sekarang apa? saya ada wang

28
SAYA ADA WANG... SEKARANG APA? Bagaimana Untuk Menjadi "Pintar Kewangan"

Upload: others

Post on 07-Nov-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

SAYA ADA WANG...SEKARANG APA? 

Bagaimana Untuk Menjadi "Pintar Kewangan"

Page 2: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG
Page 3: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Dicetak oleh:      

Isu Pengguna Kewangan Dicetak pada Januari 2018

Hak Cipta Terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidakboleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem dapatan semula,atau dipindahkan, dalam apa jua bentuk atau dengan cara apa jua,sama ada cara elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau cara lainsebelum mendapat izin daripada penerbit.

Hak Cipta 2018

Page 4: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Objektif Buku Ini Apa Itu Perancangan Kewangan? Bagaimana Perancangan Kewangan Boleh Membantu Awda? Gaya Hidup dan Peringkat Kehidupan Bajet Simpanan

Lindungi Kewangan Awda Takaful dan Insurans Pinjaman Peranan AMBD 

Biro Kredit Pelaburan Penipuan Kewangan

Isi Kandungan

i

1

1

2

3-4

5-6

7-8

9-10

11-12

13

14

15-16

17-18

Page 5: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Objektif buku ini adalah untuk memberi panduan dan tips kepada penggunakewangan (seperti awda!) sebelum membuat sebarang transaksi ataukeputusan berkaitan dengan kewangan. Buku ini juga memberikan maklumat yang awda boleh gunakan di dalampengurusan kewangan peribadi awda.   Kewangan awda terletak di tangan awda sendiri, jadi bertindak dan kawallahkewangan awda - "Jadilah Pintar Kewangan"!

Objektif Buku Ini

i

Page 6: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Apa Itu Perancangan Kewangan?

awda perlu mengubah gaya hidup secaradrastik sehingga tidak dapat menikmatikehidupan awda. awda terhad kepada bajet ketat, yang dapatdibelanjakan hanya untuk keperluan asas. awda perlu makan roti dan minum air setiaphari, supaya awda boleh memaksimakansimpanan awda.

wang.

Bagaimana Perancangan Kewangan Boleh Membantu Awda?

1. Membantu mencapai matlamat awda.

3. Mencipta masa hadapan yang awda harapkan.

4. Minda yang tenang.

Perancangan kewangan melibatkan: Perancangan kewangan TIDAK bermaksud:

1

Bayangkan awda berada di pantai menikmati persaraan awda dengan selesa.Atau bayangkan rasanya melangkah kaki ke dalam rumah awda sendiri. Ya,perkara-perkara ini boleh menjadi kenyataan dengan perancangan kewangan.

Sentiasa rujuk semula pelan awda untuk memastikan yang awda melakukan perkarayang betul, dan membawa awda lebih dekat kepada matlamat awda. Jika awdamendapati bahawa awda telah tersasar dari matlamat awda, buatlah perubahanyang bersesuaian untuk kembali semula.

Awda boleh tidur nyenyak kerana mengetahui awda mempunyai pelan yangakan membantu awda mengetepikan wang untuk bil-bil, dan masa hadapanawda seperti untuk pendidikan anak-anak awda.

Semua orang mempunyai matlamat hidup yang mereka ingin capai. Akantetapi, tidak semua matlamat adalah percuma. Awda ingin membeli sebuahrumah? Kos rumah boleh mencecah beratus-ratus ribu ringgit. Awda inginmelancong? Itu juga memerlukan wang. Dengan perancangan kewangan,awda boleh belajar untuk mengumpul jumlah yang diperlukan untukmencapai matlamat tersebut, dan menjadikan impian awda satu kenyataan.

mengoptimakan melindungi melipatgandakan memenuhi mencapai

kewangan.

harta.

keperluan.

matlamat kewangan.

2. Memberi haluan dan memastikan awda berada di jalan yang betul.

Page 7: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

  Gaya Hidup dan Peringkat Kehidupan  

2

Apakah matlamat kewangan awda?Senaraikan tiga matlamat kewangan awda, termasuk kosnya dan jangka masaawda ingin mencapai matlamat-matlamat tersebut. Dari sini, awda bolehlahmengira jumlah yang perlu awda simpan setiap bulan untuk mencapai matlamat-matlamat awda.

