongan

Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis

juadah makanan.

3. Islam, baligh dan berakal merupakan syarat

_______ puasa.

4. Berbuka puasa.

5. Membaca al-Quran secara bergilir-gilir.

6. Manisan sunnah ketika bersahur dan berbuka

puasa.

7. Hari kemenangan selepas menjalankan iba-

dah berpuasa di bulan Ramadan.

8. Denda terhadap orang yang tidak berpuasa

pada bulan Ramadan atas sebab tertentu.

9. Zakat wajib di bulan Ramadan.

10. Malam yang baik dari seribu bulan.

Rehat Minda : Cinta Ramadan

Oleh: Nuruul Hidayah Bt. Mansor

BUletin ACIS 2

Page 2: Jom Baca al Quran! -   · PDF filewaktu solat fardu. Sekiranya dapat diperuntukkan masa bagi membaca al-Quran sebanyak 4 halaman bagi setiap waktu solat fardu,

Manfaat Kesihatan Ketika Berpuasa Membuang toksik dalam badan Apabila berpuasa, tenaga yang digunakan untuk mencerna makanan akan dialihkan

untuk membuang toksik dalam badan.

Mengurangkan Berat Badan Puasa merupakan salah satu amalan yang baik untuk memecahkan lemak-lemak yang

berlebihan dalam badan kita.

Meninggalkan tabiat tidak baik Tidak dinafikan terdapat dikalangan umat Islam yang suka merokok, memakan

makanan segera yang tidak berkhasiat dan sebagainya. Namun begitu, dengan berpuasa umat Islam dapat mendisplinkan diri daripada melakukan tabiat-tabiat yang tidak baik yang boleh memudaratkan kesihatan.

Merawat sistem pernafasan Apabila berpuasa, kahak dan lendir yang berlebihan akan cepat diserap disingkirkan

daripada badan. Penghidap penyakit tersebut akan berasa lebih selesa pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain

Merawat penyakit usus Sepanjang tahun perut dan usus kita akan sentiasa bekerja tanpa ada masa untuk

berehat. Namun begitu, apabila tibanya bulan Ramadan perut dan usus kita akan diberi peluang untuk berehat selama sebulan. Ini membolehkan sistem pencernaan membaiki tisu-tisu dan sel-sel yang rosak dan boleh merawat penyakit tertentu seperti radang usus

Awet Muda Puasa membolehkan kulit menggantikan sel-sel baru dengan cepat. Kajian menunjuk-

kan bahawa orang yang sering mengamalkan puasa, kelihatan lebih muda daripada purata umurnya sebenar

Sebelum puasa disyariatkan

kepada Nabi Muhammad SAW

pada tahun kedua Hijrah, syariat

berpuasa telah pun wujud.

Ini bertepatan dengan firman

Allah dalam Surah al-Baqarah ayat

183 yang bermaksud: “Hai orang

yang beriman, diwajibkan atas

kamu berpuasa sebagaimana di-

wajibkan atas orang sebelum kamu

agar kamu bertaqwa”.

Berdasarkan ayat al-Quran

ini, merujuk kepada penganut

agama samawi. Puasa yang dia-

malkan oleh mereka juga berlainan

cara perlaksanaan juga berbeza

dengan puasa umat Muhammad.

Antaranya:

Maryam berpuasa dengan

tidak bercakap sebagaimana

firman Allah dalam Surah Maryam

ayat 26 yang bermaksud: “Maka

makan, minum dan bersenang

hatilah kamu. Jika kamu melihat

seorang manusia, maka ka-

takanlah: ’Sesungguhnya aku telah

bernazar berpuasa untuk Tuhan

Yang Maha Pemurah, maka aku

tidak akan berbicara dengan

seorang manusia pun pada hari

ini”.

Puasa Nabi Daud pula

adalah dengan berpuasa sehari

dan berbuka sehari secara ber-

selang-seli. Rasululllah SAW

bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya puasa yang paling

disukai Allah ialah puasa Nabi

Daud dan solat yang paling disukai

Allah ialah solat Nabi Daud; beliau

tidur separuh malam, bangun

(solat) sepertiganya dan tidur

semula seperenamnya. (Adapun

puasa pula) beliau berpuasa sehari

dan berbuka sehari.” (Riwayat

Muslim)

Puasa Adam dan Hawa

pula adalah perintah agar menjauhi

buah larangan. Allah berfirman

dalam Surah al-Baqarah ayat 35

yang bermaksud: “Dan Kami Ber-

firman: ‘ Hai Adam, diamilah oleh

kamu dan isterimu syurga ini, dan

makanlah makanan-makanannya

yang banyak lagi baik di mana saja

yang kamu sukai, dan janganlah

kamu dekati pohon ini, yang me-

nyebabkan kamu termasuk orang

yang zalim.’ Tegahan mendekati

pohon larangan tersebut juga

menurut sesetengah ulama’

termasuk dalam al-imsak iaitu

maksud puasa dari sudut Bahasa.

