abstrak kt

1
ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan mengatasi kesukaran murid menguasai kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV dan mengubah amalan pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik. Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid Pendidikan Khas tahun 5 bermasalah pembelajaran di Jasin, Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu menggunakan soal selidik, ujian pos dan ujian pra. Hasil dapatan ujian Pra yang dijalankan didapati murid gemar mengeja suku kata serta lambat dan kurang lancar dalam pembacaan. Keadaan ini menyukarkan mereka meneruskan pembacaan petikan, memahami dan menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan secara bertulis. Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Ujian Pra. Program membaca melalui latih tubi kaedah fonik (suku kata) menggunakan Buku Belajar Membaca Ekspress-i di dapati telah dapat meningkatkan kecekapan murid membaca perkataan suku kata KV+KV. Kaedah ini akan diteruskan pada masa hadapan menggunakan kesemua modul yang ada ke atas setiap murid khususnya murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Kata kunci: latih tubi, kaedah fonik, Buku Belajar Membaca Ekspres-i

Upload: paul-chavez

Post on 23-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak Kt

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan mengatasi kesukaran murid menguasai kemahiran

membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka KV+KV dan mengubah amalan

pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik. Kajian ini dijalankan ke atas seorang murid

Pendidikan Khas tahun 5 bermasalah pembelajaran di Jasin, Melaka. Kajian ini menggunakan

kaedah kualitatif sepenuhnya iaitu menggunakan soal selidik, ujian pos dan ujian pra. Hasil

dapatan ujian Pra yang dijalankan didapati murid gemar mengeja suku kata serta lambat dan

kurang lancar dalam pembacaan. Keadaan ini menyukarkan mereka meneruskan pembacaan

petikan, memahami dan menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan secara bertulis.

Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Ujian Pra. Program

membaca melalui latih tubi kaedah fonik (suku kata) menggunakan Buku Belajar Membaca

Ekspress-i di dapati telah dapat meningkatkan kecekapan murid membaca perkataan suku kata

KV+KV. Kaedah ini akan diteruskan pada masa hadapan menggunakan kesemua modul yang

ada ke atas setiap murid khususnya murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.

Kata kunci: latih tubi, kaedah fonik, Buku Belajar Membaca Ekspres-i