Perancangan kewangan bergantung kepada bagaimana awda menjalani kehidupan(gaya hidup), serta peringkat kehidupan awda. Kenali Siti, Nurul, dan Amal:

Siti• Umur: 25 • Baru mula bekerja • Bertunang, akan   berkahwin tahun   hadapan • Matlamat kewangan:   • Majlis perkahwinan   • Bulan madu

• Umur: 25 • Baru mula bekerja • Bujang, suka   melancong • Matlamat kewangan:   • Melancong ke     seluruh Asia     Tenggara Selatan     sebelum berumur     30 tahun

Nurul• Umur: 52 • Bersara dalam 8 tahun • Mempunyai 3 orang   anak • Matlamat kewangan:   • Persaraan yang     selesa   • Pendidikan anak-     anak

Amal

Kita dapat melihat bahawa mereka menjalankan kehidupan yang sangat berbezadan mempunyai keutamaan dan matlamat kewangan yang berlainan.

Keutamaan awda akan menentukan pengurusan wangawda - untuk matlamat jangka pendek, awda perlumenyimpan jumlah yang lebih tinggi; untuk matlamatjangka panjang, awda boleh menyimpan jumlah yang lebihkecil kerana mempunyai masa yang lebih panjang untukmengumpul wang.

Adakah awda patutmenyimpan wang untukpersaraan apabila awda

berumur 25, seperti Siti, atau52 seperti Amal? Lebih awalmula menyimpan, lebih baik!

Matlamat Jumlah Jangka masa Simpanan bulanan

Contoh: Deposit untukrumah

$10,000 Dalam 5 tahun $10,000 ÷ 5 tahun ÷ 12 bulan=$167.00 sebulan

1.

2.

3.

Page 8: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

  Bajet  

3

Memastikan awda tidak berbelanja melebihi daripada pendapatan awda

Tujuan bajet

Untuk membuat bajet, fahami "keperluan" dan'kemahuan" awda. Sebelum awda mula berfikirtentang "kemahuan" awda, awda hendaklah pastikankeperluan harian awda dipenuhi terlebih dahulu.

Tip bajet: Bandingkan harga di kedai-kedaiyang berbeza untuk mencari tawaran yang

terbaik untuk wang awda!

KEPERLUAN KEMAHUANHARI INI MASA DEPAN

Pada masa yang sama, menyimpan untuk masa depan adalah sangat penting.

Oleh itu, imbangi keperluan dan kemahuan awda, serta imbangi keperluanseharian dengan matlamat di masa depan.

Jika awda kekurangan wang,ingatlah KDT

  urangkan perbelanjaan: adakah perbelanjaan yang awda tidak perlubuat di sementara waktu ini di dalam bajet awda?   apatkan pulangan yang lebih tinggi: adakah akaun simpanan yangmenawarkan pulangan yang lebih bagus?   ingkatkan pendapatan awda: adakah peluang untuk awda menjanapendapatan sampingan?

K

D

T

Page 9: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

  Bajet  

4

Buat bajet awda sendiri!

BAJETSimpananBeri ke IbubapaDerma Amal

Awda boleh mengikut contohpenyata bajet berikut untukmembuat bajet awda sendiri.

Pendapatan:

Perbelanjaan:

$100

Contoh: $1,000 Pendapatan Awda:

% Disarankan Contoh: Bajet Awda

Simpanan

Beri kepadaibu bapa

Derma amal

Pakaian

PerumahanMakanan/MinumanPinjaman

10%

5%

30%

15 - 20%

$50$50$50$200$150

JumlahPerbelanjaan: $800

Baki Bersih(lebihan ataudefisit)

$1,000-$800= $200 Baki Bersih:

35%

Lain - lain$200

Page 10: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

SimpananTa

nya

diri

aw

da:

Berapakah saya perlu menyimpan untuk persaraan nanti?**

contoh: $1,000 sebulan.Apabila saya bersara, berapakah jumlah perbelanjaan bulanan yangsaya perlukan?

1.

Bilakah saya merancang untuk bersara?2.

Berapa lamakah simpanan persaraan saya dijangka akan menampungkehidupan saya? (i.e berapakah jangkaan hayat saya?)

3.

Oleh itu, berapakah jumlah yang patut saya simpan untuk persaraannanti?

4.

Berapakah umur saya sekarang? Berapa tahun lagi saya akan bersara?5.

