ada

2
PENGUASAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN SOALAN : 1. Pada akhir praktikal, jawab soalan-soalan berikut: (A) Apakah yang anda pelajari dari praktikal? Berdasarkan amali yang saya lakukan, kini saya dapat memahami dengan adanya kesan daya, kita dapat hidup dengan selesa. Menerusi daya kita boleh bergerak dan berhenti. Daya bukan sahaja bertindak di keadaan biasa tapi di dalam air juga terdapat daya. Selain itu, daya adalah berbeza berdasarkan kekuatan graviti . aktiviti praktikal ini juga memberikan peluang kepada saya untuk mengalami sendiri situasi dan memasang sendiri alatan radas. Bagi mendapatkan keputusan eksperimen yang baik pengendalian alatan dan radas sangat penting. Saya juga mempraktikkan formula yang belajar secara teori di dalam kelas dengan menggunakannya dalam eksperimen ini. (B) Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah mengajar topik tertentu ini? Tema Menyiasat Daya dan Tenaga, Tahun 5. (C) Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan praktikal di atas dalam pengajaran dan pembelajaran anda? Sebelum melakukan praktikal ini , saya akan memberikan peluang kepada murid untuk meneroka sendiri berkenaan tajuk ini di bawah tema menyiasat daya dan tenaga. Apabila tiba masanya, saya akan melakukan demonstrasi seperti praktikal di atas. Pada masa yang sama, setiap aktiviti yang saya demonstrasikan, saya akan menyoal murid apa yang mereka lihat dan membenarkan mereka memberikan inferens mereka sendiri. Kemudian, saya akan cuba meminta murid mengaitkan apa yang berlaku dengan perkara sehariannya. Akhir sekali, saya akan menyuruh murid membuat rumusan secara berkumpulan dengan bimbingan saya. (D)Apakah peranan guru dalam praktikal di atas?

Upload: edmodo

Post on 30-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

knk

TRANSCRIPT

PENGUASAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN SOALAN :1. Pada akhir praktikal, jawab soalan-soalan berikut:

(A) Apakah yang anda pelajari dari praktikal?Berdasarkan amali yang saya lakukan, kini saya dapat memahami dengan adanya kesan daya, kita dapat hidup dengan selesa. Menerusi daya kita boleh bergerak dan berhenti. Daya bukan sahaja bertindak di keadaan biasa tapi di dalam air juga terdapat daya. Selain itu, daya adalah berbeza berdasarkan kekuatan graviti . aktiviti praktikal ini juga memberikan peluang kepada saya untuk mengalami sendiri situasi dan memasang sendiri alatan radas. Bagi mendapatkan keputusan eksperimen yang baik pengendalian alatan dan radas sangat penting. Saya juga mempraktikkan formula yang belajar secara teori di dalam kelas dengan menggunakannya dalam eksperimen ini.

(B) Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah mengajar topik tertentu ini?Tema Menyiasat Daya dan Tenaga, Tahun 5.

(C) Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan praktikal di atas dalam pengajaran dan pembelajaran anda?Sebelum melakukan praktikal ini , saya akan memberikan peluang kepada murid untuk meneroka sendiri berkenaan tajuk ini di bawah tema menyiasat daya dan tenaga. Apabila tiba masanya, saya akan melakukan demonstrasi seperti praktikal di atas. Pada masa yang sama, setiap aktiviti yang saya demonstrasikan, saya akan menyoal murid apa yang mereka lihat dan membenarkan mereka memberikan inferens mereka sendiri. Kemudian, saya akan cuba meminta murid mengaitkan apa yang berlaku dengan perkara sehariannya. Akhir sekali, saya akan menyuruh murid membuat rumusan secara berkumpulan dengan bimbingan saya.

(D) Apakah peranan guru dalam praktikal di atas?Guru berperanan sebagai fasilitator, pembimbing dan penunjuk cara dalam eksperimen di atas. Guru juga perlu menggalakkan murid untuk mengaplikasikan kemahiran sains semasa menjalankan eksperimen.