Nasrani pula telah disyari-

atkan berpuasa 30 hari pada bulan

Ramadan, namun kemudian

mereka nenambah sehingga men-

jadi 50 hari.

Puasa Umat Terdahulu ….

BUletin ACIS 3

Sabda junjungan besar Rasulullah SAW dalam riwayat yang dibawa oleh Abdullah ibn Amru r.a yang bermaksud:

“Puasa dan al-Quran akan memberi syafa’at kepada seorang hamba kelak pada hari kiamat. Puasa berkata; Wahai Tuhan, aku telah menahannya dari makanan dan nafsu syahwat di siang hari maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Dan al-Quran pula berkata; Aku telah menahannya dari tidur di malam hari maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya; maka kedua-duanya (puasa dan al-Quran) itu pun akhirnya memberi syafaat kepadanya”. (Riwayat Imam Ahmad)

Wahai pejuang Ramadhan…

Inilah kebesaran Allah SWT. Allah SWT yang maha luas rahmatNya, memberi peluang kepada kita untuk menggandakan pahala. Suatu anugerah dan kemuliaan yang bukan sedikit dikhususkan hanya buat kita umat Rasulullah SAW. Oleh itu, sebagai seorang mukmin, kita hendaklah memberikan perhatian yang lebih terhadap al-Quran di bulan ini. Mengenai keutamaan membaca al-Quran lagi, Allah SWT berfirman bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu mem-baca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan per-niagaan yang tidak akan merugi, Agar Allah me-nyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Al-Faathir: 29-30)

Wahai pejuang Ramadhan,

Rebutlah tawaran Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Tiada waktu yang lebih berharga

melainkan pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam bulan Ramadhan kepada mukmin yang berpuasa dan melazimi tadabbur al-Quran. Betapa ruginya kita andai berlalunya Ramadhan namun kita masih leka dan lalai dengan dunia. Tadabbur al-Quran adalah antara ibadah paling utama di bulan suci ini. Antara keutamaan mem-baca al-Quran:-

1. Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.

Rasulullah SAW bersabda:

خيركم من تعلم القرآن وعلمه

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Alquran dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari)

Hal ini kerana al-Quran adalah firman Allah Rabbul ‘aalamin. Al-Quran merupakan ilmu yang paling utama dan paling mulia. Oleh karena itu, orang yang mempelajari dan mengajarkannya adalah orang yang terbaik di sisi Allah SWT.

2. Al-Quran adalah sebaik-baik ucapan

Allah SWT berfirman:

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Quran.” (Al-Zumar: 23)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

هدر و هر » هده دهده مهحهم وخير اله ا بعد فإن خير الحديث كتاب للا أما وكل بدعةر ضاللة »األمور محدثات

“Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk urusan adalah per-buatan yang diada-adakan (dalam agama) dan semua bid’ah adalah sesat.” (HR. Muslim)

Imam Syafi’i dan ulama lainnya berpendapat bahwa membaca al-Quran merupakan zikir yang paling utama.

3. Orang yang mahir membaca al-Quran akan bersama para malaikat

Rasulullah SAW

Pendahuluan

Keutamaan Membaca al-Quran

Oleh: Nor Saadah Musa

BUletin ACIS 4

Page 3: Jom Baca al Quran! -   · PDF filewaktu solat fardu. Sekiranya dapat diperuntukkan masa bagi membaca al-Quran sebanyak 4 halaman bagi setiap waktu solat fardu,

9. Pembaca al-Quran akan ditinggikan darjatnya

Rasulullah SAW bersabda:

نيا فإن منزلته ل في الد ل كما كنت ترت يقال لصاحب القرآن اقرأ وارتق ورتا عند آخر آيةر تقرأ ب

“Akan dikatakan kepada pembaca Alquran “Bacalah dan naiklah (ke derajat yang tinggi), serta tartilkan-lah sebagaimana kamu mentartilkannya ketika di dunia, karena kedudukanmu pada akhir ayat yang kamu baca.” (Hasan shahih, HR. Tirmidzi)

10. Dengan al-Quran, Allah meninggikan suatu kaum dan dengannya pula Allah merendahkan suatu kaum

Rasulullah SAW bersabda:

ذا الكتاب أقواما ويضع به آخرين يرفع ب إن للا

“Sesungguhnya Allah meninggikan suatu kaum karena Alquran ini dan merendahkan juga kerananya.” (HR. Muslim)

Yakni bagi orang yang mempelajari Alquran dan mengamalkan isinya, maka Allah akan meninggikannya. Sebaliknya, bagi orang yang mengetahuinya, namun malah mengingkarinya, maka Allah akan merendahkannya.