Berapa perlu saya simpan setiap bulan untuk mencapai simpananpersaraan saya?

6.

contoh: 60 tahun.

contoh: Saya agak sihat dan menjangka hayat saya sekurang-kurangnya 80 tahun.Simpanan persaraan saya hendaklah menampung saya selama 20 tahun selepas sayabersara (80-60=20 tahun).

contoh: 20 tahun x 12 bulan x $1,000 = $240,000.contoh: Sekarang saya 25 tahun. Saya ada 35 tahun lagi untuk bekerja.

contoh: $240,000 ÷ 35 tahun ÷ 12 bulan = $571/setiap bulan.

Kira berapa banyak awda perlusimpan setiap bulan untukmencapai sasaran kewanganawda. Di sini ada beberapacontoh matlamat kewangan yangawda boleh fikirkan.

Menyimpan dengan tujuan

4. Pendidikan anak

5. Melancong

6. Persaraan

1. Dana kecemasan2. Menunaikankewajipan agamaContoh: Naik Haji 3. Rumah pertama

Adakah awda tahu? Satu kajian* mendapati 49% daripadarakyat Brunei tidak membuat simpanan secara aktif. Mariperbaiki statistik ini dengan mengamalkan budaya simpanan

yang lebih kukuh di Negara Brunei Darussalam!

5 *Rujukan: AMBD-CSPS Financial Literacy Survey and National Strategy (2015) **Perkiraan adalah anggaran sahaja, tidak mengambilkira kadar inflasi, kenaikan gaji dan lain-lain.

Menyimpan untuk persaraan yangselesa adalah penting - lebih

awal awda mulakan, lebih baik!

Page 11: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Simpanan

Bagaimana untuk mulakan menabung?

Pastikan awda menyimpan secaraaktif. Ketepikan sebahagian daripadapendapatan awda sebelum berbelanja.

1.

2.

3.

Simpan dahulu, bukan kemudian!

Gunakan teknologi!Awda boleh membuka beberapa akaunsimpanan di bank untuk setiap matlamatkewangan awda. Seterusnya, awda bolehmemberikan arahan kepada bank untukmemindahkan sebahagian daripada gajiawda secara automatik ke akaun-akaunsimpanan tersebut.

Bandingkanyang ditawarkan oleh bank-bankdan syarikat insurans/pengendali takaful untukmemastikan awda mendapatkanproduk/perkhidmatan yang paling sesuaidengan matlamat kewangan awda.

6

Adakah awda tahu? AMBD mempunyai mesin depositduit syiling yang membolehkan awda menyimpan duit

syiling awda ke dalam akaun bank awda tanpasebarang caj tambahan.

A Bproduk/perkhidmatan simpanan   

4. Jadikan menabung seronokanak-anak awda bagi memupuk tabiatmenabung dari usia muda! Sebagai contoh,tandakan tabung-tabung di rumah denganmatlamat kewangan; atau adakan "CabaranMenabung".

untuk

Page 12: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

    Lindungi Kewangan Awda    

Seperti sebuahrumah yangmemerlukan atapuntuk perlindungan,harta dan simpananawda  jugamemerlukanperlindungannyatersendiri.

Bayangkan awda telah menyimpan wang selama beberapa bulan untuk bercuti keThailand. Simpanan awda cukup untuk satu tiket penerbangan - $400. Malangnya,dalam perjalanan awda ke ejen pelancongan, awda mengalami kemalangan kereta yangmenyebabkan kerosakan yang memerlukan pembaikan berjumlah $450. Bayangkan jikaawda tidak mempunyai insurans motor atau apa-apa perlindungan untuk membiayaipembaikan itu - dan awda perlu menggunakan simpanan bagi percutian impian awda.

Takaful/ Insurans

Dana

KecemasanMasa depan tidakdapat diramalkan - adakemungkinan awdaakan dilandakemalangan yangboleh menjejaskansimpanan awda.

Jadi, apakah yang boleh melindungi kewangan awda? Contoh-contohnya termasuk dana kecemasan, takaful/insurans dan wasiat.

Wasiat

7

Adakah awda tahu? Kaji Selidik Celik Kewangan AMBD-CSPS mendapati 60% daripada rakyat Brunei tidak dapat

menampungi perbelanjaan mereka lebih daripada duabulan, jika mereka kehilangan pendapatan mereka.

