abstrak lestari

Upload: puteribongsuabrahim

Post on 08-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

ABSTRAK

Disediakan oleh : NUR IWA NASUHA BT AB RAHIM

Konsep pembangunan lestari wujud ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Pembangunan Lestari boleh didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi. Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat kepada semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat bergantung kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem secara bersama-sama.

Amalan lestari adalah amalan penggunaan yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan pada generasi akan datang. Amalan lestari amat mengutamakan penggunaan sumber air, tenaga dan sumber-sumber asli yang lain secara berhemat. Penggunaan alternatif-alternatif kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan arang batu juga digalakkan. Oleh hal demikian, amalan lestari pula diamalkan tidak kira di mana kita berada sepert di rumah, sekolah, pejabat dan sebagainya.

Amalan penggunaan lestari merupakan satu konsep yang amat mudah dan untuk dipraktikkan oleh golongan pengguna. Pengamalan ciri-ciri ini bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat dan pengekalan kehijauan alam malah mampu menjimatkan perbelanjaan. Antara contoh amalan lestari yang bijak adalah seperti Elakkan daripada menggunakan bahan berasaskan polisterin kerana ia tidak boleh dibiodegradasikan, membawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli ketika membeli belah. Elakkan membuka peti sejuk terlalu kerap kerana ia meningkatkan penggunaan elektrik dan sebagainya.