11. Orang yang membaca al-Quran secara terang-terangan seperti bersedekah secara terang-terangan

Rasulullah SAW bersabda:

دقة دقة و المسر بالقرآن كالمسر بالص الجادر بالقرآن كالجادر بالص

“Orang yang membaca Alquran terang-terangan seperti orang yang bersedekah terang-terangan, dan orang yang membaca Alquran secara tersembunyi seperti orang yang bersedekah secara sembunyi.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’i, lihat Shahihul Jaami’: 3105)

Oleh kerana itu, bagi orang yang bimbang berasa riya’ lebih utama membacanya secara sembunyi. Namun jika tidak berasa riyak atau ujub, maka lebih utama membacanya secara terang-terangan.

12. Para penghafaz al-Quran dimuliakan oleh Islam

Di antara bentuk pemuliaan Islam kepada mereka adalah:

Mereka lebih berhak diangkat menjadi imam

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Hendaknya yang mengimami suatu kaum itu orang yang paling banyak (hafalan) terhadap Kitab Allah Ta’ala (Alquran). Jika mereka sama dalam hafalan, maka yang lebih mengetahui tentang sunnah. Jika mereka sama dalam pengetahuannya tentang sunnah, maka yang paling terdepan hijrahnya. Jika mereka sama dalam hijrahnya, maka yang paling terdepan masuk Islamnya –dalam riwayat lain disebutkan “Paling tua umurnya”-, janganlah seorang mengimami orang lain dalam wilayah kekuasaannya, dan janganlah ia duduk di tempat istimewa yang ada di rumah orang lain kecuali dengan izinnya.” (HR. Muslim)

Mereka lebih didahulukan dimasukkan ke dalam liang lahad, jika banyak orang yang meninggal

Pada saat perang Uhud banyak para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang gugur, maka Rasulullah SAW memerintahkan agar yang lebih didahulukan dimasukkan ke liang lahad adalah para penghafal Alquran.

Berhak mendapatkan penghormatan di kalangan masyarakat

Oleh karena itu, di zaman Umar al-Khattab RA, para penghafal Alquran duduk di majlis Syuranya.

Berhak diangkat menjadi pimpinan dalam musafir

Imam Tirmidzi meriwayatkan – dan dia mengha-sankannya- bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengirim utusan beberapa orang, lalu beliau meminta masing-masing untuk mem-bacakan Alquran, maka mereka pun membacakan Alquran. Ketika itu ada anak muda yang ternyata lebih banyak hapalannya, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya: “Surat apa saja yang kamu hapal, wahai fulan?” Ia menjawab: “Saya hapal surat ini, itu dan surat Al Baqarah.” Beliau berkata: “Apakah kamu hapal surat Al Baqarah?” Ia menjawab: “Ya.” Maka Baginda bersabda: “Berangkatlah, kamulah ketuanya.”

BUletin ACIS 6

bersabda:

الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه

وهو عليه شاق له أجران

“Orang yang lancar membaca al-Quran akan ber-sama malaikat utusan yang mulia lagi berbakti, sedangkan orang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat lagi berat, maka ia akan mendapatkan dua pahala.” (HR. Muslim)

Orang yang tersekat-sekat dalam membaca al-Quran akan mendapat dua pahala iaitu hasil dari membaca al-Quran dan kerana telah bersusah payah untuk membacanya.

4. Orang yang membaca al-Quran diibaratkan seperti buah Utrujjah yang luarnya wangi dan dalamnya manis.

Rasulullah SAW bersabda,

ها طهيهب ا طيب وطعم ة ريح مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن كمثل األترجها حهلهو ا وطعهمه ومثل المؤمن الذي ل يقرأ القرآن كمثل التمرة ل ريح لها مهر ا طيهب وطهعهمه يحانة ريح ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الرها ا ريهح وطهعهمه ومثل المنافق الذي ل يقرأ القرآن كمثل الحنظلة ليس ل

مر )البخاري(

“Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti buah utrujjah; aromanya wangi dan rasanya enak. Orang mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma; tidak ada wanginya, tetapi rasanya manis. Orang munafik yang membaca Alquran adalah seperti tumbuhan raihaanah (kemangi); aromanya wangi tetapi rasanya pahit, sedangkan orang munafik yang tidak membaca Alquran adalah seperti tumbuhan hanzhalah; tidak ada wanginya dan rasanya pahit.” (HR. Bukhari-Muslim)

5. Al-Quran akan memberi syafaat kepada pembacanya

Rasulullah SAW bersabda:

اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة فيعا ألصحابه

“Bacalah Alquran, karena ia akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat kepada pem-bacanya.” (HR. Muslim)

6. Rahmat dan ketenteraman akan turun ketika berkumpul membaca al-Quran

Rasulullah SAW bersabda:

هم إل ما اجتمع قوم في بيتر من بيوت هللا يتلون كتاب هللا ويتدارسونه بينم المالئكة وذكردم هللا فيمهن حمة وحفت م الر م السكينة وغ يت نزلت علي

عنده

“Tidaklah berkumpul sebuah kaum di salah satu rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya, kecuali akan turun ketentraman kepada mereka, diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut mereka ke hadapan makhluk di sisi-Nya.” (HR. Muslim)

7. Membaca 1 huruf al-Quran akan mem-peroleh 10 kebaikan

Rasulullah SAW bersabda:

ها ل أقهول فله به حسنة والحسنة بع ر أمهثهاله من قرأ حرفا من كتاب للا الم حرف ولكن ألف حرف ولم حرف وميم حرف

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidaklah mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

8. Al-Quran merupakan ‘tali’ Allah

Ali bin Abi Thalib RA berkata, “Alquran adalah Kitabullah, di dalamnya terdapat berita generasi sebelum kalian, berita yang akan terjadi setelah kalian dan sebagai hukum di antara kalian. Alquran adalah keputusan yang serius bukan main-main, barangsiapa meninggalkannya dengan sombong pasti dibinasakan Allah, barangsiapa mencari petunjuk kepada selainnya pasti disesat-kan Allah. Dialah tali Allah yang kokoh, peringatan yang bijaksana dan jalan yang lurus. Dengan Alquran hawa nafsu tidak akan menyeleweng dan lisan tidak akan rancu. Paraulama tidak akan merasa cukup (dalam membacanya dan mempelajarinya), Alquran tidak akan usang karena banyak pengulangan, dan tidak akan habis keajaibannya. Dialah Alquran, di mana jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka mengatakan; “Sungguh kami mendengar Alquran yang penuh keajaiban, menunjukkan ke jalan lurus, maka kami beriman kepadanya”. Barangsiapa yang berkata dengannya pasti benar, barangsiapa beramal dengannya pasti diberi pahala, barangsiapa berhukum dengannya pastilah adil, dan barangsiapa mengajak kepadanya pastilah ditunjuki ke jalan yang lurus.”

BUletin ACIS 5

Page 4: Jom Baca al Quran! -   · PDF filewaktu solat fardu. Sekiranya dapat diperuntukkan masa bagi membaca al-Quran sebanyak 4 halaman bagi setiap waktu solat fardu,

Ketika itu ada seorang yang terkemuka di antara mereka berkata: “Demi Allah, tidak ada yang menghalangiku untuk mempelajari surah Al Baqarah selain kerana khawatir tidak sanggup mengamalkannya.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

، ومن تعلمه فيرقد ودو في جوفه كهمهثهل ح تعلموا القرآن، واقرأوه فان مثل القرآن لمن تعلمه فقرأه وقام به كمثل جرابر م ور مسكا يفوح ريحه في كل مكانرر جرابر أوكى على مس

“Pelajarilah Alquran dan bacalah, karena perumpamaan Alquran bagi orang yang mempelajarinya kemudian membacanya seperti kantong yang penuh dengan minyak wangi, dimana wanginya semerbak ke setiap tempat, dan perumpamaan orang yang mempelajarinya kemudian tidur (tidak mengamalkannya) padahal Alquran ada di hatinya seperti kantong yang berisi minyak wangi namun terikat.”

13. Tanda cinta kepada Allah adalah mencintai al-Quran

Ibnu Mas’ud berkata, “Barangsiapa yang ingin dicintai Allah dan Rasul-Nya, maka perhatikanlah: “Jika ia mencintai Alquran, berarti ia mencintai Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Tibrani)

Program IHACE 2017

Seremban 3

Tadarus Staf Muslimat

Kuala Pilah

BUletin ACIS 7

Ceramah wasiat

Rembau

Muamalat Interactive

Game Seremban 3

Kuliah Cinta Ilmu

Seremban 3 Kembara Sufi Cinta Illahi

Seremban 3

Sidang Redaksi

Penaung >> Prof. Dr. Nasrudin Mohammed (Rektor)

Penasihat >> Hisam Satari (Ketua Pusat Pengajian Acis )

Editor >> Mu’allim Mohd Bakri

Sidang Pengarang >> Nasif Sidquee Pauzi / Nor Saadah Musa / Izwaniyati Ibrahim / Nuruul Hidayah Mansor

BUletin ACIS 8

Jika berminat untuk menghantar

sebarang artikel atau komen, boleh

diemailkan ke

[email protected]