Page 13: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

  Lindungi Kewangan Awda  

Berapakah saya perlu simpan untuk dana kecemasan saya?

Tanpa dana kecemasan, jika seseorang kehilangan pendapatannya ataumenghadapi kecemasan, bagaimanakah dia dapat menampung diri sendiri?

Bagaimana dia akan memenuhi keperluannya? Bagaimana dia akan memberimakan kepada anak-anaknya, membeli barangan runcit, dan membayar balikhutangnya? Adakah adil baginya untuk membiarkan keluarga dan orang-orang yangtersayang tanpa perlindungan (kewangan) dan bergantung kepada orang lainatau pihak berkuasa untuk bantuan? Kita perlu bertanggungjawab dan berdikaridengan kewangan kita dan mencari jalan untuk melindungi diri kita sendiri.

Satu tip adalah untuk mempunyaidana kecemasan berjumlah sekurang-kurangnya 3-6 kali perbelanjaanbulanan awda.

Oleh itu, jika sesuatu berlaku, awda boleh menampung diri awda selamasekurang-kurangnya 3-6 bulan. Ini adalah cadangan yang minima - awda bolehmenyimpan lebih daripada itu!

Kira berapa dana kecemasan awda:

Anggaran perbelanjaan bulanan awda = $____

Dana kecemasan = $____ x ___ bulan = _____

Contoh: Perbelanjaan bulanan = $900. Oleh demikian, dana kecemasan = $900 x 6 bulan=$5,400

8

Page 14: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Takaful dan Insurans

Perkara-perkara yang harus dipertimbangkanapabila membeli takaful atau insurans

1. Fahami keperluan awda.Adakah awda mempunyai keluarga? Siapakah yang paling memerlukanbantuan kewangan jika awda tiada? Berapakah jumlah yang awda perlukanuntuk melindungi keluarga awda dari segi kewangan?

2. Kunjungi pengendali takaful/syarikat insurans atau ejentakaful/insurans.

Ejen:  boleh mewakili sebanyak 3 pengendalitakaful/syarikat insurans - awda bolehbandingkan perlindungan dan harga.      boleh memberikan awda nasihat kewangan.

Pengendali/Syarikat:     cara mudah dan cepat untukmendapatkan takaful/insurans.

Takaful/Insurans adalah sebahagiandaripada pengurusan risiko harian.Takaful/Insurans boleh membantuawda jika terjadi perkara yang tidakdiingini, seperti kemalangan kereta,kehilangan bagasi semasa bercuti,sakit tenat, atau kecurian.

Terdapat dua jenis takaful/insurans: 1. Takaful/Insurans Am - melindungi hartaseperti kereta, rumah, perniagaan, pekerja,wang, dan lain-lain.

2. Takaful Keluarga/Insurans Nyawa -melindungi orang yang tersayang dan lain-lain.

Takaful - awda berkongsi risikodengan rakan-rakan peserta untuksumbangan takaful.

Insurans - awda memindahkan risikokepada syarikat insurans denganmembayar "premium". 

9

Takaful VS Insurans

Pastikan awda hanya berurusan dengan ejentakaful atau ejen insurans yang berdaftar di

bawah AMBD!

3. Mendedahkan maklumat penting.    Kongsikan maklumat penting awda, terutamanya isu-isu kesihatan.      Pastikan semua maklumat adalah tepat. Tuntutan awda boleh ditolaksekiranya maklumat awda tidak betul.

Page 15: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Takaful dan Insurans

4. Baca terma dan syarat.

5. Simpan dokumen-dokumen awdadengan selamat!

6. Fahami bagaimana untuk buat tuntutan.

Tanyakan apa yang dilindungidan tidak dilindungi oleh pelantakaful/insurans awda. Contoh:Awda membeli polisi insuransperjalanan tetapi awda tibalewat di lapangan terbang. Iniadalah satu pengecualian biasadi dalam dasar polisi kembara.Oleh itu, awda tidak bolehmendapatkan bayaran balikuntuk tiket awda.

PerlindunganSetiap polisi mempunyaijangkamasa berbeza untukawda membuat   tuntutan.Misalnya, awda perlumenghantar borang kepadapengendali takaful/syarikatinsurans kenderaan awdadalam 7 hari selepas tarikhkemalangan. Jika tidak,tuntutan awda mungkin tidakakan dilayan.

Dokumen tersebut mengandungi maklumat yangpenting mengenai polisi awda! Simpan di tempat yangselamat. Dokumen-dokumen ini akan diperlukansekiranya sebarang isu timbul pada masa akan datang.

Pastikan awdadilindungi daripadarisiko-risiko yangdikehendaki, misalnya,semak denganpengendali/syarikatawda jika awda mahucermin hadapan keretaawda dilindungi.

Pengecualian Tuntutan

10

Membuat pertukaran maklumatdengan pihak yang terlibat:Nama, Maklumat Kad Pintar, No.Tel, Alamat, dan PengedaliTakaful/Syarikat Insurans.

Langkah 2:

Langkah 3:

Langkah 1:

Catat nombor plat lesenkenderaan dan ambil gambartempat kemalangan tersebut.

Hubungi pengendali takaful/syarikat insurans awda untukproses penarikan kenderaan,atau untuk mendapatkannasihat lanjut.

Buat laporan rasmi dan bawakenderaan awda (samadamengalami kerosakan ataupuntidak) ke pusat laporankemalangan dalam tempoh 24jam ataupun keesokkan hariwaktu bekerja.

Langkah 4:

Buat laporan polis untukinsiden melibatkankemalangan jalan raya,kematian/kecederaan tidaksengaja, atau jika berlakukecurian.

Langkah 2:

Langkah 3:

Langkah 1:

Maklumkan pengendalitakaful/syarikat insuransawda dengan segera.

Sediakan semuadokumen-dokumen yangberkenaan, contoh: polisiawda, resit untuk benda-benda yang berkenaan.Hadapkan borang tuntutanyang disediakan olehpengedali takaful/syarikatinsurans awda bersamadokumen sokongan yangberkaitan.

Langkah 4:

Awda juga bolehmengimbas kodQR ini untukmaklumat lanjut.

PROSEDUR TUNTUTAN PROSEDUR TUNTUTAN 'MOTORCLAIM GUIDELINES' (MCG)Ini merupakan prosedur piawai bagi

kebanyakan produk takaful/insuranssecara umum.

Prosedur ini boleh digunakan untukkebanyakan kemalangan kenderaan*.  

*MCG tidak akan dikenakan kepada kemalangan yang membawa kepada kecederaan atau kematian,yang melibatkan harta Kerajaan Brunei, atau mana-mana kenderaan yang dilesenkan ataudiinsuranskan untuk mengangkut penumpang untuk sewa atau hadiah (contoh. teksi atau bas).

Page 16: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Pinjaman

11

1. Fahami keperluan awda.

3. Pinjam dari institusi kewangan yang berlesen.

4. Baca dan fahami terma dan syaratkemudahan kredit.

Kenapakah awda memerlukan pinjaman?Adakah ia untuk keperluan atau kemahuan?Adakah terdapat produk atau perkhidmatankewangan yang akan memenuhi keperluanawda? Berapa banyak yang perlu awda pinjam?Awda tidak perlu meminjam jumlah yangmaksimum, walaupun ditawarkan sedemikian.

2. Buat perbandingan.Pastikan awda berkunjung kebank-bank yang berbeza  untukmengetahui tawaran merekadengan lebih lanjut. Adakah BankA menawarkan kadar yang lebihbaik daripada Bank B? Adakahterdapat lebih banyak faedah jikameminjam daripada pakej Bank C?Cari tawaran yang terbaik untukawda!

Meminjam daripada peminjam wang tidakberlesen (seperti Ah Long) adalah sangatmerbahaya. Amalan biasa Ah Long termasukmengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi,memegang kad ATM awda selama yang merekamahu, serta menggunakan taktik agresif untukmendapatkan semula hutang itu.

Ini adalah penting terutamanya bagi cetakanhalus – dan jangan sesekali menandatanganiperjanjian secara membuta! Memahamitanggungjawab awda dan semua yuran yangdikenakan adalah sangat penting.

Perkara-perkara harus dipertimbangkanapabila mendapatkan pinjaman

ATAU

A B

C

Page 17: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Pinjaman

12

6. Jadi pengguna yang bertanggungjawab.

7. Simpan dokumen awda dengan selamat!

5. Jangan takut untuk bertanya soalan.Jika awda tidak memahami sebahagian aspekpinjaman, awda mempunyai hak untuk memintaejen jualan untuk menjelaskannya sehinggaawda faham. Ingat, jangan sesekali melibatkandiri awda ke dalam sesuatu yang awda tidakfaham dengan sepenuhnya.

• Awda akan dikenakan yuran pembayaran lewat - ini akan dimasukkan kedalam penyata bil awda.

• Baki hutang awda akan meningkat disebabkan pengkompaunan faedah.Terdapat kes di  mana individu "lupa" tentang bil kad kredit mereka, dankemudian dikenakan caj menyebabkan baki melonjak sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit.

• Sejarah pembayaran awda akan terpapar di dalam laporan kredit awda(maklumat lanjut selepas ini).

Akibat tidak membayar pinjaman awda tepat pada masanyaatau tidak dengan sepenuhnya:

Dokumen awda mengandungi maklumatyang penting mengenai kemudahan pinjamanawda. Pastikan ianya disimpan di tempatyang selamat. Ianya mungkin diperlukan padamasa akan datang.

• Ia boleh menjejaskan permohonan pinjaman masa depanawda. Misalnya, awda mungkin akan dikenakan kadar faedahyang lebih tinggi dan perundingan untuk mendapatkan kadaryang lebih baik akan menjadi sukar kerana sejarah pembayaranawda yang tidak memuaskan.

Sentiasa membayar pinjaman  awda tepatpada masanya, dan secara sepenuhnya.

Page 18: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Peranan AMBD

13

AMBD mengawalselia institusi kewangan di NegaraBrunei Darussalam. AMBD juga mengeluarkan Notisdan Garis Panduan dari masa ke semasa bagimemastikan kekukuhan dan kestabilan sektorkewangan.

Satu peraturan penting yang telah dikeluarkan pada2015 adalah 'Total Debt Service Ratio' (TDSR).TDSR menghadkan pembayaran balik bulanan awda kepada 60% dari gajibulanan bersih (untuk pendapatan bulanan bersih antara BND1,750.00hingga BND9,999.99 sahaja. Segmen pendapatan lain adalah tertaklukkepada penilaian institusi kewangan). Antara objektif peraturan ini adalahuntuk menggalakkan pengurusan kewangan peribadi yang lebih baik, danmemastikan individu tidak mempunyai hutang yang berlebihan.

Peraturan TDSR memastikan bankmembuat penilaian yang bersesuaian danmeminjam dengan bertanggungjawab.Walaupun TDSR menghadkanpembayaran balik pinjaman bulanan awdasehingga 60%, beberapa amalanperancangan kewangan mencadangkanuntuk nisbah ini pada 35%.

Awda digalakkan untuk menguruskan kewangan awda dengan bijaksana.Selain daripada meminjam wang, apakah jalan lain yang boleh awda buat?Jadilah orang yang berdisiplin dan bertanggungjawab, dan cuba untukmenabung terlebih dahulu sebelum memilih opsyen pinjaman. Kehidupan yangbebas dari hutang juga hendaklah menjadi satu matlamat kewangan awda!

AMBD dan Biro Kredit tidakmeluluskan atau menolakmana-mana permohonan

pinjaman. Semua permohonanpinjaman ditentukan oleh bank

masing-masing.

Undang-Undang danPeraturan-Peraturan AMBD

Awda juga boleh mengimbas kodQR ini untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenaiPerundangan dan PeraturanAMBD, awda bolehlah layarilaman web AMBD dihttp://www.ambd.gov.bn/Pages/Legislation-And-Regulations

Mulai 10 Ogos 2017, TDSR boleh ditingkatkan daripada 60% kepada 70%maksima untuk pembelian atau pembinaan baru hartanah seperti rumah.Mulai 9 November 2017, bank-bank termasuk Perbadanan TAIB dibenarkanuntuk melebihi had TDSR maksima 60% bagi beberapa kemudahan kredittermasuk kemudahan pembiayaan Mortgage Equity dan kemudahan kredityang dijamin sepenuhnya seperti yang dicagarkan dengan wang tunai dansimpanan tetap tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. 

Page 19: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Biro Kredit

Laporan kredit mengandungi semua maklumat kredit awda seperti yangdilaporkan oleh semua bank awda. Maklumat dikutip oleh Biro Kredit dandisatukan ke dalam satu laporan kredit. Awda bertanggungjawab untukmemeriksa laporan kredit awda sendiri untuk memastikan semuamaklumat awda betul dan dikemaskinikan.

Apabila sebuah bank menerimapermohonan pinjaman, bank akanmelihat laporan kredit untuk menilaikedudukan kredit pemohon, termasukketepatan masa pemohon membuatpembayaran balik hutang yang sediaada.

Dari situ, bank akan membuat penilaiandan memutuskan sama ada mereka akanmeluluskan atau menolak permohonanpinjaman awda.

Untuk maklumat lanjut mengenaiBiro Kredit, awda boleh layarilaman web AMBD dihttp://www.ambd.gov.bn/birokredit.

Laporan Kredit

=

Ingat: Tidak kira pinjaman itu untuk siapa atauuntuk apa, jika dikeluarkan di bawah nama awda, ia

akan disenaraikan di dalam laporan kredit awda.

Biro Kredit

  Awda juga bolehmengimbas kod QR iniuntuk maklumat lanjut.

A B C

14

Page 20: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Pelaburan

15

Bila sepatutnya awda memulakan pelaburan?

Awda seharusnya melabur jika mempunyaiwang lebihan dan SETELAH awda mempunyaisimpanan dan perlindungan yang sepatutnya.

Buat pelaburan dengan institusi kewanganberlesen sahaja.

Fahami risiko produk dan perkhidmatanpelaburan tersebut.

Ingat: Pulangan Tinggi = Risiko Tinggi!

Kunjungi Perancang Kewangan yang berlesenuntuk khidmat nasihat.

Awda hendaklah belajar bagaimana untukMENABUNG dan MELINDUNGI wang awdasebelum awda boleh mula melabur. Sebaik sahaja awda betul-betul berdisiplin dalammenyimpan wang dan mempunyai takaful/insuransbagi diri awda, maka sebahagian daripada simpananboleh digunakan untuk pelaburan untuk menjanapendapatan lebih. Awda seharusnya melabur menggunakan wanglebihan awda, kerana hasil daripada pelaburanadalah tidak menentu.

Di mana melabur?Cari institusi kewangan berlesen - ini adalah jalanyang terbaik untuk memulakan pelaburan awda. Melalui entiti berlesen, awda boleh melabur dalampelbagai jenis alat kewangan seperti saham dandana bersama.

Adakah awda tahu? Terdapat banyak saham dan danayang mematuhi syariah ditawarkan di dalam dan di luar

negara. Awda boleh berjumpa dengan perantarakewangan yang dilesenkan untuk mendapatkan maklumat

lanjut mengenainya.

Senarai

PELABURAN

TAKAFUL/INSURANS

SIMPANAN

Page 21: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Pelaburan

16

Saham• Dalam dana bersama, wang awdadisatukan bersama-sama denganwang pelabur-pelabur lain dan kedalam pelbagai sekuriti (sepertisaham, bon dan lain-lain).

• Dana diuruskan oleh penguruspelaburan  profesional/pengurusdana. 

• Dana bersama boleh menawarkankepelbagaian dan akses kepadapelbagai aset atau pasaran denganjumlah wang yang kecil.

• Di Negara Brunei Darussalam,semua dana yang ditawarkan kepadapelabur runcit adalah berdaftar atauberlesen sebagai Skim PelaburanKolektif. Syarikat yang menawarkandana kepada orang ramai adalahdikawalselia oleh AMBD.

Dana bersamaVS• Saham bermakna menyediakanmodal kepada syarikat, sama adauntuk permulaan atau untukmengembangkan perniagaan.

• Awda menjadi pemegang sahamatau pemilik syarikat.

• Awda boleh mengharapkanpulangan sama ada daripembayaran-pembayaran dividenatau keuntungan modal dari hargasaham.

• Dividen dibayar dari keuntungansyarikat. Kenaikan dan penurunanharga saham adalah berdasarkanpermintaan dan penawaran saham.

• Di Negara Brunei Darussalam,syarikat yang menawarkanperkhidmatan untuk membeli danmenjual saham kepada orang ramaidikawalselia oleh AMBD.

ATAU

Apa yang dilaburkan?

Page 22: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Penipuan Kewangan

17

Kita mesti sentiasa berhati-hati denganapa yang kita lakukan dengan wang kita.Malangnya, terdapat banyak kejadianpenipuan kewangan dan lebih malanglagi, ramai orang terjerumus dalampenipuan ini.

Tidak kira apa latar belakang mereka –samada kaya atau tidak; berpendidikantinggi atau tidak - AMBD, serta PihakBerkuasa yang lain telah menerimabeberapa laporan penipuan kewangan.Jadi, bagaimanakah awda bolehmelindungi diri awda daripada penipuankewangan ini?

1. Penipuan kewangan selalu menawarkanpulangan yang tinggi, dengan risiko yang rendahatau tanpa risiko  dalam tempoh masa  yangsingkat.

Contoh penipuan kewangan termasuk: skim cepat kaya; skim piramid; penipuancinta internet; penipuan mendapatkan maklumat mangsa; penipuan kad kredit;penipuan pekerjaan; cabutan SMS bertuah dan lain-lain.

Kenali tanda-tanda penipuan kewangan!

2.  Pengendali penipuan kewangan  seringmenyamar diri mereka sebagai pemasaranpelbagai tingkat, tanpa menawarkanproduk. Sebaliknya, mereka fokus padapengambilan ahli-ahli, di mana yurankeahlian mereka digunakan untukmembuat pendapatan atau pulanganuntuk ahli-ahli yang awal. 

3. Biasanya  pengendali  tersebut jugaakan  mengenakan beberapa bayaranuntuk menuntut ganjaran, seperti didalam kes penipuan SMS, atau yurankecemasan untuk membantu orangtersayang seperti di dalam kespenipuan cinta internet.

Page 23: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Penipuan Kewangan

18

Pastikan awda hanya berurusan denganinstitusi kewangan yang BERLESEN!

2. Layari laman web AMBD untuk mendapatkan 'AlertList'  - ini adalah senarai syarikat dan laman web yangtidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan yang ditadbiroleh AMBD atau aktivitinya disyaki menjalankan aktivtiyang menyalahi undang-undang.

JANGAN dedahkan maklumat bank awda kepada orangyang tidak diberikan kebenaran atau tidak dikenali!

3. Melalui  aplikasi mudah alih AMBD, awdajuga boleh memeriksa sama ada entiti tersebutdilesenkan atau sebaliknya.

Penipu boleh menyamar sebagai pegawai atau kakitangan bank, danakan meminta maklumat bank awda. Pastikan awda tidakmendedahkan maklumat bank awda kepada orang yang tidak dikenali.

1. Layari laman web AMBD untuk mendapatkansenarai institusi kewangan yang berlesen.

www.ambd.gov.bn

  Awda juga bolehmengimbas kod QR iniuntuk maklumat lanjut.

Senarai Institusi-Institusi Kewangan

Yang Berlesen

iOS Android

'Alert List' AMBD

  Awda juga bolehmengimbas kod QR iniuntuk maklumat lanjut.

  Awda juga boleh mengimbaskod QR ini untuk muat turunaplikasi mudah alih AMBD.

Page 24: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

NOTA

Page 25: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

NOTA

Page 26: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

NOTA

Page 27: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG
Page 28: SEKARANG APA? SAYA ADA WANG

Siapakah Kami: Isu Pengguna Kewangan

[email protected]

+673 238 2615

  Alamat Perjumpaan:

Autoriti Monetari Brunei Darussalam Tingkat 7, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi

Commonwealth Drive, BB3910 Negara Brunei Darussalam

Waktu Perkhidmatan:

Hubungi Kami:

Bagi maklumat lanjut mengenai topik-topikdalam buku ini, imbas kod QR!

Buku ini diterbitkan oleh Isu Pengguna Kewangan, Autoriti Monetari BruneiDarussalam (AMBD).    

Keyakinan dan kepercayaan pengguna dalam pasaran perkhidmatankewangan adalah penting untuk menggalakkan kestabilan kewangan,pertumbuhan, kecekapan, dan inovasi dalam jangka masa panjang.

Isu Pengguna Kewangan berfungsi untuk melaksanakan inisiatif yangbersesuaian dalam mengukuhkan dan meningkatkan kelakuan pasaran,ketelusan dan pendedahan; untuk menggalakkan celik kewangan danrangkuman kewangan; dan untuk mengendalikan aduan orang ramaiterhadap institusi kewangan berlesen.

Isnin – Khamis Jumaat Tutup pada Hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan awam.

: : :

Mengenai AMBD Maklumat Lanjutan MengenaiPendidikan Kewangan

8:00pagi - 11:30pagi1:45ptg  - 4:30ptg8:15pagi - 11:00pagi